43
FALSAFAH PENDIDIKAN MBE 10103 1

(a) Pengenalan Falsafah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan Falsafah

Citation preview

  • FALSAFAH PENDIDIKANMBE 10103

    *

  • PENGENALANPerkataan Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan atau hikmah, ingin tahu dengan mendalam atau suka dan cinta dengan mendalam.

    Daripada difinasi ini dapatlah dikatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cintakan terhadap hikmah dan usaha mendapatkannya.

    Ahli falsafah merupakan orang yang mencintai hikmah dan berusaha mendapatkanya.

    *

  • Falsafah ialah disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.

    Perkataan Falsafah dalam bahasa melayu berasal dari arab yang juga berasal dari perkataan yunani. Secara umumnya falsafah ini mempunyai ciri-ciri berikut:Merupakan satu usaha pemikiran yang hebatTujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran*

  • Tujuan Mempelajar FalsafahFalsafah dapat membentuk suatu pandangan yang sistematik pada tiap-tiap sesuatu yang wujud di alam ini.

    Falsafah dapat memberikan suatu pandangan hidup, serta memberi peluang manusia berfikir baik buruknya sesuatu perkara.

    Contohnya ialah ahli sains dapat menghasilkan tenaga atom dengan ilmu pengetahuannya, untuk apakan tenaga atom dihasilkan bagi peperangan atau untuk perdamian, maka disinilah kita memerlukan sistem nilai atau falsafah bagi menentukanya.

    *

  • Ilmu dapat menghasilkan pengetahuan, tetapi tujuan dan pemakaian pengetahuan itu ditentukan oleh falsafah.

    Falsafah dapat membantu manusia berfikir dengan cara kritikal dan logik. Ia dapat menjelaskan kepada manusia perkara-perkara yang kabur melalui penyelidikan dan pengalaman.

    Falsafah dapat membantu manusia berfikir dengan jujur dan teliti berkenaan makna hidup bagi seseorang. Falsafah ini dapat menentukan manusia ke arah penghidupan yang lebih tinggi dan mulia.

    Oleh itu falsafah perlu difahami dan dimiliki oleh setiap pendidik bagi membantu anak-anak membentuk falsafah hidup yang sihat.

    *

  • Siapa yang berfalsafah?Bagi Frost (1955), setiap orang sama ada dia seorang petani, ahli bank, rakyat biasa atau pemimpin dia adalah ahli falsafah dalam ertikata yang sebenarnya. Sebagai makhluk yang mempunyai otak dan susunan saraf yang maju, maka dia berfikir dan ia membuka jalan untuk berfalsafah.

    Falsafah boleh dikatogerikan kepada falsafah undang-undang, falsafah politik, falsafah sosiologi, falsafah moral dan falasafah pendidikan.*

  • Difinasi Falsafah

    * Terdapat pelbagai pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah berhubung dengan definasi falsafah. Disebabkan pelbagai definasi inilah maka lahirnya perlbagai aliran yang diikuti dan menjadi amalan oleh manusia.

  • Socrates (469 399 SM)*

  • Socrates (469 399 SM) Pembentukan pengetahuan yang murni amat penting bagi mencapai kebijaksanaan.

    Usaha melalui penyelidikan sejati bagi mencapai kebijaksanaan.

    Falsafah beliau berpusatkan kepada manusia dan tingkahlaku.

    *

  • Socrates cuba menyelidik pengetahuan yang murni dengan cara mengamati yang konkrit dan menganalisisnya sehingga timbul sesuatu yang murni.

    Mengikut beliau cara bersoaljawab yang terkenal dengan dialog Socrates sangat efektif bagi mendapat pengetahuan yang murni.

    Dalam pendidikan beliau dianggap pengasas ilmu kesusilaan.

    *

  • Plato (427 347 SM)*

  • Plato (427 347 SM)

    Mengikut Plato, falsafah ialah usaha mencari kearifan melalui proses dialektif dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia.

    Konsep Plato, berhubung falsafah adalah pelbagai. Hal ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam dialog-dialognya.

    Konsepnya telah mempengaruhi pemikiran Barat umumnya, dan ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih dari 2000 tahun dahulu.

    *

  • Aristottle (384 322 SM) *

  • Merupakan anak murid kepada Plato selama 20 tahun. Beliau menegaskan falsafah sebagai ilmu tentang kebenaran. Kebenaran dapat diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik.*Aristottle (384 322 SM)

  • Cicero (106 43 SM) *

  • Cicero (106 43 SM)Merupakan ahli falsafah Romawi menyebut falsafah sebagai ibu kepada semua seni (The Mothers of All Arts). Mengikut beliau punca bagi segala ilmu pengetahuan yang terluhur.

    Beliau juga menegaskan falsafah sebagai seni kehidupan.

    Kosepnya ini berkembang luas dalam kalangan orang biasa yang terpelajar pada Zaman Renaissance (1450-1500).*

  • Renaissance bererti kelahiran kembali kebudayaan klasik, iaitu memikir dan mentafsirkannya semula.

    Konsepnya ini mendorong manusia mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan bagi melahirkan warganegara yang benar-benar cekap.

    *

  • Thomas Hobbes (1588 1679)

    Merupakan ahli Falsafah Inggeris, merumuskan falsafah sebagai ilmu pengetahuan yang menerangkan hubungan sebab dan hasil (cause and effect).*

  • Immanuel Kant (1724 1804) Ahli falsafah yang terkenal dan paling berpengaruh dari Jerman, berpendapat : Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap penjelasan umum.*

  • Thomas Aquinas (1225 1274)*

  • Thomas Aquinas (1225 1271)*Beliau ialah seorang tokoh falsafah agung dari abad ke 13, iaitu abad ilmu pengetahuan. Mengikut beliau, falsafah ialah alat bagi menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia.Tegasnya lagi, kebenaran teologi atau ketuhanan yang diterima oleh kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh sesuatu kebenaran falsafah yang dicapai dengan akal manusia.

    Ahli falsafah adalah bebas menyelidiki kebenaran ketuhanan asalkan kesimpulannya tidak bertentangan dengan kebenaran-kebenaran yang tetap daripada teologi.

    Beliau memperluaskan ajaran-ajaran Aristotle. Dimana beliau juga menterjemahkan karangan-karangan asli Aristotle dengan diberi dasar Agama Nasrani.

  • Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting.

    Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

    Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

    Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

    Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan.

    *Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984) memberi tafsiran falsafah yang lebih lengkap, iaitu :

  • Fung Yu-Lan (1966), dalam bukunya Sejarah Ringkas Falsafah China, menghuraikan falsafah sebagai pemikiran relektif yang sistematik terhadap kehidupan. Menurut beliau, seseorang ahli falsafah harus berfalsafah dengan memikir secara relektif terhadap kehidupan, kemudian menyatakan pemikirannya secara sistematik. Maka, semua teori kehidupan dan alam semesta, serta ilmu adalah hasil daripada pemikiran relektif tersebut.*Fung Yu-Lan (1966)

  • John Dewey (1859 1925)

    *

  • John Dewey (1859 1925)*Beliau mengusulkan falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik yang baru. Jadi falsafah adalah satu alat membuat penyesuian antara yang lama dengan yang baru dalam sesuatu kebudayaan. Menurut Dewey, sekolah haruslah berperanan sebagai masyarakat dalam bentuk kecil. Beliau ialah seorang penganut Mazhab Pragmatime, iaitu satu aliran falsafah yang berpendapat nilai pengetauan manusia haruslah diuji dalam kehidupan praktik.

  • Al-Farabi (874M-950M)*

  • Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi

    Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

    *Al-Farabi (874M-950M)

  • Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

    Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

    Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.*

  • Berusaha menautkan sebab dan akibat serta berusaha mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia (Omar Al-Toumy Al-Syaibany, 1971).

    *

  • Kamus DewanFalsafah ialah pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain.

    Berfalsafah ialah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu.*

  • Prof. Dr. Khoo Kay KimAda dua makna;Resipi untuk kehidupan atau cara ideal untuk menjalankan kehidupan.Falsafah difahamkan sebagai analisisJusteru Falsafah Sejarah analisa tentang pengertian sejarah

    *

  • Bertrad Russell (1872 1970)

    Mengikut beliau falsafah adalah sebagai kritikan terhadap pengetahuan. Falsafah memeriksa secara kritik asas-asas yang dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan sehari-hari, dan mencari sesuatu ketidakselarasan yang terkandung dalam asas-asas itu.

    *

  • 1.4 Tokoh-Tokoh FalsafahTokoh Falsafah BaratPhytagoras (572 - 492 SM)Socrates (469 399 SM) Plato (427 347 SM)Aristotle (384 322 SM)Cicero (106 43 SM)Thomas Hobbes (1588 1679)Immanuel Kant (1724 1804)Thomas Aquinas (1225 1274)John Wild (1948)John Dewey (1859 1925)*

  • Tokoh Falsafah Timur (Negara China)

    Konfucius Manusia mesti memiliki satu garis panduan tentang tingkah laku yg berdasarkan nilai-nilai abstrak utk menjadi manusia yg peribadi mulia). Lima nilai itu keserasian, perikemanusiaan, kebolehpercayaan, amanah dan bijaksanaan. Aliran pemikiranya:Confucianism

    Mensius

    Lou Tzu dan Mo Tzu *

  • Tokoh Falsafah Timur (Negara India)Mahatma Gandi Rabindranath Tagore

    Tokoh Falsafah IslamAl-KhindiAl-FarabiIbnu Sina (falsafah, astronomi, perubatan)Al-Ghazali (tokoh agung keilmua Islam yg menguasai banyak bidang. Terkenal dgn ilmu mantiknya-ilmu yg menerangkan kebenaran dan kesamaran)

    *

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    *

  • Falsafah Tabika Kemas Meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak2 secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana persekitaran yang sihat, ceria, selamat serta kerjasama erat dari ibu bapa.*

  • FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI(UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan*

  • Kebahagian akan dicapai bagi sesiapa yang dapat mengalahkan nafsunya dan kecelakaan akan menimpa bagi sesiapa yang dikalahkan oleh nafsunya.*

  • Semua manusia akan binasa kecuali orang berilmu, semua orang berilmu akan binasa kecuali orang yg beramal dan semua yang beramal juga akan binasa kecuali orang yang ikhlas

    Beramal tanpa ilmu adalah perkara sia-sia

    *

  • Kesimpulan Secara mudah, falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Dalam bahasa Arab, perkataan falsafah disamakan dengan istilah hikmah. Dalam Al-Quran tidak terdapat perkataan falsafah, tetapi ini bukanya bermakna yang falsafah itu tidak ada dalam Al-Quran. Sebenarnya dalam Al-Quran istilah hikmah ini dibahaskan lebih daripada istilah falsafah. Kedudukan Himah dalam Al-Quran mempunyai nilai lebih tinggi berbanding dengan falsafah.

    Abdul Fatah Hasan (2007)*

  • *

    Zaman moden

  • *

    Dulu, kini & selamanya.

    ******************************