20
PENGENALAN Pada zaman Shang,Lembah Sungai Wei iaitu salah satu cabang Sungai Kuning didiami oleh masyarakat Chou.Mereka telah menjalankan beberapa proses penyerapan budaya dan teknologi daripada dinasti Shang seperti cara bercucuk tanam,penggunaan gangsa,berternak dan kesusasteraan serta sistem tulisan.Kemudian,masyarakat Chou mulai bangkit daripada kemunduran budaya dan teknologi untuk menjadi salah satu kuasa yang boleh menyaingi Dinasti Shang.Akhirnya,mereka mengambil kesempatan daripada kelalaian dinasti Shang untuk merampas kuasa bagi membentuk dinasti Chou pada sekitar abad ke-11 SM.Dinasti Chou merupakan dinasti ketiga dalam tamadun China.Dinasti ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu Dinasti Chou Barat dan Dinasti Chou Timur. Dinasti Chou Barat (1066-771 SM) Berpusat di Hao,yang terletak di barat daya Bandar moden Sian sekarang.Kemunculan sistem feudal menyebabkan berlaku perluasan kuasa Dinasti Chou dari wilayah tradisinya yang merupakan salah 1

4 falsafah piah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 4 falsafah  piah

PENGENALAN

Pada zaman Shang,Lembah Sungai Wei iaitu salah satu cabang Sungai Kuning didiami oleh

masyarakat Chou.Mereka telah menjalankan beberapa proses penyerapan budaya dan

teknologi daripada dinasti Shang seperti cara bercucuk tanam,penggunaan gangsa,berternak

dan kesusasteraan serta sistem tulisan.Kemudian,masyarakat Chou mulai bangkit daripada

kemunduran budaya dan teknologi untuk menjadi salah satu kuasa yang boleh menyaingi

Dinasti Shang.Akhirnya,mereka mengambil kesempatan daripada kelalaian dinasti Shang untuk

merampas kuasa bagi membentuk dinasti Chou pada sekitar abad ke-11 SM.Dinasti Chou

merupakan dinasti ketiga dalam tamadun China.Dinasti ini boleh dibahagikan kepada dua

peringkat yang utama iaitu Dinasti Chou Barat dan Dinasti Chou Timur.

Dinasti Chou Barat (1066-771 SM)

Berpusat di Hao,yang terletak di barat daya Bandar moden Sian sekarang.Kemunculan sistem

feudal menyebabkan berlaku perluasan kuasa Dinasti Chou dari wilayah tradisinya yang

merupakan salah satu ciri terpenting zaman ini.Raja Chou Berjaya mengalahkan orang gasar

dan mara ke Lembah Sungai Han,menyeberangi pergunungan Ch’in-ling yang membantu

bahagian selatan lembah Sungai Wei jatuh ke tangan Raja Chou.1Secara umumnya Dinasti Chou

meliputi kawasan yang melepasi sempadan Lembah Sungai Wei sehingga ke Shantung di

timur,dan dari selatab Manchuria ke tengah dan hilir Lembah Sungai Yangtze. Permulaan

Dinasti ini memperkenalkan konsep anak syurga(Son Of Heaven) yang bertujuan untuk

1 K. S. Lattourette, The Chinese: Their History and Culture, New York: The Macmillan Company, 1956, hlm.35.1

Page 2: 4 falsafah  piah

menarik sokongan penduduk tempatan untuk mengiktiraf pemerintahan mereka.2Mereka juga

memperkenalkan konsep mandat dari syurga.Pemerintahan dinasti Shang merosot kerana

berlakunya penarikan mandat dari syurga yang di nyatakan oleh Raja Chou.Selain konsep

teresbut,dinasti Chou juga memulakan perubahan dalam penggantian raja-raja.Semasa Dinasti

Shang,sistem penggantian raja berdasarkan penggantian adik beradik iaitu abang kepada

adik.Tetapi semasa pemerintah raja-raja dinasti Chou,sistem itu telah diubahsuai dengan

menjalankan proses penggantian secara keturunan iaitu daripada bapa kepada anak lelaki

tua. Contohnya,apabila Raja Wu mati,tempatnya diganti oleh anak sulungnya iaitu Raja

Ch’eng.Pada peringkat awal,dinasti Chou dapat mengekalkan kawalan mereka terhadap

wilayah-wilayah kekuasaan mereka menerusi sistem feudal.Akhirnya,kerajaan-kerajaan feudal

itu mulai memberontak dan cuba membebaskan diri daripada pemerintahan

pusat.Pembunuhan Raja Chou Barat terakhir ini telah memulakan era dinasti Chou Timur.

Dinasti Chou Timur(770-256 SM)

Salah seorang putera Raja Chou dapat melarikan diri ketika berlaku kekacauan.Putera Raja

Chou yang bernama Raja Ping telah berundur ke timur dan mendirikan ibu negeri baru Dinasti

Chou di Loyang. Zaman Perpecahan ini boleh dibahagikan kepada 2 jangka masa iaitu Zaman

Musim Bunga dan Musim Luruh, dan Zaman Negeri- Negeri Berperang.

Zaman bermusim ini diberi nama sempena tajuk rekod sejarah yang diperolehi oleh Negeri Lu

iaitu Spring and Autumn Annals (722 SM-481 SM).Manakala, Zaman Negeri –negeri berperang

diantara tahun (476 SM- 221SM).Sewaktu ini,oleh sebab kerajaan pusat tidak kuat,maka negeri-

2 H. Hookman , A Short History Of China ,New York: New American Library,1972,hlm.38.2

Page 3: 4 falsafah  piah

negeri feudal cuba menyelesaikan masalah dengan menggunakan 2 cara iaitu melalui rundingan

namun gagal.Ini bermakna peperangan menjadi jalan penyelesaian terakhir dengan

pengahpusan kuasa wilayah kecil dan kemunculan 7 negeri terkuat iaitu Ch’i , Ch’u , Yen ,

Han ,Chao ,Wei dan Ch’in.3 Oleh sebab kekacauan bertambah hebat,maka muncullah sarjana-

sarjana yang memberi pandangan untuk menyelesaikan masalah perpecahan tersebut.Oleh

itu,muncullah aliran-lairan yang dinamakan sebagai Seratus Aliran Pemikiran antaranya

Konfusianisme,Taoisme,Legalisme dan Moisme.

3 Suffian Mansur,Tamadun China,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2003,hlm .38.

3

Page 4: 4 falsafah  piah

KONFUSIANISME

Confucianisme telah diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan pada tahun 551SM di negeri Lu

yang terletak di wilayah Shantung. Beliau berasal dari keluarga bangsawan tradisional tetapi

akhirnya menjadi miskin kerana peperangan pada zaman Dinasti Chou akhir.4Confucius

meninggal dunia pada tahun 479 SM.Beliau berkahwin pada usia 19 tahun dan mempunyai

seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Pada usia 15 tahun minat beliau terhadap

ilmu pengetahuan mulai kelihatan.Peluang beliau cerah apabila diterima bekerja dengan

golongan bangsawan.Dari situ beliau mengenal sistem kerajaan China kuno dan dapat

memasuki istana raja.Jawatan pertama beliau ialah penjaga gudang dan kemudian beliau

menjadi Pesuruhjaya Taman dan Herba. Nasib beliau bertambah baik apabila beliau dilantik

sebagai ketua polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu.Namun beliau meletak jawatan kerana

ingin menumpukan usaha dalam mengembangkan idea-idea kepada masyarakat Cina.Beliau

dianggap sebagai sebagai seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang

4 Suffian Mansur, Tamadun China,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2003,hlm.39.4

Page 5: 4 falsafah  piah

kesenian.Beliau juga dikatakan sebagai guru persendirian pertama di China.Idea-idea yang

diutarakannya telah dapat menarik kira-kira 3000 pengikut.Namun beliau hanya diterima oleh

pemerintah di negeri Ch’i.Setelah beliau meninggal dunia,ajaran beliau mula mendapat tempat

dalam kalangan penduduk China dan juga pemerintah China hingga kini.Idea beliau juga

tersebar dan mendapat sambutan penduduk di Vietnam,Jepun,Korea dan masyarakat Cina di

Asia Tenggara.

Ajaran-ajaran yang disebarkan oleh beliau kepada masyarakat telah disusun menjadi teks-teks

klasik yang lebih dikenali sebagai Five Books and Five Classics.5 Lima karya beliau yang

dikumpul oleh Confucius itu adalah seperti:

a) Book of Changes(Yi) – karya ramalan

b) Book of History(Shu) – koleksi rekod,kertas dan ucapan bertarikh 2000 tahun S.M.

c) Book of Poetry(Shi) – koleksi puisi berjumlah 305 dan lagu rakyat bertarikh 11 S.M-

6 S.M

d) Book of Rites(Li) –tentang upacara istihadat di tempat awam dan peribadi.

e) Spring and Autumn Annals(Chunqiu) – urutan peristiwa yang berlaku di negeri Lu dari

tahun 722-464.

5 B.Derk,China's cultural tradition : what and whither ?, New York : Rinehart,1957,hlm .65.5

Page 6: 4 falsafah  piah

Selain 5 karya Confucius ini terdapat karya lain yang berkaitan yang dikumpul oleh pengikut

beliau seperti:

a) The Great Learning(Daxue) – kata –kata Confucius tentang falsafah politik moral

b) The Doctrine of the Mean(Zhongyong) – tentang keadaan semula jadi manusia dan

hubungan manusia dengan syurga.

c) The Analects(Lunyu) – perbualan antara Confucius dengan anak muridnya.

d) The Book of Mencius(Mengzi) – ditulis oleh Mencius berkaitan tentang peraturan

kerajaan,kualiti pemerintah yang baik,nota tentang keadaan semula jadi manusia dan

sebagainya.

Ajaran yang dibawa oleh Confucius bukannya ajaran agama kerana penekanan beliau

lebih kepada soal kehidupan sosial manusia.Secara umumnya, ajaran Confucius

menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan,jujur,menghormati

kebaikan,keamanan,menghormati,berbudi pekerti yang tinggi dan

bertanggungjawab.Beliau menekan bahawa pegawai kerajaan harus dipilih mengikut

kebolehan bukannya pemilihan berdasarkan warisan.Oleh sebab itu,Confucius cuba

mendekati pengikutnya berhubung adat dan istihadat serta norma lama untuk dihayati

dan diteruskan oleh pengikutnya.Amalan lama membuatkan manusia dapat

ditamadunkan dan memberi suatu tatacara dalam kehidupan masyarakat.

Dalam ajarannya,beliau menekankan pentingnya mengamalkan nilai moral terutama

dalam soal kemanusiaan(jen/ren).Pengikut Confucius disarankan mengamalkan konsep 6

Page 7: 4 falsafah  piah

Chung dan Shu.Chung bererti buat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk

kamu sendiri.Manakala Shu bererti jangan buat sesuatu kepada orang lain yang kamu

tidak suka buat untuk diri kamu sendiri.Dalam perkara ini ,Confucius menekankan

bahawa konsep jen penting bagi menjalankan pemerintahan tanpa kekerasan.

Manakala konteks hubungan yang ditekankan oleh beliau ialah hubungan sesama

kawan,hubungan rakyat dengan pemerintah,hubungan dengan ibu bapa(xiao) dan

hubungan di sesebuah negara.

Salah seorang anak murid Confucius yang paling terkenal ialah Mencius atau Meng Ko

yang dikenali sebagai Tuan Meng.Beliau menyatakan sifat semula jadii manusia adalah

baik.Oleh itu jika menentang sifat semula jadi ia akan menimbulkan kejahatan.6Beliau

menyarankan manusia supaya kembali kepada institusi lama(Dinasti Chou

Barat).Manusia perlu mengembalikan konsep Hsin(xin) iaitu pemikiran hati. Hal ini

kerana pemikiran hati akan menggalakan sifat-sifat baik seperti jen(kemanusiaan),

li(perbuatan yang baik) dan Chih(pengetahuan baik dan buruk).

TAOISME6 E.G .Parrinder , Introductions to Asian Religion ,New York: Oxford University Press,1976,hlm.90.

7

Page 8: 4 falsafah  piah

Aliran falsafah ini disebarkan oleh Lao Tzu dan dilahirkan pada tahun 604 SM di sebuah

kampong yang dipanggil Juren dalam negeri Ch’u.Beliau telah menulis sebuah karya

yang berjudul Tao Te Ching yang berkisarkan tentang Jalan dan Kebaikan.7Buku ini

mengandungi 80 bab pendek dengan kira-kira 5000 perkataan cina.Secara umumnya,

Taoisme merujuk kepada the way things do what they do.Oleh itu ada cara

memasak,cara berperang,cara mengikat tali kasut,cara sesuatu pemikiran dan tindakan

yang mempengaruhi dunia dan lain-lain.

Ajaran Taoisme menekankan konsep wu-wei iaitu konsep yang merujuk tidak buat apa-

apa.Ia tidak bermaksud tidak melakukan apa-apa tindakan tetapi meyerah kepada alam

semula jadi untuk mengatur keadaan.Malah,usaha memperbaiki keadaan akan

menimbulkan kerugian dan ketidakharmonian pada alam semula jadi.8Secara tidak

langsung beliau menekankan bahawa keamanan dan kerharmonian akan tercapai jika

7 M. Henri , Taoism and Chinese religion, Amherst Mass : University of Massachusetts Press,1981,hlm.71.8 Suffian Mansur, Tamadun China , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2003,hlm. 48.

8

Page 9: 4 falsafah  piah

manusiatidak mengikut hawa nafsunya untuk mengejar kebendaan.Manusia tidak

memerlukan undang-undang untuk mengawal kegiatan negatif manusia kerana apa

yang lebih penting ialah bagaimana semua rakyat dapat mengawal hawa nafsu dan

kembali kepada aturan alam semula jadi bagi mewujudkan kestabilan dan

keamanan.Menurut beliau kerajaan yang baik adalah kerajaan yang kurang

memerintah.

Pada zaman Dinasti Han,ajaran Taoisme terbahagi kepada 2 bahagian iaitu aliran

falsafah dan aliran agama.Pada abad ke-5M,ajaran Taoisme mula berkembang sebagai

sati agama yang mengambil ciri-ciri agama Buddha Mahayana.Kemudian lewat abad ke-

2 agama Taoisme digerakkan oleh pergerakan Tianshi Dao(cara tuan syurga) yang

diketuai oleh Zhang Daoling .Selain itu mereka mempunyai tuhan tersendiri seperti

Maharaja Jed dan Maharaja Gunung Timur sebagai penjaga kepada balasan baik dan

buruk.Keistimewaan ajaran ini ilah membawa kepada beberapa gerakan dalam latihan

jasmani seperti Taichi Chuan,Chi Kung dan meditasi.

MOISME

9

Page 10: 4 falsafah  piah

Ajaran ini telah dibawa dan disebarkan oleh Mo Tzu( Mo Zi) yang dilahirkan pada

sekitar tahun 470 SM di negeri Lu dan dikatakan meninggal dunia pada tahun 391 SM.

Idea –idea beliau telah dikumpulkan dalam buku Mo-tzu(The Works of Mozi) yang

mengandungi 53 buah bab.Mo tzu telah mengasaskan aliran yang dinamakan sebagai

aliarn Moisme.

Mo Tzu dikatakan menentang ajaran Confucius.Jika Confucius bersimpati kepada

institusi tradisional,adat istihadat,muzik dan kesusateraan zaman awal dinasti Chou dan

mengiktiraf tamadun kuno.Namun pendapat Mo Tzu menyoal tentang kegunaan

perkara tersebut.Menurut beliau,muzik dan seni hanya membuang masa dan tenaga

kerana muzik tidak memberi faedah kepada manusia.9

Idea utama yang dianjurkan oleh Mo Tzu ialah:

9 F.W. Mote, Intellectual Foundations of China, New York: Alfred A. Knopf,1971, hlm.89.10

Page 11: 4 falsafah  piah

a) Prinsip etika yang mengutamakan persamaan bagi semua manusia tanpa mengira

taraf dan kedudukan.Beliau menekankan kepada perinsip cinta sejagat dengan

menekankan konsep sayang menyayangi sesama insan walaupun mereka bukan

walaupun mereka bukan berasal dari keluarga yang sama.Maka orang kuat tidak akan

menindas golongan lemah dan orang kaya tidak akan menindas orang miskin.Akhirnya

dunia akan menjadi aman.

b) Dalam soal pemerintahan,beliau menegaskan supaya seorang pemerintah perlu

mempunyai moral yang tinggi.Pemerintah disarankan supaya tidak membazir dan hidup

bermewah-mewah contoh adat pengebumian besar-besaran.Hal ini kerana amalan itu

akan meninggalkan kesan negetif contohnya kemiskinan.Beliau juga menekankan

kepada kesederhanan dalam hidup dan melarang pemimpin bergiat dalam kesenian

kerana akan menyebabkan mereka lalai.

11

Page 12: 4 falsafah  piah

LEGALISME (FA JIA)/ALIRAN UNDANG –UNDANG

Diasaskan oleh Xun Tzi atau Hsun (298-238) yang dilahirkan pada tahun 300SM dan meninggal

dunia pada tahun 215 SM.Beliau memegang jawatan seperti penasihat raja dan perdana

menteri bagi negeri Ch’i dan menjadi menteri kanan di negeri Chao. Ajaran ini mendapat

tempat semasa pemerintahan Dinasti Ch’in tahun 221-206 SM.

Asas ajaran beliau ialah tentang keadaan semula jadi manusia adalah jahat .Kenyataan beliau

ternyata berbeza dengan pandangan Mencius yang mengatakan manusia itu bersifat

baik.Keadaan semula jadi manusia condong kepada kepuasaan diri sendiri yang menimbulkan

perasaan tamak kerana keinginan manusia sering melampaui sesuatu yang

dikehendaki.Manakala kelakuan baik adalah bertentangan dengan keadaan semula jadi

manusia dan melawan emosi dan keinginan manusia.Oleh itu jika manusia menahan

keinginan,ia akan membawa kepada perkara jenayah.Dengan kata lain,Hsun Tzu berpendapat

bahawa semua perkara baik itu sebagai suatu usaha manusia.Dalam hal ini,undang-undang

12

Page 13: 4 falsafah  piah

keras dan hukuman merupakan jalan menjamin kestabilan sesebuah negara.10Dengan cara

itu,pemerintah boleh mengawal kehendak dan emosi rakyat.Beliau menyarankan beberapa

kawalan ketat seperti melalui penubuhan pasukan polis rahsia untuk mewujudkan keadaan

menakutkan dan mengawal aktiviti rakyat.

Salah seoarang pengikut Hsun Tzu ialah Han Fei –tzu.Beliau berpendapat bahawa untuk

mengawal manusia perlu ada undang-undang dan beliau menolak unsur nilai moral tradisi

sebagai mengawal manusia.Pemerintah juga seharusnya memegang kuasa mutlak dan

menyarankan supaya kerajaan menjalankan pemerintahan menerusi dua perkara iaitu habuan

dan hukuman.11 Selain itu Han Fei Tzu percaya bahawa kuasa tentera dan kegiatan pertaniaan

amat penting dalam pembangunan dan kejayaan sesebuah negara.Jadi,ahli legalisme

menekankan pentingnya semua penduduk bekerja,manakala golongan peniaga dan sarjana

tidak diperlukan kerana mereka tidak mendatangkan keuntungan.Oleh iti,mereka juga

menentang muzik,falsafah dan sejarah sebagai elemen yang merosakkan.

10 E.O. Reischauer ,East Asia The Great Tradition ,Boston Mass: Houghton Mifflin,1960,hlm.79.11

13

Page 14: 4 falsafah  piah

KESIMPULAN

100 aliran falsafah cina yang diperkenalkan pada zaman Dinasti Chou telah membawa

perubahan yang sangat besar dalam pelbagai aspek terutamanya kepada masyarakat China dan

struktur pentadbiran politik dinasti-dinasti selepas zaman itu. Sehingga sekarang masyarakat

Cina masih mengamalkan ajaran-ajaran falsafah tersebut sebagai pegangan hidup mereka.

Zaman Dinasti Chou pada satu peringkat membawa perubahan ketara dalam bentuk

pemerintahan China kuno.Kewujudan sistem feudal merupakan cara penting bagi melicinkan

pentadbiran negara.Namun kelemahan sistem ini telah menyebabkan berlakunya peperangan

dalam era Negeri-negeri Berperang.Era ini dianggap sebagai zaman yang bermasalah dengan

keadaan politik yang tidak menentu dan keadaan sosial yang berpecah.Namun,era ini tidak

boleh diketepikan dalam pencapaian dari segi falsafah.Era ini boleh dianggap sebagai zaman

kegemilangan dalam sejarah pemikiran orang Cina.

14