11

CH8F4

  • Upload
    cgsha

  • View
    629

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CH8F4
Page 2: CH8F4

PENGARUH ISLAM DARI SEGI

POLITIK1. Islam telah mengubah kedudukan dan corak institusi raja dari konsep dewa-raja

kepada konsep Sultan, Zillullah fil-alam illullah fil-ardh (bayangan Allah di muka

bumi).

2. Sultan memakai gelaran seperti Khalifatul Mukminin yang bermakna pemimpin

orang Mukmin seperti yang digunakan Sultan Mahmud Syah di Melaka.

3. Sebelum Islam, pemerintah menggalurkan nasab keturunannya daripada

penitisan dewa setelah kedatangan Islam, tokoh seperti Iskandar Zulkarnain

dirujuk sebagai nasab keturunan bagi meninggikan kedudukan Sultan.

4. Islam juga meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem

pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu.

5. Perlantikan penasihat raja dari kalangan ulamak seperti di Melaka (Maulana Abu

Bakar), Kelantan (Tuk Pulau Condong) dan Terengganu (Tuk Pulau Manis).

6. Kewujudan konsep daulat yang dapat dilihat dalam adat istiadat Diraja telah

berjaya mengangkat kedudukan seseorang Sultan seperti istiadat pertabalan

yang penuh tertib dan mengikut aturan.

Page 3: CH8F4

PERUNDANGAN

1. Islam juga telah mempengaruhi sistem undang-undang negara kita. Masyarakat

Melayu mempunyai 2 bentuk undang-undang iaitu:

i ) Undang-undang Tidak Bertulis atau hukum adat. Contohnya; Adat Perpatih

(diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan

Naning) dan Adat Temenggong (diamalkan di negeri-negeri lain)

ii ) Undang-undang Bertulis. Contohnya; Hukum Kanun Melaka, Undang-undang

Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah dan

sebagainya.

2. Dalam Undang-undang Tidak Bertulis terdapat unsur Islam seperti konsep musyawarah dalam menyelesaikan masalah contohnya dalam Adat Perpatih.

3. Hukum Kanun Melaka juga dipengaruhi hukum Islam mengikut mazhab Shafie. Dalam Undang-undang Laut Melaka pula nakhoda diganggap seperti imam dan anak kapal umpama makmum.

4. Islam juga telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti kewujudan Undang-undang

Pahang, Undang-undang Perak, Undang-undang Kedah dan Undang-undang Johor.

Page 4: CH8F4

PENDIDIKAN

1. Islam telah mempengaruhi 2 bentuk pendidikan dalam

masyarakat Melayu iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak

formal .

2. Dalam pendidikan tidak formal, Islam telah mewujudkan nilai-nilai

budaya murni menjauhkan apa yang ditegah dan membuat apa

yang disuruh serta menerapkan unsur- unsur pengajaran dalam

pendidikan.

3. Melalui pendidikan formal pula, Islam telah mewujudkan

pendidikan berkaitan agama. Ilmu tidak terhad kepada golongan

atasan sahaja, malah untuk golongan rakyat juga.

4. Melaka menjadi pusat pengajian agama dengan kehadiran ramai

ulamak dan pendakwah serta munculnya kitab-kitab tasawuf.

5. Institusi pendidikan juga muncul seperti di istana, sekolah pondok

seperti di Terengganu, Kedah, Perlis dan Kelantan, masjid dan

surau serta madrasah.

Page 5: CH8F4

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

1. Munculnya tulisan Jawi hasil daripada penggunaan

huruf Arab yang disesuaikan dengan tulisan Melayu.,

2. Menambahkan perbendaharaan kata bahasa Melayu

seperti adat dan adil

3. Perkembangan penulisan karya dalam bentuk prosa

dan puisi seperti kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w.

dan para sahabat.

4. Perbendaharaan persuratan Melayu juga telah

bertambah dengan munculnya karya-karya saduran

bercorak Arab-Parsi.

Page 6: CH8F4

KESENIAN

1. Hasil seni yang dahulunya dipengaruhi tradisi Hindu-Buddha

kini digantikan dengan elemen agama Islam dengan

campuran kehalusan seni tempatan seperti dalam seni bina

masjid, rumah dan istana.

2. Seni ukir dengan elemen Islam menggunakan motif tumbuh-

tumbuhan, bunga- bungaan dan geometri telah berkembang.

3. Kemajuan seni tulisan seperti pada Batu Bersurat Terengganu

yang menunjukkan keprihatinan orang Melayu terhadap seni

epigrafi.

4. Perkembangan seni tulisan khat atau kaligrafi.

5. Dalam seni persembahan seperti muzik, tarian dan nyayian

juga menampakkan pengaruh Asia Barat seperti tarian dabus,

syair nazam serta pengaruh Islam dalam seni kata lagu.

Page 7: CH8F4

GAYA HIDUP

1. Pengaruh Islam ketara dari segi kepercayaan atau akidah,

syariah dan akhlak.

2. Pengaruh amalan hijabah (protokol) dalam pemerintahan

serta adat-istiadat di istana.

3. Amalan hormat-menghormati dalam keluarga, adab bertutur,

adab

makan, adab berziarah juga adalah kesan pengaruh ajaran

Islam.

4. Amalan gotong royong dalam masyarakat juga

menggambarkan kepentingan

nilai perpaduan dalam Islam.

Page 8: CH8F4

PERDAGANGAN

1. Mempengaruhi pedagang Melayu untuk turut sama terlibat

dalam rangkaian perdagangan timur dan barat .

2. Perdagangan menjadi satu kegiatan ekonomi penting dan satu

jalan untuk menyebarkan Islam.

3. Menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting.

4. Selepas kejatuhan Melaka semangat pedagang Melayu

diteruskan dengan menjadikan kerajaan Johor pula sebagai

pusat kekuasaan Melayu.

5. Negeri lain juga terlibat sebagai pusat perdagangan yang

penting seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu sepanjang

abad ke-17 M dan ke-18 M.

Page 9: CH8F4

MATAWANG

1. Penggunaan mata wang sebagai alternatif kepada sistem tukar barang . Mata wang zaman Melaka jugamempunyai pengaruh Islam seperti terdapatnya nama Sultan dan tarikh Islam.

2. Penggunaan tulisan Jawi dan istilah Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil tertera pada mata wang seperti yang terdapat di Johor.

3. Terdapat juga mata wang yang tertera nama dan pangkat Sultan yang memerintah atau gelaran Islam Sultan seperti Khalifatul Muslimin contohnya pada mata wang emas Kelantan.

Page 10: CH8F4

PERCUKAIAN

1. Cukai menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan

kerajaan dan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.

2. Perkembangan aktiviti perdagangan di negeri-negeri Melayu

turut memperkembangkan bidang percukaian.

3. Amalan riba diharamkan dalam perniagaan di kalangan orang

Islam dan dijelas kan lagi dalam Hukum Kanun Melaka. Walau

bagaimanapun, amalan meminjam wang dari ceti masih

dibenarkan.

4. Golongan kaya dan berkemampuan pula dikehendaki

membayar zakat harta . Kutipannya disimpan di Baitul Mal

bagi digunakan untuk kepentingan dan kemakmuran negara

serta bantuan kepada yang memerlukannya.

Page 11: CH8F4