27
KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Antara kaedah yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:- 1. Kaedah Hafalan Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas. Kemudian guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala murid-murid yang lain pula diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar dapat mengingat dalil tersebut. Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis. Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya. 2. Kaedah Syarahan / Kuliah Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid. Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar. 3. Kaedah Soal Jawab Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah tentang khutbah Jumaat. Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati. 4. Kaedah Perbincangan

Kaedah1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah1

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Antara kaedah yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:-

1. Kaedah Hafalan

Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas. Kemudian guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala murid-murid yang lain pula diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar dapat mengingat dalil tersebut.

Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.

Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya.

2. Kaedah Syarahan / Kuliah

Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid.

Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar.

3. Kaedah Soal Jawab

Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah tentang khutbah Jumaat.

Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati.

4. Kaedah Perbincangan

Page 2: Kaedah1

Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat.

Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar.

Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. Kemudian guru mengemukakan tajuk. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan.

5. Kaedah Permainan

Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya merupakan salah satu daripada kaedah permainan.

Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Permainan adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Ia dapat menjadikan pengajaran di sekolah menjadi menarik dan praktis.

Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan tahap mereka. Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman berkaitan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Antara kelebihan kaedah ini ialah:

1) murid tidak berasa bosan

2) melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka

3) guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain

Page 3: Kaedah1

Kelemahan kaedah ini pula ialah:

1) menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM

2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini

3) Menambahkan penggunaan wang sekolah

6. Kaedah Latih Tubi

Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang terdapat dalam rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.

Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.

7. Kaedah Bercerita

Contohnya selepas menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat, guru boleh bercerita tentang suasana khutbah Jumaat.

Page 4: Kaedah1

Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan.

Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita-cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar pada sahsiah guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai.

Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran mendengar di kalangan pelajar di samping mengulang sebut fakta daripada cerita yang disampaikan oleh guru.

8. Kaedah Ulangan

Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.

ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN

Antara alat bantu mengajar yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:-

Page 5: Kaedah1

1. Tayangan Video

2. MP4

3. Tayangan slide

4. Kad Manila

5. Komputer

6. Buku Teks

7. Buku Rujukan

8. Kertas Mahjong

9. Kertas A4

Tujuan penggunaan alat bantu mengajar ini adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu, terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projektor, televisyen, video, atau alatan multimedia yang lain.

Tanpa alat-alat ini ia mungkin akan mengurangkan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.

ANTARA KAEDAH LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IALAH:-

1) Kaedah Halaqah

Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan menghadap kiblat.

Page 6: Kaedah1

2) Kaedah Induktif

Kaedah ini bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta dan hukum-hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi. Guru yang menyampaikan kaedah ini memberi contoh-contoh dan butir-butir yang kecil, kemudian ia membanding dan menentukan sifat-sifat persamaan antaranya untuk mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagian-bahagian dan contoh-contoh yang diberi dan belum diberi.

Kaedah ini sangat berfaedah bagi murid-murid untuk membiasakan mereka berfikir, membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prinsip-prinsip umum dari bahagian yang disampaikan itu.

3) Kaedah Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan.

Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah.

2. Jelaskan masalah

3. Cari alternatif penyelesaian masalah.

4. Lakukan operasi penyelesaian.

5. Nilaikan penyelesaian

Kaedah ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari. Ia juga menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional di samping meningkatkan dan memperkukuh ingatan pelajar. Kaedah ini juga memenuhi kehendak prinsip ’belajar melalui membuat’.

4) Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi

Page 7: Kaedah1

Kaedah ini merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran iaitu objeknya atau prosesnya. Dalam kaedah ini, ia mengutamakan pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan tertentu.

Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini membolehkan pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal.

5) Kaedah Amali

kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami.

Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.

Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.

6) Kaedah projek

Page 8: Kaedah1

Ia adalah kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan.

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain.

Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing.

Kaedah projek menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

7) Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri

Kaedah ini melibatkan pengalaman guru atau pengalaman pelajar itu sendiri. Setiap pengalaman yang disampaikan itu mempunyai perkaitan dengan objektif pengajaran. Pendedahan kendiri dapat memberi peluang pada pelajar supaya belajar berkongsi cerita ataupun pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman yang ada dapat dikaitkan dengan sesuatu topik pengajaran dan realiti pengalaman pelajar ataupun guru lebih memudahkan pelajar bagi memperoleh maklumat.

8) Kaedah Sokratik

Page 9: Kaedah1

Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Kaedah ini menekankan kepada perkembangan kemahiran bersoal jawab yang memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih mendalam. Melalui kaedah ini, sesuatu objektif senang untuk dicapai. Kaedah ini menjadikan pengajaran berlaku secara dua hala, sama ada daripada guru kepada pelajar ataupun daripada pelajar sesama pelajar. Pelajar akan menyusun dan mengatur pengalaman lampau dan sedia ada bagi menjawab soalan.

9) Kaedah Simulasi

Ia adalah salah satu situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan. Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sosiodrama dan main peranan.

10) Kajian Kes

Kajian kesakan mendedahkan pelajar kepada situasi hidup yang sebenar. Pelajar akan menganalisis situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Guru bertindak sebagai pembimbing. Biasanya guru lebih cenderung untuk tidak membicarakan isu secara aplikasi sebaliknya memimpin dengan cara konseptual sahaja. Sesuatu kajian kes akan memastikan pelajar dapat membuat keputusan, cadangan ataupun pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar kajian ringkas ataupun pendek.

11) Kaedah Luar Kelas

Page 10: Kaedah1

Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar.

12) Kaedah Dialog

Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah lagi.

13) Kaedah Pengembaraan/ Lawatan

Kaedah lawatan sering diberi pengertian sebagai kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Dalam pelaksanaan kaedah yang dilakukan, guru secara langsung dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa yang dilihat dan dialami oleh murid-murid pada waktu itu, di samping perkara yang dapat dilihat secara kebetulan semasa dalam perjalanan.

Page 11: Kaedah1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN ISLAM KBSM-

BAHAGIAN IBADAH

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Ibadah

Kelas : 1 Bestari

Tarikh : 9 September 2008

Masa : 3:00- 4:00 petang

Bilangan Murid : 38 orang

Tajuk : Khutbah Jumaat

Page 12: Kaedah1

Kemahiran : Mempelajari dan memahami Khutbah Jumaat dan huraian

mengenainya.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. Murid-murid telah mempelajari tentang Solat Jumaat melalui unit pelajaran sebelumnya.

2. Murid-murid telah mengetahui tentang Khutbah Jumaat melalui media massa.

3. Murid-murid lelaki khususnya pernah menunaikan Solat Jumaat.

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

1. Menerangkan maksud Khutbah Jumaat.

2. Menyatakan hukum Khutbah Jumaat.

3. Menerangkan syarat sah Khutbah Jumaat.

4. Menjelaskan rukun khutbah.

5. Menyatakan perkara sunat ketika berkhutbah.

KEMAHIRAN BERFIKIR:

1. Menyusun atur.

2. Membuat inferens dan kesimpulan.

3. Membanding beza.

PENERAPAN NILAI:

1. Menanamkan rasa tanggungjawab dan kewajipan pelajar untuk menunaikan Solat Jumaat.

2. Menekankan kepentingan Khutbah Jumaat sebagai salah satu rukun Solat Jumaat.

3. Mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan dalam Khutbah Jumaat.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

10. Tayangan Video

11. MP4

12. Tayangan slide

Page 13: Kaedah1

13. Kad Manila

14. Komputer

15. Buku Teks

16. Buku Rujukan

17. Kertas Mahjong

18. Kertas A4

Langkah/ masa

Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/ Alat

Pendahuluan

(3 minit)

-Bacaan doa pelajaran.

-Guru memilih wakil seorang murid untuk membacakan doa pelajaran.

-Guru dan murid yang lain sama-sama membaca doa.

Set induksi

(7 minit)

-Menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat.

Page 14: Kaedah1

-Guru menyoal murid :

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut?

-Guru menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat.

-Murid melihat tayangan tersebut dengan penuh perhatian.

-Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan.

-Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.

-Guru mengaitkan jawapan murid dengan bahan pembelajaran ini.

Tayangan video

Langkah 1

(12 minit)

-Definisi Khutbah Jumaat:

Ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum Solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran.

-Hukum Khutbah Jumaat:

Wajib

Page 15: Kaedah1

-Dalil kewajipan Khutbah Jumaat:

( ثم : ( يجلس ثم قائما الجمعة يوم يخطب ص ا رسول كان قال عنه ا رضى عمر ابن عن

. يقوم

-Guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid.

-Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti.

-Guru menyoal murid hukum Khutbah Jumaat.

-Murid menjawab soalan guru.

-Guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas.

-Guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.

Page 16: Kaedah1

-Murid-murid yang lain diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide.

Tayangan slide

Buku Teks

Langkah 2

(10 minit)

-Syarat sah Khutbah Jumaat:

1. Disampaikan setelah

masuk waktu zohor.

2. Disampaikan sebelum

Solat Jumaat.

3. Rukun khutbah

disampaikan dalam

Bahasa Arab.

4. Khatib duduk

sebentar di

antara dua khutbah.

Page 17: Kaedah1

5. Khatib seorang lelaki.

-Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk menyenaraikan syarat sah Khutbah Jumaat.

-Murid yang dipilih mengikut arahan guru.

-Murid diminta memilih kad manila yang telah disediakan oleh guru berkaitan dengan syarat sah Khutbah Jumaat.

-Guru menyoal murid-murid yang lain sama ada betul atau salah jawapan yang diberikan oleh pelajar.

-Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.

-Guru menerangkan syarat-syarat sah Khutbah Jumaat secara terperinci.

-Kad manila

Langkah 3(13 minit)

-Rukun khutbah:

1. Memuji Allah Ta’ala,

Page 18: Kaedah1

sekurang-kurangnya

dengan mengucapkan

لله الحمد

2. Berselawat ke atas Nabi,

sekurang-kurangnya

dengan mengucapkan

محمد على صلى اللهم

3. Mengingatkan jemaah

supaya bertakwa kepada

Allah, sekurang-

kurangnya dengan

mengucapkan

لله إتقوا

4. Membaca sekurang-

kurangnya satu ayat al-

Quran sama ada dalam

khutbah pertama atau

kedua.

5. Mendoakan orang-orang

Islam, sekurang-

kurangnya dengan

Page 19: Kaedah1

mengucapkan

والمؤمنات والمؤمنين والمسلمات اغفرللمسلمين اللهم

-Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan.

-Murid-murid mendengar arahan guru.

-Guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang

terdapat dalam rakaman tersebut.

-Murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat.

-Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat setelah berbincang dalam kumpulan.

-Murid menjawab soalan guru.

-Guru menjelaskan rukun Khutbah Jumaat dengan terperinci.

MP4

Langkah 4

(10 minit)

-Sunat-sunat Khutbah Jumaat:

1. Disampaikan di atas

Page 20: Kaedah1

mimbar.

2. Rukun khutbah

disampaikan mengikut

tertib.

3. Memegang tongkat

ketika berkhutbah.

4. Memberi salam sebelum

duduk di atas mimbar.

5. Berpakaian kemas.

-Hikmah-Hikmah Khutbah Jumaat:

1. Dapat meningkatkan

keimanan dan

ketakwaan kepada Allah

Ta’ala.

2. Dapat mengambil

pengajaran, nasihat dan

isi kandungan khutbah

yang disampaikan oleh

Page 21: Kaedah1

khatib.

3. Dapat menambahkan

ilmu pengetahuan umat

Islam.

4. Menjadikan umat Islam

lebih peka terhadap isu-

isu semasa yang

berlaku di negara-

negara Islam seluruh

dunia.

-Guru menerangkan tentang sunat-sunat khutbah.

-Murid-murid mendengar dengan teliti penerangan guru.

-Guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata.

-Beberapa murid tampil ke hadapan secara sukarela untuk menyelesaikan teka silang kata.

-Guru meminta murid-murid menyenaraikan hikmah-hikmah Khutbah Jumaat.

Page 22: Kaedah1

-Setiap murid menyenaraikan hikmah-hikmah khutbah Jumaat.

-Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan hikmah yang mereka senaraikan.

-Buku Teks

-Kertas Mahjong

-Kertas A4

-Buku Rujukan

Penutup

(5 minit) -Kesimpulan dan rumusan:

-Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan membuat rumusan tentang topik yang dipelajari.

Page 23: Kaedah1

-Murid merumus isi pelajaran yang dipelajari.

-Guru mengulas secara keseluruhan tentang tajuk yang dipelajari.

-Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

Ulasan guru:

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ulasan Penyelia:

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 24: Kaedah1

SOALAN AKTIVITI:

Syarat sah Khutbah Jumaat

Pelajar-pelajar dikehendaki memilih syarat-syarat Khutbah Jumaat dengan betul.

1. Disampaikan setelah masuk waktu zohor.

2. Memuji Allah Ta’ala, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan لله الحمد

3. Disampaikan di atas mimbar.

4. Disampaikan sebelum Solat Jumaat.

5. Rukun khutbah disampaikan dalam Bahasa Arab.

6. Rukun khutbah disampaikan mengikut tertib.

7. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sama ada dalam khutbah pertama atau kedua.

8. Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah.

9. Khatib seorang lelaki.

SOALAN AKTIVITI:

Sunat –sunat Khutbah

Page 25: Kaedah1

1) Khutbah akan disampaikan di atas ___________________ atau tempat yang tinggi.

2) Khatib akan memberi ___________________ pada orang yang ada berdekatan mimbar, kemudian setelah tiba di atas mimbar, khatib akan kembali memberi salam kepada seluruh jemaah.

3) Khatib akan _________________ kepada jemaah.

4) Khutbah akan disampaikan dengan penuh semangat dengan suara yang ______________.

5) Khutbah yang diberikan adalah ringkas tetapi ________________.

6) Ketika berkhutbah, khatib disunatkan memegang __________________

1 T I N G G I

O

N 3 S

2 M E N G H A D A P

I K L

M 3 P A D A T

B T M

A

R

MELINTANG

1) Khutbah akan disampaikan dengan penuh semangat dengan suara yang ______________.

2) Khatib akan _________________ kepada jemaah.

3) Khutbah yang diberikan adalah ringkas tetapi ________________.

MENEGAK

1) Ketika berkhutbah, khatib disunatkan memegang __________________.

Page 26: Kaedah1

2) Khutbah akan disampaikan di atas ___________________ atau tempat yang tinggi.

3) Khatib akan memberi ___________________ pada orang yang ada berdekatan mimbar, kemudian setelah tiba di atas mimbar, khatib akan kembali memberi salam kepada seluruh jemaah.

SOALAN PENILAIAN:

1. Berikan pengertian Khutbah Jumaat ?

2. Nyatakan rukun Khutbah Jumaat ?

3. Nyatakan syarat-syarat sah Khutbah Jumaat ?

4. Senaraikan perkara-perkara sunat Khutbah Jumaat ?

5. Jelaskan tiga hikmat Khutbah Jumaat ?

KESIMPULAN

Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.

Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh

Page 27: Kaedah1

pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987).