47

Bab 7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Bab 7
Page 2: Bab 7

• 1. Memahami pentingnya pembiayaan modal dalam perniagaan.

• 2. Membincangkan perbezaan di antara pembiayaan berbentuk hutang dengan pembiayaan berbentuk ekuiti.

• 3. Mengenal pasti jenis dan sumber pembiayaan berbentuk hutang yang disediakan kepada usahawan.

• 4. Membincangkan kaedah yang perlu digunakan bagi mendapatkan pinjaman bank.

• 5. Mengenal pasti sumber-sumber pembiayaan berbentuk ekuiti dan kaedah untuk memperolehnya.

Page 3: Bab 7

• Modal merupakan satu elemen yang amat penting dalam mana-mana perniagaan sama ada yang baru ataupun yang sudah lama wujud.

• Modal ialah nilai bersih dalam perniagaan atau syarikat yang digunakan untuk menambahkan lagi nilai perniagaan atau syarikat tersebut.

• Modal wujud dalam berbagai bentuk seperti tunai, inventori, loji dan kelengkapan.

Page 4: Bab 7

• MODAL TETAP– Modal tetap diperlukan bagi pembelian aset tetap perniagaan

seperti tanah, bangunan, jentera, mesin, dan kelengkapan. Modal yang digunakan untuk aset ini akan terbeku untuk jangka masa panjang kerana ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Ia akan meningkatkan lagi kecekapan perniagaan, dan menghasilkan aliran tunai jangka panjang yang menguntungkan.

Page 5: Bab 7

• MODAL KERJA• Modal kerja ialah dana jangka pendek yang digunakan untuk

membiayai operasi semasa sesuatu perniagaan itu. Modal kerja digunakan untuk membeli bahan-bahan mentah, membayar bil, membayar gaji dan upah, membiayai jualan secara kredit, dan keperluan semasa kecemasan.

Page 6: Bab 7

• MODAL PERTUMBUHAN• Modal pertumbuhan pula digunakan untuk menampung

pembiayaan pembangunan produk yang kadangkala mengambil masa bertahun-tahun untuk menjanakan pendapatan.

• Di samping itu ia juga diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran disebabkan oleh permintaan pasaran yang tinggi. Modal ini akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, menambah bilangan tenaga kerja jualan dan pengeluaran, dan membeli banyak lagi kelengkapan.

Page 7: Bab 7

PERSOALAN YANG PERLU DITANYA SEBELUM MENDAPAT PEMBIAYAAN

• i. Berapa banyakkah modal yang betul-betul diperlukan?

• ii. Bentuk pembiayaan apakah yang paling sesuai untuk perniagaannya?

• iii. Berapa banyakkah pemilikan dan kawalan ke atas perniagaannya yang sanggup beliau lepaskan?

Page 8: Bab 7

• PEMBIAYAAN BERBENTUK HUTANG• satu kaedah pembiayaan yang melibatkan instrumen

berasaskan faedah.

• juga dikenali sebagai pinjaman di mana pembayaran balik pembiayaan ini kebiasaaannya tidak berkait secara langsung dengan jualan atau keuntungan sesuatu perniagaan itu.

• Pembiayaan berbentuk hutang sebaliknya memerlukan seseorang usahawan itu membayar balik pinjamannya tidak kira sama ada perniagaannya itu membawa keuntungan atau kerugian.

Page 9: Bab 7

JENIS PEMBIAYAAN HUTANG

• Pembiayaan hutang jangka pendek – ialah hutang yang perlu dibayar balik dalam

tempoh dua belas (12) bulan atau kurang. Biasanya hutang jenis ini adalah dalam bentuk overdraf bank, pusingan kredit, kredit perdagangan, pembelian melalui kad kredit atau pendahuluan tunai.

Page 10: Bab 7

JENIS PEMBIAYAAN HUTANG

• Pembiayaan hutang jangka panjang • merangkumi semua bentuk hutang yang melebihi dua

belas (12) bulan. • Pembiayaan bentuk ini selalunya digunakan untuk

membiayai pembelian aset tetap seperti mesin, kelengkapan, tanah atau bangunan, di mana nilai aset-aset ini digunakan sebagai cagaran atau sandaran terhadap pinjaman tersebut.

Page 11: Bab 7

KELEBIHAN PEMBIAYAAN HUTANG• Membolehkan seseorang usahawan itu mengekal pemilikan

dan kawalan ke atas perniagaannya -Ini bermakna beliau mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan dan berhak ke atas sebarang keuntungan perniagaan.

• Memberikan kebebasan kepada usahawan untuk membuat sebarang keputusan kewangan kerana hutangnya itu hanya terhad kepada pembayaran balik pinjaman sahaja.

Page 12: Bab 7

KELEMAHAN PEMBIAYAAN HUTANG• peminjam terpaksa membayar balik pinjaman apabila

sampai tempohnya walaupun perniagaannya itu mungkin menghadapi masalah tunai pada masa tersebut atauusahawan akan dikenakan denda yang berat seperti ditinggikan kadar faedah dan syarat pembayaran balik, direndahkan penarafan kredit, atau kemungkinan pemiutang menuntut supaya kesemua pinjaman dikembalikan.

• pembiayaan berbentuk hutang sukar diperoleh oleh perniagaan yang baru dimulakan kerana pemiutang lebih gemar membiayai perniagaan yang sudah lama wujud dan yang mempunyai rekod perniagaan yang memuaskan.

Page 13: Bab 7

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN OLEH BANK

• Overdraf

– kemudahan jangka pendek yang disediakan oleh bank perdagangan, di mana seseorang pelanggan bank yang mempunyai akaun semasa dibenarkan mengeluar wang melebihi baki yang ada di dalam akaunnya setakat had yang telah ditetapkan.

– Kemudahan ini disediakan untuk membiayai keperluan modal pusingan seperti penyimpanan stok, penyediaan kredit perdagangan ataupun untuk perbelanjaan operasi.

– Overdraf boleh diberikan dengan cagaran, tanpa cagaran ataupun dengan jaminan pihak ketiga - Cagaran yang biasa diterima bank adalah berbentuk aset mudah pasar seperti sijil deposit, sijil saham dan sebagainya.

Page 14: Bab 7

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN OLEH BANK

• KREDIT PUSINGAN– berbentuk jangka pendek dan digunakan untuk membiayai

keperluan modal pusingan.

– berbeza dengan overdraf ia tidak memerlukan pelanggan membuka akaun semasa dengan bank; kemudahan ini diberikan untuk satu tempoh tertentu yang boleh dipusing semula apabila tempoh itu matang.

– sesuai bagi perniagaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana kos pembiayaan adalah lebih rendah berbanding dengan kemudahan pembiayaan lain. Di samping itu dana boleh digunakan secara berterusan kerana ia adalah kemudahan berbentuk pusingan.

Page 15: Bab 7

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN OLEH BANK• PINJAMAN BERJANGKA

– pinjaman tetap merupakan satu bentuk pembiayaan jangka panjang yang diberikan bagi tempoh tetap dengan kematangannya melebihi satu tahun. Tujuan utama pinjaman berjangka ini ialah untuk membiayai pembelian aset tetap seperti mesin, kelengkapan, tanah atau bangunan bagi meningkatkan lagi kedudukan dan perkembangan perniagaan. Ia juga boleh digunakan untuk membiayai atau mengendalikan sesuatu projek yang khusus.

– Pembayaran balik pinjaman dilakukan secara ansuran berkala sama ada berasaskan bulanan, setiap tiga bulan, setiap enam bulan atau tahunan. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti tujuan pinjaman, keupayaan peminjam membayar balik, dan tempoh bayaran balik pinjaman.

– Kadar faedah pula dikira berasaskan BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Asas Pemberian Pinjaman dan dicampur marjin yang ditetapkan oleh bank.

Page 16: Bab 7

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN OLEH BANK

• Sewa Beli – merupakan satu bentuk pembiayaan hutang yang disediakan oleh

institusi kewangan bertujuan untuk pembelian barangan pengguna, alat kelengkapan, mesin dan jentera, dan kenderaan melalui pembayaran ansuran.

– Di bawah perjanjian sewa beli, institusi kewangan akan membeli barangan daripada pembekal dan menyewakan kepada pelanggan.

– Pelanggan akan membayar wang deposit sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kos barangan, dengan bakinya dibayar oleh

institusi kewangan. – Contoh: sewa beli mesin fotostat.

Page 17: Bab 7

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN OLEH BANK

• Pajakan– adalah satu kontrak di mana pemberi pajak (bank) membeli aset

tetap seperti mesin dan jentera, dan menyewakannya kepada pemegang pajak (pelanggan).

– sebagai balasannya pemegang pajak bersetuju untuk membayar secara ansuran berkala untuk suatu tempoh tertentu.

– pemegang pajak mempunyai hak sepenuhnya untuk menggunakan

aset berkenaan sepanjang tempoh kontrak. – Contoh: SME Bank memberi pajakan mesin menuai padi

kepada usahawan tani

Page 18: Bab 7

• Jenis-jenis Pajakan:• 1. Pajakan OPERASI

– pemberi pajak akan membekalkan aset kepada pemegang pajak dengan kemudahan sokongan sepenuhnya. Ini termasuk menyediakan kakitangan teknikal dan penyenggaraan ke atas aset yang dipajakkan itu. Pemegang pajak pula bersetuju untuk

membayar sewa dalam tempoh pajakan ini.– Contoh aset yang digunakan dalam pajakan operasi ialah kelengkapan

pejabat seperti komputer dan mesin salinan foto.

Page 19: Bab 7

• 2. Pajakan KEWANGAN– pemegang pajak terlebih dahulu akan mengenal pasti aset yang

diperlukannya daripada pembekal, dan membuat permohonan kepada bank (pemberi pajak) supaya membelinya.

– Aset ini kemudiannya dipajakkannya kepada pemegang pajak yang bersetuju untuk membayar ansuran bulanan pada kadar yang telah ditetapkan.

– Pemegang pajak juga bersetuju untuk menyenggara dan mengambil insurans secukupnya ke atas aset yang dipajaknya itu. Kontrak pajakan biasanya untuk tempoh jangkaan hayat ekonomi aset berkenaan, dan tidak boleh dibatalkan sebelum tamat tempohnya. Jumlah sewa yang akan dibayar oleh pemegang pajak mengambil kira kos aset, deposit, nilai sisa aset dan faedah yang dicajkan. Ini bermakna pemegang pajak akan membayar untuk penggunaan aset ini melebihi kos beliannya. Apabila tempoh kontrak pajakan tamat, pemegang pajak akan mengembalikan aset ini kepada pemberi pajak, atau membelinya dengan harga pasaran, ataupun bertindak sebagai ejen untuk menjualnya sebagai aset terpakai kepada pihak lain.

Page 20: Bab 7

BAGAIMANA MENDAPATKAN PINJAMAN?

• Menilai dirinya berdasarkan soalan berikut ; Adakah beliau betul-betul memerlukan modal tambahan, atau bolehkah beliau

menguruskan aliran tunai sedia ada dengan lebih berkesan? Untuk tujuan apakah pinjaman ini akan digunakan? Berapa segerakah keperluan pinjaman ini? Beliau mungkin tidak akan dapat

syarat-syarat pinjaman yang terbaik jika memerlukan wang dalam keadaan terdesak.

Adakah beliau mempunyai rekod kredit peribadi yang baik? Adakah beliau dan perniagaan beliau mempunyai keupayaan membayar balik

pinjaman? Adakah perniagaan beliau ini mempunyai nilai bersih yang positif? Adakah perniagaan beliau ini sudah menanggung hutang yang banyak? Adakah beliau mempunyai modal peribadi yang mencukupi dalam perniagaan

berkenaan? Adakah beliau mempunyai cagaran bagi menjamin pinjaman perniagaannya

itu? Adakah beliau sanggup memberi jaminan peribadi terhadap sebarang

pinjaman perniagaannya?

Page 21: Bab 7

• Cadangan pinjaman ini mesti mengandungi elemen-elemen berikut:– 1. Ringkasan- jelas, tepat, padat unutk apa pinjaman tersebut

– 2. Profil Pengurusan - pengalaman, kelulusan dll

– 3. Keterangan Perniagaan - pengurusan perniagaan, tren pasaran dan produk

– 4. Unjuran - aliran tunai (3 tahun)

– 5. Penyata Kewangan - penyata kewangan perniagaan

– 6. Tujuan Pinjaman - menyatakan tujuan dan fahami pinjaman tersebut

– 7. Jumlah - jumlah sebenar serta sumbangan usahawan/rakan kongsi

– 8. Rancangan Bayaran Balik - keupayaan bayaran balik.

Page 22: Bab 7

APA YANG JURUBANK INGIN LIHAT KE ATAS PEMOHON PINJAMAN?

• 5 Cs;– keperibadian (character)– keupayaan (capacity)– modal (capital)– cagaran (collateral)– keadaan (condition).

Page 23: Bab 7

FIVE (5) Cs:• Keperibadian

– selalunya dikaitkan dengan perkara yang beretika seperti kejujuran, integriti, kebolehpercayaan, dan moraliti yang diterima oleh masyarakat sebagai sesuatu ciri-ciri kebaikan seseorang itu.

• Keupayaan – kemampuan peminjam itu membayar balik pinjamannya. Tujuan utama

penilaian ke atas keupayaan ialah untuk melihat tahap keupayaan kredit seseorang peminjam itu.

• Modal – ialah sandaran kewangan atau keteguhan kewangan seseorang peminjam itu.

Keteguhan kewangan seseorang itu boleh ditentukan melalui pegangan ekuitinya dalam perniagaan

• Cagaran – digunakan sebagai sekuriti atau insurans sekiranya peminjam itu mungkir

dalam pembayaran balik pinjamannya. Namum ianya dianggap sebagai faktor yang paling rendah diambil kira dalam penilaian ke atas peminjam itu.

• Keadaan – merujuk kepada persekitaran di mana perniagaan peminjam itu ditumpukan.

Keadaan persekitaran ini termasuklah semua faktor yang boleh memberi kesan kepada keupayaan dan kemampuan peminjam membayar balik pinjamannya, yang kadangkala di luar kawalan peminjam atau bank itu sendiri.

Page 24: Bab 7

CONTOH FORMAT PENILAIAN CADANGAN PINJAMAN OLEH BANK

• Rujuk muka surat 144-145

Page 25: Bab 7

Pembiayaan Berbentuk Ekuiti

• Tidak melibatkan secara langsung tanggungjawab untuk membayar balik sebarang dana yang didahulukan, tetapi ia menawarkan kepada pelabur satu bentuk pemilikan di dalam perniagaan yang dibiayainya

• Pelabur akan berkongsi keuntungan yang diperoleh oleh perniagaan beserta dengan sebarang aset yang diperoleh daripada perniagaan yang dibubarkan mengikut nisbah yang dilaburkan

• Pelabur-pelabur ekuiti boleh menjual semula pelaburan mereka dalam perniagaan ini kepada pelabur-pelabur lain

Page 26: Bab 7

• kelebihan utama pembiayaan berbentuk ekuiti ialah seseorang usahawan itu tidak perlu membayar balik wang yang dilaburkan oleh pelabur-pelabur ekuiti.

• Di samping itu, perniagaan yang dapat menarik minat pelabur-pelabur luar akan menjadi petanda bahawa perniagaan yang akan atau sedang dijalankan itu berdaya maju dan mempunyai prospek masa hadapan yang menguntungkan.

• Namun terdapat beberapa keburukan jika seseorang usahawan itu menggunakan

pembiayaan berbentuk ekuiti ini.

Page 27: Bab 7

• Pertama, usahawan ini terpaksa melepaskan pegangan penuh terhadap perniagaannya. Ianya mungkin menjadi lebih sukar pada masa hadapan.

• Keduanya, usahawan mungkin akan mendapati bahawa pelabur-pelabur ini tidak selalu bersetuju dengan rancangan beliau mengenai perniagaan. Disebabkan pelabur-pelabur ini juga mempunyai hak ke atas sebahagian daripada perniagaan, pandangan mereka tidak boleh diketepikan walaupun ianya bertentangan dengan usahawan itu sendiri.

• Dan ketiganya, pembiayaan berbentuk ekuiti adalah lebih kompleks, dan terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti peguam dan akauntan.

Page 28: Bab 7

Sumber-Sumber Pembiayaan Ekuiti(i) Modal Pemilik• Modal pemilik merupakan sumber utama yang

digunakan untuk sesuatu perniagaan baru. • Bentuk pembiayaan ini kebiasaannya diperoleh

daripada simpanan peribadi pemilik itu sendiri atau daripada jualan aset peribadi beliau.

• Menggunakan modal sendiri, seseorang usahawan itu tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana, tidak perlu menghubungi bank atau institusi kewangan, tidak perlu membuat kertas kerja, dan tidak perlu membuat sebarang bayaran faedah.

Page 29: Bab 7

(ii) Keluarga dan Kenalan• Sumber ini umumnya digunakan untuk mebiayai

perniagaan yang baru bermula, dan mudah diperoleh oleh pengusaha-pengusaha kecil.

• Adalah lebih baik sekiranya satu perjanjian formal diwujudkan apabila terdapat ahli keluarga atau kenalan yang ingin melabur dalam perniagaan.

• Ini adalah untuk memastikan hubungan menjadi lebih profesional, dan mengelak daripada sebarang perselisihan yang mungkin timbul pada masa hadapan, khususnya mengenai jumlah yang dilaburkan atau cara mana pulangan pelaburan itu ditentukan.

Page 30: Bab 7

• Kerumitan mungkin timbul apabila terdapat sebilangan pelabur-pelabur ini ingin melibatkan diri mereka dalam pengurusan melebihi daripada yang dikehendaki oleh pemilik.

• Kadangkala terdapat juga ahli keluarga dan kenalan merasakan pelaburan mereka itu memberikan mereka hak untuk campur tangan secara langsung dalam mengendalikan perniagaan berkenaan.

Page 31: Bab 7

(iii) Pelabur Tak Formal• Pelabur tak formal atau juga dikenali sebagai angels merupakan individu-individu kaya yang melaburkan wang mereka dalam sesuatu projek atau perniagaan pada peringkat awal pelaksanaannya.

• Kebiasaan pelabur-pelabur ini melabur jumlah yang kecil ke dalam perniagaan individu, menjadikan mereka ini sumber utama bagi peniaga-peniaga kecil yang sudah kehausan untuk mendapatkan pembiayaan daripada keluarga dan kenalan tetapi masih belum bersedia untuk mendapatkan modal daripada pemodal teroka.

Page 32: Bab 7

• Perniagaan yang baru hendak bermula dan perniagaan dalam peringkat permulaan banyak memperoleh manfaat daripada pelaburan tak formal ini.

• Di samping itu, pelabur-pelabur juga boleh bertindak sebagai mentor, menawarkan kepakaran khusus, dan memberi khidmat perniagaan dan profesional.

• Mereka ini kebanyakannya mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pasaran dan teknologi yang mereka laburkan. Dengan adanya pelabur tak formal ini, usahawan bukan sahaja memperoleh modal tetapi juga kepakaran.

Page 33: Bab 7

(iv) Modal Teroka• Modal teroka ialah dana yang disediakan oleh

syarikat atau badan profesional bertujuan untuk melabur bersama-sama pemilik dalam projek atau perniagaan baru, dan yang sedang berkembang pesat.

• Pemodal teroka akan melabur dalam mana-mana perniagaan yang berpotensi menghasilkan pulangan tinggi ke atas pelaburan tersebut.

• Pemodal teroka tidak memberi pinjaman, tetapi mereka membeli ekuiti dalam perniagaan yang akan memberikan hak pemilikan.

Page 34: Bab 7

Pemodal teroka akan melihat kepada dua perkara asas apabila menimbangkan sama ada untuk melabur atau tidak di dalam sesuatu perniagaan itu:

1- Pulangan tinggi Disebabkan pemodal teroka sanggup

menanggung risiko dengan melaburkan dalam suatu perniagaan atau projek baru, mereka memerlukan pulangan tinggi setimpal dengan risiko yang ditanggung, kadangkala berkali ganda berbanding dengan nilai asal pelaburan

mereka. Kebiasaannya, pemodal teroka memerlukan

pulangan ini dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.

Page 35: Bab 7

2- Mudah Keluar Pemodal teroka akan hanya melabur dalam projek atau

perniagaan yang memudahkan mereka keluar nanti melalui penjualan dengan keuntungan pada satu tempoh di masa hadapan.

Pemodal teroka akan menggunakan tiga kriteria apabila memilih untuk membuat pelaburan.

* Pertama, suatu perniagaan itu mestilah mempunyai pasukan pengurusan yang kuat, dengan individu-individu dalam pengurusan ini memiliki latar belakang dan pengalaman yang mantap, mempunyai komitmen terhadap perniagaan, kebolehan dalam bidang kepakaran tertentu, keupayaan menghadapi cabaran, and fleksibel apabila diperlukan.

Page 36: Bab 7

• Kedua, produk dan peluang pasaran mestilah unik, serta mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran yang sedang berkembang. Mempunyai ruang pasaran yang unik amat diperlukan kerana produk yang dihasilkan mestilah berupaya bersaing dan berkembang dalam tempoh pelaburan ini.

• Kriteria yang ketiga ialah nilai perniagaan mestilah mempunyai potensi untuk meningkat. Peningkatan nilai sesuatu perniagaan itu akan bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz projek, tahap pembangunan perniagaan, potensi naik, risiko menurun, dan kemudahan untuk keluar.

Page 37: Bab 7

Peringkat Pembiayaan Berbentuk EkuitiBenih (Seed)• Pembiayaan benih disediakan kepada

perniagaan yang hanya menyediakan konsep untuk penyelidikan dan pembangunan suatu produk.

• Peringkat ini adalah yang paling sukar untuk mendapat pembiayaan kerana perniagaan mesti membuktikan terlebih dahulu bahawa produk yang akan dihasilkan boleh dipasarkan.

• Kebiasaannya sejumlah kecil dana diperlukan di peringkat ini untuk membuktikan konsep dan membiayai kajian kemungkinan.

Page 38: Bab 7

Permulaan (Start-up)

• Pembiayaan permulaan disediakan kepada syarikat untuk pembangunan produk dan pemasaran peringkat awal.

• Syarikat mungkin sedang dalam proses penyusunan atau telah berada dalam pasaran untuk tempoh masa yang singkat, tetapi masih belum membuat penjualan produk secara komersial.

• Pembiayaan peringkat ini juga sukar diperoleh.

Page 39: Bab 7

Pembangunan (Development)• Pembiayaan pembangunan disediakan

untuk pertumbuhan dan perkembangan perniagaan-perniagaan yang telah pun mempunyai rekod lepas, atau sudah mempunyai kedudukan yang agak kukuh dalam industri.

• Pemodal teroka akan memainkan peranannya yang aktif pada peringkat ini.

Page 40: Bab 7

Pembiayaan dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu:• Peringkat Pertama: Pembiayaan

disediakan kepada perniagaan yang sudah memulakan pengeluaran dan jualan tetapi masih memerlukan pembiayaan tambahan untuk mempercepatkan kapasiti pengeluaran, dan

• Peringkat Kedua: Pembiayaan disediakan kepada perniagaan yang sudah berjaya dalam pemasaran produknya tetapi memerlukan dana untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran dan pasarannya.

Page 41: Bab 7

Mezanin (Mezzanine)

• Pembiayaan mezanin disediakan sebagai pembiayaan penghubung untuk membantu sesebuah syarikat itu kepada langganan awam.

• Di peringkat ini, syarikat berkenaan sedang membuat keuntungan, dan dana baru diperlukan bagi mengembangkan loji dan kilang, atau bagi membangunkan peningkatan produk.

• Dana juga diperlukan untuk mengurangkan kos pembiayaan keseluruhannya dan membantu syarikat menarik minat bakal-bakal pelabur terhadap nilai saham yang akan ditawarkan kepada awam kemudiannya.

Page 42: Bab 7

Belian Oleh Pengurusan (MBO)

• Pembiayaan MBO disediakan dalam bentuk pinjaman dan atau pelaburan ekuiti bagi membolehkan pengurusan sedia ada mengambil alih perniagaan atau sebahagiannya daripada pemilik yang sedia ada.

Page 43: Bab 7

7.3 KESIMPULAN

• Modal adalah satu elemen yang penting untuk membiayai sesuatu perniagaan sama ada yang baru ataupun yang sudah lama wujud.

• Usahawan perlu memahami bentuk, jenis dan sumber-sumber pembiayaan yang diperlukan untuk membiayai perniagaannnya.

Page 44: Bab 7

• Untuk meningkatkan lagi peluang mendapatkan pembiayaan, usahawan perlu juga mengetahui kaedah yang digunakan untuk menilai setiap permohonan mendapatkan pembiayaan ini.

• Pembiayaan berbentuk hutang merupakan pembiayaan yang menggunakan instrumen berasaskan faedah dan perlu dibayar balik apabila sampai tempohnya.

• Bank perdagangan merupakan sumber penting yang menawarkan kemudahan ini yang termasuk overdraf, kredit pusingan, pinjaman berjangka, sewa beli, pajakan dan pemfaktoran.

Page 45: Bab 7

• Pembiayaan berbentuk ekuiti pula merupakan pelaburan pemilik ke dalam perniagaan, dan ia mempunyai kebaikan kerana tidak perlu dibayar balik.

• Sumber utama pembiayaan berbentuk ekuiti ialah modal pemilik itu sendiri, keluarga dan kenalan, pelabur tak formal, dan modal teroka.

• Kriteria yang digunakan oleh pemodal teroka untuk membuat pelaburan dalam sesuatu perniagaan ialah pasukan pengurusan yang kuat, keunikan produk dan peluang pasaran, dan mempunyai potensi untuk meningkat.

Page 46: Bab 7

• Manakala peringkat pembiayaannya modal ekuiti bermula dengan benih, permulaan, pembangunan, mezanin, dan Belian Oleh pengurusan(MBO).

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Page 47: Bab 7

SOALAN-SOALAN– Apakah yang dimaksudkan dengan

modal? Berikan tiga jenis modal yang diperlukan untuk membiayai perniagaan.

– Bincangkan perbezaan di antara pembiayaan berbentuk hutang dengan pembiayaan berbentuk ekuiti.

– Bincangkan perbezaan di antara:•Overdraf dengan Pinjaman Berjangka•Sewa Beli dengan Pajakan

– Bincangkan lima kriteria utama yang digunakan oleh bank untuk menilai seseorang pemohon pinjaman.

– Kenapakah pemodal teroka tidak gemar menyediakan pembiayaan di peringkat benih dan permulaan?