7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU (KSSR) Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun/Kelas : 1 Anggerik Tarikh : 02 Feb 2015 (Isnin) Masa : 8.30-9.10 pagi (40 minit) Bilangan Murid : 35 orang (15:L; 20:P) Tema : Keluarga Saya Tajuk : Ahli Keluarga Saya Kemahiran : Membaca Tunjang Utama/Fokus : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, Frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat. Objektif Eksplisit : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i. Membaca huruf pada perkataan emak, ayah, kakak, abang dan adik dengan betul. ii. Membaca 2 suku kata emak, ayah, kakak, abang dan adik dengan betul . Media Pengajaran dan Pembelajaran 1

Rancangan Pengajaran Harian LITERASI

  • Upload
    miza

  • View
    316

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian LITERASI

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU (KSSR)

Mata Pelajaran:Bahasa Malaysia

Tahun/Kelas:1 Anggerik

Tarikh:02 Feb 2015 (Isnin)

Masa :8.30-9.10 pagi (40 minit)

Bilangan Murid:35 orang (15:L; 20:P)

Tema:Keluarga Saya

Tajuk: Ahli Keluarga Saya

Kemahiran:Membaca

Tunjang Utama/Fokus:Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia

Standard Kandungan:1.2Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan,Frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran:1.2.3Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.

Objektif Eksplisit:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

i.Membaca huruf pada perkataan emak, ayah, kakak, abang dan adik dengan betul.

ii. Membaca 2 suku kata emak, ayah, kakak, abang dan adik dengan betul .

Media Pengajaran dan Pembelajaran

a)Bahan elektronik/Bahan:Video Upin ipin mari mengeja, lagu sayang semuanya, komputer riba, kad perkataan bergambar

bercetak/Bahan autentik kad perkataan, MS Powerpoint dan LCD.

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Induksi Set

8.30-8.35 pg.

(5 minit)

Kenali Ahli Keluarga

Soalan:

1. Siapakah ahli dalam keluarga kita?

2. Berapakah bilangan ahli dalam keluarga awak?

3. Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kepada keluarga?

Jangkaan Jawapan:

1. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, atuk dan nenek.

2. 3, 4 orang.

3. Mendengar cakap ibu dan ayah.

1. Guru memaparkan video upin-upin mengenai keluarga saya.

2. Murid diminta bersama-sama menyebut perkataan yang terdapat di dalam video.

Datuk

Nenek

Kakak

Cikgu

3. Seorang murid dipilih secara rawak untuk menyebut perkataan yang terdapat di dalam video.

4. Meminta kanak-kanak menyebut ahli keluarga masing-masing.

Nilai: Berusaha

Media: Video Upin Ipin (Keluarga Saya)

http://youtu.be/WMfX-s2J_QE

Langkah 1

8.35-8.45 pg.

(10 minit)

1. Perkataan emak, ayah, adik, kakak dan abang.

1. Guru memaparkan perkataan emak, ayah, abang, kakak dan adik dengan menggunakan slide power point.

2. Guru membaca huruf pada perkataan terlebih dahulu dan diikuti oleh murid-murid.

3. Murid dipilih secara rawak untuk membaca huruf tersebut diikuti dengan bacaan secara kumpulan.

4. Guru membetulkan kesalahan bacaan murid dan mencatat markah yang diperoleh bagi setiap murid.

Nilai: Bekerjasama, berusaha

Media: Kad perkataan MS Power Point, komputer riba, LCD.

Langkah 2

8.45-8.55 pg.

(10 minit)

1. Membaca Suku Kata Tertutup

2. Membunyikan suku kata KV gabungan huruf vokal dengan huruf konsonan.

Emak

Ayah

Nenek

Datuk

Abang

Kakak

Adik

1. Guru membaca dua suku kata yang telah diwarnakan di dalam slide power point dan diikuti oleh murid.

2. Meminta murid membunyikan suku kata berdasarkan carta suku kata pada slide power point.

3. Murid mengulangi membaca suku kata tersebut secara kumpulan dan individu

.

Nilai: Moral

Media: Kad perkataan MS Power Point, komputer riba, LCD, borang penilaian bacaan,

Langkah 3

8.55-9.05 pg.

(10 minit)

Aktiviti

Pengayaan

Pemulihan

a. Aktiviti pengayaaan

Kanak-kanak yang pintar cerdas diberikan pengayaan melalui aktiviti membaca ayat-ayat mudah menggunakan kad perkataan bergambar.

Ini emak saya

Ini ayah saya

Saya sayang emak

b. Aktiviti Pemulihan

Kanak-kanak yang lemah diberikan aktiviti pemulihan.

Murid mengulang aktiviti membaca suku kata.

Nilai: Moral

Media: Kad perkataan bergambar

Penutup

9.05-9.10 pg.

(5 minit)

1. Nyanyian Lagu Satu

(Penutup sosial)

1. Murid dipaparkan dengan lirik lagu Sayang Semuanya.

2. Murid diperdengarkan dengan lagu Sayang Semuanya.

3. Guru menyanyi lagu tersebut dan diikuti oleh murid-murid.

4. Murid diminta menyanyikan lagu Sayang Semuanya bersama-sama.

5. Selesai menyanyikan lagu tersebut murid diminta

bersalam-salaman sesama mereka.

Nilai: Bekerjasama, kasih sayang

Media: Lirik dan lagu Sayang Semuanya, komputer riba, LCD

http://youtu.be/i2w9NdNIAYo

Lirik lagu: Sayang Semuanya

Satu-satu saya sayang ibu

Dua-dua juga sayang ayah

Tiga-tiga sayang adik kakak

Satu dua tiga sayang semuanya

3