View
62
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
fs
Citation preview
5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2
1/4
Definisi Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah memainkan peranan penting bagi seseorang guru
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana
pencapaian murid dalam pelajaran dan penerapan nilai berkait rapat dengan
pengurusan dan kawalan disiplin bilik darjah. Mengikut Kamus Dewan Edisi
keempat (2010), pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu. Hal
ini membawa pengertian yang lebih luas ke arah mengendalikan sesuatu agar lebih
teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik
boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk
mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan
bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai
objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal
(http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-
darjah.html).
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013:3) berpendapat bahawa
pengurusan bilik darjah merupakan satu terminologi yang digunakan oleh guru untuk
menjelaskan tentang proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat
berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada
tingkah laku murid. konsep ini membawa makna tersirat mengenai pencegahan
tingkah laku murid yang tidak diingini. Pengurusan bilik darjah merupakan aspek
yang paling sukar yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pengalaman pahit
dalam pengurusan bilik darjah menyebabkan sebanyak 36% guru di Amerika
Syarikat menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka
tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah (laporan Pertubuhan
Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).
Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual
waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan
dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran
http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.html5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2
2/4
dalam bilik darjah. Oleh itu, sebagai seorang guru, kena tahu cara menyusun tempat
duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam
kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan,
perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah
mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Hal
ini amat bersesuaian dengan pandangan Marland (1975),suasana fizikal di dalam
bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut
Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan
mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid
dan menyumbang kepada prestasi akademik murid.
Oleh yang demikian, pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan
dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan
bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh
guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan.
Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana,
dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut Lemlech (1988),
pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah
yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber
pengajaran. Ia juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik
darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan
timbul.
Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi
tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka
berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses
yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk
memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan
pembelajaran (http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-
keempat.html)
http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.html5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2
3/4
Pengurusan bilik darjah yang efektif perlulah didasari dengan beberapa
elemen penting. Terdapat 5 elemen pengurusan bilik darjah iaitu merancang,
mengelola, mengawal, membuat refleksi dan menjalin hubungan antara guru dan
murid. Melalui perancangan, guru akan merujuk sukatan pelajaran bagi menentukan
objektif dan hasil pembelajaran. Maka, guru dapat menentukan pendekatan, strategi
dan kaedah mengajar yang paling sesuai berdasarkan perbezaan gaya
pembelajaran murid. Selain itu, guru akan membentuk aktiviti yang sesuai dengan
pencapaian murid. Dalam mengelola, guru perlu memastikan kelancaran proses
pembelajaran. Justeru, guru perlu memberi arahan yang jelas kepada murid.
Sebagai contoh, arahan yang jelas penting semasa guru memaklumkan peraturan,
prosedur dan mengatur aktiviti.
Elemen seterusnya ialah mengawal, iaitu bermaksud guru perlu memantau,
memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan
diri dalam pembelajaran. Lebih penting lagi, dalam mengawal, guru perlu
memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian yang cukup.
Sebaliknya, murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti
pengayaan. Bagi elemen membuat refleksi, seorang guru yang berkaliber akan
menganalisis dan menilai keberkesanan pendekatan, strategi, kaedah mengajar danbahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
Sekiranya keberkesanan kurang sesuai atau kurang mantap, guru mestilah bersedia
membuat perubahan dan mencuba alternagtif lain. Elemen yang terakhir, hubungan
antara guru dengan murid yang baik ialah apabila guru mengamalkan demokrasi di
dalam bilik darjahnya. Kepentingannya ialah murid berpeluang membuat keputusan
dalam pelbagai situasi. Hal ini menjadikan murid lebih rasa dihargai dan diberi
perhatian yang cukup serta mereka turut merasakan perasaan selamat, hormat,
yakin dan sayang kepada guru.
Corak pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah dengan menganggap bilik
darjah merupakan persekitaran yang unik, gabungan elemen fizikal, emosi dan
sosial, bilik darjah hendaklah bersifat multidimensi iaitu murid dapat menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga kena sedar bahawa murid
mempunyai perbezaan dari segi matlamat , kebolehan, dan personaliti. Ruang bilik
darjah hendaklah ruang yang bersifat terbuka dimana ramai yang boleh menilai
aktiviti di dalamnya. Faktor-faktor membentuk persekitaran dan pengurusan bilik
5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2
4/4
darjah yang berkesan ialah menggunakan strategi berpusatkan murid (penglibatan
murid), susunan kelas yang boleh membuka peluang murid, penggunaan ICT
sebagai salah satu alat bantu mengajar, perancangan yang mantap dengan
menyediakan pelan bilik darjah serta peka dengan emosi dan personaliti murid
dengan bersikap bijak mengawal emosi.
Matlamat utama pengurusan bilik darjah mengekalkan persekitaran yang
positif, kondusif dan produktif. Kemudian, untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif, merancang masa dengan afektif, pembelajaran berlaku dengan
lancar di mana murid memproses maklumat melalui ingatan, praktik dan
aplikasi serta untuk memastikan pengurusan bilik darah berjalan dengan baik.
Recommended