59
Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH KANDUNGAN muka surat 1.0 PENERANGAN MODUL 1.1 Objektif 1 1.2 Pendahuluan 1.3 Peranan Panitia Sains 1.4 Semakan Kendiri 2.0 PENGURUSAN BILIK SAINS 2.1 Konsep Bilik Sains 5 2.2 Kegunaan Bilik Sains 2.3 Peralatan Bilik Sains 2.4 Pengurusan Stok 2.5 Penyenggaraan dan Penyimpanan 3.0 PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS 29 3.1 Konsep Taman Sumber Sains 3.2 Ciri Taman Sumber Sains 3.3 Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains 3.4 Penggunaan Taman Sumber Sains 4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR 49 4.1 Permerolehan Bahan 4.2 Semakan Kendiri

MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN

muka surat1.0 PENERANGAN MODUL

1.1 Objektif 1

1.2 Pendahuluan1.3 Peranan Panitia Sains1.4 Semakan Kendiri

2.0 PENGURUSAN BILIK SAINS

2.1 Konsep Bilik Sains 5

2.2 Kegunaan Bilik Sains2.3 Peralatan Bilik Sains2.4 Pengurusan Stok2.5 Penyenggaraan dan Penyimpanan

3.0 PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS 29

3.1 Konsep Taman Sumber Sains3.2 Ciri Taman Sumber Sains3.3 Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains3.4 Penggunaan Taman Sumber Sains

4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR 49

4.1 Permerolehan Bahan4.2 Semakan Kendiri

Page 2: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KATA PENGANTAR

Pukal latihan Sains Sekolah Rendah (PuLSaR) Tahun 6 merupakan pukal mutakhirdalam siri PuLSaR. PuLSaR Tahun 6 ini mengandungi empat modul yang terdiridaripada Modul Pengurusan Sumber Sains Sekolah Rendah. Modul Penilaian II.Modul Pengoperasian Kemahiran Proses Sains dalam Pengajaran danPembelajaran dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran III.

Modul Pengurusan Sumber Sains Sekolah Rendah bertujuan memberi pemahamankepada guru dalam aspek pengurusan sumber yang boleh dimanfaatkan untukmeningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sains. Modul Penilaian II pulamerupakan kesinambungan kepada Modul Penilaian. Modul ini digubal dengan harapanuntuk memberi pemahaman dan kemahiran kepada guru dalam aspek pembinaan itemkhususnya item kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Modul PengoperasianKemahiran Proses Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah pulamemberi panduan bagaimana kemahiran proses sains dapat dikembangkan dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran IIIbertujuan untuk memberi beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaranyang berasaskan konstruktivisme. Modul ini merupakan susulan kepada Modul StrategiPengajaran dan Pembelajaran yang disediakan dalam PuLSaR Tahun 4 dan Tahun 5.

Pusat ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadasemua pihak yang telah memberi sumbangan dalam penyediaan modul ini. Semogapara guru akan dapat memanfaatkan sepenuhnya modul ini dalam usaha menyediakanpendidikan yang bermutu bagi menrealisasikan wawasan pendidikan negara khususnyadalam pendidikan sains.

Dr. Hanafi bin Mohamed KamalPengarahPusat Perkembangan KurikulumJabatan Pra Sekolah, Rendah dan MenengahKementerian PendidikanMALAYSIA.

Page 3: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENERANGAN

MODUL

Page 4: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENERANGAN MODUL

Modul ini dirancang untuk memberikan pendedahan tentang pengurusan danpenggunaan sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains Sekolah Rendah.Sumber P & P Sains Sekolah Rendah meliputi Bilik Sains, Taman Sumber Sains danBahan Bantu Mengajar. Modul ini cuba mengolah bagaimana sumber ini dapatdimanfaatkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan P&P Sains Sekolah Rendah.Bagi membantu meningkatkan lagi pemahaman tentang pengurusan sumber ini, satupakej video telah disediakan khusus untuk memberikan gambaran bagaimanapengurusan sumber ini dapat dioperasikan.

Objektif

Selepas mengikuti modul ini guru sepatutnya dapat:

• memahami peranan Panitia Sains dalam pengurusan danpenggunaan sumber

• memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positifdalam pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, TamanSumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar Sains SekolahRendah.

Pendahuluan

Pengurusan dan penggunaan sumber P & P Sains perlu diberi perhatian serius olehsemua pihak bagi mempastikan perancangan dan pelaksanaan P&P Sains dapatdipertingkatkan. Sumber P&P Sains Sekolah Rendah seperti Bilik Sains, TamanSumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar harus digunakan sepenuhnya untukmempertingkatkan keberkesanan P&P serta minat murid terhadap mata pelajaran ini.

Modul ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bilik Sains, Taman Sumber Sains danBahan Bantu Mengajar. Kejayaan pengurusan dan penggunaan sumber ini bergantungkepada peranan yang dimainkan oleh Panitia Sains.

Page 5: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Peranan Panitia Sains dalam Pengurusan Sumber Sains

Panitia Sains merupakan sebuah badan ikhtisas yang dianggotai semua guru sains disesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan seorang guru kanan yangdilantik sebagai Ketua Panitia Sains. Ketua Panitia Sains juga menjadi ahliJawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS). Perkara ini adalah selaras dengan suratPekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.

Semua ahli Panitia Sains perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesandalam pengurusan dan penggunaan sumber P&P Sains. Peranan ini hanya bolehdipenuhi apabila guru telah dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikapyang positif tentang pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman Sumber Sainsdan Bahan Bantu Mengajar.

Renungan:

“If you don’t know where you are going,it is difficult to select a suitable means ofgetting there.”

Merger, 1962.

Page 6: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Pendahuluan

Tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkanpaling tepat.

1. Satu daripada berikut merupakan sumber yang boleh digunakanuntuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaranSains Sekolah Rendah

Bekalan elektrik

Penunu Bunsen mudah alih

Bahan bantu mengajar

2. Bagaimanakah Bilik Sains boleh membantu meningkatkankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains SekolahRendah?

Sebagai tempat untuk mengajar

Sebagai tempat rujukan pengajaran dan pembelajaran

Sebagai tempat untuk melakukan aktiviti proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Siapakah yang mengetuai organisasi Panitia Sains?

Guru Besar

Ketua Panitia Sains

Guru Sains

Page 7: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

4. Satu daripada berikut merupakan peranan Panitia Sains?

Mengurus Taman Sumber Sains

Merancang Taman Sumber Sains

Melaksanakan aktiviti Taman Sumber Sains

5. Apakah yang boleh dilakukan oleh Panitia Sains dalampengajaran danpembelajaran Sains Sekolah Rendah?

Menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran murid

Mempastikan sumber pengajaran dan pembelajaran Sains dimanfaatkan sepenuhnya

Menentukan murid boleh mengikuti pelajaran sepenuhnya

Renungan:

“If A Man Has Talent And Learns Somehow To Use TheWhole Of It, He Has Gloriously Succeeded”.

Thomas Wolfe (1900-1938)

Page 8: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN

BILIK SAINS

Page 9: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN BILIK SAINS

Konsep Bilik Sains

Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana P&P Sains Sekolah Rendah dijalankan.Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti P&P Sains sepertieksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjahbiasa atau bilik Alam dan Manusia.

Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yangsesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains sepertiyang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku PeralatanPengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegunaan Bilik Sains

Bilik Sains merupakan satu daripada tempat P&P Sains. Aktiviti P&P hendaklahdilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya.Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkan murid dapat direalisasikan dankonsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan.

Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahanuntuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan danbahan.

Peralatan Bilik Sains

Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itupenggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelianperalatan atau bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Pemerolehan

Peralatan dan bahan Sains Sekolah Rendah boleh diperolehi melalui:

• Bekalan Pusat• Pembelian• Sumber lain

Page 10: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bekalan Pusat

Bekalan Pusat adalah bekalan yang dibuat oleh Bahagian Pembangunan dan Bekalan,Kementerian Pendidikan untuk membekal, menghantar, memasang dan mengujiperalatan sains dan bahan kimia ke sekolah. Spesifikasi item yang dibekalkan telahditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dihantar ke sekolah. Sila rujuk Buku PanduanPenerimaan Peralatan Sains Sekolah Rendah Dan Tindakan Kuatkuasaan BagiKontrak Kementerian Pendidikan, 1994 untuk panduan tentang pengurusan bekalanpusat.

Pembelian

Perancangan Perbelanjaan

Perancangan perbelanjaan adalah sangat penting dalam memperolehi peralatan sains,bahan kimia dan bahan bantu mengajar. Panitia Sains hendaklah merancang untukmelengkapkan keperluan Bilik Sains supaya P&P Sains Sekolah Rendah dapatdilaksanakan dengan sempurna.

Sebelum perancangan dibuat, Ketua Panitia Sains hendaklah mempastikan kedudukankewangan (baki terkini serta geran yang akan diterima pada tahun tersebut). Sila rujukkepada Pekeliling Kewangan 3/95 - KP. 1573/17/Jld.10/(39).

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun hendaklah dibuat pada akhir tahun sebelumnya.Tindakan yang harus diambil semasa membuat anggaran adalah seperti berikut:

• memeriksa semua stok peralatan dan bahan sains• menyediakan senarai peralatan dan bahan sains yang

perlu dibeli mengikut keutamaan• mendapatkan maklumat mengenai bilangan murid bagi

tujuan jangkaan jumlah peruntukan yang akan diterima• menyediakan sebut harga peralatan dan bahan sains

menggunakan borang seperti Borang 1

Page 11: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bil. PerihalAlatan/Bahan

Sains

Spesifikasi/Rujukan Katalog

(jika ada)

Kuantiti Harga/Unit

JumlahHarga

Catatan

Borang 1 : Borang Sebutharga

Pemilihan pembekal hendaklah mengambil kira kos, kualiti barangan, perkhidmatanselepas jualan, cara pembayaran, mudah diperolehi dan keupayaan pembekalmembekalkan barangan tersebut pada masa yang dikehendaki.

Pesanan dan Pembayaran

Untuk membuat pesanan dan pembayaran, sila rujuk Buku Garis Panduan Perakaunandan Kewangan Sekolah, Kementerian Pendidikan, 1994.

Satu Contoh Rekod Kewangan yang boleh digunakan untuk membuat pesanan danpembayaran adalah seperti Borang 2.

TarikhPembayaran

NamaSyarikat/Firma

Debit Kredit Baki Catatan

Borang 2: Rekod Kewangan Jabatan Sains Sekolah

Sumber Lain

Pihak sekolah digalakkan menambah dan melengkapkan peralatan, bahan sains danbahan bantuan mengajar daripada sumber lain seperti PIBG.

Page 12: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Pengurusan Stok

Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di setengah-setengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan inimenimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlubagi menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiranBilik Sains.

Buku Stok

Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam tiga jenis.

• Buku Stok Bekalan Pejabat - untuk merekodkanperalatan dan bahan kimia yang luak serta nilaiharganya adalah rendah

• Buku Stok Inventori - untuk merekodkan barangtidak luak yang harganya kurang RM500.00

• Buku Stok Harta Modal - untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang berharga RM500.00 dan keatas.

Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling PerbendaharaanBil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

Penggunaan komputer dalam pengurusan stok digalakkan.

Page 13: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Buku Rekod Pecah

Buku Rekod Pecah adalah untuk merekod peralatan yang pecah bagi memudahkanproses mengemaskini stok. Format Buku Rekod Pecah adalah seperti Borang 3.

Bil. Tarikh Butiranalat/radas

Kuantiti/Bilangan

Nama TandaTangan

Rekoddi bukustok m/s

Nama Guru matapelajaran berkenaan

Catatan

Borang 3: Butir-butir dalam Buku Rekod Alatan/Radas Pecah

Buku Rekod Pinjaman

Buku Rekod Pinjaman merupakan buku untuk mencatat pergerakan peralatan sainsdaripada Bilik Sains. Format Buku Rekod Pinjaman adalah seperti Borang 4.

PerihalAlatan

Kuantiti Pindahke

NamaPeminjam

Tarikhdikeluarkan

TarikhJangkaan

dikembalikan

Tarikhdikembalikan

T/Tangan Catatan

Keluar Masuk Peminjam Penerima

Borang 4: Butir-butir Dalam Buku Rekod Pinjaman/Pemindahan Alatan

Page 14: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Pelupusan dan Hapus Kira

Tindakan pelupusan hendaklah dilakukan ke atas baranganyang direkodkan dalam Buku Stok Inventori dan Buku StokHarta Modal Prosedur pelupusan hendaklah mengikut BukuPanduan Penerimaan Peralatan Sains Sekolah Rendah DanTindakan Kuatkuasaan Bagi Kontrak KementerianPendidikan, 1994.

Penyenggaraan dan Penyimpanan

Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan danpenyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinyaperkara ini. Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaansebenar berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut.

Bahan kaca

Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakanalat dan bahan pencuci yang sesuai. Alat kaca tidak bolehdisimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampuraduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam.Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil didepan.

Bahan Kimia

Di peringkat sekolah rendah, pada hakikatnya tidak adabahan kimia yang berbahaya dibekalkan untuk kegunaan gurudan murid. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti P & P adadicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan dirumah seperti cuka, gula, garam dan sabun. Bahan-bahan inipada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa kesantoksik.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang bahankimia patut diselenggarakan dan dikendalikan seperti manayang sepatutnya dari segi penyimpanan, penggunaan danpelupusan. Dalam hal ini cuma cuka yang perlu diberiperhatian kerana ia adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranyacuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera dengan airbersih.

Page 15: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Formalin adalah satu bahan yang berbahaya dan tidakdigalakkan penggunaannya. Sekiranya formalin digunakanuntuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jikaterminum (ia boleh mengeraskan protein). Jika wapnyatermasuk ke dalam mata dan hidung, ia mengakibatkan rasapedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidudan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpandi dalam botol yang sesuai dan dilabelkan.

Alat Optik

Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yangmudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklah disimpandalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang berbentukalat-alat optik tersebut.

Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat keringuntuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular danmikroskop bolehlah disimpan dalam kotak bersama-samadengan gel silika. Sebaik-baiknya gunakan gel silika biruyang boleh menjadi merah jambu apabila kuasapenyerapannya berkurang. Kanta mata dan juga kantaobjektif perlulah dibersihkan menggunakan kertas silikon(kertas tisu atau kain boleh mencalarkan permukaan kanta).

Alat Elektrik

Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnyadua punca kuasa (soket) untuk kegunaan alat dan perkakaselektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaanalat-alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidakmengikut peraturan atau tidak diselenggarakan dengansempurna.

Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegahkemalangan:

• pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yangbasah

• tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik• soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti• pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul• pastikan wayar dan kabel bertebat• alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin• jangan gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat

elektrik

Page 16: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

• sebarang kerosakan elektrik hendaklah dibaiki oleh ahlipendawaian elektrik

• sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrikhendaklah dipatuhi

• bateri-bateri pada lampu suluh, jam dan pemegang baterihendaklah dikeluarkan untuk mengelakkan kakisan

Renungan

“A hypothesis or theory is clear, decisive and positive but it is believed by no one but the man who created it. Experimental

findings, on the other hand, are messyinexact things which are believed byeveryone except the one who did thework”.

Harlow ShapleyHarvard Crimson,1935

Page 17: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Spesimen Haiwan dan Tumbuhan

Spesimen hidup

• spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklah diambilmengikut keperluan sahaja

• spesimen haiwan yang masih hidup hendaklahdikembalikan ke habitat asalnya

• spesimen yang telah mati boleh diawetkan• haiwan yang dilindungi oleh undang-undang tidak boleh

dipelihara atau diawet tanpa kebenaran daripadaJabatan Perhilitan

• haiwan yang bersengat atau berbisa dielakpenggunaannya.

Pengawetan

Kaedah Kering

• sesuai untuk spesimen yang mempunyai kelembapanyang kurang dan mempunyai kulit luar yang kerasseperti serangga dan biji benih.

• spesimen dikeringkan sehingga kelembapan yangrendah bagi menghalang kerosakan yang biasadilakukan oleh kulat atau bakteria

• beberapa cara untuk mengering spesimen antaranyaialah dengan menggunakan cahaya matahari,ketuhar, pasir panas atau gel silika

• pengawetan cara ini memerlukan pemerhatian yanglebih dari masa ke masa untuk mempastikan ia tidakrosak

• untuk mengelakkan berkulat, spesimen harusdikeringkan semula dari semasa ke semasa

Page 18: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Kaedah Dalam Larutan (Kaedah Basah)

• sesuai untuk semua spesimen biologiterutamanya yang berbadan lembut

• spesimen ini sentiasa diletakkan di dalam larutanpengawat seperti formalin supaya strukturnyaterpelihara dan warnanya kekal

• larutan pengawet yang sesuai perlu untukspesimen tertentu

• larutan pengawet formalin merupakan bahanberbahaya oleh itu hendaklah digunakanmengikut peraturan.

Renungan:

“If students cannot learn the way weteach, we teach then the way theylearn”

A. Guenther

Page 19: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penyenggaraan Peralatan dan Bahan Sains

PERALATAN/BAHAN

PENYENGGARAAN CATATAN

Besi (serbuk) Simpan dalam bekas kering dan bertutupBikar Simpan di tempat selamat dengan cara

ditelangkupkanBinokular Kendali dengan cermat. Simpan bersama

gel silikaSimpan di tempat keringatau almari berkaca atautempat khas.

Bola danGelung

Simpan dalam bekas atau tempat kering

Botol Reagen Bersih dan asingkan penutupnya. Tepiyang terserpih boleh dilicinkan dengankertas pasir tetapi jika berbahaya,hendaklah dilupuskan.

Cerek Elektrik Cabut wayar kuasa dan kering air didalamnya sebelum disimpan

Simpan bersama-samawayar sambungankuasanya.

Cermin Rata Susun menegak mengikut setnya dalamkotak tegar. Asing setiap satu dengankertas pembalut untuk elakkan lapisanperak tercalar

Mudah pecah

Corong Turas Simpan di tempat selamat dengan caraditelangkupkan

Dawai Kasa Disimpan di tempat keringGear (kitseperti yangdiperincikandalam BukuPeralatanSains Rendah)

Sapukan dengan lapisan minyak. Bungkusdengan plastik sebelum disimpan. Setiapkomponen set ini disimpan bersamadengan lengkap

(Jika dibuat daripadalogam)

Gergaji Sapukan lapisan nipis minyak danbungkus sebelum disimpan. Karat yangterbentuk boleh dikikis dengan kertas pasirdan salut cat nipis/

Mudah berkarat

Page 20: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/BAHAN

PENYENGGARAAN CATATAN

Jam Randek(jenis kuartza)

Keluarkan bateri jika hendak disimpanlama. Pastikan tempat bateri tidak terkakis

Mudah berkarat

Jika menggunakan jamrandik berkunci, springkunci hendaklahdibiarkan lepas apabiladisimpan

Jubin Putih Susun secara menegak Mudah pecahKabinetPertolonganCemas

Tempatkan pada kedudukan yang palingmudah dilihat dengan senang. Ubatanhendaklah dikemaskini dan tidak melepasitarikh luput

Jangan dikunci

Kandungan kabinetdiperincikan dalam BukuPeralatan Sains Rendah

Kaki Retot Mudah berkarat. Jika berkarat bersihkandengan kertas pasir dan cat.

KantaPembesar

Asingkan setiap satu dan bungkus, atausimpan dalam ruang yang ditebuk padastairofom untuk mengelakkan tercalar.

Mudah pecah

Kelalang Kon Simpan di tempat selamat dengan caraditelangkupkan

Mudah pecah

Kertas LitmusBiru danMerah

Simpan dalam bekas yang mengandungigel silika

Kit Sinar Optik Simpan setiap komponen dengan setnyayang lengkap. Mentol dan kantadisenggarakan seperti pada ruang itemberkenaan

Komponen kit inidiperincikan dalam BukuPeralatan SainsRendah.

Klip Buaya Sembur lapisan minyak nipis untukelakkan berkarat

Mudah berkarat

Kompas Simpan dalam bekas yang tegar. Janganletak beban diatasnya.

Mudah Pecah

Kuprum(kepingan)

Simpan di tempat kering.

PenunuMudah Alih

Pelaras udara dibersihkan dan pilinyaditutup selepas digunakan

Page 21: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/BAHAN

PENYENGGARAAN CATATAN

Ladung Simpan dalam kotakLampu Suluh Keluarkan bateri selepas digunakan.

Pastikan tempat bateri tidak terkakisMudah pecah

MangkukPenyejat

Bersihkan dan simpan secara telangkup

Magnet(batang)

Magnet disimpan dengan meletakkanpengawal magnet (sebarang bar besilembuat) dalam keadaaan berpasangandengan kutub berbeza

Mudah berkarat

Magnet(ladam)

Letakkan pengawal magnet sewaktudisimpan

Mentol Simpan mengikut spesifikasinya dalambekas tegar.

Mudah pecah

Mikroskop Simpan dalam kotak bersama-sama gelsilika untuk mengelakkan berkulat

Simpan di tempatkering/almari kaca ataualmari khas

ModelManusiadengan organdalam

Simpan di tempat selamat. Bahagianorgan terpasang dalam model

NeracaMampatan

Jangan bebankan sewaktu penyimpanan Pastikan agar jisim tidakmelampaui hadmaksimum.

Necara Spring Simpan dengan cara direbahkan Pastikan jisim tidakmelampaui hadmaksimum

Nikrom(Wayar)

Letakkan di tempat yang paling mudahdilihat

Pemadam Api Letakkan di tempat yang paling mudahdilihat serta mudah diambil. Pastikan iadiperiksa setiap dua tahun dan disahkanoleh pihak yang bertauliah.

PemberatBerslot

Setiap slot disimpan dengan jumlah yangcukup bersama-sama tangkainya.

Page 22: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/BAHAN

PENYENGGARAAN CATATAN

PemegangBateri

Pastikan bahagian yang bersentuhdengan bateri bebas karat.

PemegangMentol

Pastikan bahagian yang bersentuhdengan bateri bebas karat

Pemulas Skru(Set berbagaiSaiz)

Simpan dalam set yang lengkap

PenebukGabus

Masukkan saiz paling kecil di dalam dantempatkan rod penolakan ke dalam lubang

PenyumbatGetah

Simpan mengikut saiz dan jauhkan daribahan kimia

Piring Petri Bersihkan dan simpan secara telangkupPita Pengukur Masukkan seluruh pita dan kunci pemutarPlayar Sapu sedikit lapisan minyak sebelum

disimpanPrisma Asingkan setiap satu dengan pembalut

lembut atau tempatkan pada lubang-lubang khas yang dibuat pada stairofomuntuk mengelakkan tercalar

Salur Getah Simpan dalam gulungan dan jauhkan daritempat panas

SelinderPenyukat

Bersihkan dan simpan secara tegak

Spring Sapukan sedikit lapisan minyak danasingkan setiap satu

Stanum(Kepingan)

Simpan di tempat kering

Stetoskop Simpan dalam bekasnya dan tidak dilipat-lipat

Tabung Didih Simpan dalam bekas secara direbahkanTabung Uji Simpan dalam bekas secara direbahkan

Page 23: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/BAHAN

PENYENGGARAAN CATATAN

Takal Semburkan dengan sedikit minyak untukmengelakkan karat. Simpan dalam setyang lengkap

Set terdiri daripadabeberapa takal untukmembina beberapakonfigurasi berbeza

Termometer Simpan dalam bekas khas atau ditempatkan dalam blok stairofom

Troli Bahagian bering bebola perlu sentiasadilincirkan untuk mudah berputar

Tungku KakiTiga

Simpan di tempat kering

Renungan:

“Like a floating iceberg whose bulk islargely hidden in the sea, only thesmallest part of the physical worldimpresses itself upon us directly. Tohelp grasp the whole picture is thesupreme function of the theory.”

Gerald S. Holton, 1953.

Page 24: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KESELAMATANAspek keselamatan sememangnya diberi penekanan utama semasa aktiviti inkuiripenemuan dalam Sains. Guru hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati ketikamengendalikan kerja amali untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan ataukecederaan. Peraturan semasa kerja amali, langkah keselamatan dan panduanpertolongan cemas adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Peraturan Bilik SainsPeraturan-peraturan yang disenaraikan di bawah adalah cadangan yangperlu diamalkan oleh semua pihak bila berada dalam Bilik Sains.

• murid hanya dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains dan bilikpersediaan dengan kebenaran guru

• hanya buku dan peralatan untuk pelajaran Sains sahaja dibenarkandibawa masuk ke Bilik Sains semasa pengajaran dan pembelajaranSains

• langkah-langkah keselamatan mestilah dipatuhi semasa beradadalam Bilik Sains atau bilik persediaan

• amali boleh dijalankan hanya dengan pengetahuan guru• sebarang aktiviti di Bilik Sains hendaklah di bawah pengawasan guru• kebersihan Bilik Sains dan bilik persediaan perlu dijaga setiap masa• alatan dan bahan kimia hanya boleh digunakan dengan pengetahuan

guru• penunu mudah alih hendaklah dinyalakan dengan pemetik api khas• penggunaan bahan kimia mestilah mengikut kaedah yang betul• semua radas hendaklah dibersihkan selepas digunakan• semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan ke tempat

asalnya setelah digunakan• alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari Bilik Sains dan

bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru• alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari Bilik Sains dan

bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru• alatan yang rosak atau pecah perlulah dilaporkan segera kepada guru

atau staf Bilik Sains• sampah dan sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas

yang disediakan• penggunaan bahan dan alat Peti Pertolongan Cemas hendaklah

dengan kebenaran dan pengawasan guru• spesimen biologi yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula

ke habitatnya.• semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada Ketua

Panitia Sains dan Guru Besar serta dicatatkan dalam Buku RekodKemalangan (format seperti Borang 5)

Page 25: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Buku Laporan KemalanganBil. Nama Tarikh Masa Laporan

KemalanganKecederaan

TindakanCatatan

Nama Guru:

Tandatangan:

Tarikh:

Borang 5 : Contoh Buku Laporan Kemalangan

Page 26: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Langkah-Langkah Keselamatan

Keselamatan Bilik Sains

• memastikan keadaaan Bilik Sains selamat digunakan• mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada

murid

Pelan Laluan Kecemasan

• menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas danmudah difahami

• mempamerkan pelan laluan kecemasan di Bilik Sains• mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti

pelan laluan kecemasan

Alat Pemadan Api/Pondok Pemadam Api

• memastikan alat pemadam api tersebut ada di tempat-tempat tertentu

• memastikan alat tersebut dalam keadaaan baik danselamat digunakan

• mengadakan latihan untuk memahirkan penggunaan alatpemadam api (selimut penahan api, baldi perisi pasir)

• Jika ada kebakaran:− hebahkan kebakaran kepada umum− arahkan murid ke tempat lapang dan selamat

mengikut pelan laluan kecemasan− usahakan memadam kebakaran dengan alat

pemadam api dalam masa yang sama dapatkanperkhidmatan Bomba

Pertolongan Cemas

Semasa menghadapi kecemasan

• setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengansegera

• guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaaan• memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu• melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu

Page 27: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Jenis kecederaan atau kemalangan• luka• lemas• pengsan• melecur• kejutan elektrik• mata dimasuk bendasing• gigitan binatang dan serangga berbisa

Rawatan

Luka• kenalpasti sama ada luka itu ringan atau parah• memberi rawatan awal seperti mencuci, menyapukan ubat dan

membalutkan luka• jika luka itu parah, berikan rawatan untuk mencegah kehilangan

darah dengan menggunakan teknik tornike dan membawapesakit ke hospital dengan segera.

Melecur dan melepuh

• kenalpasti punca kecederaanþ melecur - air panas, minyak panasþ melepuh - logam panas dan api

• tutup bahagian yang cedera dengan kain yang lembut untukmelindungi dari tiupan angin

• bawa pesakit ke hospital

Kejutan elektrik• jangan sekali-kali menyentuh pesakit• tutup suis utama atau punca kuasa bekalan elektrik, jika gagal,

pisahkan pesakit dari punca kejutan dengan menggunakanobjek penebat seperti kayu kering.

• rehatkan pesakit di tempat yang selesa dan berudara bersih,kemudian longgarkan pakaiannya. Beri rawatan pernafasansekiranya perlu

• bawa pesakit ke hospital

Page 28: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Mata dimasuki benda asing• tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda

asing.• arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di

dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing• sekiranya gagal, bawa murid ke hospital

Gigitan dan sengatan haiwan berbisa

• kenalpasti tempat gigitan atau sengatan• keluarkan sengat serangga jika ada• sapukan dengan minyak mencegah bisa• tahan darah supaya bisa gigitan atau sengatan tidak merebak

ke jantung• bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera jika kesakitan itu

serius

Renungan:

“Seseorang guru itu menerusi pemikiran,menjadi seseorang yang lebih terdidik;orientasinya bertukar dan kelakuannya(mengajar) menggambarkan dirinya.”

Reid, L.A., 1962

Page 29: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KECERIAAN BILIK

Bilik Sains hendaklah disusunatur, dilengkapi dan dihiasi dengan menarik bagimewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keberkesanan P & P serta mendorongminat murid kepada mata pelajaran Sains.

Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi dalam Bilik Sains:

• Papan Kenyataan• Keratan akhbar, berita mengenai sains dan hasil kerja murid dipamerkan di papan

kenyataan.• Peralatan audio-visual seperti televisyen, perakam vieo, OHP, projektor slaid dan

set komputer• Bahan bantu mengajar seperti model, carta, gambar dan poster

Renungan:

“Good Science will always be intelligibleto the logically trained mind, if that mindcan read and translate the language in whichscience is written”.

Karl Pearson, 1892.

Page 30: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Pengurusan Bilik Sains

Tandakan ( /) dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan palingtepat.

1. Apakah yang dikatakan Bilik Sains?

ð Tempat untuk pembelajaran dan pengajaran Sains SekolahRendah

ð Tempat untuk menjalankan eksperimen

ð Tempat untuk penyimpanan peralatan dan bahan sains

2. Mana satukah cara untuk memperolehi peralatan sains?

ð Dibeli oleh bekalan pusat

ð Diarahkan oleh bekalan pusat

ð Melalui bekalan pusat

3. Pengurusan buku stok boleh dilakukan dengan berpandukankepada

ð Panduan Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Stor)

ð Panduan Kewangan (Tatacara Pengurusan Stor)

ð Panduan Pekeliling Kementerian Pendidikan (TatacaraPengurusan Stor)

Page 31: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

4. Mengapakah penyenggaraan dan penyimpanan peralatan Sainsperlu dilakukan?

ð Peralatan mudah diperolehi

ð Peralatan kelihatan kemas

ð Mencegah peralatan daripada rosak

5. Bagaimanakah cara yang betul untuk menyenggara Binokular?

ð Diletakkan di tempat yang bercahaya

ð Dikendalikan dengan cermat

ð Sentiasa disimpan bersama gel silika setelah selesai digunakan

6. Satu daripada berikut merupakan peraturan Bilik Sains

ð Langkah-langkah keselamatan harus dipatuhi

ð Amali boleh dijalankan dengan pengetahuan guru

ð Murid tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam bilikSains

7. Senaraikan contoh-contoh alat pemadam api yang bolehdigunakan dalam Bilik Sains.

a) _______________________ b) _______________________ c) _______________________

Page 32: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

8. Antara berikut yang manakah bukan cara bagi mendapatkansuasana keceriaan dalam Bilik Sains?

ð Tidak memasang peralatan kecemasan

ð Menyediakan sudut pameran hasil kerja murid

ð Mempamerkan Bahan Bantu Mengajar

Renungan:

“I confess that I do not see muchdanger to learning in giving theprime emphasis to method. Byemphasis upon method, I meanupon critical method, upon criteriaof evidence, norms of validity,rules of consistency, on “how weactually think” and “how we oughtto think” in whatever field of studywe want students to be informedabout”.

Sidney Hook, 1959.

Page 33: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN

TAMAN SUMBERSAINS

Page 34: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS

Pemahaman mengenai Taman Sumber Sains dan bagaimana ianya bolehdimanfaatkan dalam membantu meningkatkan P&P Sains Sekolah Rendah adalahmerupakan kriteria utama mengapa pengurusan Taman Sumber Sains dimasukkansebagai kandungan dalam modul ini.

Konsep Taman Sumber Sains

Taman Sumber Sains adalah tempat atau beberapa tempat dikawasan sekolah di mana murid-murid membuat eksperimen,kajiselidik dan aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan P&PSains. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Matematikdan Bahasa boleh juga menggunakannya sebagai sumber P&P.

Ciri Taman Sumber Sains

Taman Sumber Sains boleh mempunyai beberapa entiti yangmencorakkan kegunaannya sebagai sumber untuk P&P SainsSekolah Rendah. Bagaimanapun, Taman Sumber Sains tidaksemestinya harus mempunyai entiti tersebut. Antara entitinya:

• satu habitat tumbuhan dan haiwan• kolam habitat air• haiwan darat dan air• tumbuhan pelbagai jenis spesies• tempat kaji selidik• tapak semaian• spesimen awet kering dan basah• taman batu• jenis bantuan dan tanah tanih• taman terbiar• taman hidroponik• taman pepasu• kebun sayur• stesen kaji cuaca• sangkar• maklumat saintifik hidupan dan habitat• pelan lokasi tanaman• bekas-bekas untuk habitat seperti kayu buruk

Page 35: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Renungan:

Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains

Pembinaan Taman Sumber Sains memerlukan suatu perancangan yang rapi. Iniadalah bagi mempastikan Taman Sumber Sains dapat dipergunakan dengan berkesansebagaimana yang diharapkan. Perancangan ini meliputi aspek berikut:

Memilih Tapak Pembinaan

• tempat terbiar atau terbuang (jika terpaksa bolehlahmenggunakan sebarang kawasan yang ada)

• selamat kepada pengguna

• mudah dilawati

• terdapat bekalan air dan elektrik (jika boleh)

• kawasan yang memperolehi cahaya matahari

Rekabentuk Taman Sumber Sains

Rekabentuk Taman Sumber Sains hendaklah mengikut kesesuaian kawasan,komponen dan kemudahan yang diperuntukkan untuknya. Ini perlu bagi mempastikanTaman Sumber Sains, disamping kelihatan cantik, juga berfungsi sebagaimana yangdiharapkan.

Susun Letak (pelan landskap)

Renungan:

“Nature, with all her regularitiesand irregularities, might have beenjust as real even if there were nomen to observe and to study her.But there could have been noscience without human beings orbeings like them. It is the spirit ofman brooding over the stream ofnatural events that has given birthto science”.

A. Wolf, 1925

Page 36: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bagi mempastikan pelaksanaan Taman Sumber Sains dijalankan dengan berkesanmaka susun letak (pelan) hendaklah sesuai dengan persekitaran. Kreativiti gurudiperlukan bagi mendapatkan satu susun letak yang sedia ada serta mempunyai ciriTaman Sumber Sains.

SUSUN LETAK

Page 37: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Susun Bina Komponen

Bagi pembinaan Taman Sumber Sains yang berkesan, unsur-unsurnya hendaklahdisusun bina mengikut keperluan hidupan itu.

Kolam habitat airKolam habitat air adalah satu tempat yang menampunghidupan habitat air.Ianya boleh dibina dengan mengambilkiraadanya teduhan, suhu dan keasidan air yang sesuai dankedalaman serta keluasan kolam. Di samping mendapatbekalan air bersih, ianya juga perlu ada sarang ikan (sepertitunggul dan kayu buruk) dan tumbuhan air.

HABITAT AIR

Page 38: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Tapak Semaian

Tapak semaian hendaklah mempunyai saliran yang baik, berdekatan dengankolam atau sumber air. Selain daripada itu tapak semaian perlu mempunyaicahaya dan tempat teduhan atau pondok.

Tempat Penyelidikan

Satu kawasan khas bagi penyelidikan yang berbentuk eksperimen adalah perluuntuk Taman Sumber Sains. Tapak semaian boleh juga dijadikan tempatpenyelidikan dengan sedikit pengubahsuaian.

Renungan:

“The study of nature that is part of a man’sintellectual life is a delight to all scientists. Intheir hands, science is not just a business ofcollecting facts or stating laws or directingexperiments. It is above all an art of sensingthe best choice of view or the most fruitful lineof investigation for a growing understanding ofnature”.

Eric M. Rogers Physics for the Inquiring Mind(1960)

Page 39: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Pepasu

Taman Pepasu merupakan satu kawasan di mana semua tanaman berpasuditempatkan. Bagi menyediakan Taman Pepasu langkah berikut boleh diikuti:

• kenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam didalam pasu

• kenalpasti kawasan untuk meletak ataumenggantungkan pasu

• kenalpasti keperluan-keperluan tumbuhan berpasu.

TAMAN PEPASU

Page 40: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Kebun Sayur

Bagi menyediakan Kebun Sayur, langkah berikut boleh diikuti:

• kenalpasti tapak• tentukan jenis tanaman sayur yang hendak ditanam

(seperti jenis berdaun, berbuah dan berubi)• pembajaan dilakukan mengikut jenis tanaman• melakukan penanaman secara kitiaran bagi

mengekalkan kesuburan tanah

Renungan:

“Science is the attempt to make the chaoticdiversity of our sense experinece correspond toa logically uniform system of thought”.

Albert Eistein, 1940.

Page 41: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Hidroponik

Taman Hidroponik adalah unit tanaman hidroponik berbentuk set hidroponikkitar air atau set hidroponik tidak kitar air ditempatkan. Tanaman yangbiasanya ditanam ialah jenis sayur-sayuran. Penanaman boleh dibuat secarakitaran tanaman atau penjadualan penanaman bagi membolehkan penanamandibuat secara berterusan.

SET HIDROPONIK KITAR AIR

Page 42: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Haiwan

Taman Haiwan merupakan kawasan di mana pelbagai spesies haiwan dalamhabitatnya ditempatkan. Taman tersebut boleh menempatkan pelbagai spesieshaiwan yang dibenarkan oleh Jabatan Perhilitan tetapi bilangan setiap spesiesitu tidak perlu banyak.

Taman Haiwan tidak semestinya berbentuk kurungan. Bagaimanapunadalah dicadangkan Taman Haiwan ini dibuat berdasarkan konsep TamanHaiwan Terbuka di mana haiwan-haiwan luar akan tertarik untuk datangmelawatinya.

TAMAN HAIWAN

Page 43: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Sudut Koleksi

Sudut Koleksi merupakan satu kawasan yang mengandungi sudut pameran,sampel bahan (batuan, tanah tanih, spesimen awet basah dan spesimen awetkering) dan maklumat ringkas mengenai sampel tersebut.

SUDUT KOLEKSI

Page 44: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Terbiar

Taman terbiar merupakan kawasan terbiar yang ditumbuhi oleh pokok dantumbuhan tanpa diurus oleh manusia dari segi pembajaan dan kawalan habitat.Walau bagaimanapun ianya masih perlu diurus tetapi tidak sehinggamengganggu atau menjejas ekologinya.

TAMAN TERBIAR

Page 45: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman BatuanTaman Batuan adalah suatu taman binaan yang menunjukkan satu habitatbatuan yang menjadi tempat hidupan haiwan dan tumbuhan.

Taman Batuan

Renungan:

“Science is not a cut-and-dried proposition.It is not technology alone. Nor it is merely a set

of equations by and for a small group ofeggheads. It is dynamic interplay betweenman and his surroundings embodying his

attempts to understand, predict, and controlnature. Science arose out of our efforts to

survive, our natural curiosity, and our searchfor order in a seemingly caprious, hostile

world.”

James S. Perlman - The Atomand the Universe, 1970.

Page 46: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Sudut Kaji Cuaca

Sudut Kaji Cuaca adalah di mana set alat kajicuaca ditempatkan. Set ini terdiridaripada termometer, silinder penyukat hujan, kon tadahan dan kelalangmengumpul hujan. Maklumat dan keputusan yang diperolehi seperti pH air hujan,sukatan banyaknya hujan dan arah angin perlu dipaparkan untuk rujukan umum.

Lokasi yang sesuai untuk menempatkan sudut kajicuaca ialah di kawasan yanglapang dalam Taman Sumber Sains dan boleh mengumpul air hujan yang turundi kawasan yang berkenaan.

SUDUT KAJI CUACA PERLU DITEMPATKAN DI KAWASAN LAPANG SUPAYA TADAHAN AIR HUJAN

DAPAT DILAKUKAN.

Page 47: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Maklumat Saintifik

Habitat dan landskap Taman Sumber Sains perlu dilengkapkan denganmaklumat saintifik untuk rujukan atau bahan kajian oleh pengguna. Maklumattentang tumbuhan dan haiwan termasuk yang telah diawetkan ialah namahidupan tersebut, spesies serta serba sedikit mengenai latarbelakangnya dandipamerkan di tempat yang berkaitan. Kreativiti guru diperlukan dalammenyediakan maklumat ini. Sebagai contoh maklumat ini boleh dibuat dalambentuk label, buku skrap dan kad katalog.

BENTUK-BENTUK MAKLUMAT

Page 48: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penggunaan Taman Sumber Sains

Taman Sumber Sains digunakan sebagai tempat membuat eksperimen, kajiandan rujukan bagi mata pelajaran Sains. Taman Sumber Sains boleh jugadigunakan dalam membantu P&P mata pelajaran lain.

Aktiviti Kurikulum

Pengajaran dan Pembelajaran Mata PelajaranSains Sekolah Rendah

Guru dan murid boleh menggunakan Taman Sumber Sains dalammembantu P&P mata pelajaran berkenaan. Antara strategi yang bolehdigunakan ialah eksperimen, kajian lapangan, simulasi, dan kerja projek.

Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Lain

Mata pelajaran yang boleh menggunakan Taman Sumber Sains ialahKajian Tempatan, Matematik, Bahasa, Pendidikan Islam, PendidikanMoral dan Pendidikan Seni. Antara strategi yang boleh dijalankan adalahkerja projek, simulasi dan rujukan.

Aktiviti Kokurikulum

Taman Sumber Sains boleh juga digunakan untuk aktiviti kokurikulum.Antara aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan adalah seperti kuiz danpertandingan buku skrap. Pertandingan ini boleh dijalankan antara muridataupun antara kumpulan-kumpulan murid.

Page 49: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penyenggaraan Taman Sumber Sains

Keberkesanan Taman Sumber Sains bergantung kepada sejauh mana ianya dapatmenarik minat murid dan guru dalam menggunakan sumber yang terdapat di dalamnya.Untuk ini penyenggaraan yang teratur dan sistematik adalah perlu bagi mendapatkansuasana yang kondusif semasa proses P&P.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:

Sumber Kewangan

Sumber kewangan boleh didapati daripada pihak sekolah tetapi jumlah inimungkin tidak memadai. Oleh itu perlulah diusahakan sumber kewangan yanglain seperti sumbangan PIBG, hasil jualan aktiviti Taman Sumber Sains dantajaan daripada pihak luar.

Renungan:

“The goal of science is order. Science isconstructed from facts as a house isconstructed from stones, but an

accumulationof facts is no more a science than a pile ofstones is a house”.

Henry Poincare

Page 50: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Ahli Jawatankuasa Taman Sumber Sains

Ahli Jawatankuasa Taman Sumber Sains boleh terdiri daripada guru dan juga murid.Berikut dicadangkan struktur Jawatankuasa Taman Sumber Sains.

Sokongan guru besar, penolong kanan dan staf akan dapat memberikandorongan dalam menjayakan projek-projek yang dijalankan olehJawatankuasa Taman Sumber Sains. Sokongan ini boleh dibuat dalambentuk khidmat nasihat, tenaga dan masa kepada usaha aktiviti TamanSumber Sains.

PENASIHAT(GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT(PENOLONG KANAN/GURU KANAN)

PENGERUSI(KETUA PANITIA SAINS)

SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA(TERDIRI DARIPADA GURU, PIBG

DAN STAF SOKONGAN)

Page 51: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Pengurusan Taman Sumber Sains

Berikan penjelasan anda bagi menjawab soalan berikut:

1. Taman Sumber Sains boleh ditakrifkan sebagai

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

2. Berikan lima contoh entiti atau ciri Taman Sumber Sains

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________

Page 52: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

3. Huraikan bagaimanakah anda memilih tapak pembinaan untuk TamanSumber Sains?

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

4. Antara berikut, yang manakah TIDAK diperlukan bagi mempastikan bahawapelaksanaan Taman Sumber Sains boleh dijalankan dengan berkesan?

ð Susun bina landskap adalah bersesuaian dengan persekitaran

ð Kreativiti guru

ð Susun bina landskap meliputi ciri Taman Sumber Sains

5. Kolam habitat air adalah merupakan

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

6.. Senaraikan 5 komponen susun bina Taman Sumber Sains.

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________

Page 53: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

7. Maklumat saintifik Taman Sumber Sains diperlukan untuk

ð melengkapkan maklumat mengenai Taman Sumber Sains

ð rujukan dan bahan kajian oleh pengguna Taman Sumber Sains

ð dipamerkan di tempat yang berkaitan dalam Taman Sumber Sains

8. Taman Hidroponik adalah

ð di mana unit tanaman hidroponik ditempatkan

ð set hidroponik kitar air ditempatkan

ð set hidroponik tidak kitar air ditempatkan

9. Antara penggunaan Taman Sumber Sains untuk aktiviti kurikulum ialah:

ð kuiz mengenai Taman Sumber Sains

ð membantu pengajaran dan pembelajaran Sains

ð pertandingan buku skrap antara murid mengenai Taman Sumber Sains.

10. Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Taman Sumber Sains ialah:

ð Guru Besar ð Guru Sains

ð Ketua Panitia Sains

Page 54: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAN BANTU MENGAJAR

Selain daripada peralatan sains yang dibekalkan, guru digalak menggunakan bahanbantu mengajar (BBM) yang dibeli, dibuat sendiri atau daripada pengubahsuaian BBMmata pelajaran lain dalam membantu menjayakan P&P. Antara contoh BBM ini ialahcarta, model, alat audio-visual dan komputer.

CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR

Page 55: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Guru hendaklah mempastikan BBM yang dipilih dapat memudah dan membantu prosesP&P.

Pemerolehan Bahan

BBM yang hendak dibeli atau dibuat perlulah dinilai dari segi kos dankesesuaiannya. BBM tertentu boleh dibuat melalui:

• usahasama Panitia Sains• aktiviti kelab atau persatuan Sains• hasil kerja projek pelajar• kerjasama sekolah kelompok

Pembelian dan Anggaran

Pembelian BBM atau bahannya yang diperlukan untuk menyediakan BBM bolehdibuat menggunakan Bantuan Per Kapita (PCG) mata pelajaran Sains danMatematik mengikut proses yang sama seperti pembelian peralatan sains.

Penyenggaraan Bahan Bantu Mengajar

Penyenggaraan BBM bergantung kepada jenis BBM yang digunakan. Carapenyenggaraan ini adalah sama dengan kaedah atau bentuk penyenggaraanseperti yang dicadangkan dalam cadangan Pengurusan Dan PenyenggaraanPeralatan Sains.

Renungan:

“A new idea is first attacked asabsurd;

then is it admitted to be true, butobvious;

finally it is seen to be so important thatis

adversaries claim that theythemselves

discovered it”.

William James: Fragmatism- a new name for some oldways of thinking.

Page 56: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI

Bahan Bantu Mengajar

Sila jawab soalan berikut:

1. Senarai 5 contoh bahan bantu mengajar yang boleh anda gunakan dalammembantu keberkesanan pengajaran dan pembelanjaran Sains Sekolah Rendah

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________

2. Huraikan bagaimanakah caranya anda dapat mempastikan bahawa BahanBantu Mengajar yang anda gunakan dapat memudahkan dan membantu prosespengajaran dan pembelajaran Sains.

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

d. ____________________________________________________

e. ____________________________________________________

Page 57: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

3. Bagaimanakah caranya anda membuat penilaian berhubung Bahan BantuMengajar?.

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

4. Pembelian Bahan Bantu mengajar boleh dibuat dengan menggunakan

ð Bantuan Per Kapita (PCG) Bahagian Kewangan

ð Bantuan Per Kapita (PCG) Kementerian Pendidikan

ð Bantuan Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran Sains dan Matematik

5. Penyenggaraan Bahan Bantu Mengajar adalah bergantung kepada

ð jenis bahan bantu mengajar yang digunakan

ð pengetahuan guru

ð kemudahan yang ada

Page 58: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penasihat Penggubalan PuLSaR

Dr. Hanafi bin Mohamed KamalPengarah Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Tn. Hj. Yusof bin Ngah (dari 16 FEBRUARI 1994)Tn. Hj. Sa’ari Hasan (sehingga 15 FEBRUARI 1994)Timbalan Pengarah 1Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Datin Hjh. Aidah Abdul GhaniTimbalan Pengarah IIPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Perancang Projek PuLSaR

Hj. Shamsuddin AhmadKetua Penolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Ahmad Hozi H.A. RahmanPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Azian T. S. AbdullahPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Rosli bin SuleimanPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Abd. Wahab b. IbrahimPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Rohaida bt. Mohd SaatPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Ng Soo BoonPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Page 59: MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Panel PenggubalPukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)

Ahmad Hozi H. A. Rahman Hj. Sulaiman b. Hj. HabibPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Azian b. T.S. Abdullah Yahaya b. MoktaramPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Johor

Rosli b. Suleiman Zakaria b. AwangPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Terengganu

Abd. Wahad b. Ibrahim Hj. Abd. Ghani b. MatPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Kelantan

Ng Soo Boon Amin b. SeninPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohaida bt. Mohd Saat Kushan KeridauPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohana bt. Mahmood Johara bt. ZenPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sarawak

Abdul Zubir b. Abdul Ghani Kamarudin YunusPusat Perkembangan Kurikulum Pusat Sumber Pendidikan Negeri,

Kelantan

Hjh. Aminah b. Abdul Rahim Nasrudin b. TalibJemaah Nazir Sekolah , W. Persekutuan Pusat Pendidikan Negeri, Kelantan

Noor Shah b. Hj. Saad Mohd Safian Hj. YunosBahagian Pendidikan Guru SRK Tengku Makmood Iskandar (2)

Pontian

Tan Ying Kee Narajan a/l M. KandasamyBahagian Pendidikan Guru SRK King Edward VII (1), Taiping

Lee Bao Ling Hj. Ismail b. OthmanBahagian Sekolah Institut Perguruan Darulaman, Kedah

Abdul Ghani b. Abdullah Dr. Aminah bt. AyobBahagian Sekolah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Abdul Aziz b. Abdullah Dr. Siow Heng LokeJabatan Pendidikan Perlis Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Chai Hock Beng Seth b. SulaimanJabatan Pendidikan Kedah Fakulti Pendidikan, UTM

Khalid b. Ahmad Said bin ManapJabatan Pendidikan Pulau Pinang SEAMEO-RECSAM, P. Pinang

Zahidi b. YusufJabatan Pendidikan Perak