36
NUR ATIKA BINTI HUSSAIN D20081032213

Skillful Problem Solving

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skillful Problem Solving

NUR ATIKA BINTI HUSSAIN

D20081032213

Page 2: Skillful Problem Solving

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Bahasa

TAJUK : KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA

1. Apakah masalah tersebut?

Bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam

lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan

sebagainya). Manakala bahasa ibunda pula bermaksud bahasa sendiri yang dipakai sejak

kecil. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum, di mana setiap

kaum mempunyai bahasa yang tersendiri. Oleh demikian, adalah menjadi satu masalah utama

untuk memilih dan menyelaraskan bahasa yang perlu digunakan di sekolah.

Page 3: Skillful Problem Solving

2. Mengapa wujudnya masalah itu?

Masalah pemilihan bahasa ibunda berlaku di Malaysia adalah kerana Malaysia merupakan

Negara majmok yang terdapat berbilang kaum. Antara kaum majoriti yang terdapat di

Malaysia termasuklah kaum Melayu kaum Cina dan kaum India. Oleh yang demikian,

Negara Malaysia tidak boleh memilih satu bahasa ibunda yang khusus. Namun demikian,

bukan sahaja Negara Malaysia yang mempunyai masalah ini malah melalui satu jurnal yang

ditulis oleh Charles Owu-Ewie daripada Ohio University menyatakan bahawa Negara di

Afrika juga mengalami masalah yang sama dengan Negara Malaysia. Petikan daripada jurnal

tersebut berbunyi :

“Education and language issues are very complex in Africa because

of the multi-ethnic and multi-lingual situation. There is always

controversy over which language to use in school especially at the

lower primary level in multi-lingual societies.”(Charles Owu-Ewie,

Ohio University.)

Daripada petikan tersebut jelaslah bahawa pemilihan bahasa memainkan peranan yang

penting dan merupakan masalah utama kepada Negara.

Page 4: Skillful Problem Solving

MASALAH : KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA

Langkah 1 : Menubuhkan 3 jenis sekolah yang mewakili setiap kaum

KELEBIHAN

Proses P&P akan menjadi lebih berkesan kerana murid belajar dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Tiada pertelingkahan untuk memilih bahasa yang perlu digunakan di dalam kelas. P&P menjadi lebih lancar

KELEMAHAN

Perpaduan antara kaum tidak akan tercapai kerana murid tidak didedahkan untuk berinteraksi dengan kaum yang lain.

Page 5: Skillful Problem Solving

Langkah 2 : Menubuhkan 1 jenis sekolah sahaja yang mewakili setiap kaum.

KELEBIHAN

Perpaduan antara kaum akan tercapai secara tidak lansung di dalam kelas kerana murid akan terinteraksi dalam melakukan aktiviti atau kerja sekolah.

Dapat menyeragamkan bahasa yang digunakan di dalam kelas terutamanya bagi subjek Matematik dan Sains iaitu bahasa Melayu.

KELEMAHAN

Murid bukan Melayu lebih sukar untuk memahami bahasa yang diajar di dalam kelas iaitu Bahasa Melayu berbanding bahasa ibunda mereka sendiri.

Murid Cina dan India akan berasa tergugat kerana bahasa ibunda mereka tidak digunakan kerana guru menggunakan Bahasa Melayu.

Page 6: Skillful Problem Solving

Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu pemilihan bahasa ibunda ini adalah dengan menubuhkan 1 jenis sekolah sahaja yang mengandungi semua kaum.

Murid-murid yang bukan Melayu perlu dimasukkan ke dalam kelas peralihan bahasa dahulu agar mereka lebih memahami Bahasa Melayu seterusnya akan melancarkan lagi proses P&P di dalam kelas.

Murid Cina dan India dibenarkan untuk menutur bahasa ibunda mereka dengan rakan sesama agama dengan mereka namun Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar yang utama di sekolah.

PENYELESAIAN TERBAIK

Langkah 2 : Menubuhkan 1 jenis sekolah sahaja yang mewakili setiap kaum.

Langkah 1 : Menubuhkan 3 jenis sekolah yang mewakili setiap kaum.

Page 7: Skillful Problem Solving

ANIS HAYATI BINTI

KAMARUDDIN

D20081032222

Page 8: Skillful Problem Solving

Tajuk : Bahasa Dalam Pengajaran

Isu : Kurangnya Penggunaan Information and Communication Technology (ICT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda menyebabkan timbulnya isu mengenai

kurangnya penggunaan ICT dalam pengajaran guru. Majoriti guru masih menggunakan kaedah

pengajaran tradisional dan kurang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk

menarik minat dan tidak mampu merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam mata

pelajaran Matematik dan Sains. Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, dia akan menggunakan segala

pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atau

universiti.

Maka dalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa

sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan

“duplicating of experience” akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi

dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah (Lailinanita Ahamad, 2008). Kebanyakan

guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan

pengajaran itu sendiri.

Apakah masalah yang wujud?

KEMAHIRAN PENYELESAIAN

MASALAH

Page 9: Skillful Problem Solving

Guru didapati kurang menerapkan elemen ICT dalam pengajaran kerana kebanyakan perisian

pendidikan yang tersedia adalah dalam versi bahasa Inggeris dan tidak mengikut silibus

kurikulum pendidikan di negara ini. Seperti yang telah sedia maklum, teknologi penciptaan

komputer berakar umbi di barat, jadi medium yang digunakan ialah bahasa Inggeris. Hal ini

menyebabkan guru kurang memahami arahan, isi kandungan dan pelajaran yang terkandung di

dalam perisian terutama bagi mereka yang lemah di dalam bahasa Inggeris. Selain itu, laman-

laman web berkaitan pendidikan bercambah dengan cepat dan terdapat sebahagian daripadanya

sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajaran dalam bilik darjah. Namun begitu,

bahan-bahan yang tersedia dalam internet melalui laman web tidak banyak yang dihasilkan

dalam versi bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan tidak ramai guru yang memanfaatkan internet

sebagai satu alternatif untuk membantu memantapkan pengajaran dan pembelajaran disebabkan

kekangan bahasa yang wujud.

Di samping itu, kebanyakan guru kurang menerapkan unsur ICT dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana kekangan masa. Dalam menyediakan kaedah pembelajaran

berbantukan perisian multimedia, guru memerlukan masa yang banyak untuk memilih perisian

yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar dan perlu menempah makmal komputer, sedangkan

guru perlu mengejar masa untuk menghabiskan silibus. Kebanyakan guru hanya bermatlamat ke

arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Mereka hanya

menekankan untuk mencapai hasil pembelajaran dan tidak mementingkan proses pembelajaran.

Lebih malang lagi, terdapat guru yang bukan sahaja tidak berusaha menerapkan unsur ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, malah mengambil mudah dengan hanya membuat ramalan

soalan peperiksaan.

Mengapa masalah tersebut berlaku?

Page 10: Skillful Problem Solving

Masalah :

Kurangnya Penggunaan Information and Communication Technology (ICT)

dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kelemahan :

Kekangan masa menyebabkan pemantau tidak dapat melaksanakan pemantauan secara berterusan seperti yang diharapkan.

Langkah 1 : Mengadakan pemantauan dan penyeliaan dalam proses P&P

Kelebihan :

Guru akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan tidak hanya terikat pada kaedah chalk and talk sahaja.

Pemantau dapat memberi maklum balas kepada guru tentang kelebihan dan kelemahan pengajaran guru serta membuat syor dan cadangan untuk menambahbaik amalan pengajaran.

Sekiranya guru kurang menggunakan pendekatan ICT dalam pengajaran, pemantau dapat membimbing secara telus dan menyarankan guru agar menerapkan eleman ICT dalam pengajaran contohnya dengan menggunakan teaching courseware.

Page 11: Skillful Problem Solving

Kelemahan :

Kos yang tinggi diperlukan untuk menyediakan kelengkapan penghasilan perisian seperti hardware dan software yang tulen dan berkualiti. Bahan-bahan media yang digunakan dalam perisian seperti audio, visual dan video adakalanya terdapat hak cipta untuk mendapatkannya, justeru itu wang yang banyak diperlukan untuk mendapatkan media yang tulen.

Kekurangan kepakaran terlatih dan berpengalaman terhadap penggunaan perisian pembangunan multimedia yang diperlukan dalam proses menghasilkan media yang sesuai dan menarik.

Masa yang lama diperlukan untuk menghasilkan perisian pendidikan yang bermutu dan berkualiti tinggi. Jika masa terhad diberikan, pembangun perisian mungkin tidak dapat menghasilkan perisian yang

Langkah 2 : Memperbanyakkan pembangunan perisian pendidikan versi Bahasa Melayu

Kelebihan :

Perisian-perisian ini dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih efektif memandangkan perisisan multimedia mengetengahkan elemen seperti grafik, audio, video dan animasi yang dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar tentang sesuatu topik yang dipelajari.

Mudah dan mesra pengguna di mana guru dapat memahami dan mengikuti dengan mudah program yang telah dirancangkan dalam perisian iaitu dengan hanya menekan butang-butang operasi mengikut topik atan bahagian yang hendak diajar.

Page 12: Skillful Problem Solving

Kelemahan :

Guru didapati tidak telus dalam menyediakan rancangan pengajaran harian iaitu kebanyakan guru tidak melaksanakan aktiviti P&P sebagaimana yang ditulis dalam buku rekod mengajar.

Terdapat sesetengah guru yang tidak menghantar buku rekod mangajar untuk disemak.

Langkah 3 : Buku Rekod Mengajar guru disemak

Kelebihan :

Memastikan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan tidak hanya terikat dengan kaedah chalk and talk dalam pengajarannya.

Pentadbir sekolah dapat menilai dan mengenalpasti kelemahan guru dalam merancang aktiviti pembelajaran dan seterusnya memberi bimbingan kepada guru berkenaan.

Page 13: Skillful Problem Solving

Setelah mempertimbangkan kelebihan dan kelemahan setiap langkah penyelesaian, maka langkah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kurangnya penggunaan ICT dalam pengajaran guru adalah dengan mengadakan pemantauan dan penyeliaan secara berkala dan berterusan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan.

Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang.

Guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan biasanya akan mengubah tingkahlaku mereka secara positif dan berusaha untuk menerapkan unsur ICT dalam pengajaran seperti yang diharapkan.

penyeliaan turut membantu guru membina kemahiran dalam perancangan pengajaran dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Langkah Penyelesaian

terbaik

Langkah 2 :

Memperbanyakkan pembangunan perisian versi

Bahasa Melayu

Langkah 3 :

Buku Rekod Mengajar guru

disemak

Langkah 1 :

Mengadakan pemantauan dan penyeliaan dalam

proses P&P

Page 14: Skillful Problem Solving

NOR AZWANI BINTI

MOHAMMED

D20081032224

Page 15: Skillful Problem Solving

TAJUK : PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN

1. Apakah masalah tersebut?

Masalah yang akan berlaku apabila bahasa ibunda digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik adalah pelajar akan kurang menguasai bahasa lain

terutamanya bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting dalam

menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Bahasa Inggeris juga

merupakan bahasa ilmu dan komunikasi yang amat penting bagi memudahkan kita berdaya saing

di peringkat antarabangsa.

Perkara ini turut disokong oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa yang diguna luas di mana-mana bidang dan perjanjian

atau surat-surat biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Selain itu beliau juga mengatakan

bahawa oleh kerana kekurangan penegasan penggunaan bahasa Inggeris beberapa tahun ini,

kerajaan mendapati mereka yang lemah dalam menguasai bahasa tersebut juga menjadi cacat

KEMAHIRAN PENYELESAIAN

MASALAH

Page 16: Skillful Problem Solving

dalam menghadapi cabaran pada era ekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaiki kelemahan

dalam bidang ini (New Straits Times,7 Mei 2002).

2. Mengapa wujudnya masalah itu?

Antara faktor yang menyebabkan timbulnya masalah ini adalah kurangnya minat terhadap

bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Menurut satu kajian oleh Ahmad Tajuddin (1997),

kebanyakkan pelajar tidak suka jika kuliah diadakan dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana

pelajar tidak memahami penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah ketika mempelajari

subjek berkenaan. Selain itu, masalah ini berlaku kerana pelajar tidak memahami bahasa Inggeris

itu sendiri dan tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam bahasa Inggeris

(Johari et al. ,2006) dalam Yusof Bin Boon & Alwahidah Bt Kamis (2007). Hal ini menyebabkan

pelajar tidak dapat mengikuti sesi P&P dengan efektif. Oleh itu, pelajar perlulah berusaha lebih

untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap bahasa Inggeris.

Faktor yang lain yang menyebabkan pelajar kurang menguasai bahasa Inggeris adalah

wujudnya sifat malu. Perasaan malu adalah pengalaman universal, yang pernah dialami oleh

hampir setiap orang sama ada ketika kanak-kanak atau setelah dewasa. Di Malaysia satu kajian

telah dijalankan oleh Imran (2002) dalam Sajap Maswan (2005) mendapati malu merupakan

punca utama mengapa pelajar Melayu lemah di dalam bahasa Inggeris. Keadaan yang sama juga

berlaku dalam kalangan pelajar Jepun hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh F

Anderson (1993) dalam Sajap Maswan (2005). Pakar psikologi tersebut mendapati kebanyakkan

pelajar Jepun enggan membuka mulut dan tidak mengambil bahagian dalam kegiatan berbentuk

komunikasi ketika berada di bilik darjah kerana sifat malu.

Page 17: Skillful Problem Solving

MASALAH : PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN

KELEMAHAN

Membebankan guru bahasa Inggeris kerana waktu P&P bahasa Inggeris bertambah.

Kos yang tinggi untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari luar negara.

KELEBIHAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik lebih berkesan dan menarik.

Banyak aktiviti yang menarik yang dapat dilakukan oleh guru bahasa Inggeris seperti bahas kerana waktu P&P bahasa Inggeris ditambah.

Penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris meningkat.

Langkah 1 : Melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Page 18: Skillful Problem Solving

KELEMAHAN

Hanya pelajar yang aktif dan yang berminat sahaja akan melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan. Pelajar yang kurang minat dan lemah tidak akan melibatkan diri.

KELEBIHAN

Memupuk pelajar untuk meminati subjek Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Guru dan pelajar dapat mempraktikkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian

Penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris meningkat.

Langkah 2 : Memurnikan Hari bahasa Inggeris (English Day)

di sekolah

Page 19: Skillful Problem Solving

Langkah 2 :

Memurnikan Hari bahasa Inggeris

(English Day)di sekolah

Langkah 1 :

Melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris

(MBMMBI)

Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah dengan menyahut dasar kerajaan iaitu dengan melaksanakan dasar MBMMBI. Kerajaan diharapkan agar tidak mengimport guru bahasa Inggeris dari luar negara kerana di Malaysia terdapat ramai guru bahasa Inggeris yang pakar. Hal ini juga dapat mengurangkan kos yang tinggi bagi menjayakan dasar ini.

Pelaksanaan MBMMBI diharap dapat menanam sifat kecintaan terhadap

bahasa Kebangsaan yang akan menyumbang ke arah pembentukan perpaduan

dan jati diri masyarakat manakala keupayaan menguasai bahasa Inggeris

meningkatkan daya saing di arena global.

PENYELESAIAN

TERBAIK

Page 20: Skillful Problem Solving

NURUL NADIA BINTI ALI

D20081032226

Page 21: Skillful Problem Solving

Tajuk: Bahasa dalam Pengajaran

Apakah masalah yang dihadapi?

Masalah yang dihadapi dalam bahasa dalam pengajaran adalah penggunaan bahasa rojak atau

bahasa campur. Menurut Kamun Dewan Edisi Ketiga, rojak merupakan sesuatu yang

bercampur aduk. Jadi, saya menyimpulkan bahawa bahasa rojak adalah campuran satu

bahasa dengan bahasa yang lain.

Kenapa masalah ini berlaku?

Antara punca yang membawa kepada gejala bahasa rojak ini adalah pengaruh media

penyiaran seperti televisyen. Media penyiaran tanpa segan silu dan rasa bersalah

menggunakan bahasa rojak seperti program Lawaking dan Supermak dan juga filem

tempatan, Cicak Man. Dalam bidang pendidikan pula, sebahagian besar ilmu disebarkan

dalam bahasa Inggeris. Ilmu sains, teknologi maklumat dan komunikasi dilihat begitu

penting sekali demi kelangsungan tamadun bangsa sehinggakan bahasa Inggeris diberikan

keutamaan di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Jika sebelum 2003, mata

pelajaran Sains dan Matematik diajarkan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan

peringkat universiti dalam bahasa kebangsaan, namun tuntutan globalisasi telah mengubah

keadaan ini. Sejak 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam BI. Ekoran

daripada perubahan ini, ribuan istilah yang sudah digubal sejak 1956 tidak lagi diguna pakai

untuk keperluan sistem pendidikan negara (Noresah, 2007). Masalah ini tidak boleh

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Page 22: Skillful Problem Solving

dipandang remeh kerana menurut Cheong, penggunaan dua bahasa untuk mengajar subjek

yang sama mudah menyebabkan pelajar merasa bosan, keliru dan seterusnya mungkin akan

kehilangan minat ke atas subjek itu.

Apakah penyelesaian yang mungkin boleh diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut?

Apakah yang akan berlaku jika langkah penyelesaian ini diambil?

Langkah Penyelesaian

Bagaimana untuk menjadikan penyelesaian ini menjadi lebih baik?

Di samping melaksanakan seminar dan kempen, pihak DBP dengan kerjasama

pihak yang berkaitan perlu melakukan pemantauan terhadap perlaksanaannya di

sekolah-sekolah.

KEBURUKAN

Guru tidak mengambil cakna akan

gejala ini dan tidak mengambil serius

akan saranan kerajaan.

Guru mencampurkan bahasa Inggeris

ke dalam ayat bahasa Melayu sewaktu

proses pengajaran dan pembelajaran.

KEBAIKAN

Guru boleh menjadi idola yang baik

terhadap pelajarnya.

Guru dan pensyarah merupakan

tonggak utama dalam bidang

pendidikan.

Guru dan pensyarah akan menyedari

kepentingan menggunakan bahasa

yang betul.

Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil peranan dengan

menggiatkan seminar dan kempen terhadap guru dan pensyarah.

1

Page 23: Skillful Problem Solving

Langkah Penyelesaian

Bagaimana untuk menjadikan penyelesaian ini menjadi lebih baik?

Pihak sekolah haruslah memperuntukkan kemudahan yang mencukupi bagi

membolehkan guru-guru melaksanakan pelbagai pendekatan P&P yang menarik

dan sesuai untuk pelajar. Pihak pentadbiran sekolah pula haruslah membuat

pemantauan terhadap perlaksanaan proses P&P para guru bagi memastikan guru

menggunakan pendekatan yang pelbagai sewaktu pengajaran.

KEBURUKAN

Guru selalunya menggunakan

pendekatan ‘chalk and talk’ dalam

proses P&P.

Guru mengejar masa untuk

menghabiskan sukatan pelajaran

semata-mata.

Guru mengajar hanya untuk

menjadikan pelajarnya berjaya dalam

peperiksaan.

Sekolah kurang kemudahan komputer,

televisyen dan internet.

KEBAIKAN

Menunjukkan bahawa terdapat

kepelbagaian teknik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menyeronokkan pelajar.

Dapat mengelakkan pelajar

terpengaruh dengan penggunaan

bahasa yang salah daripada media

massa.

Membuat tapisan terhadap media massa dan memanfaatkan

program-program berbentuk ilmiah yang disajikan.

2

Page 24: Skillful Problem Solving

Apakah penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut?

Setelah dibuat pertimbangan, penyelesaian terbaik yang harus dilakukan dalam usaha

menangani penggunaan bahasa rojak adalah dengan membuat tapisan terhadap media massa

dan memanfaatkan program-program ilmiah yang disajikan. Hal ini bukan sahaja dapat

memupuk pelajar agar menggunakan bahasa yang betul tetapi ia juga mampu meningatkan

mutu pendidikan di Malaysia jika guru memanfaatkan kepelbagaian program ilmiah yang

disajikan. Selain itu, tindakan undang-undang ini juga haruslah dilakukan terhadap pihak

yang menggunakan bahasa Melayu yang salah di tempat awam. Mekanisma penguatkuasaan

dan tindakan perlu dirancang dengan rapi agar sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan

dipandang serius oleh semua pihak. Amatlah ironis halnya apabila penguatkuasaan undang-

undang pembuangan sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberi

perhatian, tidak pula undang-undang melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang

berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang memperuntukkan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama tidak diberi perhatian sama sekali (Awang Sariyan, 2010).

Page 25: Skillful Problem Solving

NUR HAZLIN BINTI

KAMARUDDIN

D20081032222

Page 26: Skillful Problem Solving

Tajuk : Bahasa Dalam Pengajaran

Isu : Kesukaran Guru Menerangkan Konsep Ilmu Sains dan Matematik Dengan Jelas.

Penggunaan Bahasa Ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik telah menimbulkan isu

kesukaran guru untuk menggunakan istilah yang kurang tepat untuk menterjemahkan ilmu Sains

dan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Prof. Dato' Dr.

Burhanuddin Yeop Majlis (2009), telah menyatakan dalam artikel beliau bahawa di peringkat

awal pengunaan bahasa Melayu memang terdapat banyak masalah dari segi istilah Sains dan

Matematik. Guru yang mengalami masalah dalam menyampaikan ilmu Sains dan Matematik

akibat kesukaran menggunakan istilah yang betul tidak dapat mencapai objektif yang dirancang

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Isu kesukaran guru menerangkan konsep ilmu Sains dan Matematik dengan jelas juga berlaku

adalah disebabkan oleh sumber rujukan yang terdapat dalam bahasa Melayu kurang dan terhad.

Ini menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk membuat rujukan tentang konsep dan teori dalam

Sains dan Matematik. Di samping itu, sebab wujudnya isu tahap kesukaran guru adalah guru

yang mengajar Sains dan Matematik kurang berpengalaman. Guru yang kurang berpengalaman

akan mengalami masalah dalam menyampaikan ilmu Matematik dan Sains dengan betul dan

bertepatan dengan objektif yang dirancang.

Apakah masalah yang wujud?

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Page 27: Skillful Problem Solving

Masalah-masalah ini wujud adalah disebabkan oleh bahasa ilmu Sains dan Matematik itu sendiri

adalah dalam bahasa Inggeris yang sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu untuk

diterangkan kepada pelajar. Jika ia dapat diterjemahkan sekalipun, perkataan yang digunakan

masih lagi kurang tepat dan ada juga perkataan bahasa Inggeris dimelayukan untuk menyatakan

sesuatu konsep. Selain itu, kekurangan sumber rujukan dalam bahasa Melayu adalah disebabkan

kekurangan ahli penterjemah Melayu untuk mentafsir setiap istilah Sains dan Matematik

daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

Muhamad (2008) turut menyatakan :

“Sejarah menunjukkan bahawa penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan

penguasaan bahasanya. Penterjemah Melayu yang sedikit bilangan tidak mampu menterjemah

jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangan ilmu. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang

diterokai.”

Bilangan buku yang dihasilkan dalam bahasa Melayu juga kurang jika dibandingkan buku yang

ditulis dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan guru-guru dan pelajar yang ingin membuat

rujukan tidak tercapai kerana tidak dapat memahami istilah bahasa Inggeris yang digunakan.

Masalah guru kurang berpengalaman wujud kerana tahap kefahaman guru yang kurang

berpengalaman adalah lemah menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam menyampaikan

ilmu Sains dan Matematik kepada pelajar. Apabila ini berlaku, guru akan kurang berkeyakinan

untuk menyampaikan ilmu tersebut. Berbeza dengan guru yang berpengalaman dalam mengajar

Sains dan Matematik selama 10 tahun dan ke atas, mereka tidak mengalami kesukaran dan lebih

yakin untuk menyampaikan dan menjelaskan ilmu Sains dan Matematik kepada pelajar. Hal ini

kerana mereka telah biasa dengan istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu Sains dan Matematik

walaupun istilah-istilah tersebut dalam bahasa Inggeris.

Mengapa masalah tersebut berlaku?

Page 28: Skillful Problem Solving

Masalah :

Kesukaran Guru Menerangkan Konsep Ilmu Sains dan Matematik Dengan Jelas

Ke

Kelemahan :

Kekangan yang wujud adalah tidak semua istilah Sains dan Matematik boleh diterjemahkan dengan tepat.

Bilangan penterjemah yang sedikit menyebabkan sukar untuk menyediakan bahan rujukan dalam bahasa Melayu.

Langkah 1 : Menyediakan sumber rujukan dalam Bahasa Melayu

Kelebihan :

Proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dapat berjalan sengan lancar dan ilmu yang disampaikan kepada pelajar juga lebih mudah difahami.

Guru-guru lebih yakin untuk menyampaikan ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan istilah-istilah dalam bahasa Melayu dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan.

Dengan adanya sumber rujukan dalam bahasa Melayu akan menjadikan pelajar lebih gemar mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik.

Page 29: Skillful Problem Solving

Kelemahan :

Sekiranya guru tidak mengajar berlainan opsyen, guru-guru tidak berpeluang untuk menerokai ilmu dalam bidang yang lain seperti ilmu Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan sebagainya dan berkemungkinan sukar untuk menyediakan guru yang berpengetahuan luas.

Langkah 2 : Menempatkan guru Sains dan Matematik mengajar mengikut opsyen

Kelebihan :

Ilmu Sains dan Matematik dapat disampaikan dengan jelas dan betul kerana mereka sudah mahir dalam kedua-dua ilmu tersebut dan pelajar akan menerima ilmu yang diajar dengan lebih jelas dan mendalam.

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik tidak hanya terikat kepada teori semata-mata dan pelajar dapat mempelajari ilmu Sains dan Matematik secara teori dan amali seterusnya dapat mempraktikkan ilmu Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian.

Langkah 2 :

Menempatkan guru Sains dan Matematik mengajar mengikut

opsyen

Langkah 1 :

Menyediakan sumber rujukan dalam Bahasa

Melayu

Page 30: Skillful Problem Solving

Langkah 2 :

Menempatkan guru Sains dan Matematik mengajar mengikut

opsyen

Langkah 1 :

Menyediakan sumber rujukan dalam Bahasa

Melayu