18
TOPIK 8: BHG. II Pengukuran Makroekonomi: KDNK dan KDNK Benar

Makroekonomi Topik 8 (2)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Makroekonomi Topik 8 (2)

TOPIK 8: BHG. IIPengukuran Makroekonomi: KDNK dan KDNK Benar

Page 2: Makroekonomi Topik 8 (2)

Konsep-konsep Pendapatan Negara

KDNK – Jumlah nilai pasaran bagi semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun tanpa mengambilkira siapa yang mengeluarkannya.

KDNK Benar - Nilai keluaran tahunan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dengan mengambilkira perubahan dalam tingkat harga.

KNK – Jumlah nilai pasaran bagi semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh warganegara sesebuah negara tersebut sahaja dalam tempoh setahun.

Page 3: Makroekonomi Topik 8 (2)

KDNK Per kapita dan Kegunaan KDNK

KDNK per kapita = KDNK Populasi

Kegunaan KDNK - untuk memperolehi anggaran keupayaan pengeluaran sesebuah ekonomi, tetapi tidak semestinya ia dapat mengukur kebahagian atau kebajikan hidup rakyat.

Page 4: Makroekonomi Topik 8 (2)

Sambungan Harga pasar – Nilai wang sesuatu

barang mengikut harga yang dibayar di pasaran.

Harga faktor – Bayaran kepada faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan barangan.

Pendapatan negara = keluaran negara/KDNK/KNK.

Page 5: Makroekonomi Topik 8 (2)

Sambungan Pendapatan persendirian – jumlah pendapatan yang

diterima oleh semua individu.Cth: gaji, dividen, biasiswa, pencen, bantuan kerajaan dan bantuan kewangan.

Pendapatan bolehguna – pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh individu untuk mendapatkan barang keperluan atau tabungan. (Pendapatan bolehguna = Pendapatan persendirian – cukai pendapatan dan insurans).

Nilai ditambah – tambahan nilai dalam bentuk wang ke atas sesuatu barang akibat pemprosesan yang berlaku dalam kegiatan ekonomi tersebut.

Keluaran negara bersih – keluaran negara kasar – susut nilai.

Page 6: Makroekonomi Topik 8 (2)

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/Pendapatan Negara)

Dikira menggunakan beberapa kaedah: 1) Kaedah perbelanjaan –mencampurkan

wang yang dibelanjakan oleh pembeli ke atas barang dan perkhidmatan akhir.

2) Kaedah pendapatan – mencampurkan semua upah dan keuntungan.

3) Kaedah keluaran @ nilai ditambah - mencampurkan nilai ditambah barangan pada keseluruhan tahap pengeluaran.

Page 7: Makroekonomi Topik 8 (2)

1) Kaedah Perbelanjaan

Fokus kepada perbelanjaan 4 kumpulan utama dalam ekonomi, iaitu: 1) Isirumah (C) 2) Firma (Sektor swasta) (I) 3) Kerajaan (Sektor Awam) (G) 4) Negara lain dalam dunia ( Sektor

antarabangsa) (X – M)

Page 8: Makroekonomi Topik 8 (2)

Konsep Penting Dalam Kaedah Perbelanjaan

Perbelanjaan (C) – terhadap barang: tahan lama, tidak tahan lama dan terhadap perkhidmatan.

Pelaburan (I) – jumlah pembelian barang modal baru, perubahan dalam inventori.

Perbelanjaan kerajaan (G) - pembelian oleh kerajaan pusat, negeri dan tempatan ke atas barang dan perkhidmatan serta pelaburan kasar ke atas infrastruktur awam.

Eksport bersih (X – M) - jumlah eksport tolak import.

Page 9: Makroekonomi Topik 8 (2)

1) Kaedah Perbelanjaan

Page 10: Makroekonomi Topik 8 (2)

2) Kaedah Keluaran Mencampurkan nilai ditambah yang

diwujudkan oleh berbagai sektor dalam ekonomi atau nilai keluaran barang akhir.

Sektor ekonomi biasanya dibahagikan kepada tiga sektor utama, iaitu pertanian dan perlombongan, perkhidmatan, pembuatan.

Dalam pengiraan pendapatan negara, sektor-sektor ini diperincikan kepada 10 sektor utama untuk memudahkan pengiraan.

Page 11: Makroekonomi Topik 8 (2)

3) Kaedah Pendapatan

Page 12: Makroekonomi Topik 8 (2)

KDNK Benar Definisi – nilai barang dan perkhidmatan

akhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara setelah dipengaruhi oleh perubahan harga.

KDNK benar diperolehi apabila harga pada tahun asas didarabkan kuantiti pada tahun semasa.

Ekonomi tahunan berkembang sekiranya KDNK benar dalam tempoh setahun lebih tinggi daripada KDNK benar pada tahun sebelumnya.

Page 13: Makroekonomi Topik 8 (2)

SambunganKes: Andaikan KDNK 2005 ialah RM100 (RM10

x 10 unit) dan KDNK pada tahun 2006 ialah RM250 (10 x RM25).

KDNK boleh meningkat dari tahun ke setahun sekiranya: 1) Harga meningkat, tetapi output kekal; 2) Output meningkat, tetapi harga kekal; 3) Atau kedua-duanya meningkat.

Page 14: Makroekonomi Topik 8 (2)

1) Harga meningkat, Output Kekal (Contoh)

Output 2005 ialah 10 unit dan harga RM10. Jumlah keluaran (KDNK) ialah 10 unit x RM10 = RM100.

Katakan jika pada tahun 2006 harga meningkat kepada RM25 sedangkan output kekal, maka KDNK = RM250 (RM25 x 10 unit).

Page 15: Makroekonomi Topik 8 (2)

2) Output meningkat, harga kekal

Katakan jika pada tahun 2006 harga kekal sedangkan output meningkat daripada 10 kepada 25 unit, maka KDNK = RM250 (25 x RM10).

Page 16: Makroekonomi Topik 8 (2)

3) Harga dan Output meningkat

Harga pada tahun 2006 telah meningkat kepada RM12.50 dan kuantiti telah meningkat kepada 20 unit, maka KDNK = RM250 (RM12.50 x 20 unit).

Page 17: Makroekonomi Topik 8 (2)

Sambungan Sekiranya pertumbuhan KDNK atau

KNK disebabkan oleh peningkatan dalam tingkat harga sahaja, maka tidak berlaku pertumbuhan ekonomi kerana pertumbuhan ekonomi adalah akibat peningkatan output yang dihasilkan.

Oleh itu, KDNK benar digunakan kerana ia mengambilkira harga tahun asas dan mengabaikan peningkatan dalam tingkat harga

Page 18: Makroekonomi Topik 8 (2)

Pertumbuhan Ekonomi

- Pertumbuhan ekonomi berlaku sekiranya KDNK benar dalam sesuatu tahun lebih tinggi daripada KDNK benar dalam tahun sebelumnya.

- Kadar pertumbuhan ekonomi =

KDNK/KNK benar baru – KDNK/KNK benar asal x 100

KDNK/KNK benar asal