Elm 3103

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK 1:Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah

Pengenalan

Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Mokhtar Ismail pula menyatakan pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki sifat tertentu.

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan yang ada dapat diatasi. Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Kesimpulannya penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan sewajarnya. Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu data-data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat boleh diberikan.Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian. Gagne (1970) menerangkan ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam duniapendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukurprestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian danpenilaian itu sendiri. Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yangberkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesananpengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran secara formal

Jenis-jenis penilaian formal

Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program. Gronlund (1985) mengatakan empat jenis penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Scriven (1976) merujuk penilaian formatif sebagai penilaian yang dibuat dalam masa pengajaran dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu kemahiran diajar. Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Penilaian formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan soalan yang dikemukan oleh guru. Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir.Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya ialah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.

Perbandingan di antara ujian formatif dan sumatif: UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

FungsiMenghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan muridPensijilan murid di akhir kursus

Masa diberiSepanjang pengajaranDi akhir satu-satu kursus atau unit

Kesukaran itemBerubah-ubah mengikut segmenSemua peringkat. Ada yang sangat senang dan ada yg.susah

Jenis alatAlat pengukur formatif yang di bentuk khususPeperiksaan akhir tahun

ContohUjian bulanan, lembaran kerja dan lain-lainUPSR, PMR, STPM, Peperiksaan Sijil Perguruan, pepriksaan akhir tahun

Ujian bilik darjah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya.

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: Membentuk jadual penentuan ujian. Menulis item-item soalan. Menyunting item. Menjalankan pra-ujian. Mentadbir ujian atau peperiksaan.

Menentukan Tujuan Ujian

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru. ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar. ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Menentukan Objektif Pengajaran yang akan diukur.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Ia merupakan system yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Akhirnya hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti berikut:a. mengetahui makna istilah pengujian.b. mengetahui fakta tentang perancangan ujian.c. mengetahui prosedur perancangan ujian.d. mengetahu prinsip-prinsip pengujian.e. menggunakan prinsip-prinsip dalam perancangan ujian.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian. Pembentukan JPU penting untuk membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi jadual ini ialah untuk menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Tujuan JSU diadakan:1.JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.2.dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.3.sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.4.JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.5.JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.6.Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan.7.Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.8.JSU juga dapat menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah, sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)1.Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keparluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan2. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan oleh murid.3.JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.4.Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji.5.JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.6.Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).7.JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada aras pengetahuan dan kefahaman.8. JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik oleh murid.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi UjianBeberapa elemen penting yang perlu difahami oleh guru berkaitan dengan JSU ialah:1.Keseimbangan sasaran ujian2.Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan3.Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur esei dan sebagainya.4.Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.5.Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi Bloom.

JADUAL SPESIFIKASI UJIANBagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras kemahiran isi atau kandunganPengeta-huan (7.5%)Kefaha-haman(25%)Aplikasi

(55%)Analisis

(10%)Sintesis

(2.5%)Peni-laian(2.5%)Jumlah

Sikap ber-sih fizikal & mental

Sikap belas kasihan

Sikap se-derhana

Sikap rajin

Sikap ber-terima kasih

1

1

1

1

1

1

5

2

1

1

4

12

4

3

1

1

2

2

6

22

8

Jumlah

3

10224140

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi). 22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras sintesis.

Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan 25% kefahaman 55% aplikasi 10% analisis 2.5% sintesis

JSU memberikan faedah-faedah berikut:

ia menunjukkan ujian dibina secara sembarangan. ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. ia merupakan satu panduan kepada penggubal soalan. ia menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun. Ia menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian. Ia membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan. Ia membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi BloomAras kemahiran dalam bidang kognitifContoh soalan

1. PengetahuanMenguji pengetahuan murid-muridMengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah dipelajariNyatakan lima Prinsip Rukun Negara

2. KefahamanMenguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari.Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

3. AplikasiMenguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia selalu meminta bantuan orang lain untuk menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh menjadikan dirinya cemerlang.

4. AnalisisMenguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.Banding bezakan antara dua watak yang terdapat dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

5. SintesisMenguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitanLengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang telah anda baca.

6. PenilaianMenguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORALTaksonomi BloomAras Kesukaran Tugasan

Pengetahuan Kefahaman Aras Mudah

Aplikasi Analisis Aras Sederhana

Sintesis Penilaian Aras Kompleks

Contoh kata tugas yang boleh digunakan bagi setiap aras kemahiran domain kognitif:Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:

Mengetahui Mengingat KembaliTakrifkan Padankan SenaraikanPerihalkan Namakan LakarkanKenal pasti Nyatakan TuliskanLabelkan Lukiskan

Memahami Menterjemah bahan atau idea drp satu bentuk idea ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea; merangkakan trend masa depanUbahkan Tentukan Buat inferensAnggarkan Tukarkan HubungkaitkanTerangkan Banding bezakan CirikanBerikan contoh Tambahkan KelaskanUkur Ramalkan Sukat

Mengaplikasi Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkritKirakan Hitungkan UbahsuaiTunjuk cara Jelaskan dgn contoh

Menganalisis Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponenCerakinkan Jelaskan melalui contohPilih Buat UrutanAsingkan Selesaikan masalahBuat andaianKawal pembolehubahSusun mengikut keutamaanHuraikanBuat Kesimpulan

Mensintesis Menggabungkan komponen- komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatifGabungkan Konsepsikan Rancangkan Buat gambaran mentalRingkaskan Definisi secara operasi Binakan Buat hipotesis Rangkakan Reka bentukkan Buat eksperimen Buat analogi Buat reka cipta

Menilai Menilai idea/maklumat/ /kaedah/ bahan berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentuTaksirkan Tafsirkan Kritik Wajarkan Kesan kecondongan Buat keputusan Sokong

Pentaksiran secara tidak formal

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : Pemerhatian Senarai semak dan skala pemeringkatan Rekod Anekdot Hasil kerja pelajar Temu bual

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama :kelas:Tempoh :

BIL TINGKAH LAKU PEMERHATIAN

(YA)(TIDAK)

1.Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah

2.Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah

3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang

4.Bersopan santun

5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru

6.Selalu bersikap adil

7. Menepati masa

8.Menghabiskan tugasan yang diberikan

Jumlah skor

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya atau `Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menojol.Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)

Nama : Kelas : Tahun: TINGKAH LAKUSEMESTER 1SEM ESTER 2

1234512345

1. Mematuhi peraturan sekolah

2.Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu `Negaraku

3. Berbaris semasa perhimpuan

4.Memberikan salam apabila berjumpa dengan guru

5. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas

6. Mendengar arahan guru

7.Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan

8.Memakai pakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih

Skor

Jumlah Besar

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

TarikhJenis PerlakuanKomen

9.7.0417.8.0423.8.04 2.9. 04 3.9.04 Bergaduh di dalam kelasBerbual-bual semasa perhimpuanTidak memakai lencana sekolahMerosakkan meja di dalam kelasMeniru ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________

V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

TAJUK 2Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal.

Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-

Soalan Objektif

Soalan Subjektif

Soalan aneka pilihan- jawapan terbaik- Positif dan negatif- Cantuman Soalan betul salah Soalan memerlukan jawapan yang pendek Soalan melengkapkan perkataan / ayat / cerita Soalan menggunakan gambar

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, analisis, sintesis dan kefahaman. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Sujektif

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:- merangkumi semua bidang matapelajaran. masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat. objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza. emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan. Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut ; iaitu:-

pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi. tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi. menggalakkan pelajar meneka jawapan. pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

senang dibina dan ditadbir. menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya. boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Keburukan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian. ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad. pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak. pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)

Sekiranya anda ialah seorang pustakawan. Semasa menjalankan tugas andaMedapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah tindakan anda A. Memarahi merekaB. Menasihati mereka C. Tidak memperdulikan merekaD. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan

2. Contoh soalan objektif (Cantuman)

Tindakan berikut yang manakah menunujukkan sikap menyayangi alam sekitarI Menebang pokok sesuka hati IIMembuang sampah ke dalam sungaiIIIMenanam pokok bunga di kawasan lapangIVMengumpulkan surat khabar untuk kitar semulaVMenderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. II, III dan IV sahajaD. III,IV dan V sahaja

3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)

Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-perkara berikut KecualiA. Membayar ganti rugi kepada jiranB. Menggantikan pasu bunga yang baruC. Melarikan diri dari tempat kejadianD. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salah

a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya.( )b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)

a) Peperiksaan akhir akan hampir menjelang, anda harus ________________________b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita kerana ____________________________________________________

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)

a) Huraikan 3 cara sayangi alam sekitar_______________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri

1.________________________________________________________________2.________________________________________________________________3.________________________________________________________________

Contoh Soalan

Aras PengetahuanObjektif: Melalui soalan ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia.1 . Bilakah terbentuknya Malaysia?- Malaysia telah terbentuk pada 16 September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Aras PemahamanObjektif : Melalui soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis sumber yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia.2 . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara sumber-sumber tersebut?- Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah pembentukan Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di Arkib,Muzium dan juga pihak persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan Malaysia boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah Malaysia. Selain itu ialah catatan-catatan yang dilakukan oleh mereka/ahli sejarah yang terlibat dengan peristiwa terbabit. Selain itu, sumber lisan daripada mereka yang pernah terlibat dalam peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh diambil untuk mengetahui mengenai pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi kerajaan,surat peribadi tokoh terlibat juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa pembentukan Malaysia. Selain itu,akhbar-akhbar yang terbit pada zaman itu juga boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut peristiwa pembentukan Malaysia.

Aras AplikasiObjektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui kenapa Singapura di singkirkan daripada Malaysia.3 . Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat dengan pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku bertindak demikian?- Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan PAP mungkir janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu sekaligus melanggar perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian tersebut,PAP tidak akan menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan begitu juga MCA tidak akan menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya, PAP telah melanggar persetujuan tersebut dengan menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan pengaruh MCA dalam kalangan kaum Cina telah tersebut. Untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, Tunku Abdul Rahman telah memberikan kemerdekaan yang berasingan kepada Singapura.

Aras AnalisisObjektif: Pada soalan ini,pelajar akan dapat membezakan antara golongan kanan dan golongan kiri di Malaysia.4. Apakah perbezaan antara 4 tokoh di bawah ?Dr Burhanuddin al HelmyDato Onn

Pak SakoTunku Abdul Rahman

- Perbezaan yang ketara antara 4 tokoh diatas ialah fahaman mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan. Dr Burhanuddin al Helmy dan Pak Sako digelar sebagai golongan kiri yang mahukan kemerdekaan dalam apa jua cara walaupun melalui peperangan secara kekerasan. Namun Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya mahukan kemerdekaan dengan cara aman dengan melakukan rundingan.Aras SintesisObjektif : Pada soalan ini,pelajar akan membuat ramalan mengenai apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu menuntut kemerdekaan. Pelajar akan dapat mengetahui kesan daripada perkara tersebut. 5 Ramalkan apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan?.- Pada pendapat saya,jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato Onn dan golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu,sudah semestinya kemerdekaan akan cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun jalan kekerasan.

Aras PenilaianObjektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat menilai kepentingan kemerdekaan kepada penduduk di Tanah Melayu.6 . Nilaikan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu?Kemerdekaan amat penting kepada penduduk Tanah Melayu. Buktinya muncul banyak parti-parti yang melibatkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan contohnya PKMM,Hizbul Muslimin kemudiaan diikuti oleh UMNO dan Parti Negara. Orang Melayu mahukan sebuah kerajaan yang dibentuk sendiri oleh penduduk Tanah Melayu bukannya sebuah pentadbiran yang diperintah oleh bukan dari bangsa Melayu. Kemerdekaan amat penting kepada orang Melayu kerana ini menandakan kemampuan mereka untuk menjadi pentadbir yang selama ini dilakukan oleh penjajah. http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html

3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral

3.1Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal. 1.Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenal pasti pada peringkat awal supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi.2.Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.3.Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.4.Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.5.Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang diajar6.Dapat mengesan kemajuan, pencapaian, dan fenomena tingkah laku murid-murid yang diajar.

3.2Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal.1.Membebankan pelajar dan guru.2.melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.3.para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehinggakan hilang keseronokan belajar.4.Pentaksiran secara keseluruhannya tidak mampu mencapai objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh.5.Penaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas peperiksaan.

3.3Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah adalah diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai pembentukan sikap, nilai dan emosi maka penilaian mengenainya menghadapi masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah nilai kebersihan. Pelajar-pelajar didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilaiSituasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun ia takut didenda $300.00?

Rumusan

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini susuah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh kerena Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap maka ia mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.

TAJUK 4Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah

4.1Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral.

Pelaksanaan berkesan satu-satu mata pelajaran di sekolah memerlukan penyelerasan dan pengawasan yang rapi. Oleh yang demikian, panitia mata pelajaran Pendidikan Moral perlu diwujudkan di sekolah. Guru-guru Pendidikan Moral boleh meminta bantuan guru besar atau pengetua sekolah untuk menubuhkan panitia Pendidikan Moral di sekolah. Beberapa orang guru Pendidiikan Moral akan dilantik untuk menjalankan tugas penyelarasan dan pengawasan.

Antara tugas-tugas panitia mata pelajaran Pendidikan Moral ialah:1. Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajarana)sebagai seorang guru, Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral.b)menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, supaya mereka akan dimotivasikan untuk mengajar Pendidikan Moral.2.Pemimpin dan Pengurus Kurikuluma)Mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa untuk mengesan keberkesanan pengajaran Pendidikan Moral.b)Menyiapkan rancangan kerja tahunan, semester dan harian untuk semua guru Pendidikan Moral.c)Membina item-item ujian kertas pensel bagi ujian sekolah dan PKBS.d)Membina item-item untuk penilaian tidak formal bagi Pendidikan Moral.e)Menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Moral.f)Merancang projek yang boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.g)Bertukar-tukar pendapat dengan panitia Pendidikan Moral sekolah lain untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.h)Mengurus dan mengerakkan panitia.i)Merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran dan pengajaran yang akan dijalankan di dalam kelas supaya ia saksama dan adil kepada semua pelajarj)mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moralk)Mengurus jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Morall)Mengurus bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral seperti bilik audiovisual.m)melakukan tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan3.Memastikan kemajuan stafa)Membuat analisis keperluan-kepperluan staf dalam mengajar moralb)merancang dan melaksana program latihan dalamanc)menilai program Pendidikan Moral di sekolahd)memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel, dan kursus4.Menyediakan bahan:a)menyediakan bahan bantu mengajar kepada guru-guru untuk digunakan di dalam kelas.b)menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah.

4.2Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral.Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia ialah:Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,2003Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral, 2010

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah merealisasikan matlamat seperti di atas. Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk kepada satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlakmulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yangbermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial.Prinsip-prinsip itu adalah: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Perbandingan objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KBSR dan KSSR

KBSRKSSR

Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;

Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;

Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;

Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagimengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan

Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalammembuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif-objektif di atas, merupakan peranan guru Pendidikan Moral khususnya dalam mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Dari segi pelaksanaannya guru Pendidikan Moral perlu menguasai maksud nilai-nilai murni berserta dengan kandungan akademik dan situasi atau isu yang sesuai seperti yang dicadangkan dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menengah.

Guru merupakan penghubung penting di antara sekolah dan rumah. Peranan utama guru-guru adalah bagi memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi iaitu rumah dan sekolah. Oleh itu Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang berat. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dia perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya.

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pelajaran moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberi pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat adanya sikap-sikap moral yang tertanam dalam diri murid-murid, dan guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada murid-murid. Guru dikehendaki melanjutkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk melanjutkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu guru yang berada di dalam kelas sering menjadi pendorong bagi setiap aktiviti, seperti mewujudkan situasi simulasi dan memulakan permainan bahasa. Guru juga menjadi fasilitator yang membantu pelajar-pelajar memulakan aktiviti seperti menggalakkan mereka menceritakan pengalaman mereka dan menganjurkan satu projek gotong-royong. Seorang guru juga harus memahami peranannya dan menberi sokongan bagi aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar dan guru-guru dengan cara melapangkan masa untuk melihat dan mendengar lakonan yang disediakan oleh pelajar.

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral perlu menghidupkan kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan.

Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur.

Seorang guru Pendidikan Moral juga boleh bertindak sebagai pegawai sumber yang membolehkan beliau memberi maklumat yang tepat atau membantu para pelajar mencari maklumat bagi setiap dilemma seperti dalam mata pelajaran Sejarah atau Sains. Guru juga boleh menjadi perangsnag dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui dilema dan tindakan moral.

Guru juga boleh menyimpan rahsia pelajar-pelajar dalam menjalinkan hubungan baik sesama pelajar. Guru Pendidikan Moral boleh menjadi pendengar yang baik kepada setiap masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya andai ada para pelajar yang ingin menceritakan masalah peribadi mereka.

4.3Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

Seperti mana mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih berkesan dan menyeronokan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru.

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka.

Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas menggunakannya.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlumengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil.

4.3.1Ciri-ciri Bahan SumberSama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai yang diajar. Bentuk, warna dan saiznya sesuai. Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik. Membantu menambah keberkesanan pengajaran. Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas. Sesuaikan dengan tahap umur pelajar. Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

Antara bahan-bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.2. Bahan-bahan permainan untuk menerapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.5. Bahan pandang dengar seperti video, Cd-rom,filem dan sebagainya.6. Alat-alat tayangan seperti komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan sebagainya.

4.4Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar sekolah.

Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau kelas bercantum.

4.4.1 Pengajaran Secara KelasPengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam kelasnya.

Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam buku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara kelas adalah seperti berikut: Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepada beberapa orang murid sahaja Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa mengajar Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti pembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh kelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran secara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama

4.4.2 Kelas BercantumKelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah yang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan Moral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana: Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satu kelas biasa Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap kelas secara berasingan Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam.

4.4.3 Kaedah Pengajaranpembelajaran Pendidikan Moral di Kelas BercantumGuru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan sudut- sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid diminta membuat kerja sendiri.9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang teliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya bekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat dan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.

TAJUK 5 :Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara

5.1 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi NegaraMenyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa murid untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isupertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu bertanya soalan serius, Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan murid?

5.1.1Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. a)Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988. Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan penting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.

5.1.2Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara. a)Intipati Rukunegara.Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia.Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaumdisamping memelihara cara hisup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal,progresif lagi beretika. Pernyataan Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik;mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama;menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yangkaya dan berbagai corak;membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains danteknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga danusaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yangberikut:Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiapprinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin tercapai.

5.1.3Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020.a)Intipati Wawasan 2020.Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas PerdanaMenteri Malaysia Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuanvisi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yangmaju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak sembilan cabaran telah digariskanuntuk negara kita menghala ke arah wawasan ini dan dapat mencapai hasrattersebut pada tahun 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan majudengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dandengan apa yang dicapai.c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yangmempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyatMalaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dankepercayaan agama tetapi setia peda negara.f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadipengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik danteknologi masa depan.g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosialyang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawabharian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut.

5.1.4Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan.a)Intipati kod etika perguruan.Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka surat 245.2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka danberusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

5.1.5Falsafah Pendidikan Guru (FPG)a)Intipati Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak aspirasi negara1