26
PENGENALAN Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang Israiliyyat dalam tafsir. Perbincangan awal akan tertumpu kepada definisi dan pengertian Israiliyyat dan cara penyerapannya dalam tafsir. Seterusnya perbahasan diteruskan dengan memfokuskan kepada perbincangan tentang hukum meriwayatkan Israiliyyat dan perawi Israiliyyat. Penekanan juga diberikan kepada perbincangan dengan lebih terperinci mengenai contoh-contoh Israiliyyat. ISRAILIYYAT 7.1.1 Pengertian Israiliyyat Sebelum dibincangkan pengertian Israiliyyat dalam tafsir, marilah sama-sama kita meninjau pengertian asal dari sudut bahasa bagi perkataan ini. Perkataan Israiliyyat (إﺳﺮاﺋﻴﻠﻴﺎت) adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab. Mufradnya T T o o p p i i k k 7 7 Israiliyyat dalam Tafsir Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pengertian Israiliyyat dan cara penyerapannya dalam tafsir; 2. Menerangkan tentang hukum meriwayatkan Israiliyyat dan perawi Israiliyyat; dan 3. Membincangkan dengan lebih terperinci mengenai contoh-contoh Israiliyyat. HASIL PEMBELAJARAN 7.1

2) israiliyat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2) israiliyat

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang Israiliyyat dalam tafsir. Perbincangan awal akan tertumpu kepada definisi dan pengertian Israiliyyat dan cara penyerapannya dalam tafsir. Seterusnya perbahasan diteruskan dengan memfokuskan kepada perbincangan tentang hukum meriwayatkan Israiliyyat dan perawi Israiliyyat. Penekanan juga diberikan kepada perbincangan dengan lebih terperinci mengenai contoh-contoh Israiliyyat.

ISRAILIYYAT

7.1.1 Pengertian Israiliyyat

Sebelum dibincangkan pengertian Israiliyyat dalam tafsir, marilah sama-sama kita meninjau pengertian asal dari sudut bahasa bagi perkataan ini. Perkataan Israiliyyat (إسرائيليات) adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab. Mufradnya

TTooppiikk 77 Israiliyyat dalam Tafsir

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pengertian Israiliyyat dan cara penyerapannya dalam tafsir;

2. Menerangkan tentang hukum meriwayatkan Israiliyyat dan perawi Israiliyyat; dan

3. Membincangkan dengan lebih terperinci mengenai contoh-contoh Israiliyyat.

HASIL PEMBELAJARAN

7.1

Page 2: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

120

atau kata tunggalnya ialah Israiliyyah (إسرائيلية). Ia dinisbahkan kepada Bani Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya ialah nama bagi Nabi Allah Yaakub a.s. yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Dalam bahasa Hebrew, ÂIsraÊ bermaksud hamba, manakala ÂiilÊ bermaksud tuhan. Justeru perkataan ÂIsrailÊ membawa maksud Âhamba tuhanÊ dan ia merujuk kepada Nabi Yaakub a.s. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakub a.s yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s. Keturunan Nabi Yaakub a.s atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrani. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab. Bagaimana pula pengertian dan maksud Israiliyyat dalam tafsir? Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran. Sehubungan dengan itu, Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir merujuk kepada kisah-kisah Yahudi dan Nasrani serta pengaruh dan kesan thaqafah Yahudi dan Nasrani di dalam tafsir. Walaupun Israiliyyat melibatkan pengaruh Yahudi dan Nasrani, namun digunakan perkataan Israiliyyat sahaja yang merujuk kepada Yahudi kerana ia dianggap lebih dominan. Hal ini kerana unsur Yahudi lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan elemen Nasrani disebabkan pada zaman awal Islam, orang Islam lebih banyak bergaul dan bercampur dengan Yahudi berbanding Nasrani. Walaupun elemen Israiliyyat mula menyerap masuk sejak zaman sahabat, namun ia semakin berkembang pada zaman tabiÊin. Di samping pengertian Israiliyyat di atas, para ulama tafsir dan hadis juga menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu bagi setiap kisah termasuk cerita lama yang diada-adakan, yang telah dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadis menganggap bahawa Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam.

Page 3: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 121

Justeru, menurut al-Zahabi Israiliyyat di dalam tafsir mengandungi dua pengertian iaitu: • Pertama: kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal

periwayatannya kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani.

• Kedua: cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana sumber Islam muktabar.

7.1.2 Cara Penyerapan Israiliyyat

Kemasukan Israiliyyat ke dalam tafsir bermula dengan kemasukan thaqafah (peradaban) Bani Israil (yang berhijrah ke Semenanjung Arab) ke dalam thaqafah Arab pada zaman Jahiliyyah. Bangsa Yahudi ini membawa bersama-sama mereka ilmu-ilmu dan pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agama mereka, dan segala perkara yang berkaitan dengannya daripada huraian-huraian, dan juga yang mereka warisi dari satu generasi ke satu generasi daripada nabi-nabi mereka dan pendeta-pendeta mereka. Kemudian, datang ajaran Islam dan Kitab Allah s.w.t yang terkandung di dalamnya ilmu dan agama. Seruan Islam lahir dan tersebar dalam kalangan penduduk Semenanjung Arab. Pada zaman Rasulullah s.a.w, pusat Negara Islam adalah Madinah al-Munawwarah. Di kota Madinah dan di sekitarnya tinggal bermukim beberapa golongan Yahudi seperti Bani QainuqaÊ, Bani Quraizah, Bani al-Nadir dan sebagainya. Terdapat di kalangan ulama Yahudi atau Ahli Kitab di Madinah yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islam semasa Nabi berhijrah ke Madinah), KaÊab al-Ahbar (memeluk Islam zaman Umar) dan Wahb bin Munabbih (seorang TabiÊi). Abdullah bin Salam contohnya menjadi tempat rujukan kepada sahabat untuk bertanya secara terperinci tentang kisah-kisah yang sama yang juga disebut di dalam kitab-kitab al-Quran dan Taurat. Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan sebilangan para sahabat dan generasi TabiÊin selepas itu untuk pemerincian dalam aspek tafsir ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan fakta-fakta sejarah. Ia turut berkisar mengenai kisah-kisah nabi dan umat mereka silam, kisah-kisah kejadian alam dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w dengan batas-batas yang ketat dan terhad. Baginda bersabda yang bermaksud: „Ceritakanlah daripada khabar-khabar Bani Israil dan tiada halangan‰. (Riwayat Bukhari).

Page 4: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

122

Begitu juga sabda baginda yang bermaksud: „Apabila kamu mendengar daripada ahli Kitab, maka jangan pula kamu percaya (seratus peratus) dan mendustakan semuanya‰. (Riwayat Bukhari). Justeru, dengan kebenaran ini dan pergaulan umat Islam bersama ahli kitab yang telah memeluk agama Islam, maka berputiklah sejarah kemasukan Israiliyyat dalam sumber-sumber ilmu Islam. Namun para sahabat tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan kepada mereka. Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga syarak. Mereka hanya menerima apa yang diterima oleh akal dan syarak dan menolak sekiranya bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka berdiam diri terhadap perkara-perkara yang tidak jelas tentang benar dan salahnya. Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abbas r.a kadangkala bertanya dan berbincang dengan ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita-cerita terdahulu yang terdapat di dalam Taurat. Namun begitu, pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja, dan tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka memahami keharusan yang diberikan Nabi s.a.w dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat dalam aspek-aspek tertentu. Justeru, pada permulaannya, Israiliyyat masih bersumberkan bekas-bekas pendeta yang Islam (Muslim Ahli Kitab) yang berautoriti dan dalam kemasukan sumber-sumber tersebut adalah sangat minimum. Namun, lama-kelamaan pintu keizinan yang terhad itu telah disalahgunakan hingga banyak Israiliyyat yang menyerap masuk akibat dorongan nafsu yang ingin mengetahui secara mendalam perkara-perkara yang umum dalam al-Quran. Ini ditambah pula dengan tapisan terperinci riwayat berdasarkan sanad yang sahih, hanya diketahui oleh golongan ahli hadis atau pakar sanad yang tertentu sahaja. Oleh itu, umat Islam mudah terjebak dengan kancah khurafat dan dongengan Israiliyyat ini. Lebih buruk lagi apabila hadis-hadis mungkar dan palsu yang berunsurkan Israiliyyat itu dikaitkan dengan para sahabat; maka ia telah mengundang kekeliruan dan kacau-bilau dalam pemahaman atau pegangan umat Islam itu sendiri.

7.1.3 Bahaya Israiliyyat terhadap Ajaran Islam

Ulama-ulama tafsir yang berhadapan dengan kemaraan maklumat-maklumat Israiliyyat di dalam kitab-kitab tafsir dengan tegas menghalang pentafsiran al-Quran dengan Israiliyyat. Hal ini kerana kebanyakan cerita Israiliyyat adalah berupa dongengan dan khurafat dan ia bakal mencemari kesucian al-Quran

Page 5: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 123

untuk dijadikan tafsiran. Begitu juga terdapat Israiliyyat yang telah bercampur aduk di antara yang benar dan yang batil. Antara bahaya Israiliyyat ini juga adalah ia boleh menyelewengkan akidah umat Islam khususnya yang melibatkan mentashbihkan Allah (menyamakanNya) dengan makhluk atau mentajsimkanNya (mengaitkan dengan bentuk tertentu). Israiliyyat juga pada hakikatnya merugikan dan melekakan umat Islam dengan perihal cerita-cerita yang sia-sia dan tiada kepentingannya kepada umat Islam. Contohnya adalah seperti kisah Israiliyyat mengenai warna anjing Ashab al-Kahfi, jenis tongkat Nabi Musa, nama budak yang dibunuh oleh Khidir, rupa paras kaki Ratu Balqis ketika mengadap Nabi Sulaiman dan sebagainya. Oleh kerana terlalu percaya dengan cerita Israiliyyat, maka terdapat mereka yang ke Makkah untuk menunaikan haji atau umrah bersusah payah mencari kayu ÂkokkaÊ kerana menganggap tongkat Nabi Musa dan kapal Nabi Nuh diperbuat daripada kayu tersebut. Lebih menyedihkan apabila mereka meletakkan kefahaman khurafat tentang keajaiban kayu kokka tersebut, yang akhirnya boleh menjerumuskan seseorang kepada perbuatan dan amalan yang syirik kepada Allah s.w.t. Justeru, boleh dikatakan bahawa terdapat sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyyat yang dengan jelas boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu kemurnian ajaran Islam. Antaranya ialah kisah-kisah yang berbentuk dongeng dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak. Kesan daripada kisah-kisah dongeng tersebut adalah seperti berikut: (i) Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para

anbiyaÊ dan mursalin, serta menggambarkan mereka seolahnya menolak kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan dengan memilih kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa, namun telah dianggap sebagai suatu anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai contoh apa yang digambarkan oleh kisah Israiliyyat terhadap apa yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s. Kisah sakitnya Nabi Ayub diceritakan melalui sumber Israiliyyat dengan cara yang melampau yang tidak sesuai untuk martabat sebagai seorang nabi.

(ii) Israiliyyat juga hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam

terhadap sebahagian ulama salaf daripada kalangan sahabat dan tabiÊin. Bukan sedikit dongeng Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan daripada salafus salih yang terkenal dengan kepercayaan

Page 6: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

124

(thiqah) keadilannya. Antara yang ditohmah termasuklah Abu Hurairah, Abdullah bin Salam, KaÊab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.

(iii) Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia daripada tujuan asal

penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Sebaliknya mengajak mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan padanya. Contohnya ialah sebagaimana yang telah disebut sebelum ini iaitu membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang tongkat Nabi Musa a.s, daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama budak kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya.

(iv) Israiliyyat telah mencemarkan ajaran Islam serta menggambarkan

seolahnya Islam adalah agama khurafat, tahyul dan menyesatkan. Contohnya ialah sebagaimana tafsiran Israiliyyat dalam ayat 7 surah Mukmin, firman Allah:

t⎦⎪ Ï% ©! $# tβθè=Ïϑøt s† z¸ ö yèø9 $# ô⎯ tΒuρ … çμ s9 öθym tβθßsÎm7 |¡ç„ ωôϑ pt ¿2 öΝ Íκ Íh5 u‘ tβθãΖ ÏΒ÷σ ムuρ ⎯ Ïμ Î/ .

Maksudnya: „Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; ⁄‰. Ayat ini ditafsirkan dengan mengatakan "Kaki malaikat pemikul `arsy berada di bumi paling bawah, sedangkan kepalanya menjulang ke 'arsy‰. Inilah antara kesan dan bahaya Israiliyyat terhadap akidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan akidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Mereka juga berusaha untuk menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang telah berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke setiap penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan menghapuskannya (sila lihat al-Zahabi 1990: 29-34).

Page 7: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 125

Rajah 7.1: Bahaya Israiliyyat

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT, HUKUM

DAN PERAWINYA Dalam bahagian ini, kita akan bincangkan pembahagian Israiliyyat, hukum dan perawinya.

7.2.1 Pembahagian Israiliyyat

Menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

(i) Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak (ii) Pembahagian dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah (iii) Pembahagian dari sudut tajuknya

Bincangkan dengan rakan anda cerita-cerita Israiliyyat yang anda pernah jumpa di dalam kitab-kitab tafsir.

AKTIVITI 7.1

7.2

Page 8: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

126

Rajah 7.2: Pembahagian Israiliyyat (a) Pertama: Pembahagian dari Sudut Kesahihannya atau pun Tidak

(i) Sahih, seperti apa yang telah datang yang menceritakan tentang sifat-sifat Nabi s.a.w yang telah dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah:

$pκ š‰ r'̄≈ tƒ © É< ¨Ζ9 $# !$̄ΡÎ) y7≈ oΨù=y™ ö‘ r& # Y‰Îγ≈ x© # Z Åe³ t6 ãΒuρ # \ƒ É‹tΡ uρ ∩⊆∈∪ $·Š Ïã# yŠ uρ ’ n<Î) «!$#

⎯ Ïμ ÏΡøŒ Î* Î/ % [`# u Å  uρ # Z ÏΨ •Β .

Maksudnya: ‰Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi‰. (al-Ahzab: 45-46).

Sifat-sifat Nabi ini yang telah dinyatakan di dalam al-Quran sama dengan apa yang terdapat di dalam Taurat. Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada AtaÊ bin Yasar, dia berkata: „Aku bertemu dengan Abdullah bin Amru lalu aku berkata kepadanya: Beritahu aku tentang sifat Rasulullah yang terdapat di dalam Taurat, Lalu dia pun berkata: Baiklah. Sesungguhnya apa yang diberitahunya tentang sifat-sifat nabi yang terdapat di dalam Taurat adalah sama dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran‰.

Page 9: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 127

ÊAta berkata: „Kemudian ketika aku bertemu dengan KaÊab al-Ahbar, aku pun bertanya soalan yang sama kepadanya, lalu dia menjawab seperti apa yang telah dijawab oleh Abdullah Bin Amru tanpa berbeza walau satu huruf sekali pun‰.

(ii) Tidak Sahih (Palsu), seperti kepercayaan khurafat mengenai

wujudnya gunung ÊQafÊ (ق) yang meliputi langit dan bumi sebagaimana yang didakwa oleh para pendusta.

Rajah 7.3: Pembahagian Israiliyyat dari sudut kesahihannya atau pun tidak (b) Kedua: Pembahagian dari Sudut Bertepatan dengan Agama dtau

Bercanggah

(i) Sesuatu yang terdapat di dalam Taurat bersamaan dengan apa yang ada di dalam agama kita (syarak)

Contohnya ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Said al-Khudri, bahawa Nabi s.a.w telah menyatakan bahawa pada Hari Akhirat kelak semasa sedang menunggu perbicaraan (al-Hisab), Allah s.w.t menjadikan bumi tempat berhimpun itu seperti roti besar, dan orang yang beriman dapat makan roti tersebut sementara menunggu selesainya al-Hisab, dan ia ibarat suatu hidangan bagi tetamu-tetamu syurga.

Ketika Nabi s.a.w sedang menggambarkan perihal tersebut kepada para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki Yahudi dan berkata: „Semoga Allah memberkatimu wahai Abu Qasim, boleh aku memberitahumu dengan hidangan bagi tetamu syurga pada hari kiamat?‰ Lalu Nabi menjawab: „Ya.‰ Lelaki Yahudi itu pun berkata: „Bumi tempat berhimpun akan dijadikan seperti roti yang besar ...‰ (sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w kepada para

Page 10: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

128

sahabat), maka Nabi s.a.w pun memandang kepada para sahabat, lalu nabi pun ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya.

(ii) Sesuatu yang bercanggah dengan syariat

Contohnya ialah pelabelan Yahudi kepada Nabi Harun a.s dengan sesuatu yang batil yang terdapat di dalam kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa Nabi Harun yang mengukir anak lembu untuk disembah oleh Bani Israil. Begitu juga dakwaan batil yang terdapat dalam safar al-Takwin yang menyatakan bahawa ketika Allah menciptakan langit dan bumi selama enam hari, lalu Allah pun berasa penat dan berehat pada hari ketujuh iaitu pada hari Sabtu.

(iii) Sesuatu yang didiamkan oleh syarak, tidak ada sokongan mahu pun

bantahan Contohnya ialah sebagaimana riwayat Israiliyyat mengenai perincian tentang kisah lembu Bani Israil. iaitu seseorang yang membunuh bapa saudaranya, lalu untuk mencari pembunuhnya, maka disembelih lembu, dan dihidupkan orang yang mati itu dengan anggota lembu tersebut, lalu orang mati itu pun memberitahu tentang orang yang membunuhnya.

Rajah 7.4: Pembahagian Israiliyyat dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah

Page 11: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 129

(c) Ketiga: Pembahagian dari Sudut Tajuk atau Isi Kandungannya

(i) Berkaitan dengan Akidah Contohnya ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abdullah bin MasÊud, bahawa dia berkata: Telah datang salah seorang pendeta Yahudi kepada Rasulullah s.a.w, lalu berkata: Wahai Muhammad, kami mendapati bahawa Allah menjadikan langit di atas jari-jemari tanganNya, begitu juga bumi, pokok, air bahkan segala makhluk di atas jari-jemari tanganNya, lalu Allah menyatakan bahawa Akulah Yang Berkuasa (raja).

Maka Rasulullah s.a.w pun ketawa sehingga nampak geraham giginya, serta membenarkan kata-kata pendeta itu. Kemudian Rasulullah pun membaca firman Allah:

$tΒuρ (#ρâ‘ y‰s% ©!$# ¨, ym ⎯ Íν Í‘ ô‰s% ÞÚ ö‘ F{ $# uρ $Yè‹ Ïϑ y_ … çμ çGŸÒö6 s% tΠ öθtƒ Ïπ yϑ≈ uŠ É) ø9 $#

ÝV≡ uθ≈ yϑ¡¡9 $# uρ 7M≈ −ƒ ÈθôÜ tΒ ⎯ Ïμ ÏΨŠ Ïϑu‹ Î/ 4 … çμ oΨ≈ysö7 ß™ 4’ n?≈ yès?uρ $£ϑtã šχθä. Î ô³ ç„ ∩∉∠∪

Maksudnya: „Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Dia dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan‰. (al-Zumar: 67)

(ii) Berkaitan dengan Hukum

Contohnya ialah seperti hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abdullah Bin ÊAmru, bahawa sekumpulan Yahudi telah datang kepada Nabi s.a.w dengan membawa seorang lelaki dan seorang wanita yang telah berzina. Lalu Nabi pun bertanya kepada Yahudi itu: „Bagaimanakah hukuman (dalam agama kamu) bagi orang yang melakukan zina?‰ Maka Yahudi itu pun berkata: „Kami hitamkan wajah mereka berdua dan kami akan pukul mereka.‰ Lalu Nabi s.a.w pun bertanya: „Apakah kamu tidak mendapati dalam Taurat itu hukuman rejam?‰ Mereka pun berkata: „Kami tidak menjumpai di dalam Taurat hukuman seperti itu.‰

Lalu berkatalah Abdullah bin Salam: „Kamu semua telah berdusta. Bawakan Taurat dan bacakan ia sekiranya kamu bercakap benar.‰ Lalu, salah seorang Yahudi yang membawa kitab Taurat (seumpama guru dalam kalangan mereka) cuba menutup ayat tentang rejam di

Page 12: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

130

dalam Taurat dengan tangannya dan tidak membaca ayat berkaitan rejam di dalam kitab Taurat. Lalu Abdullah bin Salam menarik tangannya yang menutup ayat tentang rejam itu seraya bertanya: „Ayat apakah ini?‰ Apabila mereka semua melihatnya, mereka pun berkata: „Ayat rejam!‰. Lalu pasangan Yahudi yang berzina itu pun dijatuhkan hukuman rejam.

(iii) Berkaitan dengan kisah, cerita dan pengajaran

Contohnya ialah seperti cerita-cerita Israiliyyat tentang perincian pembinaan kapal nabi Nuh a.s, mengenai jenis kayunya, panjang dan lebarnya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Rajah 7.5: Pembahagian Israiliyyat dari sudut tajuk Berdasarkan kepada pembahagian Israiliyyat yang telah kita bincangkan di atas, dapat dibuat kesimpulan seperti yang berikut: (i) Kita tidak boleh menyatakan secara pasti kesahihan sesuatu apa pun

melainkan setelah kebenarannya dapat dibuktikan melalui al-Quran dan al-Sunnah.

(ii) Sesuatu yang didapati sahih dalam sumber syarak iaitu al-Quran dan al-Sunnah tidak lagi dianggap sebagai Israiliyyat.

(iii) Sesuatu riwayat daripada Israiliyyat yang bercanggah dengan Islam tidak boleh disebarkan kecuali untuk memberikan peringatan untuk menghindari daripada mempercayainya.

(iv) Sesuatu daripada Israiliyyat yang daif tidak boleh dianggap sebagai ilmu, manakala kewujudannya di dalam kisah-kisah dan juga di dalam tafsir al-Quran dikira sebagai penafsiran yang batil.

Page 13: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 131

7.2.2 Hukum Meriwayatkan Israiliyyat

Antara pandangan-pandangan ulama berkaitan hukum meriwayatkan cerita-cerita Israiliyyat, boleh dibahagikan kepada berikut: (i) Haram meriwayat daripada Israiliyyat secara mutlak, apatah lagi terhadap

Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

(ii) Harus meriwayatkan daripada Israiliyyat sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir dan kitab sejarah. Iaitu yang merujuk kepada Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sampaikanlah yang datang daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakan (apa yang kamu dengar) dari Bani Israil dan hal itu tidak ada salahnya. Barang siapa yang berdusta kepadaku, maka bersedialah untuk menempati tempatnya di neraka".

Daripada pandangan-pandangan tersebut, yang rajih ialah haram atau tidak dibolehkan untuk meriwayatkan sesuatu daripada Israiliyyat dengan tujuan untuk berhujah dan menjadikan ia sebagai dalil. Akan tetapi, dibolehkan sekiranya periwayatannya itu adalah untuk memberikan peringatan, pengajaran dan panduan. (sila rujuk al-Khalidi, MaÊa Qisas al-Sabiqin fi al-Quran, halaman 47). Antara Hujah Larangan Periwayatan Israiliyyat adalah seperti yang berikut: (a) Penyelewengan Yahudi dengan meminda-meminda perkataan di dalam

kitab Taurat, yang sekali gus merupakan perbuatan yang tidak amanah dan tidak bermoral. Firman Allah:

* š∅ÏΒuρ t⎦⎪ Ï% ©! $# (#ρߊ$yδ ¡ šχθãè≈ £ϑy™ É>É‹ x6 ù=Ï9 šχθãè≈ £ϑy™ BΘöθs) Ï9 t⎦⎪ Ì yz# u™

óΟ s9 š‚θè?ù' tƒ ( tβθèùÌh pt ä† zΟ Î=s3 ø9 $# .⎯ ÏΒ Ï‰÷èt/ ⎯ Ïμ ÏèÅÊ# uθ tΒ ( tβθä9θà) tƒ ÷βÎ) óΟ çF Ï?ρé& # x‹≈ yδ

çνρ ä‹ã‚ sù βÎ) uρ óΟ ©9 çν öθs?÷σ è? (#ρâ‘ x‹÷n $$sù 4

Maksudnya: „⁄demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendeta-pendeta Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang

Page 14: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

132

sebenar. mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka Terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik⁄". (al-MaÊidah: 41) Firman Allah yang lain dalam surah al-MaÊidah ayat 13:

$yϑÎ6 sù Ν Íκ ÅÕø) tΡ öΝ ßγ s)≈sV‹ ÏiΒ öΝ ßγ≈̈Ζ yè s9 $oΨ ù=yèy_uρ öΝ ßγ t/θè=è% Zπ u‹ Å¡≈ s% ( šχθèùÌh pt ä† zΟ Î=x6 ø9 $# ⎯ tã

⎯ Ïμ ÏèÅÊ# uθ̈Β   (#θÝ¡nΣuρ $yà ym $£ϑÏiΒ (#ρã Ïj. èŒ ⎯ Ïμ Î/ 4 Ÿωuρ ãΑ# t“ s? ßì Î=©Ü s? 4’ n? tã 7π oΨ Í←!% s{ öΝ åκ ÷] ÏiΒ ….

Maksudnya: „Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam Kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian daripada apa Yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (Wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan⁄.‰

(b) Yahudi berusaha mewujudkan fitnah dalam agama di kalangan orang

Islam melalui periwayatan Israiliyyat. Firman Allah:

¨Š uρ × ÏV Ÿ2 ï∅ÏiΒ È≅ ÷δr& É=≈ tGÅ3 ø9 $# öθs9 Ν ä3 tΡρ –Š ã tƒ .⎯ ÏiΒ Ï‰÷èt/ öΝ ä3 ÏΖ≈ yϑƒ Î) # ·‘$ ¤ ä. #Y‰|¡ym

ô⎯ ÏiΒ Ï‰Ψ Ïã Ο ÎγÅ¡àΡr& .⎯ ÏiΒ Ï‰÷èt/ $tΒ t⎦ ¨⎫ t6 s? ãΝ ßγ s9 ‘, ysø9 $# (

Maksudnya: „Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).‰ (al-Baqarah: 109)

(c) Yahudi menyembunyikan kebenaran serta memesongkan fakta ke arah

kebatilan. Lalu Israiliyyat itu merupakan lambang penyelewengan dan pemesongan. Firman Allah:

Page 15: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 133

* tβθãèyϑôÜ tGsùr& βr& (#θãΖ ÏΒ÷σ ムöΝ ä3 s9 ô‰s% uρ tβ% x. ×,ƒ Ì sù öΝ ßγ ÷ΨÏiΒ tβθãèyϑó¡o„ zΝ≈ n=Ÿ2 «!$# ¢Ο èO

… çμ tΡθèùÌh pt ä† .⎯ ÏΒ Ï‰÷èt/ $tΒ çνθè=s) tã öΝ èδuρ šχθßϑn=ôètƒ ∩∠∈∪

Maksudnya: „(Sesudah kamu Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?‰. (al-Baqarah: 75)

(d) Yahudi sengaja meninggalkan kebenaran dan menuruti kebatilan, dan

riwayat Israilliyat banyak mengandungi kemungkaran. Firman Allah:

$£ϑs9 uρ öΝ èδu™!$y_ ×Αθß™ u‘ ô⎯ ÏiΒ Ï‰Ψ Ïã «!$# ×− Ïd‰|ÁãΒ $yϑÏj9 öΝ ßγ yètΒ x‹t6 tΡ ×,ƒ Ì sù z⎯ ÏiΒ t⎦⎪ Ï% ©! $#

(#θè?ρé& |=≈ tGÅ3 ø9 $# |=≈tFÅ2 «!$# u™!# u‘ uρ öΝ ÏδÍ‘θßγ àß öΝßγ ¯Ρr( x. Ÿω šχθßϑn=ôètƒ ∩⊇⊃⊇∪ (#θãè t7 ¨?$# uρ

$tΒ (#θè=÷Gs? ß⎦⎫ ÏÜ≈ u‹ ¤±9 $# 4’ n? tã Å7 ù=ãΒ z⎯≈ yϑø‹ n=ß™ ( .

Maksudnya: „Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya). Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman⁄‰ (al-Baqarah: 101-102)

(e) Larangan al-Quran daripada bertanya kepada ahli kitab tentang kisah-

kisah yang lampau. Firman Allah:

Ÿωuρ ÏM ø tGó¡ n@ Ο ÎγŠ Ïù óΟ ßγ ÷Ψ ÏiΒ # Y‰ymr& ∩⊄⊄∪

Maksudnya: „⁄dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun daripada golongan (yang membincangkannya)‰. (al-Kahf: 22).

Page 16: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

134

(f) Al-Quran melarang daripada memperkatakan sesuatu tanpa ilmu, dan Israiliyyat merupakan sesuatu yang boleh dianggap tanpa ilmu kerana golongan mereka mengikut sesuatu secara membuta tuli tanpa ilmu. Firman Allah:

Ÿωuρ ß#ø) s? $tΒ }§øŠ s9 y7 s9 ⎯ Ïμ Î/ íΟ ù=Ïæ 4 ¨βÎ) yì ôϑ¡¡9 $# u |Çt7 ø9 $# uρ yŠ# xσ à ø9 $# uρ ‘≅ ä. y7 Í× ¯≈ s9 'ρé& tβ% x.

çμ ÷Ψ tã Zωθä↔ ó¡tΒ

Maksudnya: „Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya‰. (al-IsraÊ: 36)

(g) Al-Quran mengajar kita agar lebih berhati-hati untuk menerima sesuatu

berita dan perkhabaran, dan tidak boleh diterima riwayat daripada golongan yang fasik dan kufur kecuali setelah diteliti dan diperiksa terlebih dahulu tentang kebenarannya. Hal seumpama ini perlu dilakukan ketika menerima riwayat Israiliyyat. Firman Allah:

$pκ š‰ r'̄≈ tƒ t⎦⎪ Ï% ©! $# (#þθãΖ tΒ# u™ βÎ) óΟ ä. u™!% y` 7, Å™$sù :* t6 t⊥ Î/ (# þθãΨ ¨ t6 tGsù.

Maksudnya: „Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya⁄‰ (al-Hujurat: 6)

(h) Saidina Umar r.a pernah membawa pulang senaskhah al-Taurat yang

dijumpainya di salah sebuah kampung Yahudi, lalu Rasulullah s.a.w amat marah dan dengan tegas baginda bersabda: Andainya Musa a.s hidup di zamanku ini pun, maka dia juga wajib mentaatiku (mengikut al-Quran dan bukan al-Taurat). (Riwayat Ahmad).

Bincangkan dengan rakan anda mengenai Hujah Larangan Periwayatan Israiliyyat yang lain selain daripada yang dibincangkan di atas.

AKTIVITI 7.2

Page 17: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 135

7.2.3 Perawi Israiliyyat

Antara perawi Israiliyyat yang masyhur ialah Abdullah bin Salam, KaÊab al-Ahbar, Wahab bin Munabbih dan Abdul Malik bin Abdul Aziz Ibnu Juraij. Para ulama telah berbeza pendapat dari sudut untuk menerima atau menolak pandangan mereka. Antara mereka, yang paling berilmu dan ÊthiqahÊ ialah Abdullah bin Salam, manakala yang paling banyak dipertikaikan ialah KaÊab al-Ahbar. Namun begitu, terdapat juga riwayat Israiliyyat yang sengaja dinisbahkan kepada perawi-perawi ini, namun ia adalah dusta semata-mata. (a) Abdullah Bin Salam

Beliau ialah Abu Yusuf, Abdullah Bin Salam bin al-Harith al-Israiliy al-Ansoriy. Beliau memeluk Islam setelah Rasulullah s.a.w tiba di Madinah. Pada suatu ketika, Abdullah bin Salam menemui Rasulullah lalu berkata, „Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi suka berbohong dan sesat. Saya minta engkau memanggil ketua-ketua mereka, tapi jangan sampai mereka tahu kalau saya masuk Islam. Serulah mereka ke agama Allah, saya akan bersembunyi untuk mengetahui reaksi mereka.‰

Rasulullah pun mengumpulkan para pemuka Yahudi. Rasulullah mengingatkan mereka tentang ayat-ayat al-Quran dan mengajak mereka masuk agama Islam. Tetapi orang-orang Yahudi itu menolak dakwah nabi. Bahkan dengan beraninya mereka membantah ucapan-ucapan Rasulullah.

Setelah mendapati bahawa mereka enggan menerima seruannya, Rasulullah pun bertanya, „Siapakah Abdullah bin Salam menurut kalian?‰ Mereka menjawab, „Dia pemimpin kami, ketua pendeta kami dan pemuka agama kami.‰

„Bagaimana pendapat anda semua sekiranya dia memeluk Islam?‰ tanya Rasulullah.

„Tidak mungkin! Tidak mungkin dia akan masuk Islam. Kami berlindung kepada Allah, tidak mungkin dia masuk Islam,‰ jawab mereka.

Lalu Nabi s.a.w pun memanggil Abdullah bin Salam: „Wahai Abdullah, sila keluar dan beritahu mereka tentang keislaman kamu‰.

Lalu Abdullah bin Salam keluar dan menemui golongan Yahudi tersebut seraya berkata, „Wahai orang-orang Yahudi, bertakwalah kepada Allah. Terimalah agama yang dibawa Muhammad. Demi Allah, sesungguhnya kalian sudah mengetahui bahawa Muhammad itu benar utusan Allah. Bukankah kalian telah membaca nama dan sifat-sifatnya dalam Taurat? Demi Allah, saya mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Saya beriman kepadanya dan membenarkan segala ucapannya.‰

Page 18: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

136

„Bohong!‰ jawab orang-orang Yahudi. „Engkau jahat dan bodoh, tidak boleh membezakan mana yang benar dan salah,‰ lalu mereka pergi meninggalkan Abdullah bin Salam dan Rasulullah.

Abdullah Bin Salam telah meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah. Antara mereka yang mengambil riwayat-riwayat hadis Abdullah Bin Salam ialah kedua-dua anaknya, Yusuf dan Muhammad, Auf bin Malik, Abu Hurairah, Abu Bardah bin Abu Musa, ÂAtaÊ Bin Yasar dan selainnya. Abdullah bin Salam meninggal dunia di Madinah pada tahun 43 hijrah.

(b) KaÊab al-Ahbar

Beliau ialah Abu Ishak, KaÊab al-Humayri lebih terkenal sebagai KaÊab al-Ahbar. Beliau berasal dari Yahudi Yaman. Beliau adalah salah seorang pendeta Yahudi yang terkenal dengan kebolehannya menghafal dan menguasai kitab Taurat. Hatinya mula terpaut dengan Islam ketika mendengar seorang sahabat Rasulullah Sallallahu Âalaihi wasallam membaca ayat al-Quran:

$pκ š‰ r'̄≈ tƒ t⎦⎪ Ï% ©! $# (#θè?ρé& |=≈tGÅ3 ø9 $# (#θãΨ ÏΒ# u™ $oÿ Ï3 $uΖ ø9 ¨“ tΡ $]% Ïd‰|ÁãΒ $yϑÏj9 Ν ä3 yètΒ ⎯ ÏiΒ È≅ ö6 s% βr&

}§ÏϑôÜ ¯Ρ $\δθã_ãρ $yδ̈Š ç t∴ sù #’ n? tã !$yδÍ‘$ t/ ÷Š r& ÷ρr& öΝ åκ s] yèù=tΡ $yϑ x. !$̈Ψ yès9 |=≈ ptõ¾r& ÏM ö6 ¡¡9 $# 4

tβ% x. uρ ã øΒr& «!$# »ωθãèø tΒ ∩⊆∠∪

Maksudnya: „Wahai orang-orang yang telah diberikan kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (al-Quran), Yang mengesahkan Kitab-kitab Yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama

seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku‰. (al-NisaÊ: 47)

Sebaik saja KaÊab mendengar ayat ini, perasaannya menjadi takut dan jiwanya terus rindu pada Islam. Justeru itu, beliau segera menyatakan dirinya keluar daripada agama Yahudi dan memeluk agama Islam. Kemudian beliau datang mengadap Sayyidina Umar al-Khattab untuk memberitahu tentang keislamannya. Peristiwa tersebut terjadi ketika kaum Muslimin sedang mempersiapkan pasukan peperangan melawan tentera

Page 19: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 137

Rom. KaÊab memeluk Islam berdasarkan ilmu dan beriman berdasarkan makrifat.

Oleh kerana beliau mengetahui melalui kitab Taurat, bahawasanya kaum Mujahidin (daripada umat Muhammad s.a.w) pada Hari Kiamat kelak akan mendapat darjat yang paling tinggi, maka dia meminta izin daripada Sayyidina Umar al-Khattab untuk ikut bergabung bersama para Mujahid Islam untuk memerangi tentera Rom.

Selain berjihad melalui lisan dan pedang, KaÊab berusaha menghafal al-Quran sehingga akhirnya berjaya menghafal sebagaimana beliau menghafal Kitab Taurat. Akhirnya tertera nama KaÊab dalam sejarah sebagai salah seorang mubaligh Islam yang dapat menghafal dua Kitab Allah. Selain itu, KaÊab juga menghafal hadis Rasulullah s.a.w sehinggalah jiwanya benar-benar menghayati Islam. Disebabkan keahliannya itu, KaÊab sering diundang ke majlis ilmu yang dihadiri oleh penduduk setempat untuk menyampaikan nasihat dan dakwahnya.

Manakala KaÊab ditanya tentang sifat-sifat Rasulullah s.a.w dan para pengikutnya dalam Kitab Taurat, beliau menjawab: „Tertulis dalam Kitab Taurat, Muhammad itu adalah seorang hambaKu yang tidak lemah dan juga tidak keras, patuh dan terpilih. Dia tidak pernah berdusta dalam niaganya di pasar, tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, sebaliknya, dia seorang pemaaf dan pengampun.‰

„Di dalam kitab Taurat juga disebutkan Muhammad dilahirkan di Makkah, tetapi kemudian berhijrah ke Madinah, sebuah negeri yang sangat makmur. Umatnya adalah orang-orang yang selalu mengagungkan Allah setiap masa, baik dalam suka mahupun duka. Mereka bertakbir kepada Allah setiap kali mereka berada di tempat yang tinggi dan selalu bertasbih kepada Allah di tempat yang rendah. Dalam sembahyang, suara mereka bergema bagaikan suara lebah dalam gua batu. Mereka selalu membetulkan barisan saf-saf untuk solat berjemaah sebagaimana mereka lakukan keadaan yang sama apabila bersedia untuk menghadapi musuh-musuh mereka di medan peperangan. Para malaikat berada di barisan depan dan belakang mereka. Allah sentiasa bersama mereka ketika mereka menghadapi peperangan fisabilillah.‰

Daripada seorang pendeta Yahudi terulung yang menguasai Kitab Taurat, akhirnya beliau menjadi seorang ulama dan pendakwah yang menguasai Kitab al-QurÊan dan menghafal hadis-hadis Nabi s.a.w. Demikianlah kehidupan KaÊab al-Ahbar yang hatinya diterangi oleh iman dan takwa. Pada tahun ke-32H, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dan jenazahnya dikebumikan di Hims, Syria. (sila lihat http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/julsep02/index14al.htm).

Page 20: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

138

(c) Wahab bin Munabbih Beliau ialah Abu Abdullah, Wahab bin Munabbih salah seorang ulamaÊ tabiÊin. Dikatakan bahawa beliau lahir pada 34 H pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Beliau meninggal dunia pada tahun 110 H. Beliau telah meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah, Abu Said al-Khudri, Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Amru al-As, Jabir, Anas dan lain-lain.

Beliau seorang yang amat luas pengetahuan dan banyak membaca kitab-kitab lama yang mengandungi kisah dan cerita yang berkaitan dengan permulaan alam dan sebagainya.

(d) Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij

Beliau ialah Abu Khalid atau Abu al-Walid, Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij. Beliau berketurunan dari Nasrani Rom. Beliau terkenal sebagai seorang ulama Makkah. Beliau juga terkenal sebagai seorang ÂpengembaraÊ yang mencari ilmu. Dilahirkan di Makkah tetapi telah merantau ke banyak negara untuk mencari ilmu. Beliau telah merantau ke Basrah, Baghdad dan Yaman.

Inilah secara ringkas paparan tentang biodata dan kisah hidup perawi-perawi yang dikaitkan dengan Israiliyyat. Daripada merekalah diriwayatkan kisah dan cerita-cerita Israiliyyat yang dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir. Namun begitu, ada yang memang diriwayatkan daripada mereka dan ada pula yang dinisbahkan kepada nama-nama mereka sedangkan ianya tidak sahih.

7.2.4 Contoh-contoh Israiliyyat

(a) Kisah Talut dan Jalut Kisah ini diceritakan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran bermaksud:

„Dan nabi mereka berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga nabi-nabi Musa dan Harun, peti tabut itu dibawa oleh oleh malaikat, sesungguhnya peristiwa kembalinya tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika benar kamu orang yang beriman‰ (al-Baqarah 2: 248).

Page 21: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 139

(i) Tafsiran dalam kitab tafsir Anwar Baydhawi oleh al-Fansuri: „Dan telah berkata bagi mereka itu Nabi mereka itu tatkala dituntut mereka itu daripadanya tanda atas kerajaan Talut itu bahawasanya tanda kerajaannya bahawa didatangkan akan kamu suatu peti di dalamnya ketetapan bagi segala hati kamu daripada Tuhan kamu dan yang mati daripada peninggalan Musa dan Harun pada hal menanggung akan dia segala malaikat. Tersebut di dalam Khazin, adalah peti itu di dalamnya rupa segala nabi yang diturunkan Allah s.w.t ke atas Adam maka turun temurun hingga datang kepada Nabi Musa a.s dan adalah mereka itu menuntut kemenangan pada Allah s.w.t dengan berkat peti itu atas seteru mereka itu. Dan dihantarkan mereka itu peti itu di hadapan mereka itu maka tatap (melihat) mereka itu kepadanya tatkala perang dan ditaruh di dalamnya oleh Musa, Taurat dan mata bendanya ditaruh Harun di dalamnya tengkoloknya. Maka tatkala mati Musa, tinggalah peti itu pada padang. Maka tatkala ditentu oleh mereka itu akan tanda kerajaan Talut, lalu ditengking akan dia oleh malaikat antara langit dan bumi pada hal mereka itu menilik kepadanya hingga dihantarkan malaikat akan peti itu pada Talut. Maka percayalah mereka itu akan kerajaan Talut.‰

(ii) Penjelasan:

Tafsiran ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur-unsur Israiliyyat. Ini dapat dilihat menerusi tafsiran ayat yang dilakukan oleh pengarang mengenai kerajaan Talut. Dalam al-Quran, Allah s.w.t ada menceritakan tentang kerajaan Talut, dan peti tabut. Peti tabut ini diceritakan sebagai tempat menyimpan kitab Taurat, tetapi tidaklah sampai kepada mempunyai segala nama dan rupa nabi-nabi dari Adam a.s hingga Musa a.s. Kitab tafsir Fi Zilal al-QurÊan juga mentafsirkan ayat tentang kerajaan Talut. Dalam kitab tafsir Fi Zilal al-QurÊan ini, diceritakan bahawa malaikat membawa peti yang berisi kitab Taurat kepada Talut. Peti tersebut ialah peninggalan daripada keluarga Nabi Musa a.s dan Harun a.s. Apabila Nabi Musa a.s wafat, pihak musuh mengambil peti tersebut. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa peti yang mengandungi naskhah Taurat itu adalah pemberian dari Allah Taala kepada Nabi Musa a.s di Bukit Tur (Syed Qutb 1972: 268). (sila lihat http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis26-02.pdf)

Page 22: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

140

(b) Kisah Nabi Sulaiman a.s dengan Puteri Balqis Firman Allah s.w.t dalam al-Quran bermaksud: „Setelah itu dikatakan

kepadanya, dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka tatkala dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, lalu diapun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata, sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat daripada kaca. Mendengar yang demikian, Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan sekarang aku menegaskan bahawa aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman kepada Allah Tuhan sekalian alam‰. (al-Naml 27: 44).

Pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi mentafsirkan maksud ayat ini dengan menyatakan:

Tatkala dikhabarkan oleh jin kakinya seperti kaki keldai, maka disuruh Sulaiman segala syaitan berbuat halaman daripada kaca supaya dicubainya dengan tiada menyuruh membukakan kainnya. Maka tatkala disumbatkan oleh Balqis kainnya, maka tahulah ia akan baik kakinya. Selain daripada itu, pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi ini juga menyatakan bahawa: Tatkala berkehendak kepada Sulaiman mengahwin dia maka benci ia akan bulu betisnya dan dibubuh oleh segala syaitan baginya kapur maka dihilangkannya ia dengan dia⁄ (al- Fansuri t.th.: 305).

Syed Qutb mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa apabila Puteri Balqis tiba di istana Nabi Sulaiman, maka baginda pun dipersilakan masuk. Perkara yang memeranjatkan Balqis ialah keadaan istana tersebut yang diperbuat daripada kaca. Lantai istana itu dibina di atas air, dan ini membuatkan ia kelihatan seakan-akan seperti sebuah kolam air. Oleh kerana baginda menyangka bahawa baginda akan mengharungi sebuah kolam, baginda pun menyingsingkan kainnya. Keadaan ini menyebabkan Nabi Sulaiman menjelaskan rahsianya dengan berkata: „Sesungguhnya istana ini adalah sebuah istana yang dibuat dengan cara yang halus iaitu daripada bahan kaca‰.

Ibn Kathir pula menjelaskan bahawa ketika Puteri Balqis dipersilakan masuk ke dalam istana yang lantainya diperbuat daripada kaca dan kelihatan seperti sebuah kolam air, baginda masuk sambil menyingkapkan kainnya. Setelah itu Nabi Sulaiman a.s pun berkata: „Sesungguhnya bukanlah air yang engkau pijak, lantai ini sangat licin kerana diperbuat daripada kaca‰. Puteri Balqis yang sangat kagum dengan struktur binaan istana tersebut, kemudiannya memeluk Islam.

Manakala menurut al-Maraghi, sebelum ketibaan Balqis, Sulaiman telah menyuruh bala tenteranya untuk membina sebuah istana besar yang lantainya diperbuat daripada kaca putih yang licin. Di bawahnya terdapat

Page 23: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 141

air yang mengalir dengan pelbagai ikan dan lain-lain. Apabila Balqis tiba, Sulaiman menyambutnya di istana dan duduk di ruang tengah. Ketika Balqis hendak mendekati Sulaiman, Balqis menyangka lantai itu adalah air. Lalu Balqis pun menyingsingkan kainnya supaya pakaiannya tidak basah seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang yang menyeberangi air. Ketika itu Sulaiman pun berkata kepada Balqis: „Sesungguhnya apa yang kamu sangkakan air itu bukanlah air, tetapi ia adalah sebuah istana yang diperbuat daripada kaca‰. Balqis segera menutupi betisnya dan beliau berasa amat kagum dengan ciptaan itu. Setelah itu, barulah Balqis menyedari bahawa ada lagi kerajaan lain yang lebih berkuasa daripada kerajaannya. Sulaiman lantas menyeru Balqis supaya menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan selain daripadaNya.

Pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi didapati mentafsirkan ayat 44, surah al-Naml dengan menyatakan bahawa jin telah mengkhabarkan kepada Sulaiman tentang kaki Puteri Balqis adalah seperti kaki keldai. Sulaiman lantas memerintahkan para syaitan supaya membina sebuah halaman dalam istana yang seakan-akan sebuah kolam air supaya Sulaiman dapat memastikan kebenaran cerita itu. Apabila Balqis berjalan di atas halaman yang dibina itu sambil menyingsingkan kainnya, maka Sulaiman mendapati kaki Balqis sebenarnya berkeadaan baik. Menurut riwayat ini juga, ketika Balqis menyingsing kainnya itu, Sulaiman terpandang akan bulu betisnya. Sulaiman tidak suka melihatnya lalu syaitan menghilangkannya dengan kapur.

Apabila riwayat Tafsir Anwar Baidhawi ini dibandingkan dengan pendapat para ahli tafsir seperti Syed Qutb, Ibn Kathir dan al-Maraghi, didapati tidak ada satu pun tafsiran daripada ahli tafsir yang menyentuh tentang perkara ini apatah lagi membenarkannya. Tafsiran para ahli tafsir didapati hanya menjelaskan tentang kekaguman Balqis terhadap istana yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Rasa kagum ini melahirkan keinsafan dan telah menyedarkan Balqis bahawa ada lagi kuasa lain yang lebih hebat daripada kekuasaannya. Fenomena ini akhirnya membawa Balqis kepada Islam. Kisah yang menyatakan bahawa Balqis menyingkap kainnya ketika berjalan di dalam istana Sulaiman kerana menyangka beliau sedang menyeberangi sebuah kolam air juga adalah diakui kebenarannya oleh para ahli tafsir. Bagaimanapun, tidak ada riwayat yang menyatakan bahawa ketika Balqis menyingsing kainnya, Sulaiman telah terpandang bulu betis Balqis dan membencinya serta tidak ada juga riwayat yang menjelaskan bahawa kaki Balqis adalah seperti kaki keldai seperti yang didakwa oleh pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi. (sila lihat http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis26-02.pdf)

Page 24: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

142

(c) Kisah Israiliyyat yang ditafsir daripada ayat al-Quran surah Luqman ayat 27 Allah telah menciptakan di bawah ini laut yang melingkupnya, di dasar laut. Ia menciptakan sebuah gunung disebut gunung Qaf. Langit dunia ditegakkan di atasnya. Di bawah gunung tersebut Allah menciptakan bumi seperti bumi ini, yang jumlahnya tujuh lapis. Kemudian di bawahnya ia mencipatakan laut yang melingkupnya. Di bawahnya lagi ia menciptakan laut yang melingkupnya. Di bawahnya lagi, ia menciptakan sebuah gunung lagi, yang juga bernama gunung Qaf iaitu langit jenis kedua diciptakan di atasnya. Sehingga jumlah semuanya: tujuh lapis bumi, tujuh lautan, tujuh gunung dan tujuh lapis langit.

7.2.5 Kaedah untuk Mengenali Israiliyyat

Antara kaedah atau cara untuk mengenali riwayat dan cerita yang mengandungi Israiliyyat adalah seperti yang berikut: • Terdapat kenyataan jelas daripada perawi menyebut bahawa riwayat yang

disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyat.

• Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti „mauquf‰ kepada sahabat, bukan „marfuʉ kepada Nabi s.a.w.

• Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi. Begitu juga disentuh tentang kisah-kisah lampau.

• Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa dan menentukan bahagian anggota lembu yang digunakan untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.

• Memperlihatkan „keterlampauan‰ ketara seperti cerita salah seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya ke sana ke mari sehingga Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu.

• Mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat daripada azab banjir besar.

Page 25: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR 143

• Menceritakan sesuatu yang pelik „gharib‰ seperti yang menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu.

• Merujuk kepada ulama yang membincangkan tentang Israiliyyat. Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan berikut. Selamat Mencuba!

• Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang

diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Bani Israil atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran.

• Ulama-ulama tafsir yang berhadapan dengan kemaraan maklumat-maklumat Israiliyyat di dalam kitab-kitab tafsir dengan tegas menghalang pentafsiran al-Quran dengan Israiliyyat. Hal ini kerana kebanyakan cerita Israiliyyat adalah berupa dongengan dan khurafat dan ia bakal mencemari

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Apakah maksud Israiliyyat?

2. Mengapakah perlu dijauhi riwayat Israiliyyat?

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Nyatakan pengertian Israiliyyat.

2. Jelaskan pembahagian Israiliyyat.

3. Bagaimanakah Israiliyyat menyerap masuk dalam tafsir?

4. Berikan satu contoh Israiliyyat.

5. Huraikan kaedah untuk mengenali Israiliyyat.

Page 26: 2) israiliyat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

144

kesucian al-Quran untuk dijadikan tafsiran. Begitu juga terdapat Israiliyyat yang telah bercampur aduk di antara yang benar dan yang batil.

• Menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak

2. Pembahagian dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah

3. Pembahagian dari sudut tajuknya

• Pandangan yang rajih ialah haram atau tidak dibolehkan untuk meriwayatkan sesuatu daripada Israiliyyat dengan tujuan untuk berhujah dan menjadikan ia sebagai dalil. Akan tetapi, dibolehkan sekiranya periwayatannya itu adalah untuk memberikan peringatan, pengajaran dan panduan.

Israiliyyat

Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah. (1988). MaÊa Qisas al-Sabiqin fi al-Quran, Dar al-

Qalam, Damsyik. Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah. (1996). al-Tafsir wa al-TaÊwil fi al-Quran, Dar al-

NafaÊis, Jordan. MannaÊ Qattan. (1992). Mabahith fi ÂUlum al-Quran, Maktabah al-MaÊarif Li al-

Nasyr wa al-TauziÊ, Riyadh. Al-Sabuni, Muhammad ÂAli. (1985). al-Tibyan fi ÂUlum al-Quran, ÂAlam al-

Kutub, Beirut. Al-Zahabi, Muhammad Husayn. (1989). al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah

Wahbah, Kaherah. http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis26-02.pdf http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/julsep02/index14al.htm