15

Bahasa malaysia tahun 6

  • Upload
    masimat

  • View
    642

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa malaysia tahun 6
Page 2: Bahasa malaysia tahun 6
Page 3: Bahasa malaysia tahun 6

Cerita ini mengisahkan seorang lelaki tua yang jujur dengan jirannya,

seorang yang tamak. Pada suatu hari, dia menjumpai sebuah takar yang

mengandungi wang emas. Dia tidak mengambil wang emas tersebut,

sebaliknya menanamnya semula di dalam tanah.

LAGI

Page 4: Bahasa malaysia tahun 6

Pada masa dahulu, di dalam sebuah Pada masa dahulu, di dalam sebuah kampung terpencil, tinggal seorang lelaki kampung terpencil, tinggal seorang lelaki

tua. Walaupun miskin tetapi dia hidup tua. Walaupun miskin tetapi dia hidup gembira kerana dia seorang yang jujur dan gembira kerana dia seorang yang jujur dan

suka menolong orang. suka menolong orang.

LAGI

Page 5: Bahasa malaysia tahun 6

Pada suatu malam, lelaki tua itu bermimpi. Dalam mimpinya, dia nampak petanda nasib baik turun dari langit. Dia berasa sangat gembira.

Keesokan harinya, ketika dia sedang mencangkul di kebunnya, cangkulnya mengenai benda keras. Dia mendapati sebuah takar tertanam di dalam tanah.

LAGI

Page 6: Bahasa malaysia tahun 6

Dia pun membuka penutup takar itu. Dia terkejut apabila mendapati ada wang emas di dalam takar itu. “Dalam mimpi saya, petanda nasib baik saya

turun dari langit. Takar ini saya peroleh dari tanah. Ini bermakna nasib baik saya dari bumi, bukan dari

langit. Barang berharga ini bukan milik saya,” katanya dalam hati. Dia meletakkan takar yang ada

wang emas di dalamnya itu ke tempat asalnya.

LAGI

Page 7: Bahasa malaysia tahun 6

Jiran lelaki tua itu seorang yang kaya dan tamak. Dia berasa iri hati apabila mengetahui lelaki tua itu menemui barang yang berharga. “Bodoh betul, orang tua itu! Apa bezanya jika turun dari langit atau datang dari bumi! Baik aku pergi ambil takar itu. Ha, ha, ha…!”

LAGI

Page 8: Bahasa malaysia tahun 6

Pada suatu malam, orang kaya itu masuk ke kawasan kebun lelaki tua secara

sembunyi-sembunyi. Dia menggali tanah di kawasan itu. Selepas beberapa lama menggali, dia menemui takar itu. Dia

berasa sangat gembira.

LAGI

Page 9: Bahasa malaysia tahun 6

Orang kaya itu pun membuka penutup takar tersebut. Takar itu bukan dipenuhi dengan wang emas, sebaliknya dipenuhi ular yang berbisa!

Orang kaya itu berasa sangat takut lalu lari lintang-pukang dan pulang ke rumahnya.

LAGI

Page 10: Bahasa malaysia tahun 6

Dia berasa sangat marah.“Hi, jahat betul lelaki tua itulah! Di manalah dia meletakkan takar yang berisi emas itu? Nasib baik aku tidak dipatuk oleh ular-ular tadi! Melampau betul! Aku akan balas balik perbuatannya itu!”

LAGI

Page 11: Bahasa malaysia tahun 6

Orang kaya itu kembali ke kebun lelaki tua bersama dua orang gajinya. Mereka menutup takar itu dan mengandarnya ke rumah lelaki tua.

LAGI

Page 12: Bahasa malaysia tahun 6

Kemudian, kedua-dua Kemudian, kedua-dua orang gaji itu orang gaji itu membalingkan takar yang membalingkan takar yang mengandungi ular berbisa mengandungi ular berbisa ke atas bumbung rumah ke atas bumbung rumah lelaki tua.lelaki tua.

Lelaki tua itu terjaga Lelaki tua itu terjaga oleh bunyi bising takar oleh bunyi bising takar yang jatuh dan pecah. yang jatuh dan pecah. Dia melihat setimbun Dia melihat setimbun wang emas di situ.wang emas di situ.

LAGI

Page 13: Bahasa malaysia tahun 6

““Eh, bukankah wang ini yang saya temui Eh, bukankah wang ini yang saya temui kelmarin? Bagaimana wang ini boleh kelmarin? Bagaimana wang ini boleh

sampai ke mari? Wah, bagusnya! Sudah sampai ke mari? Wah, bagusnya! Sudah tentu inilah nasib baik yang datang dari tentu inilah nasib baik yang datang dari langit seperti dalam mimpi saya. Inilah langit seperti dalam mimpi saya. Inilah

yang saya katakan nasib baik!”yang saya katakan nasib baik!”

LAGI

Page 14: Bahasa malaysia tahun 6

Apakah pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita

“Nasib Baik” itu tadi?

kembali

Page 15: Bahasa malaysia tahun 6

Tuliskan semula cerita di atas dalam bentuk karanganTuliskan semula cerita di atas dalam bentuk karanganyang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah

perkataan Tulisan anda mestilah berdasarkan perkataan Tulisan anda mestilah berdasarkan kefahaman anda sendirikefahaman anda sendiri