29
MODEL KOMUNIKASI Sarjana komunikasi berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka penting bagi memaparkan elemen komunikasi yang terlibat bagi menunjukkan hubungan sebab akibat.

Model komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Model komunikasi

MODEL KOMUNIKASI

Sarjana komunikasi berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka penting bagi memaparkan elemen komunikasi yang terlibat bagi menunjukkan hubungan sebab akibat.

Page 2: Model komunikasi

FUNGSI MODEL

1. Memudahkan kefahaman terhadap sumbangan elemen-elemen dalam proses komunikasi.

2. Memberi pengertian sama ada komunikasi melibatkan proses sehala atau dua hala.

3. Memerihalkan sumbangan elemen-elemen penting dalam menentukan keberkesanan komunikasi.

4. Menjadi panduan kepada proses penyelidikan dalam komunikasi.

Page 3: Model komunikasi

TIGA KATEGORI MODEL :

1. Model Klasik – Model asas yang menerangkan proses komunikasi. (Model Lasswell, Model Shannon dan Weaver dan Model Berlo).

2. Model Dua Hala – yang melibatkan maklum balas. (Model Schramm dan Model Newcomb).

3. Model Kontemporari – model yang agak terkini yang dibentuk sekitar tahun1970-an ke atas. (Model Pergantungan Kesan Komunikasi Massa Ball-Rokeach dan Defleur dan Model Media Akauntabiliti McQuail).

Page 4: Model komunikasi

MODEL SEHALA LASSWELL Siapa Harold Lasswell? - Ahli Sains Politik yang menganalisis tentang propaganda Nazi untuk mengenal pasti

kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.

- Untuk mendapat pemahaman yang sepatutnya mengenai sistem komunikasi media, beliau menekankan soalan berikut dalam proses komunikasi :

“Siapa – Mengatakan Apa – Dalam Saluran Mana – Kepada Siapa – Dengan Kesan Apa?”

Page 5: Model komunikasi

MODEL KOMUNIKASI SEHALA LASSWELL (1948)

Page 6: Model komunikasi

MODEL LASSWELL (1948)

Model yang biasa didapati pada kebanyakan model-model komunikasi peringkat awal yang menunjukkan SUMBER sebagai mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam membentuk perubahan sikap PENERIMA melalui kandungan mesej yang berkesan. Penerima dianggap sebagai pasif.

Kekurangan model – dianggap kurang lengkap kerana tiada elemen MAKLUM BALAS yang amat penting dalam proses komunikasi.

Page 7: Model komunikasi

MODEL SEHALA SHAHNON DAN WEAVER (1949)- Ahli matematik yang bekerja untuk Makmal

Graham Bell bersama-sama rakannya Weaver.- Model yg diperkenalkan merupakan model linear.- Proses komunikasi dalam model ini mengandungi

elemen-elemen : - SUMBER >MESEJ >ISYARAT >SALURAN

>PENERIMA > GANGGUAN Objektif pembinaan model ini ialah bagi

memastikan kecekapan saluran komunikasi berada pada tahap yang maksimum.

Page 8: Model komunikasi

Model ini dibahagikan kepada tiga tahap :

Tahap A (teknikal)Tahap B (semantik – makna seperti

disalurkan oleh transmiter)Tahap C (keberkesanan dalam

konteks penerimaan atau pemahaman di pihak penerima).

Rajah model adalah seperti berikut :

Page 9: Model komunikasi

Mesej

Sumber Ganggua

n

Isyarat Terima

Model Komunikasi Shannon dan Weaver (1949)

Mesej Isyarat

Page 10: Model komunikasi

MODEL SEHALA BERLO (1960) Model Berlo juga dikenali dengan model

SMCR. Walaupun model ini ringkas tetapi turut

memberi sumbangan yang besar kepada penyelidikan komunikasi.

Model ini dibangunakan bagi membantu pembinaan Teori Matematik Komunikasi yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai keadaan pengaliran maklumat termasuk pemindahan maklumat oleh manusia, mesin atau sistem.

Model ini mengandungi elemen-elemen asas komunikasi yang terdiri daripada :

Sumber (Source), Mesej (Message), Saluran (Channel), dan Penerima (Receiver).

Page 11: Model komunikasi

MODEL SEHALA BERLO (1960)

Skil Komunikasi

Sikap

Pengetahuan

Sistem Sosial

Menghidu

Menyentuh

Mendengar

Melihat

Sistem Sosial

Pengetahuan

Sikap

Skil Komunikasi

Budaya Merasa Budaya

SS MM RRCC

Page 12: Model komunikasi

MODEL DUA HALA SCHRAMM (1954)

Model dua hala Schramm dikembangkan daripada model sehala Shannon dan Weaver.

Tumpuan Shannon dan Weaver lebih kepada teknologi transmisi komunikasi, manakala Schramm lebih kepada Komunikasi Massa.

Dalam model Shannon dan Weaver, elemen ‘transmitter’ dan ‘penerima’ digunakan tetapi dalam model Schramm beliau menggunakan ‘enkoder’ dan ‘dekoder’ dalam model komunikasinya (Model 1)

Bagi Schramm, lapangan pengalaman, pengetahuan, persekitaran dan situasi semasa memainkan peranan dalam membentuk ransangan kepada proses komunikasi yang berkesan (Model 2).

Page 13: Model komunikasi

MODEL DUA HALA SCHRAMM

Schramm turut menekankan elemen maklum balas dan seterusnya menunjukkan komunikasi merupakan satu proses yang bergerak dalam pusingan bukannya satu arah sahaja. Di sini menunjukkan persamaan peranan antara sumber dan penerima apabila berlaku maklum balas. Model Schramm menunjukkan bahawa komunikasi adalah interaktif dan interpretif. (Model 3)

Page 14: Model komunikasi

DEFINISI TERMA MODEL SCHRAMM • Pengekodan• Mentafsirkan• Menilai• Mesej• Sumber• Destinasi• Isyarat• Maklum balas

Page 15: Model komunikasi

MODEL DUA HALA SCHRAMM (1954)

Model 1 :

SUMBER PENERIMAIS-YA-RAT

Enkoder Dekoder

Page 16: Model komunikasi

MODEL DUA HALA SCHRAMM (1954)

Model 3 :Mese

j

Mesej

EnkoderPentafsirDekoder

Dekoder PentafsirEnkoder

Page 17: Model komunikasi

MODEL DUA HALA NEWCOMB (1953)

Model ini diperkenalkan oleh Theodore H. Newcomb (1953).

Model ini berbentuk segi tiga yang dilabelkan dengan A, B dan X seperti Rajah berikut :

Page 18: Model komunikasi

A - SumberB - Penerima. X - Situasi atau Konteks Sosial di mana komunikasi berlaku.

Page 19: Model komunikasi

MODEL DUA HALA NEWCOMB (1953) A dan B mungkin merupakan individu,

masyarakat, pihak pengurusan, persatuan atau kerajaan.

X merupakan persekitaran sosial. Gabungan ABX ini membentuk satu sistem

yang memberi maksud bahawa hubungan dalaman sistem tersebut adalah saling bergantungan;

Sekiranya A berubah B dan X akan turut berubah; sekiranya A mengubah hubungannya dengan X, B perlu mengubah hubungannya juga sama ada dengan X atau A.

Page 20: Model komunikasi

CONTOH APLIKASI MODEL ABX

Dalam situasi kehilangan kapal terbang MH370 dan terhempasnya kapal terbang milik Malaysia MH17 sekarang,

Pergantungan rakyat Malaysia dan negara yang terlibat kepada media meningkat, begitu juga penggunaan media oleh kerajaan.

Ini disebabkan Malaysia Airlines (X) bukan hanya amat penting tetapi ia sentiasa berubah – bilangan angka kematian dan masa hadapan syarikat MAS.

Oleh kerana itu, kerajan (A) dan rakyat (B) hendaklah sentiasa meletakkan diri mereka dalam komunikasi secara berterusan melalui media massa.

Page 21: Model komunikasi

MODEL KONTEMPORARI -MODEL KESAN PERGANTUNGAN KESAN KOMUNIKASI MASSA BALL-ROKEACH DAN DEFLEUR (1976) Model Ball-Rokeach dan DeFluer menganggap

sistem komunikasi sebahagian daripada sistem sosial. Kesan komunikasi amat bergantung pada persekitarannya. Pada zaman moden ini media massa dianggap sebagai satu sumber manusia yang penting untuk orang ramai mengetahui apa yang berlaku disekelilingnya (Jalaluddin 1993:204).

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh media massa akan sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku sama ada pada peringkat masyarakat, kumpulan, ataupun individu.

Page 22: Model komunikasi

Dapat dikatakan model ini lebih menekankan faktor persekitaran lebih daripada faktor individu yang mempengaruhi proses komunikasi. Ball Rokeach dan Dafleur (1976) menyatakan bahawa dalam sebuah khalayak masyarakat moden, ahli-ahlinya akan bergantung kepada sumber maklumat media-massa.

Menurut mereka, jenis dan tahap pergantungan adalah berkait rapat kepada faktor :

Sejauhmana masyarakat menjadi subjek kepada perubahan, konflik atau ketidakstabilan; dan

Sejauhmana media-massa berfungsi sebagai pembentuk sikap dan penyedia maklumat dalam lingkungan struktur sosial tersebut.

 

Page 23: Model komunikasi

Model ini pada asasnya menunjukkan saling hubungan antara tiga set pembolehubah utama iaitu sistem sosial, sistem media dan khalayaknya. Keberkesanan komunikasi (peringkat kognitif, efektif dan tingkah laku) yang akan berlaku adalah bergantung pada interaksi antara tiga pembolehubah itu. Interaksi antara pembolehubah itu bergantung pada beberapa perkara: (Samsuddin 1993:46)

Page 24: Model komunikasi

Sistem Sosial - bergantung pada sejauh mana sistem sosial sedang melalui perubahan, konflik dan ketidakstabilan. Sistem sosial yang telah mantap mungkin tidak memerlukan banyak maklumat untuk membawa perubahan tetapi sistem sosial yang mengalami konflik dan tidak stabil mungkin memerlukan banyak maklumat untuk memantapkan kedudukannya.

Page 25: Model komunikasi

Sistem Media - bergantung pada sejauh mana maklumat daripada media dianggap sebagai sumber utama dan penting bagi orang ramai untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan membuat keputusan. Ada kalanya dalam sesuatu sistem sosial itu hanya terdapat satu sahaja sistem media yang mungkin dikawal oleh kerajaan. Ada juga sistem sosial yang mempunyai sistem media yang bebas yang boleh dimiliki oleh pihak swasta.

Page 26: Model komunikasi

Khalayak - bergantung kepada sejauh mana individu bergantung pada media massa sebagai sumber maklumat, pengetahuan, bimbingan dan apa yang berlaku di sekitar sistem sosialnya. Dalam sistem sosial ada golongan yang bernasib baik yang dapat pendedahan media yang lebih baik daripada golongan yang kurang bernasib baik yang hanya dapat pendedahan media yang rendah.

Page 27: Model komunikasi

MODEL PERGANTUNGAN KESAN KOMUNIKASI MASSA BALL-ROKEACH DAN DEFLEUR

Page 28: Model komunikasi

Social system (degree of stability)- Sistem Sosial ( Darjah kestabilan sosial).

Media system ( number and centrality of information function varies) - Sistem Media ( Darjah fungsi sebagai sumber maklumat berbeza).

Audiences ( degree of dependency on media information varies )- Khalayak ( Darjah pergantung kepada media sebagai sumber maklumat berbeza)

Effects (Kesan); Cognitive (Kognitif); Affective (Afektif); Behavioural (Tingkah laku)

Page 29: Model komunikasi

MODEL KONTEMPORARI – MODEL MEDIA AKAUNTABILITI MCQUAIL (1997) Diasaskan oleh penyelidik komunikasi bernama

Denis McQuail, 1997. Model Media Akauntabiliti Mcquail

menggambarkan hubungan antara kebebasan media, tanggungjawab kepada masyarakat dan akauntabiliti media.

Media bertanggungjawab kepada sumber, khalayak, publik yang besar, golongan minoriti, dan bertanggungjawab kepada komuniti dan bangsa.

Liabiliti bagi sebab-sebab merbahaya akan dapat dilihat contohnya apabila media dibawa ke mahkamah kerana dakwaan fitnah atau menghasut. Jika ini berlaku, ia akan menimbulkan masalah kepada pertanggungjawab bagi prestasi berkualiti.#