10
SOALAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK: NOMBOR BULAT A. SOALAN ARAS MUDAH TAMBAH DAN TOLAK 1. Ahmad menternak 1 315 ekor ayam dan 942 ekor itik di kebunnya. Berapakan jumlah kesemua ayam dan itik yang ada di kebunnya? 2. Terdapat 1 762 orang murid di sebuah sekolah. Jika 529 daripadanya murid lelaki, berapakah jumlah murid perempuan? 3. Adam ada 658 biji guli. Dia memberikan beberapa biji guli kepada Siva. Berapakah bilangan biji guli yang diberikan kepada Siva sekiranya bilangan yang tinggal sebanyak 374 biji? 4. Jamilah mengumpulkan 4 572 keping setem. Razak memberi kepada siti 2 134 lagi keping setem kepada Jamilah. Cari jumlah setem yang Jamilah ada kesemuanya. 5. Ranjit ada 4 532 pelekat . Ayahnya memberikannya beberapa keping pelekat lagi kepadanya. Jumlah pelekat yang dia ada kesemuanya ialah 8 903. Berapakah bilangan pelekat yang diberi oleh ayahnya?

Problem solving part 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Problem solving part 1

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

TAJUK: NOMBOR BULAT

A. SOALAN ARAS MUDAH

TAMBAH DAN TOLAK

1. Ahmad menternak 1 315 ekor ayam dan 942 ekor itik di kebunnya. Berapakan jumlah kesemua ayam dan itik yang ada di kebunnya?

2. Terdapat 1 762 orang murid di sebuah sekolah. Jika 529 daripadanya murid lelaki, berapakah jumlah murid perempuan?

3. Adam ada 658 biji guli. Dia memberikan beberapa biji guli kepada Siva. Berapakah bilangan biji guli yang diberikan kepada Siva sekiranya bilangan yang tinggal sebanyak 374 biji?

4. Jamilah mengumpulkan 4 572 keping setem. Razak memberi kepada siti 2 134 lagi keping setem kepada Jamilah. Cari jumlah setem yang Jamilah ada kesemuanya.

5. Ranjit ada 4 532 pelekat . Ayahnya memberikannya beberapa keping pelekat lagi kepadanya. Jumlah pelekat yang dia ada kesemuanya ialah 8 903. Berapakah bilangan pelekat yang diberi oleh ayahnya?

Page 2: Problem solving part 1

6. Mariah membakar 2 136 biji kek pada waktu pagi. Dia membakar beberapa biji kek lagi pada waktu petang. Jumlah kek yang dibakar kesemuanya ialah 8 309 biji. Cari bilangan kek yang dibakar pada waktu petang.

7. Terdapat 2 345 murid tahun tiga dari beberapa buah sekolah di dalam sebuah stadium. Sebilangan murid tahun empat dari beberapa buah sekolah masuk ke dalam stadium itu. Jumlah kesemua murid bertambah menjadi 5 421. Berapakan bilangan murid tahun empat yang masuk ke dalam dewan itu?

8. Rita ada beberapa biji manik. Susan memberikan kepadanya 345 biji manik lagi. Jumlah biji manik yang Rita ada kesemuanya ialah 872 biji. Berapakah biji manik yang Rita ada pada asalnya?

9. Samsul ada 356 batang pensil. Lisa ada 72 batang pensil lebih daripada Samsul. Berapakah bilangan pensil yang Lisa ada?

10. Rohani membeli 215 buah buku cerita. Amin membeli 30 buku cerita kurang daripada Rohani. Berapakah bilangan buku cerita yang dibeli oleh Amin?

11. Jason ada 185 buah kereta mainan. Jamal pula ada 53 buah kereta mainan. Berapa bilangan kereta mainan yang perlu dibeli Jamal untuk mendapatkan bilangan kereta mainan yang sama seperti Jason?

Page 3: Problem solving part 1

12. Terdapat 285 biji oren di dalam sebuah bakul. 45 biji daripada oren itu telah busuk. Cari bilangan oren yang elok.

13. Brandon menggunakan 3 500m kain untuk menjahit sebuah patung. Jason hanya menggunakan 1 250 m kain untuk menjahit sebuah patung. Berapakah beza kain yang digunakan oleh mereka untuk menjahit patung mereka?

DARAB DAN BAHAGI

1. Zainal membeli 281 kotak coklat. Setiap kotak coklat mengandungi 6 keping coklat. Berapa kepingkah coklat yang ada kesemuanya?

2. Terdapat 427 bii durian yang dikongsi sama banyak dengan 7 orang dewasa. Berapakah setiap orang dapat?

3. Sally minum 12 gelas air setiap hari. Berapa gelas air yang diminum selama dua minggu.

4. Terdapat 235 biji guli merah di dalam kotak. Bilangan guli biru ialah 3 kali ganda bilangan guli merah. Berapakah bilangan guli biru?

5. Ani membeli 350 biji manik di dalam sebuah kotak. Berapa biji manik kesemuanya yang Ani ada sekiranya dia membeli 8 buah kotak?

Page 4: Problem solving part 1

6. Sebuah bekas diisi 30 biji bebola ikan di dalamnya. Berapa jumlah bebola ikan yang ada di dalam 453 bekas?

7. 3 136 murid dibahagikan kepada 8 kumpulan. Berapakah bilangan murid dalam setiap kumpulan?

8. 72 buah buku dibahagi sama banyak antara Dani dan 7 orang rakannya. Berapa banyak buku Dani dan setiap kawan-kawannya dapat?

9. Jumlah pen dalam 7 buah kotak ialah 56. Berapakah bilangan pen dalam setiap kotak?

10. Terdapat sejumlah gula-gula di dalam sebuah kotak. Gula-gula itu dibahagikan sama rata kepada 9 orang kanak-kanak. Setiap orang kanak-kanak mendapat 64 bii gula-gula. Berapakah jumlah gula-gula yang ada di dalam kotak kesemuanya?

11. Aminah menggunakan 40 biji telur untuk membuat 5 biji kek. Hitung bilangan telur yang diperlukan untuk membuat 2 biji kek yang sama.

Page 5: Problem solving part 1

B. ARAS SEDERHANA

1. Terdapat 2 847 biji bola di dalam sebuah bakul besar. Antaranya, 764 ialah bola merah, 531 ialah bola hijau, dan yang lain ialah bola biru. Berapakah bilangan bola biru yang ada di dalam bakul besar itu?

2. Terdapat 100 peket garam di kedai Rahman. 39 peket telah dijual. Rahman membeli 85 peket yang baru. Berapakah peket garam yang ada di kedai Rahman?

3. Jadual 1 menunjukkan jumlah roti yang dihasilkan oleh mesin P, Q, dan R.

Mesin P Q R

Jumlah roti 7 696 208 59

Jadual 1 Berapakah jumlah roti yang dihasilkan oleh mesin-mesin ini?

4. Terdapat 7 800 batang pokok getah di dalam sebuah estet. Pokok getah itu ditanam sama banyak dalam 25 baris. Hitung bilangan pokok getah dalam setiap barisan.

Page 6: Problem solving part 1

5. Dalam suatu ujian, Azizan mendapat 87 markah. Aiman mendapat 9 markah lebih daripada Azizan. Syafiqah mendapat 6 markah kurang daripada Aiman. Cari markah Syafiqah.

6. Jadual 2 menunjukkan bilangan penduduk di sebuah taman perumahan

Mesin Bilangan

Penduduk

Melayu 2 763

Cina 4 251

India

Jadual 1

Jumlah penduduk ialah 8 500 orang. Berapakah bilangan penduduk India?

8. Sebuah sekolah mengadakan kempen kitar semula. Setiap murid dikehendaki membawa 12 buah tin aluminium ke sekolah. Sekiranya terdapat 1750 orang murid sekolah itu, berapa buahkan tin aluminium yang dapat dikumpulkan kesemuanya?

9. Puan Aminah membahagikan sebilangan ahli Tunas Puteri kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh 26 orang. Terdapat 3 900 ahli Tunas Puteri kesemuanya. Berapakah bilangan kumpulan yang dapat dibentuk?

Page 7: Problem solving part 1

10. Terdapat 236 orang penumpang di dalam sebuah kereta api. 72 orang penumpang turun di stesyen yang pertama dan 98 orang penumpang menaiki kereta api itu. Berapakah jumlah penumpang yang ada di dalam kereta api itu?

C. ARAS TINGGI

1. Nora menuang jus oren daripada sebuah jag ke dalam dua biji gelas. Setiap gelas mengandungi 345 ml jus oren. Jika terdapat baki 1 240 ml jus oren di dalam jag itu, berapakah isi padu jus oren yang terdapat di dalam jag itu pada asalnya.

2. Aznam ada 120 biji durian. Dia memberi 60 biji durian kepada Riduan. Dia menjual separuh daripada baki durian itu. Berapakah buah durian yang masih ada?

3. Farah ada 300 lencana. Vani ada 75 lebih daripada bilangan lencana Farah. Farah memberi 180 jumlah lencananya kepada Zul. Berapakah jumlah bilangan lencana yang ada pada Farah dan Vani?

4. Nizam menyimpan RM450 dalam bulan Januari. Dalam bulan Febuari, Nizam menyimpan RM150 lebih dari simpanan bulan Januari. Dalam bulan Mac, Nizam menyimpan kurang RM35 daripada simpanan bulan Febuari. Berapakah jumlah simpanan Nizam dalam tiga bulan itu?

Page 8: Problem solving part 1

5. Tinggi Soorya ialah 175 cm. Tingginya adalah 45 cm lebih daripada adiknya. Jumlah tinggi mereka ialah 145 cm lebih daripada tinggi pakcik mereka. Berapakah tinggi pakcik mereka?

6. Jadual 3 menunjukkan jualan kuih pau dalam tiga hari.

Hari Bilangan pau

yang dijual

Jumaat 1 235

Sabtu

650 biji lebih

daripada hari

Jumaat

Ahad 786

Jadual 3 Berapakah bilangan kuih pau yang dijual dalam tiga hari itu?

7. Rajah 2 menunjukkan seikat rambutan.

Rajah 2

Terdapat 213 ikat rambutan. Berapakah bilangan rambutan yang ada kesemuanya?

67 biji rambutan

Page 9: Problem solving part 1

8. Jadual di bawah menunjukkan markah yang diperoleh oleh tiga orang murid dalam satu kuiz matematik

Murid Markah

Chong 845

Siva 39 markah kurang daripada Chong

Najib 17 markah lebih daripada Siva

Berapakah markah Siva?

9. Jadual di bawah menunjukkan bilangan haiwan ternakan di sebuah ladang ternakan

Haiwan ternakan Bilangan haiwan ternakan

Ayam 3 500

Itik 2 kali bilangan ayam

Lembu 5 215 ekor kurang daripada bilangan itik.

Berapakah jumlah haiwan ternakan di ladang itu?

10. Jadual di bawah menunjukkan bilangan pen yang dijual oleh sebuah kedai buku dalam suatu bulan Jun.

Warna Biru Hitam Merah

Bilangan 34 125 28 045

Jumlah pen yang dijual kesemuanya oleh kedai buku itu ialah sebanyak 80 200 pada bulan itu. Berapakah bilangan pen hitam yang dijual oleh kedai buku itu?

Page 10: Problem solving part 1