7/29/2019 rmk 9
1/6
RANCANGAN MALAYSIA
KESEMBILANRANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9: 2006-2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan
objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina
kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah
negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah
tahun 2020.
Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang
perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui
kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam
aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu
mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu
mencapai matlamat RMK-9.
Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan
mengikut sektor. 44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor
ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran
am. Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan peratusan terbesar iaitu 20.6
peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor
pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9
peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus
dan perumahan 5.0 peratus.
7/29/2019 rmk 9
2/6
LIMA TERAS RMK-9
Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan telah menggubal dan akan
melaksanakan Misi Nasional- satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan
menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan
datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan
membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima
teras utama.
MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA
Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor
ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan
dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan
akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan
ekonomi negara.
Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta
memupuk minda kelas pertama
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan
sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan
melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari
peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang
menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan
7/29/2019 rmk 9
3/6
pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara
membina dan produktif
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan
lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan
saksama.
Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan,
pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani
isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu,
Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat.
Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam
sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor
telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Wilayah yang terbabit ialah:-
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar
7/29/2019 rmk 9
4/6
Wilayah Ekonomi Koridor Timur
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan
wilayah-wilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani
yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT,
bioteknologi dan automotif.
Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan,
pertanian dan perkhidmatan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah
Ekonomi Koridor Utara:-
Jambatan Kedua Pulau Pinang
Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion
menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung, Jambatan
dengan jajaran sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011.
Pusat Pemakanan Utama
Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)
Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi?
Pusat Akuakultur
Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah
7/29/2019 rmk 9
5/6
Lebuhraya Tunjang Sentral
Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan
Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia
Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan
terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan
Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi
destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan.
Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar
Malaysia:-
Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor
Pelabuhan Tanjung Pelepas
Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)
Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi
Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)
Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara
bertaraf dunia (Hab Pendidikan)
Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
Wilayah Ekonomi Koridor Timur
Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta
7/29/2019 rmk 9
6/6
pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat
perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa.
Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan dibina untuk menyokong bentuk
perniagaan yang baru diperkenalkan.
Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah
melalui program pembangunan sub-kontraktor.
Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas.
Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur
Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di
Pantai Timur.
Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini, dapatlah kita mengenal pasti apa yang
telah dicapai, kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun
2020. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang lebih
baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara.
Amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual, supaya semua pihak mendapat
pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian perlu diperkukuhkan. Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan
kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara
maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan
jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.