Upload
dothien
View
247
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )
Kepala merupakan satu tempat dimana didalamnya terkandung otak. Manusia telah
lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang terkandung
dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai
pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal
kepintaran. Melalui perkembangan masa, otak telah dibandingkan dengan pelbagai
bahan. Pada zaman dahulu, otak dikatakan sebagai kotak suis telefon.
Kebelakangan ini, manusia sentiasa membandingkannya dengan komputer. Ada
yang menyatakan ianya lebih baik dari komputer. Tidak kurang juga yang
menyatakan sebaliknya.
Kepala manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, kulit kepala, tengkorak,
dan otak. Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di
kepala iaitu hentakan yang kuat secara langsung atau hentakan yang kuat secara
tidak langsung. Menurut Brain and Spinal Cord.org menyatakan seperti berikut :
‘ A closed head injury is a trauma in which the brain is injured as a result of a
blow to the head, or a sudden, violent motion that causes the brain to knock against
the skull. A closed head injury is different from an open head injury, in that no object
actually penetrates the brain. Closed head injuries can be diffuse, meaning that they
affect cells and tissues throughout the brain; or focal, meaning that the damage
occurs in one area. Closed head injuries can range from mild to severe. ‘
Kecederaan kepala dibahagikan kepada dua iaitu kecederaan kepala terbuka
dan tertutup. Kecederaan kepala tertutup ialah kecederaan yang diakibatkan oleh
hentakan kuat oleh sesuatu objek dan tidak menyebabkan keretakkan tengkorak.
Manakala kecederaan kepala terbuka ialah kecederaan yang mengakibatkan
tengkorak retak atau pecah dan menggangu sistem otak akibat daripada
kemalangan, atau tembakan , (Terjemahan dari U.S. National Library of Medicine) .
Kebanyakkan yang mengalami kecederaan ini ialah kanak-kanak. Kecederaan
kepala juga boleh membawa kepada traumatic brain injury (TBI). Menurut Davis
(2007) traumatic brain injury (TBI) merupakan penyebab utama kematian bagi
manusia yang berumur 38 tahun ke bawah di Amerika Syarikat
Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,
kelakukan ganas ke atas seseorang, dan kecederaan dalam sukan. Kecederaan
kepala tertutup kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Kanak-kanak
berumur 0-4 tahun dan warga emas berumur 75 tahun keatas mencatatkan
sebanyak 35.2% kecederaan kepala akibat daripada jatuh NYU Langone Medical
Center (2013) . Contoh kecederaan tertutup boleh dilihat dalam rajah 1 :
Rajah 1 : Kecederaan Tertutup
Simpton-simpton akan muncul selepas beberapa hari atau minggu selepas
berlakunya kecederaan. Antara simpton-simpton kecederaan kepala tertutup adalah
seperti berikut :
Lemah , hilang ingatan mengenai kemalangan tersebut
Kecederaan atau sakit di bahagian leher
Mual / Muntah
Menghadapi masalah untuk membuat keputusan
Perlahan dalam berfikir , bertindak , bercakap
Berasa penat dan letih
Perubahan dalam jadual tidur ( sukar untuk tidur atau tidur terlalu lama )
Hilang selera makan atau hilang deria rasa
Telinga berasa berdesing
(sumber : NYU Langone Medical Center ( 2013 ) )
Sekiranya terdapat simpton-simpton seperti berikut , hendaklah berjumpa
dengan doktor dengan kadar segera. Hal ini kerana, kelewatan mendapatkan
rawatan akan menyebabkan kecederaan bertambah serius. Bagi mengenalpasti
tahap kecederaan kepala tertutup ini memerlukan seseorang menjalani
pemeriksaan seperti CT-scan , CT angiography , MRI scan , ujian darah,
Neurological examinatiol, Neuropsychological tests , dan
EEG (electroencephalogram) .
Antara-antara cara pencengahan yang dapat dilakukan bagi mengatasi
kecederaan ini ialah jangan memandu dalam keadaan mabuk. Hal ini amat
membahayakan keselamatan diri dan juga orang lain. Seterusnya ialah jangan
mengambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk ketika memandu dan
menggunakan peralatan yang berat. Pakai tali pinggang kaledar bagi penumpang
dan pemandu. Selain itu, adalah lebih baik sekiranya setiap kereta mengandugi
‘air bag’. Hal ini dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku
kemalangan. Bagi pengguna motosikal, dinasihatkan memakai dan mengikat tali
topi kaledar. Topi kaledar juga perlulah yang berkualiti dan mendapat kelulusan
daripada SIRIM.
Kecederaan kepala tertutup juga boleh berlaku didalam acara sukan. Oleh itu,
penggunaan topi kaledar bagi sukan motosikal, basikal, papan luncur, bola lisut
dan sebagainya adalah digalakkan. Hal ini dapat mengurangkan risiko
kecederaan kepala tertutup. Selain itu, penggunaan alatan keselamatan seperti
shin pads, face guards , mouth guards adalah penting bagi sukan-sukan lasak.
Kecederaan kepala tertutup ini sering berlaku ke atas kanak-kanak dan berlaku
dikawasan rumah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibubapa bagi memastikan
keadaan rumah selamat. Sebagai contoh, meletakan penghadang tangga bagi
mengalakan kanak-kanak bermain dan menaiki tangga , menggunkan ‘grip-bars’
dan pelapik bagi mengelakkan kelincinan di tandas dan simpan alatan permainan
kanak-kanak sekiranya tidak digunakan. Perkara-perkara yang dinyatakan diatas
dapat mengelakkan kita dari risiko kecederaan kepala tertutup. Bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada merawat.
2.0 Kecederaan Tulang Belakang
Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali
kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-
saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi
kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai
masalah yang terpaksa ditanggung. Tulang belakang yang menyokong badan kita
mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik
kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan
ligamen, otot, dan saraf. Setiap tulang vertebra ada sepasang saraf yang
bersambung dengan bahagian badan lain sebagai pembawa maklumat. Jenis tulang
vertebra berbeza mengikut kedudukannya dan ia juga dijadikan pengkelasan kepada
kecederaan yang dialami seseorang. Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat
dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu cervical (leher),thorak (toraks/dada),
lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).
Secara umum tulang cervical memiliki bentuk tulang yang kecil dengan spina
atau procesus spinosus (bahagian seperti sayap pada belakang tulang) yang
pendek, kecuali pada tulang ke-2 dan 7 yang procesus spinosusnya pendek. Diberi
nombor berdasarkan urutannya dari C1-C7 (C dari cervical), namun beberapa
memiliki sebutan khusus seperti C1 atau atlas, C2 atau aksis. Setiap mamalia
memiliki 7 tulang cervical walau seberapa panjangpun lehernya. Saraf tunjang pada
bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan
seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki
dan tangan
Tulang thorak, procesus spinosusnya akan berhubungan dengan tulang rusuk.
Beberapa gerakan memutar dapat terjadi. Bahagian ini dikenali juga sebagai ‘tulang
dorsal’ bagi manusia. Bahagian ini diberi nombor T1 hingga T12. Kecederaan saraf
tunjang pada bahagian ini menyebabkan hilang kawalan dada dan kaki. Tulang
lumbal L1-L5 merupakan bahagian yang paling tegap kedudukannya dan
menanggung beban terberat daripada yang lain. Bahagian ini membolehkan gerakan
fleksi dan ekstensi tubuh, dan beberapa gerakan berputar dengan darjah yang kecil.
Kecederaan saraf tunjang mengakibatkan kehilangan kawalan pada kaki, pundi
kencing, usus (untuk buang air besar) dan fungsi seksual.
Tulang sacral mempunyai 5 tulang di bahagian ini (S1-S5). Tulang-tulang
bergabung dan tidak memiliki celah atau diskus intervertebralis antara satu sama
lain. Kecederaan saraf di sini menyebabkan hilang kawalan kaki, pundi kencing,
usus, fungsi seksual dan kerosakan saraf pada anggota terbabit. Terdapat 3 hingga
5 tulang coccygeal (Co1-Co5) yang saling bergabung dan tanpa celah. Beberapa
haiwan memiliki tulang coccyx atau tulang ekor yang banyak, maka ia disebut
sebagai tulang kaudal (kaudal bermaksud ekor). Di dalam susunan tulang tersebut
terangkai pula rangkaian saraf-saraf, yang apabila terjadi kecederaan di tulang
belakang maka akan mempengaruhi saraf-saraf tersebut.
Kedudukan tulang belakang adalah bengkok dan terdiri daripada tiga
bahagian iaitu badan, foramen dan tranverse process (spinous dan articular
process). Saraf tunjang masuk dan keluar menerusi lubang foramen di tengah tulang
belakang. Saraf tunjang adalah sebahagian daripada sistem saraf berukuran 45 cm
panjang (lelaki) dan 43 cm (wanita). Saraf tunjang bermula dari otak, memasuki turus
tulang belakang dan berakhir pada bahagian pinggang. Saiz saraf tunjang hanya
sebesar jari manis dan boleh diumpamakan sebagai ‘kabel’ untuk menyampaikan
maklumat. Oleh kerana ia sangat sensitif, ia dilindungi tulang belakang supaya tidak
mudah mengalami kecederaan yang boleh melumpuhkan sistem penghantaran
maklumat.
Kebanyakkan kes kecederaan tulang belakang yang membabitkan saraf
tunjang boleh menyebabkan kecacatan kekal dan lumpuh. Masalah ini tidak boleh
dipulihkan sepenuhnya. Apakah itu kecederaan saraf tunjang? Apakah masalah
yang akan dihadapi? Apakah rawatan pemulihan yang boleh dilakukan?, Apakah
kecederaan ini akan sembuh? Persoalan dan permasalahan ini sering wujud dan
umumnya, setiap pesakit, keluarga dan masyarakat masih tidak memahami tentang
masalah kecederaan saraf tunjang.
Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan
Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata kecederaan saraf tunjang tulang
belakang atau ‘Spinal Cord Injury’ selalunya adalah trauma pada tulang belakang
yang menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang sama ada kecederaan primer
(kerosakan saraf kekal sewaktu trauma) atau kecederaan sekunder (kerosakan lanjut
pada saraf tunjang selepas trauma). Pesakit yang mengalami kecederaan saraf
tunjang akan mengalami pelbagai masalah fisiologi, fizikal, mental dan emosi akibat
kecederaan. Mereka akan mengalami kehilangan keupayaan fizikal, mental dan
psikososial yang mana kebanyakan pesakit akan menyendiri, hilang semangat dan
malu untuk kembali kepada masyarakat luar sekaligus menyebabkan hilangnya
kualiti kehidupannya. Pelbagai kajian telah dilakukan, namun sehingga kini belum
ada rawatan yang boleh memulihkan kecederaan saraf tunjang.
Walaubagaimanapun, pesakit yang telah mengalami kecederaan saraf tunjang
mampu untuk kembali kepada kehidupan yang lebih berkualiti dan berdikari dalam
kehidupan seharian serta kembali berkeyakinan dalam kehidupan bermasyarakat.
Saraf tunjang adalah saraf yang paling besar dalam tubuh manusia dan
merupakan sebahagian daripada sistem saraf. Ia terbentuk oleh banyak fiber saraf.
Fungsi fiber saraf adalah membawa mesej antara otak dan anggota-anggota serta
tubuh badan. Ini termasuklah pergerakan anggota, sensori (seperti panas, sejuk atau
sakit) dan ia juga mengawal aktiviti luar kawal pada tubuh badan seperti tekanan
darah, suhu badan dan perpeluhan. Ia bertindak sebagai perantara antara otak dan
tubuh badan serta anggota-anggota lain. Saraf tunjang adalah lembut dan penting
maka ia dilindungi oleh tulang belakang dipanggil vertebra.
Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan perubahan selepas kecederaan
saraf tunjang. Ini mampu membantu kefahaman dan ekspektasi realistik kepada
mereka yang mengalaminya. Selepas kecederaan saraf tujang, keupayaan anda
mengawal anggota bergantung kepada dua faktor, iaitu paras dan tahap keterukan
kecederaan saraf tunjang. Paras adalah dari atas sehingga bawah saraf tunjang,
manalaka keterukan kecederaan merujuk kepada kecederaan lengkap atau tidak
lengkap:
Lengkap bermakna semua deria sensori dan keupayaan mengawal pergerakan
(fungsi otot) hilang dari bawah paras kecederaan.
Tidak lengkap bermakna masih terdapat kawalan pergerakan otot atau fungsi
sensori di bawah paras kecederaan dan ia adalah berbeza dari setiap kes
individu, di mana, ada yang ada sensori tetapi tidak ada atau ada sedikit
pergerakan; atau ada yang ada pergerakan tetapi tidak ada sensori.
Tetraplegia atau quadriplegia di mana anggota-anggota tangan, kaki, tubuh
badan dan pinggul terjejas.
Paraplegia adalah di mana anggota kaki, tubuh badan dan pinggul terjejas.
Kesan Negatif Akibat Masalah Tulang Belakang
1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang
Simptom
Sakit bahagian belakang pinggang.
Sengal dan kebas punggung dan kaki.
Lemah kaki.
Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan
kebas kaki.
Rawatan
Pesakit yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika
tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.Justeru,
pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X
serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan
jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.
Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan
rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit
dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat
barang berat. Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang,
mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya,
pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.
Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doctor
akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui
pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya
tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.Biasanya, selepas pembedahan, pesakit
akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga
berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian. Bagaimanapun, pesakit
dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh
menyebabkan diska tergelincir.
3.0 Amali Kecederan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries ) dan Kecederaan
Tulang Belakang ( Spinal Injuries )
Penerangan mengenai kecederaan kepala tertutup (closed head injuries) iaitu
akibat daripada hentakan melalui objek tajam , kemalangan , dan sebagainya .
Kecederaan akibat hentakan ini boleh mengakibatkan TBI ( Trauma Brains Injuries )
Penerangan amali mengenai rangka tulang belakang . Penerangan ini
merangkumi bahagian-bahagian tulang belakang dan penyakit yang akan berlaku
sekiranya berlaku kecederaan dimana-mana bahagian tulang belakang tersebut
Amali melibatkan rakan kelas bagi melatih mereka apa yang mereka perlu
lakukan sekiranya berlaku situasi kecederaan tulang belakang ( spinal injuries ).
Gambar diatas menunjukan seorang mangsa terbaring akibat kecederaan tulang
belakang dan seorang pelajar menepuk bahagian belakang mangsa bagi
mendapatkan respon mangsa terlebih dahulu . Jika tiada respon dari mangsa ,
pelajar tersebut perlu meminta rakan lain untuk menghubungi ambulans atau
pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pelajar tersebut meminta rakan lain bagi mengalih mangsa dari posisi
terbaring kepada posisi ke hadapan ( roll on process ). Amali ini melibatkan tiga
orang bagi mengalih mangsa. Seorang ketua dihadapan perlu memeggang kepala
mangsa agar tidak berlaku banyak pergerakan yang boleh menambahkan
kecederaan kepada mangsa. Dalam kiraan 1,2, dan 3 mereka perlu sama-sama
mengalihkan mangsa secara serentak Biarkan mangsa dalam posisi tersebut
sehingga bantuan perubatan tiba .
Jika keadaan persekitan berbahaya, mangsa perlu dialihkan terlebih dahulu.
Seorang pelajar sedang mengalihkan mangsa dengan mencekak kolar baju mangsa
sebelum dialihkan ke tempat yang lebih selamat
4.0 Refleksi
Allhamdulilah dan bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia
rahmatnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek PJM 3182
iaitu Kecederaan Dalam Sukan. Terima kasih saya ucapakan kepada pensyarah
subjek ini iaitu Encik Simun Guntalib atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran subjek ini. Terima kasih juga saya ucapakan kepada
rakan sekelas yang banyak membantu dalam sesi amali dan memberi perhatian
sepanjang sesi amali dijalankan.
Saya telah diberikan tugasan mengenai kecederaan kepala tertutup iaitu
closed head injuries dan kecederan tulang belakang iaitu spinal injuries. Pada
mulanya agak susah saya menjalankan tugsan ini kerana saya kurang pengalaman
dalam kecederaan sebegini, namun melalui pembacaan maklumat di buku dan
laman sesawang akhirnya saya dapat input baru dalam kecederaan dalam sukan.
Melalui dapatan saya, maklumat dalam bahasa melayu agak sukar diperolehi
berbanding bahasa inggeris. Saya terpaksa membaca dalam bahasa inggeris dan
memahami kecederaan ini sebelum menterjemahkanya dalam bahsa melayu. Hal ini
kerana bagi memudahkan amali dilakukan dan penerangan dalam bahasa melayu
lebih mudah untik difahami oleh rakan-rakan sekelas saya.
Selain itu, input baru yang saya perolehi telah saya kongsikan bersama-sama
rakan lain. Rakan-rakan lain dapat mengetahui apa itu kecederaan kepala tertutup
dan kecederaan tulang belakang melalui amali dan sebagainya. Meraka dapat
mengaplikasikan amali ini sekiranya berlaku sebarang masalah atau kecederaan
semasa dipadang mahupun kemalangan. Dengan adanya amali ini, rakan-rakan lain
lebih bersedia sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.
Akhir kata, tugasan ini banyak memberi maklumat baru kepada saya dan
rakan-rakan mengetahui apa itu kecederaan kepala tertutup dan kecederaan tulang
belakang. Harapan saya agar setiap amali yang telah dijalankan didalam kelas dapat
diaplikasi di sekolah mahupun ketika berhadapan dengan situasi tersebut .
5.0 Rujukan
1. http://www.brainandspinalcord.org/
2. http://www.pdrhealth.com/diseases/brain-and-spinal-cord-injury
3. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000028.htm
4. http://www.aans.org/patient%20information/conditions%20and%20treatments/traumatic%
20brain%20injury.aspx
5. http://www.gairgair.com/lawyer-attorney-1843103.html
6. http://www.medskills.eu/index.php/wiki/en/Body/Medical%20Fundamentals/Critical%20Tra
uma%20Patients/HEAD%20TRAUMA/
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Head_injury