View
267
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK
TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN
ZURIYATI BINTI JAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦
JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK
TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya ZURIYATI BINTI JAMLI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4.**Sila tandakan (√ )
√
Disahkan oleh
_________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
J-5160 JALAN MELATI, PM DR ZAIDATUN BINTI TASIR
TAMAN MAJU, Nama penyelia
77000 JASIN,
MELAKA
Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009
√
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : …………………………………………………..
Nama Penyelia : PROF MADYA DR ZAIDATUN BINTI
TASIR
Tarikh : 23 APRIL 2009
PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK
TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN
ZURIYATI BINTI JAMLI
Tesis ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
23 APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini “Pembangunan Laman Web Geometri Pepejal Matematik
Tingkatan Dua Berasaskan Permainan” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan asal sumbernya.”
Tandatangan : ...............................................................
Nama penulis : ZURIYATI BINTI JAMLI
Tarikh : 23 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dedikasi ini kutujukan istimewa buat :
Ibundaku Kamisah Binti Md Laya
Yang telah mengandung, melahir dan mendidik aku dengan didikan yang sempurna
Tanpamu siapalah aku di muka bumi Allah ini
Mak, Semoga mak dipanjangkan umur di dalam lembayung rahmat Allah
Ayahandaku Jamli Bin Mohamat
Yang berkerja siang dengan hati yang tulus ikhlas
Semata-mata untuk mencari nafkah yang halal untuk menyara aku dan keluarga
tercinta.
Ayah, Semoga ayah dipanjangkan umur di dalam lembayung rahmat Allah
Untuk terus beribadat kepada yang Maha Esa.
Nenekandaku Maimon Binti Muharam
Semoga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah
Kakandaku Mohd Ariffin, Mohd Ridzuan, Zuliana
Adindaku Zuhartini
Kamu semua insan yang tak pernah sekali pun ku lupa
Kamu semua pelengkap keluargaku tercinta
iv
Sahabat-sahabat seperjuangan
Haslina, Nurul Ain Bahyah, Nurul ’Aliya, Nur Fazleena, Norhayati, Siti
Zubaidah
Sahabat-sahabat Sunnah
Bashirah, Siti Fatimah dan Sutinah
Kalian lah membawa aku ke jalan memahami Islam yang sebenar
Semoga perhubungan dan perjuangan kita dirahmati Allah selama-lamanya
Rakan-rakan Sarjana Muda Sains dan Komputer dalam Pendidikan (Matematik) sesi
2005/2006 tidak mampu ku sebut satu-persatu
Kalian semua akan kuingat sampai bila-bila, insya-Allah
Moga perjuangan kita menjadi seorang guru semata-mata untuk mendapat redha
Allah
Pensyarah-pensyarah, dan guru-guru yang mendidikku
Insya-Allah, jasa kalian tak akan ku lupa sampai bila-bila
Hanya Allah SWT sahajalah dapat membalas jasamu kalian.
Mendidik dan membimbing kami tanpa penat dan jemu..
Dan mereka yang mengenali diriku ini...
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah SWT.........
v
PENGHARGAAN
Segala pujian hanya bagi ALLAH SWT, Tuhan penguasa alam. Hanya
padanya tempat ku meminta pertolongan, petunjuk, keampunan dan taubat. Kepada-
Nya juala disandarkan pengharapan dan kecintaan yang paling agung, semoga DIA
menjauhkan kita daripada kejahatan diri dan keburukan amalan. Selawat dan salam
ditujukan buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad, penutup sekalian nabi. Semoga
Allah mengampuni kita dan seluruh generasi terdahulu di kalangan para sahabat,
tabiin, tabi’ tabiin dan seluruh ulama yang berjasa pada Islam.
Bersyukur pada Allah SWT kerana limpah rahmatnya diizinkan saya untuk
menyiapkan projek saya ini. Pada kesempatan yang ada ini saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek saya iaitu Prof.
Madya Dr. Zaidatun Tasir di atas segala bimbingan, bantuan, desakkan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh pembangunan perisian ini. Tiada apa yang
mampuku kubalas, hanya serangkap doa kepadamu Semoga Allah menempat Dr.
Zaidatun di kalangan orang-orang yang solehah, amin.
Tidak pernahku lupa, penghargaan ini juga ku tujukan kepada ibunda dan
ayahandaku yang tercinta Kamisah binti Md Laya dan Jamli bin Mohamat. Tidak
lupa nenekku iaitu Maimun binti Muharam, kekanda dan adindaku serta sahabat-
sahabat perjuangan. Hanya mampuku katakan “Tanpa kalian semua, siapalah aku
sekarang ini”. Moga Allah tempatkan kalian di kalangan yang soleh dan solehah,
amin.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman Web yang
berasaskan permainan dalam tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua. Penghasilan
permainan khas untuk digunakan dalam kelas mengambil masa yang lama serta kos
yang tinggi. Oleh itu, dengan membangunkan laman web berasaskan permainan ini
sedikit sebanyak dapat membantu pengguna mengaplikasikan permainan yang sedia
ada ke dalam kelas tanpa perlu membangunkannya sendiri. Ini sekaligus dapat
menjimatkan masa serta kos pengguna. Laman web ini dibangunkan khas untuk
tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua sahaja. Semua permainan yang disediakan
telah dibangunkan mengikut subtopik yang ada dalam tajuk Geometri Pepejal. Di
antara subtopik yang dibincangkan adalah ciri-ciri, bentangan dan luas permukaan
geometri pepejal. Terdapat enam buah permainan yang berkaitan dengan subtopik
geometri pepejal telah dimuat naik ke dalam laman web ini. Laman web ini telah
dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan perisian Dreamweaver 8, Adobe
Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS2. Laman web ini berpotensi untuk
menarik minat pengguna dalam tajuk Geometri Pepejal sekaligus menaikkan prestasi
mereka dalam Matematik.
vii
ABSTRACT
The purpose of study was to develop a website based on games entitled Solid
Geometry form two. In order to develop a single game for class use, it will require
more time and higher will. Therefore by developing this website based on games, it
will help users who want to implement games into a classroom without need to
develop them personally. This will save users’ time and money. The website was
specially developed for Solid Geometry form two. All of the games have been
developed based on subtopics in Solid Geometry. The subtopics that have been
discussed were properties, nets and surface area of Solid Geometry. There were six
games, which related to the subtopics of Solid Geometry have been uploaded to the
website. This website was fully developed using Dreamweaver 8, Adobe Flash MX
2004 and Adobe Photoshop CS2. This website has a potential to attract users’
interest in Solid Geometry and then will help them to upgrade their performance in
Mathematics.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI JADUAL xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Takrifan Istilah 10
1.7.1 Internet 10
1.7.2 Laman Web 10
1.7.3 Pendekatan Permainan 11
1.7.4 Geometri Pepejal 11
1.8 Penutup 12
ix
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Perkembangan Komputer Dalam P&P 13
2.3 Kepentingan Laman Web Dalam P&P 13
2.4 Kajian Mengenai Keberkesanan Laman
Web Dalam P&P 17
2.5 Pembelajaran Menerusi Permainan 19
2.6 Jenis-jenis Permainan 20
2.7 Pengaplikasian Permainan Dalam Pendidikan 20
2.8 Permainan Menerusi Internet 22
2.9 Teori Pembelajaran 23
2.9.1 Teori Tingkah Laku 23
2.9.2 Teori Kognitif 24
2.9.3 Teori Pembelajaran Masteri 24
2.10 Model Reka Bentuk 25
2.11 Penutup 28
BAB III REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 29
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 30
3.2.1 Fasa Analisis 31
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 33
3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Integrasi 37
3.2.4 Fasa Pengujian 37
3.2.5 Fasa Penyelenggaraan 38
3.3 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan
Laman Web 38
3.4 Penyebaran Laman Web 41
3.5 Penutup 41
x
BAB IV REKA BENTUK LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 43
4.2 Reka Bentuk Laman Web 44
4.2.1 Muka Depan Laman Web 45
4.2.2 Laman Utama Laman Web 47
4.2.3 Permainan mudah 51
4.2.4 Permainan sukar 63
4.2.5 Kemudahan Lain Dalam Laman Web 65
4.3 Komen Terhadap Laman Web 68
4.4 Penutup 69
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 70
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Laman Web 72
5.4 Kelebihan Laman Web 73
5.5 Kelemahan Laman Web 75
5.6 Kesimpulan 76
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.8 Penutup 78
xi
BIBLIOGRAFI 79
xii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk
Muka Surat
2.1 Model Air Terjun (Waterfall) 26
2.2 Model ADDIE 28
3.1 Carta alir laman web tajuk Geometri Pepejal
(Solid Geometry) Matematik tingkatan dua
berasaskan permainan
34
4.1 Muka depan laman web Gametry (bahagian
atas)
46
4.1 Muka depan laman web Gametry (bahagian
bawah)
46
4.3 Halaman The Games (Objektif pembelajaran) 47
4.4 Halaman The Games (Pilihan Jenis
Permainan)
48
4.5 Halaman G-Blogs 50
4.6 Halaman G-Link atau GameLink 51
4.7 Halaman Teacher Invaders 52
4.8 Teacher Invaders (ruangan bermain) 53
4.9 Soalan dan jawapan 53
4.10 Jawapan yang diberikan betul 54
4.11 Jawapan yang diberikan salah 54
4.12 Skor markah dalam Teacher Invaders 55
4.13 Paparan utama Fling The Teacher 56
4.14 Paparan mereka mangsa permainan 57
4.15 Ruangan menjawab soalan 57
4.16 Kotak popup untuk menetapkan jawapan 58
xiii
4.17 Paparan bagi jawapan yang betul 58
4.18 Paparan bagi jawapan yang salah 59
4.19 Paparan mangsa dilontarkan setelah berjaya
menjawab semua soalan
59
4.20 Paparan tahniah kepada pengguna yang
berjaya menjawab semua soalan
60
4.21 Paparan utama permainan Match-up Quiz 61
4.22 Kotak pengenalan permainan Match-up Quiz 61
4.23 Paparan dalam permainan Match-up Quiz 62
4.24 Kotak amaran Time up 63
4.25 Paparan permainan Multiple Choice dari
Hard Games
64
4.26 Paparan jika jawapan yang dipilih salah 64
4.27 Markah daripada semua soalan yang dijawab 66
4.28 Halaman muat turun (download) pertama 66
4.29 Halaman muat turun (download) kedua 67
4.30 Halaman Pembangun (Webmaster) 67
xiv
SENARAI SINGKATAN
ATM Automated Teller Machine
BBM Bahan Bantu Mengajar
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor)
PDA Personal Digital Assistant
PMR Peperiksaan Menengah Rendah
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
WWW World Wide Web
HTML Hypertext Markup Language
xv
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
4.1
Jumlah soalan dalam setiap permainan
(game)
49
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di era serba canggih ini pengetahuan mengenai Teknologi Maklumat amat
penting. Di mana-mana sahaja dapat kita perhatikan orang ramai ada yang
memegang Personal Digital Assistant (PDA), membawa komputer riba ke hulu ke
hilir, menggunakan Automated Teller Machine (ATM) dan banyak lagi. Kedatangan
teknologi yang serba canggih ini diterima baik oleh masyarakat terutama sekali
golongan remaja masa kini. Namun begitu, Matematik tidak pula disambut dengan
baik oleh semua. Walhal, kewujudan Matematik adalah lebih dahulu daripada
teknologi yang dibangga-banggakan oleh semua.
Kebanyakkan masyarakat hanya memandang Matematik dengan sebelah mata
sahaja. Apabila ditanya kepada masyarakat mengenai Matematik, tanpa banyak
berfikir dan mudahnya menjawab:
2
“saya benci Matematik semasa di sekolah”, “Matematik?, yuk”,
“saya tak dapat buat dengan baik dalam Matematik”
Menurut Douglas et al. (2006) tiada siapa pun yang rasa sedih apabila
mengaku yang mereka tidak dapat membuat dengan baik dalam Matematik. Ini
menunjukkan yang masyarakat kini sangat memandang ringan akan Matematik.
Bahkan, ramai yang beranggapan bahawa Matematik itu menyusahkan,
teknologi itu memudahkan. Ada di antara mereka yang sudah ada blog sendiri,
laman web sendiri dan sebagainya. Oleh kerana mereka amat berminat terhadap
teknologi seperti Internet, maka amat sesuailah jika pembelajaran Matematik
disalurkan melalui Internet. Bukan itu sahaja, laman web juga menyediakan peluang
dan persekitaran untuk pelajar menggunakan pembelajaran kendiri. Menurut
Shoenfeld (1985) dan Boaler (1998) melalui pengalaman pengurusan pengetahuan
sendiri mampu membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah-masalah dengan
berkesan. Contohnya, pelajar menimba pengalaman dan ilmu melalui permainan
yang berasaskan penyelesaian Matematik di laman web yang dibina.
Terdapat pelbagai media boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi penggunaan media yang baik dan menarik merupakan
sebahagian daripada keperluan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan adalah berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Oleh itu,
pembelajaran melalui permainan juga merupakan satu langkah yang baik bagi
menarik minat pelajar yang kurang berminat dan lemah dalam Matematik. Ini
kerana, setiap manusia mempunyai cara yang berbeza dalam menerima sesuatu ilmu.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan subjek penting di peringkat menengah rendah
mahupun menengah atas. Matematik merupakan pintu gerbang kepada karier,
membantu dalam membuat keputusan berinformasi dan menolong untuk bersaing
sebagai satu bangsa (Douglas et al. 2006). Namun begitu ramai yang beranggapan
bahawa Matematik itu sukar dan menyusahkan. Kesukaran ini disebabkan oleh
pelajar itu sendiri yang tidak memahami ayat Matematik yang diberikan. Sebaliknya
pula kepada pelajar yang mahir dalam membaca ayat Matematik akan dapat
memahami masalah Matematik yang diberikan dengan baik (Erickson, 1999; Boaler,
1998).
Bukan itu sahaja, ciri-ciri Matematik itu yang saling berkait di mana
pemahaman setiap konsep bersandar dengan pemahaman konsep-konsep lain adalah
punca pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami Matematik (Maznah, 2000).
Ini juga menyebabkan Matematik menjadi subjek yang kurang digemari di kalangan
pelajar.
Menurut Burley (1989) terdapat tiga golongan pelajar di sekolah iaitu pelajar
yang berkebolehan semulajadi dalam Matematik, pelajar yang tidak mahu ada kaitan
dengan Matematik selepas berumur 16 tahun dan pelajar yang berhasrat
menggunakan Matematik dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan banyak lagi.
Golongan yang paling besar antara tiga tersebut merupakan golongan pelajar yang
tidak mahu ada kaitan dengan Matematik selepas berumur 16 tahun. Ini dapat dilihat
bahawa, pelajar yang tidak suka atau tidak minat pada Matematik lebih tinggi
berbanding dengan pelajar yang benar-benar meminati Matematik.
Pelajar yang kurang gemarkan Matematik ini biasanya terdiri daripada
pelajar-pelajar yang lemah dalam Matematik. Pelajar yang lemah ini biasanya tidak
mampu memahami konsep serta tidak dapat menguasai kemahiran Matematik yang
4
diterapkan, menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah Matematik
dengan baik (Maznah, 2000). Mereka ini juga terdiri daripada golongan-golongan
yang sering membuat kesilapan dalam menyelesaikan Matematik.
Menurut Lucia (1998), pelajar biasanya banyak membuat kesilapan dalam
tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry). Ini kerana mereka tidak mampu untuk
menghubungkaitkan hubungan subjek lain dalam masalah geometri pepejal. Ini juga
mungkin disebabkan mereka memang tidak tahu ataupun tidak cuba menggunakan
ilmu yang ada dengan sebaik mungkin. Ini merupakan sebahagian masalah dalam
kesinambungan Matematik bersama geometri pepejal.
Menurut Fu Foo Yang (1990), kaedah pengajaran dan pembelajaran
berasaskan komputer terutamanya penggunaan web berjaya memperkayakan
pengalaman dalam mempelajari sesuatu tajuk yang berunsurkan permainan. Ini
kerana beliau telah membuat kajian terhadap 58 pelajar yang berkebolehan sederhana
dan rendah. Hasil kajian beliau menunjukkan pelajar memberi sikap yang positif
terhadap teknik pembelajaran menerusi web yang berunsurkan permainan.
Oleh itu, pembelajaran berasaskan laman web ini diharap dapat menarik
minat pelajar dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam
mata pelajaran Matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian
kita. Matematik membantu manusia dalam berfikir secara kritis dan membuat
keputusan dengan bernas yang mana ia mampu membantu untuk bersaing sebagai
5
satu bangsa. Namun begitu, pembelajaran Matematik dianggap perkara remeh dan
tidak serius. Ini menyebabkan ramai di antara kita yang sering ditipu oleh peniaga
yang jahat yang mengambil kesempatan ke atas mereka-mereka yang tidak pandai
dalam Matematik.
Oleh kerana menganggap Matematik itu susah, maka secara automatiknya
mereka tidak menggemari Matematik. Padahal, Matematik itu mudah apabila
dipelajari. Perkara ini bersangkut-paut juga dengan pelajar tingkatan dua. Sekiranya
pelajar-pelajar Tingkatan dua yang kurang minat ataupun lemah dalam Matematik
tidak cuba untuk mempertingkatkan prestasi mereka, mereka akan menghadapi
kesukaran untuk mempelajari Matematik tingkatan tiga kelak. Ini boleh
mempengaruhi markah serta minat mereka terhadap Matematik di masa depan.
Ini bermakna pelajar perlu berusaha untuk meminati Matematik terutama
sekali tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry). Dalam tajuk ini banyak masalah
yang timbul dalam proses P&P. Salah satunya adalah menyediakan bahan bantu
mengajar (BBM). Tajuk ini memerlukan objek sebenar bagi memberi kefahaman
kepada pelajar. Maka dengan itu bahan seperti bongkah kayu, prisma dan
sebagainya perlu di bawa masuk ke dalam kelas. Bahan tersebut terlalu besar dan
banyak. Menurut Mok Soon Sang (1994), salah satu penyebab kegagalan
penguasaan pembelajaran oleh pelajar ialah bahan pengajaran yang disediakan
kurang menarik minat pelajar. Jika kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki,
pelajar akan mulai hilang minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu
penggunaan web bagi tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry) amat wajar
dilaksanakan bagi memudahkan proses P&P dengan memberi gambaran tiga dimensi
yang mudah.
Berbagai kaedah digunakan bagi menarik minat pelajar terhadap Matematik.
Salah satu kaedahnya adalah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web, di
mana laman web merupakan paparan antaramuka di Internet untuk kegunaan
pengiklanan, penyelidikan, pendidikan atau pembelajaran dan lain-lain. Oleh yang
6
demikian, kajian ini akan membangunkan laman web berasaskan pendekatan
permainan bagi tajuk Pepejal Geometri Tingkatan Dua. Permainan yang akan
dihasilkan adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua,
bagi tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry).
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:
i. Membangunkan sebuah prototaip laman web permainan berasaskan
penyelesaian Matematik tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry) tingkatan
dua.
ii. Menghasilkan aktiviti P&P berasaskan permainan bagi tajuk Geometri
Pepejal (Solid Geometry).
Recommended