Definisi Pengurusan Bilik Darja2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fs

Citation preview

  • 5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2

    1/4

    Definisi Pengurusan Bilik Darjah

    Pengurusan bilik darjah memainkan peranan penting bagi seseorang guru

    untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana

    pencapaian murid dalam pelajaran dan penerapan nilai berkait rapat dengan

    pengurusan dan kawalan disiplin bilik darjah. Mengikut Kamus Dewan Edisi

    keempat (2010), pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu. Hal

    ini membawa pengertian yang lebih luas ke arah mengendalikan sesuatu agar lebih

    teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik

    boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk

    mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan

    bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran di dalam kelas.

    Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses

    mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai

    objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang,

    mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal

    (http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-

    darjah.html).

    Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013:3) berpendapat bahawa

    pengurusan bilik darjah merupakan satu terminologi yang digunakan oleh guru untuk

    menjelaskan tentang proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat

    berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada

    tingkah laku murid. konsep ini membawa makna tersirat mengenai pencegahan

    tingkah laku murid yang tidak diingini. Pengurusan bilik darjah merupakan aspek

    yang paling sukar yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pengalaman pahit

    dalam pengurusan bilik darjah menyebabkan sebanyak 36% guru di Amerika

    Syarikat menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka

    tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah (laporan Pertubuhan

    Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).

    Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual

    waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan

    dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran

    http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.htmlhttp://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.html
  • 5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2

    2/4

    dalam bilik darjah. Oleh itu, sebagai seorang guru, kena tahu cara menyusun tempat

    duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam

    kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan

    pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

    Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan,

    perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah

    mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Hal

    ini amat bersesuaian dengan pandangan Marland (1975),suasana fizikal di dalam

    bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut

    Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan

    mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid

    dan menyumbang kepada prestasi akademik murid.

    Oleh yang demikian, pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan

    dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan

    bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh

    guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan.

    Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana,

    dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut Lemlech (1988),

    pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah

    yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber

    pengajaran. Ia juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik

    darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta

    tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan

    timbul.

    Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi

    tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka

    berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses

    yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk

    memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan

    pembelajaran (http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-

    keempat.html)

    http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.htmlhttp://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.html
  • 5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2

    3/4

    Pengurusan bilik darjah yang efektif perlulah didasari dengan beberapa

    elemen penting. Terdapat 5 elemen pengurusan bilik darjah iaitu merancang,

    mengelola, mengawal, membuat refleksi dan menjalin hubungan antara guru dan

    murid. Melalui perancangan, guru akan merujuk sukatan pelajaran bagi menentukan

    objektif dan hasil pembelajaran. Maka, guru dapat menentukan pendekatan, strategi

    dan kaedah mengajar yang paling sesuai berdasarkan perbezaan gaya

    pembelajaran murid. Selain itu, guru akan membentuk aktiviti yang sesuai dengan

    pencapaian murid. Dalam mengelola, guru perlu memastikan kelancaran proses

    pembelajaran. Justeru, guru perlu memberi arahan yang jelas kepada murid.

    Sebagai contoh, arahan yang jelas penting semasa guru memaklumkan peraturan,

    prosedur dan mengatur aktiviti.

    Elemen seterusnya ialah mengawal, iaitu bermaksud guru perlu memantau,

    memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan

    diri dalam pembelajaran. Lebih penting lagi, dalam mengawal, guru perlu

    memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian yang cukup.

    Sebaliknya, murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti

    pengayaan. Bagi elemen membuat refleksi, seorang guru yang berkaliber akan

    menganalisis dan menilai keberkesanan pendekatan, strategi, kaedah mengajar danbahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

    Sekiranya keberkesanan kurang sesuai atau kurang mantap, guru mestilah bersedia

    membuat perubahan dan mencuba alternagtif lain. Elemen yang terakhir, hubungan

    antara guru dengan murid yang baik ialah apabila guru mengamalkan demokrasi di

    dalam bilik darjahnya. Kepentingannya ialah murid berpeluang membuat keputusan

    dalam pelbagai situasi. Hal ini menjadikan murid lebih rasa dihargai dan diberi

    perhatian yang cukup serta mereka turut merasakan perasaan selamat, hormat,

    yakin dan sayang kepada guru.

    Corak pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah dengan menganggap bilik

    darjah merupakan persekitaran yang unik, gabungan elemen fizikal, emosi dan

    sosial, bilik darjah hendaklah bersifat multidimensi iaitu murid dapat menjalankan

    proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga kena sedar bahawa murid

    mempunyai perbezaan dari segi matlamat , kebolehan, dan personaliti. Ruang bilik

    darjah hendaklah ruang yang bersifat terbuka dimana ramai yang boleh menilai

    aktiviti di dalamnya. Faktor-faktor membentuk persekitaran dan pengurusan bilik

  • 5/20/2018 Definisi Pengurusan Bilik Darja2

    4/4

    darjah yang berkesan ialah menggunakan strategi berpusatkan murid (penglibatan

    murid), susunan kelas yang boleh membuka peluang murid, penggunaan ICT

    sebagai salah satu alat bantu mengajar, perancangan yang mantap dengan

    menyediakan pelan bilik darjah serta peka dengan emosi dan personaliti murid

    dengan bersikap bijak mengawal emosi.

    Matlamat utama pengurusan bilik darjah mengekalkan persekitaran yang

    positif, kondusif dan produktif. Kemudian, untuk mewujudkan suasana pembelajaran

    yang kondusif, merancang masa dengan afektif, pembelajaran berlaku dengan

    lancar di mana murid memproses maklumat melalui ingatan, praktik dan

    aplikasi serta untuk memastikan pengurusan bilik darah berjalan dengan baik.