18
PENGENALAN Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ini disebabkan ilmu ini membincangkan persoalan yang berkaitan dengan seluruh aspek keperluan manusia di atas dunia ini. Mendalami sejarah kewujudan ilmu Tafsir dan perkembangannya juga merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam memahami ilmu ini. Melalui pembincangan dalam topik ini pelajar akan memahami selok-belok penghasilan sesebuah kitab Tafsir karangan ulama mufassirin, sebagaimana memahami cara dan metode yang diguna pakai oleh mereka dalam mengolah sesuatu ayat al-Quran. Bagi membincangkan perkembangan ilmu Tafsir ini, kita akan menelusuri tiga tempoh zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat, zaman TabiÊin dan AtbaÊ al-TabiÊin dan zaman Tadwin atau Pembukuan. T T o o p p i i k k 3 3 Perkembangan Ilmu Tafsir Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan perkembangan ilmu Tafsir dari zaman Rasulullah dan sahabat sehinggalah ke zaman pembukuan; 2. Menerangkan metode pentafsiran bagi setiap zaman; dan 3. Mengetahui sumber pentafsiran bagi setiap zaman. HASIL PEMBELAJARAN

11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� PENGENALAN

Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ini disebabkan ilmu ini membincangkan persoalan yang berkaitan dengan seluruh aspek keperluan manusia di atas dunia ini. Mendalami sejarah kewujudan ilmu Tafsir dan perkembangannya juga merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam memahami ilmu ini. Melalui pembincangan dalam topik ini pelajar akan memahami selok-belok penghasilan sesebuah kitab Tafsir karangan ulama mufassirin, sebagaimana memahami cara dan metode yang diguna pakai oleh mereka dalam mengolah sesuatu ayat al-Quran. Bagi membincangkan perkembangan ilmu Tafsir ini, kita akan menelusuri tiga tempoh zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat, zaman TabiÊin dan AtbaÊ al-TabiÊin dan zaman Tadwin atau Pembukuan.

TTooppiikk 33 � Perkembangan Ilmu Tafsir

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan perkembangan ilmu Tafsir dari zaman Rasulullah dan sahabat sehinggalah ke zaman pembukuan;

2. Menerangkan metode pentafsiran bagi setiap zaman; dan

3. Mengetahui sumber pentafsiran bagi setiap zaman.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

44

ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT

Zaman permulaan bagi Ilmu Tafsir sudah tentulah bertitik tolak dari zaman Rasulullah s.a.w. Keadaan ini kerana wahyu dari langit yang dibawa dengan perantaraan Malaikat Jibril itu bermula sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul. Oleh itu boleh dikatakan, perkembangan Ilmu Tafsir pada hakikatnya bermula sebaik sahaja al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Perkembangan Ilmu Tafsir samalah seperti ilmu-ilmu yang lain. Sesuatu ilmu kebiasaannya muncul di persada dunia tanpa nama yang khas merujuk kepadanya. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, barulah manusia mula memikirkan nama yang sesuai dengan ilmu tersebut. Keadaan demikian juga berlaku kepada Ilmu Tafsir. Pentafsiran al-Quran bermula sejak dakwah Islam disebarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Cuma persoalannya, apakah metode atau bentuk ilmu Tafsir yang wujud pada zaman itu? Untuk menjawab persoalan ini, mari sama-sama kita meneliti perbincangan berikut.

3.1.1 Metode/Bentuk Pentafsiran

Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w. Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna ayat-ayat al-Quran. Baginda juga amat memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam ayat al-Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda s.a.w. supaya menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut:

��������� ��� � ��� �������� ������ ��� Bermaksud: „Supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka‰. (Surah al-Nahl: 44)

Menurut Ibn Khaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabat-sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan memperincikan supaya difahami dengan jelas oleh mereka. Demikian juga Baginda s.a.w membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh. Penjelasan Rasulullah memberi faham makna dan maksud tersirat di dalam ayat, manakala peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang menyaksikan wahyu

3.1

Page 3: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 45

diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabat-sahabat baginda s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabiÊin dan begitulah seterusnya.

Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasi pertama iaitu generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabiÊin dan sehingga generasi kebelakangan. Sehinggalah pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada sahabat, tabiÊin dan generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari, al-Wafidi, al-ThaÊalibi dan seumpama mereka. Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah mmetode terus atau ssecara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak sebagai pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya. Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepada sahabat ialah seperti berikut: (i) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). Seperti

Nabi s.a.w menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 42:

)������ ����! �"#�� ��$�%&!(

(ii) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Baqarah ayat 186:

) '�*+� ,�-� �� .�/+� ,�-� �0� 1��2 34 ��/56�! ����! 578�� ��(

Apa yang dimaksudkan di sini ialah kehitaman malam dan keterangan siang.

(iii) Mengkhususkan yang umum. Contohnya, kezaliman yang dimaksudkan

dalam surah al-AnÊaam ayat 83 berikut:

) ��9/ �:�; ��<��2 =! ����� �2>��(

Page 4: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

46

Rasulullah s.a.w menjelaskan kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah mensyirikkan Allah seperti yang terdapat dalam surah Luqman ayat 12 berikut:

) ? @/ �2 ��9A ��9� B5C�� D E�/ B5C� (

(iv) Mentaqyidkan yang mutlak. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Maidah ayat 40:

) �$�2F2& ��GH%�I JK%L�<��! ML�<��! (

Ayat ini menyebut ÂtanganÊ secara mutlak, lalu Rasulullah s.a.w mentaqyidkannya dengan Âtangan kananÊ.

Rajah 3.1: Metode Rasulullah dalam mentafsirkan ayat al-Quran

3.1.2 Sumber Ilmu Tafsir

Ilmu tafsir merupakan suatu ilmu yang amat penting untuk memandu manusia ke arah jalan yang diredai Allah. Oleh kerana ilmu ini berkait rapat dengan ayat al-Quran, maka sumber ilmu ini mestilah sesuatu yang berkaitan dengan al-Quran. Untuk mengetahui apakah sumber ilmu ini secara umumnya, mari kita ikuti perbincangan berikut. (a) SSumber Pertama: Al-Quran al-Karim

Al-Quran al-Karim merupakan sumber utama bagi ilmu Tafsir. Tahukah anda kenapa al-Quran merupakan sumber utama ilmu ini? Ini ialah kerana ayat-ayat al-Quran menjelaskan atau mentafsirkan antara satu sama lain.

Page 5: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 47

Sebagai contoh, Allah menurunkan sesuatu ayat yang berbentuk umum dalam satu surah. Dalam surah yang lain pula Allah menurunkan ayat yang memperincikan sesuatu yang disebutkan secara umum itu. Contohnya, ayat al-Quran di bawah. Allah s.w.t berfirman:

N�L���OP�& ��Q0�R���S �F�%�!

Bermaksud: „Sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian‰. (Nuh: 3)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan penciptaan manusia secara berperingkat-peringkat dan sentiasa berkembang. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

T1�P ��� UJ����� * ��� �D��<��VO�� ���OR���S �F�R���!)12(��QW T1�0�� TL��5�% X�I NJ�8OH � Y���O��G�Z

)13(�J�8OH[��� ���OR���S ��QW N����9�A �J�\�] $O�� ���OR���̂ �I NJ�\�] � �J�R���GO�� ���OR���̂ �I NJ�R���A ������<�0�I�9�GO���B�L������I �5�S� N�RO��S Y���O_�C��& ��QW N�$�̀ �� �a� �1�R����̂ O�� ��<�4�& bc���)14(

Bermaksud: „Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripada saripati (yang berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia bentuk yang lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik‰. (al-Mukminun: 12-14)

Bila anda perhatikan ayat dalam surah al-Mukminun, anda akan dapati Allah menjelaskan secara terperinci peringkat dan perkembangan kejadian manusia itu. Penjelasan ayat ini secara langsung menafsirkan ayat yang umum dari surah Nuh di atas.

(b) SSumber Kedua: Al-sunnah al-Nabawiyyah

Al-Sunnah al-Nabawiyyah atau hadis Nabi s.a.w merupakan sumber kedua bagi ilmu Tafsir. Tentu anda sudah memahami kenapa hadis Nabi merupakan sumber kedua bagi ilmu ini. Sebagaimana sesetengah ayat al-Quran menjelaskan dan memperincikan ayat yang lain, hadis nabi juga berfungsi seperti itu. Bahkan kebanyakan hadis nabi adalah menjelaskan secara terperinci ayat yang umum. Allah s.w.t berfirman:

Page 6: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

48

�5O�d>�� �e����� ���O�����&�! �D! 5c0�8���2 �� �c��G���! ��������� ��� � ��� �������� ������ ���

Bermaksud: „Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan‰. (an-Nahl: 44)

Sebagai contoh, perintah menunaikan solat disebut secara umum dalam ayat berikut:

������ ���� �� �� ������ �� ������ � �� �� ���� �� �� ������� �� �� �� � � ����� �� ���� ) �5R���43(

Bermaksud: „Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk‰.

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

��� �� ������ �� �� � �� � ��� ��� ������ �� �� ���� ��� ������ ���� ����� ) f�<���103(

Bermaksud: „Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditetapkan waktunya ke atas orang-orang mukmin‰.

Begitu juga dengan beberapa ayat yang lain yang menyentuh tentang kewajipan menunaikan solat. Ayat-ayat ini langsung tidak menjelaskan secara terperinci bagaimanakah cara menunaikan solat itu, berapa rakaat dan sebagainya. Maka hadis Nabi s.a.w berfungsi untuk menjelaskan secara terperinci tentang cara-cara dan perkara yang berkaitan dengan ibadat solat yang sempurna. Antara hadis yang memberi gambaran yang jelas tentang cara-cara menunaikan solat ialah hadis berikut:

X�g& h�$�2&L �$� ���g

Bermaksud: „Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat‰. (c) SSumber Ketiga: Bahasa Arab

Mungkin anda boleh memahami dengan jelas kenapa bahasa Arab merupakan sumber ilmu Tafsir yang ketiga. Kaitan bahasa Arab dengan al-Quran begitu rapat sekali kerana al-Quran diturunkan dengan bahasa ini. Allah s.w.t menjelaskan sendiri dalam al-Quran berkenaan perkara ini dengan firmanNya:

Page 7: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 49

���Q0c��Gc� N�i��/�5�A N����5Q% Y���O�����& ���j �D�Q��R�G��)2(

Bermaksud: „Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab semoga kamu berfikir‰. (Yusuf: 2)

Menurut Ibn Kathir al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa ini adalah bahasa yang paling fasih dan lebih jelas serta lebih luas dan banyak pengertian dalam menggambarkan sesuatu makna. Sebab itulah kitab yang paling mulia diturunkan dengan bahasa yang paling mulia. Ia diturunkan kepada Rasul yang paling mulia dengan perantaraan malaikat yang paling mulia. Sebagaimana ia diturunkan di tempat yang paling mulia dan suci. Al-Quran juga mula diturunkan dalam bulan yang paling mulia.

Oleh itu kita bergantung kepada kefahaman yang jelas tentang selok belok ilmu bahasa Arab untuk memahami maksud yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran yang mulia itu. Antara ilmu-ilmu ini ialah ilmu tatabahasa, ilmu balaghah, ilmu sorof dan sebagainya.

(d) SSumber Keempat: Ijtihad dan Pendapat Ulama

Ruang ijtihad ini terbuka luas kepada mereka yang layak. Ijtihad merupakan sumber ilmu Tafsir yang keempat berdasarkan suruhan Allah agar kita memerhati, menghayati dan berfikir tentang makna-makna yang terdapat pada ayat-ayat al-Quran. Keterangan ini dijelaskan melalui ayat berikut:

�"�I�& O�! F�Z���� �bk��� �5���l �F��A ���� �D��� �����! �D��5QRO�� �D! 5�/�F���2 �"���S� �b��I N�m�n�� N�I

Bermaksud: „Apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya‰. (an-NisaaÊ: 82)

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w serta ulama yang muÊtabar telah melaksanakan tuntutan berijtihad dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Cuma satu perkara yang perlu diketahui, ijtihad dalam menafsirkan sesuatu ayat boleh dilakukan apabila tidak terdapat dalam sumber pertama dan kedua.

Page 8: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

50

3.1.3 Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah

Perbincangan di atas menyentuh sumber ilmu Tafsir secara umum, tanpa mengira zaman dalam perkembangan ilmu ini. Persoalannya, apakah sumber ilmu Tafsir pada zaman Rasulullah s.a.w? Apabila sahabat-sahabat mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran, mereka merujuk terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat atau perkataan tertentu dalam mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta menjelaskan segala kemusykilan itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Ini jelas digambarkan melalui ayat berikut:

���� ���� �� ) � � � � ���� �� ��� ��� ������ � �� ! ��� �� ( �" �# �$ �

Bermaksud: „Dan kami turunkan kepadamu peringatan (al-Quran) supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka‰. (an-Nahl: 44) Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan terhadap ayat-ayat al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun mempelajari al-Quran dan pentafsirannya daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya. Uthman bin Affan, Abdullah bin MasÊud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah mereka benar-benar faham ayat itu dan beramal dengannya. Walaupun begitu tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan mahupun dikelaskan sebagai ilmu yang berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya diriwayatkan oleh sahabat dari Rasulullah sebagaimana mereka meriwayatkan hadis-hadis yang lain.

Page 9: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 51

Rajah 3.2: Sumber ilmu Tafsir

3.1.4 Tafsir al-Quran Zaman Sahabat

Sebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan kebanyakan makna al-Quran kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya daripada zaman Rasulullah s.a.w. Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran. Walaupun begitu, para sahabat bukanlah semuanya sama dalam memahami ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam memahaminya berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh mereka bersama Nabi s.a.w. Antara sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir al-Quran ialah khalifah yang empat, Abdullah bin MasÊud, Ubai bin KaÊab dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka terdapat sahabat lain seperti Abu Musa al-AsyaÊari, Amru ibn al-ÂAs, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan AÊisyah. Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir, sementara Abdullah bin Abbas pula yang paling muda di kalangan mereka.

SEMAK KENDIRI 3.1

Apakah sumber ilmu Tafsir di zaman Rasulullah s.a.w? Huraikan.

Page 10: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

52

Rajah 3.3: Antara sahabat yang masyhur dalam ilmu Tafsir

3.1.5 Sumber Tafsir Zaman Sahabat

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam ilmu Tafsir berdasarkan sumber-sumber berikut: (i) Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama yang diajar oleh

Rasululllah s.a.w kepada sahabat.

(ii) Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber yang tidak kurang pentingnya kerana Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling mengetahui tentang kitab Allah dan pentafsiran makna-maknanya.

(iii) Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan penelitian dan kefahaman yang baik. Sumber ini juga penting kerana sahabat adalah orang yang paling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Mereka berada bersama Rasulullah s.a.w ketika al-Quran diturunkan.

Rajah 3.4: Sumber pentafsiran al-Quran pada zaman sahabat

Page 11: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 53

Rajah 3.5: Gambar hiasan halaqah ilmu di zaman sahabat

ZAMAN TABI’IN DAN ITBA’ AL-TABI’IN Di bahagian ini anda akan pelajari tentang ilmu tafsir pada zaman TabiÊin dan itbÊ al-TabiÊin.

3.2.1 Ilmu Tafsir Zaman Tabi’in

Kata-kata TabiÊin dalam ilmu Tafsir merupakan sumber ke empat dalam ilmu ini. Apabila tidak terdapat pentafsiran al-Quran dengan al-Quran, pentafsiran al-Quran dengan al-Sunnah serta pentafsiran al-Quran dengan pendapat sahabat, maka ketika itu kita akan merujuk kepada pendapat TabiÊin. Pada zaman TabiÊin, ilmu Tafsir semakin berkembang. Para TabiÊin mengambil ilmu al-Kitab dan al-Sunnah daripada sahabat. Mereka mempelajari ilmu Tafsir dan berguru dengan sahabat tentang ilmu Tafsir dengan menghimpunkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga berguru tentang tafsir ayat-ayat al-Quran serta apa yang berkaitan dengan ilmu ini. Walaupun begitu pada zaman ini ilmu Tafsir masih lagi diriwayatkan secara lisan dan dihafal sahaja.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Cuba senaraikan sumber Tafsir zaman Sahabat.

2. Namakan empat orang tokoh Tafsir zaman Sahabat.

3.2

Page 12: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

54

Ulama Tafsir yang terkenal di kalangan tabiÊin ialah Mujahid, Said bin Jabir, Ikrimah Maula Ibn Abbas, Thawus, AthaÊ bin Abi Rabah. Mereka banyak meriwayatkan ilmu ini daripada Ibn Abbas. Sementara Alqamah, al-Aswad bin Yazid al-NakhaÊi, Ubaidah bin Amru al-Salmani dan Amru bin Syarhabil banyak meriwayatkan ilmu ini daripada Ibn MasÊud.

Rajah 3.6: Ulama Tafsir di kalangan TabiÊin

Pada zaman TabiÊin wilayah Islam semakin luas. Sahabat-sahabat keluar dari Madinah Munawwarah dan pergi ke negara yang baru. Di negara tersebut mereka menyebarkan ilmu Islam. Dalam bidang Tafsir, muncul beberapa aliran di negara-negara tersebut. Aliran-aliran ini dikenali sebagai madrasah Tafsir Makkah, madrasah Tafsir Madinah dan madrasah Tafsir Kufah. Guru di Makkah ialah Abdullah bin Abbas, di Madinah pula gurunya ialah Ubai bin KaÊab, sementara di Kufah ialah Abdullah bin MasÊud.

3.2.2 Sumber Tafsir Zaman Tabi’in

Tahukah anda apakah rujukan para TabiÊin dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran? Antara sumber utama yang membolehkan mereka menafsirkan al-Quran ialah seperti berikut:

Page 13: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 55

(a) Tafsir al-Quran dengan al-Quran. (b) Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. (c) Tafsir al-Quran dengan kata-kata sahabat.

Rajah 3.7: Sumber Tafsir zaman TabiÊin

3.2.3 Ilmu Tafsir Zaman Atba’ al-Tabi’in

Sebagaimana yang anda ketahui, langkah pertama dalam perkembangan ilmu Tafsir ialah perpindahan ilmu yang amat penting ini dengan cara riwayat dari satu generasi ke generasi yang lain. Sahabat meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Para TabiÊin pula meriwayatkannya daripada sahabat.

Pada zaman TabiÊ al-TabiÊin perkembangan ilmu Tafsir maju selangkah lagi apabila hadis-hadis yang berkaitan tafsir ayat-ayat al-Quran mula dikumpulkan dan dibukukan. Antara orang bertanggungjawab melaksanakan tugas yang mulia ini ialah Sufian bin Uyainah, WakiÊ bin al-Jarrah dan lain-lain.

Walaupun begitu, pembukuan ini terhad kepada pengumpulan hadis-hadis yang berkaitan ilmu Tafsir sahaja. Masih belum ada lagi pembukuan ilmu secara berasingan seperti yang ada sekarang.

Rajah 3.8: Tokoh yang mengumpulkan hadis yang berkaitan Tafsir al-Quran

Page 14: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

56

ZAMAN TADWIN/PEMBUKUAN

Di dalam bahagian ini anda akan pelajari tentang ilmu Tafsir pada zaman Tadwin.

3.3.1 Peringkat Pembukuan Ilmu Tafsir

Pada akhir zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyy dan di awal pemerintahan Abbasi perkembangan ilmu Tafsir semakin rancak. Di era inilah bermulanya pembukuan ilmu Tafsir secara berasingan. Pada zaman ini iaitu zaman pemerintahan Abu JaÊfar al-Mansur, kegiatan pembukuan ilmu-ilmu Islam bergerak dengan begitu hebat sekali. Ilmu-ilmu seperti Hadis, Fiqh termasuklah ilmu Tafsir dibukukan pada zaman pemerintahannya. Beliau memerintah dari tahun 136H sehingga tahun 158H. Pentafsiran ayat-ayat al-Quran secara ayat demi ayat mengikut susunan al-Quran mula diperkenalkan. Tidak dapat dipastikan siapakah yang mula-mula sekali membukukan ilmu Tafsir secara berturutan, ayat demi ayat mengikut susunan al-Quran seperti yang ada sekarang. Tetapi antara yang terawal membukukan ilmu ini dengan susunan begitu ialah Ibn Jarir al-Tabari, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim.

Rajah 3.9: Antara orang yang terawal membukukan ilmu Tafsir mengikut susunan al-Quran

SEMAK KENDIRI 3.3

Sila jelaskan perkembangan tafsir zaman TabiÊin dan TabiÊ TabiÊin.

3.3

Page 15: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 57

Rajah 3.10: Pembukuan ilmu al-Quran

3.3.2 Perkembangan Tafsir Zaman Mutakhirin

Pada zaman Abbasiah juga munculnya mazhab baru dalam perkembangan ilmu Tafsir. Di zaman ini muncul golongan yang memperkenalkan tafsir bi al-RaÊyi di samping tafsir bi al-MaÊthur. Selepas itu muncul pula buku Tafsir yang menjelaskan lafaz al-Quran dan penjelasan terhadap makna perkataannya. Antaranya ialah Mufradat al-QurÊan oleh al-Raghib al-Asfahani dan Gharib al-QurÊan oleh al-Sajastani. Kemudian muncul pula buku Tafsir yang membincangkan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak seperti Ahkam al-QurÊan oleh al-SyafiÊI, Ahkam al-QurÊan oleh Ibn al-Arabi dan Ahkam al-QurÊan oleh al-Qurtubi. Selain itu muncul pula kitab Tafsir yang membicarakan tentang istilah-istilah Sains dalam ayat-ayat al-Quran. Tafsir ini cuba mengaitkan antara al-Quran dan ilmu alam seperti Tafsir Tantawi iaitu Jauhariyy al-MuÊasir. Selain Tantawi, beberapa ulama lain seperti al-Ghazali dan al-Suyuti juga menulis dalam hal terdahulu. Terdapat juga penulisan ilmu Tafsir yang memfokuskan perbincangannya mengenai perkara yang berkaitan dengan ilmu bahasa Arab seperti nahu, bayan dan badiÊ atau iÊjaz al-lughawi. Antara ulama yang menulis dalam bidang ini ialah al-Syeikh Makki bin Abi Talib, al-Akbari, al-Sarkhidi, al-Baqillani, al-Rumani dan al-RafiÊi. Pada tahun 125H, Shihabuddin al-Alusi telah mengarang kitab Tafsir yang berjudul Ruh al-MaÊani.

Page 16: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

58

Rajah 3.11: Beberapa contoh kitab Tafsir yang dikarang oleh ulama dalam bidang ini

3.3.3 Perkembangan Tafsir Zaman Moden

Tokoh Tafsir zaman moden ialah Mohd Rashid Ridha. Beliau juga merupakan tokoh ulama Tafsir yang terkenal di zaman moden. Beliau yang berasal dari Tarablus, Syam, mengarang kitab Tafsir yang dinamakan Tafsir al-Manar. Tafsir ini dianggap sebagai pemangkin pergerakan pemikiran di zaman moden. Ia menyentuh permasalahan umat dari sudut pandangan al-Quran dan cara mengatasinya. Antara ulama Tafsir zaman moden juga ialah Syed Qutub. Beliau mengarang kitab Tafsir yang berjudul Fi Zilal al-QurÊan. Tafsir Fi Zilal al-QurÊan merupakan sebuah tafsir yang bersandarkan kepada unsur-unsur naqliyyah atau riwayat-riwayat yang maÊthur. Oleh yang demikian, pengarangnya iaitu Syed Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasan ilmu bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidak memasukkan cerita-cerita israiliyyat dan menjauhi penemuan-penemuan sains yang asasnya sentiasa berubah-ubah. Tokoh yang lain ialah al-Syeikh Mutawalli SyaÊrawi. Beliau gemar menggunakan pendekatan ilmu-ilmu moden dalam pentafsiran al-Quran. Pendekatan ini digunakan secara meluas dalam bukunya Tafsir SyaÊrawi. Beliau gemar menggunakan pendekatan akal, logik dan perbandingan supaya memudahkan pembaca memahami sesuatu ayat. Di samping itu juga dapat menambahkan lagi tahap keimanan pembaca kepada Allah s.w.t.

Page 17: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR � 59

� Dalam topik ini kita telah membincangkan perkembangan ilmu Tafsir dari zaman Rasulullah sehinggalah zaman moden ini.

� Dari perbincangan ini jelas menunjukkan ilmu ini sentiasa berkembang bersama peredaran zaman dan keperluan semasa.

� Perkembangan ini membuktikan kepada kita kehebatan al-Quran yang terkandung khazanah ilmu yang amat berharga dan relevan pada setiap zaman.

� Kesinambungan perkembangan ilmu ini perlu diteruskan dengan kajian demi kajian perlu dilakukan bagi membongkar ilmu Allah yang tidak bertepi itu.

Mujmal

Nasikh

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Jelaskan bagaimanakah peranan Rasulullah dalam mentafsirkan al-Quran.

2. Bilakah pembukuan ilmu Tafsir secara berasingan bermula?

3. Ceritakan perkembangan ilmu Tafsir zaman moden.

4. Huraikan dengan ringkas perkembangan ilmu Tafsir zaman MutaÊakhirin.

5. Sebutkan sumber Tafsir zaman TabiÊin.

Page 18: 11120206Topik3PerkembanganIlmuTafsir

� TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

60

Syed Qutb. (2000). Tafsir Fi Zilal al-QurÊan „Di Bawah Bayangan al-Quran‰, (Terj) Yusoff Zaky Yacob. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, Cet.1, hal. xxiv.

Al-Suyouti, Jalaluddin. (1980M). Al-Itqan fi ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Zahabi, Muhammad Husein. (1946M). Al-Tafsir wa al-mufassirun. Qaherah: Maktabah al-Majlis.

Al-Qudhah, Ahmad Muhammad Muflih. (2004M). Dirasat fi ulum al-Quran wa al-Tafsir. Amman: JamÊiyyah al-Muhafazah ala al-QurÊan al-Karim.

Najdah Ramadhan. (1998M). Tarjamat al-QurÊan al-Karim wa-atharuha fi maÊaniha: Dar al-Sahbah.