HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)

  • View
    8.361

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Text of HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)

  • 1. PENDIDIKANKESIHATAN KELUARGA DEFINISIOBJEKTIFMATLAMAT KESIHATAN DIRI NILAI AGAMA & DAN KELUARGA MORAL AMALAN CARASEKSUALITI GENDERHIDUP SIHATAMALAN KEBERSIHANPEMAKANANTUBUH BADAN SIHATAKTIVITI SENAMAN &AMALAN KESIHATANKECERGASAN FIZIKALMENTAL YANG BAIKTIDAK PENJAGAAN KESIHATAN MEROKOKIBU DAN ANAKPERANAN INSTITUSI KELUARGA PERKAHWINAN TUBUH BADAN MANUSIASISTEMCIRI-CIRI LUARPENGHADAMARANGKAKULITMUKA N OTOT LIMFATIKHIDUNGTELINGA ENDOKRINSARAFMATA GIGIKARDIOVASKULARREPRODUKTIF RAMBUTTANGANPERKUMUHAN RESPIRATORIKAKI KUKU

2. PENDIDIKAN KESIHATAN DIRI Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang bolehdiamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepadapengurusan grafik diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat olehsetiap individu. Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihantubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakananyang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress. Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut danmulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulan membersihkan badan dengan mandisekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akanmengelakkan badan dari berbau dan juga dari dijangkiti kudis. Tidur yang cukup danberkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalahlebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah denganmembasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makanjuga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang.Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yangbersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak danmenggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripadadijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat diklinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi ataumenggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atausebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun. Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendakdipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukarsetiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untukmengelakkan hama. 3. Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kitamengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang bolehdijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringanparas glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviksdan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat. Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagaijenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusanpemakanan sihat ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita danpada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbangkepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusanyang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkantabiat makan yang sihat. Ia boleh dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan,kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia boleh dicapai dengan menggabungkan kesemuakumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkankombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineraldan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untukmemenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar, berkembang, bergerak,bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan yang tidak sihatyang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara ini.Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak mengambilpelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secaraberlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadarlemak dan minyak serta garam. Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akanmengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadarpenyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darahtinggi. Ia juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout,osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini jugamempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidakmenarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyakbuah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengankadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak danprotein. 4. Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungitenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkanmakan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpastitekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jikasedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekananyang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcoholjika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress. Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi,rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akankesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna. 5. PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlakudalam lingkungan individu dan komuniti. Ia bertujuan untuk meningkatkan status kesihatanke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalammengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat mencapai taraf kesihatan keluarga yangoptimum. Objektif pendidikan kesihatan keluarga adalah antaranya ialah mengubah tingkah lakukesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan kearah mengurangkan risikomendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan hidup yang tidak sihat. Ia juga melihatperanan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara.Keluarga juga adalah sebagai segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan inputberkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau pihak hukankerajaan (NGOs). Ia juga mempunyai objektif untuk meningkatkan tahap literasi kesihatandalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga untuk mencapai,menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana merekamenggunakan maklumat tersebut kearah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki. Antara aspek pendidikan kesihatan keluarga ialah kesihatan diri dan keluarga, tubuhbadan manusia dan nilai agama dan moral. Dari segi kesihatan diri dan keluarga, ia adalah berkaitan dengan amalan cara hidupyang sihat. Ianya kemudian dibahagi kepada lapan iaitu kebersihan tubuh badan, amalanpemakanan sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yangbaik, tidak merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan institusiperkahwinan. Dari segi tubuh badan, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem dan ciri-ciri luar.Sistem terbahagi kepada sepuluh sistem iaitu sistem rangka, sistem penghadaman, sistemotot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif,sistem perkumuhan dan sistem respiratori. Ciri-ciri luar pula terbahagi kepada sepuluhbahagian iaitu kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku. 6. Nilai agama dan moral pula terbahagi kepada dua iaitu seksualiti dan gender.Seksualiti adalah berkaitan dengan isu-isu masalah kesihatan seksualiti iaitu kehamilanremaja, kes buang anak, rogol, cabul, homoseksual dan sumbang mahram. Gender pulaadalah berkaitan dengan isu-isu tingkah laku yang melampaui batas dari segi nilai dan normayang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Perkhidmatan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yangbertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan buat komuniti. Ia memberifokus utama dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luardan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencingmanis. Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program-programpencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti. Di Malaysia, usahaini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran diseluruh negara.Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-kurangnya sebuahklinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. 7. PENGURUSAN KESIHATANDIRIPERSAMAAN PENDIDIKAN KESIHATANKELUARGAPendidikan Kesihatan Diri dan Keluarga adalah merupakanaspek yang penting dalam pencegahan dan pengawalanpenyakit serta dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Iajuga akan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokongkepada penjagaan kesihatan.Justeru itu, pendidikan kesihatan diri dan keluarga amatlahpenting untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepadaindividu dan keluarga serta masyarakat umum tentangpenyakit, tanda-tanda,