14

Kerajaan Bani Umaiyah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerajaan Bani Umaiyah Tingkatan 4 SMK Aminuddin Baki, KL

Citation preview

Page 1: Kerajaan Bani Umaiyah
Page 2: Kerajaan Bani Umaiyah

KERAJAAN BANI UMAIYAH

Selepas Khalifah Ali bin Abu Talib

meninggal dunia pemilihan pemerintahan

Islam telah berubah daripada sistem syura

kepada sistem warisan. Jawatan ketua

pemerintah diwarisi secara turun-temurun

atau dikenalli sebagai pemerintahan

monarki.

Page 3: Kerajaan Bani Umaiyah

LATAR BELAKANG

Nama kerajaan diambil sempena keturunan Bani

Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abdu Shams bin Abdu

Manaf

Pemerintahan Bani Umaiyah berlaku berikutan

penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada

Muawiyah

Penyerahan kuasa itu bertujuan untuk

mengelakkan umat Islam pada waktu tersebut

daripada terus berpecah-belah

Page 4: Kerajaan Bani Umaiyah

TAHAP PERKEMBANGAN KBU

Tahap pertama (661-750M)

• Pengasas

-Muawiyah bin Abu Sufyan

• Pusat pemerintahan

-Damsyik

• Gelaran pemerintah

-Khalifah

Tahap kedua (756-1031M)

• Pengasas

-Abdul Rahman al-Dakhil @

Abdul Rahman I

• Pusat pemerintahan

-Cordova

• Ibu Kota

-Andalusia

• Gelaran pemerintah

-Amir

Page 5: Kerajaan Bani Umaiyah

KEJATUHAN KERAJAAN• Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah,

telah berlaku penentangan dari dalam dan luar negara

• Faktor penentangan terhadap KBU- golongan mawali iaitu berbangsa Parsi dan Barbar menganggap mereka telah didiskriminasikan kerana tidak mendapat jawatan yang layak dan dikenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang Arab Islam- para khalifah KBU ketika itu mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan ajaran Islam- sistem warisan yang diamalkan ditentang oleh sebilangan orang Islam (Syiah & Khawarij)

Page 6: Kerajaan Bani Umaiyah

• Golongan yang tidak berpuas hati dengan

kerajaan Bani Umaiyah memberi sokongan

kepada Gerakan Abbasiyah yang akhirnya

menumpaskan kerajaan tersebut pada tahun

750M

Page 7: Kerajaan Bani Umaiyah

SUMBANGAN KBU

• Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dapat dilihat dalam enam bidang utama iaitu ;a) Politikb) Ekonomic) Sosiald) Perundangan e) Pendidikanf) Seni bina

Page 8: Kerajaan Bani Umaiyah

BIDANG POLITIK

• Memperkenalkan empat aspek utama pentadbiran, iaitu sistem khalifah, sistem wazarah, sistem urusetia dan sistem hijabah

• Menubuhkan empat jabatan, iaitu, Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah

• Memperkenalkan sistem ketenteraan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) untuk pertahanan negara

• Kemudian diikuti dengan penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut

Page 9: Kerajaan Bani Umaiyah

BIDANG EKONOMI

• Menubuhkan baitulmal bagi mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara

• Menjadikan Cordovo sebagai pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa

• Memajukan sektor pertanian melalui pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian

Page 10: Kerajaan Bani Umaiyah

BIDANG SOSIAL

• Memajukan ilmu pengetahuan dan menjadikan Kota Basrah terkenal sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu

• Melahirkan ilmuwan terkemuka hasil daripada kegiatan pendidikan yang pesat

• Menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara

• Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan Al-Quran

• Meningkatkan taraf kesihatan melalui pembinaan hospital pertama di Damsyik

• Menterjemahkan buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu ke dalam bahasa Arab

• Mengembangkan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi

Page 11: Kerajaan Bani Umaiyah

BIDANG PERUNDANGAN

• Hakim mengenakan hukuman

berdasarkan ijtihad dengan berpandukan

Al-Quran, sunnah dan ijmak

• Hakim adil dalam penghakiman tanpa

mengira pengaruh atau latar belakang

orang yang diadili

Page 12: Kerajaan Bani Umaiyah

BIDANG SENI BINA

• Kegemilangan seni bina Islam zaman

kerajaan Bani Umaiyah dapat dilihat

pada Masjid Cordovo

Page 13: Kerajaan Bani Umaiyah

BIDANG PENDIDIKAN

• Pusat pengajian tinggi yang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah diwujudkan

• Semasa pemerintahan Hakam, terdapat 17 pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia

• Pusat pengajian berkembang di Seville, Toledo, Granada

• Pusat penterjemahan di Toledo berfungsi menterjemah karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab

• Cordova pula menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dengan Eropah

Page 14: Kerajaan Bani Umaiyah