20
sharifah AFIDAHSESMA 1

CH7F4

  • Upload
    cgsha

  • View
    638

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 1

Page 2: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 2

~PENDOKONG Teori ~John Crowford

1. Catatan China, Orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perdagangan

dan petempatan di Amoy / Canton sejak tahun 300 M.

2. Pedagang Arab menguasai perdagangan dari pelabuhan Iskandariah hingga

ke China. Perdagangan mereka berterusan terutama setelah kemunculan Islam

di Makkah pada Abad 7 M.

4. Perdagangan Arab dengan China melalui pelabuhan utama Asia Tenggara

seperti Pelabuhan Melaka.

5. Catatan China menyatakan wujud perkampungan Islam bernama Ta Shih di

Sumatera Utara [650 M].

Page 3: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 3

Prof.Syed Naguib Al Attas menyokong idea John Crowford dengan alasan:

1. Persamaan bahan penulisan dan sastera Asia Tenggara dengan Tanah Arab.2. Tulisan jawi diambil dari bahasa Arab dan terdapat perkataan Arab.3 Budaya dan adat resam dipengaruhi budaya Arab. Contoh amalan menghormatitetamu dan muzik seperti dabus dan zapin.4. Sastera seperti Hikayat Raja-raja Pasai menceritakanpengislaman rajanya Merah Silu [Malik al-Salih] olehSyeikh Ismail berrketurunan Arab.

Page 4: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 4

1. Khan Fo / Canton muncul pusat perdagangan di kalangan pedagang Arab

sejak abad 9 M.

2. Hubungan perdagangan menyebabkan Islam berkembang di kalangan

peniaga China di negara China. Pedagang China Islam menyebar ke Asia

Tenggara.

Pendapat Eredia disokong oleh S.Q. Fatimi dengan alasan:

1. Perpindahan beramai- ramai pedagang Islam di Canton / Amoy ke

Asia Tenggara [876 M].

2. Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang,

Terengganu.

3 . Persamaan unsur seni bina di China dengan masjid di Kelantan, Melaka dan

Pulau Jawa .

~PENDOKONG Teori ~ Emanuel Gadinho Eredia

Page 5: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 5

1. Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara telah lama wujud 2. Gujerat merupakan pelabuhan maju di bawah

pemerintahanAlaudin Khilji. Pedagang India Islam menyebarkan Islam sampai ke A/T3. Penemuan batu marmar pada batu nisan

Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di Pasai bercirikan India.4. Wujudnya unsur kebudayaan Hindu di Asia

Tenggara

Pendokong teori~Snouck Hurgronje

Page 6: CH7F4
Page 7: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 7

•1. Dakwah Islamiah disebarkan pedagang Arab, China dan India.•2. Mereka telah mewujudkan hubungan perdagangan dengan pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Kepulauan Rempah seperti Maluku dan Makasar.•3. Kemurnian sikap dan tingkah laku mereka menjadi ikutan penduduk setempat.•4. Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan agama Islam di kalangan para pedagang.•5. Semangat dakwah di kalangan pedagang menarik minat masyarakat tempatan di bandar pelabuhan.•6. Mereka menjalankan kegiatan dakwah di pelabuhan dgn. membawa ulama menyebarkan Islam.•7. Sifat mahmudah menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam.•8. Mewujudkan hubungan baik dgn pemerintah/ sultan•9. Ada yg dilantik jd syahbandar~mudahkan sebar Islam

Page 8: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 8

• 1. Islam disebar menerusi perkahwinan siasah dan biasa.

• 2. Perkahwinan siasah berlaku di kalangan kerabat

diraja seperti putera-puteri Sultan Mansur Syah dan Sultan

Muzafar Syah dikahwin dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri

dan Jambi [di Sumatera Utara], raja Pahang dan Kedah.

• 3. Perkahwinan siasah menyebabkan negeri itu dpt

diIslamkan.

• 4. Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang Islam atau

ulama Islam dengan penduduk tempatan menyebabkan Islam

tersebar di dalam keluarga dan masyarakat sekeliling

pengantin.

Page 9: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 9

1. . Masyarakat Melayu di Asia Tenggara sangatmentaati golongan pemerintah dan pengaruh merekasangat kuat.

2. Pemelukan Islam golongan ini menyebabkan rakyatmengikutinya.

3. Contoh pengIslaman Megat Iskandar Syah diikutioleh pembesar, keluarga diraja dan rakyat Melaka

4. PengIslaman Raja Pasai, Raja Malik al-Salih diikutipembesar Pasai telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat.Pemerintah memain peranan menyebar Islam dengan cepat.

Page 10: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 10

1. Abad 15 M, Melaka muncul pusat penyebaran Islam terkenal.Di Melaka, TunPerak memainkan peranan penting menyebarkan Islam.Beliau berjaya menguasaibeberapa kawasan baru di pesisir pantai Sumatera Utara seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri. Ulama dihantar untuk mengajar mereka tentangIslam.

2. Kerajaan Johor Riau berusaha menawan Melaka selepas penguasaanPortugis untuk mengelakkannya menjadi pusat penyebaran agama kristian.

3. Kerajaan Demak juga menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa, Pajangdan Mataram di Jawa.

4. Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh menjadikuasa yang kuat di Asia Tenggara. Kedatangan kuasa barat dan pengaruhagama Kristian ke Kepulauan Melayu menyebabkan Acheh berusaha menyekatperkembangannya. Acheh menaungi negeri kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri di Tanah Melayu dengan tujuan mengelakkan pengaruh kristianbertapak. Acheh muncul pusat perdagangan penting dan digelar SerambiMakkah.

Page 11: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 11

Islam bertapak di Brunei kerana peranannya sebagai pusat perdagangan di Borneo. Bukti pertapakan Islam berasaskan catatan China pada 977 M mencatat pembesar Brunei iaitu Pu Ali telah dihantar ke China. Penyebaran Islam ke Brunei dilakukan oleh Syariff Ali Mufaqih Muqaddam PengIslaman Brunei telah menyebabkan wilayah sekitar memeluk Islam termasuk Kepulauan Sulu dan Mindanao.

Kerajaan Melayu Pattani diIslamkan pada 1457 [abad 15] setelah rajanya, Raja Phaya Tu Nakpa memeluk Islam dan bergelar Sultan Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan sultan Muzaffar Syah seluruh wilayah Pattani diIslamkan

Page 12: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 12

. ~Pusat kebudayaan wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau dan Acheh. Ia

bertindaksebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam serta terdapat institusi

pendidikan dan golongan cerdik pandai. Zaman kerajaan Samudera-Pasai, bandar ini

menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu

· ~ Banyak kitab Arab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Sultan Mansur Syah

[Melaka] mengirimkan Kitab al-Dur al-Manzum untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai.

· ~ Menjadi pakar rujuk kepada ulama dari luar.. ~ Zaman kerajaan Melayu Melaka,

beberapa buku sastera dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah yang memberi semangat serta kekuatan untuk menentang

musuh di medan perang.

~Di Aceh, terdapat banyak karya puisi seperti syair yang dihasilkan yang dapat menarik

perhatian pembaca seperti Bustanus Salatin yang mengisahkan keindahan kerajaan, istana

kota dan taman-taman.

· ~ Karya pemikiran Islam dihasilkan seperti Hamzah al-Fansuri, Nurudin al-Raniri,

Shamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel telah memperkayakan pemikiran dan

kebudayaan rantau Asia Tenggara.

. Abad 18, Kerajaan Johor-Riau berperanan sebagai pusat kebudayaan Islam telah

menghasilkan sastera seperti Tuhfat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor

Page 13: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 13

Mubaligh atau pendakwah, ulama dan ahli sufi berperanan langsung

menyebarkan Islam. Contoh: Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad :

Syarif Amir Sayyid al- Syirazi dan Tajudin al-Asfahani berdakwah di

Pasai; Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf

berdakwah di Melaka

~ Masjid, istana dan rumah menjadi tempat mempelajari ilmu

pengetahuan Islam, kemudian wujud pondok [ di Tanah Melayu],

pasentren [di Jawa] dan dayah [ di Acheh] sebagai institusi

pendidikan.Penddikan tertinggi ialah pondok/pesantren

~ Di Acheh lahir ulama tempatan seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin

Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.

~Di Jawa, Wali Songo [wali 9] berdakwah kpd penduduk tempatan.

~Pemerintahan Kerajaan Islam Demak di Jawa telah menjadi pusat

pergerakan dakwah Islamiah dan Masjid Agung Demak dijadikan

markas dakwah

Page 14: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 14

1 Konsep tuhan yang maha esa atau tauhid

2. Keadilan, hak individu dan masyarakat.

3. Kehidupan yang harmoni,

4. Menyanjung akhlak mulia,

5. Konsep kebahagian dunia dan akhirat

6. Berfikir secara rasional telah menarik

minat orang ramai menganut agama Islam

Page 15: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 15

• ~ Institusi pemerintahahan beraja diganti dengan Institusi Kesultanan. Institusi kesultanan

diperkenalkan

• ~ Sultan sebagi ketua negara dan mufti sebagi penasihat sultan dalam hal ehwal

agama dan pentadbiran negara.

• ~ Wujud pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, pemungut zakat, penyelia Baitul Mal

dan penjaga harta wakaf.

• ~ Gelaran sultan digunakan untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam

• ~. Dalam Hukum Kanun Melaka, raja Melaka digelar Khalifatul Mukminin(i pemimpin

orang mukmin) dan Zillulah Fil’ Alam bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini.

• ~ Islam menjadi agama rasmi di Melaka, Acheh dan Brunei.

• ~ Nama negeri berasaskan Islam seperti Acheh Darus salam

• ~ Nama raja menggunakan nama Islam.e.g Sultan Mansur Syah - pemerintah yang

dibantu Allah; Sultan Mahmud Syah - sultan terpuji

• ~ Undang-undang syariah dilaksanakan. Contoh kes jenayah seperti kecurian dan

pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.

Page 16: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 16

1. Sebelum Islam rakyat tidak berpeluang mendapat pendidikan kecuali golongan

bangsawan.

2. Wujud institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti istana, pondok, madrasah dan

surau.

3. Institusi Pendidikan Islam formal yang terawal di Asia Tenggara muncul dalam

pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara dikenali pondok / dayah.

4. Di Samudera-Pasai, muncul pusat terjemahan karya agama menjadi rujukan kerajaan

Islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka.

5. Pendidikan pondok berkembang di Patani, Acheh dan Jawa.

6. Di Melaka institusi pondok belum wujud, ilmu dipelajari di rumah ulama, masjid dan

surau dan istana pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan.

7. Acheh menggantikan Melaka sebagi pusat pendidikan Islam selepas dikuasai Portugis

mempunyai sistem pendidikan yang lebih tersusun berbanding kerajaan Melayu lain. Ia

dibahagikan kepada peringkat rendah [rangkang], menengah [muenasah] dan peringkat

tinggi / universiti [Jamiah Bait al-Rahman]

8. Abad 16 dan 17 Acheh menjadi tumpuan pelajar dari luar hingga digelar serambi

9. Wanita digalakkan belajar di dayah dan berpeluang memegang jawatan pentadbiran.

10. Pendidikan Islam tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau dan Tanah

Melayu.

Page 17: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 17

1. Melahirkan tulisan jawi yang diubahsuai daripada tulisan huruf Arab

2.Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran dan berjaya mengambil alih

tulisan Palava Dewanagari yang diperkenalkan pada zaman Hindu-Buddha.

.3. Istilah bahasa Arab memperkayakan bahasa Melayu seperti sultan, syukur,

masjid, berkat dan alam.

4. Masyarakat Melayu boleh membaca dan menulis melalui huruf jawi sehingga

lahir sasterawan tempatan seperti Tun Seri Lanang, Syamsuddin al-Sumaterani

dan Abdul Rauf Singkel.

5. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca bagi Kepulauan Melayu dan

meningkat taraf menjadi bahasa ilmu

6 Gaya dan tatabahasa dan bentuk kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi

oleh bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita rakyat.

7 Fungsi sastera berubah dari berhibur kepada mengkritik.

Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan di kalangan para

pedagang dari Timur dan Barat.

Page 18: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 18

1. Sebelum Islam cara hidup dipengaruhi animisme, agama

Hindu dan Buddha.

2. Islam menolak unsur kepercayaan lama seperti memuja

semangat dan mempercayai keramat.

3. Penyerapan Islam dalam budaya masyarakat Asia Tenggara

4. Lahirlah cara hidup Islam seperti cara berpakaian iaitu

bertudung kepala dan bersongkok

5. Islam dijadikan ad-din iaitu cara hidup yang lengkap dan

menyeluruh.

6. Konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia

ditekankan

7. Sifat tolong menolong, hormat menghormati dan

bekerjasama menjadi budaya masyarakat.

8. Semangat gotong royong diamalkan di kampung-kampung.

Page 19: CH7F4

sharifah AFIDAHSESMA 19

1. Kesenian Islam meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara

khususnya dalam seni khat, seni bina dan seni ukir.

2. Pengaruh khat dapat dilihat pada batu nisan dan ukiran kayu. Batu

nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat mempunyai pengaruh Parsi

3. Seni khat juga merakam ayat al-Quran, hadis dan catatan sejarah

sesebuah pemerintahan tempatan.

4. Seni khat turut diukir pada bilah mata keris yang bertatahkan emas,

perak dan permata.

5. Unsur seni kaligrafi mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan

tulisan jawi.

6. Terdapat unsur seni dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan.

7. Unsur khat boleh dilihat pada masjid, surau dan rumah kediaman.

Misalnya kalimah syahadah dijadikan hiasan.

8 Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid,

kubah, mimbar, mihrab dan menara azan.

Page 20: CH7F4

Thank YouCG SHARIFAH

AFIDAH