View
222
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
pbs
Citation preview
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
Laporan Fokus Aktiviti
Fokus Aktiviti Pertama:
Unsur Pemerhatian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Semasa menjalankan aktiviti ini pada hari pertama PBS didapati bahawa proses
pembelajaran dan pengajaran dijalankan berdasarkan pembahagian murid-murid
kepada kumpulan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut tahap pencapaian
akademik atau prestasi murid di dalam bilik darjah masing-masing.
Sebelum pembahagian kumpulan, guru akan memberi penerangan tentang tajuk
yang hendak diajar. Mereka akan menggunakan pelbagai cara seperti menunjukkan
benda sebenar, alat-alat konkrit, kad perkataan, gambar dan sebagainya. Penggunaan
bahan ABM amat membantu para pelajar untuk memahami konteks pembelajaran
dengan mudah.
Selepas penerangan diberi, murid-murid mula bergerak dalam kumpulan yang
telah dibahagi mengikut tahap akademik yang dicapai. Saya dapat melihat bahawa guru
ingin memberi tumpuan yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lebih lemah.
Guru akan memberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebelum mereka
duduk secara berkumpulan.
Melalui aktiviti seperti ini, nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi serta
saling bantu-membantu boleh dipupuk. Selepas itu, hasil kerja murid-murid akan
dipapar atas papan hitam supaya kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru
jelas terpapar. Hal ini dapat memotivasikan diri mereka untuk membuat persembahan
yang lebih baik pada masa akan datang. Guru juga mengambil kesempatan untuk
membetulkan kesalahan yang dilakukan dan murid-murid juga jelas tentang kesalahan
yang dilakukan.
Akhirnya kelas akan diakhirkan dengan menguji tahap kefahaman mereka.
Sepanjang pengajaran, guru perlu sentiasa mengawal keadaan kelas supaya tidak
mengganggu kelas yang lain ketika aktiviti dijalankan. Kaedah ini amat berkesan dalam
melahirkan golongan murid yang pintar dan cerdik.
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
Fokus Aktiviti Kedua:
Melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah
Aktiviti di dalam bilik darjah
Bilik darjah merupakan lokasi yang diberikan prioriti semasa proses
pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Guru mata pelajaran tertentu akan
menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajar supaya
dapat memangkin pemahaman pelajar. Pelbagai alat membantu mengajar akan
digunakan seperti kad perkataan, CD, gambar, model dan sebagainya bagi membantu
proses pengajaran. Pertandingan antara kumpulan dalam kelas juga dijalankan sekali
sekala supaya murid tidak berasa jemu dengan cara pengajaran yang sama. Kuiz juga
dijalankan bagi sesetengah subjek yang sesuai supaya murid lebih faham dengan ilmu
pengetahuan yang hendak disampai oleh guru. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk
memastikan para murid sentiasa tercabar dan tidak hilang rasa minat terhadap apa
yang dipelajari.
Aktiviti di luar bilik darjah
Pendidikan Jasmani di SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah dilakukan di luar
sekolah dengan pengawasan guru mata pelajaran. Guru yang bertanggungjawab bagi
waktu ini akan membawa murid-murid ke padang sekolah. Sebelum aktiviti bermula,
guru akan memanaskan badan bersama-sama murid supaya tidak mudah tercedera
ketika melakukan aktiviti. Sepanjang kelas ini, guru amat mementingkan keselamatan
setiap murid supaya peratusan untuk kemalangan yang tidak diingini terjadi dapat
dikurangkan ke tahap minimum. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi
dapat diterap kepada murid-murid.
Selain kelas PJ, guru yang mengajar Sains juga sering kala membawa murid
keluar dari kelas untuk menunjukkan contoh yang realiti supaya murid lebih faham.
Dengan itu, murid-murid juga tidak berasa bosan dan tidak hanya menggunakan
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
pembayangan sahaja. Mereka berpeluang melihat serta menyentuh benda-benda yang
benar di sekitar mereka. Lebih-lebih lagi, pada minggu PBS, saya dapat kesempatan
untuk mendapat tahu tentang aktiviti perkhemahan yang dijalankan dengan asisioasi
pendidik.
Pemerhatian
(Aktiviti di dalam dan luar bilik darjah)
Guru memberi penerangan dan membahagikan murid kepada beberapa kumpulansebelum aktiviti PJ dijalankan.
Guru memberi penerangan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil sebelum aktiviti dalam kelas dijalankan.
Perhimpunan Pemeriksaan gigi
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
Fokus Aktiviti Ketiga:
Mengenai persekitaran sekolah
Aspek keceriaan sekolah juga mempengaruhi perkembangan kognitif murid.
Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Perbadanan Kedah ini memberi keutamaan untuk
keceriaan dan memastikan sekitar sekolah kelihatan ceria. Lokasi sekolah ini terletak di
sebuah bandar yang sedang membangun dan berkonsepkan alam sekitar. Boleh
dikatakan bahawa kawasan sekolah ini kaya dengan keindahan alam. Pokok-pokok
yang ditanam sekitar bangunan sekolah menambahkan keceriaan sekolah ini. Pokok-
pokok bunga hiasan ditanam dalam pasu yang terdiri daripada pelbagai saiz dan
bentuk. Murid-murid akan lebih ceria berada dalam persekitaran hijau dan bersih.
Selain itu, sekolah ini juga mempunyai pondok pengawal, kantin, tempat
menunggu, tempat letak kereta, padang yang luas, kuil dewi, perpustakaan, bilik
mesyuarat, pondok membaca, dan tapak perhimpunan. Sekolah ini mempunyai dua
pintu untuk pelajar keluar dan masuk iaitu pintu utama dan pintu belakang. Sepanjang
pembelajaran, pelajar adalah dilarang untuk keluar dari sekolah dan hanya boleh
berada di luar kelas dengan pas kebenaran.
Sekolah ini mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi. Selain itu, disiplin juga amat
dititikberatkan di sekolah ini. Contohnya, pelajar di sekolah ini akan beratur semasa
pergi ke tapak perhimpunan. Selain itu, apabila rehat mereka juga akan beratur. Apabila
bertemu dengan guru-guru di sekolah, mereka juga akan mengucapkan salam kepada
guru-guru. Saya dapat mengatakan bahawa SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah
banyak berusaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai tahap kognitif yang baik.
Program-program yang dianjurkan di sekolah tersebut adalah seimbang dari segi
semua aspek. SJK(T) Ladang Perbadanan sangat terkenal dengan prestasi dan
pencapaian yang baik bukan sahaja dalam kurikulum malah dalam aktiviti kokurikulum.
Kurikulum sekolah ini boleh dikatakan lebih efektif. Guru-guru berinisiatif
mengajar murid-murid kelas mereka dengan dengan pelbagai kaedah mengajar.
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
Mereka menggunakan kaedah-kaedah baru semasa mengajar di dalam kelas. Guru-
guru juga menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, LCD juga digunakan di setengah-tengah kelas. Dengan ini,
murid-murid dapat didedahkan dengan teknologi semasa dan mereka dapat menguasai
kemahiran bagaimana menggunakan alatan-alatan teknologi seperti ini pada masa
hadapan. Semasa guru mengajar, mereka menggunakan bahasa yang betul dan lancar
untuk memudahkan kefahaman murid-murid. Sekiranya murid-murid tidak faham akan
sesuatu topik, mereka kan diterangkan dalam bahasa ibunda.
Perpustakaan
Bilik perpustakaan. Rak buku
Poster Sains Rak letak ABM .
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
Fokus aktiviti keempat:
Meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Bilik SPBT sekolah ini digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen lama
serta himpunana buku teks. Bilik SPBT dibina secara cantuman sekali dengan bilik
guru. Sekolah ini mempunyai satu bilik untuk menyimpan bahan bantu mengajar.
Bahan-bahan yang terkandung adalah seperti bentuk-bentuk geometri, kad, carta,
patung, buku, dan sempoa untuk pembelajaran. Dalam bilik ini, semua bahan disusun
kemas mengikut subjek.
Bahan rujukan yang terdapat dalam perpustakaan juga merupakan salah satu
sumber pembelajaran dan pengajaran. Bahan rujukan tersebut boleh membantu pelajar
mencari maklumat. Jadual masuk ke perpustakaan juga disediakan untuk mengelakkan
pelajar yang ramai. Perbuatan ini akan memudahkan perkhidmatan perpustakaan.
Dalam bilik darjah, juga terdapat sudut pembelajaran seperti sudut Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Seni dan sebagainya. Pelajar dapat belajar
dengan bersungguh-sungguh menggunakan kemudahan ini.
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015
Susunan dalam Bilik Darjah
Kelas 5 USM Susunan kerusi dan meja.
Papan kenyataan dalam kelas. Kedudukan pelajar di kelas
Sudut Kata-kata Hikmat. Sudut Pendidikan Seni.
Sudut Bacaan Jadual Waktu
Recommended