Upload
nur-samsiah
View
229
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti
pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan
tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) . Pendidikan peringkat rendah
juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi,
sosial dan jasmani. KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap subjek kajian peluang
yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang
diperlukan. Subjek kajian juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau
mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka.
1
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU
Sewaktu menjalani praktikum , pengalaman mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri
Mendapat, Merlimau semasa Latihan Mengajar memberikan saya sedikit gambaran
mengenai penguasaan subjek kajian terhadap sub topik elektrik dan elektronik bagi
kod warna perintang. Saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi
oleh subjek kajian di sekolah ini seperti masalah emosi, masalah akademik, masalah
sosial dan masalah salah laku. Jumlah subjek kajian yang ramai dalam satu kelas
untuk kelas 5 Mawar bercampur yang mempunyai tahap kebolehan subjek kajian
yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya memberi satu
masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi pengajaran yang
disampaikan diterima oleh sejumlah subjek kajian yang ramai dalam satu masa
serentak. Subjek kajian menunjukkan reaksi tidak berminat dan tidak faham ketika
pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Masalah ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan
semasa di akhir pengajaran dan pembelajaran. Subjek kajian tidak mencapai objektif
pengajaran yang diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat
menjawab item pada lembaran kerja dengan betul dan menunjukan sikap dan tingkah
laku yang tidak berminat.
2
Sehubungan dengan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium
yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi subjek kajian untuk subjek
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini. Berkaitan dengan pemilihan bahan kad warna
pula adalah kerana kad warna merupakan bentuk utama komunikasi grafik yang
berupa gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan
sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas.
Kad warna juga merupakan sejenis lukisan universal bentuk yang
berwarna yang menggambarkan bentuk sebenar gambaran yang disampaikan secara
lucu dan jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam erti kata lain, kad warna
merupakan persembahan lakaran atau bentuk-betuk simbolik yang bertajuk atau
tidak dan membawa motif atau maksud melalui bentuk lakaran tersebut menurut
Rosli (2007). Kad warna juga mempunyai daya penarik yang unik serta boleh
mempengaruhi sikap dan perlakuan pembaca menurut Ting (2013). Penggabungan
dua konsep ini menjadikan bahan bantu mengajar lebih praktikal dan tahap
kebolehgunaan yang tinggi untuk digunakan semasa mengajar
3
1.3 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN
Sewaktu menjalani Latihan Mengajar saya yang lepas, saya telah mengenal pasti
pelbagai masalah yang dihadapi oleh subjek kajian di sekolah ini, seperti masalah
emosi , masalah akademik , masalah sosial dan masalah salah laku . Jumlah subjek
kajian yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap kebolehan
subjek kajian yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya
memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi
pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah subjek kajian yang ramai
dalam satu masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran
kepada setiap peringkat kebolehan subjek kajian.
Justeru itu saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada subjek
kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Subjek
kajian-subjek kajian mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-
konsep, teori-teori mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan.
Kegagalan subjek kajian untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus subjek
kajian menunjukkan reaksi tidak berminat dan tidak memahami pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.
Masalah ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan
semasa di akhir pengajaran dan pembelajaran. Subjek kajian tidak mencapai objektif
pengajaran yang diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat
menjawab item pada lembaran kerja dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan
4
mereka tidak faham dan sekaligus memberikan kesan buruk kepada mereka kelak
pada waktu peperiksaan yang akan datang.
Untuk mengenalpasti subjek kajian yang bermasalah, saya akan
melaksanakan ujian awal bagi mengenalpasti bilangan sebenar subjek kajian yang
tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru, penilaian akhir akan cuba
mengenalpasti dan mencari punca kepada pembawaan masalah itu. Pada masa yang
sama, saya juga menggunakan tindakan pemerhatian mengenalpasti tingkahlaku
minat subjek kajian dan kefahaman subjek kajian terhadap pengajaran yang telah
dilaksanakan. Berhubung dengan pemasalahan di atas, saya ingin mengubah cara
pengajaran saya melalui pemilihan bahan kad warna sebagai bahan bantu mengajar
untuk mempertingkatkan lagi kefahaman subjek kajian sekali gus meningkatkan
minat subjek kajian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan tindakan kad warna dipilih berpandukan kepada kajian tindakan
lepas yang telah dilaksanakan kajian tindakan oleh Hajijah Hasan(2012) tindakan
mesra warna dikalangan subjek kajian tingkatan lima, Tindakan ‘Mesra Warna’
merupakan satu tindakan yang dicipta beliau untuk memudahkan pelajar mengingat
konsep dan istilah warna. Dalam tinjauan awal, beliau mendapati bahawa kegagalan
subjek kajian menjawab item teori berkaitan warna dan peratus subjek kajian
menggambar sangat rendah kerana mereka gagal menguasai konsep warna dan tidak
tahu atau tidak mahir mencampur warna.
5
Beliau memfokuskan kajian penyelidikan terhadap masalah mengingat di
kalangan subjek kajian berkaitan warna. Dapatan kajian yang telah dilaksananak
menunjukkan para pelajar menunjukkan peningkatan yang ketara melalui
perbandingan antara ujian sebelum dan selepas . Para pelajar juga didapati berminat
dengan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pemilihan tindakan
kad warna dipilih untuk meningkatkan kefahaman dan minat subjek kajian terhadap
sub topik kemahiran hidup, oleh demikian pemilihan kad warna boleh diaplikasikan
untuk bahan BBM saya.
6
FOKUS KAJIAN
2.1 ISU KAJIAN
Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salahlaku dan masalah
pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk subjek kajian. Diantaranya
ialah kelas bising, subjek kajian suka bermain, subjek kajian cepat bosan,subjek
kajian tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran, subjek kajian tidak mencapai
objektif pengajaran dan subjek kajian kurang berminat untuk belajar. Masalah yang
paling katara ialah mengenai subjek kajian yang tidak dapat menguasai sesuatu
pembelajaran atau tidak faham dan akan mengakibatkan subjek kajian cepat bosan
dengan sesuatu pengajaran yang disampaikan.
Masalah ini di perhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
subjek kemahiran hidup. Walaupun subjek ini dilihat lebih kepada pengajaran
7
melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga konsep-konsep
tidak diabaikan. Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk
guru-guru untuk menilai tahap kefahaman subjek kajian terhadap sesuatu
pengajaran yang telah di sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap kali item diajukan kepada subjek kajian, mereka tidak dapat
menjawabnya dengan tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab item pada
lembaran kerja. Lain pula semasa pembelajaran,subjek kajian menunjukan reaksi
bosan dan kurang berminat kepada pengajaran yang disampaikan.
Sehubungan dengan masalah tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu
diambil serius dan segera mengambil langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi,
masalah ini akan berterusan sampai bila-bila. Kesan tidak langsung daripada masalah
tersebut ialah prestasi subjek kajian akan merosot dari semasa ke semasa dan
mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan peperiksaan.
Bagi membantu subjek kajian untuk meningkatkan lagi kefahaman dan
menarik minat mereka, saya mencadangkan satu tindakan penggunaan bahan “kad
warna” sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah jalan penyelesaian yang
sesuai. Sebagaimana yang diketahui, BBM merupakan segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru/ subjek kajian untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam kelas. Menurut Mok (2007) dalam Bukunya Pengantar
Pendidikan Teras menjelaskan BBM adalah peralatan mengajar bukan terhad
kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
8
pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja
yang dapat dialami oleh subjek kajian-subjek kajian.
2.2 TINJAUN LITERATURE LEPAS
Saya mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif Ausubel dalam Noriati (2009).
Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Ausubel , mengatakan manusia memperoleh
ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada
pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori.
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal
learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang
dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.Bagaimanapun, hafalan (rote
memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.
Pemilihan bahan kad warna merupakan satu bentuk pembelajaran yang
bermakna kad warna merupakan bentuk utama komunikasi grafik yang berupa
gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol warna yang menarik dan jelas
untuk menyampaikan sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas agar maklumat yang
disampaikan mudah difahami dan di ingati. Kad warna juga merupakan sejenis
lukisan atau lakaran yang bergambar warna yang disampaikan secara lucu dan
jenaka dengan pelbagai bentuk yang yang menarik dalam Abdul Rahim (1996).
Dalam erti kata lain, Kad warna merupakan persembahan lakaran atau bentuk-
bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif atau maksud melalui
bentuk warna tersebut.
9
Kad warna juga mempunyai daya penarik yang unik serta boleh
mempengaruhi sikap dan perlakuan pembaca ini disokong Teori Pembelajaran
merupakan salah satu dari teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam ‘cooperative
learning’. Menurut Ausubel dalam Ngui (1981: 35 ), bahan subjek yang dipelajari
murid mestilah “bermakna” (meaningfull).
Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan
informasi baru pada konsep – konsep relevan yang terdapat dalam struktur
kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta – fakta, konsep – konsep, dan
generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat murid. Noraziah Abdul
Hamid (1981: 2) mengatakan pembelajaran bermakna adalah suatu proses
pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang
sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran.
Dengan penggabungan konsep tersebut, maka terciptalah satu strategi
pengajaran yang menggunakan bahan kad warna sebagai Bahan Bantu Mengajar.
Penggabungan dua konsep bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman
subjek kajian dalam setiap pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat subjek
kajian untuk bersama-sama mengikuti setiap langkah dan proses semasa
pembelajara. Penggunaan BBM berbentuk kad warna ini juga disokong oleh kajian
tindakan lepas yang dikaji oleh Hasnur Farisha Hassan (2010) melaksanakan kajian
tindakan dengan menggunakan kad imbasan bergambar untuk meningkatkan
kemahiran membaca subjek kajian merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan
di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
10
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah
penggunaan kad imbasan bergambar membantu meningkatkan kemahiran membaca
subjek kajian. Kajian ini melibatkan seramai 5 orang subjek kajian yang terdiri
daripada 3 orang subjek kajian lelaki dan 2 orang subjek kajian perempuan yang
berumur lima hingga enam tahun. Dapatan kajian ini telah berjaya untuk
meningkatkan kemahiran subjek kajian dalam menyebut dan membunyikan suku
kata KVKV dengan betul melalui penggunaan kad imbasan bergambar serta
meningkatkan keupayaan subjek kajian dalam kemahiran membaca dengan
menggunakan kad imbasan bergambar ini jelas menunjukan bantuan kad bergambar
imbasan digunakan sebagai penterjemah dan atau penyampai mesej mengenai
sesuatu konsep atau teori yang ingin disampaikan oleh guru dan menjadi satu
pemangkin untuk memastikan subjek kajian mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi meningkatkan data ingatan dan penguasaan subjek kajian saya juga
mengaplikasikan Teori Pembelajaran Gagne Model Pemprosesan Maklumat.
Menurut Teori Gagne Pemprosesan Maklumat menyatakan aktiviti mental manusia
yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula
untuk digunakan menurut Abdul Rahman, (2007). Teori Pemprosesan Maklumat
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkenan dapat
meningkatkan pencapaian akademik berbanding pembelajaran secara “chalk and talk
” menurut Chin (2009).
Model pemprosesan maklumat menegaskan bahawa ingatan manusia seperti
computer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana
11
yang dilakukan oleh computer,iaitu menggunakan model input output.Maklumat
merupakan input yang diperoleh pelajar daripada pembelajaran (Brogatti and Froster
(2003) dalam Ting (2013).
Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang
mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut
terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang
(Anandarajan and Arinze (1998); Andres and Zmud (2001); Cooper (2005)dalam
Rosli Ibrahim (2007) .
Pemilihan elemen yang penting yang diberikan penekan oleh saya dalam
mengaplikasikan tindakan kad warna ini ialah pertama, berkenaan dengan warna.
Pemilihan warna perlu menimbulkan kesan “visualpopout” mengikut Teori
Visualisasi Maklumat di dalam Noriati (2009). Contohnya jika ada seribu bola
bewarna kuning, maka objek utama perlu bewarna merah. Itulah kesan“visual
popout”yang menimbulkan tarikan atau pengecaman kepada objek yang
khusus.Sebaliknya, jika objek utama juga bewarna kuning, maka proses pengecaman
adalah sangat susah dilakukan. Ia selari dengan apa yang dilihat dalam prinsip
pemilihan warna adalah; membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan dan
memudahkan suatu item dilihat. Selain mudah dilihat, penampilan warna yang
kontra dan menarik juga akan memudahkan pengguna grafik mengingatinya .
Jika warna sesuatu objek itu hampir sama dan tidak mempunyai kesan
“visual popout”, penggunaan kesan (effect) seperti stroke, shadow atau glow ke atas
12
layer objek perlu dilakukan. Selain itu, kombinasi warna yang serasi juga penting
untuk menarik perhatian (Noraziah Abdul Hamid (1981: 2))
Perlaksanaan kad warna yang diilhamkan merupakan ABM yang paling
sesuai kepada maklumat dan pemahaman subjek kajian dengan menggunakan
bentuk kad yang pelbagai seperti gambar lucu,gambar super hero ,gambar bentuk
objek, huruf, bentuk yang dihasilkan menarik dan berwarna mampu meningkatakan
daya ingatan. Menurut Penyelidikan Kajian dilaksananakan oleh Lim (2012) dari
IPG Kampus Batu Lintang Kucing telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan
Cemerlang, Kucing. Kajian penyelidikan berkaitan kesan penggunaan peta minda
ke atas tiga orang subjek kajian Tahun Empat Intan Sekolah Kebangsaan Cemerlang
dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan
motivasi mereka dalam belajar Sains.
Penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya mengetahui kekuatan
sebenar subjek kajian dalam mengingat dan memahami maklumat. Subjek kajian
yang terlibat dalam kajian beliau ialah tiga orang subjek kajian Tahun Empat Intan.
Data kajian penyelidikan beliau telah dikumpul dengan menggunakan tindakan
pemerhatian, soal selidik, temu bual, ujian sebelum dan ujian selepas dan analisis
dokumen.Maklumat dapatan kajian menggunakan data dianalisis dengan
menggunakan analisis kandungan. Triangulasi tindakan dan triangulasi penyelidik
digunakan untuk menyemak data yang telah dikumpul.
13
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan penggunaan peta minda
berjaya membantu ketiga-tiga subjek kajian dalam meningkatkan kefahaman dan
ingatan kerana penggunaan warna yang menarik pada peta minda dan bentuk peta
minda yang dilaksananakan mampu menarik minat subjek kajian dan motivasi
mereka dalam belajar . Minat dan kefahaman subjek kajian dijanakan melalui bentuk
dan warna yang menarik pada peta minda yang dilaksanankan dengan penggunaan
warna yang menarik dan olahan maklumat yang sesuai.
Beliau juga menegaskan bahawa bahan berwarna membantu beliau
menambah baik amalan mengajar dengan Perubahan tingkah laku yang positif akan
dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan
berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang.
Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia
ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Ini selari dengan teori yang di
bawa oleh Teori Pembelajaran Ausubel (1918-2008) dalam Noriati (2009) Murid
dan Alam Belajar pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunan bahan
yang bermakna bahan yang dimaksudkan adalah bentuk teks atau penyampaian guru
teori ausubel menekankan bahawa penyampaian pelajaran secara terancang oleh
guru akan meningkatkan tahap penguasaan dalam pemerolehan maklumat.
14
Proses pengajaran dan pembelajaran kad warna memberikan ruang kepada
subjek kajian meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses
interaksi dengan rakan dan bahan Sewaktu perlaksanaan tindakan kad warna subjek
kajian diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan
bahan dan guru. Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
saling bergantung bersama antara subjek kajian, guru dan bahan.
Berdasarkan kepada Hajijah Hassan (2012) penggunaan grafik pegun
berwarna mampu meningkatkan tahap kefahaman subjek kajian. Menurut Menurut
Chin (2009), grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang,simbol-
simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media
untukmemberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses
menyampaikan maklumat.
Sehubungan dengan itu, kajian saya ini akan berfokuskan kepada pemilihan
bahan kad warna sebagai Bahan Bantu Pengajaran (BBM) untuk meningkatkan lagi
kefahaman mengingat dan minat subjek kajian semasa sesi pengajaran Kemahiran
Hidup.
15
2.3 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Dalam aspek penilaian maklumat guru dapat membuat penilaian yang lebih baik
dengan membuat pemerhatian terus semasa didalam kelas dengan melihat reaksi
subjek kajian dan memberi peneguhan serta merta menurut Unisec,Lockhart dan
walters (1990:87) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar (2008) Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku mendefinasikan pembelajaran sebagai perubahan
agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat daripada pengalaman ini menunjukan
pembelajaran telah berlaku dengan memerhatikan cara seseorang individu
bertingkah laku . Setiap maklumat yang tidak dapat difahami akan diteruskan dan
berfokus kepada subjek kajian, guru akan menggunakan tindakan yang berpusatkan
subjek kajian dengan menggunakan kad warna bagi meningkatkan kemahiran
mengingat dan memahami maklumat yang diajar.
Bagi memantapkan kemahiran dan pemahaman subjek kajian lembaran
pengukuhan pemulihan bagi subjek kajian yang menunjukan kelemahan dan
pengayaan untuk memingkatkan kefahaman dalam bentuk lembaran kerja.
Perlaksanaan ujian akan dilaksanakan sebelum perlaksaanaan tindakan penggunaan
ABM kad gambar untuk mendapatkan maklumat awal dan menganalisis masalah
yang utama menjadi fokus kepada subjek kajian. Maklumat ujian kedua akan
dilaksananakan dan analisis masalah akan dikumpulan dan dianalisis untuk tindakan
susulan.
16
Maklumat analisis maklumat dijalankan tidak terhad kepada ujian semata-
mata namun perlaksanaan diteruskan melalui pemerhatian kawalan subjek kajian di
dalam kelas lain, pergaulan sosial subjek kajian, maklumat diri subjek kajian,
maklumat ujian sebelum subjek kajian dan maklumat pemerhatian guru sebelum dan
selepas perlaksanaan tindakan dan dianalisis untuk menentukan keberkesanan kajian
penyelidikan yang akan dilaksanankan dan soal selidik yang dilaksanakan terhadap
subjek kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif iaitu
menggunakan kekerapan dan peratusan ini kerana peratusan dan kekerapan lebih
mudah dilihat dan dianalisis maklumat keberkesanan kajian penyelidikan yang
dijalankan untuk dilaksananakan penambahbaikan untuk dilaksananakan kitaran
kedua kajian tindakan.
2.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN
Perlaksanaan kad gambar akan dilaksanakan seperti biasa di dalam kelas ,guru akan
memberi pennnerangan berkaitan kod warna perintang. Kad warna ini merupakan
mesej dan maklumat yang ingin disampaikan akan di simulasikan atau dilaksanakan
secara bermain kolaboratif menggunakan kad warna tersebut main mudah
dilaksanakan oleh golongan subjek kajian kerana main merupakan aktiviti yang
memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesan secara langsung
terhadap individu yang mengalami atau melakukanya (Pellegrini,1995) di dalam
Noriati (2009) Murid dan Alam Belajar .Kad warna yang dipilih akan dimainkan
dengan melibatkan aktiviti subjek kajian bersama guru, subjek kajian dalam
kumpulan dan subjek kajian dan individu.
17
Dengan mengunakan tindakan tersebut, daya ingatan jangka pendek subjek
kajian dapat dijana dan diberi pengulangan dalam aktiviti berkumpulan, individu dan
guru untuk mengekalkan ingatan jangka panjang kepada subjek kajian saya harapkan
ianya dapat membantu mengatasi masalah berkaitan kefahaman subjek kajian dan
minat subjek kajian terhadap isi pengajaran dan pembelajaran.
Perlaksanaan kad warna ini dapat diteruskan untuk subjek lain yang
memerlukan pemahaman dan daya ingatan subjek kajian jika kajian penyelidikan
yang dijalankan berjaya dan mampu menunjukan hasil yang positif untuk
dikembangkan kepada subjek kajian yang lain.
18
OBJEKTIF KAJIAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada “kad warna” dapat meningkatkan
kefahaman subjek kajian terhadap pengajaran Kemahiran Hidup dan minat subjek
kajian semasa pembelajaran Kemahiran Hidup bagi sub topik elektrik dan elektronik
kod warna perintang.
19
3.1 SOALAN KAJIAN
Soalan kajian saya adalah:
1. Adakah kad warna mampu meningkatkan kefahaman subjek kajian untuk
tajuk elektronik dan elektrik bagi sub topik kod perintang untuk subjek
Kemahiran Hidup?
2. Adakah kad warna mampu meningkatkan minat subjek kajian untuk tajuk
elektronik dan elektrik bagi sub topik kod perintang untuk subjek
Kemahiran Hidup?
20
KUMPULAN SASARAN
4.1 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan lima orang subjek kajian daripada 19 orang yang berada di
kelas Tahun 5 Mawar di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, 77300 Merlimau,
Melaka. Jantina bagi subjek kajian ini terdiri daripada tiga orang subjek lelaki dan
dua orang subjek perempuan. Semua subjek kajian ini terdiri daripada bangsa dan
agama yang sama iaitu beragama Islam. Kelas ini merupakan kelas bercampur di
sekolah ini. Walaupun tahap akademik kelas ini bercampur-campur, pemilihan
berdasarkan kepada murid yang tidak mempunyai kemahiran di dalam elektrik dan
elektronik. Tahap pencapaian mereka kurang memberangsangkan dari aspek
akademik. Sepanjang pemerhatian saya, pembelajaran topik Elektrik dan Elektronik
sesuatu yang menyeronokkan bagi subjek kajian kelas ini. Ini kerana mereka
beranggapan dalam pembelajaran topik ini mereka akan mengingat kod warna
perintang yang diajarkan oleh guru. Namun, topik kod warna perintang subjek
kajian ini mengalami masalah. Oleh itu, subjek kajian perlu menguasai terlebih
dahulu masalah yang dihadapi sebelum bermulanya pembelajaran tajuk dan aktiviti
21
seterusnya dengan menggunakan tindakan yang afektif, interaktif dan berkesan
dalam meningkatkan minat dan kefahaman subjek kajian
22
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 PENGENALAN
Bab ini menerangkan bagaimana saya mengaplikasikan penggunaan kad warna kod
warna perintang dalam meningkatkan kefahaman dan minat terhadap sub topik
kemahiran hidup kod warna perintang. Berikut ialah proses-proses yang telah
dilaksanakan oleh saya sepanjang menjalankan kajian terhadap penggunaan kad
warna .
23
5.2 PROSEDUR TINDAKAN
Model kajian tindakan
Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah diaplikasi daripada model kajian tindakan
yang telah dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini
dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan sepenuhnya. Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkan kitaran (cycle) iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Gelung tersebut adalah seperti rajah di bawah;
Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan, Kemmis dan McTaggart (1988)
24
Mereflek
MerancangBertindak
Memerhati
5.2.1 Mereflek
Proses refleksi ini berlaku semasa saya membuat refleksi semula proses pengajaran
dan pembelajaran yang lalu, dimana melalui proses inilah saya dapat mengenalpasti
kekekuatan, kelemahan serta masalah yang timbul semasa saya menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi kod warna perintang bagi tahun lima. Ia
merupakan permulaan bagi saya mengesan masalah yang dihadapi murid-murid dan
merancang cara yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Berdasarkan pemerhatian dan ujian sebelum perlaksanaan yang telah
dilaksanakan, saya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan
murid tahun lima ini ialah kefahaman dan minat terhadap mata pelajaran kemahiran
hidup ini disokong dengan pemerhatian yang dibuat berpandukan kepada senarai
semak minat dan kefahaman subjek kajian. Dalam mengumpulkan maklumat
untuk mengenalpasti isu dan masalah.
25
Langkah 1 ( Mengenalpasti Isu Dan Masalah)
Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa terhadap
kelas yang di jadikan subjek kajian saya. Semasa pengajaran:-
1. Saya telah memerhatikan subjek kajian mengenai tahap minat dan
kefahaman mereka tehadap proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti subjek kajian yang bermasalah( minat dan kefahaman ) dan
mengisi borang pemerhatian subjek kajian.
3. Memberi item(lembaran kerja) ujian sebelum berkaitan pembelajaran
semasa langkah penilaian pembelajaran bagi menilai pencapaian sebelum
perlaksanaan tindakan tindakan.
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru perlu menyemak lembaran kerja
yang dilakukan oleh subjek kajian dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai
tahap kefahaman subjek kajian terhadap pengajaran dan peratusan subjek kajian
yang dapat menjawab dengan tepat.
Perlaksanaan kajian tindakan akan dilaksanakan penilaian sebelum
maklumat awal dan kajian awalan dimulakan bagi mendapatakan maklumat dari
subjek kajian dan menentukan bilangan sebenar subjek kajian yang akan dipilih
untuk dijadikan subjek kajian. Maklumat awal berkaitan subjek kajian yang lemah
dikenal pasti melalui pemerhatain dan lembaran kerja yang diberikan bagi
mengetahui keputusan awal dan analisis awal berkaitan subjek kajian yang ingin di
kaji agar pemilihan dan perlaksanaan kajian tindakan penyelidikan akan lebih
berhasil.
26
Hasil maklumat sebelum ujian subjek kajian menunjukan subjek kajian
sangat lemah dalam mengingat kod warna perintang dan tidak faham bagi kod warna
perintang. Bilangan dan subjek kajian dapat dikesan melalui ujian sebelum yang
dibuat. Subjek kajian yang menunjukan hasil yang lemah akan diberikan
pemerhatian dan dicatatkan untuk dilaksanakan tindakan tindakan kepada subjek
kajian
Maklumat awal ujian sebelum akan dianalisis dan dikaji dalam menilai
keberhasilan tindakan untuk dibuat penambahbaikan . Ujian dijalankan seperti biasa
oleh guru dengan mencatatkan kod warna pada papan putih dan pengajaran
dilaksanakan seperti biasa, Maklumat keberkesanan dan jumlah subjek kajian
diketahui melalui pengedaran lembaran kerja (ujian sebelum)
Langkah 2( Mengumpul Data Subjek Kajian)
Sebelum kajian dijalankan,pengkaji akan melaksanakan ujian diagnostik bagi
menilai maklumat subjek kajian adalah tidak dipengaruhi oleh kesihatan iaitu subjek
kajian bebas dari buta warna dan dapat membuat perbezaan warna . Saya
mengumpul beberapa data penting yang diperlukan untuk bahan kajian saya iaitu
mengenalpasti isu dan permasalahan untuk menjalankan tindakan .
Maklumat awal subjek kajian dan latar belakang subjek kajian memainkan
peranan penting dalam membentuk sikap,sahsiah,kognitif dan pergaulan subjek
kajian. Kaji selidik dilaksananakan analisis ujian sebelum perlaksanaan bagi
mengenalpasti subjek kajian dan membuat rujukan kolaborasi bersama guru-guru
27
lain yang mengajar subjek kajian bagi mendapatkan maklumat sokongan tambahan
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada subjek kajian untuk di jadikan bahan
sokongan perlaksanaan kajian tindakan penyelidikan
Berdasarkan kepada maklumat subjek kajian yang dikumpulkan melalui ujian
sebelum dan catatan lapangan guru yang dibuktikan melalui ujian sebelum
berpandukan jadul 5: Markah ujian sebelum dilaksanakan terhadap subjek kajian
dan ujian diagnostik subjek kajian pemerhatian tingkah laku sebelum perlaksanaan
terdapat lima subjek kajian yang dikenal pasti masih tidak faham akan sub topik
pengajaran kod warna perintang ini akan memberi kesukaran kepada subjek kajian
dalam membuat pengiraan kod warna perintang. Kebanyakan subjek kajian gagal
menjawab item yang diajukan dan sangat lemah dalam memjawab item yang
diberikan oleh guru dalam ujian sebelum yang dilaksanakan
Jadual 1: Nota lapangan subjek kajian dan ujian diagnostik
28
Nota lapangan
Tarikh : 7 Mac 2013
Masa : 7.30 -8.30 pagi
Tempat : Bilik Kemahiran Hidup SK Seri Mendapat
Catatan :
Terdapat beberapa orang murid yang mengalami masalah untuk mengingat nombor
kod warna perintang berpandukan kepada ujian yang diberikan. Berdasarkan
kepada ujian yang diberikan terdapat lima orang subjek kajian yang lemah dalam
menguasai kod warna perintang. Lima orang subjek kajian ini juga bebas dari buta
warna dan dapat membezakan warna dengan baik berpandukan kepada ujian
diagnostik yang dilaksanakan .
Hasil dapatan maklumat subjek kajian , masalah utama subjek kajian tidak
dapat menguasai kod warna perintang adalah disebabkan oleh kerana tidak mampu
mengingat jumlah bilangan kod warna yang banyak dan pengajaran yang tidak
mampu menarik minat subjek kajian, ini dibuktikan melalui pemerhatian dan ujian
sebelum yang dilaksanakan oleh guru.
item 1 item 2 item 3 item 40
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Pemerhatian sebelum tindakan (Minat dan Kefahaman)
bila
ngan
subj
ek k
ajia
n
Rajah 2: Pemerhatian sebelum tindakan (Minat dan kefahaman)
Berdasarkan kepada dapatan pemerhatian sebelum yang dilaksanakan
menunjukan bilangan subjek kajian yang menunjukan minat dan kefahman tidak
menunjukan hasil yang positif dimana 50% dari bilangan subjek kajian tidak
menunjukan minat dan kefahaman
29
5.2.2 Merancang
Setelah masalah dikenalpasti, saya mula membuat perancangan bagi mencari satu
tindakan yang sesuai bagi masalah murid untuk meningkatkan kefahman dan minat
terhadap penguasaan kod warna perintang bagi subjek kemahiran hidup.
Berdasarkan pembacaan dan rujukan saya terhadap kedah atau teknik yang
digunakan pengkaji lalu dalam mengatasi masalah kod warna perintang, terdapat
beberapa teknik yang diguna. Namun bagi masalah ini saya memilih untuk
mengaplikasikan penggunaan kad warna pada kod warna perintang kepada masalah
yang telah dikenalpasti.
Seterusnya saya mula menyiapkan draf awal sebagai langkah permulaan
kajian. Di langkah ini saya menetapkan objektif dan soalan kajian, kumpulan
sasaran, mencari rujukan dan tinjauan berkaitan kajian dan instrument yang akan
digunapakai. Semua butiran maklumat dirancang berdasarkan kepada masalah kajian
dan tindakan yang digunakan.
30
Instrument kajian yang akan digunapakai ialah ujian sebelum dan selepas
tindakan, pemerhatian tingkah laku minat dan kefahaman dan soal selidik selepas
tindakan berpandukan senarai semak selepas tindakan yang akan dilaksanakan .
Kesemua alat kajian ini dipilih adalah untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan terhadap data untuk menguji sejauh mana keberkesanan
penggunaan kad warna dalam meningkatkan kefahaman dan minat subjek kajian
terdapat kod warna perintang .
5.2.3 Bertindak
Penggunaan kad warna pada kod warna perintang akan dapat membantu murid
dalam menumpukan minat dan kefahaman. Bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran, guru menggunakan bahan bantu belajar kad warna kod perintang.
Murid akan diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai kad bacaan dan cara
bacaannya. Setelah itu murid akan membaca kad bacaan dan guru akan membimbing
subjek kajian.
31
Langkah 3( Melaksanakan Tindakan)
Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada subjek kajian. Pada
sesi pengajaran kali ini,saya akan menggunakan BBM dan pemilihan bahan kad
warna sebagai Bahan Bantu Mengajar. Saya akan mengaplikasikan tindakan ini
secara maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran pengajaran akan menggunakan pendekatan didik hibur dengan
menggunakan tindakan kad warna. Semasa menerangkan kod warna saya akan
mengangkat kad warna yang tertera nombor bagi kod warna menwakili warna
perintang.
Saya memerhatikan subjek kajian mengenai tahap tumpuan mereka tehadap
proses pengajaran dan pembelajaran dan diisi dalam borang pemerhatian minat dan
kefahaman. Seterusnya guru akan mengenalpasti bilangan subjek kajian dan
memberi peneguhan kepada aktiviti subjek kajian dengan melaksanakan soal selidik
selepas perlaksanaan tindakan kad warna . Bagi mendapatkan data pencapaian murid
guru akan memberi item (lembaran kerja) ujian selepas tindakan berkaitan
pembelajaran semasa langkah menilai pembelajaran.
Perlaksanaan tindakan kad warna dalam pengajaran dan pembelajaran akan
dilaksananakan dalam 3 jenis peringkat yang berbeza semasa melaksananakn aktiviti
tindakan kad warna .Perlaksanaan ini bertepatan berpandukan kepada teori Vygotsky
dalam Noriati (2009) Murid dan Alam Belajar yang menyatakan bahawa kanak –
kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak
32
akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya
menguasai dengan sendiri.
Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak
mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan
bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan
kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada
satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar
tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing. Berdasarkan
kepada Teori pembelajaran Ausabel satu dari teori pembelajaran yang menjadi
dasar dalam ‘cooperative learning’ bahan subjek yang dipelajari murid mestilah
“bermakna” (meaningfull) Ausubel dalam Ngui (1981: 35 ),
1. Subjek kajian melaksananakan aktiviti secara individu dengan bantuan guru.
2. Subjek kajian melaksananakn aktiviti secara berkumpulan denganbantuan
guru dan rakan sepasukan.
3. Subjek kajian melaksananakn aktiviti secara berpasanagan dengan bantuan
guru dan rakan.
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru sekali lagi perlu menyemak lembaran
kerja yang dilakukan oleh subjek kajian dan guru mengisi borang pemarkahan
mengenai tahap kefahaman subjek kajian terhadap pengajaran dan peratusan subjek
kajian yang dapat menjawab dengan tepat.
Subjek kajian disarankan agar tidak menggunakan teknik hafalan ini seleras
Dengan Teori Pembelajaran Kognitif Ausubel dalam Noriati (2009) menurut Teori
33
Pembelajaran Kognitif Ausubel, teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan
daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran
Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful
verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara
idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote
memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.
Perlaksanaan kajian tindakan akan dilaksananakan tindakan yang telah
ditetapkan mengikut tindakan yang terdapat pada jadual 1 dengan menggunakan kad
warna. Penilain maklumat melalui pemerhatian subjek kajian sebelum dan selepas
tindakan ,maklumat soal selidik selepas perlaksanaan tindakan dan ujian sebelum
dan selepas tindakan dilaksanakan terhadap subjek kajian bagi mendapatkan
maklumat dapatan kajian.
Peringkat Perlaksanaan
Aktiviti
Peringkat 1Penerangan maklumat
Guru menerangkan mengenai kod warna perintang dan nombor yang mewakili warna perintang yang dilihat.
Peringkat 2Perlaksanaan tindakan
Guru menunjukan kad warna yang pelbagai bentuk pada subjek kajian, guru akan bertanya kepada subjek kajian berkaitan warna pada kad dan nombor yang terdapat pada kad (rujuk lampiran).
34
Peringkat 3Pengumpulan maklumat
Guru memberikan lembaran pengukuhan aktiviti kepada subjek kajian , subjek kajian akan mengingat semula dengan bantuan guru.Perlaksanaan akan dijalankan dengan 3 jenis perlaksanaan:
1. Subjek kajian melaksananakan aktiviti secara individu dengan bantuan guru.
2. Subjek kajian melaksananakn aktiviti secara berkumpulan dengan bantuan guru dan rakan sepasukan.
3. Subjek kajian melaksananakn aktiviti secara berpasangan dengan bantuan guru dan rakan
Peringkat 4Pengayaan maklumat
Subjek kajian melaksanakan latih tubi ujian selepas dan dilaksanakan secara individu pengayaan sebagai latihan kerja rumah.
Jadual 2 : Peringkat perlaksanaan tindakan kad warna
Maklumat subjek kajian yang berkaitan kekuatan dan kelemahan dikenal
pasti melalui pemerhatain dan lembaran kerja yang diberikan bagi mengetahui
keputusan awal ,selepas tindakan dan analisis keseluruhan untuk dilaksananakn
penambahbaikan untuk menentukan keberkesanan kajian tindakan yang telah
dilaksanakan
5.2.4 Memerhati
Setelah selesai menjalankan tindakan, pada peringkat ini saya mula merekod dan
menganalisis data yang diperolehi berdasarkan instrument yang digunakan. Saya
melihat keberkesanan sesi tindakan yang dijalankan melalui tiga tindakan
pengumpulan data iaitu ujian sebelum dan selepas tindakan, soal selidik dan
35
pemerhatian. Bagi pengumpulan data ujian, perbandingan antara ujian sebelum dan
ujian selepas dapat menilai keberkesanan tindakan.
Langkah 4 (Menganalisis Data)
Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek saya mengumpul semua data – data dan
menyusun data – data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk dianalisis.
Saya akan memastikan segala data dan pemboleh – pembolehubah yang diperlukan
mencukupi dan mengikut spesifikasi yang diperlu.
Tindakan susulan dilaksanankan bagi membaiki kelemahan yang telah
dikenalpasti untuk dilaksananakan tindakan susulan. Kekuatan yang diperoleh akan
ditambah baik dan dilaksananakan kepada subjek kajian lain untuk meningkatkan
kemahiran dan mencapai objektif kajian tindakan penyelidikan.
Hasil dapatan kajian yang dilaksanakan subjek kajian menunjukan
keberhasilan mencapai peningkatan dalam perkembangan ini dibuktikan dalam
analisis ujian sebelum selepas, pemerhatian minat dan kefahman dan soal selidik
yang diedarkan oleh guru kepada subjek kajian menunjukan peningkatan positif
terhadap pencapaian, tingkah laku dan soal selidik yang dilaksanakan terhadap
subjek kajian.
Maklumat penambahbaikan akan dilaksanakan dengan memberikan
pengayaan kepada subjek kajian dengan menberikan kerja rumah dan latihan
36
berkaitan kod warna untuk meningkatkan daya ingatan subjek kajian dan
meningkatakn kefahaman subjek kajian.
37
CARA PENGUMPULAN DATA
6.1 Pengenalan
Dalam kajian tindakan ini, saya telah mengumpulkan data melalui tiga jenis
instrumen kajian iaitu ujian sebelum dan selepas, soal selidik, serta temu bual.
Instrumen kajian adalah sebagai instrumen pentu sama ada tindakan yang saya
gunakan ini berguna dan dapat membantu pelajar dalam mengatasi masalah mereka.
38
6.2 Ujian Sebelum dan Selepas tindakan
Ujian ini mengandungi satu set item yang meminta subjek kajian untuk mengisi
tempat kosong dengan jawapan yang betul. Subjek kajian mengambil ujian ini pada
waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian sebelum dan selepas
bertujuan menilai kemahiran subjek kajian dalam kemahiran mengenal dan
mengingat kod warna perintang . (lampiran 2)
6.3 Soal Selidik
Soal selidik dilaksanakan bagi mengetahui pendapat subjek kajian mengenai
tindakan kad warna yang digunakan oleh guru dapat difahami dan berjaya menarik
minat subjek kajian terhadap pengajaran topik kod warna perintang. Soal selidik ini
dijalankan ke atas 5 orang muird tahun 5A yang merupakan subjek kajian.
(lampiran 3)
6.4 Pemerhatian Sebelum dan Selepas tindakan
Pemerhatian dilaksanakan secara berterusan oleh guru terhadap subjek kajian
sebelum dan selepas perlaksanaan kajian bagi mengetahui perubahan tingkah laku
subjek kajian dalam kefahaman dan minat subjek kajian. (lampiran 4)
39
ANALISIS DATA
7.1 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan mengenai analisis data kajian yang telah dikumpulkan
melalui soal selidik, ujian sebelum dan selepas dan tindakan pemerhatian yang telah
dijalankan di SK Parit Raja , Muar. Teknik penganalisisan data yang digunakan
adalah analisis kandungan dan trigulasi data bagi meningkat kebolehpercayaan
kepada data yang dikumpulkan. Ujian diagnostik buta warna dan perbezaan warna
dilaksanakan lebih awal bagi mengelakan data yang dikumpulkan mengalami ralat
dan ketidak bolehpercayaan kepada hasil data yang dikumpulkan.
40
Kajian ini telah dimulakan dengan mengedarkan borang soal selidik latar
belakang kepada 5 orang subjek kajian. Soal selidik ini terdiri daripada satu bahagian
sahaja yang mengandungi item berkaitan dengan latar belakang subjek kajian.
Kemudian, subjek kajian akan diberikan dengan set item ujian Sebelum bagi menilai
kefahaman mereka terhadap tajuk Elektrik dan Elektronik kod warna perintang .
Setelah selesai menjalankan ujian Sebelum, subjek kajian akan mengikuti kelas
seperti biasa. Pada minggu kedua saya akan memsebelumktikkan tindakan kad
warna dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk kod warna perintang tersebut.
Subjek kajian akan melaksanakan tindakan menggunakan kad warna kod warna
perintang . Selepas perlaksanaan tersebut subjek kajian akan melalui ujian selepas
dalam mengumpulkan maklumat akhir dalam keberkesanana tindakan yang
dilaksanakan.
Hasil dapatan menunjukan peningkatan positif dalam minat dan kefahaman
subjek kajian dalam menguasai pembelajaran kod warna tajuk elektrik dan
elektronik.
7.2 Pemerhatian Sebelum dan Selepas Tindakan (Kefahaman)
Pemerhatian dijalankan sepanjang sebelum perlaksanaan dan selepas perlaksanaan
tindakan .Pemerhatian dibahagikan kepada 2 aspek dalam pemahaman
41
subjek kajian dan minat subjek kajian untuk memperincikan dan melihat dengan
lebih baik perubahan pemerhatian subjek kajian. Guru merekodkan maklumat
melalui borang pemerhatian subjek kajian. Tujuan perlaksanaan pemerhatian
bertujuan melihat minat dan kefahaman subjek kajian terhadap perlaksanaan
tindakan kad warna untuk sub topik kod warna perintang . Data dikumpulkan
selepas perlakanaan tindakan
Jadual 3 : Pemerhatian Kefahaman sebelum selepas tindakan
Item Perkara yang
diperhatikan
Bilangan Subjek
Kajian sebelum
tindakan
Bilangan Subjek
Kajian selepas
tindakan
1. Dapat membezakan warna
kod perintang.
2 4
2. Bersoal jawab bersama
guru.
2 4
3. Dapat menyatakan warna
kod perintang.
3 4
4. Menyiapkan tugasan. 2 4
Berdasarkan kepada jadual pemerhatian kefahaman menunjukan peningkatan
kekerapan perkara yang diperhatikan oleh subjek kajian. Bagi item 1 iaitu “Dapat
membezakan warna kod perintang” kekerapan sebelum menunjukan 2 subjek kajian
sahaja yang melaksanakan tingkah laku tersebut dan selepas tindakan internvensi
dilaksanakan terdapat peningkatan kepada 4 subjek kajian. Ini menunjukan subjek
42
kajian telah memahami dan dapat menginterpratasi maklumat pembelajaran dengan
membezakan warna kod perintang.
Bagi item 2 “bersoal jawab bersama guru” dalam kontek bersoal jawab ini
apa sahaja maklumat dan pertanyaan yang diajukan oleh subjek kajian akan
diperhatikan . Perlakuan subjek kajian sebelum perlaksanaan menunjukan 2 subjek
kajian bersoal jawab bersama guru semasa pengajaran dan selepas tindakan kad
warna digunakan bilangan murid bersoal jawab bersama guru meningkat kepada 2
orang subjek kajian.
Seterusnya bagi item 3 “Dapat menyatakan warna kod perintang” sebelum
perlaksanaan tindakan 3 subjek kajian dapat menyatakan kod warna dengan betul
dan selepas tindakan dilaksanakan berlaku peningkatan kefahman subjek kajian
kepada 4 orang subjek kajian dapat menyatakan warna kod perintang dengan betul.
Ini menunjukan tindakan berjaya membantu meningkatkan kefahman murid.
Bagi pemerhatian item 4, “menyiapkan tugasan” tugasan diberikan
selepas pengajaran dalam menilai keberhasilan pengajaran yang dilaksanakan,
sebelum perlaksanaan tindakan dilaksanakan hanya 2 subjek kajian sahaja yang
dapat menyiakan tugasan dengan betul dan selepas tindakan dilaksanakan berlaku
peningkatan subjek kajian kepada 4 orang subjek kajian yang dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru.
43
Item 1 Item 2 Item 3 Item 40
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
Pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (Kefahaman)
Keke
rapa
n
Rajah 3: pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (kefahaman)
Kesimpulan tindakan yang dilaksanakan berjaya meningkatkan kefahaman
subjek kajian dimana subjek dapat membezakan warna kod perintang dengan betul
bagi item 1 perkara yang diperhatikan menunjukan peningkatan sebanyak 2 subjek
kepada 4 subjek selepas tindakan yang dilaksanakan kepada subjek kajian.
Kekerapan subjek kajian bertanya juga telah meningkat dalam bersoal jawab
bersama guru berkaitan perkara yang mereka tidak fahamai ,sebelum perlaksanaan
hanya 2 subjek kajian sahaja yang mengangkat tangan untuk bertanya dan bersoal
jawab namun selepas tindakan dilaksanakan peningkatan kepada 4 subjek kajian.
Keseluruhan item yang diperhatikan telah berlaku perubahan perlakuan
sebelum dan selepas diperhatikan, Berdasarkan graf di atas dapat disimpulkan
44
bahawa tindakan yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan kognitif kefahaman
subjek kajian selepas tindakan dilaksanakan.
7.3 Pemerhatian Sebelum dan Selepas Tindakan (Minat)
Pemerhatian seterusnya memberi fokus kepada minat subjek kajian terhadapat
pengajaran guru, tindakan pengajaran guru , dan tindak balas murid terhadap
pengajaran guru. Jadual di bawah menunjukan perubahan pemerhatian tingkah laku
dan sikap yang ditunjukan sebelum perlaksanaan tindakan dan selepas tindakan
digunakan.
Berdasarkan kepada jadual 4 pemerhatian kefahaman menunjukan
peningkatan kekerapan perkara yang diperhatikan oleh subjek kajian. Bagi item 1
iaitu Memberi respond positif kepada guru” kekerapan sebelum menunjukan 2
subjek kajian sahaja yang melaksanakan tingkah laku tersebut dan selepas tindakan 1
dilaksanakan terdapat peningkatan kepada 4 subjek kajian. Ini menunjukan subjek
kajian telah berminat untuk memberikan tindak balas yang positif kepada pengajaran
guru keberkesanan minat subjek kajian bertambah ini dibuktikan dengan dapatan
data pemerhatian minat murid untuk memberi respond kepada 4 orang bilangan
subjek kajian.
45
Item Perkara yang di
perhatikan
Bilangan Subjek
Kajian sebelum
tindakan
Bilangan subjek
kajian selepas
tindakan
1. Memberi respond positif
kepada guru.
2 4
2. Ceria semasa guru
mengajar.
2 4
3. Menyertai setiap aktiviti
yang disampaikan oleh
guru.
2 4
4. Suka mengaplikasikan
tindakan kad warna dalam
latihan.
1 4
Jadual 4: pemerhatian Minat sebelum selepas tindakan
Bagi item 2 “Ceria semasa guru mengajar” subjek kajian diperhatikan
semasa perlaksanakan pengajaran dan pembelajaran perilaku subjek kajian
diperhatikan iaitu kecerian subjek kajian. Apabila subjek kajian ceria dan gembira ia
menunjukan minat dan tumpuan subjek kajian adalah pada tahap yang sangat tinggi.
Perlakuan subjek kajian sebelum perlaksanaan menunjukan 2 subjek kajian sahaya
yang menunjukan tingkahlaku yang ceria sebelum pengajaran dan selepas tindakan
tindakan kad warna digunakan bilangan subjek kajian yang ceria dan bersemangat
telah meningkat kepada 4 orang subjek kajian.
Seterusnya bagi item 3 “Menyertai setiap aktiviti yang disampaikan oleh
guru” sebelum perlaksanaan tindakan tindakan 2 subjek kajian yang aktif dengan
menyertai setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dan selepas tindakan tindakan
46
dilaksanakan berlaku peningkatan minat subjek kajian kepada 4 orang subjek kajian
berminat untuk melibatkan diri dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Ini menunjukan tindakan tindakan berjaya membantu meningkatkan minat murid.
Bagi pemerhatian item 4, “Suka mengaplikasikan tindakan kad warna
dalam latihan” latihan diberikan selepas pengajaran dalam menilai keberhasilan
pengajaran yang dilaksanakan jika murid berminat terhadapt pengajaran guru murid
akan lebih berminat untuk mengaplikasikan tindakan tersebut di dalam latihan yang
diberikan oleh guru, sebelum perlaksanaan tindakan dilaksanakan hanya 1 subjek
kajian sahaja yang mengaplikasikan tindakan kad warna dalam latihan yang
diberiakn dan selepas tindakan dilaksanakan berlaku peningkatan subjek kajian
kepada 4 orang subjek kajian yang melaksanakan tindakan kad warna dalam latihan
yang diberikan oleh guru.
Item 1 Item 2 Item 3 Item 40
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
Pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (Minat)
Keke
rapa
n
47
Rajah 4: Pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (minat)
Kesimpulan Tindakan yang dilaksanakan berjaya meningkatkan minat
subjek kajian dimana subjek dapat memberi respond positif kepada guru bagi item 1
perkara yang diperhatikan menunjukan peningkatan sebanyak 2 subjek kepada 4
subjek selepas tindakan yang dilaksanakan kepada subjek kajian. Bilangan subjek
kajian menyertai setiap aktiviti yang disampaikan oleh guru juga telah meningkat,
sebelum perlaksanaan hanya 2 subjek kajian sahaja melibatkan diri dalam aktivti
pengajaran dan pembelajaran namun selepas tindakan dilaksnakan peningkatan
kepada 4 subjek kajian.
Keseluruhan item yang diperhatikan telah berlaku perubahan perubahan
perlakuan sebelum dan selepas diperhatikan, Berdasarkan graf di atas dapat
disimpulkan bahawa tindakan tindakan yang dilaksanakan telah berjaya
meningkatkan minat subjek kajian terhadapat penguasaan ilmu kod warna perintang
dan minat terhadapat mata pelajaran kemahiran hidup.
7.4 Soal selidik
Soal selidik dilaksanakan selepas tindakan dijalankan ke atas subjek kajian. Soal
selidik ini bertujuan untuk melihat keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan.
48
Soal selidik ini dibina berdasarkan skala Guttman dan diedarkan kepada kesemua 5
subjek kajian kajian..
Hasil analisis jadual 5 item 1 iaitu “ Saya amat meminati subjek Kemahiran
Hidup ” menunjukkan sebanyak 4 subjek kajian bersetuju dan seorang subjek
kajian menyatakan tidak setuju. Ini menunjukkan selepas tindakan kad warna berjaya
meningkatkan minat subjek kajian terhadap kod warna subjek Kemahiran Hidup
Jadual 5: Soal Selidik Minat Dan Kefahaman Murid Dijalankan Selepas Tindakan.
Bil. Item /Kekerapan YA TIDAKAspek Minat Murid1. Saya amat meminati subjek Kemahiran Hidup. 4 1
2. Saya suka belajar secara amali / dan praktikal. 3 23. Penggunaan Kad Warna menarik minat saya
untuk belajar.3 2
Aspek Kefahaman Murid
49
4. Menggunakan tindakan kad warna membantu saya membeza kod warna perintang
4 1
5. Penggunaan Kad Warna membantu saya membuat latihan pembelajaran yang diberikan.
3 2
Hasil analisis item 2 iaitu “ Saya suka belajar secara amali / praktikal ”
menunjukkan sebanyak 3 orang subjek kajian setuju, dan 2 subjek kajian tidak
bersetuju dengan item soal selidik yang diberikan . Secara kesimpulannya subjek
kajian suka pembelajaran secara amali dan praktikal berbanding teori. Ini kerana
subjek kajian mendapat pengalaman secara langsung menjalankan aktiviti secara
‘hands-on’ dimana tindakan kad warna dilaksanakan secara amali dan dibimbing
bersama guru dalam meningtkatkan penguasaan dan minat subjek kajian.
Seterusnya hasil analisis item 3 iaitu, “Penggunaan Kad Warna menarik
minat saya untuk belajar.” mencatatkan sebanyak 3 orang subjek kajian bersetuju
dan 2 subjek kajian menyatakan tidak bersetuju. Ini jelas menunjukkan subjek
kajian lebih berminat dan bersemangat belajar dengan menggunakan tindakan
penyampaian Penggunaan kad warna berjaya menarik minat subjek kajian untuk
terus fokus dan tumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran..
Hasil analisis item 4, iaitu “Menggunakan tindakan kad warna membantu
saya membeza kod warna perintang.” menunjukkan sebanyak 4 subjek kajian
bersetuju dan seorang subjek kajian tidak bersetuju.Subjek kajian lebih memahami
isi pembelajaran dengan bantuan BBM yang melibatkan ransangan seperti warna,
50
grafik, audio dan lain-lain ransangan. Ransangan yang memberi makna akan mudah
difahami dan diingati untuk diaplikasikan dalam bentuk pengayaan latihan yang
disampaikan oleh guru.
Hasil analisis item 5 iaitu “ Penggunaan Kad Warna membantu saya
memahami isi pembelajaran ” mencatatkan sebanyak 3 subjek kajian bersetuju dan 2
subjek kajian tidak setuju. Berbantukan kad warna, tahap kefahaman subjek kajian
dapat dipertingkatkan dan subjek kajian lebih jelas tentang perkara yang
disampaikan oleh guru.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan Kad
Warna berjaya menarik minat subjek kajian dan mengekalkan tumpuan mereka di
dalam kelas. Seterusnya meningkatkan daya kefahaman dan minat subjek kajian
melalui penggunaan Kad Warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
7.5 Ujian Sebelum dan Ujian Selepas tindakan
Ujian Sebelum dilaksanakan sebelum tindakan dijalankan ke atas subjek kajian.
Setiap subjek kajian yang berjumlah lima orang diberikan ujian sebelum bagi
melihat tahap kefahaman dan minat pengetahuan asas kepada masalah kajian.
Manakala ujian selepas dilaksanakan selepas tindakan bagi melihat keberkesanan
tindakan yang dilaksanakan ke atas subjek kajian.
51
Hasil analisis dibuat berdasarkan kepada peningkatan dan perbezaan markah
yang diperolehi oleh subjek kajian semasa ujian sebelum dan ujian selepas. Pengkaji
mendapati terdapat peningkatan yang memuaskan terhadap kelima-lima subjek
kajian. Ini jelas menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan kad warna dalam
membantu peningkatan daya ingatan subjek kajian terhadap subtopik elektrik dan
elektronik.
Jadual 6 menunjukkan markah yang diperoleh oleh subjek kajian sebelum
tindakan penggunaan kad warna dilaksanakan.
Jadual 6 : Markah ujian Sebelum tindakan
SUBJEK KAJIAN MARKAH PERATUS (%)
01 0/10 0%
02 2/10 20%
03 8/10 80%
04 6/10 60%
05 5/10 50%
52
Berdasarkan jadual 6 menunjukkan hasil dapatan yang tidak seimbang.
Subjek kajian 01 menunjukkan bahawa kefahaman asasnya tidak begitu kukuh.
Manakala subjek 03 pula menunjukkan pencapaian yang agak memberangsangkan
namun subjek 03 tetap merasa bahawa subtopik yang diajarkan susah untuk diingat.
Subjek 04 dan 05 pula masing – masing menyatakan bahawa mereka tidak dapat
mengingati urutan dengan betul dan berkemungkinan peruntukkan masa yang tidak
mencukupi.
S01 S02 S03 S04 S050%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
Ujian Sebelum tindakan
subjek kajian
Pera
tus
Rajah 5 : Markah Ujian Sebelum
53
Seterusnya, setelah menjalani tindakan, ujian selepas dijalankan ke atas
subjek kajian yang sama. Ujian selepas ini bertujuan melihat pencapaian subjek dan
keberkesanan tindakan yang diberikan kepada subjek melalui perbezaan markah
ujian sebelum dan ujian selepas.
Jadual 7 : Markah Ujian selepas tindakan
SUBJEK KAJIAN MARKAH PERATUS
1 5/10 50
2 8/10 80
3 10/10 100
4 10/10 100
5 5/10 50
Dapatan kajian di jadual 7 merupakan dapatan daripada lima subjek kajian
yang sama. Hasil analisis dapatan di ujian selepas ini pengkaji dapati berlakunya
54
peningkatan dan pencapaian keputusan markah yang memuaskan. Kesemua subjek
kajian mendapat markah 50% dan ke atas.
Rajah 6 menunjukkan pencapaian subjek kajian yang mendapat markah
melebihi 50% dan terdapat subjek kajian yang memperoleh markah sebanyak 100%.
S01 S02 S03 S04 S050%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Ujian selepas tindakan
Subjek Kajianl
Pera
tus
Rajah 6 : Markah Ujian selepas tindakan
55
Jadual 8 pula merupakan perbandingan markah antara ujian sebelum dan
ujian selepas yang peroleh oleh subjek kajian sebelum dan selepas tindakan
dilaksanakan.
Jadual 8 : Perbandingan markah Ujian Sebelum dan Selepas
SUBJEK MARKAH(Ujian
Sebelum)
PERATUS(%)
MARKAH(Ujian
Selepas)
PERATUS(%)
NILAI TOKOK(+/-)
01 0/10 0% 5/10 50% 50%
02 2/10 20% 8/10 80% 60%
03 8/10 80% 10/10 100% 20%
04 6/10 60% 10/10 100% 40%
05 5/10 50% 5/10 50% 0%
Berdasarkan perbandingan markah di jadual 8, menunjukkan bahawa adanya
peningkatan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Ini jelas dapat dilihat
melalui markah yang diperolehi oleh subjek kajian melalui ujian sebelum dan ujian
selepas.
56
S01 S02 S03 S04 S050%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Ujian Sebelum dan Selepas tindakan
Subjek kajian l
Pera
tus
Rajah 7 : Perbandingan markah ujian Sebelum dan Selepas
Berdasarkan rajah 7, subjek 03 dan 04 menunjukkan bahawa penggunaan kad
warna amat memberikan kesan ke atas daya ingatan mereka kerana subjek 03 dan 04
mendapat markah penuh iaitu 100% dalam ujian Selepas yang dijalankan.
Bagi subjek 01, walaupun hanya mendapat 50%, namun ini menunjukkan
berlakunya peningkatan terhadap daya ingatannya setelah kad warna diperkenalkan
dan dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Daya ingatannya
semakin meningkat.
7.6 Perbincangan / Refleksi Dapatan Kajian
57
Sepanjang perlaksanaan tindakan kad warna subjek kajian menunjukan kesan
tindakan positif melalui hasil dapatan kajian yang direkodkan melaui soal selidik
minat dan kefahaman murid, pemerhatian tingkah laku dalam memberi minat dan
ujian yang dijalankan dalam menganalisis kandungan ujian sebelum dan selepas
maklumat.Persoalan yang ditimbulkan dapat memberi kesan positif selepas
perlaksanaan tindakan kad warna dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid
untuk sub topik kod warna perintang .Antara soalan kajian yang ditimbulkan adalah :
Adakah kad warna mampu meningkatkan kefahaman subjek kajian untuk tajuk
elektronik dan elektrik bagi sub topik kod perintang untuk subjek Kemahiran
Hidup?
Berdasarkan perbandingan markah di jadual 7, menunjukkan bahawa adanya
peningkatan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Ini jelas dapat dilihat
melalui markah yang diperolehi oleh subjek kajian melalui ujian sebelum dan ujian
selepas.
58
S01 S02 S03 S04 S050%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Ujian Sebelum dan Selepas tindakan
Subjek Kajian
Pera
tus
Rajah 7 : Perbandingan markah ujian Sebelum dan Selepas tindakan
Berdasarkan rajah 7, subjek 03 dan 04 menunjukkan bahawa penggunaan
kad warna amat memberikan kesan ke atas daya ingatan mereka kerana subjek 03
dan 04 mendapat markah penuh iaitu 100% dalam ujian Selepas yang dijalankan.
Bagi subjek 01, walaupun hanya mendapat 50%, namun ini menunjukkan
berlakunya peningkatan terhadap daya ingatannya setelah kad warna diperkenalkan
dan dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu tidak
menunjukan apa-apa perubahan yang ditunjukan oleh subjek kajian 5 , subjek kajian
5 perkara ini mungkin disebabkan oleh subjek kajian 05 kurang menunjukan tingkah
59
laku yang menunjukan kefahaman berdasarkan kepada data yang ditunjukan pada
(rajah 7). Kefahaman penting dalam meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan
prestasi penguasaan kod warna melalui tindakan kad warna yang dilaksanakan oleh
guru.
Daya ingatannya bagi subjek kajian 01,02,03 dan 04 semakin meningkat. ini
menunjukan tahap kefahaman murid secara keseluruhanya meningkat dan berjaya
meningkatkan pencapaian murid selepas perlaksanaan tindakan tindakan kad warna.
Pemerhatian yang dilaksanakan juga membuktikan bahawa berlaku
perubahan tingkah laku subjek kajian selepas tindakan tindakan kad warna
dilaksanakan terhadap kefahaman murid . Kefahaman yang dilaksanakan selepas
tindakan berjaya merubah tingkah laku subjek kajian ini dibuktikan melaului dapatan
pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru sebelum dan selepas perlaksanaan
pemerhatian yang memberi perhatian terhadap aspek kefahaman murid.
60
Item 1 Item 2 Item 3 Item 40
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
Pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (kefahaman)
Keke
rapa
n
Rajah 3: pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (kefahaman)
Berdasarkan kepada rajah pemerhatian subjek kajian terhadap aspek
kefahaman menunjukan peningkatan sebelum dan selepas perlaksanaan tindakan
tindakan kad warna. Perlakuan yang diperhatikan oleh guru bagi item perlakuan 1,2
dan 4 menunjukan peningkatan sebanyak 2 orang subjek kajian . Bagi item 3
menunjukan pertambahan seorang subjek kajian . Rajah pemerhatian kefahaman
jelas menunjukan sebelum perlaksanaan subjek kajian masih tidak memahami dan
masih kabur mengenai kod warna perintang yang dipelajari namun selepas
perlaksanaan tindakan tindakan kad warna dilaksanakan perubahan tingkah laku
subjek kajian diperhatikan telah meningkat kearah pencapaian yang positif.
61
Antara prosedur perlaksanaan pemerhatian ini adalah guru akan
melaksanakan tindakan seperti pengajaran biasa tanpa menggunakan tindakan kad
warna , data pemerhatian diambil sebelum perlaksanaan kemudian tindakan tindakan
dilaksanakan dan data pemerhatian diambil oleh guru selepas tindakan
dilaksanakan., Guru melaksanakan pemerhatian melalui pemerhatian bersuktur
antara fokus yang diperhatikan dengan mengarahkan subjek kajian membezakan
warna kod perintang item 1 yang ditunjukan oleh guru .Seterusnya guru akan
mengarahakan subjek kajian menyatakan warna kod perintang item 2 pada lembaran
latihan yang diberikan dan segala maklumat yang tidak difahami oleh subjek kajian
akan diberi peneguhan oleh guru melalui tindakan bersoal jawab item 3 untuk
menyiapkan tugasan item 4 yang diberikan oleh guru.
Guru akan merekodkan pemerhatian subjek kajian melalui boring
pemerhatian sepanjang perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebelum dan
selepas tindakan dilaksanakan. Berdasarkan kepada maklumat pemerhatian
peningkatan kefahaman subjek kajian bertambah dan meningkatkan tahap
penguasaan prestasi subjek kajian terhadap kod warna perintang .Bagi
mengukuhkan hasil dapatan penguasaan kefahaman borang soal selidik juga
62
menunjukan peningkatan kefahaman subjek kajian Hasil dapatan soal sedik ini
dijalankan selepas perlaksanaan tindakan tindakan kad warna yang dilaksanakan.
Jadual 5: Soal Selidik Minat Dan Kefahaman Murid Dijalankan Selepas Tindakan
Bil. Item /Kekerapan YA TIDAKAspek Minat Murid1. Saya amat meminati subjek Kemahiran Hidup 4 1
2. Saya suka belajar secara amali / dan praktikal. 3 23. Penggunaan Kad Warna menarik minat saya
untuk belajar.3 2
Aspek Kefahaman Murid4. Menggunakan tindakan kad warna membantu
saya membeza kod warna perintang4 1
5. Penggunaan Kad Warna membantu saya membuat latihan pembelajaran yang diberikan.
3 2
Berdasarkan kepada borang soal selidik juga dapat diperhatikan bahawa hasil
analisis item 4 iaitu, Menggunakan tindakan kad warna membantu saya membeza
kod warna perintang ” mencatatkan sebanyak 4 subjek kajian bersetuju dan seorang
subjek kajian tidak bersetuju. Bagi item 5 “Penggunaan Kad Warna membantu saya
membuat latihan pembelajaran yang diberikan.” Subjek kajian seramai 3 orang
bersetuju dan 2 subjek kajian tidak bersetuju ,perkara ini mungkin disebabkan 2
subjek kajian tidak bersetuju kerana mereka masih belum menguasai sepenuhnya
63
tindakan kad warna yang diajarkan oleh guru namun berdasarkan bukti yang jelas
berdasarkan pemerhatian ,soal selidik dan ujian prestasi murid menunjukan
peningkatan kefahman yang ditunjukan oleh subjek kajian selepas perlaksanaan
tindakan kajian. Ini jelas menunjukkan subjek kajian lebih memahami isi
pembelajaran dengan bantuan BBM dalam meningkatkan kefahaman murid
seterusnya berjaya mengaplikasikan dalam latihan yang diberikan . Pencapaian
murid menunjukan peningkatan yang positif ini boleh ditafsirkan bahawa kebolehan
kognitif subjek kajian meningkat dan meningkatkan kefahaman subjek kajian.
Kesimpulanya yang dirumuskan tindakan kad warna berjaya meningkatkan
kefahaman subjek kajian melalui bukti data penguasaan tingkah laku subjek kajian
membezakan warna kod perintang, menyatakan warna kod warna dengan betul,
bersoal jawab bersama guru berkaitan kod warna perintang dan melengkapkan
tugasan latihan yang diberikan oleh guru.Tindakan kad warna ini juga juga berjaya
meningkatkan prestasi pencapaian subjek kajian bagi sub topik kod warna perintang
dan soal selidik juga subjek kajian selesa menggunakan kad warna bagi
membezakan warna kod perintang dan membantu subjek kajian menyiapkan latihan
yang diberikan guru. Tindakan kad warna berjaya meningkatkan kefahaman subjek
kajian dan meningaktkan penguasaan subjek kajian bagi topik kod warna perintang.
64
Seterusnya bagi menjawab persolan untuk soalan dua menjawab iaitu
“Adakah kad warna mampu meningkatkan minat subjek kajian untuk tajuk
elektronik dan elektrik bagi sub topik kod perintang untuk subjek Kemahiran
Hidup?
Berdasarkan kepada dapatan soal selidik yang diberikan kepada lima subjek
kajian menunjukan peningkatan yang positif dimana subjek kajian berminat dan
bermotivasi selepas diberikan tindakan pengajaran menggunakan kad warna dalam
sub topik kod warna perintang .
Merujuk kepada Jadual 5: soal selidik minat murid dijalankan selepas
tindakan tindakan ,keputusan positif berjaya direkodkan melalui borang soal selidik
terhadap murid Hasil analisis item 2 iaitu “ Saya suka belajar secara amali /
praktikal” menunjukkan sebanyak 3 subjek kajian bersetuju dan seorang subjek
kajian tidak bersetuju belajar secara amali dan praktikal.. Secara kesimpulanya dapat
di perhatikan bahawa 2 subjek kajian yang tidak suka pembelajaran secara amali
dan praktikal lebih suka akan pembelajaran yang melibatkan teori ini mungkin
kerana subjek kajian lebih selesa memahami teori sebelum mendapat pengalaman
secara langsung menjalankan aktiviti secara ‘hands-on’.
65
Seterusnya hasil analisis item 1 iaitu, “Saya amat meminati subjek Kemahiran
Hidup ” mencatatkan sebanyak empat subjek kajian bersetuju dan seorang subjek
kajian tidak setuju. Ini jelas menunjukkan subjek kajian lebih memahami isi
pembelajaran dan berjaya meningkatkan minat mereka selepas tindakan kad warna
dilaksanakan.
Hasil analisis item 3, iaitu “ Penggunaan Kad Warna menarik minat saya
untuk belajar ” menunjukkan sebanyak 3 subjek kajian bersetuju dan 2 subjek kajian
tidak bersetuju. Hasil dapatan ini menunjukan penggunaan kad warna berjaya
menarik minat subjek kajian untuk terus fokus dan tumpu pada proses pengajaran
dan pembelajaran.
Bagi menyokong hujah dan membuktikan soal selidik tersebut saya turut
membuat pemerhatian tingkah laku minat subjek kajian seperti dalam pemerhatian
sebelum dan selepas yang memberi fokus kepada minat subjek kajian.
66
Item 1 Item 2 Item 3 Item 40
0.51
1.52
2.53
3.54
4.5
Pemerhatian Sebelum dan selepas tindakan (Minat)
Keke
rapa
n
Rajah 4: Pemerhatian sebelum dan selepas tindakan (minat)
Berdasarkan kepada rajah 2 diatas menunjukan perubahan tingkah laku
penglibatan subjek kajian kearah yang lebih positif antara minat yang diperhatikan
oleh saya adalah tingkah laku subjek meningkat dalam member respond positif
kepada guru (item 1). Maklumat ini menunjukan berlaku penglibatan subjek kepada
4 orang selepas perlaksanaan tindakan kad warna di laksanakan dimana lebih ramai
subjek kajian berminat untuk bertanya dan memberikan pendapat masing-masing
kepada guru.
Bagi item 2 iaitu “ceria semasa guru mengajar” bilangan murid yang
kelihatan ceria meningkat kepada empat orang subjek kajian ,asas pengukuran ceria
adalah subjek kajian tersenyum, dan menunjukan semngat dalam pengajaran guru.
67
Seterusnya bagi item 3 iaitu bilangan subjek yang melibatkan diri dalam aktiviti
yang disampaikan oleh guru juga turut bertambah kepada empat orang subjek kajian.
Subjek kajian menunjukan tingkah laku positif dimana tidak malu dan bersemangat
untuk melaksanakan setiap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.
S01 S02 S03 S04 S050%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Ujian Sebelum dan Selepas tindakan
Subjek Kajian
Pera
tus
Rajah 7 : Perbandingan markah ujian Sebelum dan Selepas
Berdasarkan kepada ujian pencapaian menunjukan peningkatan terhadap
penguasaan ujian selepas perlaksanaan tindakan kad warna. Subjek kajian satu dan
68
subjek kajian dua menunjukan peningkatan yang ketara berpandukan kepada
dapatan ujian yang telah diperolehkan oleh subjek kajian.
Namun begitu subjek kajian lima tidak menunjukan sebarang perubahan ini
mungkin di sebabkan maklumat pengajaran masih kabur bagi subjek kajian 5. Secara
keseluruhan menunjukan minat subjek kajian telah meningkatkan prestasi ujian
selepas tindakan kad warna yang dilaksanakan oleh guru.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan Kad
Warna berjaya menarik minat subjek kajian dan mengekalkan tumpuan mereka di
dalam kelas. Seterusnya meningkatkan daya kefahaman dan minat subjek kajian
melalui penggunaan kad warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, hasil
dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Hajijah Hassan (2012)
.
Hasil daripada dapatan kajian tindakan yang dijalankan, secara
keseluruhanya didapati bahawa tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah
berjaya meningkatkan minat murid berdasarkan fakta dan data yang ditunjuk pada
dapatan kajian terhdap subjek kajian
Perubahan positif yang terjadi hasil dari kajian ini membantu menguatkan
semangat untuk meneruskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Bersesuaian
dengan fokus kajian iaitu membantu murid faham dan minat terhadap topik kod
69
warna perintang tajuk kemahiran hidup, ternyata teori yang digunapakai bagi
membantu kajian berhasil mengubah tingkah laku dan kebiasaan murid yang asal.
Walaupun pada awal pelaksanaan tindakan, murid menunjukkan reaksi yang
kurang menyenangkan apabila saya mengulang pengajaran dan pembelajaran yang
telah mereka pelajari sebelum ini. Ada juga murid mempersoalkan mengapa saya
menggunakan tindakan kad warna dalam pengajaran kod warna perintang
sedangkan mereka telah pelajari. Hal ini berlaku kerana dalam diri murid, masing-
masing mempunyai rasa ‘ego’ yang enggan mengaku kelemahan dan malu untuk
menyatakan kelemahan mereka kepada rakan yang lain. Sedangkan sebahagian
murid dalam kelas tersebut masih lemah mamahami kod warna perintang dan
sesetengah murid perlu membuat rujukan kod warna perintang . Perkara ini tidak
disedari oleh mereka kerana masing-masing tidak mahu kalah kepada rakan sekelas.
Apabila saya meminta murid menyatakan kod warna perintang yang
dipaparkan secara individu, masalah yang dihadapi oleh mereka nampak lebih
ketara, dalam pada tahap ini mereka mula sedar mengapa saya menggunakan
tindakan kad warna bagi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana fokus saya bagi
meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap topic kod warna perintang.
Setelah tindakan dijalankan, murid diperkenalkan dengan penggunaan kad
warna , murid mula menunjukkan perubahan sikap dari segi pembacaan. Beberapa
sesi dijalankan bersama subjek kajian..Dapatan hasil soal selidik menunjukkan murid
lebih yakin dan memahami kod warna perintang setelah diajarkan oleh guru
menggunakan kad warna dan murid sangat meminati sub topik kod warna perintang,
tindakan kad warna ini boleh dikembangkan kepada mata pelajaran lain yang
70
melibatkan warna boleh diaplikasi kerana mampu meningkatkan kefahaman dan
minat .
71
RUMUSAN
Selepas selesai sesi kajian dilakukan, saya mengumpulkan data dan merekod
dengan membuat refleksi kajian. Refleksi adalah penting dalam menimbal kembali
perancangan yang telah dilaksanakan. Antara aspek yang perlu ditekankan dalam
refleksi ialah perasaan diri terhadap hasil kajian sama ada berpuas hati atau tidak.
Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
sepanjang kajian dijalankan.
Hasil dari dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak semua subjek tidak
boleh mengenal dan kod warna perintang dengan betul. Kemungkinan mereka ini
memerlukan tindakan pengajaran yang lebih menarik dan tidak bosan sesuai dengan
tahap pembelajaran mereka di dalam kelas. Mereka akan lebih seronok jika
melakukan sendiri, berpasangan dan berkumpulan (kolaboratif) sesuatu aktiviti itu.
Dengan ini juga, mereka akan lebih mudah faham dan mengingat apa yang
dipelajari. Perubahan sikap dan semangat ingin mencapai kejayaan perlu ada dalam
72
diri subjek itu sendiri.. Jika mereka seronok semasa sesi pembelajaran, maka sikap
dan semangat ini akan datang dengan sendirinya.
Kajian ini berkesan untuk subjek yang sederhana dan agak lemah.
Berdasarkan ujian selepas, semua subjek kajian telah mendapat markah 50% dan
keatas serta terdapat juga subjek kajian yang mendapat markah 100%. Ini
menunjukkan bahawa subjek seronok dan faham semasa pembelajaran yang
menggunakan BBM kad warna ini. Kajian ini juga banyak membantu subjek
mengingat kod warna perintang. Mereka juga sudah kurang mengalami kekeliruan
semasa memberi dam membezakan warna kod warna perintang . Sepanjang aktiviti
ini dijalankan, subjek kelihatan bersemangat untuk mempelajari tajuk ini dan
berharap dapat mempalajari tajuk lain dengan manggunakan tindakan seperti ini juga
kerana mereka berasa seronok dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
73
Saya dapati kajian tindakan ini banyak membantu saya dalam usaha meningkatkan
minat subjek untuk belajar subjek Kemahiran Hidup ini terutamanya terutamanya
bagi dalam mengingat dan kod warna perintang bagi topik elektrik dan elektronik.
Kajian ini juga membantu saya memahami masalah subjek dan mereka memerlukan
pendekatan yang berbeza mengikut keupayaan masing-masing. Saya mencadangkan
agar subjek kajian 05 diberi pemantauan dan diteruskan dalam kitaran kedua
perlaksanaan kajian. Tempoh perlaksanaan terhadap subjek kajian 05 perlu
diperluaskan agar maklumat yang menyeluruh dapat diperolehi.
Saya juga mendapati kreativiti seseorang guru dalam kelas banyak
membantu subjek untuk memahami sesuatu sub tajuk yang agak sukar menggunakan
bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai.
Dapatan ini juga memberi contoh kepada pengkaji-pengkaji lain untuk
melakukan kajian tindakan dan membantu mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas masing-masing. Untuk kajian seterusnya, saya mencadangkan
tindakan dan bahan bantu mengajar agar lebih menggunakan tindakan yang pelbagai
dengan menggunakan audio, visual dan kinestatik dalam kad gambar yang
dihasilkan. Tindakan ini boleh digunakan dengan lebih meluas bagi topik lain dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup agar pengajaran lebih menghiburkan dalam sistem
penghafalan supaya mereka lebih mudah faham dan seronok semasa pembelajaran
dan juga lebih mudah memahami topik tersebut. Dengan ini, tidaklah mereka
mengalami kesukaran apabila perlu melakukan proses penghafalan kelak.
74
75
RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdul Majid Khan , (2007). Guru sebagai Penyelidik , PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
Cassandra Warnes Anak Tueng (2012) Penggunaan Pasir Dalam Meningkatkan Memori Murid Pemulihan Dalam Penulisan Huruf, dimuat turun pada Jan 15 2013 dari www.ipgkbl.gov.my/kajian
Chin Yoon Poh (2009) Penyelidikan Dalam Pendidikan , Cerdik Publication Sdn Bhd, Selangor
Dalilah binti Desa, (2011) Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi Menggunakan Teknik Dalil Avu Zar Zad, dimuat turun pada Jan 19 2013 dari www.ipgkbl.gov.my/kajian
Hasnur Farisha Hassan (2010) Kad Imbasan Bergambar Meningkatkan Kemahiran Membaca (tidak diterbitkan) IPGKT,Kuala Lumpur
Haliza Hamzah Dan Joy Nesamalar (2008) Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Petaling Jaya, Oxford Fajar Bakti
Hajijah Hasan(2012) Kad Mesra Warna , (tidak diterbitkan) Universiti Putra Malaysia, Serdang,Selangor
Lim Kui Lik (2012) Penggunaan Peta Minda Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan Sains, (Tidak diterbitkan), IPGKBL, Kuching,Sarawak
Mohammad Allauddin (2010) Penggunaan Kad Kerja dapat meningkatkan kefahaman aktiviti amali kayu, (tidak diterbitkan), IPG KTHO, Batu Pahat ,Johor
Mark Soon Sang, (2010) Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Selangor Malaysia.
76
Mok Soon Sang (2007) Pengantar Pendidikan Teras, Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying Dan Sharifah Fakhriah (2009) Murid Dan Alam Belajar ,Petaling Jaya,Oxford Fajar Bakti
Noraziah Abdul Hamid (1981: 2) . Alatan Mengajar Dalam PengajaranBahasa,Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pasukan Penyelidik . (2013) Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur , Freemind Horizon Sdn. Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum KPM . (2003) . Buku Sumber Kemahiran HidupSekolah Rendah Tahun Lima . Kuala Lumpur , PerpustakaanNegaraMalaysia.
Rosli Ibrahim , Salimah Ahmad , Ramli Baharin. (2007) . Kemahiran Teknikal,Selangor , Sasbadi Sdn Bhd.
Ting Len Siong , Ahmad Sabry Bin Othman , Ting Hun Yong . (2013) Penyelidikan Tindakan Dalam Penyelidikan . Kuala Lumpur , Freemind Horizon Sdn Bhd
LAMAN WEB :
Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 5 Febuari 2013 http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum
Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 13 Februari 2013. http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali.pdf
Siti Fatimah Ahmad , Ab Halim Tamuri , Tesis Bertajuk Persepsi Guru TerhadapPenggunaan BahanBahan Bantu Mengajar Berasaskan teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Dilayari pada 13 Februari 2013 http://www.ukm.my/jiae/pdf/20.pdf
77
LAMPIRAN
78