14
Sistem Pemerintahan Negara Normurni Binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting Selangor

Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Sistem Pemerintahan

NegaraNormurni Binti Mohamad

Jabatan Pengajian AmPoliteknik Banting Selangor

Page 2: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

2

CLO2

Menjelaskan Perlembagaan Malaysia dan sistem pemerintahan negara (C2, LD1)

Page 3: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Sistem Pemerintahan Negara

• Sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia adalah menggunakan konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

• YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.

• Ciri-ciri khusus dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia:• Perlembagaan, • Raja Berperlembagaan• pengasingan kuasa (perundangan, pentadbiran dan kehakiman)• pilihan raya

Page 4: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan

Maksud demokrasi

pemerintahan yang dijalankan

secara perwakilan.

Corak pemerintahan demokrasi

Sistem Raja Berperlembagaan• mengekalkan raja sebagai pemerintahan

tertinggi negara serta dibantu oleh Perdana Menteri

Sistem Republik.• diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat

melalui pilihan raya

Page 5: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Rakyat membentuk kerajaan melalui pilihan rayaMelahirkan sebuah kerajaan yang adil,

stabil dan sejahteraRaja/Sultan menjadi lambang taat setia

rakyat

Page 6: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Ciri-ciri Khusus Dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen Di Malaysia:

Perlembagaan, Raja

Berperlembagaan

Pengasingan Kuasa (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) Pilihan Raya

Page 7: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Struktur Sistem Pemerintahan Negara

Yang di-Pertuan Agong

Perundangan Parlimen

Dewan Negara

Dewan Rakyat

Pentadbiran

Perdana Menteri

Jemaah Menteri/Kabinet

Kementerian

Jabatan

Kehakiman Mahkamah

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Negeri

Majlis Raja-Raja

Page 8: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

• Institusi Raja di Malaysia adalah satu unsur tradisional yang wujud melalui pemerintahan beraja sejak awal kurun ke-11.

• Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya.

• Pada abad ke-19 dan 20, kuasa pentadbiran pemerintahan diambil alih oleh British dan Jepun.

• Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

• Peruntukan ini bermaksud bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

• Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hanya bertindak untuk menasihati YDPA dalam hal-hal tertentu.

Raja Berperlembagaan

Page 9: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

• Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

• Baginda dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu dari sembilan buah negeri (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor) secara bergilir-gilir dalam tempoh lima tahun sekali.

• YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.

• Tugas Baginda telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang boleh dibahagikan kepada tugas rasmi dan kuasa budi bicara.

Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Page 10: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Tugas Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Jenis Keterangan

Tugas Rasmi Ketua Badan Pentadbiran

Perkara 39—Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda

Perkara 40 (1)—Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau seorang menteri dibawah kuasa am Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat maklumat berkenaan pemerintahan Persekutuan daripada Jemaah Menteri.

Perkara 40 (1A)—Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat yang diberikan

Ketua Badan Perundangan

Perkara 55 (1)—Memanggil Parlimen bersidang dari semasa ke semasaPerkara 60—Memberi ucapan dalam mana-mana majlis ParlimenPerkara 66 (4)—Memperkenankan Rang Undang-Undang

Page 11: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Jenis Keterangan

Tugas Rasmi

Ketua Badan Kehakiman

Perkara 122B(1)—Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja hendaklah Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden

Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi. (Tertakluk pada Perkara 122C)- Melantik Hakim-hakim yang lain

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi

Perkara 122AB(1)—Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pesuruhjaya kehakimanPerkara 125 (1)—Memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66 tahunPerkara 42 (1)—Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman: kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Labuan kesalahan lain yang dilakukan dalam Negeri (Raja atau yang di-Pertua

Negeri berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman) (Perkara 42 (5)—Lembaga Pengampunan harus diwujudkan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara dan sekurang-kurangnya tiga ahli lain)

Page 12: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Jenis KeteranganKuasa budi bicara

Perkara 40 (2)(a)—Melantik Perdana MenteriPerkara 40 (2)(b)—Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri untuk membubar parlimenMeminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan khas bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat tersebut

Tugas Lain Perkara 41—Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

Perkara 153 (1)—Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera Sabah dan Sarawak, selain menjaga kepentingan kaum lain

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam Perkara 3 (2)—bagi negeri yang tidak mempunyai raja serta negeri baginda sendiri Perkara 3 (3)—bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak Perkara 3 (5)—bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Perkara 150—Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan darurat serta memperkenankan undang-undang darurat dilaksanakan

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri berkuasa Perkara 43 (2) (b)—melantik jawatan Jemaah Menteri Perkara 43A (1)—melantik jawatan Timbalan-Timbalan Menteri

Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik jawatana) Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Rayab) Ketua Audit Negarac) Peguam Negarad) Ahli Dewan Negara (40 orang)e) Yang Dipertua Negeri (atas nasihat Perdana Menteri)

Page 13: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Majlis Raja-Raja 1 Julai 1896 : British telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang) dan menetapkan satu mesyuarat yang diadakan dengan serta merta antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu Negeri-negeri Bersekutu.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama.

Mesyuarat Raja-Raja Negeri Bersekutu tersebut dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR).

Mesyuarat DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar selama empat hari bermula pada 13 Julai 1897.  

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada 1948 sebagai penggantian kepada DURBAR dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Negeri Melaka dan Pulau Pinang menjadi ahli selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sabah dan Sarawak pula menjadi ahli selepas penubuhan Malaysia pada 1963.

Page 14: Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)

Tugas Majlis Raja-Raja• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi

Persekutuan mengikut peruntukan jadual ketigaPerkara 38 (2)

(a)

• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak,

Perkara 38 (2)(b)

• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada undang-undang atau memberi nasihat tentang tentang apa-apa perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja menurut Perlembagaan

Perkara 38 (2)(c)

• Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182Perkara 38 (2)(d)

• Memberi ampun, tunda, hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 38 (2)(e)

• Menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar negara dan perkara yang dikira patut.Perkara 42