Upload
wiwin-ajiseri
View
5.011
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
slide untuk pembentangan kemahiran menemuduga..diharapkan ia dapat memberikan informasi kepada anda semua..-wiwin-ums-
Citation preview
Soalan 2 : Huraikan kemahiran temuduga dan contoh-contohnya berdasarkan teks perbualan dua orang.
Fokus kepada : -Parafrasa-Soalan terbuka dan Soalan tertutup-Memberi fokus-Mendorong-Ringkasan
Biasanya kemahiran ini dilakukan apabila kaunselor memilih satu
perkataan atau ayat pendek daripada percakapan klien dan memberi penekanan kepada perkataan tersebut. Dengan
adanya kemahiran memfokus, kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada
bidang yang diingininya.
Memberi Fokus
Contoh Kemahiran Memberi Fokus
Wartawan: “Jadi mungkin ustaz boleh terangkan atau bagi respon dengan Nurhidayah…”(fokus kepada orang lain)
Terdapat 6 dimensi dimensi memberi fokus mengikut pendapat Ivey dan Simek Morgan (1997) :
a) Fokus kepada klien: “Ali, dulu awak mengatakan yang awak mengambil berat tentang masa depan awak…”b) Fokus kepada masalah atau tema: “Boleh anda beritahu saya tentang pemecatan kerja anda. Apa yang terjadi?”c) Fokus kepada orang lain: “Jadi, anda dengan Tijah bermasam muka. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Tijah…”
d) Fokus kepada kaunselor: “Pengalaman saya bersama Tijah ialah…”e) Fokus kepada isu yang sama atau kumpulan: “Kita akan berusaha ke arah itu. Bagaimana kita boleh bekerja bersama-sama dalam isu ini?”f) Fokus kepada konteks budaya/persekiran/keadaan: “Bagaimana awak mengendalikan kewangan awak?”
Teknik ini digunakan oleh kaunselor dengan
menyatakan semula pernyataan klien
menggunakan ayat yang lebih ringkas tanpa menambah
apa-apa idea.
Kemahiran Parafrasa
Contoh Kemahiran Parafrasa
Nurhidayah: “ …jika ada perjumpaan antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah maka guru-gurulah yang akan dipersalahkan…”(petikan)Ustaz: “…memang benar kalau ibu bapa marah dia akan menyalahkan sekolah…”
Soalan Tertutup
Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’. Soalan ini berguna kerana mengambil masa yang singkat sekali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan padat.
Contoh Kemahiran Memberi Soalan Tertutup
Ustaz: “Mungkin yang bertanya ini seorang guru?”Wartawan: “Ya, seorang guru…”
Penggunaan soalan tertutup adalah bertujuan mengecilkan skop perbualan kepada topik tertentu
dan menghalang klien daripada keluar daripada topik utama yang sedang dibincangkan (Ivey dan
Downing, 1987).
Contoh-contoh soalan adalah seperti berikut:a) Adakah ayah awak juga merokok di rumah?b) Tidakkah ayah awak marah jika awak merokok di
depannya?c) Selalukah awak merokok dengan kawan-kawan?
Soalan Terbuka
Soalan jenis ini bertujuan menjemput perbincangan,
penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia
tidak memerlukan jawapan yang khusus
sekaligus dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa
diterima.
Contoh Kemahiran Memberi Soalan Terbuka
Nurhidayah: “Apakah yang menyebabkan remaja-remaja berkelakuan seperti ini?” (petikan)
Keberkesanan dan Kesesuaian Soalan Terbuka
a) Membantu untuk memulakan sesi,b) Membantu klien menghuraikan atau
menjelaskan sesuatu isi atau maksud daripada percakapannya,
c) Membantu klien menumpukan perhatiannya kepada perasaannya.
Memberi Galakan
Galakan/encourages bermakna pelbagai bentuk bahasa verbal dan non verbal yang boleh digunakan oleh kaunselor untuk berinteraksi dengan klien secara pantas bagi
meneruskan perbualan. Ini termasuklah anggukan kepala,
frasa seperti ‘uh-huh’, dan pengulangan kata kunci dalam
kenyataan klien.
Contoh Kemahiran Mendorong/Memberi Galakan
Ustaz: “Kadang-kadang ada juga pelajar yang bijak tapi tidak mempunyai…”Wartawan: “Tidak mempunyai akhlak yang baik...?”Ustaz: “Ya, tidak mempunyai akhlak yang baik,kasar,kuat menengking…”
Membuat Ringkasan
Meringkas adalah pernyataan atau pengikatan semula
bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan
oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Ringkasan adalah lebih
meluas jika dibandingkan dengan parafrasa.
Contoh Kemahiran Meringkas
Nurhidayah: “…ada di antara ibu bapa yang menganggap bahawa gurulah yang mendidik dan membentuk anak itu seperti…dan ada yang tidak percaya kepada guru-guru…” (ringkasan pada permulaan)
Kemahiran meringkas ini boleh digunakan pada permulaan (menjelaskan isu yang kompleks), pertengahan (iaitu peralihan
kepada topik yang baru) dan akhir temuduga (ringkasan akhir).
Tujuannya adalah untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah
dibincangkan semasa sesi kaunseling itu.
Sekian Terima Kasih...
Ada Soalan???