17
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 125 UNIT 9 BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menjelaskan asas-asas berkaitan bahan pengajaran dan pembelajaran. 2. menerangkan kategori serta contoh-contoh bahan pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan. 3. menjelaskan rasional penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. menjelaskan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran. PETA KONSEP TAJUK Rasional Penggunaan Bahan Kategori Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Latar Belakang dan Maksud Garis Panduan Penggunaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

13 unit 9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

125

UNIT 9

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menjelaskan asas-asas berkaitan bahan pengajaran dan pembelajaran. 2. menerangkan kategori serta contoh-contoh bahan pengajaran dan pembelajaran

yang sering digunakan. 3. menjelaskan rasional penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. 4. menjelaskan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran.

PETA KONSEP TAJUK

Rasional Penggunaan

Bahan

Kategori Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Latar Belakang dan Maksud

Garis Panduan Penggunaan

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Page 2: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

126

PENGENALAN Suasana fizikal dan suasana psikologikal yang kondusif di dalam bilik darjah berupaya membantu murid-murid untuk dapat meneruskan aktiviti pembelajaran mereka. Bagi tujuan tersebut guru biasanya akan melakukan pelbagai cara termasuk memikir dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan mata pelajaran dan topik yang diajar. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang tedapat dalam topik yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dapat mencetuskan suasana tersebut kerana variasi yang terdapat dalam aktiviti yang melibatkan pelbagai bahan pembelajaran dapat mengelakkan mereka daripada berasa cepat jemu atau bosan. Keadaan ini juga akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran penting kerana bahan tersebut dapat menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa medium tersebut, penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang lancar serta kurang memberi kesan yang diharapkan. Sebelum guru dapat memikirkan apakah bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diguna pakai, terlebih dahulu guru merujuk kepada sukatan pelajaran (SP) dan huraian sukatan pelajaran (HSP); atau untuk KSSR guru merujuk kepada dokumen standard kandungan (DSK) dan dokumen standard pembelajaran (DSP). Dalam KBSR SP dan HSP sebagai sumber yang boleh dirujuk berkaitan dengan topik atau subtopik isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran. Di dalam HSP dihuraikan secara terperinci berkaitan dengan topik atau subtopik isi pelajaran; dan kadangkala dicadangkan juga aktiviti yang boleh dilaksanakan. Di dalam KSSR DSK dan DSP diguna pakai sebagai sumber yang boleh dirujuk.

ISI KANDUNGAN

Apakah yang anda faham berkaitan bahan pengajaran

dan pembelajaran?

Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk dalam sesuatu mata pelajaran. Manakala bahan pembelajaran ialah bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid selalunya akan menggunakan bahan yang sama. Bagi guru-guru bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana peranannya sebagai media untuk berkomunikasi; memberi rangsangan; mempenjelas sesuatu maksud; sebagai penggerak pelbagai pancaindera; sebagai sumber pengalaman; dan sebagai variasi kaedah dan teknik pengajaran.

Kategori bahan pengajaran dan pembelajaran Terdapat pelbagai cara untuk mengkategorikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Penulis buku yang berbeza mungkin membuat pengkategorian dengan cara yang berbeza. Dalam modul ini bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

Page 3: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

127

dikategorikan kepada bahan bercetak; CD-ROM dan DVD-ROM; internet; bahan siaran daripada radio dan televisyen; bahan realia; bahan replika; dan sebagainya.

Bahan bercetak Bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk bercetak contohnya ialah modul; buku teks; buku latihan dan aktiviti; dan buku sumber. Lain-lain bahan bercetak ialah seperti surat khabar, majalah, makalah, carta dan graf, peta, ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan, serta bahan terbitan berkala. Bahan bercetak adalah bahan pembelajaran yang mudah dan banyak didapati dalam pelbagai bentuk. Bahan bercetak juga mudah disediakan.

Modul Dalam KSSR modul digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara bermodular menggantikan pembelajaran KBSR yang banyak bergantung kepada buku teks serta buku latihan dan aktiviti. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 terdapat lima modul yang diguna pakai oleh murid-murid iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula modul yang digunakan di Tahap 1 ialah Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis dan Modul Seni Bahasa; manakala di Tahap 2 ialah Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Modul-modul tersebiut dibina berasaskan DSK dan DSP bagi mata pelajaran masing-masing. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula terdapat lima modul digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran murid iaitu Listening and Speaking Module, Reading Module, Writing Module, Language Module dan Grammar Module. Rajah 9.1 menunjukkan matrik penggunaan modul-modul bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris mengikut tahun dan tahap persekolahan. Kemahiran-kemahiran listening and speaking, reading, writing, dan language adalah kemahiran-kemahiran yang diajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6; manakala grammar hanya mula diajar kepada murid-murid mulai Tahun 3 hingga Tahun 6.

Page 4: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

128

LISTENING AND SPEAKING MODULE

READING MODULE

WRITING MODULE

LANGUAGE MODULE

GRAMMAR MODULE

Year 1 Year 2 Year 3 Year 4 Year 5 Year 6

Stage 1 Stage 2

Rajah 9.1 Matrik Penggunaan Modul Bahasa Inggeris Mengikut Tahun

dan Tahap Persekolahan KSSR (Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011)

Buku teks Buku teks ialah bahan bercetak yang biasa digunakan di sekolah-sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1999, KPM, memberi garis panduan yang khusus tentang penggunaan buku teks serta buku latihan dan aktiviti. Hanya buku teks yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah wajib digunakan di semua sekolah kerajaan. Di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), majoriti murid memperoleh pinjaman buku teks untuk pembelajaran mereka.

Buku latihan dan aktiviti Buku latihan dan aktiviti Tahap Satu yang diperakui oleh kementerian adalah juga wajib digunakan di sekolah rendah. Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1999 yang melarang sekolah menggunakan buku serta buku latihan dan aktiviti secara sewenang-wenang sebagai buku teks dan buku-buku aktiviti atau buku-buku tambahan.

Surat Khabar Surat khabar juga boleh menjadi bahan yang sangat berguna kepada guru-guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Akhbar Dalam Darjah (ADD) biasa digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Suatu masa dahulu kebanyakan akhbar menyediakan halaman atau ruang yang khusus untuk pendidikan. Terdapat juga akhbar yang khusus untuk pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti

Page 5: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

129

DIDIK, YIFI, MINDA PELAJAR, SKOR dan sebagainya. Akhbar DIDIK adalah keluaran khas untuk murid-murid sekolah rendah. Akhbar YIFI adalah untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 semasa PPSMI dilaksanakan. MINDA PELAJAR pula adalah untuk pelajar-pelajar menengah rendah dan SKOR adalah untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Lain bahan bercetak Lain-lain bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, makalah, carta dan graf, peta, ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan, serta bahan-bahan terbitan berkala yang relevan boleh juga digunakan mengikut kesesuaian mata pelajaran dan juga tajuk yang diajar. Penggunaan perpustakaan digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan seperti akhbar, majalah, buku rujukan dan sebagainya boleh digunakan sebagai bacaan ekstensif.

CD-ROM dan DVD-ROM CD-ROM dan DVD-ROM juga ialah antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang sering diguna pakai oleh guru di dalam kelas. Ia tergolong juga sebagai bahan audio-video iaitu berasaskan gambar, suara atau bunyi-bunyian. Terdapat banyak CD-ROM pendidikan dalam pasaran yang boleh diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaiannya. Dalam konteks KSSR belajar melalui TMK adalah salah satu pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK iaitu Elemen Merentas Kurikulum (BPK, 2010). Dalam pendekatan ini penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM. Dalam KSSR konsep learning is fun adalah antara perkara yang diberi penegasan. Melalui CD-ROM atau DVD-ROM konsep tersebut dapat diaplikasikan.

CD-ROM buku teks Mulai 2001 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan CD-ROM buku teks. Apabila PPSMI diperkenalkan pada 2003 penggunaan CD-ROM buku teks menjadi semakin lazim dalam kalangan guru-guru. CD-ROM buku teks adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sekali dengan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks. Penggunaan CD-ROM buku teks menjadikan pembelajaran murid lebih seronok dan menarik kerana bersifat interaktif. Kesan audio, video serta penggunaan warna-warna yang menarik juga mampu meningkatkan minat murid untuk terus belajar.

Page 6: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

130

Rajah 9.2 Sumber Bahan Pembelajaran Berasaskan Komputer

Internet Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga sering berlaku di sekolah. Semasa pengenalan Sekolah Bestari, salah satu mod pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan internet. Pembelajaran menggunakan internet selaras dengan konsep bringing the world to classroom. Menurut PPK (2001), penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Selain itu ia juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan di samping dapat meningkatkan motivasi murid dan membolehkan murid-murid belajar mengikut perancangan individu. Di peringkat universiti, pembelajaran secara talian terus (online) melalui sistem seperti MyGuru kini menjadi sesuatu yang sudah lazim. Pembelajaran secara jarak jauh dapat berlangsung melalui penggunaan internet ini. Dalam KSSR penggunaan internet untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah salah satu cara yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK di bawah pendekatan belajar melalui TMK. Murid-murid boleh mengakses maklumat yang diperlukan dalam pembelajarannya seperti pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek dan lain-lain.

Bahan siaran daripada Radio dan TV Suatu masa dahulu rancangan daripada TV pendidikan serta radio pendidikan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Rancangan tersebut bersiaran di waktu pagi dan ulangannya di waktu petang. Kini dalam televisyen Astro banyak lagi rancangan yang

Page 7: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

131

berbentuk pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid-murid sekolah. TV IQ sebagai contoh banyak menyiarkan rancangan-rancangan yang menarik. Ada juga rancangan yang membimbing murid untuk menghadapi peperiksaan awam UPSR, PMR dan SPM.

Rajah 9.3 Bahan Pandang Dengar

Apakah lagi bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah?

Page 8: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

132

AKTIVITI 9.1

Ada yang mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada kategori bahan relia, replika, bahan projeksi, multimedia dan bahan plug and unplug. Berikan beberapa contoh untuk setiap kategori tersebut.

Bahan relia :

____________________________________________________________

____________________________________________________________

__________________________________________________________

Replika:

__________________________________________________________

____________________________________________________________

__________________________________________________________

Bahan projeksi:

____________________________________________________________

____________________________________________________________

_________________________________________________________

Multimedia:

____________________________________________________________

____________________________________________________________

__________________________________________________________

Bahan plug and unplug:

____________________________________________________________

____________________________________________________________

__________________________________________________________

Page 9: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

133

Apakah rasional pengunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran? Secara umumnya seseorang boleh belajar melalui cara-cara berikut.

belajar melalui pembacaan daripada bahan bacaan.

belajar daripada apa yang didengar tentang pengalaman orang lain.

belajar melalui pengamatan dan kemudian meniru sesuatu perbuatan.

belajar daripada pengalaman langsung, seperti membuat uji kaji atau meniru perlakuan secara serentak.

Berdasarkan cara pembelajaran seperti tersebut di atas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan ciri-ciri tertentu berupaya membantu murid dalam proses pembelajaran mereka.

Cuba anda ingat kembali cadangan Bandura berkaitan pembelajaran melalui peniruan dan permodelan

Merujuk teori perkembangan kognitif oleh Piaget, pada tahap umur tertentu kanak-kanak berfikir secara konkrit. Pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih berkesan jika sesuatu pengetahuan, kemahiran ataupun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk yang konkrit dan bersifat kurang abstrak. Sehubungan itu bahan bantu belajar yang bersifat konkrit dapat membantu murid belajar dengan lebih baik lagi. Bahan-bahan maujud atau bahan realia adalah konkrit sifatnya. Manakala replika, gambar, model dan sebagainya adalah separa konkrit. Simbol-simbol lisan dan perkataan adalah lebih abstrak dan lebih sukar difahami berbanding bahan-bahan yang konkrit dan separa konkrit. Oleh yang demikian penggunaan bahan-bahan konkrit dalam pengajaran adalah sangat perlu. Berdasarkan teori pembelajaran behaviourisme pula, pembelajaran dikatakan berlangsung jika berlaku perubahan tingkah laku. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, perubahan tingkah laku lebih mudah berlaku kerana kebanyakan pancaindera akan terlibat. Maklumat yang diterima daripada pancaindera tersebut seterusnya ditafsir dalam stor ingatan jangka pendek sebelum dihantar dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk digunakan sebagai penggerak kepada sesuatu tingkah laku atau tindak balas . Dapatan kajian berkaitan keberkesanan pancaindera dalam proses pembelajaran oleh penyelidik sebelum ini mendapati 75% daripada apa yang dipelajari oleh seseorang adalah melalui penglihatan, 13% daripada pendengaran, 6% daripada sentuhan, 3% daripada apa yang dihidu dan 3% lagi ialah daripada apa yang dirasa. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman sebab itu ada kata-kata yang mengatakan ‘a picture tells thousands words’. Kajian oleh Philips (1950) mendapati murid dapat mengingat 50% daripada apa yang didengar dan dilihat berbanding dengan yang hanya dilihat sahaja atau yang didengar sahaja. Sehubungan

Page 10: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

134

itu penglibatan sebanyak mungkin pancaindera yang ada pada murid-murid dalam proses pembelajaran mereka adalah lebih baik dan membantu. Bahan-bahan pembelajaran membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalah bersifat kontekstual. Guru akan memilih bahan yang paling relevan dengan kehidupan harian murid-murid kerana ini akan memudahkan proses pemahaman oleh murid. Penggunaan bahan-bahan berbentuk relia atau model yang bersifat kontekstual sebagai sumber pembelajaran murid adalah selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Bandura. Selain itu bahan-bahan tersebut mudah diperolehi. Penggunaan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca; membuat penerokaan; ingin mencuba dan membuat eksperimen; menghargai sesuatu nilai seperti nilai estetika dan sebagainya kepada murid-murid. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga diyakini dapat membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama, dan disiplin dalam kalangan murid. Penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, dapat mengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi dengan bercakap-cakap atau berbincang antara satu sama lain dengan rasa kurang terkongkong. Walau bagaimanapun ini sangat bergantung kepada perkara-perkara yang dipelajari dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Apakah garis panduan untuk memilih/menyediakan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran? Bagi memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan maka beberapa garis panduan perlu diikuti. Berikut ialah antara garis panduan yang dimaksudkan.

Sesuai bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu sesuai dengan tajuk dan kurikulum yang ditetapkan.

Praktikal untuk digunakan, iaitu merujuk kepada kemudahan untuk dibawa, disimpan dan dikeluarkan semula apabila diperlukan

I HEAR I FORGET

I SEE I REMEMBER

I DO I ENJOY

Page 11: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

135

Menumpukan perhatian murid kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak terpegun dengan alat atau bahan yang digunakan sehingga tidak memberi tumpuan kepada isi pelajaran. Juga tidak menjemukan sehingga murid mengalihkan tumpuan kepada yang lain.

Mempunyai ciri keberkesanan kos seperti mudah bina atau diperbaiki, tahan lama, murah dan sebagainya.

Lebih baik jika maujud, konkrit dan konteksual kerana murid-murid sekolah rendah rendah mempunyai gaya pemikiran konkrit.

Bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada alam sekitar adalah faktor yang penting untuk perkembangan kognitif individu..

Kepelbagaian, bagi mengelak jemu atau bosan serta selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza.

Jumlah yang mencukupi untuk tidak menjejaskan disiplin murid dan kawalan kelas akibat daripada perebutan bahan dan sebagainya.

Selaras dengan nilai serta budaya yang ada, kerana pertembungan nilai dan budaya boleh menyebabkan konflik.

Siapakah yang terlibat mengurus bahan pengajaran dan pembelajaran? Seperti kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lain, bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah perlu diurus dengan sempurna agar manfaatnya terus diperolehi oleh semua pihak. Sehubungan itu semua pihak perlu bertanggung jawab dalam hal pengurusan ini termasuk, pihak pengurusan sekolah, panitia mata pelajaran, guru Pusat Sumber Sekolah (PSS), guru mata pelajaran, guru kelas, termasuk juga murid-murid.

Pengurusan sekolah

Di peringkat pengurusan sekolah, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan adalah pemimpin pengajaran di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian mereka perlu bertanggung jawab sepenuhnya hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran. Ini melibatkan semua aspek bahan tersebut, iaitu agihan peruntukan; urusan pembelian atau penyediaan; urusan penyimpanan dan penjagaan, pelupusan dan sebagainya. Walau bagaimanapun Guru Penolong Kanan Kurikulum adalah yang perlu lebih bertanggungjawab kerana perkara ini adalah di bawah portfolio akademik atau kurikulum. Guru Penolong Kanan Kurikulum pula memerlukan kerjasama yang erat daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran, guru PSS, guru mata pelajaran serta guru kelas.

Panitia mata pelajaran

Bagi setiap mata pelajaran ia diketuai oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran. Ketua panitia perlu membuat perancangan berkaitan penyediaan atau pembelian bahan-bahan pengajaran. Perancangan yang dibuat perlu berasaskan kepada kehendak sukatan pelajaran selain daripada bajet yang diperuntukkan kepada panitianya. Perancangan

Page 12: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

136

yang telah dipersetujui di peringkat panitia seterusnya perlu akhirnya diluluskan oleh Guru Besar untuk penyediaan atau pembeliannya. Pihak panitia mata pelajaran boleh membuat pilihan sama ada membeli bahan mentah seterusnya menyediakan sendiri atau membeli terus bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah siap sedia. Kebaikan menyediakan sendiri, dapat memenuhi apa yang diharapkan. Walau bagaimanapun ini memerlukan masa, tenaga dan kemahiran. Pembelian bahan-bahan yang telah siap adalah lebih mudah, namun perlu kos yang lebih selain kurang menepati kehendak tajuk-tajuk serta aras pencapaian murid. Panitia mata pelajaran seterusnya perlu menyediakan stok atau inventori bagi bahan-bahan pengajaran yang dipunyainya. Urusan keluar masuk bahan iaitu peminjaman dan pemulangan bagi kegunaan pembelajaran perlu direkod dengan kemas kini bagi mengelakkan daripada hilang. Pemantauan juga melibatkan pengenalpastian kerosakan dan sebagainya untuk dibuat keputusan sama ada perlu baiki atau dihapuskira dan diganti dengan yang baru. Pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada guru dalam pengajarannya dan kepada murid dalam pembelajarannya.

Guru Pusat Sumber Sekolah Di bawah Pusat Sumber Sekolah (PSS), terdapat tiga aspek yang menjadi tanggungjawab Guru PSS iaitu perpustakaan, bilik audio/video dan bahan bantu mengajar. Panitia mata pelajaran perlu bekerjasama dengan PSS bagi urusan rekod dan penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ada. Urusan peminjaman dan pemulangan oleh guru-guru adalah juga di bawah urusan PSS. Suatu rekod peminjaman dan pemulangan bahan-bahan ini perlu diadakan dan guru-guru perlulah bekerjasama untuk merekodkan setiap peminjaman dan pemulangan yang dilakukan. Berdasarkan rekod ini juga, guru PSS atau pun panitia mata pelajaran boleh mengenalpasti bahan-bahan yang kerap digunakan oleh guru-guru dan bolehlah ia diperbanyakkan. Rekod ini juga dapat membantu panitia mata pelajaran mengenalpasti keberkesanan bahan bantu mengajar yang telah disediakan untuk dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Jika pengurusan adalah cekap maka perkara ini dapat diurus dengan sempurna.

Panitia mata pelajaran Panitia mata pelajaran yang diketuai oleh Ketua Panitia Mata pelajaran perlu membuat perancangan berkaitan dengan penyediaan atau pembelian bahan-bahan pengajaran. Perancangan yang dibuat perlu berasaskan kepada kehendak sukatan pelajaran selain daripada bajet yang diperuntukkan. Cadangan daripada guru-guru mata pelajaran yang mengajar adalah sangat dialu-alukan. Perancangan yang telah dipersetujui di peringkat panitia seterusnya perlu akhirnya diluluskan oleh Guru Besar untuk penyediaan atau pembeliannya. Bagi tujuan pemerolehan bahan tersebut, pihak panitia mata pelajaran boleh membuat pilihan sama ada membeli bahan mentah seterusnya menyediakan sendiri atau terus membeli sahaja bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah siap sedia dan

Page 13: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

137

ada di pasaran. Kebaikan menyediakan sendiri, dapat memenuhi apa yang diharapkan iaitu selaras dengan tahap pencapaian murid-murid secara khusus. Walau bagaimanapun cara penyediaan ini memerlukan masa, tenaga dan kemahiran. Pembelian bahan-bahan yang telah siap ada di pasaran adalah lebih mudah, namun perlu kos yang lebih selain kurang menepati kehendak tajuk-tajuk serta aras pencapaian murid secara yang lebih khusus. Bagi meningkatkan kelancaran pengurusan, panitia mata pelajaran perlu menyediakan stok atau inventori bagi bahan-bahan pengajaran yang dipunyai di peringkat panitianya. Urusan keluar masuk bahan iaitu peminjaman dan pemulangan bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran perlu direkod dengan kemas kini bagi mengelakkan daripada kehilangan. Pemantauan juga melibatkan pengenalpastian kerosakan dan sebagainya untuk diputuskan sama ada perlu baiki atau dihapuskira dan diganti dengan yang baru. Pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada guru dalam proses pengajarannya dan kepada murid dalam aktiviti pembelajarannya.

Guru Pusat Sumber Sekolah Di bawah Pusat Sumber Sekolah (PSS), terdapat tiga aspek yang menjadi tanggungjawab Guru PSS iaitu perpustakaan, bilik audio/video dan bahan bantu mengajar. Oleh yang demikian, panitia mata pelajaran perlu bekerjasama dengan PSS bagi urusan rekod dan penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ada. Urusan peminjaman dan pemulangan oleh guru-guru adalah juga di bawah urusan PSS. Suatu rekod peminjaman dan pemulangan bahan-bahan ini perlu diadakan dan guru-guru perlulah bekerjasama untuk merekodkan setiap peminjaman dan pemulangan yang dilakukan. Berdasarkan rekod ini juga, guru PSS atau pun panitia mata pelajaran boleh mengenalpasti bahan-bahan yang kerap digunakan oleh guru-guru dan bolehlah ia diperbanyakkan. Rekod ini juga dapat membantu panitia mata pelajaran mengenalpasti keberkesanan bahan bantu mengajar yang telah disediakan untuk dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Jika pengurusan adalah cekap maka perkara ini dapat diurus dengan sempurna.

Guru mata pelajaran Boleh dikatakan setiap orang guru di sekolah adalah guru bagi sesuatu mata pelajaran tertentu. Guru mata pelajaran adalah orang yang terlibat secara langsung dengan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu kerjasama sangat diharapkan bagi tujuan penjagaan dan pengurusan bahan-bahan tersebut. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibeli atau yang disediakan adalah untuk diguna pakai bagi mendapat manfaat daripadanya bukan untuk simpanan atau pameran sahaja. Guru-guru mata pelajaran sangat digalakan untuk menggunakan bahan-bahan yang telah dibeli atau disediakan tersebut. Melalui mesyuarat panitia mata pelajaran, guru mata pelajaran perlu melaporkan kehilangan atau apa-apa kekurangan kepada panitia. Laporan serta cadangan adalah bagi mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan serta keberkesanan penggunaan bahan-bahan tersebut dalam aktiviti pembelajaran murid-murid.

Page 14: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

138

Guru kelas Tidak dapat dinafikan bahawa ada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya disimpan atau dipamerkan di dalam bilik darjah untuk memudahkan guru mata pelajaran serta untuk kegunaan murid-murid. Ada yang dilekatkan di papan kenyataan; ada yang disimpan dalam almari; ada yang terdapat di rak di bahagian belakang sekolah; dan ada juga yang digantung didinding. Dalam hal seperti ini, guru kelas perlu memberi kerjasama dan bertanggung jawab ke atas bahan-bahan tersebut. Kedudukan bahan-bahan yang dipamerkan di dalam kelas perlulah sesuai dan kemas agar suasana kelas tidak kelihatan penuh sesak. Bahan yang dipamerkan di tempat yang sesuai akan menjadikan suasana fizikal bilik darjah kondusif serta sebagai dekorasi menarik untuk kelangsungan proses pembelajaran murid-murid.

Rajah 9.4 Bahan Pembelajaran di Ruangan Sudut Pembelajaran

Dalam Kelas

Murid-murid Kesemua bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah bagi tujuan memudahkan murid-murid mengikuti proses pembelajaran. Sebahagian daripada bahan-bahan adalah dengan kendalian guru; manakala sebahagian yang lain adalah digunakan oleh murid-murid sendiri sama ada secara individu atau berkumpulan. Oleh itu, murid-murid perlulah memberi kerjasama semasa menggunakan bahan-bahan berkenaan dengan tidak menconteng, mengoyak, merosak dan sebagainya. Setiap murid perlu menjaga dengan baik bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan yang disediakan

Page 15: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

139

itu juga akan digunakan oleh guru-guru atau murid-murid lain dan pengunaan serta manfaatnyanya akan berkesinambungan dari semasa ke semasa.

RUMUSAN Unit ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan bahan pengajaran dan pembelajaran. Berbanding dengan KLSR, dalam pembelajaran KBSR dan KSSR murid-murid diharapkan dapat dengan mudah menerima perkara-perkara yang diajar kepada mereka seterusnya dapat memproses maklumat yang diterima untuk menjadi pengetahuan yang bermanfaat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dan kehidupan di masa hadapan. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran membantu murid-murid membuat penaakulan ke arah tersebut dengan cara yang lebih mudah. Di zaman kemajuan teknologi seperti sekarang bahan pengajaran dan pembelajaran boleh terdapat dengan mudah dan dalam bentuk yang pelbagai yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan juga pelajar.

KATA KUNCI Bahan pengajaran - bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk dalam sesuatu mata

pelajaran. Bahan pembelajaran - bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bahan bercetak - bahan yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran contohnya ialah modul, buku teks, buku latihan dan aktiviti, buku sumber, buku rujukan dan sebagainya.

Dokumen standard - penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut kandungan (DSK) ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh perse- kolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran

dan nilai. Dokumen standard - satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran (DSP) pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi

setiap standard kandungan. Modul - mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap (self-contained).

Page 16: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

140

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan berikut. 1. Menurut Piaget, kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran konkrit. Sehubungan

itu sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibina ________________ A. bersifat mudah gerak dan mudah disimpan. B. bersesuaian dengan nilai dan budaya setempat. C. mempunyai ciri yang pelbagai dengan kuantiti yang banyak. D. seharusnya boleh mudah dipandang, didengar dan disentuh.

2. Sesuai dengan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, bahan bantu mengajar perlu ____________

A. diletak di tempat tinggi ketika penyimpanannya. B. berupaya untuk membuatkan murid-murid terpegun. C. kukuh binaannya serta tidak boleh pecah atau patah. D. boleh mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

3. Manakah antara berikut ialah prinsip yang digunakan dalam memilih bahan-bahan pembelajaran?

I. Kos efektif. II. Praktikal untuk digunakan. III. Ke arah mencapai objektif pembelajaran. IV. Menumpukan murid kepada pembelajaran.

A. I dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

4. Bagi mengenal pasti kesesuaian bahan bantu belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aspek utama perlu dipertimbangkan ialah ____________

A. kesungguhan pelajar. B. kos penghasilan sesuatu bahan. C. kesesuaian dengan topik dan objektif. D. kesinambungannya dengan bahan bantu yang lepas.

5. Manakah antara bahan bantu mengajar berikut yang memberi impak paling tinggi

dalam pembelajaran murid?

A. Petikan syarahan B. Petikan artikel dari akhbar C. Audio-visual yang interaktif D. Tayangan video dokumentari

Page 17: 13 unit 9

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

141

CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. D; 3. D; 4. C; 5. C

RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:

Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian

Pelajaran Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Tahun Satu & Dua. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Bahasa Inggeris SK Tahun 1 & 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran

Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku

Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.