Upload
kc-teoh
View
19
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
n
Citation preview
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 1
SJK ( C ) PEI HWA JB
BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 5
PENILAIAN 3 (OGOS 2015)
Nama : __________________ ( ) Markah : ____________ %
Kelas : 5 ( ) Tarikh : ______ /8/2015
T/tangan Ibu Bapa: _______
MASA : 1 JAM
Arahan :Kertas ini mengandungi TIGA bahagian. Bahagian A dan B terdiri daripada
35 soalan objektif. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan
D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat.
Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas
jawapan. Bahagian C terdiri daripada 5 soalan subjektif. Anda dikehendaki
menjawab soalan berdasarkan petikan pada kertas soalan tersebut.
Bahagian A (Soalan 1 – 30)
1. Pihak bomba segera _________ seorang kanak-kanak dari dipatuk seekor ular.
A. kebersihan
B. menyelamatkan
C. mengarahkan
D. kesungguhan
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Murid-murid SJK(C) Taman Sepadu ______________ peralatan yang diperlukan
sebelum bergotong-royong.
A. peralatan
B. menunjukkan
C. keselamatan
D. menyediakan
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 2
3. Goh Xuan dan keluarganya ke Pulau Langkawi. Mereka ke sana dengan menaiki
kereta Proton Exora yang baharu.
Berdasarkan ayat di atas,pilih dua Kata Nama Khas Tak Hidup yang betul.
A. Goh Xuan, Proton Exora
B. Goh Xuan, Pulau Langkawi
C. Pulau Langkawi, Proton Exora
D. Pulau Langkawi, kereta proton
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4. Cikgu Farid dan murid-muridnya menghulurkan tangan kepada Pengurus Rumah
Warga Emas Sinaran untuk _______.
A. berdiri
B. berbual
C. bersenam
D. bersalam
5. Tan Sri Adnan : ______ Doktor Ganesan, siapakah yang merasmikan program
kecemerlangan ini?
Doktor Ganesan: Saya yang merasmikan program ini, ______.
A. Datuk, Datin
B. Tuan, Tan Sri
C. Tan Sri,Datuk
D. Tan Sri,Encik
6. Datin Soh : Tahniah ________ kerana dapat memperkenalkan budaya seni
warisan dengan baik.
Tuan Haji Masri: Terima kasih, _________. Kejayaan ini hasil kerjasama penduduk.
A. Tuan Haji,Datin
B. Datin, Datuk
C. Encik, Tuan Haji
D. Datin, Tuan Haji
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 3
7. “Kita mestilah sentiasa menghormati adat,kaum dan agama masing-masing
tanpa ________ ,“ kata Guru Besar semasa perhimpunan.
A. tatatertib
B. tatasusila
C. prasangka
D. mahasiswa
8. Encik Raju seorang _______ yang terkenal. Dia memiliki beberapa buah kilang
membuat pakaian di Malaysia.
A. usahawan
B. dermawan
C. negarawan
D. cendekiawan
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. “Ampun ________, patik ada berita yang hendak dikhabarkan,”kata Bendahara
kepada sultan.
A. beta
B. tuan
C. tuanku
D. baginda
10. Puan Anisah merupakan _______ dalam seni menenun songket. Dia sudah
menenun sejak 20 tahun yang lalu.
A. ada hati
B. orang lama
C. senang hati
D. dalam tangan
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 4
11. Amir berasa ___________ terhadap Kai Chun kerana telah menolongnya tempoh
hari.
A. buka mata
B. ambil masa
C. ringan mulut
D. terhutang budi
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12. Encik Tan menggunakan _________ untuk meratakan permukaan kayu yang
hendak digunakan.
A. tukul besi
B. pahat kayu
C. ketam kayu
D. gergaji tangan
13. Adam bersyukur kerana dapat mempelajari _______ seni silat dengan Pak Cik
Ibrahim.
A. selok-belok
B. malu-malu
C. rakan-rakan
D. bersungguh-sungguh
14. “ Dalam seni silat, _________ usah dicari,”pesan guru silat kepada para pesilat.
A. mana-ana
B. malu-malu
C. rakan-rakan
D. musuh-musuh
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 5
15. Ibu Kavitha menempah _________ pasang sari untuk dipakai semasa perayaan
Deepavali akan datang.
A. tiap-tiap
B. setiap
C. semua
D. beberapa
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
16. Peserta dari SK Taman Maluri akan mempersembahkan ________ sempena Pesta
Budaya Seni Warisan Taman sepadu sebentar lagi
A. guru silat
B. seni silat
C. sesi latihan
D. tunjuk ajar
17. Antara ayat-ayat berikut, yang manakah ayat majmuk?
A. Sarvin tidak pergi ke sekolah.
B. Ibu menghadiahkan kakak seutas rantai.
C. Penduduk Kampung Bahagia mengutip derma.
D. Air batu campur itu dibeli oleh Soon Keat dan Wei Wei.
18. Pilih ayat yang mengandungi peluasan predikat yang betul.
1a : Mei Mei membantu Sarah.
1b : Mei Mei menghantar Sarah ke hospital.
1c : ______________________________________________________.
A. Mei Mei membantu Sarah dengan menghantarnya ke hospital.
B. Mei Mei menghantar Sarah ke hospital dengan membantunya.
C. Mei Mei membantu Sarah kerana menghantarnya ke hospital.
D. Mei Mei menghantar Sarah ke hospital kerana membantunya.
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 6
19. Pasukan jawatankuasa perpaduan telah menyelamatkan mangsa banjir.
Pindahkan ayat di atas menjadi ayat pasif.
A. Mangsa banjir pasukan jawatankuasa perpaduan telah diselamatkan.
B. Mangsa banjir menyelamatkan pasukan jawatankuasa penduduk.
C. Mangsa banjir telah diselamatkan oleh pasukan jawatankuasa perpaduan.
D. Pasukan jawatankuasa perpaduan diselamatkan oleh mangsa banjir.
20. Perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini disambut dengan meriah oleh Soon
Keat dan Wei Wei.
Pindahkan ayat di atas menjadi ayat aktif.
A. Perayaan Tahun Baharu Cina disambut meriah Soon Keat dan Wei Wei dengan
tahun ini.
B. Soon Keat dan Wei Wie menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dengan
meriah pada tahun ini.
C. Soon Keat dan Wei Wei disambut oleh perayaan Tahun Baharu Cina dengan
meriah pada tahun ini.
D. Soon Keat dan Wei Wei menyambut meriah tahun ini oleh perayaan Tahun
Baharu Cina.
Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.
21. Apakah nama alat muzik di atas?
A. Kulintangan
B. Gong
C. Bandil
D. Gendang
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 7
22. Berdasarkan petikan di atas, bilakah persembahan betitik diadakan?
A. Selepas majlis perkahwinan.
B. Selepas pesta menuai padi.
C. Sebelum majlis keramaian.
D. Semasa majlis keramaian dan majlis perkahwinan.
23. Ibu bapa perlu waspada akan keselamatan anak-anak mereka ketika keluar
bermain.
Perkataan seerti bagi waspada ialah
A. berhati-hati
B. keselamatan
C. berbahaya
D. mengingatan
24. Chong Kit dan Wei Ling sangat menyayangi ibu dan bapa mereka.
Perkataan berlawanan bagi menyayangi ialah
A. mengasihi
B. mengucapkan
C. membenci
D. mencintai
25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kita tidak boleh berada di belakang kereta yang sedang
diundurkan ?
A. Kereta itu diundurkan oleh Pak Kasim.
B. Kereta itu diundurkan pada waktu malam
C. Kita tidak dibenarkan berada di belakang kereta yang sedang diundurkan.
D. Kita mungkin akan dilanggar jika berada di belakang kereta yang sedang
diundurkan.
“Betitik ialah perbuatan memukul atau mengetuk alat
muzik, disusuli dengan lagu dan tarian. Betitik
biasanya dipersembahkan dalam majlis keramaian
dan majlis perkahwinan,” jelas Encik Paulus.
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 8
26. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Pulau itu terkenal dengan keindahan semula jadi dan mempunyai hutan dara.
A. Apakah keistimewaan pulau itu?
B. Bilakah percutian itu akan diadakan?
C. Siapakah yang menganjurkan percutian ke pulau itu?
D. Di manakah tempat percutian yang telah dirancang itu?
Soalan 27 – 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
27. Pertandingan memasak itu disertai oleh Encik Chan dan Encik Yoges.
A. Encik Chan menyertai pertandingan memasak itu.
B. Pertandingan itu memasak Encik Chan dan Encik Yoges.
C. Encik Chan dan Encik Yoges menyertai pertandingan memasak itu.
D. Encik Chan dan Encik Yoges memasak pertandingan yang disertai itu.
28. Sally memakai ceongsam berwarna merah yang menggambarkan keberanian
dan ketangkasan orang Cina.
A. Keberanian dan ketangkasan orang Cina iaitu Sally memakai ceongsam
berwarna merah.
B. Ceongsam berwarna merah yang dipakai Sally menggambarkan keberanian
dan ketangkasan orang Cina.
C. Orang Cina menggambarkan keberanian dan ketangkasan berwarna merah
oleh Sally.
D. Sally berani dan tangkas apabila memakai ceongsam berwarna merah oleh
orang Cina.
Soalan 29
Pilih ayat yang mengandungi perkataan bergaris dengan betul.
29. i. Kaki adik cedera kerana terjatuh semasa bermain.
ii. Komputer yang cedera itu masih belum dibaiki.
iii. Mangsa kemalangan itu cedera di bahagian kaki dan kepala.
iv. Badan yang sihat dapat menghasilkan otak yang cedera.
A. i dan ii
B. i dan iii
C. i,ii dan iii
D. i, ii, iii dan iv
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 9
Soalan 30
Pilih ayat yang yang betul.
30. A. Patuhilah atur penggunaan peralatan semasa berada di makmal Sains.
B. Saya ditebang oleh pokok kelapa semalam.
C. Kita perlu menjaga keselamatan diri pada setiap masa.
D. Pertandingan itu memakai sari oleh Chia Ling.
Bahagian B (Soalan 31-35)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
31.Siapakah peserta Kem Perpaduan?
A. Cendekiawan
B. Mahasiswa Taman Sepakat
C. Murid dari Taman Sepakat sahaja.
D. Murid dan mahasiswa dari Taman Sepakat.
32. Bilakah program Kem Perpaduan ini dijalankan?
A. Selepas cuti persekolahan.
B. Semasa cuti persekolahan.
C. Sebelum cuti persekolahan.
D. Dua minggu selepas mahasiswa bercuti.
Pada musim cuti sekolah yang lalu, Jawatankuasa Perpaduan Taman Sepakat
menganjurkan Kem Perpaduan. Peserta kem ini terdiri daripada murid dan
mahasiswa dari taman ini.
Tujuan utama kem ini adalah untuk membina semangat muhibah dan
toleransi dalam kalangan peserta berbilang kaum. Selain itu, tatatertib peserta turut
dititikberatkan dalam program ini.
Aktiviti yang dijalankan telah dapat menarik minat peserta kem. Menurut
seorang peserta kem, aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah dapat
membina hubungan mesra dan kerjasama antara kaum.
Semasa kem itu dijalankan, peserta juga diterangkan tentang ciri-ciri rakyat
Malaysia iaitu:
1. Rakyat yang berbilang kaum dan agama, hidup aman dan harmoni.
2. Negara unik yang mempunyai tatacara pelbagai budaya dan adat yang
menarik.
3. Menghormati adat , kaum dan agama masing-masing tanpa prasangka.
4. Mempunyai tenaga usahawan, cendekiawan dan negarawan untuk
menjamin kemajuan negara.
5. Mempunyai pendidikan ilmiah yang berkualiti.
6. Amalan bertatasusila dapat memupuk semangat muhibah.
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 10
33. Apakah tujuan kem ini dilaksanakan?
A. Menarik minat peserta kem.
B. Dapat berkenalan dengan rakan baru.
C. Membina semangat muhibah dan toleransi.
D. Untuk menyelesaikan masalah.
34. Nyatakan tiga gabungan tenaga untuk menjamin kemajuan negara.
A. Usahawan, cendekiawan, negarawan.
B. Usahawan, cendekiawan, peragawan.
C. Cendekiawan, negarawan, sasterawan.
D. Sasterawan, seniman, usahawan.
35. Antara berikut, manakah kenyataan yang bukan ciri-ciri rakyat Malaysia.
A. Budaya dan adat yang menarik.
B. Menghormati adat dan kaum masing-masing tanpa prasangka.
C. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.
D. Sentiasa memupuk semangat muhibah.
Bahagian C (Soalan 1-5)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tulis
jawapan anda di ruangan yang disediakan.
Jiran adalah orang yang sanggup menolong kita ketika senang dan susah. Puan Lee
beruntung kerana mempunyai jiran yang baik hati. Pada suatu hari, Puan Lee
memanggil jirannya iaitu Puan Vashanti datang ke rumahnya.
“Mengapa kamu memanggil saya, Lee?” tanya Puan Vashanti.
“ Aduh! Aduh! Perut saya sangat sakit!” kata Puan Lee.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh Puan Vashanti untuk melegakan kesakitan
Puan Lee. Namun, perut Puan Lee tetap sakit. Puan Vashanti segera menelefon
pihak hospital untuk mendapatkan bantuan.
“ Saya bimbang untuk meninggalkan rumah kerana suami saya berada di
pejabat dan anak-anak saya pula berada di sekolah,” kata Puan Lee sambil
menahan sakit.
“Usah bimbang, Lee. Saya akan menghubungi suami kamu. Encik Azmi pula
akan mengambil anak-anak kamu pulang dari sekolah nanti. Saya akan meminta
Encik Paulus mengawasi rumah kamu sepanjang ketiadaan kamu nanti,” jelas Puan
Vashanti.
Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Puan Lee segera dibawa ke
hospital. Puan Lee dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan. Banyak
jirannya yang datang menziarahi Puan Lee.
Seminggu kemudian, Puan Lee mengadakan jamuan khas untuk jiran-jirannya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membantunya semasa
ditimpa kesusahan.
[ SULIT ]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ OGOS /MUKA SURAT 11
1. Siapakah Puan Vashanti ?
(1 markah)
2. Apakah bantuan yang diberikan oleh Encik Azmi dan Encik Paulus?
(2 markah)
3. Di manakah suami dan anak-anak Puan Lee semasa dia sedang sakit?
(2 markah)
4. Berikan nilai murni serta contoh ayat yang terdapat dalam cerita di atas.
Nilai Murni :
Ayat :
(2 markah)
5. Pada pendapat kamu, mengapakah kita mesti membantu jiran kita semasa
mereka dalam kesusahan?
(3 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh : Cik Siti Suraya binti Misron
Disemak oleh : Puan Tan Siew Fong