BIG-kelengkapan perkhemahan

  • View
    677

  • Download
    6

Embed Size (px)

Transcript

KELENGKAPAN & PERALATAN PERKHEMAHAN Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan perkhemahan bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta. 1.1 Peralatan Perkhemahan 1. Khemah Khemah berangka (frame tent) Khemah rabung (bentuk A atau iglu)

2. Bag galas

Pemakaian rusksacks

3. Sleeping bag (beg tidur)

4. Dry bag (menyimpan barang-barang supaya tidak basah)

5. Kelengkapan memasak Peralatan memasak Bekalan makanan

6. Lampu suluh (digunakan pada waktu malam)

7. Peti kecemasan (Alat perubatan)

8. Alat ikhtiar hidup (Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup). Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am. Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein) Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya Garam - gantikan mineral badan yang hilang

9. Alat isyarat Wisel Suar asap (flares)

10. Mancis api

11. Tali (membuat gadjet atau ampaian)

12. Swiss army knife

13. Alat jahitan

14. Kompas

15. Alat tulis

16. Jam tangan

17. Kelengkapan peribadi Keperluan harian - berus gigi, ubat gigi, sabun mandi sikat , ubat Pakaian secukupnya (Pakaian wajib Baju dan Track Bottom) Kasut sukan dan selipar keperluan peribadi dan sebagainya

18. Alatan khusus Kelengkapan sembahyang Tuala dan kain basahan Lampu gasoline Ubat nyamuk Botol air

1.2

Khemah Pengertian amnya adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa

dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza. A. Jenis-jenis khemah Antara jenis-jenis khemah yang biasa digunakan ialah: 1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

B. Mendirikan Khemah 1. Ciri-ciri yang perlu diketahui: a) Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata. b) Terdapat sumber/punca air berhampiran. c) Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. d) Terlindung daripada tiupan angin secara terus. e) Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik. f) Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan) g) Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan aktiviti pada siang hari. 2. Mendirikan Khemah : a) b) c) d) Bersihkan kawasan tapak khemah. Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah. Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.

khemah.

e) f) g) h)

Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang. Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling Kemudian taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah

belah tepi khemah ke pancang. khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung. untuk mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.

3. Menurunkan Khemah a) b) c) d) e) f) g) meter. h) i) Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di Bersihkan kawasan perkhemahan. pertengahan jalan. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5

khemah.

pada khemah. matahari. dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.

C. Memilih Kawasan 1. Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat. 2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Jauhi kotor atau berhampiran dengan sampah sarap kerana boleh mengundang penyakit. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit

untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh. 3. Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara. 4. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok. 5. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut. 6. Tandas Jarak dengan kawasan perkhemahan 100 meter dimana dalaman lubang kirakira 4-5 meter dan dihadang dengan kain guni,plastk atau daun palma.Najis perlu ditutupi supaya tidak berbau.Jauhi dari kawasan punca air bersih.

7. Lubang sampah Lubang sampah kering yang boleh dibakar separti plastik,getah dan lain-lain hendaklah dibakar dalam lubang teersebut.Sampah yang tiak boleh dibakar seperti tin,kepingan zinkhendaklah dikemekkan dahulu sebelum dikambus dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.

D. Aktiviti pemasangan khemah

Penting! Bahagian luar khemah atau penutup khemah mestilah ditarik dalam jarak 0.3 metar dari badan khemah dan diikat pada ranting kayu serta dicucuk ke dalam tanah bagi mengelakkan air hujan menyerap masuk kedalam khemah sekiranya hujan turun dalam jangka masa yang lama... kemudian parit kecil dikorek disekeliling khemah bagi mangalirkan air hujan yang turun dari khemah.