PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · 4.25 Paparan lesson (contoh fenomena kehidupan...

Preview:

Citation preview

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

“STIMULI AND RESPONSES IN PLANTS” SAINS TINGKATAN DUA

SIEW TECK HA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 j 

 

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

“STIMULI AND RESPONSES IN PLANTS” SAINS TINGKATAN DUA

SIEW TECK HA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .................................... Nama Penulis : SIEW TECK HA Tarikh : .....................................

iii

Istimewa untuk

Ayah:

Siew Hwa Seng

Ibu :

Ching Mee Ting

Abang :

Siew Teck Hook

Adik-adik :

Siew Teck Hung,

Siew Teck Lung,

Siew Teck Hing.

yang ku sayangi dan kasihi.

dan juga rakan-rakan seperjuangan saya,

serta penyelia saya

Tn. Haji Muslim Jonid.

iv

PENGHARGAAN Beribu-ribuan kesyukuran kepada Tuhan saya yang memberkati kerja projek sarjana muda ini. Tak terkira yang rahmatNya membenarnya saya untuk menyiapkan projek ini sebagai salah satu syarat untuk memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains), Universiti Teknologi Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya Tuan Hj Muslim Jonid, atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan malahan tidak jemu memberikan bantuan dan curahan timbunan ilmu sepanjang proses pembangunan projek ini.

Selain itu, penghargaan turut dirakamkan khas untuk rakan-rakan dan kawan-kawan saya di mana tidak pernah kedekut dalam membantu, memberi nasihat, tunjuk ajar serta memberi sokongan kepada saya dalam proses pembangunan Projek ini.

Seterusnya, penghargaan juga tidak lupa disampaikan kepada ahli keluarga

saya iaitu ibu dan adik-beradik yang amat saya sayangi. Atas kasih sayang, sokongan moral dan bantuan kewangan yang diberikanlah yang menyokong saya untuk menyiapkan projek saya.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada setiap individu yang pernah menyokong dan memberi cadangan dalam proses pembangunan projek ini. Jasa dan kasih kalian akan saya ingati buat selamanya dan semoga kawan-kawan dan pensyarah sekalian diberkati oleh Tuhan saya.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Dunia kini telah melangkah ke dalam era teknologi maklumat dan

menjadikan komputer dan internet sebagai suatu yang penting dalam kehidupan

manusia. Selaras dengan itu, bidang pendidikan turut mengalami perubahan di mana

aplikasi e-pembelajaran telah diperkenalan. Aplikasi e-pembelajaran ini berupaya

menghasilkan proses Pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan atas

perkembangan multimedia yang pesat. Sehubungan dengan itu, tujuan utama projek

ini ialah membangunkan sebuah web portal berasaskan MOODLE bertajuk “Stimuli

and Responses in Plants” untuk mata pelajaran Sains tingkatan dua. Projek ini

dibangunkan khas untuk menerangkan bahagian tumbuhan yang sensitif terhadap

stimulus, jenis stimulus, jenis gerak balas tumbuhan, gerak-balasnya terhadap

stimulus yang tertentu dan juga kepentingan gerak balas tumbuhan. Bahan-bahan

pembelajaran dalam projek ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft

PowerPoint 2007 sebagai platform yang utama dan disokong oleh perisian tambahan

seperti Macromedia Flash, Gif Animator, Xara3D, Ulead Cool, Abode Photoshop,

Sony Vegas, dan Sound Forge.

vi

ABSTRACT

The world today has moved into the era of information technology where it

turns the computer and internet into viable tools, essential in the lives of men. In

conjunction with the advancement, the education field also undergoes the changes

through the implementation of e-learning system. The application of e-learning

system has ability of producing the interesting teaching and learning process due to

the rapid development of multimedia technology. Therefore, the aim of this project is

to build up a website based of MOODLE system. The title for this website is Stimuli

and Responses in Plants for the Form Two Science subject. This project is built up to

explain the parts of plants which are sensitive to the stimuli, the types of stimuli and

responses of plants and its movements to stimuli as well as the importance of it. All

the learning materials are developed using Microsoft Office PowerPoint 2007 as the

main platform where it is supported by others software such as Macromedia Flash,

Gif Animator, Xara3D, Ulead Cool, Adobe Photoshop, Sony Vegas, and Sound

Forge.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI APPENDIX xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 10

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 12

1.7 SkopProjek 13

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 14

1.8.2 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) 15

1.8.3 E-Pembelajaran (E-Learning) 15

1.8.4 MOODLE 16

viii

1.8.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16

1.8.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17

1.8.7 Multimedia 17

1.8.8 Koridor Raya Multimedia (MSC) 18

2 SOROTAN PENULISAN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 20

2.2.1 Ciri-ciri BBM yang baik 21

2.3 Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) 21

2.4 E-Pembelajaran (E-Learning) 23

2.4.1 Objektif Perlaksanaan E-pembelajaran 26

2.4.2 Kebaikan E-pembelajaran 26

2.5 Buku Elektronik (E-book) 28

2.6 MOODLE 29

2.7 Perbezaan Antara E-books, PBK, Dan BBM Secara Umum 30

2.8 Portal Pendidikan 32

2.9 Teori Konstruktif 33

2.10 Strategi Pengajaran Dalam Modul BBM Berasaskan

Komputer 34

2.10.1 Taksonomi Bloom 34

2.10.2 Teori Pengajaran 35

3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Pembangunan Projek 38

3.2.1 Fasa Analisis 39

3.2.1.1 Skop Tajuk Pembelajaran 40

3.2.1.2 Rasional Pemilihan Strategi Pengajaran dan

Pembelajaran 41

3.2.2 Fasa Reka Bentuk Projek 41

3.2.3 Fasa Pembangunan 42

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 42

3.2.5 Fasa Penilaian 43

ix

3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 43

3.3.1 Microsoft Office PowerPoint 2007 atau 2003 43

3.3.1.1 Kelebihan Microsoft Office PowerPoint 2007

atau 2003 44

3.3.1.2 Kelemahan Microsoft Office PowerPoint 2007

atau 2003 45

3.3.2 MOODLE 46

3.3.3 Adobe Photoshop CS3 46

3.3.4 Sony Foundary Sound Forge 7.0 47

3.3.5 Windows Sounds Recorder 47

3.3.6 Sony Vegas 8 47

3.3.7 Windows Movie Maker 48

3.3.8 Xara 3D 48

3.3.9 Ulead Cool 3D 49

3.3.10 Ulead Gif Animator 49

3.3.11 Macromedia Flash Professional 49

3.4 Pemilihan perkakasan Pembangunan 50

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pembangunan 50

3.4.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum Memainkan Semula 51

4 PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE 52

4.1 Pengenalan 52

4.2 Struktur Asas Web Portal (MOODLE) 52

4.2.1 Menu Utama 53

4.2.2 Paparan Tajuk Utama 54

4.2.3 Paparan Navigasi dalam MOODLE 55

4.2.4 Paparan Topik 56

4.3 Paparan Kandungan Tambahan 60

4.3.1 Paparan Forum Dan Perbincangan 60

4.3.2 Paparan Sembang Atas Talian (Chat) 61

4.3.3 Paparan Jurnal (Journal) 61

4.3.4 Paparan Tugasan (Assignment) 62

4.4 Paparan Isi Pembelajaran (PowerPoint) \ 63

4.4.1 Menu sub topic 63

x

4.4.2 Menu Panduan Untuk Isi Pembelajaran 66

4.5 Paparan Penilaian (Test) 67

4.5.1 Penilaian Sumatif Dalam MOODLE 67

4.5.2 Penilai Formatif Dalam Microsoft Office PowerPoint

2007 atau 2003 68

4.6 Paparan Permainan (Its’ Fun Times) 68

4.7 Panduan Penggunaan web portal (Sistem MOODLE) 70

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan 73

5.3 Masalah-Masalah dan kesulitan Yang Dihadapi 74

5.3.1 Kepakaran dan teknikal 75

5.3.2 Pengurusan Masa 75

5.3.3 Perkakasan Dan Perisian 76

5.4 Hasil Projek 76

5.4.1 Kekuatan Web Portal Berasaskan MOODLE 76

5.4.2 Kelemahan Web Portal Berasaskan MOODLE 77

5.5 Cadangan umum 77

5.6 Kesimpulan 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 82

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan Umum Antara E-Book, PBK Dan BBM 30

3.1 Isi Kandungan Bagi Tajuk “Stimulus and

Responses in Plants” 40

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Pembinaan Perisian Bagi Model ADDIE 39 4.1 Paparan Menu Utama 53 4.2 Paparan Montaj 54 4.3 Paparan tajuk utama Web Portal 55

4.4 Paparan susunan Aktiviti dalam MOODLE 55

4.5 Paparan teks, grafik dan animasi sub topic Introduction 56

4.6 Paparan teks, grafik dan animasi sub topic Phototropism 57

4.7 Paparan teks, grafik dan animasi sub topic Geotropism 57

4.8 Paparan teks, grafik dan animasi sub topic Hydrotropism 57

4.9 Paparan teks, grafik dan animasi sub topic Thigmotropism 58

4.10 Paparan grafik dan animasi sub topic Nastic Movement 58

4.11 Paparan teks, grafik dan animasi ruangan Penilaian 59

4.12 Paparan teks, grafik dan animasi ruangan Permainan 59

4.13 Paparan teks, grafik dan animasi ruangan E-Links 59

4.14 Paparan teks, grafik dan animasi ruangan forum dan

perbincangan 60  

4.15 Paparan ruangan sembang atas talian 61  

4.16 Paparan ruangan jurnal 62  

xiii

4.17 Paparan ruangan tugasan 62

4.18 Paparan objektif pembelajaran (Learning Outcomes) 64  

4.19 Paparan Set induksi 64  

4.20 Paparan menu aktiviti 64  

4.21 Paparan kesimpulan 64  

4.22 Paparan lesson 65  

4.23 Paparan lesson (contoh fenomena kehidupan seharian) 65  

4.24 Paparan antara muka eksperimen 65  

4.25 Paparan lesson (contoh fenomena kehidupan seharian) 65  

4.26 Paparan user guide 66  

4.27 Paparan user guide (penjelasan arahan untuk ikon) 66

4.28 Paparan Penilaian Sumatif (soalan objektif) 67  

4.29 Paparan Penilaian Fomatif (soalan subjektif) 68  

4.30 Paparan Penilaian Fomatif (soalan subjektif berTips) 68

4.31 Paparan Words search 69  

4.32 Paparan Crosswords 69  

4.33 Paparan pemilihan atau lagu dalam Words Search 69  

4.34 Paparan untuk pendaftaran User Accounts Baru 71  

4.35 Paparan untuk pengguna mengisi butiran pendaftaran User Accounts baru 71

4.36 Paparan untuk pengguna Login 72

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar CAI - Computer Aided Instruction IT - Teknologi Maklumat (Information technology) ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia MSC - Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum RMK-9- Rancangan Malaysia Ke-9

xv

SENARAI APPENDIX

APPENDIX TAJUK MUKA SURAT

A Borang Selidik Temu Bual Guru 82

1  

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam dunia alaf baru ini, era dunia kini melangkah kepada era dunia teknologi

maklumat (Information Technology). Perkembangan teknologi maklumat (IT) yang

pesat menyebabkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat memainkan peranan

penting dalam membantu perkembangan sesebuah negara. Dalam perkembangan IT dan

penggunaan komputer, termasuk penggunaan Internet, ia membawa implikasi yang besar

ke atas kehidupan manusia seperti dalam bidang perindustrian, pertanian, perikanan,

perniagaan, perdagangan dan juga pendidikan. Perkembangan IT telah mempengaruhi

masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia. (Ucapan penting semasa National

Congress Vision 2020, 1997 dipetik dari Nur Eryanty Binti Nordin, 2004)

Dengan itu, teknologi maklumat (IT) memainkan peranan yang sangat penting

dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Ini disokong oleh

Dr. Fong Chan Onn (2000) di mana beliau pernah menyatakan bahawa kehidupan

2

 

masyarakat negara kita hari ini dari segi ekonomi dan sosial politik telah berubah akibat

daripada kepesatan teknologi maklumat. Ini menampakkan bahawa Malaysia tidak

ketinggalan dalam mengerjakan arus perdana pembangunan negara berasaskan teknologi

komputer untuk mencapai wawasan dan inspirasi negara.

Kemajuan telekomunikasi sekarang menyebabkan Internet menjadi sumber

pencarian kepada banyak maklumat. Inisiatif Malaysia untuk perkembangan teknologi

komunikasi dan maklumat, koridor Raya Multimedia (Multimedia Supper Corridor,

MSC) telah ditubuhkan. Aplikasi MSC ini akan memberikan telekomunikasi global

yang berupaya tinggi di mana berperanan untuk menunjukkan jalan untuk Malaysia ke

arah negara maju dan makmur (MDC, 2000)

Atas penggunaan komputer dan teknologi maklumat yang berkeupayaan tinggi,

sistem pendidikan kita telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan IT di

Malaysia. Aspek perkembangan teknologi telah digunakan dalam kurikulum sekolah

sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif

terhadap perkembangan teknologi.

Penggunaan IT adalah penting dalam pendidikan di mana pegawai Eksekutif

Jaring, Dr Mohamed Awang Lah berkata bahawa, IT seharusnya dianggap sebagai nadi

penting dalam bidang pendidikan khususnya dalam usaha perkongsian maklumat,

kerjasama, perbincangan dan sebagainya. (Berita Mingguan, 2002)

Malaysia memandang serius terhadap kepentingan perlaksanaan IT dalam bidang

pendidikan dengan melaksanakan projek MSC . Ini kerana Sekolah Bestari merupakan

salah satu objektif dalam perlaksanaan MSC dan serta perwujudan Sekolah Bestari telah

3

 

bertindak mengisi agenda perancangan telah membuka ruang seluas-luasnya kepada

teknologi komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam

sistem pendidikan.

Selaras dengan perkembangan IT dan komunikasi, sistem komputer merupakan

kecanggihan teknologi yang berperanan seandainya nadi kepada asas sistem maklumat.

Komputer banyak memudahkan kerja seharian manusia dan tidak ketinggalan

menyumbang dalam bidang pendidikan. Pengenalan kaedah pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) selaras dengan era teknologi maklumat dan

komunikasi telah meningkatkan keberkesanan proses P&P.

Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), perkembangan dalam

teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar,

cara memperoleh maklumat, cara penyesuaian setiap maklumat dan sebagainya. Alat

bantu mengajar (ABM) yang menarik dapat dihasilkan dengan ada software yang

bersesuaian dalam komputer. Di samping itu, dengan rangkaian Internet yang ada,

pendidik juga dapat mencari bahan tambahan untuk penyediaan proses P&P. Ini dapat

meningkatkan keberkesanan proses P&P.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dengan menggunakan Bahasa

Inggeris sejak tahun 2003 semenjak pelaksanaan program Teaching and Learning

Science and Mathematics in English (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

4

 

Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI). Selaras dengan rancangan pembestarian

sekolah, dan juga pelaksanaan program PPSMI, kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi (ITC) telah diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan pelbagai

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer

kepada sekolah-sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada proses

pembestarian sekolah. Ini berlandaskan bahawa Pusat Perkembangan Kurikulum (2003)

menyatakan bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris

yang dibantu oleh ICT, menyediakan peluang yang lebih besar untuk pelajar

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Batawi (Berita Harian 2007),

pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi suatu cabaran yang

semakin penting dan meningkat, di mana ia memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris,

terutama dengan pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dengan itu, ICT berperanan besar malah penting

dalam dunia pendidikan. Menurut Datuk Seri Hisammuddin Tun Hussein (Utusan

Harian, 8/4/2007), beliau mengatakan bahawa pembudayaan penggunaan ICT dalam

pendidikan boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha ini, guru-guru Sains dan Matematik telah dibekali peralatan ICT ke

sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus oleh pihak kementerian untuk membantu

para guru tersebut dalam melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI). Kursus pendedahan penggunaan komputer dan Internet juga telah

5

 

diadakan untuk para guru Sains dan Matematik untuk membantu mereka dalam

meningkatkan tahap penggunaan ICT dan Internet oleh pendidikan di sekolah.

Pihak kementerian Pendidikan Malaysia telah mengusahakan sejumlah

peruntukan daripada kerajaan sebagai usaha membolehkan setiap sekolah memiliki

infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan untuk kegunaan para guru dan

pelajar dalam proses P&P. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM

2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah

seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan

berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006)

Untuk merealisasikan wawasan 2020, mata pelajaran Sains merupakan suatu

pendidikan asas untuk penyediaan sumber tenaga manusia. Pelbagai program

diusahakan sebagai pengisian dalam pelaksanaan pendidikan Sains selaku kesedaran

tentang kepentingan dan peranan pendidikan Sains dalam kemajuan perkembangan

ekonomi sebuah sekolah ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).

Suatu pengajaran boleh menjadi hambar dan kosong atas kegagalan guru dan

murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses atau teknik

pengajaran berhubung kuat dengan pembelajaran. Untuk menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik kelas lebih menarik dan berkesan, cadangan perlaksanaan

program e-pembelajaran telah diperkenalkan dalam pendidikan.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran elektronik mengurangkan beban guru

dalam menyediakan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Ini disokong apabila

sumber maklumat serta bahan rujukan tidak lagi terikat pada bahan cetakan atau buku

6

 

malah lebih luas dengan kehadiran teknologi multimedia menerusi Internet. Internet

telah menambahkan kemampuan proses pencapaian maklumat dengan lebih mudah dan

cepat (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003).

Kerajaan telah meluluskan pakej rangsangan bernilai RM 4.3 bilion termasuk

RM 300 juta bagi pembinaan makmal-makmal komputer di 2,000 sekolah (Utusan

Malaysia, 27 September 2001). Kini sekolah telah dilengkapi dengan kemudahan talian

Internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan Internet

dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha ini dilakukan atas kesedaran tentang

kepentingan penggunaan ITC dan Internet dalam P&P.

Selain itu, kerajaan juga telah mengarahkan bahawa kesemua maktab perguruan

seluruh Malaysia dilengkapi jaringan ICT menjelang berakhirnya Rancangan Malaysia

Kelapan (RMK-8) pada 2010 (Utusan Malaysia, 7 Disember 2001). Kerajaan

menampakkan keberkesanan penggunaan pelbagai media adalah berkesan untuk

merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer (ICT dan Internet) merupakan

media yang sangat penting dalam membantu para guru untuk menangani cabaran dunia

kini bagi memantapkan ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) dalam artikel Asas

Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan mengatakan bahawa kebanyakan

aplikasi PBK masih terikat dengan psikologi teknik pembelajaran tradisi. Namun begitu,

7

 

perkembangan pesat dalam teknologi Internet sedikit sebanyak telah berjaya membawa

nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan ICT.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan Internet

menyediakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berbeza

berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara tradisional.

Kaedah P&P berdasarkan ICT adalah banyak menyelitkan unsur-unsur multimedia

interaktif seperti hiperteks, grafik, animasi, video dan audio. Dengan itu, pelajar tidak

lagi hanya berdepan dengan teks yang bertimbun dan membosankan proses

pembelajaran mereka.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), mata pelajaran Sains

merupakan satu subjek yang bertujuan untuk membolehkan murid memahami bidang

Sains dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep, dan aplikasinya dalam

kehidupan seharian. Oleh itu, mata pelajaran Sains merupakan suatu subjek yang

banyak memerlukan pelajar berfikir dan memproses maklumat serta seterusnya

dikehendaki untuk mengintegrasikan pengetahuan sedia ada. Dengan adanya penerapan

unsur-unsur multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan lebih

mudah untuk menguasai sesuatu pembelajaran hasil daripada kaedah pembelajaran yang

menarik dan memberangsangkan.

Menurut Dreyfus (1991) dalam Norfabialhaiyu (2000), kefahaman merupakan

matlamat utama berbanding pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan soalan.

Pelajar lebih cenderung menghafal suatu fakta Sains daripada memahami suatu konsep

dan sering mengalami kesukaran dalam mengingati fakta Sains yang penting.

Kesukaran memahami dan mengingati konsep yang abstrak serta tidak dapat berkait-

8

 

rapatkan suatu konsep baru dengan pengetahuan sedia ada akan menimbulkan kesukaran

dan kekeliruan pada pelajar.

Proses pengajaran strategi tradisi seperti “chalk and talk” merupakan sebab

utama yang mendorong pelajar-pelajar kurang memberikan tumpuan di dalam

pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik membosankan pelajar-

pelajar. Faktor-faktor seperti bahan pengajaran kurang menarik dan sama sahaja selalu

tidak mencapai objektif pengajaran juga menyebabkan pelajar hilang minat terhadap

pembelajaran. Isi kandungan kurang tersusun dan pendekatan pengajaran yang statik

turut menghilangkan minat pelajar terhadap pembelajaran.

Dengan itu, peranan guru dalam memperbaiki masalah ini adalah sangat penting.

Guru tidak lagi bertindak sebagai pengajar tetapi juga sebagai pembimbing yang

berteknologi. Tiada lagi alasan yang munasabah bagi seorang guru untuk melengkapkan

dirinya sebagai celik komputer atas keperluan penggunaan ICT dan Internet dalam

proses P&P. Elektronik pembelajaran (e-pembelajaran) membenarkan perkongsian

maklumat yang berkesan melalui pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi. E-

pembelajaran walaupun bukan merupakan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah

pilihan terbaik untuk merealisasikan pengajaran menggantikan kaedah tradisi “chalk and

talk”.

Jonassen (1999) menyatakan bahawa kemudahan hiperteks dan hipermedia yang

terdapat dalam Internet dapat menyediakan suatu suasana pembelajaran yang bercirikan

konstruktif. Kemudahan teknologi seperti hiperteks, audio, video, animasi dan simulasi

membolehkan pelajar untuk berfikir pada peringkat yang lebih mendalam. Dengan ini,

sistem e-pembelajaran seperti MOODLE yang menyediakan kemudahan untuk

berinteraksi secara bebas seperti mel elektronik, forum perbincangan elektronik, video,

9

 

audio dan sebagainya merupakan satu pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk

membantu P&P.

Penggunaan Internet dan ICT dalam pendidikan makin hari makin meluas dan

tidak terhad. Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung memberi peluang kepada

para guru dan pelajar untuk memahirkan dan memperlengkapkan diri dengan pelbagai

teknologi terkini. Projek ini merupakan salah satu usaha ke arah penghasilan web portal

pembelajaran untuk subjek Sains dalam versi Bahasa Inggeris. Usaha ini adalah untuk

membantu guru dalam proses P&P.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini ialah membangunkan web portal berasaskan MOODLE bagi topik

“Stimuli and Responses in Plants” dalam Bahasa Inggeris sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah yang bercirikan:

(i) Menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2007 atau 2003 sebagai

platform utama berserta perisian-perisian lain.

(ii) Mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,

video dan audio.

10

 

1.5 Kepentingan Projek

Proses pengajaran dan pembelajaran mengalami perubahan yang banyak seiring

dengan perkembangan teknologi. Kaedah pengajaran berbantukan komputer digunakan

secara meluas di sekolah-sekolah pada masa kini. Malahan, e-pembelajaran juga perlu

diaplikasikan dalam segala institusi pendidikan agar ia dapat menyaingi perubahan-

perubahan pendidikan masa kini.

Web portal ini dibangunkan adalah untuk mengatasi kekangan-kekangan yang

terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara tradisional iaitu

menggunakan kaedah “chalk and talk” sahaja. Web portal ini dibangunkan untuk

menambahkan lagi bilangan bahan pengajaran yang mempunyai ciri-ciri interaksi yang

tinggi, menarik malahan percuma untuk penggunaan semua pihak.

Kaedah pengajaran satu hala didapati kurang menarik kerana ia lebih

berpusatkan guru dan harus ditukar dengan kaedah pengajaran yang lebih berkesan,

dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti topik pembelajaran Sains. Bab “The

World Through Our Senses” adalah merupakan salah satu contoh pembelajaran topik

dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Dua.

Dengan adanya bantuan daripada web portal yang menyediakan video, animasi

serta grafik yang hidup ini, para pelajar akan mendapat gambaran yang jelas dan benar

tentang tajuk serta mempunyai kefahaman yang lebih teliti bahawa fenomena ini berlaku

di sekeliling kita. Tambahan, bahan pengajaran dan pembelajaran ini boleh menjimatkan

masa guru untuk membuat persediaan. Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih

bermakna dengan adanya unsur-unsur multi media yang menarik.

11

 

Biasanya pelajar hanya akan bergantung kepada buku teks sahaja jika tiada

bahan rujukan yang lain. Pembinaan web ini yang menarik dilengkapi dengan pelbagai

unsur multimedia akan menyebabkan para pelajar lebih berminat terhadap isi kandungan

yang akan disampaikan serta akan memberi kesan terhadap peningkatan akademik

pelajar. Tambahan, pelajar juga boleh melayari web ini sendiri pada bila-bila masa saja

dan di mana-mana saja asalkan ada Internet.

Selain itu, penghasilan web portal ini juga berharapkan bahawa ia dapat

membantu dari segi mempelbagaikan cara pengajaran guru dalam kelas. Guru tidak lagi

terikat dengan kaedah tradisional. Melalui pembangunan web ini diharapkan nilai-nilai

perkembangan penggunaan pengetahuan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT),

dalam diri pelajar dapat diterapkan. Hal ini sejajar dengan kehendak kerajaan seperti

yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan

masyarakat yang celik IT menjelang tahun 2020.

Di samping itu, projek ini dibangunkan untuk membantu kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) dalam menyediakan bahan dan alat bantu mengajar dan juga

menambahkan bahan pengajaran Bahasa Inggeris yang bersifat tempatan. Bahan

pengajaran bagi tajuk “Stimuli and Responses in Plants” akan bertambah dengan adanya

web portal ini. Keruncingan bahan bercetak yang berkos tinggi, dan sukar dibawa dapat

diselesaikan.

12

 

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih dalam pembangunan web portal ialah “Stimulis and

Responses in Plants”. Tajuk ini merupakan salah satu subtajuk dalam mata pelajaran

Sains di bawah bab satu Tingkatan Dua. Satu temu duga dengan seorang telah diadakan

semasa pemilihan tajuk untuk pembangunan projek ini. Sebagai kesimpulan daripada

temu duga, tajuk ini terpilih atas cadangan dan sokongan oleh cikgu Kintan Mohd salleh

dari sekolah Menengah kebangsaan Desa Skudai, Johor.

Menurut cikgu Kintan Mohd Salleh, pelajar selalu keliru dalam membezakan

bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap stimulus yang tertentu. Sebagai

contoh, bahagian tumbuhan yang penting terlibat dalam gerak balas tumbuhan adalah

bahagian pucuk dan akar. Walaupun hanya dua bahagian yang penting, tetapi pelajar

selalu salah untuk melabelkan bahagian tumbuhan.

Pengajaran tajuk memerlukan bantuan unsur-unsur multimedia seperti video dan

animasi untuk para pelajar supaya mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap isi

kandungan. Adalah diharapkan pelajar dapat menguasai konsep stimulus dengan baik.

Pengajaran yang abstrak akan menyebabkan masalah salah konsep dalam minda pelajar.

Hal ini berlaku disebabkan tahap imaginasi dan kognitif pelajar yang berbeza.

Dengan adanya web portal ini, ia dapat memudahkan tugas guru sebagai

fasilitator dalam pengajaran dan sekalipun dapat menarik minat pelajar mengenai topik

ini. Ini kerana menerusi projek ini, guru akan dibekali dengan bahan pengajaran

berunsurkan pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi, video dan pelbagai lagi

digunakan untuk menunjukkan jenis gerak balas tumbuhan.

13

 

1.7 Skop Projek

Skop projek ini membangunkan Web portal berasaskan MOODLE bagi tajuk

“Stimuli And Responses in Plants” untuk mata pelajaran Sains Tingkatan Dua.

Tajuk ini merupakan salah satu tajuk kecil di bawah bab “The World Through

Our Senses”. Isi kandungan bahan pembelajaran ini adalah berdasarkan sukatan mata

pelajaran Sains Tingkat Dua, iaitu meliputi pengenalan kepada jenis stimulus, jenis

gerak balas tumbuhan terhadap stimulus yang tertentu, perkaitan gerak balas tumbuhan

dengan kehidupan tumbuhan, dan contoh-contoh fenomena di persekitaran kehidupan

kita.

Selain daripada itu, eksperimen untuk tajuk kecil Fototropisme (Phototropism),

Hidrotropisme (Hydrotropism), dan Geotropisme (Geotropism) juga termasuk dalam

skop pembelajaran ini. nilai-nilai murni juga diselitkan di samping pengajaran dan

penilaian dijalankan. Penilaian formatif dan sumatif juga disediakan di mana penilai

formatif disediakan dalam setiap pengajaran, dan penilaian sumatif seperti ruangan kuiz

pula disediakan di peringkat akhir untuk menguji kefahaman pelajar. Akhir sekali,

tugasan berkaitan dengan jenis-jenis gerak balas tumbuhan turut disertakan

14

 

1.8 Definisi Istilah

Beberapa terminologi bagi istilah-istilah yang penting dalam pembangunan

projek ini telah dinyatakan di bawah. Pernyataan untuk istilah-istilah penting ini

disediakan untuk memudahkan pemahaman berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan

dalam pembangunan projek ini.

1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat,

aktiviti, pendekatan, dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah

ditetapkan. Ia juga merupakan satu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk

memberitahu, mempengaruhi dan menghiburkan (Baharuddin el al, 2001).

Pada zaman kini, pengajaran juga didefinisikan sebagai suatu proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran dengan bertujuan

supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Selain itu,

pengajaran juga dianggap sebagai salah satu cabang seni atas alasan ia juga meliputi

emosi, nilai dan tingkah laku manusia.

Menurut Baharuddin el al, 2001, pembelajaran ialah suatu perubahan tingkah

laku pada pelajar akibat daripada interaksi dengan persekitaran. Menurut Mok, 1994

pula, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku manusia yang agak stabil dan kekal di

15

 

mana perubahan tingkah laku bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi

atau penyakit tetapi dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. Pembelajaran adalah

proses perubahan tingkah laku yang lebih maju dan lebih baik daripada tingkah laku

yang sedia ada dalam aktiviti pembelajaran.

1.8.2 Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)

ICT merupakan ialah singkatan daripada perkataan Information and

Communication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh

dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia

terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Komunikasi pula boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (Brown, 1997).

Di samping itu, teknologi komunikasi (CT) merupakan perkakasan

telekomunikasi yang digunakan untuk menyalurkan dan mengakses maklumat

(Norhayati 2000). Menurut Longman dictionary of contemporary English (1987), IT

didefinisikan sebagai "The science and practice of using computer and

telecommunication system to gather, store, apply and transmit information".

1.8.3 E-Pembelajaran (E-Learning)

Elektronik pembelajaran atau E-Pembelajaran merupakan suatu pembelajaran

yang disokong atau dipertingkatkan melalui aplikasi teknologi maklumat dan

komunikasi ITC (LSDA, 2005). Menurut Wiki dictionary, e-pembelajaran adalah suatu

16

 

proses pembelajaran yang direka di mana penyampaian isi kandungan secara elektronik

dengan sokongan dan kemudahan interaktif. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan

sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang

berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui Internet khususnya

web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau

melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000).

1.8.4 MOODLE

Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE)

merupakan salah satu aplikasi daripada sistem CMS (Course Management System).

MOODLE merupakan suatu nama program yang membenarkan kelas pembelajaran

diadakan dalam bentuk web. Program ini menyediakan tempat bagi pelajar untuk

mendapatkan seberapa banyak sumber di dalam kelas.

1.8.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Ngui Kuen Sang (1981: 35 ):menyatakan bahawa BBM tiada takrifan yang

secara spesifik walaupun terdapat ramai pendidik yang memberikan suatu takrifan untuk

istilah BBM. Di bawah ialah pernyataan oleh beliau:

.....“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada

keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam

situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan

penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

17

 

Menurut Atan Long ( 1982: 174 ):

.....“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan

dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan

dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

1.8.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK )

Menurut Baharuddin (2001), Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan

satu cara atau pendekatan yang melibatkan penggunaan komputer dalam tujuan

pengajaran dan pembelajaran untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah

dan ia merupakan suatu yang terancang.

1.8.7 Multimedia

Menurut Fluckiger (1995), multimedia merupakan satu bidang mengenai

pengintegrasian teks, imej statik, animasi, bunyi dan media-media lain yang dikawal

oleh komputer di mana setiap maklumat boleh diwakilkan, disimpan, dipindahkan dan

diproses. Multimedia didefinisikan sebagai “user interfaces that integrate and

synchronize different media (static media such as text, graphs and images; and dynamic

media such as audio, animation and video)”, ISO 14915 (2001).

18

 

1.8.8 Koridor Raya Multimedia (MSC)

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) juga dikenali sebagai

MSC merupakan sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat.

Projek ini bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat

sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti Internet yang laju. Projek ini

diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia

Asia pada 1 Ogos 1996 (Wikipedia, 2009).