7.RPT RPH JNJK

Embed Size (px)

Citation preview

  • PENATARAN KSSR DAN PBS

    TAHUN 4 BAGI MATA

    PELAJARAN PSV

    (Zon Tengah)

    Summit Hotel, Subang Jaya

    14 hingga 17 Mei 2013

    1

    ../h dokumen & kaedah P&P/akses_kendiri.pdf
  • 2

    PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN

    Oleh :

    ANUAR BIN OMAR

    JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • FOKUS PEMBENTANGAN

    1. Pengenalan

    2. Punca Kuasa

    3. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010

    4. Aspek Pembelajaran dan Pengajaran.

    5. Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian(RPH)

    6. Penutup

    3

  • PUNCA KUASA (SEKSYEN 117 134)

    TANGGUNGJAWAB, KUASA, FUNGSI DAN BIDANG

    TUGAS KETUA NAZIR SEKOLAH DAN NAZIR SEKOLAH DALAM AKTA PENDIDIKAN

    1996 (AKTA 550)

    Sub Seksyen 117(a) : Ketua Nazir Sekolah bertanggungjawab dengan kerjasama mana-mana pihak yang berkuasa yang dilantik oleh Menteri bagi memastikan bahawa TARAF PENGAJARAN YANG MEMUASKAN DIWUJUDKAN DAN DIKEKALKAN di institusi pendidikan

    4

  • 5

    Seksyen 118: Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh MEMBERIKAN NASIHAT kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.

  • 6

    Sub-Seksyen 120(1): Ketua Nazir hendaklah MENGEMUKAKAN SUATU LAPORAN kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu

  • 7

    Seksyen 134: Kesalahan dan penalti berhubungan dengan Nazir

    Seseorang yang (a)menghalang dan menggendalakan KN atau NS dalam

    menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121;

    (b)enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau

    (c)memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar,

    adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

    didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

  • 8

    PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR

    Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:

    Perkara 8: Buku Rekod Guru

    Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau PJJ, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan.

  • 9

    PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR

    Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:

    Perkara 11: Penalti

    (1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

    (2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit .

  • 10

    SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI),

    SURAT SIARAN KPM

    Antaranya ialah;

    1. SPI Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod P&P

    2. SPI Bil. 3/1987 : Penyeliaan P&P Dalam Kelas oleh

    Pengetua/Guru Besar

    3. SPI Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran

  • 11

    SKPM 2010

    JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • 12

    APAKAH SKPM

    Alat atau instrumen untuk menentukan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap

    kecemerlangan sekolah.

    (dan dapat memerihalkan secara eksplisit maksud frasa taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan seperti yang disebut dalam

    Akta Pendidikan 1996 - Subseksyen 117(a))

  • 13

    KEGUNAAN

    SKPM

    KPM

    (PEMANTAUAN & PENILAIAN)

    SEKOLAH

    (*PKS-SKPM)

    14

    PENGUKURAN STANDARD

    PENINGKATAN KUALITI PENGIKTIRAFAN

  • 14

    *PKS-SKPM

    Penarafan Kendiri Sekolah

    mengukur standard semasa di sekolah.

    mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan isu.

    menyediakan program penambahbaikan

    Skor PKS-SKPM

    Sebahagian skor ranking sekolah program NKRA

  • 15

    KANDUNGAN SKPM 2010 (5 STANDARD)

    1-KEPIMPINAN DAN HALA TUJU

    2-PENGURUSAN ORGANISASI

    3-PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN

    HAL EHWAL MURID

    4-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

    5-KEMENJADIAN MURID

  • 16

    Bilangan Aspek & Wajaran Skor

    Standard Jumlah

    Aspek Wajaran

    1. Kepimpinan dan Hala Tuju 8 10%

    2. Pengurusan Organisasi 8 15%

    3. Pengurusan Kurikulum,

    Kokurikulum dan Sukan, dan

    Hal Ehwal Murid 15 20%

    4. Pembelajaran dan Pengajaran 12 20%

    5. Kemenjadian Murid 50 35%

  • 17

    STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

    ASPEK 4.1 PENGLIBATAN MURID

    ASPEK 4.2 PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID

    ASPEK 4.3 HASIL KERJA MURID

    ASPEK 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU ASPEK 4.5 KAEDAH PENYAMPAIAN

    ASPEK 4.6 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

    ASPEK 4.7 PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN

    ASPEK 4.8 PENILAIAN

    ASPEK 4.9 TEKNIK PENYOALAN

    ASPEK 4.10 PENGUASAAN ISI KANDUNGAN

    ASPEK 4.11 PENGURUSAN KELAS

    (BILIK DARJAH/ MAKMAL/ BENGKEL / PADANG)

    ASPEK 4.12 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

  • 18

    STANDARD 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU

    Kriteria kritikal

    PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN YANG RAPI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN.

    Skor 5

    Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan.

    Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

    Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran.

    Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.

  • 19

    RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

    1. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum iaitu

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

    2. Merangkumi sepanjang tahun sesi persekolahan

    berdasar takwim persekolahan semasa.

    3. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid.

  • 20

    http://dwellingintheword.files.wordpress.com/2010/05/5-baby-drinking-milk.jpg
  • 21

    DRAF CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

    1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa/ Bilangan murid

    2. Tema/Tajuk

    3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)

    4. Objektif Pembelajaran

    5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

    Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P

    7. Bahan Bantu Belajar

    8. Penilaian P&P

    9. Refleksi :

    i. nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&P

    ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

    C:/Documents and Settings/User_JNJK/Desktop/Teacher's Prayer.flv
  • 22

  • 23

    Recipe for a Tasty Teacher

    1 cup Caring2 cups Knowledge1/2 cup Good Communication1/4 cup Relevance3 cups Encouragement2 tsp. Task Oriented 2 Tbsp. Flexibility1 Tbsp. Outgoing Personality4 tsp. Positive Attitude8 Tbsp. Respect A pinch of Humor

    Whisk together Caring, Knowledge, and Communication in a bowl. Stir together Respect and a Positive Attitude in a cup. Beat together items in the bowl and Flexibility with an electric mixer until comfortable and responsible, about 3 minutes, then add Encouragement until combined well. Mix all of the above together and a little Task Orientation alternately in batches at low speed (scraping down side of bowl occasionally), beginning and ending with the caring mixture. Mix until smooth. Spoon 1/4 cup Relevance about 2 inches apart and spread onto an experienced large background. Bake in middle of oven until just right, and teachers react when hot, 15 to 17 minutes. Transfer with a metal spatula to a rack and chill (to cool quickly), about 5 minutes. Sprinkle a pinch of Humor and wha la, you have your Tasty Teacher! Enjoy!

    From the kitchen of students Sonja Aus and Carissa Nieuwboer

  • 24

    PENUTUP Pendidikan tidak boleh berterusan dengan cara yang lama atau membuat lebih banyak perkara yang serupa , kerana kesannya akan membuahkan hasil yang serupa atau lebih banyak hasil yang serupa . Oleh itu, kita perlu mencari cara yang baru atau ubahsuai yang lama ,atau cipta yang baru , supaya kita dapat sesuatu yang baru, yang lama akan nampak baru dan akan lebih banyak benda yang baharu .

    ..Tan Sri Dato Dr Wan Zahid Mohd Nordin

  • Philosophy of education

  • 26

    SEKIAN

    TERIMA KASIH

  • 27

    STANDARD 4.1 PENGLIBATAN MURID

    Kriteria kritikal

    PENGLIBATAN AKTIF MURID MEMBOLEHKAN BERLAKUNYA PEMBELAJARAN

    Skor 5

    Hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti

    pembelajaran seperti perbincangan/ memberi respons terhadap

    soalan guru/ membuat catatan/ gerakan fizikal atau arahan lain

    guru.

    Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam

    pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru

    atau murid dengan bahan.

    Hampir keseluruhan murid memberi tumpuan terhadap

    pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

  • 28

    STANDARD 4.2 PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID

    Kriteria kritikal

    PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID SELARAS DENGAN OBJEKTIF YANG DITETAPKAN.

    Skor 5

    Murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/

    soalan guru.

    Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan

    tajuk pelajaran.

    Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri,

    terarah kendiri atau kadar kendiri.

    Hampir keseluruhan murid dapat mencapai objektif

    pembelajaran.

  • 29

    STANDARD 4.3 HASIL KERJA MURID

    Kriteria kritikal

    HASIL KERJA MURID YANG BERKUALITI DAPAT MENGUKUHKAN PEMBELAJARAN

    Skor 5

    Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan

    dengan kemas serta mematuhi format dan prosedur.

    Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau

    latihan yang diberikan.

    Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan

    atau latihan secara konsisten.

    Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai

    dengan keupayaan murid.

  • 30

    STANDARD 4.8 PENILAIAN

    Kriteria kritikal

    PENILAIAN YANG BERTERUSAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PDP.

    Skor 5

    Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian

    formatif semasa PdP untuk mengukur dan mengesan kemajuan

    murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai.

    Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk

    tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam PdP.

    Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten.

  • 31

    STANDARD 4.10 PENGUASAAN ISI KANDUNGAN

    Kriteria kritikal

    PENILAIAN YANG BERTERUSAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PDP.

    Skor 5

    Guru dapat menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif

    pelajaran.

    Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi jawapan

    dengan yakin, jelas dan tepat.

    Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan

    situasi semasa atau pengalaman murid.

    Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut

    potensi murid.