17
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 62 UNIT 5 MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran. 2. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR. 3. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR. 4. membuat perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dengan mata pelajaran dalam KSSR. PETA KONSEP TAJUK Mata Pelajaran Sekolah Rendah Mata Pelajaran KBSR Mata Pelajaran KSSR Tambahan Teras Wajib Tahap 1 Tahap 2 Modul Elektif Modul Teras Asas Modul Teras Tema Elektif Teras Asas Penentuan Mata Pelajaran

9 unit 5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

62

UNIT 5

MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran.

2. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR.

3. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR.

4. membuat perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dengan mata pelajaran dalam KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Mata Pelajaran Sekolah Rendah

Mata Pelajaran KBSR

Mata Pelajaran KSSR

Tambahan

Teras

Wajib

Tahap 1 Tahap 2

Modul Elektif

Modul Teras Asas

Modul Teras Tema

Elektif

Teras

Asas Penentuan Mata Pelajaran

Page 2: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

63

PENGENALAN Di negara ini, penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah secara berpusat dan standard di seluruh negara. Matlamat umum pendidikan sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam segenap bidang. Sehubungan itu, untuk membimbing murid-murid bagi mencapai matlamat pendidikan KBSR atau KSSR itu, maka mata pelajaran mengikut bidang disusun dan diajarkan kepada murid-murid. Para guru wajar mempunyai pemahaman yang mendalam tentang mata pelajaran yang diajar di sekolah. Guru juga perlu menyedari kepentingannya serta perkaitannya antara satu dengan lain. Terdapat lebih sepuluh mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah di negara ini. Walaupun dari segi pelaksannaannya mata pelajaran itu diajar secara terpisah-pisah, namun pada prinsipnya setiap mata pelajaran itu merupakan entiti yang saling lengkap-melengkapi ke arah pembentukan pelajar yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan kehendak FPK. ISI KANDUNGAN Apakah yang menjadi asas dalam sesuatu mata pelajaran? Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi. Umpamanya dalam era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat ke arah menyediakan global education expertise selain insan ulul al-bab. Dalam konteks Malaysia, secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah kearah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK. Selain itu, kandungan serta kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Mengikut UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu:

belajar untuk mengetahui (learning to know)

belajar untuk bertindak (learning to do)

belajar untuk membentuk peribadi (learning to be)

belajar untuk hidup bersama (learning to live together) Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu (dimensi intrinsik) dan keperluan sosial (dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum kauniyah.

Page 3: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

64

Apakah mata pelajaran dalam KBSR? Mata pelajaran dalam KBSR secara umumnya dapat dikategorikan kepada tiga kategori utama seperti berikut:

Mata Pelajaran Teras

Mata Pelajaran Wajib

Mata Pelajaran Tambahan

Apakah Mata Pelajaran Teras? Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Mata pelajaran teras mesti dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam mata pelajaran ini. Sehubungan itu mata pelajaran teras seperti mata pelajaran bahasa, Matematik dan Sains diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih bagi membolehkan murid-murid betul-betul dapat menguasainya. Berikut ialah mata pelajaran teras dalam KBSR:

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina (di SJKC)

Bahasa Tamil (di SJKT)

Matematik

Sains

Kajian Tempatan

Pendidikan Islam (Murid-murid Islam )

Pendidikan Moral (Murid-murid bukan Islam )

Apakah Mata Pelajaran Wajib?

Mata pelajaran wajib ialah kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah bagi membantu perkembangan yang berterusan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang ada pada murid-murid selaras dengan kehendak FPK. Berikut ialah mata pelajaran wajib dalam KBSR:

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Kemahiran Hidup

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Muzik

Page 4: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

65

Apakah Mata Pelajaran Tambahan?

Mata pelajaran dalam kategori ini adalah sebagai tambahan kepada mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib. Mata pelajaran ini diajar kepada murid-muriod yang berminat untuk mempelajarinya. Berikut ialah contoh mata pelajaran tambahan yang diajar dalam KBSR:

Bahasa Cina (di SK dan SJKT)

Bahasa Tamil (di SK dan SJKC)

Bahasa Arab ( Komunikasi )

Bahasa-bahasa suku kaum seperti bahasa Kadazan, bahasa Semai dan sebagainya

Apakah mata pelajaran mengikut bidang dan komponen dalam KBSR? Mata pelajaran di sekolah rendah juga boleh dikategorikan mengikut bidang dan komponen. Terdapat tiga bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu:

Komunikasi

Manusia Dan Alam Kelilingnya

Perkembangan Diri Individu Daripada penyusunan mengikut bidang-bidang, mata pelajaran disusun pula mengikut komponen bidang. Terdapat lima komponen bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu:

Kemahiran Asas

Kerohanian, Nilai dan Sikap

Manusia dengan Persekitaran

Kemahiran Hidup

Kesenian dan Rekreasi Secara ringkasnya agihan bidang, komponen serta mata pelajaran yang berkaitan ialah seperti Jadual 5.1

Page 5: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

66

Jadual 5.1 Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen

Bidang Komponen Mata Pelajaran

Tahap 1 Tahap 2

KOMUNIKASI • Kemahiran Asas

• Bahasa Pengantar

• Bahasa Melayu*

• Bahasa Inggeris

• Matematik

• Bahasa Pengantar

• Bahasa Melayu*

• Bahasa Inggeris

• Matematik

MANUSIA DAN

ALAM KELILING

NYA

• Kerohanian

• Nilai Dan

Sikap

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Moral

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Moral

• Sivik dan Kewarganegaraan

• Manusia Dengan Persekitaran

• Sains • Sains

• Kajian Tempatan

PERKEMBANGAN

DIRI INDIVIDU • Kemahiran

Hidup

• Kemahiran Hidup

• Kesenian Dan Rekreasi

• Pendidikan Seni Visual

• Pendidikan Muzik

• Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

• Pendidikan Seni Visual

• Pendidikan Muzik

• Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

• Kokurikulum

• Perhimpunan

• Kokurikulum

• Perhimpunan

* untuk SJKC dan SJKT

Page 6: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

67

AKTIVITI 5.1

Senaraikan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2 dalam KBSR.

Mata Pelajaran KBSR

Mata Pelajaran Teras

Tahap 1 Tahap 2

Mata Pelajaran Wajib

Tahap 1 Tahap 2

Mata Pelajaran Tambahan

Tahap 1 Tahap 2

Page 7: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

68

AKTIVITI 5.2

Huraikan bagaimana mata pelajaran dalam KBSR diorganisasikan bagi memberi peluang pembelajaran murid-murid supaya dapat berlaku perkembangan secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selaras dengan kehendak FPK. _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Page 8: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

69

Memperkasa Sekolah Kebangsaan adalah salah satu teras strategik Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu langkah yang diambil untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan, ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan ialah mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat pekeliling ikhtisas KP(BS/PSR) 8502/15/006/Jld.II(32) bertarikh 9 Disember 2005. Kedua-dua mata pelajaran tersebut mengambil alih mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi yang diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada murid Tahun I di Sekolah Kebangsaan melalui surat pekeliling ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8) bertarikh 1 Oktober 2002. Pelaksanaan j-QAF adalah juga untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan. Pelaksanaan j-QAF bermula pada tahun 2005 mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004. Sebelum ini pembelajaran tulisan Jawi adalah untuk Tahun 1 sahaja iaitu bagi tempoh enam bulan pertama persekolahan di Tahun 1. Dalam pelaksanaan j-QAF, guru perlu memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis Jawi dan membaca Al-Quran. Peruntukan waktu dalam seminggu bagi tujuan ini adalah, Al-Quran 90 minit; Jawi 60 minit dan asas Ulum Syari'iyah 30 minit. Pelaksanaan j-QAF menyumbang kepada usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan; iaitu dengan adanya j-QAF di Sekolah Kebangsaan maka ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak; kerana terdapat segelintir ibu bapa Islam yang merasa aspek-aspek tertentu seperti jawi, Al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab tidak diberi penegasan di Sekolah Kebangsaan sehingga mereka lebih gemar memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau sekolah agama yang lain.

Apakah mata pelajaran dalam KSSR? Terdapat sedikit perbezaan dari segi mata pelajaran dalam KSSR mengikut tahap walaupun pada asasnya adalah sama.

Mata pelajaran Tahap 1 KSSR

Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga kelompok utama mengikut modul iaitu:

Modul Teras Asas

Modul Teras Tema

Modul Elektif Jadual 5.2 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 1 yang dikelompokkan mengikut modul-modul.

Page 9: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

70

Jadual 5.2

Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul

Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina (SJKC)

Bahasa Tamil (SJKT)

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Matematik

Seni Visual dan Muzik

Dunia Sains dan Teknologi

Malaysia Negaraku

Bahasa Arab

Bahasa Cina (BCSK)

Bahasa Tamil (BTSK)

Bahasa Iban

Bahasa Kadazandusun

Dalam Modul Teras Asas, Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral dipelajari oleh murid yang bukan beragama Islam. Dalam Modul Teras Tema beberapa disiplin ilmu digabungkan ke dalam tema Seni Visual dan Muzik; tema Dunia Sains dan Teknologi; dan tema Malaysia Negaraku. Modul elektif pula memberi peluang kepada murid untuk berkemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun. Sekolah perlu membuka kelas sekurang-kurangnya untuk satu bahasa tersebut. Walau bagaimanapun perkara ini adalah tertakluk kepada kesediaan sekolah terutama dari segi tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran serta permintaan ibu bapa murid.

Mata pelajaran Tahap 2 KSSR Mata pelajaran Tahap 2 dalam KSSR dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu:

Tunjang Komunikasi

Tunjang Sains & Teknologi

Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai

Tunjang Kemanusiaan Bagi mata pelajaran teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Jadual 5.3 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 2 yang dikelompokkan mengikut kategori Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.

Page 10: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

71

Jadual 5.3

Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang

Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif

1. Tunjang Komunikasi

• Bahasa Malaysia,

• Bahasa Inggeris,

• Bahasa Cina,

• Bahasa Tamil

1. Tunjang Komunikasi Elektif

• Bahasa Arab

• Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan,

• Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,

• Bahasa Iban, Bahasa Semai

• Bahasa Kadazandusun

2. Tunjang Sains & Teknologi

• Matematik,

• Sains,

• Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

• Pendidikan Jasmani,

• Pendidikan Kesihatan,

• Pendidikan Muzik,

• Pendidikan Seni Visual

4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Moral

5. Tunjang Kemanusiaan

• Sejarah

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)

Page 11: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

72

Bahasa Malaysia KSSR

Di Tahap 1, Bahasa Malaysia dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas. Matlamat mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR ialah supaya murid boleh berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, maklumat dan idea serta membina hubungan social dalam kehidupan harian (BPK, 2010). Di Tahap 1 pembelajaran adalah berfokus kepada literasi berbahasa untuk menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis; konsep didik hibur; pemupukan minat membaca; dan penghayatan seni bahasa. Manakala di Tahap 2 pembelajaran adalah berfokus kepada Pengayaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan tatabahasa; keberkesanan; berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur;

AKTIVITI 5.3

Bagaimanakah mata pelajaran dalam KBSR dan mata pelajaran KSSR dapat anda dibandingbezakan?

KBSR KSSR

1.

2.

3.

4.

5.

Page 12: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

73

pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Dalam proses pembelajaran, murid menggunakan lima modul berasaskan Dokumen Standard yang disediakan iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni Bahasa; dan Modul Tatabahasa.

Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR berbanding dalam KBSR?

Bahasa Inggeris KSSR Di Tahap 1, Bahasa Inggeris dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas. Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR bermatlamat untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa bagi membolehkan murid berkomunikasi secara efektif dalam pelbagai konteks mengikut tahap perkembangan murid (BPK, 2010). Murid perlu menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka mengakses informasi dan pengetahuan yang kini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap I adalah kepada Kemahiran asas bahasa menggunakan strategi fonik; konsep didik hibur; dan pemupukan minat membaca. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap II pula ialah kepada penguasaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan tatabahasa; keberkesanan berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur; pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap 1 menggunakan empat modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; dan Modul Seni Bahasa. Di Tahap 2 lima modul digunakan iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.

Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding dalam KBSR?

Matematik KSSR

Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang mudah, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan (BPK, 2010). Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada permasalahan yang mudah kepada permasalahan yang lebih kompleks. Di Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta penguasaan numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Materamtik adalah berfokus

Page 13: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

74

kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks. Lima modul yang diguna pakai untuk pembelajaran Matematik dalam KSSR ialah Modul Nombor dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul Pengendalian Data; dan Modul Statistik.

Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding dalam KBSR?

Dunia Sains dan Teknologi KSSR Dunia Sains dan Teknologi (DST) adalah untuk Tahap 1. Matlamat pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif dan kemahiran TMK serta memupuk nilai murni. Selain itu melalui pembelajaran DST dapat disemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Pembelajaran DST oleh murid-murid di Tahap 1 juga memberi ruang kepada mereka untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, membuat reka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi. DST mempunyai dua dokumen standard kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Dokumen Standard Kurikulum Sains merangkumi elemen Sains dan Reka Bentuk Teknologi manakala Dokumen Standard Kurikulum TMK khusus untuk elemen TMK.

Cuba anda imbau kembali iaitu di peringkat awal KBSR duhulu sains diajar sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Bila mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan, Sains diajar di Tahap 2 sahaja. Hanya pada 2001 barulah sains diajar di Tahap 1. Mulai 2003 pula mata pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan PPSMI. Kini dalam KSSR pembelajaran sains di Tahap 1 adalah sebagai salah satu komponen dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST).

Sains KSSR Mata pelajaran Sains dipelajari di Tahap 2 KSSR. Mata pelajaran Sains merupakan kesinambungan daripada Dunia Sains dan Teknologi (DST) pada Tahap 1. Matlamat mata pelajaran Sains adalah untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni supaya murid

Page 14: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

75

dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Pembelajaran Sains adalah berfokus kepada pemerolehan pengetahuan asas sains dan teknologi; penerapan nilai murni dan sikap ingin tahu terhadap ilmu sains; pemupukan minat dan kefahaman tentang diri dan alam sekeliling; pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan inkuiri dan penyelesaian masalah menggunakan enam modul pembelajaran iaitu Modul Pengenalan kepada Sains, Modul Sains Hayat, Modul Sains Fizikal, Modul Sains Bahan, Modul Bumi dan Sains Angkasa dan Modul Teknologi dan Kehidupan Lestari.

Apakah kelebihan mempelajari Sains dalam KSSR berbanding dalam KBSR?

Teknologi Maklumat dan Komunikasi KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar kepada murid-murid Tahap 2 sekolah rendah sebagai satu mata pelajaran. Mata pelajaran TMK memberi penekannan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK berteraskan sistem komputer, multimedia, pengaturcaraan, sistem maklumat, rangkaian dan Internet. TMK diajar dengan peruntukan waktu sebanyak 60 minit seminggu. TMK dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar secara bergilir dalam tempoh waktu tersebut. Enam modul diguna pakai dalam pembelajaran TMK iaitu Modul Dunia Komputer; Modul Eksplorasi Multimedia; Modul Pengaturcaraan; Modul Eksploras Pangkalan Data; Modul Sistem Rangkaian; dan Modul Dunia Internet. Pembelajaran TMK di Tahap 2 sekolah rendah adalah dengan matlamat agar murid-murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai TMK dalam memperkembangkan idea, bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, serta mengaplikasikannya dalam tugasan harian; selain daripada meningkatkan daya kreativiti dan inovasi, menyelesaikan masalah dan memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan mereka.

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ialah mata pelajaran di Tahap 2 KSSR. RBT diajar dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir dengan mata pelajaran TMK. RBT diajar sebagai asas penyediaan modal insan yang berdaya maju khususnya dalam bidang reka bentuk, teknologi dan pembuatan. Pelaksanaan RBT membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan untuk mengaplikasikan asas teknologi dalam bidang keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Tujuh modul diguna pakai dalam pembelajaran RBT iaitu Modul Organisasi dan Keselamatan Bengkel; Modul Asas Teknologi; Modul Reka Bentuk; Modul Penghasilan Projek; Modul Teknologi Pertanian; Modul Ekonomi Rumah Tangga; dan Modul Penyelenggaraan Alatan Tangan dan Mesin Mudah.

Page 15: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

76

RUMUSAN Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan haronis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran.

KATA KUNCI Dokumen standard - penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut kandungan (DSK) ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh perse- kolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran

dan nilai. Dokumen standard - satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran (DSP) pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi

setiap standard kandungan. Mata pelajaran teras - Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid

mengikut aliran persekolahan. Mata pelajaran wajib - Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid Mata pelajaran elektif - Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid. Modul - Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap (self-contained).

Tunjang - Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran

dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 16: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

77

PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Mata pelajaran KBSR dikategorikan kepada mata pelajaran teras, wajib dan

tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK? A. Bahasa Arab B. Bahasa Cina C. Bahasa Tamil D. Bahasa Melayu

2. Terdapat beberapa mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian,

Nilai dan Sikap. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk _____________ A. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid. B. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab. C. membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan. D. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat

hidup di tempat dan persekitarannya. 3. Dalam KBSR mata pelajaran yang tergolong dalam bidang Komunikasi diberi

peruntukan masa yang lebih berbanding mata pelajaran yang lain. Apakah rasional utama kepada perkara tersebut?

A. Mata pelajaran dalam bidang Komunikasi termasuk dalam peperiksaan

awam. B. Kemahiran komunikasi adalah perkara asas yang penting dalam

kehidupan. C. Peruntukan kewangan untuk mata pelajaran dalam bidang Komunikasi

lebih banyak. D. Mata pelajaran lain boleh dipelajari di tempat lain seperti di rumah atau di

pusat tusyen. 4. Dalam KSSR klasifikasi bidang mata pelajaran di bawah Tunjang Perkembangan

Fizikal dan Estetika antara lain adalah bagi perkembangan _________________ A. sosial B. intelek C. rohani D. jasmani

5. Manakah antara berikut benar berkaitan mata pelajaran di bawah klasifikasi

Modul Elektif di Tahap 1 KSSR?

A. Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari. B. Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah. C. Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan. D. Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing.

Page 17: 9 unit 5

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

78

CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B

RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:

Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill. Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school:

Focus on curriculum. New Jersey: Merill. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.