contoh KERTAS CADANGAN RAGBI

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS KERJA

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN RAGBI 10S IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

1.0

Tujuan Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan (M3P) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, terhadap cadangan menganjurkan Kejohanan Ragbi 10s IPG Kampus Kota Bharu.

2.0

Latar belakang 2.1 IPG Kampus Kota Bharu mempunyai padang yang sesuai untuk sukan ragbi dan alatan yang baik untuk menganjurkan kejohanan ini. Kejohanan ini dapat memberi pengetahuan asas mengenai pengurusan, kepegawaian dan kejurulatihan mengenai sukan ragbi yang menjadi sukan yang popular peringkat sekolah pada masa kini. Penglibatan guru pelatih dalam kejohanan ini dapat mengembangkan potens i, bakat dan kepimpinan guru pelatih untuk menjadikan mereka bakal guru yang dapat menyumbang secara berkesan kepada sekolah, masy arakat, agama dan negara.

2.2

2.3

3.0

Asas pertimbangan 3.1 Mengcungkil bakat guru -guru pelatih dalam acara sukan ragbi yang dianjurkan serta mengeratkan hubungan guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu dengan IPG, IPTA dan IPTS yang berdekatan. Membentuk sebuah pasukan ragbi bagi mewakili IPG Kampus Kota Bharu ke kejohanan ragbi terbuka ataupun liga yang dianjurkan oleh Persatu an Ragbi Kelantan ataupun Kesatuan Ragbi Malaysia. Memperolehi pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu pasukan untuk guru pelatih dan memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai kepegawaian dan kejurulatihan tentang sukan ragbi. Kejohanan yang dijalankan ini akan menggalakkan kepimpinan dan semangat berpasukan dikalangan guru pelatih dan mereka akan bekerjasama untuk menentukan kemenangan pasukan masing -masing. Kejohanan ini dapat memperkenalkan nama IPG Kampus Kota Bharu di kalangan IPG lain di Malaysia khursusnya di Pantai Timur.

3.2

3.3

3.4

3.5

4.0

Cadangan 4.1 Untuk mencapai dan merealisasikan hasrat, Pasukan ragbi IPG Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JP P 10/11) bercadang untuk mengadakan Kejohanan Ragbi 10s IPG Kampus Kota Bharu mengikut ketetapan berikut :

Tarikh Tempat Kumpulan Sasaran

: : : :

September, 2011 Padang IPG Kampus Kota Bharu IPG, IPTA, IPTS Zon Timur Sekolah-sekolah Negeri Kelantan (Jemputan) Tuan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu

Dirasmikan oleh

:

5.0

Implikasi kewangan 5.1 Pendapatan 5.1.1 Yuran penyertaan satu pasukan (RM 150.00 X 16) Kategori IPG, IPTA, IPTS (RM 100.00 X 12) Kategori Sekolah 5.2 Perbelanjaan 5.2.1 Medal Kejohanan (RM 10.00 X 204) 5.2.2 Pembayaran Pengadil (RM 150 X 6 orang) 5.2.3 5.2.4 5.2.5 Promosi (Poster dan bahan iklan) Keselamatan (JPA3) Persegaran RM 900.00 RM 200.00 RM 200.00 RM 300.00 RM 2040.00 RM 2400.00 RM 1200.00

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 3640.00

5.3 5.4

Sumber kewangan yang lain melalui tajaan dan sumbangan . Sehubungan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak IPG Kampus Kota Bharu iaitu :-

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Senarai Peralatan Air Mineral Bola Ragbi Banner Kertas A4 Pen Marker Kad Manila

Kuantiti 35 kotak x 24 (500ml) 3 biji 1 besar, 2 kecil 1 rim 1 kotak, pelbagai warna 12 keping

6.0

Kelulusan 6.1 Ahli mesyuarat Majlis Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan (M3P) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dipohon memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan menganjurkan Kejohanan Ragbi 10s IPG Kampus Kota Bharu, pada tahun 2011 ini.

7.0

Penyertaan 7.1 Terhad kepada IPG, IPTA dan IPTS Zon Timur sahaja dan sekolah -sekolah jemputan di negeri Kelantan. Kejohanan ini terhad kepada 16 pasukan sahaja bagi kategori Institut pengajian dan 12 pasukan bagi kategori s ekolah.

7.2

8.0

Format Pertandingan 8.1 8.2 Format pertandingan adalah dalam bentuk liga bagi pusingan pertama. Johan dan Naib johan kumpulan layak bermain untuk kedudukan CUP dan BOWL secara pusingan kalah mati. Tempat ketiga dan keempat akan layak bermain untuk kedudukan PLATE secara kalah mati .

8.3

9.0

Lampiran 9.1 i. ii. iii. iv. Senarai Institut Pendidikan Guru Zon Timur IPG Kampus Dato Razali, Kuala Terengganu, Terengganu IPG Kampus Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

9.2

Senarai Institut Pengajian Tinggi Zon Timur i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. 9.3 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Politeknik Dungun, Dungun, Terengganu Politeknik Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Terengganu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) , Kuantan, Pahang Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Machang, Kelantan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Jengka, Pahang Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Dungun,Terengganu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, Terengganu Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kuala Terenggan u, Terengganu Senarai Sekolah -sekolah Negeri Kelantan (Jemputan) Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu MRSM Kuala Krai, Kuala Krai MRSM Pengkalan Chepa SM Sains Machang, Machang SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa SM Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas SM Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai SM Teknik Kuala Krai, Kuala Krai SM Teknik Pasir Mas, Pasir Mas SM Teknik Tanah Merah, Kelantan SM Vokasional Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa SMK Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu

10.0

Penutup Adalah menjadi har apan dengan adanya kejohanan ragbi seperti ini dapat memajukan lagi sukan ragbi di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. Semoga dalam kejohanan ini dapat melahirkan bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua segi pencapaian ter utamanya dari sukan ragbi.

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 10s IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

1.0

Undang-undang pertandingan Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang -Undang Permainan Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Terbuka) dan ELV yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

2.0

Kelayakan pasukan 2.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 15 orang pemain d an 2 orang pegawai pasukan. Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan dan pendaftaran tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut. Semaksimun 5 pemain pertukaran pemain dibenarkan.

2.2

2.3

3.0

Sistem pertandingan 3.1 3.2 Pertandingan ini adalah dalam bentuk liga pada pusingan pertama. Johan dan Naib johan kumpulan layak bermain untuk kedudukan CUP dan BOWL secara kalah mati. Tempat ketiga dan keempat akan layak bermain untuk kedudukan PLATE secara kalah mati.

3.3

4.0

Kedudukan dalam liga 4.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan: Menang : 3 mata Seri Kalah : 1 mata : 0 mata

4.2

Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut : 4.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira sebagai pemenang, jika seri ; Pemenang yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira sebagai menang, jika seri ; Pasukan yang pernah mengalahkan l awannya dikira menang, jika seri ; Jumlah pengutan : i. ii. iii. Try Penalty goal Drop goal akan diambil kira

4.2.2

4.2.3 4.2.4

4.3

Sepakan Penalti (Drop goal) 4.3.1 5 pemain sahaja akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran selang seli di garisan 22 meter, jika seri ; Sepakan penalti mengikut kaedah Place Kick digunakan. Hanya pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti. Sekiranya setelah sepakan penalti dilakukan dan masih berke dudukan seri, lambungan duit syiling sebanyak 3 kali akan dilakukan.

4.3.2 4.3.3

4.3.4

5.0

Masa perlawanan 5.1 Pada perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir, jika berlaku kedudukan seri selepas tamat perlawanan, masa tambahan sebanyak 7 minit diberikan (sehala). Pada peringkat liga, perlawanan dijalankan secara 10 minit (sehala) sahaja. Pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perl awanan dijalan secara 7 minit (main) 1minit (rehat) 7 minit (main)

5.2 5.3

6.0

Pertukaran pemain Semaksimum 5 pemain boleh digantikan pada bila -bila masa dalam setiap perlawanan. Pemain yang diganti tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut KECUALI untuk menggantikan pemain yang mendapat luka yang terbuka dan berdarah (diputuskan oleh pengadil) atau untu k menggantikan pemain front row yang mendapat kecederaan jika tiada pemain yang sesuai untuk posisi tersebut.

7.0

Masa melapor 7.1 7.2 Semua pasukan mestilah berada 15 minit sebelum masa perlawanan. Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain semasa pendaftaran peserta untuk kejohanan ini beserta salinan kad matrix pelajar dan salinan kad pengenalan. Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang -kurangnya 8 pemain atas padang untuk memulakan perlawanan. Jika tidak, kemenagan pe rcuma akan diberikan kepada lawannya 14 -0. Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 10 minit selepas masa ditentukan, maka perlawanan tersebut akan dibatalkan.

7.3

7.4

8.0

Bantahan 8.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar ke pada pengelola pertandingan dalam masa 30 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan. Bermain bi bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan berjay a, keputusan kemenangan ialah 14 -0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan. Setiap bantahan (8.1 dan 8.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan dalam apa jua situasi.

8.2

8.3

9.0

Tindakan tatatertib dan disiplin 9.1 Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran), pemain terseb ut akan direhatkan (Sin Bin) selama 3 minit di Meja Teknikal. Masa akan dikira selepas pemain tersebut duduk di kerusi yang disediakan. Mana-mana pemain yang menerima Kad Merah (Buang padang), pemain tersebut akan digantung daripada perlawanan tersebu t dan 1 perlawanan seterusnya. Pemain tersebut hanya boleh bermain dalam kejohanan setelah Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan dirujuk terus kepada Jawatankuasa Rayuan.

9.2

9.3

10.0

Pengadil Pengadil akan dilant ik oleh Jawatankuasa Pengerusi daripada Kesatuan Ragbi Kelantan dan Kesatuan Ragbi Malaysia.

11.0

Pentafsiran undang -undang dan peraturan -peraturan pertandingan Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusan adalah MUKTAMAD.

12.0

Lampiran 12.1 Contoh Jadual Perlawanan

KUMPULAN A 1. AI 2. A2 3. A3 4. A4

KUMPULAN B 1. B1 2. B2 3. B3 4. B4

KUMPULAN C 1. C1 2. C2 3. C3 4. C4

KUMPULAN D 1. D1 2. D2 3. D3 4.D4

12.2

Nombor perlawanan pasukan peringkat kumpulan

NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24.

KUMP. A A B B C C D D A A B B C C D D A A B B C C D D

PASUKAN A1 vs A2 A3 vs A4 B1 vs B2 B3 vs B4 C1 vs C2 C3 vs C4 D1 vs D2 D3 vs D4 A1 vs A3 A2 vs A4 B1 vs B3 B2 vs B4 C1 vs C3 C2 vs C4 D1 vs D3 D2 vs D4 A1 vs A4 A2 vs A3 B1 vs B4 B2 vs B3 C1 vs C4 C2 vs C3 D1 vs D4 D2 vs D3

PADANG A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B

MASA 8.00 8.10 8.20 8.30 8.40 9.00 9.10 9.20 9.30 9.40 10.00 10.10 10.20 10.30 10.40 11.00 11.10 11.20 11.30 11.40 12.00 12.10 12.20 12.30

12.2.1 Pemenang ditentukan berdasarkan perkara 4.0

12.3

Jadual perlawanan peringkat suku akhir Perlawanan 1 : Juara A vs Naib Johan C Perlawanan 2 : Juara B vs Naib Johan D Perlawanan 3 : Juara C vs Naib Johan A Perlawanan 4 : Juara D vs Naib Johan B

12.4

Jadual perlawanan peringkat separuh akhir kategori CUP Perlawanan 5 : Pemenang perlawanan 1 vs Pemenang perl awanan 2 Perlawanan 6 : Pemenang perlawanan 3 vs Pemenang perlawanan 4

12.5

Jadual perlawanan akhir kategori CUP Perlawanan 7 : Pemenang perlawanan 5 vs Pemenang perlawanan 6 (Kedudukan tempat pertama dan kedua) Perlawanan 8 : Kalah perlawanan 5 v s Kalah perlawanan 6 (Kedudukan ketiga dan keempat) 12.5.1 Rujuk perkara 5.0

12.6

Pasukan yang tersingkir pada perlawanan peringkat suku akhir akan memasuki kategori BOWL Perlawanan 9 : Kalah perlawanan 1 vs Kalah perlawanan 2 Perlawanan 10 : Kalah perlawanan 3 vs Kalah perlawanan 4 Perlawanan 11 : Pemenang perlawanan 9 vs Pemenang perlawanan 10 (kedudukan tempat pertama dan kedua) Perlawanan 12 : Kalah perlawanan 9 vs Kalah perlawanan 10 (kedudukan ketiga dan kee empat)

12.7

Pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat di dalam perlawanan peringkat kumpulan akan memasuki kategori PLATE Perlawanan 13 : Ketiga A vs Keempat C Perlawanan 14 : Ketiga B vs Keempat D Perlawanan 15 : Ketiga C vs Keempat A Perlawanan 16 : Ketiga D vs Keempat B Perlawanan 17 : Pemenang perlawanan 13 vs Pemenang perlawanan 14 Perlawanan 18 : Pemenang perlawanan 15 vs Pemenang perlawanan 16 Perlawanan 19 : Pemenang perlawanan 17 vs Pemenang perlawanan 18 (kedudukan tempat pertama dan kedua)

JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN RAGBI 10s IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG Tn. Hj. Hashim Bin Deraman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan KETUA PENASIHAT Dr. Mohd Aziz Mohd Din Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

TIMBALAN KETUA PENASIHAT 1 En.Wan Mohd Din Bin Wan Mohd Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu TIMBALAN KETUA PENASIHAT 2 En. Mohd Yazid Bin Deraman Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu PENSYARAH PENASIHAT Tn. Hj. Aziz Bin Jaafar En. Khairul Azman Bin Khairuddiin

JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN RAGBI 10s IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

JAWATANKUASA KERJA

Pensyarah Penasihat

:

1. Tn. Hj. Aziz Bin Jaafar 2. En. Khairul Azman Bin Khairuddin

Pengarah Kejohanan Pengerusi Projek Timbalan Pengerusi Projek Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari

: : : : : : :

............................................ .......................................... .. ............................................ ............................................ ........................................... ....................................... .... ..........................................

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL

Jawatankuasa Pendaftaran dan Hadiah Jawatankuasa Teknikal dan Peralatan Jawatankuasa Keselamatan, Kebersihan dan Kecemasan Jawatankuasa Persegaran Jawatankuasa Pertandingan Jawatankuasa Penginapan