Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    1/22

    Banding beza

    Pendidikan Islam di SMK dan SMKA

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    2/22

    1

    Kandungan muka surat

    Pendahuluan 2

    Perbandingan diantara tajuk sukatan 3

    Perbandingan antara sub tajuk sukatan pelajaran 5

    Perbandingan antara sub tajuk Pengajian al-Quran 5

    Perbandingan antara sub tajuk Hadis nabawi dan Pengajian al-Hadis 7

    Perbandingan antara sub tajuk Akhlak 9

    Perbandingan antara sub tajuk Sirah Nabawi dan Tamaddun Islam 10

    Perbandingan antara sub tajuk Akidah 11

    Perbandingan antara sub tajuk Feqah 12

    Perbandingan antara agihan peruntukan waktu 14

    Carta organaizer 16

    Penutup 20

    Rujukan 21

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    3/22

    2

    Pendahuluan

    Pendidikan Islam merupakan satu usaha kerajaan dalam memenuhi dan memantapkan

    lagi penghayatan dan amalan selaras kewajipan bagi setiap individu islam melaksanakan

    tuntutan Allah s.w.t. dan Rasulnya. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran telahmemperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara bertujuan mempastikan setiap daripada

    rakyat mendapat pendidikan yang seimbang di dunia dan di akhirat dan direalisasikan

    dalam kurikulum.

    Kurikulum adalah perkara yang dinamik yang sentiasa berinteraksi dengan

    pelbagai unsur yang terdapat dalam suasana sosial. Ia bukan sahaja dipengaruhi

    persekitaran setempat malah juga persekitaran global yang begitu pesat berubah dan amat

    mencabar. Kerana itu kurikulum perlu sentiasa dimantapkan bagi mempastikan ia kekal

    relevan dengan keadaan dan zaman. Perkara teras dalam usaha memantapkan kurikulum

    persekolahan pada hari ini ialah untuk menjadikan kurikulum relevan dengan keperluan

    pelajar dan tuntutan dunia alaf baru.

    Pelajar-pelajar mempunyai keperluan yang berbeza, terutama dari segi minat,

    gaya pembelajaran dan keupayaan intelik. Dunia alaf ini pula telah dicorakkan oleh

    beberapa elemen baru, termasuklah ekonomi berasaskan pengetahuan dan pembelajaran

    secara elektronik. Hal ini telah dijelaskan dalam dokumen dasar semakan kurikulum yang

    disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu kesemua elemen teras

    ini perlu diberi perhatian dalam perancangan, penyediaan bahan dan perlaksanaan

    kurikulum Pendidikan Islam terutama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan dan juga

    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

    Kedua-dua sekolah ini mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan insanyang cemerlang dan seimbang diantara dunia dan akhirat tetapi melalui pendekatan yang

    berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar didedahkan dengan sukatan yang agak berbeza terutama

    ketika berada di Tingkatan Empat di mana pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan

    (SMK) terus mempelajari Pendidikan Islam manakala Pelajar di Sekolah Menengah

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    4/22

    3

    Kebangsaan Agama (SMKA) pula akan mempelajari Pendidikan Al-Quran dan Al-

    Sunnah dan juga Pendidikan Syariah Islamiah.

    Perbandingan antara komponen tajuk sukatan pelajaran

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menekankan kemahiran asas dalam

    membaca al-Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain

    kepada setiap individu. Asas-asas pendidikan Islam dikembangkan lagi di peringkat

    menengah dengan diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

    yang merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

    Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang

    sepenuhnya kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah

    dalam kehidupan seharian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Dalam

    KBSM para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang

    Pengajian Islam yang terdiri daripada beberapa komponan seperti Akidah, Ibadah, Sirah

    Nabawiah dan Tamadun Islam dan Adab dan Akhlak Islamiah dan juga Tilawah al-Quran

    manakala bagi SMKA pula pelajar-pelajar akan mempelajari Pendidikan Al-Quran dan

    Al-Sunnah yang menyentuh lebih luas berkaitan kedua-dua bidang Al-quran dan Al-

    Sunnah seperti Pengajian al-Quran, Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, Ulum al-Hadis

    dan dilengkapi pula ilmu yang berkaitan dengannya seperti Akhlak dan Tamaddun Islam.

    Perbandingan di antara tajuk sukatan pelajaran di antara sekolah menengah biasa

    dan sekolah menengah agama.bagi Pendidikan Islam Tingkatan 4.

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Pendidikan Islam Teras Pendidikan Syariah Islamiah

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    5/22

    4

    Akidah Akidah

    Ibadah Usul Feqah

    Sirah Nabawiah dan Tamadun Islam Ayat-ayat Hukum

    Adab dan Akhlak Islamiah Hadis-hadis Hukum

    Feqah

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Al-Quran dan Hadis Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

    Tilawah al-Quran Pengajian al-Quran

    Hadis Ulum al-Quran

    Pengajian Hadis

    Ulum Hadis

    Akhlak

    Tamadun Islam

    Persamaan dalam kedua-dua sukatan pelajaran Pendidikan Islam ialah kedua-duanya

    merangkumi bidang yang sama iaitu Tilawah al-Quran, Hadis Nabi, Akidah, Ibadah,

    sirah nabi dan juga akhlak islamiah.

    Manakala perbezaanyang terdapat dalam kedua-dua komponan tajuk sukatan pelajaran

    ialah bagi sekolah menengah biasa tajuk-tajuknya ialah secara umun dan keseluruhan

    sebagaimana dijelaskan dalam persamaan antara sukatan pelajaran manakala bagi sekolah

    menengah agama, tajuk-tajuknya diperincikan lagi seperti bagi Pengajian al-Quran

    dengan Ulum al-Quran dan bagi al-Sunnah di perkenalkan ulum al-Hadis dan juga

    diasingkan tajuk Tamadun Islam daripada sirah nabawi bagi memberi ruang yang lebih

    luas kepada pelajar mempelajari sirah islam dengan lebih lanjut lagi. Tajuk-tajuk di

    bawah Pendidikan Syariah Islamiah pula dipecahkan Feqah kepada Usul Feqah dan

    dilanjutkan lagi penjelasannya melalui ayat-ayat hukum dan juga hadis-hadis hukum.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    6/22

    5

    Perbandingan antara sub tajuk sukatan pelajaran

    Setelah meneliti persamaan dan perbezaan di antara komponan tajuk sukatan pendidikan

    islam, marilah kita meneliti dan membandingkan pula di antara sub tajuk sukatan

    pelajaran bagi sekolah menengah biasa yang mempelajari Pendidikan Islam Teras dan

    sekolah menengah agama yang mempelajari Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan juga

    Pendidikan Syariah Islamiah. Untuk menjelaskan lagi persamaan dan perbezaan di antara

    kedua-dua sub tajuk sukatan pelajaran, Pendidikan Islam teras perlu diasingkan bidang

    al-Quran dan al-Sunnah dan bidang Ulum Syariah dan juga Akhlak Islamiah. Bagi sub

    tajuk bidang al-Quran dan al-Sunnah dibandingkan dengan Pengajian al-Quran dan al-

    Sunnah sebagaimana berikut:

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Al-Quran dan Hadis Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

    1) Ayat Kefahaman:

    i) Surah Al-An'am, ayat 6, 50, 70,

    125 dan 161 hingga 165.

    a) Manusia perlu bersyukurb) Hidayah milik Allahc) Rasul penyampai wahyu

    ii) Surah Al-Mu'minum, ayat 1 -

    11,

    a) Ciri-ciri mukmin berjayaiii) Surah Luqman, ayat 12 - 19.

    b) Nasihat Luqman al-Hakim.

    1) Ayat-ayat pemahaman

    a. Gejala Mempersendakan AgamaSurah Al-Anam, 6 : 70.

    b. Pertanian dalam KehidupanSurah Al-Anam, 6 : 141

    c. Konsep IbadahSurah Al-Anam, 6 : 162-163

    d. Negara Aman Rakyat SejahteraSurah Al-Anfal, 8 : 60-63.

    e. Keteguhan Iman Asas Kekuatan JatiDiri

    f. Iktibar Daripada SejarahSurah Al-Hajj, 22 : 42-46

    g. Surah Al-Hajj, 22 : 11-13h. Kecemerlangan Iman Asas Kejayaani. Surah Al-Muminun, 23 : 1-11

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    7/22

    6

    j. Wasiat Luqman Al-HakimSurah Luqman, 31 :12-19

    k. Tanda-tanda Kekuasaan Allah s.w.t.Surah Yasin, 36 : 77-83

    l. Konsep Taaruf Dalam IslamSurah al-Hujurat, 49 : 13

    m. Nikmat Kurniaan Allah s.w.t.Surah al-Rahman, 55 : 1 - 30.

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Al-Quran dan Hadis Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

    2) Ayat Bacaan:

    i) Surah Al-An'am, ayat 1-165;

    ii) Surah Al-Mu'minun, ayat

    1 -35;

    iii) Surah Luqman, ayat 1 - 21.

    2) Ayat-ayat bacaan

    a. Surah Al-Anam, 6 : 1 - 165.b. Surah Al-Anfal, 8 : 1 - 75.c. Surah Al-Hajj, 22 : 178d. Surah Al-Muminun, 23 : 1

    118

    e. Surah Luqman, 31 :1 -34f. Surah Al-Hujurat, 49 : 1 - 18.g. Surah Al-Rahman, 55 : 1 - 78.h. Surah Al-Taubah, 9 : 1129i. Surah Al-Nur, 24 : 1 - 38.j. Surah Al-Sajdah, 32 : 1 - 30.k. Surah Al-Waqiah, 56 : 1 - 96.l. Surah Al-Hasyr, 59 : 1 -24m. Surah Yasin, 36 : 1 - 83.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    8/22

    7

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Al-Quran dan Hadis Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

    3) Ayat Hafazan:

    i) Surah Al-An'am, ayat 162

    - 163

    ii) Surah Al-Mu'minun, ayat

    1 - 11,

    iii) Surah Luqman, ayat 12 -

    19.

    3) Ulum al-Quran

    a. Ulum al-Quran dan Kepentingannyab. Pengenalan al-Quranc. Al-Quran Sebagai Mukjizatd. Wahyue. Nuzul al-Quran

    Persamaan bagi bidang al-Quran bagi kedua-dua sukatan ialah kedua-duanya

    mempelajarai ayat-ayat untuk tujuan kefahanam dan juga ayat-ayat untuk bacaan atau

    tilawah. Tajuk-tajuk bagi ayat kefahaman sama bagi kedua-dua sukatan walaupun

    bilangan bagi sukatan Pendidikan Islam sekolah menengah biasa adalah kurang

    berbanding sekolah menengah agama yang mempelajari Pengajian al-Quran.

    Dari segi perbezaan pula, bagi Pendidikan Islam di sekolah menengah biasa

    terdapat tambahan sub tajuk iaitu terdapat ayat-ayat untuk hafazan manakala bagi

    Pengajian al-Quran tidak terdapat ayat-ayat hafazan. Walaupun begitu ia diperkayakan

    dengan pembelajaran dalam bidang Ulum al-Quran bagi sub tajuk yang ketiga. Perbezaan

    yang paling ketara ialah terdapat 13 sub tajuk untuk ayat-ayat pemahaman berbanding

    hanya 3 sub tajuk sahaja bagi Pendidikan Islam di sekolah menengah biasa. Begitu juga

    bagi ayat-ayat bacaan, terdapat 13 sub tajuk bagi pengajian al-Quran berbading hanya 3

    bagi Pendidikan Islam. Namun begitu bagi Pendidikan Islam Teras, ianya ditambah sub

    tajuk ketiga dengan ayat-ayat bagi tujuan hafazan.

    Seterusnya untuk perbandingan berikutnya merangkumi bidang Pengajian al-

    Sunah dan hadis nabawi bagi pendidikan islam sebagaimana berikut:

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    9/22

    8

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Hadis Nabawi Pengajian al-Hadis

    1) Kefahaman Hadis.

    a) Makanan yang baik.b) Perpaduan teras kemajuan

    1) Kefahaman Hadis.

    a. Kelebihan Menuntut Ilmub. Peranan Ulamac. Akhlak Muliad. Mensyukuri Nikmat Allahe. Menjauhi Sifat-Sifat Burukf. Iman dan Jihad

    2) Ulum al-Hadis

    a. Ilmu Hadisb. Hadis Sumber Kedua Perundangan

    Islam.

    c. Ilmu HadisRiwayahdanDirayahd. Hadis Nabawiy, Hadis Qudsi dan al-

    Quran.

    e. HadisMutawatirdanAhadf. Hadis Sahih, HasandanDhaif.g. Istilah-istilah Asas dalam Ulum al-

    Hadis

    Terdapat persamaan dalam sub tajuk al-Hadis yang mana kedua-dua sukatan

    mempelajari kefahaman hadis namun begitu perbezaan yang amat ketara ialah bilangan

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    10/22

    9

    hadis yang dipelajari di sekolah menengah biasa hanya dua tajuk sahaja berbanding enam

    di sekolah menengah agama dan ditambah lagi dengan pengajian Ulum al-Hadis.

    Manakala bagi sukatan Pendidikan Islam di sekolah menengah agama, akhlak dan

    tamadun islam dimasukkan didalam sukatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah berbanding

    di sekolah menengah biasa dirangkumkan di bawah sukatan Pendidikan Islam dan

    menjadi salah satu sub tajuk sebagaimana berikut:

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Pendidikan Islam Teras Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

    1) Bidang akhlak

    a. Amar makruf nahi mungkar.b. Adab zikrullahc. Adab berhias diri.d. Adab menjaga orang sakit.e. Adab dengan Rasulullhf. Akal cahaya kehidupan.g. Adab di Tempat rekresi.h. Adab Menjaga Kemudahan Awam.i. Adab Menziarahi Jenazah.

    1) Bidang akhlak

    a. Adab Terhadap Rasulullah s.a.w.b. Adab Berfikir.c. Adab Amar Makruf Nahi Mungkar.d. Adab Berhias Diri.e. Adab Menjaga Orang Sakit.f. Adab Menziarahi Jenazah.g. Adab di Tempat Rekreasi.h. Adab Menjaga Kemudahan Awam.

    Persamaan dalam bidang akhlak yang mana sub tajuknya ada persamaan

    sebanyak 8 tajuk manakala dan perbezaannya ialah 1 tajuk yang berlainan terdapat di

    dalam sukatan di sekolah menengah biasa yang menjadikan bilangan sub tajuk adalah

    lebih banyak berbanding sekolah menengah agama yang menjadikan ia lebih berbanding

    sub tajuk yang dipelajari dibawah bidang akhlak dalam sukatan Pendidikan al-Quran dan

    al-Sunah. Ini merupakan perbezaan yang agak berlainan yang mana akhlak lebih banyak

    dipelajari di sekolah menengah biasa.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    11/22

    10

    Bagi sub tajuk sirah nabawi pula dibandingkan dengan Tamadun Islam yang terdapat

    dalam Pendidikan al-Quran dan al-Sunah yang dipelajari oleh pelajar sekolah menengah

    agama.

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Pendidikan Islam Teras Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

    1) Bidang Sirah Nabawi

    a. Kerajaan Khulafak Ar-Rasyidin.b. Kerajaan Bani Umayyah.c. Imam Abu Hanifah.d. Imam Malik.e. Imam Syafie.f. Imam Ahmad Bin Hanbal.g. Imam Al-Bukhari.h. Imam Al-Ghazali.

    1) Bidang Tamadun Islam

    a. Tamadun Islam pada zaman Khulafaal-Rasyidin

    o Pentadbirano Ekonomio Politiko Sosialo Perluasan pengaruh

    b. Tokoh imam empat Mazhabo Imam Abu Hanifah r.a.o Imam Malik r.a.o Imam al-Syafie r.a.o Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

    c. Tokoh Pemikirano Imam Al-Ghazali r.a.o Imam Ibn Taimiyah r.a.o Abu Al-Ala Al-Maududi r.a.o Al-Sheikh Muhammad Idris

    Al-Marbawi r.a.

    Bidang sirah nabawi mempunyai persamaan yang mudah dinyatakan disini yang

    mana sub tajuknya boleh dikatakan sama dengan sub tajuk yang terdapat didalam bidang

    Tamadun Islam yang terdapat dalam Pendidikan al-Quran dan al-Sunah. Namun begitu

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    12/22

    11

    perbezaan masih terdapat disini iaitu bagi Tamadun Islam ditambah beberapa sub tajuk

    lagi dibawah zaman Khulafa ar-Rasyidin dan juga terdapat tambahan bagi tokoh-tokoh

    pemikiran Islam.

    Seterusnya perbandingan akan dibuat berdasarkan mata pelajaran Pendidikan

    Syariah Islamiah bagi Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berbanding

    Pendidikan Islam dalam sub tajuk akidah dan feqah.

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Pendidikan Islam Teras Pendidikan Syariah Islamiah

    1) Bidang Akidah

    a) Perkara-perkara yang membatalkaniman.

    b) Dosa-dosa besar yang membawakemurkaan Allah.

    i-dosa-dosa besar

    ii-dosa-dosa besar yang

    menghancurkan umat.

    c) Tuntutan taubat.

    1) Bidang Akidah

    (a) Iman fitrah manusia(b)Peranan iman dalam mewujudkan

    kekuatan jiwa, semangat

    pengorbanan dan kesejahteraan

    hidup di dunia dan di akhirat.

    (c) Islam sebagai Ad-Din yangmembawa rahmat kepada manusia

    dan alam sejagat.

    (d)Kejadian manusia sebagaisebahagian daripada bukti

    kewujudan Allah SWT.

    (e)Kejadian alam sebagai tandakekuasaan dan kebijaksanaan Allah

    SWT.

    Pendidikan Islam di SMK Pendidikan Islam di SMKA

    Pendidikan Islam Teras Pendidikan Syariah Islamiah

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    13/22

    12

    Bidang Ibadah

    a) Ibadah:b) Lambaian kaabahhaji dan

    umrah.

    c) Sembelihand) Korbane) Aqiqahf) Jual beli dan sewa.g) Gadaian dan syarikat.h) Hutang, insuran dan saham.

    Bidang Feqah

    a) Sejarah ibadah hajib) Pelaksanaan ibadah haji dan umrahc) Sembelihan, korban dan aqiqahd) Muamalat dalam Islame) Harta menurut Islam

    Usul Feqah:

    a) Pengenalan ilmu usul feqahb) Pengertian hukum syarak dan

    bahagian-bahagiannya.

    c) Dalil-dalil hukum syarak:d) Dalil-dalil yang disepakatie) Dalil-dalil yang tidak disepakatif) Takhsisg) Mutlak dan Muqayyad.

    Hadis-hadis Hukum:

    a) Mengubah ciptaan Allahmenyambung rambut dan membuat

    tatu

    b) Bersugi suatu ibadahc) Syak dalam solatd) Wasiat dalam Islame) Niabah dalam ibadah hajif) Memberi dan menjawab salam

    Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 merangkumi bidang akidah, sejarah, usul feqah,

    ayat-ayat hukum, hadis-hadis hukum dan feqah manakala dalam mata pelajaran

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    14/22

    13

    Pendidikan Islam tingkatan 4 sekolah menengah biasa pula mengandungi bidang seperti

    akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah. Tetapi

    untuk perbandingan dengan Pendidikan Syariah Islam, cuma dua bidang sahaja yang

    boleh dibuat perbandingan iaitu bidang akidah dan feqah.

    Aspek persamaan yang terdapat dalam kedua-dua mata pelajaran di antara sekolah

    menengah agama dengan sekolah menengah biasa boleh diperhatikan dalam bidang

    akidah terutama dalam topik satu iaitu tajuk yang membicarakan tentang konsep iman.

    Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 sekolah menengah agama, pelajar-pelajar diajar

    tentang iman sebagai fitrah manusia serta peranan iman dalam mewujudkan kekuatan

    jiwa, kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

    Manakala bagi pelajar-pelajar sekolah

    menengah biasa pula diajar tentang perkara-perkara yang membatalkan iman. Oleh itu,

    pendidikan Islam di sekolah menengah biasa jelas menumpukan kepada perkara-perkara

    asas tentang keimanan kepada Allah s.w.t dan bagi pelajar di sekolah menengah agama,

    mereka dimantapkan lagi dengan peranan iman itu sendiri dan hidup sebagai orang yang

    beriman. Seterusnya pelajar diberi pengukuhan kedalam jiwa mereka melalui

    penghayatan ayat-ayat al-Quran dan al-sunah melalui ayat-ayat hukum dan hadis-hadishukum yang tidak terdapat di dalam Pendidikan Islam aliran biasa di SMK.

    Ayat-ayat hukum yang diberi pendedahan adalah seperti berikut :

    Pecahan sub topik ini meliputi perkara-perkara berikut:

    a) Tayammum: Surah al-Nisa, 4 : 43.b) Qiamullail: Surah al-Muzammil, 73 : 110.c) Puasa Ramadhan: Surah al-Baqarah 2 : 185.d) Adab Pergaulan Dalam Rumah: Surah al-Nur, 24 : 5859.e) Memelihara Ukhuwwah Islamiah: Surah al-Hujurat, 49 : 11 - 12.f) Memberi Nasab Anak Angkat: Surah al-Ahzab, 33 : 5.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    15/22

    14

    Melalui bidang Feqah pula Pendidikan Syariah Islamiah bagi sekolah menengah

    agama membicarakan tentang ibadah haji dan umrah. Sub tajuk ini sama sahaja dengan

    sub tajuk yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah biasa, tetapi sub tajuk ini

    diajar dalam bidang yang disebut sebagai ibadah. Antara sub tajuk lain yang sama ialah

    tentang sembelihan, qurban, akikah dan juga sistem muamalat seperti jual beli, gadaian,

    syarikat, insuran dan saham. Hampir kesemua tajuk dalam kedua-kedua bidang ini adalah

    sama walaupun dibawah sub tajuk yang berlainan. Namun begitu pelajar di sekolah

    menengah agama terus diberi pendedahan yang lebih meluas dalam bidang feqah dengan

    adanya bidang Usul Feqah yang mengaitkan hukum-hakam yang diamalkan menpunyai

    bukti dan dalil yang kukuh berdasarkan pecahan sub tajuk dibawah Usul Fekah.

    Perbandingan antara agihan peruntukan waktu sebagaimana berikut:

    SMK SMKA

    Pendidikan Islam Tingkatan 4 :

    Peruntukan waktu: 6 waktu seminggu.

    Pecahannya: 4 waktu untuk pengajaran dan

    pembelajaran.

    1 waktu untuk pengukuhan terutama dari segi

    bacaan dan hafazan al-Quran.

    1 waktu untuk amali solat.

    Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4:

    Peruntukan waktu: 4 waktu seminggu.

    Pecahannya: 3 waktu untuk pengajaran &

    pembelajaran.

    1 waktu untuk amali dan pengukuhan

    Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah:

    Peruntukan waktu: 4 waktu seminggu.

    Pecahannya: 3 waktu untuk pengajaran dan

    pembelajaran.

    1 waktu untuk amali dan pengukuhan.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    16/22

    15

    Rumusan

    Mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Agama dan

    Sekolah Menengah Kebangsaan terdapat beberapa perbezaan dari segi tajuk dan sub tajuk

    di dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Di dalam Pendidikan Syariah Islamiah, sukatan

    pelajaran yang diajar di sekolah menengah agama meliputi tajuk-tajuknya dalam bidang

    akidah, sejarah perundangan Islam, Usul Feqah, Ayat-ayat Hukum, Hadis-hadis Hukum

    dan Feqah sementara itu dalam Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah pula melingkungi

    Pengajian al-Quran, Ulum al-Quran, Pengajian al-Hadis, Ulum al-Hadis, akhlak dan

    Tamadun Islam. Manakala sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 bagi sekolah

    menengah kebangsaan pula meliputi tajuk-tajuk seperti Tilawah al-Quran, Hafazan dan

    Kefahaman al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawiah dan Tamadun Islam dan Adab dan

    Akhlak Islamiah.

    Berpandukan perbandingan yang telah dinyatakan, jelas disini bahawa Pendidikan

    Islam bagi sekolah menengah biasa telah merangkumi kedua-dua Pendidikan Islam di

    sekolah menengah agama tetapi ianya adalah merupakan asas-asas kepada pendedahan

    amalan hidup islam secara keseluruhan. Boleh juga dikatakan bahawa pendidikan Islam

    yang didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah agama adalah lebih mantapdan menyeluruh sesuai dengan pelajar tersebut adalah keluaran sekolah agama.

    Dengan pendedahan dua matapelajaran di sekolah menengah agama iaitu

    Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah akan

    membolehkan pelajar-pelajar menghayati dan mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama

    dan melahirkan insan yang cemerlangan dalam hidup dan peribadatanya dan

    menyumbang kepada modal insan yang berkualiti. Bagi pelajar-pelajar di sekolah

    menengah biasa yang didedahkan dengan asas-asas amalan hidup islam, diharapkan dapat

    memenafaatkan semua ilmu yang terkandung dalam Pendidikan Islam ini dengan

    pengukuhan dan penkayaan yang diberikan oleh tenaga pelajar bijak membuat

    perancangan sebelum memulakan sesi persekolahan ditambah lagi dengan adanya 1

    masa untuk pengukuhan dan 1 masa untuk amali solat.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    17/22

    16

    Carta organaizer Kemahiran Berfikir Secara Kritis

    Aspek Pendidikan al-

    Quran dan al-

    Sunnah

    Pendidikan

    Syariah IslamiahPendidikan Islam Tasawwur Islam

    Objektif

    KurikulumPendidikan Quran

    dan al-Sunnah

    membolehkanpelajar mendapat:

    a. Membaca danmenghafaz al-

    Quran dengan

    betul, fasih,

    bertajwid dan

    tartil serta

    memahami isi

    kandungannya

    untuk

    menyuburkan

    jiwa.

    b. Mengetahuidanmemahami al-

    Quran sebagai

    mukjizat,

    sumber dan

    rujukan

    pertama

    berdasarkan

    dalil-dalil

    yang qatie.

    c. Membaca danmenghafal

    matan hadis

    serta

    memahami

    makna dan

    KurikulumPendidikan

    Syariah Islamiah

    membolehkanpelajar mendapat:

    a) Memahamikonsep Imandan Islam

    sebagai al-Din

    dan perananiman dalammewujudkan

    kekuatan jiwa.

    b) Mengetahuidan memahami

    kewujudan

    Allah S.W.T.berdasarkan

    pemerhatian

    kepada

    kejadianmanusia dan

    alam.

    c) Memahamitentang dosa

    dan pahala,

    perkara-perkarayang

    membatalkan

    iman dan

    berusaha

    menjauhinyaserta

    mempertingkat

    kan iman.d) Memahami

    marifatulLah

    ( ) dantaqlid ( ( )

    Kurikulum PendidikanIslam membolehkan

    pelajar mendapat:

    a) Memperkukuhkankemahiranmembaca,

    memaham,

    menghafaz danmenghayai al-Quran yang

    diperolehi pada

    peringkat sekolahrendah;

    b) Memperkukuh danmempertingkatkanamalan ibadat solat

    dan ibadat-ibadat

    lain yang

    diperolehi padaperingkat sekolah

    rendah;

    c) Membaca,memahami dan

    menghayati

    kandungan al-Quran serta

    menghafaz ayat-

    ayat yang ada

    kaitan dengan

    amalan dalamkehidupan harian;

    d) Memahami danmenghayatikandungan hadis-

    hadis Rasulullah

    S.A.W.;e) memperkukuh

    KurikulumTasawwur Islam

    membolehkan

    pelajar mendapat:

    a) Memberikefahamandan

    gambaran

    yang jeltentangtajuk-tajuk

    dalam

    TasawwurIslam

    keseluruha

    nya.

    b) Melatihpelajar

    menggunaan akal

    samping

    bimbinganwahyu ag

    tidak

    terpesongdaripada

    landasan

    sebenar iii

    c)

    Memberipendedaha

    kepada

    pelajartentang

    anasir-

    anasir yaboleh

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    18/22

    17

    pengajaran

    dari hadis-

    hadis tersebut.

    d. Mengetahuial-Hadis

    sebagai

    sumber kedua

    perundangan

    Islam melalui

    dalil-dalil dan

    sejarah serta

    mengetahui

    istilah,

    memahamikonsep dan

    prinsip-prinsip

    ilmu al-Hadis

    serta

    kedudukannya

    .

    e. Memahamiadab-adab

    dalam Islamberlandaskan

    al-Quran dan

    al-Sunnah dan

    menghayati

    hikmah dan

    pengajarannya

    serta

    mengamalkan

    nya.

    f. Mengetahuidan

    menelusurisejarah

    ketamaduna

    n Islam padazaman

    afalulLah ( ),afalul-ibad ( ),sejarah

    perkembanganIlmu Kalam,

    dan ayat-ayatserta Hadis-

    hadis

    mutasyabihat.

    e) Memahamisejarah dan

    sumber

    perundangan

    Islam serta

    mengetahui danmemahami

    konsep danprinsip ilmu

    Usul Fikah

    serta caraulama

    mengistinbatka

    n hukum.

    f)Membaca danmemahami

    ayat-ayathukum danhadis-hadis

    hukum untuk

    diamal dan

    dihayati dalamkehidupan dan

    mengetahui

    cara ulamamengistinbat

    hukum

    daripada ayat -ayat dan hadis-hadis tersebut.

    g) Memahamiibadat Haji danpelaksanaannya

    untuk dihayati.

    h) Mengetahui

    pegangan aqidah

    Islamiah danmengaitkan konsep

    tauhid dalam

    keseluruhan aspek

    hidup;f) Membina

    keperibadaian sertamengamalkan

    akhlak mulia, sifat-

    sifat yang terpuji

    danmenghindarisifat-sifat yang

    tercela;

    g) Memahami konsepibadat dan

    mengamalkannyadengan betul dan

    sempurna;h) Memahami,

    mengambil

    pengajaran danmeneladani sirah

    Rasulullah S.A.W.,

    para sahabat R.A

    dan TamadunIslam; dan

    i)

    Memahami,mengamalkan danmenghayati Islam

    sebagai satu cara

    hidup.

    merosakka

    pemikiraniv.

    d) Memperkembangkanpotensi d

    pelajarselaras

    dengan

    kehendak

    semasadalam

    batasan

    yang

    dibenarkan

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    19/22

    18

    Khulafa ar-

    Rasyidin,tokoh-tokoh

    imam empat

    Mazhab dan

    tokoh-tokoh

    dan memahami

    konsep danprinsip

    sembelihan,

    kurban dan

    akikah dalamIslam serta

    menghayatinya.i)Mengetahui

    dan memahami

    prinsip-prinsip

    muamalatIslamiah dan

    cara

    pelaksanaannya

    dalam

    masyarakatpada masa kini

    sertamengamalkann

    ya.

    j)Memahamisistem

    kekeluargaan

    dalam Islam

    sertamengetahui

    institusikehakimandalam Islam

    dan peranan

    Mahkamah

    Syariah diMalaysia dalam

    pentadbiran

    undang-undangkekeluargaan

    Islam.

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    20/22

    19

    Bidang Usuluddin tidak terdapat dalam Pendidikan Islam Tingkatan 4 manakala

    Tasawwur Islami merupakan matapelajaran efektif bagi kedua-dua sekolah.

    Aspek

    Pendidikan al-

    Quran dan al-

    Sunnah

    Pendidikan

    Syariah Islamiah

    Pendidikan

    Islam

    Tasawwur Islami

    Kaedah

    1. Penerangan2. Soal Jawab.3. Perbincang

    an.

    4. Simulasi.5. Membaca

    ayat

    6. Pengajarandan

    perbincang

    an

    kumpulan.7. Membuat

    rumusan.

    8. Huraiandan

    pembentag

    an.

    9. TayanganLCD

    1. Penerangan2. Perbincangan

    dan

    pembentangan

    3. Sumbangsaran.4. Soal Jawab.5. Simulasi.6. Tunjuk cara.7. Perbincangan

    kumpulan.

    8. Pembentangan.9.

    Kaji selidik.

    10.Pemerhatian danbimbingan.

    11.Tayangan LCD.12.Tayangan

    gambar.

    1. Perbincangan kump.

    2. Senaraisemak

    3. Soal-jawab4. Peneranga

    n guru

    5. Perbincangan

    6. Talaqqiayat

    hafazan.7. Tunjuk

    cara.

    8. Amali.9. Pengulang

    an.

    10.Lawatan.11.Sumbang

    saran.

    12.Pembinaancarta

    minda

    1. Penerangan2. Perbincangan

    dan

    pembentanga

    n

    3. Sumbangsaran

    4. Mengimbaskembali

    5. Simulasi6. Mengumpul

    bahan.7. Menulis esei.8. Lawatan9. Menulis buku

    skrap

    10.Tunjuk cara.11.Perbahasan12.Inkuiri /

    Penemuan

    13.Kaji selidik

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    21/22

    20

    Penutup

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam untuk peringkat menengah bertujuan mempastikan

    pelajar-pelajar terus diberi pendedahan yang lebih meluas dan mencukupi sesuai dengan

    usia mereka yang semakin meningkat. Bagi pelajar di sekolah menengah biasa, mereka

    mengikuti pembelajaran pendidikan islam melalui Pendidikan Islam Teras yang padat

    tetapi menyeluruh manakala bagi pelajar di sekolah menengah agama, mereka dididik

    dan diasuh penghayatan pendidikan islam dengan lebih terperinci dan penerangan yang

    jelas melalui Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua aliran pendidikan jelas

    menunjukkan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal

    yang akan mengembeling tenaga kearah kemajuan Negara.

    Persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua bidang pendidikan

    tidak mendatangkan sebarang masalah kerana guru pendidikan islam boleh mengunakan

    ruang waktu yang agak banyak yang diperuntukan bagi menjadikan pendidikan gagah

    dan perkasa di mata masyarakat. Apa yang jelas disini, guru pendidikan islam yang

    memegang teraju pendidikan islam, walau dalam apa aliran sekalipun harus bijak menilai

    dan mengupas sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajarandengan kaedah-kaedah pengajaran yang bersesuaian. Tanpa usaha dan penelitian yang

    bersungguh-sungguh daripada guru-guru pendidikan Islam, walau bagaimana pun

    sukatan itu digubal, tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan oleh Kerajaan dan

    masyarakat.

    (3500 Perkataan)

  • 5/28/2018 Banding Beza Pendidikan Islam di SMK Dan SMKA

    22/22

    21

    Bibliografi

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002.Huraian sukatan pelajaran

    pendidikan syariah islamiah.

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Huraian sukatan pelajaran

    pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.

    Abdul Raof Dalip. 1998. Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah

    menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004.Huraian sukatan pelajaran pendidikan Islam.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005.Modul pengajaran pendidikan Islam.Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:

    Penerbitan Universiti Malaya.

    Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi: Strategi

    dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors

    Sdn. Bhd.

    Nidzamuddin Zakaria, Siti Fairuza Haji Asmungi, Syed Najihuddin syed HassaN dan

    Dr Noor Azizi Ismail. 2010.HBIS4403 Pendidikan Islam; Tingkatan 6.Selangor:

    Meteor Doc. Sdn. Bhd.