56
dan Hubungannya Dengan Maqasid Syariah Serta Konsep Tatakelola Yang Baik Oleh: Ust AGS Keadilan Dari Perspektif Islam

Keadilan dari perspektif islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keadilan dari perspektif islam

dan Hubungannya Dengan Maqasid Syariah Serta Konsep

Tatakelola Yang BaikOleh:

Ust AGS

Keadilan Dari Perspektif Islam

Page 2: Keadilan dari perspektif islam

Allah berfirman (Al-Maidah :8) وال بالقسط شهداء ه لل قوامين كونوا آمنوا ذين ال ها أي يا

أقرب هو اعدلوا تعدلوا أال على قوم شنآن كم يجرمنتعملون بما خبير ه الل إن ه الل قوا وات قوى للت

Wahai orang-orang yang beriman, kamu hendaklah menjadi orang yang menegakkan kebenaran dan menjadi saksi-saksi yang adil kerana Allah. Jangan sampai kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk melakukan ketidakadilan. Bersikap adillah sama ada terhadap musuh atau sekutu kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu lakukan.

Page 3: Keadilan dari perspektif islam

Rasululah Bersabda :

- عليه الله صلى النبى أ/ن الخدرى عيد س/ أ/بى; ع/نال/- ق/ ع/دل وسلم ة/ ك/لم/ اد الجه/ أ/عظ/م من إن «

ائر ج/ سلط/ان عند/“Bahawa perjuangan yang paling agong

dan mulia ialah Perjuangan menyatakan kebenaran dan keadilan di hadapan pemerintah yang zalim.”

، ع/ن ر/ عم/ الله : ابن لى ص/ الله سول ر/ ال/ ق/ ال/ ق/ ،ن : " م/ ف/ ، اء ر/ أم/ ب/عدي ي/كون س/ لم و/س/ ع/ل/يهل/يس/ ف/ ظلمهم ع/ل/ى أ/ع/ان/هم و/ /ذبهم بك هم دق/ ص/ل/م ن و/م/ ، وض الح/ ع/ل/ى ي/رد و/ال منه ل/ست و/ منيهو/ ف/ ظلمهم ع/ل/ى يعنهم ل/م و/ /ذبهم بك دقهم يص/

وض الح/ ع/ل/ى ي/رد و/س/ منه /ن/ا أ و/ " مني

Page 4: Keadilan dari perspektif islam

MaksudnyaSelepasku akan ada para pemimpin (politik

yang jahat) . Siapa yang bergaul dengan mereka lalu mempercayai pembohongan mereka di samping membantu kezaliman mereka maka dia tidak ada hubungan denganku dan akupun tidak ada hubungan dengannya. Malah dia tidak akan dapat minum dari kolamku. Manakala siapa yang tidak percaya dengan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka melakukan kezaliman maka dia adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian darinya, malah dia akan dapat minum dari kolamku.

Page 5: Keadilan dari perspektif islam

Pendahuluan

Keadilan adalah suatu nilai keutamaan yang sangat disanjung oleh semua manusia yang waras dan normal.Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tertindas dan teraniaya.Ini kerana keadilan adalah pemangkin kesejahteraan dan ketenteraman hidup manusia.Ia meliputi spektrum kehidupan yang sangat luas.Bermula dengan keadilan dalam bidang metafizika yang berkaitan dengan akidah ketuhanan yang hak dan benar, meliputi keadilan dalam pemerintahan, perniagaan,kehakiman,perhubungan sosial,keluarga dan akhirnya dalam kehidupan berjiran, mewariskan harta pesaka,keadilan dalam perhubungn politik antarabangsa dan lain-lain.

Page 6: Keadilan dari perspektif islam

Kesan KeadilanApabila keadilan berlaku di merata bidang

kehidupan; rakyat dan orang ramai akan merasai kedamaian dan ketenteraman. Sebaliknya jika kezaliman bermaharajalela manusia akan semakin sengsara dan menderita.

Sebab itu ada pepatah yang mengatakan bahawa : “Sesuatu pemerintahan itu boleh kekal dengan kekufuran; tetapi dia tidak mungkin kekal dengan kezaliman.” Kezaliman pemangkin kejatuhan sesuatu pemerintahan dan bangsa.

Page 7: Keadilan dari perspektif islam

Allah berfirman dalam Surah Al-Nisa’ ayat 135

قوامين كونوا آمنوا ذين ال ها أي ياعلى ولو ه لل شهداء بالقسطإن واألقربين الوالدين أو أنفسكمبهما أولى ه فالل فقيرا أو ا غني يكنوإن تعدلوا أن الهوى بعوا تت فالبما كان ه الل فإن تعرضوا أو تلووا

خبيرا تعملون

Page 8: Keadilan dari perspektif islam

MaksudnyaWahai orang-orang yang beriman! Jadilah

kamu para penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap kesalahan diri kamu sendiri, ibu bapa atau kaum kerabat kamu. Jika orang yang didakwa itu kaya ataupun miskin, maka Allah lebih utama didahulukan daripada soal siapakah yang miskin atau kaya. Oleh itu, janganlah kamu menurut nafsu lantaran mahu menyimpang daripada kebenaran. Seandainya kamu memutarbelitkan tutur kata atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah bahawa Allah sangat Arif tentang apa yang kamu lakukan.

Page 9: Keadilan dari perspektif islam

Keadilan Dari Sudut Bahasa

Keadilan berasal dari perkataan Arab العدل" " ‘Adl atau “Adal” ia merujuk kepada sesuatu yang bertentangan atau berlawanan dengan kezaliman.Keadilan bermakna sikap lurus dan tidak menganiaya .Ia adalah sesuatu yang diterima dan diredhai. Ia juga bermakna keseimbangan atau titik pertengahan antara dua sikap yang buruk dan melampau. Keadilan adalah sikap adil dan tidak berat sebelah.

Page 10: Keadilan dari perspektif islam

Keadilan Dari Sudut Istilah

Dari sudut epistemologi ia bermaksud memberikan kepada orang yang berhak akan haknya. Dengan lain-lain perkataan memberikan secara samarata hak setiap rakyat. Memberi imbuhan yang setara kepada semua rakyat yang berhak mendapat imbuhan. Sebaliknya menghukum dengan hukuman yang setara terhadap mereka yang wajar dihukum. Baik terhadap hak peribadi,hak politik, hak sosial,hak ekonomi,hak keselamatan mahupun hak-hak yang lain.

Al-Shallabi ,Dr Ali Mohd,”Al ‘Adalah Min Al - Manzhur Al-Islami”,Cet. Pertama Dar Al- Ma’refah ,Beirut ,Lubnan 2015 hal.:15-17

Page 11: Keadilan dari perspektif islam

Gambar kitab

Page 12: Keadilan dari perspektif islam

Menurut Dr. M. Dhiauddin Rais: Keadilan seperti yang dirumus dan di definisikan oleh para Fuqaha dan Ahli Tafsir ialah :Perlaksanaan terhadap hukum Allah.Ertinya manusia diperintah menurut syariat Allah yang sebenarnya;sepertimana yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya secara terpeinci.

Page 13: Keadilan dari perspektif islam

Keadilan merupakan maqsid asas dalam Maqasid Syariah.Sebab itu Ibnu Taimiah dalam kitab “Hisbah “ menjadikannya nilai asas untuk survival umat.Beliau menegaskan :

, وان الظالمة يقيم وال كافرة كانت وان العادلة الدولة يقيم والله , , الظلم مع تدوم وال والكفر العدل مع تدوم والدنيا مسلمة كانت واالسالم

Allah boleh sahaja mentakdirkan tertegaknya negara adil walaupun pendudukanya kafir .Sebaliknya Allah tidak akan merestui negara yang zalim walaupun punduduknya orang Islam.Dunia boleh kekal dengan keadilan dan kekufuran,tapi tidak akan kekal dengan kezaliman meskipun bersama Islam

Page 14: Keadilan dari perspektif islam

Dalam kitab Ibnu Taimiah “A’lam Al-Muwaqqi’in” beliau menegaskan:

Syariat Islam itu adil dalam serba serbi.Segala sesuatu yang terkeluar dari lingkungan keadilan lalu masuk dalam batas kezaliman maka ia bukan daripada syariat meskipun ia dimasukkan dengan cara ta’wil. Syariat adalah keadilan Allah terhadap para hambanya.Seandainya terserlah isyarat dan wajah keadilan melalui cara apa pun maka di situlah terletaknya syariat Allah dan agamanya. Malah Allah sendiri telah menjelaskan melalui syariat-Nya dengan berbagai kaedah dan cara, bahawa maksud utama-Nya ialah untuk menobatkan keadilan di kalangan hamba-Nya dan supaya manusia menegakkan lunas keadilan dan kesaksamaan sesama mereka.

Page 15: Keadilan dari perspektif islam

Pengamatan PenulisKeadilan dalam kehidupan bernegara kini banyak dihubungkaitkan

dengan rule of Law atau menobatkan masyarakat berasaskan undang-undang,bukan “Cash is The King”. Berlakunya pemerintahan berperlembagaan dan berinstitusi, wujudnya amalan syura, mewafakat atau demokrasi di mana ada pengasingan kuasa dan pemerintahan bukan ditangan orang seorang. Adanya check and balance, wujudnya tatakelola yang baik dan para pemimpin yang berintegriti. Amanah menjadi amalan,harta rakyat tidak menjadi harta peribadi penguasa. Pemimpin bukan manusia fanatik dan totok; menta’ati pemimpin yang lebih tinggi demi kepentingan peribadi atau kumpulan parti masing-masing, tetapi -sebaliknya- mereka yang bersifat jujur,amanah dan benar-benar melindungi kepentingan rakyat dan negara.Berani menentang kemungkaran dan kezaliman pihak atasan. Pendek kata ciri ciri Good Governance menjadi amalan dalam sesebuah pemerintah dan masyarakat.

Page 16: Keadilan dari perspektif islam

Makna Keadilan Dalam A-Quran

Terdapat beberapa isyarat atau makna yang dibayangkan oleh al-Quran dalam beberapa ayatnya:

1.Keadilan bermakna al-Insaf ( االنصاف)Maksudnya yang merujuk kepada

perbuatan menghargai dan menginsafi serta membela nasib seseorang;seperti isteri. Allah berfirman dalam surah AlNisa: 3

فواحدة تعدلوا أال خفتم فإنSekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku

saksama dan adil (antara isteri-isteri yang berbilang itu) maka memadailah dengan seorang isteri sahaja.

Page 17: Keadilan dari perspektif islam

Allah menambah lagi penjelasannya dengan firmanNya dalam surah yang sama ayat :129

حرصتم ولو ساء الن بين تعدلوا أن تستطيعوا ولنKamu pastinya tidak berupaya berlaku adil

meskipun kamu sangat mengharapkannya2. Keadilan bermakna al Fida’ (الفداء ) atau

harta yang dijadikan sebagai cagaran penebusan (samada untuk mendapatkan kebebasan dan lain-lain).Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 48.

Page 18: Keadilan dari perspektif islam

منها يقبل وال شيئا فس� ن عن نفس� تجزي ال يوما قوا واتينصرون هم وال عدل منها يؤخذ وال شفاعة

Takutlah kepada Hari Pembalasan yang tiada sesiapapun dapat menolong antara satu sama lain. Syafaat dan sebarang tebusan juga tidak diterima pada hari tersebut. Malahan mereka yang bersalah itu langsung tidak akan mendapat sebarang bantuan.

Page 19: Keadilan dari perspektif islam

Juga firmanNya dalam surah Al-An’am ayat 70

الدنيا الحياة تهم وغر ولهوا لعبا دينهم خذوا ات ذين ال وذره الل دون من لها ليس� كسبت بما نفس� تبسل أن به ر وذك

شفيع وال ا ولي منه/ ذ يؤخ/ ال ع/دل كل ت/عدل إن و/ حميم من شراب لهم كسبوا بما أبسلوا ذين ال أولئك

يكفرون كانوا بما أليم وعذابAntara lain bermaksud: “Seandainya

seseorang itu mahu menebus dirinya dengan apapun tidak akan diterima “iaitu pada hari kiamat kelak.

Page 20: Keadilan dari perspektif islam

3.Keadilan bermakna ( القيمة ( atau nilai tara

Umpamanya firman Allah dalam Surah AlMaidah ayat 95

صياما ذلك عدل أو..Atau kadar puasa yang setara bilangan

harinya dengan (bilangan orang yang mendapat ) fidyah tersebut

Dengan lain-lain perkataan bagi sesiapa yang tidak memiliki harta untuk membayar fidyah berkenaan maka dia bolehlah berpuasa.

Page 21: Keadilan dari perspektif islam

4.Keadilan bermakna kalimah syahadah bahawa ( اله الالله (اال

Umpamanya firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 90 واإلحسان بالعدل يأمر ه الل إنPerkataan al-‘Adl di sini bermakna mengungkapkan

kalimah syahadah menurut sebahagian ulama.Terdapat juga makna yang jauh sedikit dari makna asal

seperti dalam surah al-An’am ayat 1 ثم ور والن الظلمات وجعل واألرض ماوات الس خلق ذي ال ه لل الحمد

يعدلون هم برب كفروا ذين ال.. Kemudian orang-orang kafir itu menyekutukan

Tuhan mereka

Page 22: Keadilan dari perspektif islam

Perkataan Lain Yang Sama maksudnya Dengan Keadilan Dalam Al-Quran

1. Perkataan القسط ) ). Bila disebutkan umpamanya الرجل Bermaksud اقسطseseorang itu sudah berlaku adil dan bersikap saksama .Dalam surah Al Hujurat ayat 9 Allah berfirman :

المقسطين يحب ه الل إن وأقسطواBersikap adillah ,sesungguhnya Allah suka

orang yang adil2. ( الوسط) perkataan ini juga bermakna

keadilan,justeru “al-Wast” bermaksud yang tengah-tengah dan perdana.

Page 23: Keadilan dari perspektif islam

3. Perkataan ( الحق ). Lumrahnya keadilan mesti berteraskan kebenaran atau al Haq. Tidak mungkin hakikat kedua nilai ini terpisah apabila dihubungkaitkan dengan pihak yang subjektif .

4.Perkataan ( االنصاف ) Mencari titik kesaksamaan atau berlaku adil dengan semua pihak memang suatu keutamaan.

5. Akhirnya perkataan (السواء ) atau setara dan seimbang. Mereka yang seimbang dalam berfikir dan bersikap adalah mereka yang adil dan bersifat wajar. Allah berfirman dalam surah al-Anfal :58

Page 24: Keadilan dari perspektif islam

  ه الل إن سواء على إليهم فانبذ خيانة قوم من تخافن وإما

الخائنين يحب الSekiranya kamu khuatir pengkhianatan

sesuatu kaum maka bubarkanlah ikatan perjanjian tersebut kepada mereka secara (terus terang dan) adil. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang khianat.

Page 25: Keadilan dari perspektif islam

Status Keadilan Dalam Huraian Ilmu Maqasid Islamiah Terkini.Dr Jamaludin ‘Athiyah dalam kitab beliau membayangkan klasifikasi baru tentang Maqasid Syariah .Ketika membayangkan bidang atau ruang legar maqasid, beliau melakarkannya seperti rajah berikut:

Page 26: Keadilan dari perspektif islam
Page 27: Keadilan dari perspektif islam

Kajian mutakhir beliau mengenai ilmu Maqasid syariah ini dilihat dari sudut “Ummah”dicerakinkannya sebagai berikut:

1.Maqsid pertama ialah penyusunan pemerintahan dan tatakelola umat atau rakyat berlandaskan institusi.

2. Maqsid kedua ialah menjaga dan menjamin keamanan dan ketenteraman umat

3. Maqsid ketiga menegakkan keadilan4. Maqsid keempat menjaga dan melindungi agama dan

akhlak5. Maqsid kelima mengukuhkan kerjasama, solidarity dan

takaful.6. Maqsid keenam menyebarkan ilmu dan melindungi akal

waras umat dan rakyat7. Maqsid ketujuh memakmurkan negara dan melindungi

harta dan kekayaan umat atau rakyat

Page 28: Keadilan dari perspektif islam
Page 29: Keadilan dari perspektif islam

Di sini kita lihat keadilan dalam kedudukan yang ketiga dari segi keutamaannya. Walaupun demikian kedudukan ini tidak mutlak, ia mungkin bergantung kepada situasi dan kondisi sesuatu negara dan penduduk negeri berkenaan.

Keadilan juga terangkum dalam nilai-nilai teras atau prinsip penting dalam perlembagaan Negara Islam. Dalam buku Dr SalimAl-Awwa yang bertajuk “Sistem Politik Dalam Negara Islam”, keadilan diletakkan dalam kedudukan kedua selepas dasar atau prinsip al-Syura ( permuafakatan)

Page 30: Keadilan dari perspektif islam

Buku Sistem Politik Dalam Negara Islam

Page 31: Keadilan dari perspektif islam

Prinsip prinsip berkenaan ialah :

1.Al-Syura2.Al’Adl atau keadilan3.Kebebasan4.Kesamarataan5.Ketaatan kepada pemerintah dan hak

menegur, mempersoalkan tindakannya

Page 32: Keadilan dari perspektif islam

Keadilan dalam falsafah perundangan dari beberapa sudut pandangan berkaitan dengan wacana “Hak-hak Asasi”. Dari sini ..”Kita boleh menggambarkan hak-hak asasi ini dalam Islam ialah merealisasikan kepentingan yang paling asas daripada maqasid Syariah; iaitu memelihara agama ,nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

Sekiranya ditemui warga negara di bawah paras kemiskinan contohnya, maka ini merupakan kezaliman yang bertentangan dengan keadilan sosial dan hak-hak asasi, bahkan bertentangan dengan masyarakat sivil. Masyarakat tidak boleh berdiam diri daripada kezaliman ini, oleh itu negara mestilah melakukan usaha keras sehingga tidak ada lagi penduduk yang lebih rendah daripada had ekonomi semasa (paras kemiskinan) menurut Bahasa ekonomi semasa, dan apa yang para fuqaha’ silam namakan dengan “hak-hak manusia” (huquq Adamiyyin) bererti makanan, pakaian, tempat tinggal yang asas dan selainnya daripada al maqasid al dharuriyyah.

Page 33: Keadilan dari perspektif islam

Maruah sebagai contoh kedua, antara hak yang paling penting yang wajib dipelihara ke atasnya dengan nama keadilan social. Pemeliharaan ke atasnya daripada pencerobohan dan pelanggaran, tambahan kepada penyeksaan dan bunuh yang termasuk di bawa kategori memelihara jiwa. Apabila diceroboh apa-apa daripada hak-hak ini, ia merupakan satu kezaliman.

Page 34: Keadilan dari perspektif islam

Terdapat keutamaan untuk merealisasikan keadilan ini tanpa melihat kepada perubahan politik. Hendaklah ditubuhkan parti-parti dan semuanya hendaklah memasuki pilihanraya. Tetapi yang terpenting daripada itu ialah semua pihak memberi fokus sebelum pilihan raya dan selepasnya terhadap keadilan sosial dan kebajikan sivil, selain memberi fokus supaya masyarakat dipelihara, kukuh dan stabil. Hak-hak asasi berkaitan kebendaan dan spiritual ke atas warganegara biasa terjamin, demikianlah revolusi (reformasi)merealisasikan keuntungannya.

Auda,Dr Jasir “ Mudahnya Maqasid Syariah “ (Terjemahan) Cetakan Pertama ABIM, K.Lumpur 2014 Hal:158

Page 35: Keadilan dari perspektif islam
Page 36: Keadilan dari perspektif islam

Keadilan dan Konsep Good Governance Umumnya keadilan masa kini banyak dikaitkan dengan konsep

tatakelola pengurusan kerajaan yang baik. Konsep ini ditakrifkan oleh UN -umpamanya –sebagai :

“Governance is the exercise of political, economic and administrative authority to manage a nation's affairs. It is the complex mechanisms, processes, relationships and institutions through which citizens and groups articulate their interests, exercise their rights and obligations and mediate their differences. Governance encompasses every institutions and organization in the society, from the family to the state and embraces all methods - good and bad - that societies use to distribute power and manage public resources and problems. Good governance is therefore a subset of governance, wherein public resources and problems are managed effectively, efficiently and in response to critical needs of society. Effective democratic forms of governance rely on public participation, accountability and transparency.”

http://www1.aucegypt.edu/src/engendering/good_governance.html

Page 37: Keadilan dari perspektif islam

“Good Governance” Secara lebih terpeinci “Good Governance”dalam kontek gerakan

kewanitaan- umpamanya- merangkum berbagai norma dan nilai-nilai berikut:

“A broad conceptual framework for good governance, whether in political or economic decision-making includes six components:1. Leaders/Decision makersSince women often lack access to the traditional sources of knowledge, capacity-building and experience (mentoring) that generate men leaders, leadership training is especially important for women. This is especially the case in relation to economic decision-making, where women tend to believe -sometimes mistakenly - that male leaders are better equipped with technical understanding of the relevant issues. 2. Constituencies: Active and empowered constituencies must be aware of and able to exercise their basic human rights, as well as sufficiently informed about issues and supported by access to relevant information in order to develop a clear agenda.

Page 38: Keadilan dari perspektif islam

3. An Agenda: Women's leadership has sometimes been unfocused and support from the constituency lacking because of the lack of an agreed agenda on which both can focus. This is a particular gap for economic governance, where both women leaders and the women's constituency often feel that they lack technical understanding of the issues.4. Institutions: The institutions of governance must be generally open to public scrutiny and subject to accountability through a democratic political system.

Page 39: Keadilan dari perspektif islam

5. Information:"Good" decisions can only be made if both decision makers and their constituencies have access and are able to make appropriate use of "good" information.

6. Accountability Processes:Institutionalized monitoring and accountability mechanisms enable constituencies to hold their leaders and Government to account.

Ibid

Page 40: Keadilan dari perspektif islam

Dari sudut lain UNDP mempunyai perspektif yang sedikit berbeda “UNDP identifies nine core characteristics covering eight

key urban issues which measure good governance.Core characteristics of good governance 1) ParticipationAll men and women should have a voice in decision-making, either directly or through legitimate intermediate institutions that represent their interests. Such broad participation is built on freedom of association and speech, as well as capacities to participate constructively2) Rule of law Legal frameworks should be fair and enforced impartially, particularly the laws onhuman rights

Page 41: Keadilan dari perspektif islam

3) Transparency Transparency is built on the free flow of information. Processes, institutions and information are directly accessible to those concerned with them, and enough information is provided to understand and monitor them 4) ResponsivenessInstitutions and processes try to serve all stakeholders5) Consensus orientation Good governance mediates differing interests to reach a broad consensus on what is in the best interest of the group and, where possible, on policies and procedures 6) EquityAll men and women have opportunities to improve or maintain their well-being 

Page 42: Keadilan dari perspektif islam

7) Effectiveness and efficiency Processes and institutions produce results that meet needs while making the best use of resources8) Accountability Decision- makers in government, the private sector and civil society organisations are accountable to the public, as well as to institutional stakeholders. This accountability differs depending on the organisation and whether the decision is internal or external to an organization 9) Strategic visionLeaders and the public have a broad and long-term perspective on good governance and human development, along with a sense of what is needed for such development. There is also an understanding of the historical, cultural and social complexities in which that perspective is grounded. Ibid

Page 43: Keadilan dari perspektif islam

Huraian Dr Maszlee“Antara ciri tatakelola kerajaan yg baik (good governance)

ialah ketelusan (transparency) dan juga akauntabiliti kerajaan yg memerintah serta segala institusinya.

Demi menjayakan kedua-dua prinsip tersebut pemberdayaan rakyat dan masyarakat sivil merupakan satu kemestian, jika tidak, pihak pemerintah akan menjadi autokratik dan membuka ruang untuk menyalahgunakan kuasa.

Selain dari pengamalan pemisahan tiga kuasa utama di dalam pentadbiran negara, Kebebasan media juga merupakan mekanisme kepada usaha pemberdayaan rakyat dan juga medium untuk rakyat dan masyarakat sivil menjalankan tanggungjawab untuk memantau, menegur dan membetulkan pihak pemerintah.

Page 44: Keadilan dari perspektif islam

Tanpa kebebasan media yang substantif dan yang diperlukan berhubung isu tatakelola kerajaan dan politik, maka sesebuah kerajaan itu tidak akan menguruskan negara dengan cara yang adil, bertamadun dan demokratik.

Pemantauan rakyat serta masyarakat sivil ke atas pemerintah ini juga selari dengan konsep shura, dan amar ma'ruf nahy munkar yang dianjurkan di dalam Islam, dan pengamalan tersebut lebih terkenal di dalam dunia kontemporari oleh para ulama Islam sebagai 'al-Riqabah 'ala al-hukumah' (pemantauan ke atas kerajaan)”.

Maszlee Malik,Dr: https://www.facebook.com/permalink.php?id=151709604900321&story_fbid=601502333254377

Page 45: Keadilan dari perspektif islam

Tuntutan Deklarasi Rakyat Malaysia 2016Dalam konteks pergolakan semasa di Malaysia isu

keadilan dan salah guna kuasa pemerintah meningkatkan kesepaduan hasrat rakyat dan umat untuk menggeser kedudukan pemimpin yang sangat ketara mempunyai pelbagai kelemahan dalam integriti, kurang amanah dan sebagainya. Sebab itu diantara lain Deklarasi Rakyat 4hb. Mac 2016 menegaskan:

“36.0leh kerana sebab-sebab ini (yang telah disebutkan terdahulu), kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong

a) penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

Page 46: Keadilan dari perspektif islam

Sambungan Tuntutan Deklarasi b) Penyingkiran semua mereka yang

bersekongkol dengannyac) Pemansuhan semua undang-undang dan

perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

Page 47: Keadilan dari perspektif islam

Sambungan Tuntutan Deklarasi 37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak

mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi; demi (memulihkan)proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.”

Lihat pautan berikut : https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/03/06/citizens-declaration-and-its-reaction-deklarasi-rakyat-dan-maklum-balas/ atau https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1

Page 48: Keadilan dari perspektif islam

Kesimpulan

Perbahasan mengenai keadilan lumrahnya berporos kepada isu reformasi menyeluruh dalam berbagai bidang dan ruang kehidupan; khasnya politik.

Reformasi politik biasanya merujuk kepada isu:

1. Legality,atau keabsahan sesuatu pemerintahan

2.Menuntut keadilan, kesamarataan dan kebebasan

3.Menuntut ‘responsibality’ tanggungjawab dan trasperensi atau ketelusan.

4.Partisipasi politik rakyat yang berkesan

Page 49: Keadilan dari perspektif islam

Sambungan Kesimpulan5.Pengukuhan integrity institusi, pemisahan kuasa

perundngan , perlaksanaan, pengadilan dan pergiliran kuasa memerintah negara secara aman

6.Memerangi korupsi, kolusi dan kroni7.Menentang pemerintahan totalitarianisme;

kukubesi ,serta bersikap bijaksana memanfaatkan kuasa dan suara rakyat.

8.Melindungi Hak Asasi Rakyat.Abdul Kafi, Isra’ Imran Ahmad “ Daurul Al-

Qiadah Fi Al-Islah Al-Siasi”Cet.Pertama Darul Al –Salam,Mesir, 2011 hal:312

Page 50: Keadilan dari perspektif islam

Peranan Elit Pemimpin Mereformasi Negara

Page 51: Keadilan dari perspektif islam

Rakyat Malaysia Berhak Bangkit Akhirnya ingin ditegaskan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk bangkit

menenang kezaliman dan membasmi penyelewengan; demi menegakkan keadilan . Ini ditegaskan oleh pengarang kitab terkenal “Al-Muqaddimah Fi Fiqh Al-Asr” Penasihat Undang-Undang Yaman Dr. Fadhal Bin Abdullah Murad , dimana beliau mengatakan:

" . وفي , المنكر عن والنهي االمربالمعروف� وهومن الس�لمي التغيير اليات اتخاذ وللش�عب , بقلبه" ج�اهدهم� ومن فهومؤمن بلسان�ه جاهدهم� من و فهومؤمن بيده جاهدهم من الحديث�

خردل, ح�بة االيمان من ذلك وراء وليس ".فهومؤمن “Rakyat berhak mengambil sebarang langkah untuk melakukan perubahan

secara aman.Tindakan tersebut termasuk dalam kewajiban melaksanakan Amr Bil Ma’ruf Wannahyu ‘Anil Munkar. Dalam hadith adaditerangkan bahawa :Siapa yang bangkit menentangpenguasayang zalim dengan tangan maka dia adalah orang yang beriman.Siapa yang bangkit menentang mereka dengan lidah maka dia adalah seorang mu’min.Siapa yang tampil menentang mereka dengan hatinya maka dia juga adalah seorang mu’min. Tapi selepas peringkat ini orang berkenaan sudah tidak ada lagi iman walau sebesar biji saga.”

Murad, Dr.Fadhal Bin Abdullah “Al-Muqaddimah Fi Fiqh Al-’Asr”Cet.Pertama Maktabah al Jeilul Jadid,Yaman 2014,hal:290 -304

Page 52: Keadilan dari perspektif islam

Pengantar KeArah Fiqh Masa Kini

Page 53: Keadilan dari perspektif islam

Kata Kata AkhirSebagai ungkapan penamat penulis ingin menegaskan;

bahawa setiap manusia yang insaf dan bertanggungjawab, malah setiap rakyat perlu membela keadilan dan menumbangkan kezaliman; menurut keupayaan masing-masing. Mereka yang fanatik, bersifat totok dan asabiah; yang membela kezaliman demi kepentingan diri , kroni , kolusi dan parti adalah menyalahi perintah Allah dan Rasul yang memerintahkan agar kepentingan diri dan kelompok tidak didahulukan berbanding kepentingan umat, rakyat dan perjuangan membela kebenaran. Gerombolan pemimpin yang tidak lagi mempertahankan keadilan ,integriti dan nilai-nilai murni wajar ditentang dan dinyahkan dari kepimpinan, demi melindungi keselamatan rakyat, umat dan negara.

Page 54: Keadilan dari perspektif islam

SekianAllah berfirman dalam surah al-Qasas ayat

17 لمجرمين ل ظهيرا أكون فلن علي أنعمت بما رب قال“Musa berdoa:HaiTuhan dengan segala

nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku ,Aku samasekali tidak akan menjadi penyokong dan penolong golongan petualang; yang melakukan berbagai kesalahan (kezaliman) .”

Rasulullah bersabda:

Page 55: Keadilan dari perspektif islam

Rasulullah Bersabda : عن الخدري سعيد الله : أبي صلى الله رسول سمعت قال

يقول : وس;لم عليهفبلسان يستطع لم فإن ، بيده فليغيره منكرا منكم رأى مناإليمان أضعف وذلك ، فبقلبه يستطع لم فإن ، ه

مسلم. رواه . Siapa dari kalangan kamu yang melihat

kemungkaran ia mesti memulihkan (mencegah dan merubahnya) dengan tangannya(kuasa). Kalau dia tidak berupaya maka bolehlah menggunakan lisannya.Kalau tidak mampu juga hendaklah merubahnya (membencinya) dengan hatinya dan itu adalah (menifestasi) selemah-lemah iman.

Page 56: Keadilan dari perspektif islam

Mari Ramai-Ramai Kita Selamatkan MalaysiaMari Ramai-Ramai Kita Selamatkan

MalaysiaMari Ramai-Ramai Kita Selamatkan

MalaysiaMari Ramai-Ramai Kita Selamatkan

Malaysia

Allahu Akbar!