8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
1/38
STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU
0
Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah
strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan
menggunakan model pengurusan tingkah laku.
Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan oleh murid
hendaklah di tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang
boleh digunakan oleh guru adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian
peneguhan/ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya
tingkah laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Peneguhan negatif merupakan
penarikan rangsangan negatif(aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran
ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.
Selain itu, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-
pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan
yang dikehendaki. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru
dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara
atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang
hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token pula
ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan
sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan
dengan pengukuh/benda lain yang disediakan oleh guru. Modeling ialah menggunakan
watak-watak (murid,guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid.Disamping itu, rantaian(chaining) merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan
dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau
rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan dan yang terakhir ialah
pengaburan/pelunturan(fading) iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang
diterima secara perlahan-lahan.
http://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.html#comment-formhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.html#comment-formhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.html#comment-formhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.html8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
2/38
Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara
penghapusan(extinction) iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid
daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan
menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Cara time-out pula ialah dengan
menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau
mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan(satiation) pula membiarkan
murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan behenti sendiri.
Hukuman/dendaan dengan contoh tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil
balik token/hak. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur
untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan(takut bercakap di depan
kelas, fobia). Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar
membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya
membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap
bahagian lanati yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai
bilik itu dan yang terakhir ialah response cost iaitu suatu bentuk penarikan
peneguhan/ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak
sesuai.
Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model pula, para pengkaji tiga teori
utama iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model
psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia
adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik
melalui pendekatan intrapsychic. Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan
personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkatpsikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah melibatkan teknik
kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media
ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka, main peranan dan aktiviti
fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
3/38
mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan
ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja.
Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca tingkah
laku berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan
zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang
digunakan dalam model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran,
penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam
intervensi ini.
Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan bahawa pengaruh
persekitaran tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam
teori ini mnyatakan bahawa pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran
bermasalah boleh mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut.
Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan
persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak-kanak diberi
peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru.
Ads not by this site
POSTED BY AIR NESLO BENG // AT12:01 AM//LITERASI BAHASA
Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Di Sekolah
0
Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Di Sekolah
http://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/search/label/LITERASI%20BAHASAhttp://notaipg.blogspot.com/search/label/LITERASI%20BAHASAhttp://notaipg.blogspot.com/search/label/LITERASI%20BAHASAhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html#comment-formhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html#comment-formhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html#comment-formhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.htmlhttp://notaipg.blogspot.com/search/label/LITERASI%20BAHASAhttp://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
4/38
PENGENALAN
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu
bermotivasi, kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran agar ianya dapat
mencapai objektif-objektif yang hendak dicapai.
Antara kaedah-kaedah dan pendekatan yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kaedah penerangan, sumbang saran, soal jawab, simulasi, lakonan,
nyanyian, nasyid dan sebagainya. Ianya bergantung kepada jenis objektif yang hendak
dicapai. Oleh kerana tajuk perbincangan kerja kusus Pengenalan Bahasa Arab adalah
berkaitan dengan aplikasi permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab komunikasi sekolah kebangsaan, maka perbincangan mengenai tajuk ini
akan menjurus kepada pendekatan permainan bahasa sebagai wadah untuk mencapai
matlamat dan objektif bahasa Arab komuniksi sekolah kebangsaan.
1.1 Konsep dan maksud Permainan Bahasa
Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun). Iaitu murid-
murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka.
Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak
disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran.
Pendekatan ini diharap akan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran
BAKSK meningkatkan tahap kecerdasan dan keinterlektual mereka. Pendekatan ini
akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang
lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan menyediakan
bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi
menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya
bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu.
Michael berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words
menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran.[1]Ini
akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn1http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn18/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
5/38
sedang berlaku.
Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang
telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred
Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka
banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa
kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk
tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat,
perbendaharan kata dan sebagainya[2]. Natijahnya murid akan dapat
memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.
Matlamat
Seperti pendekatan-pendekatan atau kaedah yang lain, kaedah permainan bahasa juga
mempunyai beberapa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh setahun atau tiga
tahun, selepas kaedah tersebut dipraktikkan. Iaitu sejauhmanakah keberkesanan
kaedah ini dapat mempertingkatkan prestasi penguasaan bahasa Arab dikalangan
murid sekolah kebangsaan. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu
instrument yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan diantara tujuan
permainan bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti
berikut ;[3]
(a) Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan
pembelajaran biasa.
(b) Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur
semasa bermain.(c ) Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata
mereka.
(d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi
antara satu sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk
bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn2http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn3http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn3http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn3http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn3http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn28/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
6/38
akan dijalankan.
(e) Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
supaya ia lebih menarik dan berkesan.
(f) Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di
kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid.
(g) Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang
kepada murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.
(h) Guru dapat membentuk sikap positif yang sihat di klangan murid. Contohnya sikap
hormat-menghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan
peraturan, berani mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima
kenyataan (sama ada kalah atau menang) secara terbuka dan sebagainya.
(i) Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk
suasana pengajaran yang lebih mencabar.
(k) Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai
instument seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan.
(l) Kaedah permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak
mengabaikan konsep pembelajaran Murid akan mempunyai daya kreatif, dan daya
saing yang sihat disamping inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu
permainan.
Objektif
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga
mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ;[4]
(a) Merangsang Interaksi Verbal Murid
Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau
mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta
memberi kerjasama kepada guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan
dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar
perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan dan dorongan kepada
murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn4http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn48/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
7/38
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
8/38
sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu
itu.
(d) Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu
kumpulan murid yang lemah dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami
pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan murid yang bermasalah di dalam
akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan bahasa. Mereka mungkin
menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penangkulan atau recall review dan
hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di dalam
aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah
KBSM (1998)[5]juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ;
Ads not by this site
(i) Untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
(ii) Untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut
keupayaan mereka.
(iii) Untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan bahasa yang diajar.
(iv) Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam
bidang bahasa.
(v) Untuk berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan
sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain.
(vi) Memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn5http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn58/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
9/38
2. Ciri-ciri Permainan Bahasa.
Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru
tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality )
murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang
bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap
pemikiran dan penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid
yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, (jenius) pemainan bahasa ini lebih
merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi murid-murid yang
lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami
proses pembelajaran.
Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah
memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti
dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap
pembelajaran tersebut.[6]Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti
berikut;
2.1. Ciri-ciri umum
(a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami.
(b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.
(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-
arahan permainan.
(d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah
dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dandibaca.
(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang
kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu.
(f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn6http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5887484501268682563#_ftn68/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
10/38
Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.
( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan
permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.
Ads not by this site
2.2 Ciri-ciri Khusus
(a) Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
(b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
(c) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar,
pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
(d) Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
(e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
(f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.
(g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
(h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti
bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
3. Kesan-kesan pengunaan kaedah Permainan Bahasa
Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah kebangsaan
dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif.
3.1. Kesan Positif ;
i) Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar.
ii) Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria.
iii) Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu
yang baru.
iv) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
11/38
menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.
v) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama,
berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
3.2. Kesan negatif.
i) Permainan memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya
kerana peruntukan masa yang terhad..
ii) Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak
mencapai sasaran sepenuhnya.
iii) Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses
pembelajaran di bilik sebelah.
Iv) Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid.
v) Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu
mahal.
vi) Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran.
vii) Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja.
viii) Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.
5. KESIMPULAN
Ads not by this site
Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa
merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses
pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif
ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
12/38
menyeronokkan. Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi
kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang
telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid
kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam
penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.
Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas
1. Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang
pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
2. Komitmen yang menyeluruh
3. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.
http://3.bp.blogspot.com/-GlaPZP4wCFg/TtRekw8le7I/AAAAAAAAACQ/wiHzBTMfOX4/s1600/modernteacher.gif8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
13/38
Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas
Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :
1. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostikuntuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang
khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.
2. Preskriptif (Prescriptive Role)
- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak
yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan
memerlukan.
3. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)
- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai teamteaching / guru pendamping sekiranya perlu.
4. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang
menghadapi masalah 3M.
5. Peranan Perhubungan (A Liaison Role)- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.
- Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu
demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
14/38
PENGURUSAN TINGKAHLAKU MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN - SUBJEK PTL
PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PKBP
1.0 PENGENALAN
Setiap ibu bapa mahukan anak-anak yang dilahirkan normal dan cukup sifatnya.
Namun begitu ketentuan Allah SWT tiada siapa yang dapat menghalang. Kelahiran
anak-anak istimewa atau kanak-kanak berkeperluan khas memang menjadi satu
tamparan dan cabaran buat ibu bapa. Sebagai insan, kanak-kanak berkeperluan khas
juga perlu mendapat layanan dan pendidikan yang sewajarnya dari keluarga,
masyarakat dan juga pihak sekolah.
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kumpulan kanak-kanak yang mengalami
ketidaknormalan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi atau tingkah laku. Mereka
merupakan kumpulan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-
pakar professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses
pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian
kanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan social),
penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan membaca, kemahiran perkembangan dan
kemahiran matematik. Seringkali kanak-kanak berkeperluan khas dikaitkan dengan
permasalahan tingkah laku. Tahap kefungsian mereka yang rendah mendorong
timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan mereka. Berbagai masalah
ditimbulkan sama ada semasa berada di dalam kelas, di luar kelas mahupun di rumah.
Dewasa ini, tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ini
juga telah menjadi topik perbincangan yang seringkali diperkatakan. Sehubungan
dengan itu, saya telah membuat rujukan dan kajian berkaitan permasalahan tingkah
laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Ini bertujuan mendapatkan maklumat
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
15/38
lengkap berkaitan permasalahan tingkah laku yang sering berlaku di kalangan murid-
murid berkeperluan khas.
1.1 DEFINISI DAN KONSEP TINGKAH LAKU
1.1.2 Definisi Tingkah Laku
Berbagai-bagai ragam dan berbagai-bagai laku
( Kamus Dewan, 1979 )
Sesuatu yang dilakukan,cara untuk bertindak balas terhadap persekitaran.
( Raymond G. Miltenberger, 2001 )
Tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara berinteraksi atau beraksi dan
bertindak balas terhadap persekitaran.
( Lewis M. Beaker, 2001 )
Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Tingkah
laku boleh disimpulkan sebagai perangai, gerak-geri, kelakuan, segala perbuatan yang
melibatkan kegiatan motor seperti berjalan, berlari, bergerak, berinteraksi, dan memberi
respon atau tindakbalas terhadap sesuatu sama ada dalam keadaan sedar ataupun
tidak. Malahan tingkah laku juga sebenarnya mencakupi gambaran emosi dan mental
seseorang.
1.1.2 Definisi Tingkah Laku Bermasalah
Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu
sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari
konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
16/38
pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu yang terkeluar
dari nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan
tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh
kebanyakkan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah murid juga boleh
didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai
mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour
Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam
berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka
dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan
pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
1.1.3 Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a) Tingkah Laku Bermasalah Positif
b) Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat
sebagai satu perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut
mengganggu individu-individu lain. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
tingkah laku bermasalah positif dilihat pada keadaan murid yang nampak keterlaluan
perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Keadaan ini
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
17/38
juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif. Sekalipun keadaan ini adalah sangat baik
dan positif tetapi hakikatnya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran-
pembelajaran yang sedang dijalankan. Keadaan in sebenarnya mengganggu murid-
murid yang belajar dalam keadaan yang normal. Selain daripada itu ia akan
mengakibatkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajarang yang sedang
dijalankan. Keadaan ini juga akan menimbulkan ketidakselesaan di kalangan murid-
murid yang lain dan juga pada guru itu sendiri.
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif,
pengasingan diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di
mana murid mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan berbagai
cara melalui tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan
dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat di dalam kelas.
Antara perlakuan negatif yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah
membuat bising, mengganggu rakan, bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme,
kerap menangis, berbohong, mencuri, mengejek dan tidak menunjukkan minat dan
perhatian dalam pelajaran. Ada juga tingkah laku murid yang kurang disedari oleh guru
tetapi sebenarnya boleh mejejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang
normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti sering mengasingkan diri, selalu sedih,
terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi.
1.1.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku
Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di
bawah :
i. Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.
ii. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
18/38
iii. Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
iv. Sering bercakap bohong atau bercakap besar
v. Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok
vi. Suka menyakiti hati kawan-kawan
vii. Menjahanamkan harta benda
viii. Tidak duduk diam
ix. Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
x. Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
xi. Panas baran
xii. Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi
( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )
1.2 PUNCA-PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU DI KALANGAN MURID PENDIDIKAN
KHAS
Umumnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid pendidikan khas adalah
berpunca daripada beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor baka,
faktor persekitaran dan faktor pemakanan. Namun begitu Teori pembelajaran sosial
yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
19/38
sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian terhadap
tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka.
1.2.1 Faktor Baka
Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada
anak-anak. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka
boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Ahli psikologi bersetuju bahawa baka
merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-
kanak berkeperlan khas. Seseorang kanak-kanak yang lahir itu pasti akan mewarisi
sifat-sifat ibu bapanya. Menurut Norman L.Munn, baka merupakan ciri-ciri yang
diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui genetik.
Antaranya sifat yang dipengaruhi oleh genetik ialah sifat introvert dan ekstrovert. Sifat-
sifat ini boleh diwarisi oleh kanak-kanak melalui ibu bapa mereka. Keadaan emosi yang
tidak stabil di kalangan ibu bapa juga boleh menyebabkan anak mereka mengalami
keadaan yang sama. Contohnya jika seseorang itu mempunyai sifat pemarah,
pembengis dan sukar mengawal emosi, kemungkinan anaknya juga akan berkeadaan
sedemikian. Ini akan menyebabkan beberapa masalah seperti tantrum, suka
mengamuk, dan berkemungkinan mencederakan diri sindiri atau orang lain.
Baka juga akan mempengaruhi perkembangan fizikal seseorang. Kajian telah
menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya bentuk fizikal, warna rambut dan
organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Sebagai contoh, jika ibu bapa
mempunyai saiz badan yang besar dan gemuk, ini juga boleh menyebabkan
kemungkinan anak mereka akan mengalami masalah tubuh badan yang sama. Saiz
tubuh yang terlalu gemuk, terlalu kurus atau terlalu rendah dan kecil akan
menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri dan malu dalam diri seseorang murid itu.
Ini seterusnya boleh menyumbang kepada timbulnya tingkah laku bermasalah seperti
tidak mahu bergaul dengan orang lain, mengasingkan diri, dan tidak mahu melibatkan
diri dalam sesi pengajaran dan pengajaran kerana malu dan takut diejek oleh kawan-
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
20/38
kawan.
Perkembangan mental seseorang juga boleh dipengaruhi oleh baka. Sekiranya ibu
bapa mempunyai tahap kemampuan mental yang rendah, kemungkinan anak mereka
juga akan menghadapi masalah yang sama. Ini seterusnya akan menyebabkan anak
ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya menjadi tidak minat untuk belajar. Hal ini
akan menyebabkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini seperti kemurungan,
suka mengasingkan diri dan mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi. Keadaan
ini juga akhirnya boleh membawa kepada tingkah bermasalah yang lain yang akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
1.2.2 Faktor Persekitaran
Persekitaran merupakan faktor penting yang mungkin menjadi punca kepada
permasalahan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Faktor
persekitaran boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu faktor keluarga, faktor
rakan sebaya, faktor sekolah dan faktor masyarakat dan budaya.
1.2.2.1 Faktor Keluarga
Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai a group of people by
marriage, ancestry or adoption who live together in a common household, (Kamus
Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yang terdiri
daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997) mentakrif
keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang palingpenting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok social
berkenaan.
Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi
manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
21/38
ialah anak-anak yang tidak bermoral. Insititusi kekeluargaan memainkan peranan
penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Keluarga
boleh menjadi satu punca kepada timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa
pelajar yang bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang
bermasalah (Dishion, et al., 1991; Rutter, 1985; Vuchinich, 1992).
Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993),
merujuk punca salah laku di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor
keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan permasalahan tingkah
laku palajar. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03
peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus
disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan
(Dewan Masyarakat, April, 1995).
a) Penceraian dan perpisahan ibu bapa
Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu.
Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.
Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai penamatan suatu perkahwinan yang sah
dan formal (Nijole V Benokraitis, 1996).
Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-
kanak apabila berlaku penceraian di kalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku
berbeza di antara kanak-kanak dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti
jantina dan usia. Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit
seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan sebagainya. Keadaan emosi mereka jugatidak stabil dan kadangkala berlaku kecelaruan emosi di kalangan kanak-kanak mangsa
penceraian.
Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan akan
melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Kanak-kanak
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
22/38
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
23/38
peringkat awal serta penerapan disiplin yang sesuai dan istiqamah akan memastikan
tingkah laku bermasalah tidak timbul di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.
c) Pengaruh Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan model terhampir kepada kanak-kanak. Kanak-kanak terutamanya
kanak-kanak berkeperluan khas seringkali menjadi ibu bapa sebagai idola ataupun
model untuk diikuti. Sikap dan tingkah laku ibu bapa sama ada positif ataupun negatif
seringkali menjadi ikutan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Apa sahaja tingkah
laku yang dilakukan oleh ibu bapa di hadapan anak-anak baik dari segi verbal mahu
pun perbuatan akan diperhatikan oleh anak-anak dan tidak mustahil anak-anak akan
terikut-ikut dengan tingkah laku tersebut. Sekiranya tingkah laku tersebut baik dan
positif, maka anak-anak akan turut menjadi sedemikian. Sebaliknya jika tingkah laku ibu
bapa lebih banyak ke arah yang kurang baik dan negatif, maka anak-anak juga akan
terdidik dengan sifat-sifat yang negatif dan kurang baik.
Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil
dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan
pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Ini bermakna pengaruh ibu bapa amat kuat
dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak dan tingkah laku ibu bapa juga amat
cenderung diikuti oleh kanak-kanak.
d) Hubungan keluarga dengan kanak-kanak
Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga.
Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang,
sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifatkebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya).
Suasana rumah yang mesra dan harmonis akan menggalakkan ketenteraman tingkah
laku terkawal. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang
tenteram yang amat diperlukan untuk kestabilan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
24/38
dan perhatian yang diberi oleh ibu bapa akan secara langsung membantu
perkembangan emosi. Sebaliknya, ibu bapa yang tidak pengasih boleh menyebabkan
salah laku, anaknya melawan, kurang bercakap dan berasa iri hati.Misalnya ibu bapa
yang mewujudkan perasaan tegang dalam keluarga menyebabkan anak-anak tidak
diterima, rasa tersingkir dan kurang selesa.
Kajian oleh Patterson dan rakan-rakan (1989) dan Yoshikawa (1994) mendapati
bahawa kegagalan keluarga dalam berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak
menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan tingkah laku bermasalah. Di
samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa anak-anak yang bertingkah laku agresif
mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ahli keluarga (Coie, et.al., 1992;
Henggeler dan Hall, 1992; Stattin dan Magnusson, 1994).
e) Keluarga bermasalah
Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam
rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September
1990:12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan
negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Tingkah laku bermasalah di kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas juga mungkin berpunca daripada permasalahan ini.
Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan keluarga yang bermasalah seringkali
mengalami gangguan emosi dan perasaan yang akhirnya menyebabkan berbagai
permasalahan tingkah laku ditimbulkan sama ada di rumah, sekolah mahupun di dalam
masyarakat.
Jika kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan,
perbalahan yang kerap berlaku, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang
terlalu kasar, garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong dan memanjakan,
atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana emosi dan sosial
yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting
untuk mencapai kemajuan dalam persekolahan. Akhirnya kanak-kanak akan
mempunyai sikap dan tingkah laku yang tidak diingini. Sikap seperti ini akan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
25/38
menggalakkan kanak-kanak menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak
mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah,
sehingga mengibatkan kemunduran akademik dan juga tingkah laku.
f) Penderaan kanak-kanak
Kanak-kanak berkeperluan khas ada kalanya tidak dapat diterima kehadirannya dalam
sesebuah keluarga. Mereka dianggap sebagai memalukan serta membebankan
keluarga. Akibatnya ada di antara kanak-kanak berekeperluan khas ini telah didera dan
diperlakukan dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh ibu bapa dan ahli keluarga
mereka sendiri.
Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes keganasan
rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu bapa
berpunca daripada tekanan (stress). Kemungkinan tekanan yang dihadapi apabila
menerima anak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas
mengakibatkan ibu bapa melepaskan kemarahan kepada anak mereka. Kanak-kanak
yang didera, kerap mengalami gangguan emosi di mana mereka seringkali menjadi
terlalu takut, rendah diri, emosi tidak stabil, pendendam dan pasif. Kesan gangguan
emosi ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan tingkah laku yang tidak diingini.
Adakalanya kanak-kanak ini akan memberontak dengan cara melakukan kekerasan
dan keganasan terhadap rakan sebaya mereka sepertimana yang dilakukan oleh ibu
bapa terhadap mereka. Ada juga kanak-kanak ini yang menjadi terlalu pasif dan sering
mangasingkan diri.
g) Sosio ekonomi keluarga
Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-
kanak. Kemiskinan yang dihadapi oleh sesebuah akan menimbulkan ketegangan dalam
keluarga tersebut. Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah
isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
26/38
keperluan asas (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta
pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka
menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun, April 1998:18).
Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran tidak
selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan
sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan wang. Dalam
keadaan begini anaklah yang seringkali menjadi mangsa. Anak-anak dalam keluarga ini
akan menempuh satu suasana yang tidak stabil, serba kekurangan dan dengan sendiri
menimbulkan masalah tingkah laku mereka.
1.2.2.2 Faktor Rakan Sebaya
Apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan bergaul dengan rakan sebaya.
Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur
yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan
sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun remaja yang mempunyai lingkungan
umur yang sama ( Hazil Abdul Hamid : 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini
mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan tingkah laku seseorang kanak-
kanak.
Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun
kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid:
1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia
adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi
daripada keluarga dan juga di sekolah.
Mustafa Fahmi (1971) menyatakan kanak-kanak atau remaja cenderung menuruti
tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Mereka akan bersungguh-
sungguh mencuba bertingkah laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Mereka juga akan
melakukan atau membuat apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Hal ini
termasuklah perlakuan atau tingkah laku bermasalah yang terdapat dalam kumpulan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
27/38
mereka.
Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,
keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat
dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Ini
bermakna rakan sebaya memainkan peranan penting dan menjadi salah satu punca
kepada permasalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak.
Begitu juga halnya yang berlaku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Dengan
keadaan mereka yang serba kekurangan sama ada dari segi fizikal, tahap kemampuan
berfikir dan tahap kemampuan mental, kanak-kanak berkeperluan khas seringkali
menjadi rakan sebaya sebagai model dan ikutan mereka apatah lagi sekiranya keluarga
kurang menerima dan memberi perhatian terhadap mereka. Penerimaan rakan sebaya
dianggap sebagai satu penghargaan dan akhirnya menjadikan rakan sebaya sebagai
idola dan ikutan. Akhirnya mereka lebih cenderung melakukan aktiviti atau tingkah laku
yang tidak diingini dan bermasalah.
Disebabkan tahap kemampuan berfikir yang rendah di kalangan kanak-kanak
berekeperluan khas, mereka adakalanya lebih mudah dipergunakan dan dipengaruhi
oleh rakan sebaya untuk melakukan aktiviti-aktiviti atau perlakuan negatif seperti
mencuri, memeras ugut dan terlibat dalam pergaduhan.
Perkembangan tingkah laku negatif dan penglibatan dengan kumpulan rakan sebaya
negatif boleh difahami melalui rangka kerja yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner
(1979). Menurut teori yang diperkenalkan oleh beliau, seseorang individu bergaul
dengan berbagai sistem dalam kehidupan harian. Mikrosistem seperti rumah dan
sekolah, merupakan perkara yang kanak-kanak akan terlibat secara terus. Tingkah laku
yang dipelajari daripada salah satu mikrosistem akan terbawa-bawa kepada
mikrosistem yang lain.
Dalam keadaan ini, tingkah laku yang dipelajari dari luar, dalam konteks hubungan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
28/38
rakan sebaya, akan terbawa-bawa ke rumah dan digunakan dalam menjalankan
hubungan dengan ahli keluarga. Begitu juga di mana tingkah laku yang dipelajari dari
rakan sebaya untuk digunakan dalam menjalankan hubungan dengan guru dan
persekitaran sekolah yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
1.2.2.3 Faktor Sekolah
Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga (1994) sekolah ialah tempat untuk belajar dan
mengajar. Dalam seharian hampir separuh masa murid-murid dihabiskan di sekolah.
Sekolah juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada berlakunya tingkah laku
bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis kepimpinan dan
suasana sekolah mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, pengetua yang
tegas melaksanakan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan
satu-satu tugas. Sekiranya sebaliknya, menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri,
takut mengambil bahagian dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu persekitaran sekolah yang tenang dan selesa akan membantu
memupuk tingkah laku yang diingini. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada tingkah
laku murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian
yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )
Iklim kelas yang kemas, selesa dan kondusif akan menyebabkan kanak-kanak dapat
belajar dengan tenang. Sekiranya keadaan kelas tidak kondusif, ini boleh
mengakibatkan timbulnya tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak. Menurut
Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik
akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang
kurang baik di kalangan murid. Dalam erti kata lain, murid akan lebih tenang dari segi
emosi dan kesediaan belajar apabila keadaan kelas mereka sentisa dikelolakan dengan
baik.
Menurut Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura individu
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
29/38
bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap
sebagai model. Guru perlu menjadi model yang terbaik kepada pelajar (Bandura 1977).
Pelajar memerlukan sentuhan guru untuk mereka menjadi bertambah baik daripada
sedia ada. Sekiranya semua guru menonjolkan model yang terbaik kepada murid-
murid, maka mustahil pelajar tidak terpengaruh untuk menjadi pelajar yang baik tingkah
lakunya. Ini bermakna guru perlu menjadi model dan contoh yang terbaik kepada anak
didiknya.
Selain daripada itu sikap dan tingkah laku guru juga perlu dipelihara kerana dengan
sikap yang tidak menyenangkan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak. Banyak
perkara yang dilakukan oleh guru tanpa disedari boleh mengubah tingkah laku yang
tidak menyenangkan. Mereka akan mula bosan, malas dan nakal apabila berhadapan
dengan situasi yang membosankan. Apatah lagi sekiranya kanak-kanak tersebut adalah
kanak-kanak berekeperluan khas. Segala masalah yang timbul juga perlu ditangani
dengan bijak dan adil. Sekiranya keadaan tidak diberi perhatian, masalah tingkah laku
mungkin akan berlaku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.
Keadaan di mana guru kurang memberi perhatian dan sering sibuk dengan tugasan
akan menyebabkan murid merasa diri mereka tidak dihiraukan dan menyebabkan
mereka bertindak mengikut kehendak mereka. Guru perlu lebih bijak menangani
masalah dan memberi perhatian yang sepatutnya agar kanak-kanak berkeperluan tidak
rasa tersisih dan terabai. Guru perlu melayan kanak-kanak berkeperluan khas secara
berbeza kerana kepelbagaian masalah kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka perlu
dilayan sebagai individu secara berasingan dan bukan secara pukal. Walaupun agak
sukar untuk guru melakukannya kerana jumlah pelajar yang ramai, namun hakikat yang
perlu diterima oleh guru ialah mereka adalah seorang pendidik dan mampu mengubah
pemasalahan yang timbul sekiranya bijak menangani sesuatu permasalahan itu.
1.2.2.4 Faktor Masyarakat dan budaya
Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
30/38
kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di
dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Persekitaran masyarakat akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak.
Nilai dan taraf tingkah laku masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak. Sebagai
contoh, kanak-kanak akan lebih mudah dan cepat tepengaruh dengan perkara-perkara
negatif yang terdapat dalam masyarakat sekeliling mereka. Budaya-budaya yang
diamalkan dalam sesebuah masyarakat juga akan memberi kesan terhadap tingkah
laku kanak-kanak. Sekiranya murid sentiasa terdedah dengan budaya kurang sihat
yang diamalkan masyarakat sebagai contoh budaya gangsterism dan vandalisme,
mereka akan lebih mudah terikut-ikut dengan budaya tersebut.
Budaya dan pengaruh media massa juga menjadi punca kepada permasalahan tingkah
laku kanak-kanak berkeperluan khas. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada
tayangan video atau filem yang berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan,
mereka akan cenderung untuk memperolehi tingkah laku yang agresif. Bandura (1977),
mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem
yang berunsurkan aksi agresif (Eron, 1982). Namun begitu sekiranya ibu bapa
mengawal dan memberi penekanan kepada unsur agama, nilai-nilai murni dan budaya
yang positif, maka kanak-kanak yang dibesarkan dengan kebudayaan ini akan
mempunyai tingkah laku yang stabil.
1.2.3 Faktor Pemakanan dan Kesihatan
Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak
secara keseluruhan. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan kanak-
kanak itu letih dan mudah terkena penyakit. Kanak-kanak yang mendapat kurang
makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif, tidak sihat dan kurang
bertenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Kanak-kanak
begini lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan seringkali bersedih dan menangis. Ini
menyebabkan tehasilnya tingkah laku yang tidak diingini seperti tidak mahu melibatkan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
31/38
diri, suka menyendiri dan kerap tidak hadir ke sekolah.
Kesihatan juga amat penting dalam menentukan tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas. Menurut Belock & Breslow (1972), tabiat kesihatan yang baik akan
mengurangkan risisko penyakit, rasa lebih sihat dan kurang masalah tidak berupaya. Ini
akan menyumbang kepada tingkah laku yang lebih posotof. Kanak-kanak yang kurang
bertenaga disebabkan kerap sakit dan penyakit tertentu akan berasa malu, bersifat
pendiam, mudah marah dan menarik diri. Akibatnya kanak-kanak berkenaan tidak
dapat membina hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain. Dengan itu dia akan
berasa sedih dan mengalami kesunyian.
Selain daripada itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai kecacatan
anggota seperti tempang, sumbing, kudung kaki, tangan dan lain-lain kecacatan juga
akan menunjukkan tingkah laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka
akan menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti pengunduran diri, pengasingan,
rendah diri dan menjadi pasif. Ini disebabkan mereka merasakan kekurangan yang ada
pada mereka membuatkan mereka merasa terasing dan kurang keyakinan diri
1.3 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1.3.1 Pengenalan
Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau
kaedah-kaedah yang sesuai. Dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku, guru perlu
memberitahu murid-murid tentang tingkah laku yang harus diamalkan di sekolah dan
peraturan-peraturan sosial yang harus ditunjukkan di dalam bilik darjah.
Pengurusan tingkah laku juga adalah tindakan yang dilakukan oleh guru, ibubapa atau
pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran atau dalaman individu atau
kumpulan supaya mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif dan diterima
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
32/38
oleh masyarakat
Menurut Stone (2007), kalau tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia juga
boleh diubah atau diubahsuai. Kebanyakan tingkah laku berbentuk operan dan
bukannya responden . Oleh itu tingkah laku berubah apabila persekitaran berubah dan
menyediakan konsekuens yang berbeza.
Dalam menjayakan pengurusan tingkah laku, guru mesti selalu memodelkan tingkah
laku yang positif. Guru juga harus menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk
menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan. Disamping itu, guru
juga harus membetulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan mereka
tingkah laku yang betul.
1.3.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan tingkah laku adalah tugas guru untuk menyediakan murid-murid supaya
hendak belajar.
( Bradley, King, Sears dan TeassierSwitlick, 1997 )
Pengurusan tingkah laku adalah merupakan langkah yang sistematik untuk mengubah
tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang positif.
( Behaviour Modification )
Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang
dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif
bagi seorang individu.
( Bear, Wolf dan Risley, 1968 )
1.3.2 Prinsip-Prinsip Pengurusan Tingkah Laku
Di antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam pengurusan tingkah laku ialah:-
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
33/38
i. Semua tingkah laku adalah dipelajari
ii. Semua tingkah laku adalah stimulus spesifik
iii. Tingkah laku boleh diajar dan diubah
iv. Matlamat perlu jelas dan specifik
v. Program yang dijalankan perlu secara individu
vi. Program yang dijalankan perlu fokus pada masa kini dan persekitaran kanak-kanak
1.3.4 Teknik-Teknik Pengurusan Tingkah Laku
Terdapat banyak teknik yang biasanya digunakan dalam pengurusan tingkah laku. Guru
seharusnya bijak memilih teknik yang bersesuaian dengan murid sebelum pengurusan
tingkah laku dijalankan. Guru perlu mengambil kira faktor fizikal, emosi, mental, tahap
keseriusan tingkah laku, faktor persekitaran dan jangkamasa perlaksanaan sebelum
sesuatu pengurusan tingkah laku dijalankan ke atas murid. Di antara teknik-teknik
pengurusan tingkah laku ialah:
i. Ganjaran
ii. Dendaan
iii. Pengasingan
iv. Shaping (Pembentukan)
v. Prompting
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
34/38
vi. Pelenturan
vii. Modeling
viii. Pengasingan
ix. Kontrak perjanjian
x. Kaunseling
1.3.5 Langkah-Langkah Pengurusan Tingkah Laku
Dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku adalah menjadi tugas penting guru
untuk meneliti, melakukan penilaian, merancang dan melaksanakan program secara
objektif. Tujuan utama pengurusan tingkah laku adalah untuk mendisiplinkan diri
individu. Dalam tugasan ini, akan disentuh secara terperinci tentang langkah-langkah
dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku.
Terdapat beberapa 10 langkah yang telah ditetapkan dalam proses memodifikasikan
tingkah laku murid-murid. Langkah-langkah tersebut ialah :
1. Membuat pemerhatian dan penilaian serta merekodkan tingkah laku bermasalah.
a. Guru harus mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid.
b. Setelah tingkah laku dikenal pasti, pemerhatian dan merekodkan tingkah laku
haruslah dibuat oleh guru.
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
35/38
2. Memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan
a. Guru hendaklah memilih tingkah laku yang dirasakan perlu diubah terlebih dahulu
mengikut keutamaan.
3. Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai
a. Guru juga harus mengenalpasti dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini.
4. Mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat
a. Guru haruslah menetapkan masa yang sesuai bagi melaksanakan sasaran yang
telah ditetapkan.
5. Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
a. Setelah mengenal pasti tingkah laku yang hendak diubah, guru bolehlah memilih
kaedah atau strategi yang sesuai.
6. Menentukan ganjaran dan dendaan
a. Guru juga harus menentukan ganjaran sekiranya berlaku modifikasi tingkah laku
terhadap murid guru juga perlu hendaklah menentukan dendaan yang sesuai sekiranyamodifikasi tinghkah laku tidak berlaku.
b. Contoh ganjaran ialah shaping, token ekonomi, pujian.
c. Contoh dendaan ialah time out, pengasingan.
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
36/38
7. Menjalankan program
a. Program pengurusan tingkah laku boleh dilaksanakan setelah perancangan
disediakan.
8. Melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala
a. Semasa program pengurusan tingkah laku dijalankan, guru bolehlah melakukan
penilaian secara berterusan ataupun jika tingkah laku itu berkurangan, guru bolehlah
membuatnya secara berkala.
9. Tindakan/ intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai)
a. Dari penilaian yang telah dijalankan, guru boleh membuat keputusan dimana jika
tingkah laku sasaran telah tercapai, maka modifikasi tingkah laku telah berjaya.
10. Memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah
dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan.
a. Guru harus memastikan tingkah laku negatif itu tidak akan berulang manakala jika
sasaran tingkah laku telah tercapai, guru haruslah mengekalkan atau meningkatkan lagi
tingkah laku positif i
1.4 KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN PERKAITANNYA DENGAN
TEORI-TEORI TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku merupakan satu aspek penting yang harus diketahui dan
8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
37/38
difahami oleh setiap pendidik. Aspek ini penting kerana ramai guru menghadapi
masalah untuk menangani masalah tingkah laku murid-murid bermasalah
pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, guru tidak dapat menyampaikan pengajaran
dengan sempurna dan seterusnya boleh mengganggu perasaan dan emosi guru yang
akhirnya menyebabkan guru merasa begitu tertekan.
Pengurusan tingkah laku juga merupakan aspek penting yang perlu dijalankan kerana
ia dapat menjamin suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan afektif. Persekitaran
yang kondusif dan afektif ini akan menjamin pembelajaran yang lebih selesa.
Tingkah laku bermasalah sekiranya tidak diuruskan dengan bijak akan mengakibatkan
kesan yang lebih buruk di masa hadapan. Apabila seseorang murid itu sudah biasa
dengan tingkah laku bermasalah, situasi ini akan mengundang masalah dalam
perhubungan sosial murid tersebut dengan keluarga, rakan-rakan, guru dan juga
masyarakat amnya. Seorang guru perlu bijak merancang dan memilih kaedah yang
paling sesuai untuk menguruskan sesuatu masalah tingkah laku yang timbul.
Mengikut pendekatanteori tingkahlakuyang dipolopori oleh Pavlov, Thorndike dan
Skinner berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Mereka mengaitkan perhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan
perubahan tingkah laku. Setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu
rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya inisiatif dari
segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat
murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Ini
akan menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Ini menunjukkan bahawa teori ini
berkait rapat dengan perubahan tingkah laku murid.
Sekinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan tentang
proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa
http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.htmlhttp://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.htmlhttp://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.htmlhttp://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html8/14/2019 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.docx
38/38
rumusan tentang pembelajaran manusia. Menurut Skinner, pembelajaran berlaku
melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting
dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu peneguhan positif
perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini
sekaligus menjayakan proses pengubahsuaian tingkah lau yang dijalankan. Manakala
peneguhan negatif pula membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan
mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam
proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.
Melalui teori Skinner ini, pendekatan yang boleh digunakan dalam proses
pengubahsuaian tingkah laku ialah dengan memberi ganjaran dan peneguhan kepada
murid. Dengan ganjaran dan peneguhan yang bersesuaian, diharapkan dapat
menghapuskan tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan. Pendekatan inilah yang
telah saya guna pakai semasa saya menjalankan program pengurusan tingkah laku ke
atas murid-murid pendidikan khas di sekolah saya.