bibio bmm

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 bibio bmm

    1/17

    1

    1.0 bPENGENALAN

    Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu

    berkembang jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah,

    Matematik, Geografi dan sebagainya. Bidang linguistik merupakan bidang yang telah

    lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini

    adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di

    peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke

    peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus

    menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan

    teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi

    perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk

    mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Dalam konteks ilmu, linguistik

    mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal

    tahun 60-an. Di Amerika, disiplin linguistik berkembang lebih awal, iaitu sekitar tahun

    50-an di peringkat ijazah lanjutan.

    Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang

    merangkumi semua segi komunikasi manusia, iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi

    bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk

    pertuturan dan tulisan. Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin

    lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain

    yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue,

    langage), bahasa Itali (lingua, atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa

    Inggeris (linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama

    bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik .

    Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu

    bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of

    Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap

    bahasa (The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut

    mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.

    Menurut Abdullah Hassan, linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secarasaintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-

  • 7/29/2019 bibio bmm

    2/17

    2

    rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik

    terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan

    semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana,

    pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.

    Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa

    linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang

    memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta

    menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    3/17

    3

    2.0 BIDANG LINGUISTIK

    2.1 LINGUISTIK PERBANDINGAN

    Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) juga dikenali sebagai

    linguistik komperatif ialah satu cabang linguistik sejarah yang membuat

    perbandingan beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut

    sejarah supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

    Kaedah perbandingan merupakan teknik asas yang digunakan di dalam

    linguistik perbandingan ini, tujuannya untuk membandingkan sistem-sistem fonologi,

    morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua

    bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan

    perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau

    morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang

    amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, maka kaedah perbandingan tidak begitu

    berguna.

    Linguistik perbandingan ini turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu

    bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa

    bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang

    sama. Linguistik perbandingan menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan

    memberikan perbezaan dan persamaan struktur bahasa, hubungan sejarah dan

    rumpun sesuatu bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbezaan dan

    persamaan struktur.

    Selain itu, linguistik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek

    sebutan, perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya,

    mengkaji bahasa bahasa di Nusantara atau di Kepulauan Melayu. Linguistik jenis ini

    membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi , perkataan dan ayat iaitu

    dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa

    dengan bahasa yang lain.

    Linguistik ini kerap digunakan untuk membanding-bandingkan satu dialek

    dengan satu dialek yang lain. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan

  • 7/29/2019 bibio bmm

    4/17

    4

    linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza,

    khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian

    linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari

    segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke

    suatu tahap yang tertentu.

    Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi)

    sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu

    dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau

    masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu

    membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang

    berlaku di dalam bahasa tersebut.

    Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang

    membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat

    ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa

    seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek

    tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik ini

    memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan

    huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

  • 7/29/2019 bibio bmm

    5/17

    5

    2.2 LINGUISTIK SEJARAH

    Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan

    perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke

    suatu tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguistik historis membuat kajian

    secara sejarah, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan

    dilakukan secara sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan

    kajian secara sinkronik maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat

    perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan

    perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan

    boleh dibuat dari pelbagai segi, seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan,

    sistem tulisan, dan sebagainya.

    Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut

    sejarah, iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa.

    Misalnya, Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan

    bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Turut dikaji ialah

    mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu, sejarah sistem ejaan dan

    seumpamanya. Bahasa Melayu dapat dikaji perkembangannya melalui batu-batu

    bersurat, manuskrip lama dan lain-lain.

    Abdul Samat Ahmad banyak membuat kajian tentang linguistik sejarah dan

    meneliti tinggalan sejarah pada batu bersurat dan dokumen lama. Dalam kajian

    beliau, terbukti bahawa bahasa Melayu ini sudah mempunyai sistem tulisannya yang

    menggunakan huruf pallava dari India. Melalui penemuan tulisan pada batu bersurat

    yang ditemui di Batu Kapur di Palembang dan Sungai Teresat di Terengganu maka

    dapatlah kita memahami perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum

    merdeka hingga ke hari ini. Sebagai contoh, bentuk bahasa Melayu yang terdapat

    dalam novel-novel Melayu pada hari ini. Perubahan yang berlaku atas sesuatu

    bahasa kadang kala mengambil masa yang cukup singkat.

    Cabang ilmu bahasa ini dikembangkan atas dasar untuk memperoleh bentuk-

    bentuk prasejarah sesuatu bahasa yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis.

    Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah sesuatu bahasa yang tertentu iaitu

  • 7/29/2019 bibio bmm

    6/17

    6

    yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis, ahli-ahli linguistik sejarah akan meneliti

    data bahasa atau bentuk serta perkataan yang hampir sama daripada bahasa

    tersebut yang wujud pada waktu ini.

    Linguistik sejarah mempunyai empat kepentingannya iaitu mengukur sejauh

    mana hubungan kekeluargaan bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun yang

    sama dan hubungan kekeluargaan ini diukur melalui empat aspek linguistik iaitu

    fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dengan mengadakan rekonstruksi

    bahasa-bahasa yang ada pada masa ini kepada bentuk bahasa protonya,

    mengadakan pengelompokan ke atas bahasa-bahasa yang berada dalam suatu

    rumpun bahasa atau subkelompok bahasa yang tertentu dan menentukan pusat

    penyebaran bahasa-bahasa proto dan menetapkan gerak migrasi purba yang pernahberlaku.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    7/17

    7

    3.0 BANDING BEZA ANTARA LINGUISTIK GUNAAN DAN LINGUISTIK

    SEJARAH

    LINGUISTIK

    PERBANDINGAN

    perbandingan beberapa

    bahasa yang difikirkan

    mempunyai hubungandari sudut sejarah

    Kajian perlu dilakukansecara sinkronik dan secara

    diakronik

    B

    mengkaji pertalian dan

    hubungan antara satu

    bahasa dengan bahasayang lain.

    LINGUISTIK

    SEJARAHmenyelidiki segala

    perubahan danperkembangan satu-

    satu bahasa.

    kajian tentang linguistik

    sejarah dan meneliti

    tinggalan sejarah

    B

    Untuk memperoleh

    bentuk bahasaprasejarah

    Merupakan cabang atau sub disiplin linguistik.

    Kajian berkaitan dengan masa dan kajian bermula

    pada abad ke-19.

    Kepentingan kajian cenderung kepada

    pengkelompokan rumpun penutur sesuatu bahasa.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    8/17

    8

    4.0 PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

    Terdapat beberapa tokoh linguistik yang terkenal di dalam kelima-lima cabang

    tersebut. Tokoh-tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit.

    Pada zaman ini tokoh yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras,

    Priscian dan Donatus yang menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan

    Romawi. Panini dan Bopp pula menonjolkan diri mereka dengan kajian yang

    dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.

    Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya

    Philosophisch kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern undneuern sprachen Europens (1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask

    dan Grimm pula mengkaji ilmu tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai

    pengaruh yang kuat kepada pengkaji terkemudian. Rask mempunyai kekuatan

    dalam kajian linguistik sejarah. Beliau mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul

    bahasa).

    Selepas itu, perkembangan ilmu linguistik pada abad ke 20 atau lebih dikenali

    sebagai zaman moden menggunakkan kaedah kajian penyelidikan sains linguistik.

    Pada zaman ini telah muncul ramai ahli bahasa dengan pelbagai pembaharuan

    dalam aspek pengkajian bahasa. Antara ahli bahasa yang terkenal dan banyak

    membawa pemikiran baru pada abad ini ialah antaranya Edward Sapir (1884 1939),

    Leonard Bloomfield (18871949) dan juga Ferdinard de Saussure (18571913).

  • 7/29/2019 bibio bmm

    9/17

    9

    4.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

    Edward Sapir (1884 1939), seorang sarjana linguistik struktural dan

    antropologi (asal usul) Amerika pada awal abad ke-20. Menurut Sapir, psikologi

    dapat memberikan dasar ilmiah yang kuat dalam pengkajian bahasa. Beliau

    mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran dengan dari aspek psikologi

    (pemikiran manusia). Menurutnya, psikologi memberikan pengkajian bahasa dasar

    yang kuat dalam sains. Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahwa bahasa, terutama

    strukturnya,merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia. Sesuatu

    struktur bahasa itu menentukan struktur pemikiran manusia. Manusia menyampaikan

    fikiran (idea), perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem simbol-simbol

    yang arbitrari.

    Sapir: Tiada bahasa yang sempurna. Bahasa akan sentiasa berubah. (TheLanguage Drift). Kebanyakan bahagian bahasa yang berubah adalah bahagian yang

    terpenting dalam bahasa. Masalah Komunikasi interpersonal ialah kekurangan

    perkataan untuk mendiskriminasi atau menggunakan bahasa tubuh.

    Menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881). Buku ini bersifat agak

    umum dan ternyata berbeza sekali dengan buku language (1933) yang ditulis oleh

    Bloomfield. Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan

    melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang menggunakannya.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    10/17

    10

    4.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik

    Bloomfield (18871949), seorang pakar linguistik yang berasal dari Amerika.

    Buku beliau yang popular ialah Language (1933). Beliau berpendapat bahawa

    bahasa dimulai dari melahirkan pengalaman yang luar biasa, terutama sebagai

    penjelmaan dari adanya tekanan emosi yang sangat kuat. Beliau menerapkan teori

    psikologi behaviorisme dalam teori bahasa yang kini dikenal sebagai linguistik

    struktural atau linguistik taksonomi. Pemikiran Bloomfield sebenarnya berakar dari

    pikiran Plato tentang mimetic (meniru).

    Bloomfield terkenal dengan behaviorisme (kelakuan). Rumusan beliau,

    sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau

    stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons

    terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satutingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu

    suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat

    diperhatikan dan dianalisis secara empirikal.

    Definisi bahasa (Bloomfield) bahasa terdiri daripada sejumlah isyarat yang

    berupa unsur-unsur vokal. Teori linguistik Bloomfield adalah lambang-lambang

    perilaku ucapan dan erti hubungannya yang dilaksanakan melalui ujaran. Semua

    ujaran adalah bentuk tetapi tidak semua bentuk merupakan ujaran. Bentuk adalah

  • 7/29/2019 bibio bmm

    11/17

    11

    pengenalan kumpulan fonem yang serupa (ciri-ciri rangsangan/gerak balas dalam

    perilaku ucapan). Hasil analisis bahasa Bloomfield: menerangkan hakikat daripada

    hubungan bahagian bermula dari fonem-morfem-kata-frasa-ayat. (juga dikenali

    sebagai linguistik taksonomi kerana mengkaji bahagian dengan terperinci).

    4.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik

    Ferdinand de Saussure (18571913) Bapa linguistik moden dan tokoh

    gerakan strukturalisme. Dilahirkan pada 26 November 1857 di Geneva. Belajar di

    Universiti Geneva, Universiti Liepzig, dan Berlin. Tesis beliau berkaitan dengan The

    Primitive Vowel System in Indo-European Languages- (Sistem vokal asli dalambahasa-bahasa Indo-Eropah). Menerima sijil kedoktoran pada 1880.

    Menurut beliau, bahasa ialah satu sistem isyarat yang memiliki bahagian

    terpenting, berupa gabungan daripada makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya

    itu dalam rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi. Beliau telah

    berkecimpung dalam kajian linguistik perbandingan. Kemudian mendapat ilham baru

    dan memulakan kajian linguistik deskriptif struktur. Beliau telah menjadi tersohor

    dengan hasil penelitiannya yang dikenali dengan Couse de Linguistique Generale

  • 7/29/2019 bibio bmm

    12/17

    12

    pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-

    pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah

    sehingga diterbitkan dalam bahasa Perancis. Kemudiannya, pada tahun 1959,

    karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin.

    Beliau ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden.

    Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui

    penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian

    bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang pertama

    yang mengemukakan malahan yang menekankan peri pentingnya tinjauan mengenai

    bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu melalui kajian secara

    sinkronis dan kajian diakronis.

    Beliau telah mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronis) hendaklah

    dibezakan daripada linguistik historis (diakronis) kerana masing-masing

    menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya apabila menganalisis bahasa.

    Penekanan ini tidak lain merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan

    penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah. Linguistik sinkronis

    meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu

    keadaan pada sesuatu masa yang tertentu. Linguistik sinkronis bermaksud suatu

    kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu masa yang tertentu. Bidang linguistik

    diakronis ialah satu kajian bahasa dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-

    bahan sejarah iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang dilalui oleh

    bahasa melalui masa. Linguistik diakronis bererti kajian tentang perkembangan dan

    sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan bahasa dan

    sebagainya.

    Ferdinand de Saussure orang pertama yang telah mengemukakan konsep

    langue dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan yang terdiri daripada dua

    aspek iaitu langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit). Istilah

    langue pengertiannya agak sama dengan bahasa dan parole sama dengan loghat

    atau dialek. Parole terdiri dari ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan individu

    yang memperlihatkan kebebasannya sendiri. Ringkasnya, parole bererti pertuturan

    sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat. Langue pula

    merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa, iaitu suatu sistem

  • 7/29/2019 bibio bmm

    13/17

    13

    yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu

    masyarakat bahasa. Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam

    sekelompok parole. Dengan kata lain, langue ialah sistem komunikasi yang dimiliki

    bersama oleh semua penutur yang akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi

    setiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, dan oleh yang

    demikian, langue ialah fenomena sosial.

    Tegasnya, Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai jirim dan

    bentuk. Misalnya bunyi-bunyi yang dituturkan adalah jirim, dan lambang huruf yang

    menggambarkan perkataan itu adalah bentuknya. Apa yang dikatakan oleh Saussure

    sebagai jirim itu agak rapat pengertiannya dalam kajian dikronik.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    14/17

    14

    5.0 RUMUSAN

    Dalam bab ini kita telah meninjau sedikit tentang bagaimana teori dan deskripsi

    bahasa dapat membantu pengajaran bahasa. tetapi, kalaulah seorang guru itu telah

    belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam

    bahasa Malaysia, masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa

    Malaysia yang biak. Untuk menjadi seorang guru yang baik, diperlukan banyak sifat

    dan pengetahuan yang lain, seperti bahan mengajar, motivasi pelajar, kaedah,

    persekitaran yang mendorong, sikap yang sihat, alat bantu, dan sebagainya. Setiap

    satu hal ini sama pentingnya. Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan

    menjadi alat sahaja. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya

    itu. Agak mustahil bagi kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat

    mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu

    berlaku.

    Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik

    dan terus mencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali

    semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam

    linguistik. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu

    memberi maklumat tentang bahasa itu.

    Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan

    mengajarkan bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan

    mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal.

    Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan guru

    bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa

    Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan

    bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya

    dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    15/17

    15

    REFLEKSI

    Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan

    inayahnya sayatelah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada

    masanya. Didalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input

    dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan

    ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa saya hadapi. Namun

    dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan

    in dengan jayanya dengan berbincang bersama rakan-rakan dan menemui

    pensyarah sebagai tempat rujukan.

    Selepas meneliti dan memahami setiap sub tugasan tersebut, saya

    memulakan draf pertama serta menacari pelbagai bahan maklumat yang diperlukan

    dari pelbagai sumber. Sepanjang proses dalam menyiapkan tugasan ini, antara

    kekuatan yang saya perolehi iailah saya sendiri telah dapat mempelajari pelbagai

    ilmu pengetahuan baru yang sangat penting sebagai bakal seorang pendidik iaitu

    sayadapat mengetahui cabang bidang linguistik dengan lebih jelas lagi. Selain itu,

    saya dapat memahami kepentingan kajian linguistik ini terhadap bahasa yang saya

    tuturkan serta dapat memahami pemikiran tokoh ahli linguistik yang terkenal dan

    banyak membawa pemikiran baru pada abad ini ialah antaranya Edward Sapir (1884

    1939), Leonard Bloomfield (1887 1949) dan juga Ferdinard de Saussure (1857

    1913). Saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada

    bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan.

    Antara kekangan-kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan kerja kursus

    ini ialah saya pada awalnya menghadapi kesukaran dalam memahami apakah

    sebenarnya cabang-cabang linguistik serta pemikiran-pemikiran ahli linguistik. Hal ini

    mungkin disebabkan subjek pengantar linguistik ini lebih kepada penerangan secara

    teori dan sejarah. Jadi ia memberi sedikit kesukaran untuk saya memahami dengan

    lebih jelas. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya perlu membuat pelbagai sumber

    rujukan terlebih dahulu sebagai bahan bacaan saya untuk saya memahami subjek ini

    dengan lebih jelas dan mendalam sebelum dapat membuat refleksi tentang

    pemikiran tokoh tersebut dan membanding beza cabang bidang linguistik tersebut..

  • 7/29/2019 bibio bmm

    16/17

    16

    Seterusnya, saya juga menhadapi masalah dalam mencari sumber rujukan.

    hal ini mungkin keranan subjek ini jarang dipelajari oleh pelajar-pelajar lain, jadi

    sumber rujukan juga adalah terhad. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa

    mengambil sedikit masa dalam menyiapkan tugasan ini

    Secara tuntasnya, tugasan pada kali ini telah memberikan saya pengalaman

    baru dan ilmu yang begitu berguna bukan sahaja pada masa sekarang bahkan kelak.

    Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, saya perlulah menyediakan diri saya

    dari pelbagai aspek untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu- ilmu yang berguna

    secara berkesan. Dengan itu, saya mesti mendalami dan memahami dengan lebih

    lanjut berhubung pendidikan pemulihan tersebut agar dapat melahirkan lebih ramai

    murid-murid yang celik ilmu dan bukannya menjadi lebih tercorot. Semoga, segala

    pengalaman dan pengetahuan yang telah saya timba sepanjang menyiapkan

    tugasan ini dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugas sebagai seorang

    pendidik kelak.

  • 7/29/2019 bibio bmm

    17/17

    17

    BIBLIOGRAFI

    Ab. Rahman Abb. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat, 1997. Pengajian

    Melayu 1. Petaling Jaya: Longman.

    Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei lain.

    Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

    Fajar Bakti.

    Asmah Haji Omar.(1989). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepadaperancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ferdinand de Saussure, 1993. Pengantar Linguistik Umum. Diterjemah oleh Ajid Che

    Kob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam bahasa

    Inggeris.)

    Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kamus Linguistik, 1997, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Lutfi Abas, 1975. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Haji Karim (1986). Bahasa Melayu tinggi teori dan penerapan. Kuala

    Lumpur:Nurin Enterprise.