36
1.0 PENDAHULUAN Malaysia telah mewarisi sistem Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy) sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Salah satu ciri utama sistem ini ialah pihak pemerintah harus dibentuk berasaskan pemilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat. Lantaran itu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam proses pemilihan pucuk pimpinan dan pemerintahan, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agar diadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali. Justeru itu, dengan kata-kata lain, rakyat diberi mandat melalui proses pembuangan undi untuk menentukan pimpinan negara. Sehubungan dengan itu, menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), oleh kerana demokrasi itu sendiri asalnya bermaksud “ pemerintahan oleh rakyat ”, maka pilihan raya merupakan amalan yang tidak dapat dielakkan di dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi . Melalui pilihan raya rakyat berpeluang menyatakan pilihan mereka di kalangan calon atau parti politik yang bertanding. Selain daripada itu, ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk menggantikan pemimpin atau parti lain yang dianggap lebih sesuai. Lazimnya, parti-parti politik akan bertanding bagi merebut seberapa banyak yang mungkin kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN ). Pemilihan adalah berdasarkan kepada kemenangan melalui kiraan undi terbanyak atau Page 1 of 36

Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SKSJ2093 Analisis Pilihanraya

Citation preview

Page 1: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia telah mewarisi sistem Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy)

sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Salah satu ciri utama sistem ini ialah

pihak pemerintah harus dibentuk berasaskan pemilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat.

Lantaran itu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam proses

pemilihan pucuk pimpinan dan pemerintahan, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan

telah menetapkan agar diadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali. Justeru itu, dengan

kata-kata lain, rakyat diberi mandat melalui proses pembuangan undi untuk menentukan

pimpinan negara. Sehubungan dengan itu, menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), oleh

kerana demokrasi itu sendiri asalnya bermaksud “ pemerintahan oleh rakyat ”, maka

pilihan raya merupakan amalan yang tidak dapat dielakkan di dalam sebuah negara yang

mendakwa mengamalkan sistem demokrasi . Melalui pilihan raya rakyat berpeluang

menyatakan pilihan mereka di kalangan calon atau parti politik yang bertanding. Selain

daripada itu, ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk menggantikan pemimpin atau

parti lain yang dianggap lebih sesuai.

Lazimnya, parti-parti politik akan bertanding bagi merebut seberapa banyak yang

mungkin kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN ). Pemilihan adalah

berdasarkan kepada kemenangan melalui kiraan undi terbanyak atau majoriti mudah yang

dicapai oleh individu-individu yang telah dicalonkan oleh parti-parti politik untuk

bertanding dalam pilihan raya umum dan negeri. Pemilihan parti politik pemerintah di

peringkat Persekutuan adalah ditentukan melalui kemenangan dua per tiga daripada

jumlah kerusi Parlimen atau kemenangan dua per tiga daripada jumlah kerusi DUN di

peringkat negeri oleh sesebuah parti politik. Kemenangan dua pertiga daripada kerusi-

kerusi yang dipertandingkan akan melayakkan sesebuah parti politik itu membentuk

kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Parti politik yang memperoleh majoriti

dua pertiga kerusi akan memerintah bagi tempoh selama lima tahun sehinggalah pilihan

raya umum berikutnya diadakan.

Page 1 of 22

Page 2: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

2.0 KONSEP PARTI POLITIK

Menurut Edmund Burke ( Rodee : 1983 ), parti politik boleh didefinisikan sebagai

sekumpulan manusia yang bersetuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan mereka

berkhidmat kepada negara. Selain daripada itu, ia juga dapat diertikan sebagai satu

kumpulan individu yang tersusun dan mempunyai hasrat untuk berkuasa. Justeru,

melalui kuasa tersebut mereka akan memperoleh keuntungan dari aspek kawalan

sepenuhnya terhadap kuasa yang dimiliki. Syed Ahmad (1995) pula ketika memetik

definisi-definisi yang terdapat di dalam buku karya Peter B. Harris telah menggariskan

beberapa pengertian mengenai parti politik. Antara pengertian parti politik menurut

beliau ialah:-

i) Parti ialah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama

membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang

mereka setuju bersama;

ii) Parti ialah kumpulan dengan penyokong-penyokongnya berpegang

kepada prinsip-prinsip yang sama;

iii) Parti ialah satu kumpulan yang tersusun dan berusaha untuk

menguasai kedudukan individu dan dasar sesuatu kerajaan;

iv) Parti ialah satu kumpulan kuasa yang statusnya telah dirasmikan,

dan ia berfungsi sebahagian daripada rejim pemerintahan;

v) Parti ialah organisasi tetap dan berterusan sebilangan orang

berminat untuk menguasai kuasa atau terus menyimpannya;

vi) Parti ialah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi

tetapi berusaha untuk memilih pemegang-pemegang jawatan

kerajaan di bawah sesuatu label tertentu.

Page 2 of 22

Page 3: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Sejarah kemunculan parti-parti politik dikatakan bermula di Eropah dan sangat

berkait rapat dengan kemunculan kerajaan perwakilan ( representative government ) serta

perluasan kuasa hak mengundi kepada pelbagai golongan masyarakat ( Ghazali

Mayudin : 2009 ). Senario ini timbul susulan daripada keruntuhan institusi istana dan

gereja seperti yang berlaku di England. Keadaan tersebut telah menyebabkan penubuhan

dewan perwakilan dan parti-parti berkembang begitu pesat sehingga mengakibatkan

ketidakmampuannya menampung jumlah keahlian yang semakin bertambah. Justeru itu,

maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin membesar dan mampu

menampung jumlah pertambahan ahli yang besar. Jika di Eropah kemunculan parti-parti

politik mempunyai kaitan dengan semakin demokratiknya sistem pemerintahan dan

meluasnya hak mengundi, di negara-negara membangun pula perkembangannya dapat

dilihat dari perspektif yang berbeza. Menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), rata-rata parti

politik yang ditubuhkan di negara-negara tersebut bermotifkan perjuangan untuk

mendapatkan kemerdekaan atau membebaskan negara dari penjajahan kuasa barat

seperti Perikatan di Tanah Melayu, Parti Kongres di India dan Parti Nasional Indonesia .

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah parti politik terdapat dalam hampir

seluruh negara di dunia, tidak kiralah sistem politik apa yang menjadi amalan sesebuah

negara itu sama ada demokrasi atau bukan demokrasi. Walau bagaimanapun hanya

negara yang mengamalkan konsep pemerintahan monarki sahaja yang tidak

membenarkan kewujudan parti politik. Dalam sebuah negara yang mengamalkan

demokrasi, kewujudan parti politik memang tidak dapat dielakkan, malah dianggap

sebagai satu kemestian. Keadaan ini dijelaskan oleh M.G. Roskin (1994) yang

merumuskan bahawa sesebuah negara itu tidak dianggap sebagai mengamalkan sistem

demokrasi andainya tidak terdapat parti-parti politik yang bersaing sesame mereka untuk

mendapatkan kuasa. Justeru itu, walau apa tujuan penubuhannya, ternyata kewujudan

parti adalah penting kerana ia mampu menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

Page 3 of 22

Page 4: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Sehubungan dengan itu, Syed Ahmad (1995) telah menggariskan lapan fungsi

parti politik iaitu :-

i) Parti menyatukan, menyenangkan dan menstabilkan proses parti politik.

Ia membawa berbagai golongan manusia dengan latar belakang yang

berbeza ke arah satu struktur yang lebih padu dan bererti. Jelasnya, parti

memainkan peranan sebagai ( a common denominator );

ii) Parti berusaha mendapatkan kuasa, dan justeru itu akan cuba mendapatkan

sokongan seluas-luasnya. Dalam konteks ini, mereka akan

mengumpulkan kepentingan masing-masing dan cuba

mengharmonikannya agar setiap jurang perbezaan mampu dikurangkan.

Di samping itu, mereka juga menggalakkan kompromi dan berusaha

membentuk satu orde baru yang lebih sistematik;

iii) Parti bertindak sebagai penghubung di antara kerajaan dengan rakyat. Ia

akan mendidik dan menjelaskan tentang dasar-dasar serta perjalanan

sesuatu sistem politik itu. Ia juga berfungsi untuk mengerah tenaga rakyat

dan mengeratkan identifikasi rakyat dengan dasar-dasar awam;

iv) Selain daripada membesarkan skop aktiviti dan penglibatan politik, parti

juga berperanan mengambil dan melatih para pemimpin politik dan

menyediakan barisan-barisan pelapis kepimpinan politik di semua

peringkat ;

v) Parti akan menimbulkan isu, dan memberikan panduan matlamat, nilai

ideologi serta falsafah kepada masyarakat;

vi) Parti berperanan sebagai agen kepada idea-idea dengan memilih isu-isu

yang ingin ditumpukan perhatian;

vii) Parti sebagai agen pembangunan, modenisasi dan perubahan sosial;

viii) Parti politik berperanan sebagai jentera perkhidmatan kebajikan yang

semuanya tidak termasuk sebagai tindakan-tindakan politik.

Page 4 of 22

Page 5: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

3.0 KONSEP PILIHAN RAYA

Pilihan raya telah menjadi satu amalan di Malaysia bagi rakyat menentukan parti

manakah yang harus diberi mandat menerajui pemerintahan negara setiap lima tahun

sekali. Menurut laman web http://m.s.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya, menjelaskan

bahawa pilihan raya adalah satu proses demokrasi yang menggunakan undi untuk

memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Laman web ini juga turut

menjelaskan bahawa ia merupakan mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang

sesuai bagi memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif,

perundangan dan kerajaan tempatan. Sehubungan dengan itu, untuk memenuhi tuntutan

demokrasi, sesebuah kerajaan dipilih melalui proses pilihan raya. Melalui pilihan raya

ini, rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang diingini. Justeru, ini bermakna

sesebuah kerajaan yang dipilih akan memerintah mengikut kehendak rakyat yang

memilihnya. Dalam sesuatu pilihan raya, terdapat dua objek yang terlibat iaitu orang

yang dipilih dan kumpulan pemilih. Menurut A. Rashid ( 1994 ), ia berkaitan dengan

politik untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-

pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau

orang-orang berkenaan dipilih untuk bertugas.

Sehubungan dengan itu, orang atau orang-orang yang akan mendapat jumlah undi

terbanyak bakal terpilih mewakili kawasannya menjadi ahli parlimen bagi peringkat

persekutuan atau ahli Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Memandangkan

sesebuah kerajaan demokrasi bergantung sepenuhnya kepada pilihan raya sebagai

mekanisme untuk menentukan kuasa pemerintahan, maka adalah amat wajar dan penting

agar ia diadakan secara sistematik dan telus. Pilihan raya yang tidak telus dan penuh

dengan elemen-elemen yang mencurigakan samalah seperti memperoleh pemerintahan

dengan cara menipu dan tidak menyenangkan hati rakyat (Mohd Afandi Salleh,

Mohamed Mustafa Ishak, Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah: 2007). Maka

dengan itu, ia akan mengundang suasana tidak tenteram, timbul perbalahan, malah lebih

parah lagi menimbulkan pemberontakan di kalangan rakyat.

Page 5 of 22

Page 6: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Justeru itu, Salleh Abbas (1997) telah menggariskan beberapa perkara sebagai

garis panduan untuk menentukan sesuatu pilihan raya itu bersih dan bebas daripada

unsur-unsur yang mencurigakan. Antaranya ialah:-

i) Pilihan raya itu hendaklah dianjurkan oleh satu badan yang

jujur dan boleh dipercayai oleh rakyat;

ii) Undang-undang pilihan raya itu mestilah berasaskan

keadilan dan mencegah perkara yang tidak elok;

iii) Segala pertelingkahan mengenai pilihan raya perlu

diselesaikan segera oleh mahkamah khas.

Sehubungan dengan itu, beberapa undang-undang telah diwujudkan untuk

memastikan perjalanan sesuatu pilihan raya itu lancar dan para pengundi dapat keluar

menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan tenang. Antaranya ialah Akta Polis

1967, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Keselamatan Dalam Negeri

1960 dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang tersebut sering

menjadi polemik terutama di kalangan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan

(NGO) kerana didakwa menjadi alat parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Namun,

adalah jelas bahawa peruntukan undang-undang yang telah digubal itu sebenarnya

mempunyai matlamat utama iaitu sebagai satu usaha menjadikan pilihan raya yang

diadakan selaras dengan tuntutan demokrasi, di samping untuk menjaga sensitiviti

pelbagai kaum terutama dalam tempoh berkempen diadakan.

Sebagai sebuah negara berbilang etnik, isu perkauman jelas begitu diambil berat

oleh pucuk pimpinan negara agar kekacauan yang hampir melumpuhkan pentadbiran

negara seperti tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi. Dikatakan sepanjang

tempoh berkempen pilihan raya tahun 1969, calon-calon terutama di kalangan parti

pembangkang giat membawa isu-isu sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan

( Bahasa Melayu ), Hak Istimewa Orang Melayu Sebagai Bumiputera dan Hak

Kerakyatan Orang Bukan Melayu. Akibatnya, timbul perasaan perkauman dan curiga di

kalangan Parti Perikatan yang ketika itu dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila keputusan pilihan raya diumumkan dan Parti

Page 6 of 22

Page 7: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Perikatan telah kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat walaupun masih

mampu membentuk kerajaan. Jumlah kerusi yang telah diperoleh dalam Dewan Rakyat (

Parlimen ) menurun daripada 89 buah kerusi pada tahun 1964 kepada 66 buah kerusi

pada tahun 1969. Sementara itu di pihak pembangkang, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (

GERAKAN ), Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) dan Parti Progresif Rakyat ( PAP )

menang sebanyak 25 buah kerusi, manakala parti PAS pula menang 12 kerusi. Walaupun

gagal membentuk kerajaan, kejayaan ini disifatkan mempunyai signifikan tersendiri dan

dianggap satu kejayaan besar bagi pembangkang.

4.0 PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang dipraktikkan oleh

Malaysia, mekanisme pilihan raya telah digunakan untuk menentukan corak

pemerintahan negara. Proses pilih raya akan melibatkan pengundi, parti-parti politik dan

juga kerajaan. Parti-parti politik yang bertanding akan mengisytiharkan calon dan

manifesto masing-masing. Sepanjang tempoh berkempen diadakan, calon-calon yang

terpilih akan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dengan membawa ucapan manifesto

masing-masing untuk cuba meraih sokongan seterusnya mempengaruhi rakyat agar

memilih parti mereka semasa hari pengundian diadakan. Melalui kempen yang diadakan,

rakyat berpeluang menilai personaliti dan juga aspirasi seseorang calon yang bakal

mewakili mereka di parlimen kelak. Walau bagaimanapun, setiap calon yang bertanding

perlu memenuhi beberapa syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan

bermastautin di negara ini. Calon-calon yang didapati melanggar salah satu daripada

syarat kelayakan seperti didapati tidak siuman, bankrap atau muflis, memperoleh

kewarganegaraan lain dan sebagainya tidak akan dibenarkan bertanding.

Sehubungan dengan itu, dalam konteks Malaysia terdapat dua jenis pilihan raya

yang biasa diamalkan iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya (PRK).

Walaupun negara pernah mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sedikit masa

dahulu, namun ia tidak lagi dipraktikkan mulai tahun 1965 atas sebab-sebab tertentu.

Apabila Yang Dipertuan Agong mengumumkan pembubaran parlimen menurut Perkara

Page 7 of 22

Page 8: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

55 Perlembagaan Persekutuan, maka suatu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60

hari dari tarikh pembubaran itu dan ia melibatkan beberapa proses seperti berikut :

i) Pengeluaran Writ

Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan

Negeri ( DUN ) atau disebabkan kekosongan di luar jangkaan ( Perkara 54

Perlembagaan Persekutuan ), Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) akan

mengeluarkan writ berupa surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya

kepada Pegawai Pengurus yang dilantik. Seterusnya, satu notis pilihan

raya akan diwartakan dan ditampalkan di tempat-tempat tertentu untuk

semakkan orang ramai. Notis tersebut mengandungi maklumat-maklumat

seperti tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.

ii) Penamaan Calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan

oleh SPR bagi calon-calon mengemukakan kertas pencalonan bertanding

kepada Pegawai Pengurus pilihan raya. Kertas-kertas penamaan boleh

dikemukakan sama ada oleh calon itu sendiri, pencadang dan penyokong

atau salah seorang daripada mereka. Ia mestilah dikemukakan di antara

pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Selain daripada

itu, salah seorang daripada mereka juga perlu menyertakan deposit atau

wang pertaruhan berjumlah RM 10,000 untuk kerusi Parlimen dan RM

5,000 bagi kerusi Negeri.

Calon akan hilang wang pertaruhan ini sekiranya gagal

memperoleh 1/8 daripada undi yang diperoleh oleh semua calon yang

bertanding. Menurut Abdul Aziz Bari (2008), wang pertaruhan ini berguna

untuk tujuan menghalang pihak-pihak yang tidak bersungguh-sungguh

daripada bertanding atas sebab-sebab yang remeh, tetapi juga boleh

mendatangkan kesan yang buruk kerana ia juga boleh menyebabkan

Page 8 of 22

Page 9: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

pilihan raya menjadi medan eksklusif buat golongan yang kaya atau

mewah sahaja masuk bertanding. Ini jelas menyimpang daripada

matlamat asal pilihan raya yang bersumberkan kepada semangat

demokrasi dan egalitarianisme atau fahaman bahawa semua orang perlu

mendapat hak yang sama rata.

Kertas-kertas penamaan yang diterima akan dipamerkan dari jam

10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh

mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang berdaftar di kawasan

berkenaan. Setelah selesai urusan tersebut, Pegawai Pengurus akan

mengisytiharkan calon-calon yang layak untuk bertanding. Dalam kes di

mana hanya seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus

akan membuat perisytiharan bahawa calon itu menang tanpa bertanding.

iii) Kempen Pilihan raya

Sebaik sahaja urusan penamaan calon selesai, setiap parti politik

yang bertanding boleh memulakan kempen meliputi pemasangan poster,

mengedarkan risalah, kempen dari rumah ke rumah dan ceramah untuk

menerangkan manifesto masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap

kempen yang dianjurkan hendaklah tidak bercanggah dengan peraturan-

peraturan khas untuk berkempen seperti yang telah dirangka oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya dan tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan

Raya (Pindaan ) 2002. Antara lain, akta ini menyatakan bahawa sebarang

kempen hanya boleh diadakan sejurus selesai proses penamaan calon dan

hendaklah dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari

mengundi.

Justeru, untuk memastikan perjalanan pilihan raya berjalan dengan

lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah perkara 3 ( 5 ) Akta Pilihan Raya

1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik

Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan - pasukan

Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen jika keadaan

Page 9 of 22

Page 10: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

memerlukan. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang

dilantik oleh SPR, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang

wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti atau

calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa akan bertanggungjawab kepada Pegawai

Pengurus dan bertugas untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-

ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum untuk memastikan semua

peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya

tidak dilanggar dengan sewenang-wenangnya. SPR juga akan

menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat / Negeri /

bahagian-bahagian pilihan raya untuk memberikan penerangan kepada

semua parti politik, calon, ejen dan petugas parti mengenai undang-

undang serta peraturan pilihan raya. Semua larangan dan arahan yang

dikeluarkan hendaklah sentiasa diambil ingatan serta tindakan oleh semua

yang terlibat bagi mengelakkan timbul sebarang masalah kelak.

iv) Pengundian

Hari mengundi merujuk kepada hari para pemilih membuang undi

masing-masing. Secara rasmi, ia akan bermula dari jam 1200 tengah

malam dan hanya akan berakhir sejurus selepas keputusan pertama pilihan

raya diumumkan. SPR telah menetapkan bahawa waktu pembuangan undi

ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

Walau bagaimanapun, SPR boleh menggunakan budi bicara untuk

memendekkan waktu pengundian atas alasan keselamatan dan logistik

seperti yang berlaku di daerah-daerah tertentu dalam negeri Sabah dan

Sarawak.

Page 10 of 22

Page 11: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

v) Penjumlahan Rasmi Undi.

Sejurus selepas urusan pengundian selesai, Ketua Tempat

Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi. Keputusan pengiraan

akan dimasukkan ke dalam borang 14 dan ia akan dibawa kepada Pegawai

Pengurus untuk proses penjumlahan rasmi undi. Setelah disemak dan

disahkan betul, Pegawai Pengurus akan membuat pengumuman keputusan

jumlah undi satu persatu. Sebaliknya sekiranya timbul keraguan atau

bantahan, beliau akan menyemak semula dengan menggunakan Borang 13

(Penyata Kertas Undi). Apabila semua keputusan Borang -14 ( Penyata

Pengiraan Selepas Pengiraan Undi ) dan Borang – 15 ( Penyata

Pengundian Kertas Undi Pos ) diterima dan diumumkan, beliau akan

menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.

vi) Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

Apabila selesai menjumlahkan Borang – 14 dan Borang – 15,

Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya akan

mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya

sebagai wakil rakyat untuk bahagian berkenaan. Sehubungan dengan itu,

keputusan tersebut adalah muktamad dan mana-mana pihak yang tidak

berpuas hati boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui

petisyen pilihan raya.

Page 11 of 22

Page 12: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

5.0 DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA DI

MALAYSIA.

5.1 Sepintas Lalu

Tujuan utama pilihan raya diadakan adalah untuk menunjukkan sokongan

ramai bagi sesebuah kerajaan demokrasi. Kewujudannya sebagai mekanisme

demokrasi akan mengesahkan kuasa sesuatu kerajaan. Ini adalah kerana pilihan

raya akan melibatkan pengundi, parti-pati politik dan juga kerajaan. Secara tidak

langsung, suara rakyat yang disalurkan melalui peti-peti undi berperanan besar

dalam mempengaruhi pentadbiran sesebuah negara itu. Tindakan mengundi di

dalam pilihan raya boleh dikatakan suatu revolusi tanpa kekerasan yang dilakukan

oleh massa untuk menguji kerajaan. Ini terbukti kerana keputusan pilihan raya

berpotensi mengubah sesuatu rejim secara total, malahan mampu mengubah

struktur sosial, politik dan ekonomi negara. Pilihan raya juga mampu mengukur

sejauh mana populariti parti-parti politik dalam sesebuah negara. Di samping itu,

para pengundi dapat menyatakan pilihan mereka secara kolektif yang akan

menentukan parti mana yang bakal memerintah negara. Dalam konteks

Malaysia, rakyat negara ini ternyata telah memberi keabsahan kepada parti

komponen Barisan Nasional ( ketika itu dipanggil sebagai PERIKATAN ) untuk

memerintah negara sejak kali pertama Pilihan Raya Umum ( PRU ) diadakan iaitu

pada tahun 1955.

5.2 Sejarah dan Kejayaan Barisan Nasional

Barisan Nasional (BN) adalah merupakan sebuah parti politik pakatan

yang paling berjaya di rantau ini. Keadaan ini terbukti kerana sejak negara

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, parti ini telah terus menerima mandat

daripada majoriti rakyat tanpa diganti. Barisan Nasional telah mewarisi

semangat, amanah, kepercayaan serta tradisi yang dirintis oleh PERIKATAN,

iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu

Page 12 of 22

Page 13: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

untuk memperjuangkan agenda kemerdekaan daripada pihak British. Parti politik

ini diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun

Sambanthan yang merupakan gabungan parti UMNO, MCA dan MIC. Parti

Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional, merupakan satu

formula yang unik bagi Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai etnik. Ia telah

berjaya menyatukan penduduk yang berbilang agama, budaya dan bangsa untuk

mencipta sebuah negara yang gagah, berjaya dan berwawasan. Secara tidak

langsung penubuhan parti Perikatan yang menampilkan penyertaan daripada

kaum Melayu, Cina dan India telah berjaya mengetepikan kepentingan kaum,

semata-mata hendak mencapai sebuah matlamat yang dikongsi bersama iaitu

untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British.

Apa yang jelas, parti ini telah mencipta kejayaan demi kejayaan dan tidak

pernah ketandusan sokongan rakyat sejak diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK)

pada tahun1952 lagi. Rentetan kemenangan terus dicapai oleh parti Perikatan

apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU yang

diadakan pada 27 Julai 1955. Prestasi parti Perikatan terus cemerlang apabila

meraih 72 buah kerusi daripada 104 kerusi yang dipertandingkan sewaktu pilihan

raya tahun 1959. Begitu juga pada tahun 1964, yang telah mencatatkan

kemenangan 89 buah kerusi daripada sejumlah 104 yang dipertandingkan dan

seterusnya dalam PRU pada tahun 1069 ( menang 74 daripada 144 kerusi ).

Apabila bendera Union Jack diturunkan pada 30 Ogos 1957 dan Jalur

Gemilang dikibarkan menandakan secara rasmi negara telah mencapai

kemerdekaan daripada pihak British. Apa yang menarik adalah, negara telah

menempa nama sebagai sebuah negara yang berjaya memenangi kemerdekaannya

secara aman, berpandukan proses politik yang aman. Sebagai sebuah parti politik

yang telah mendominasi pilihan raya sejak sebelum merdeka lagi, maka Perikatan

telah diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan yang pertama. Sehubungan

dengan itu, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri yang

pertama dan beliau kemudiannya melantik Menteri-menteri dari kalangan

pemimpin yang mewakili kepelbagaian kaum di Malaya ketika itu.

Page 13 of 22

Page 14: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

Kemudian secara beransur-ansur, pakatan politik itu kini dikenali sebagai

Barisan Nasional ( BN ) dan didaftarkan secara rasminya pada 1 Julai 1974.

Setelah proses pendaftaran tersebut, BN telah dianggotai oleh 14 buah parti

komponen termasuk UMNO, MCA dan MIC. Walaupun jumlah keanggotaan

semakin bertambah besar, ia masih lagi berpegang kepada konsep tegal terhadap

kesaksaman hak, dan keadilan BN terhadap isu ini tercermin melalui jumlah wakil

yang sama dari setiap parti komponen yang dilantik menganggotai Majlis

Tertinggi (MT) Barisan Nasional. Pembahagian kerusi MT seperti yang

dipersetujui adalah tiga bagi setiap parti tanpa mengira saiz atau jumlah ahli parti-

parti tersebut. Sementara itu, Presiden bagi setiap komponen parti akan

menduduki jawatan sebagai Naib Pengerusi, kecuali Presiden UMNO yang kekal

di kerusi Pengerusi kerana menjadi pemimpin utama parti terbesar dalam BN.

Sehubungan dengan itu, sebarang keputusan oleh MT Barisan Nasional

yang merupakan forum parti tertinggi adalah dicapai melalui persetujuan kolektif

di kalangan para pemimpin parti komponen. Tanpa persetujuan bersama dalam

isu-isu seperti manifesto parti, keahlian parti komponen atau perkara-perkara

sensitif yang lain, maka keputusan akhir yang adil tidak akan dapat diambil.

Kerjasama erat di kalangan pemimpin parti komponen BN merupakan resepi

tersendiri untuk menjadikannya sebuah jentera yang kelihatan gagah, efisen dan

praktikal bagi perjuangan di Malaysia. Justeru itu, tidaklah menghairankan

sekiranya Barisan Nasional terus kekal menerajui tampuk pemerintahan negara.

Ini terbukti apabila BN terus mendominasi keputusan pilihan raya yang diadakan

seperti pada tahun 1974 ( menang 135 daripda 154 jumlah kerusi ), pada PRU

1978 ( menang 130 daripada 154 jumlah kerusi ), pilihan raya tahun 1986

( menang 148 daripada 177 jumlah kerusi dan kejayaan terbaik dilakarkan ketika

PRU ke-11 pada tahun 2004. Menurut Idris Aman ( 2008 ), Barisan Nasional

iaitu gabungan parti yang memerintah Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957

memperoleh kuasa memerintah lagi selepas menang besar dengan mendapat

majoriti 90 peratus kerusi Dewan Rakyat. Di samping itu, BN juga berjaya

menguasai semua kerajaan negeri, kecuali Kelantan masih gagal ditawan daripada

kerajaan PAS.

Page 14 of 22

Page 15: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

6.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN BARISAN NASIONAL DALAM

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA.

Ketika Pilihan Raya Umum ( PRU ) edisi ke – 12 tahun 2008, tsunami politik

telah melanda negara apabila parti-parti pembangkang yang terdiri daripada Parti

Keadilan Rakyat ( KEADILAN ), Parti Tindakan Demokrtik ( DAP ) dan Parti Islam Se-

Malaysia ( PAS ) berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen buat kali

pertama sejak 1969. Pakatan pembangkang yang kemudiannya bersatu menubuhkan satu

perikatan bergelar Pakatan Rakyat (PR), telah berjaya memperolehi sejumlah 82 buah

daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Malahan, PR telah berjaya merampas beberapa

buah negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak ( sebelum dikuasai semula oleh

BN secara kontroversi ) dan masih gagal menggugat kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul

Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar di Kelantan. Kemerosotan mendadak jumlah undi

yang diterima oleh Barisan Nasional tidak menghalang mereka untuk membentuk

kerajaan pusat walaupun dengan majoriti asas iaitu lebih daripada ½ jumlah kerusi, tetapi

kurang daripada 2/3 jumlah kerusi ).

Justeru sepanjang lima dekad kemerdekaan Malaysia, BN merupakan parti yang

paling dominan di dalam negara. Menurut Muhamad Nadzri (2009), parti ini telah

berjaya memenangi kesemua dua belas Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia sekaligus

merupakan satu-satunya gabungan parti yang berjaya membentuk kerajaan persekutuan

sehingga kini. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan beberapa orang sarjana

telah merujuk Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan sistem satu parti dominan

( Muhamad Nadzri : 2009 ). Walaupun dihimpit oleh pelbagai isu seperti krisis

kepimpinan di kalangan parti-parti komponen BN disebabkan oleh kekalahan besar

semasa PRU 2008, namun ternyata ia tidak memberi kesan terhadap urusan pentadbiran

negara. Malahan, proses peralihan kepimpinan utama di antara Perdana Menteri ketika

itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalan beliau, Dato’ Seri Najib berjalan

lancar tanpa sebarang masalah. Sehubungan dengan itu, tidak dapat dinafikan betapa BN

masih lagi relevan dan mendapat tempat di kalangan rakyatnya. Terdapat pelbagai faktor

dan isu yang boleh dibincangkan di dalam menyumbang kepada keberjayaan BN dalam

PRU di Malaysia. Antaranya ialah :

Page 15 of 22

Page 16: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

6.1 Sejarah Kepimpinan Barisan Nasional ( Track-record )

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) / Perikatan yang didokong parti

UMNO ternyata bijak dan berpengalaman dalam menangani sesuatu isu. Sejarah

telah membuktikan betapa dalam konteks untuk mendapatkan kemerdekaan, parti

ini kelihatan lebih moderat dalam perjuangan dan berdiplomasi semasa

berenteraksi dengan British. Pengukuhan kedudukan, pengaruh dan populariti

mereka semakin terserlah apabila satu permuafakatan parti politik dibentuk

menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang kemudiannya dirujuk sebagai Parti

Perikatan pada awal tahun 1950an. Menurut Muhamad Nadzri ( 2009 ), tindakan

ini dianggaap startegi bijak dalam merefleksi keadaan lokal pada ketika itu yang

berdasarkan segmentasi kaum dalam masyarakat ( khasnya antara komuniti

Melayu, Cina dan India ) dan sentimen perkauman. Apa yang jelas,

penggabungan ini memberikan impak hebat kerana telah menyebabkan cakupan

pengaruh Perikatan ketika itu bukan sahaja begitu luas berbanding parti lain,

tetapai juga selaras dengan sentimen semasa. Keunggulan prestasi mereka

terbukti pada Pilihan Raya Majlis Undangan Persekutuan 1955 apabila

memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Kejayaan ini merupakan titik tolak kepada usaha untuk mendapatkan

kemerdekaan daripada British dan komitmen ini tidak pernah pudar hinggalah ia

berjaya dicapai pada tahun 1957. Sejajar dengan pengisytiharan kemerdekaan

Malaya, maka kuasa untuk menentukan nasib dan masa depan (self-

determination) negara telah dikembalikan kepada rakyatnya sendiri. Sehubungan

dengan itu, Perikatan telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih elit politik

daripada pihak British atas kapasitinya sebagai parti yang mendapat majoriti

kerusi di Majlis Undangan Persekutuan (Parlimen). Justeru itu dengan kedudukan

sebagai kerajaan, Parti Perikatan yang didominasi oleh UMNO berada di dalam

kedudukan yang sangat berkuasa untuk mengatur konfigurasi politik negara bagi

menjamin penerusan penguasaan ( Muhamad Nadzri : 2009 ). Senario ini

berterusan sejak sekian lama dan telah terpahat di hati sanubari rakyat betapa

hanya parti ini yang mampu menerajui kepimpinan negara.

Page 16 of 22

Page 17: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

6.2 Memiliki Kuasa Hegemoni

Secara ringkasnya hegemoni dapatlah difahamkan sebagai satu kaedah

pendominasian kelas dominan ( termasuklah golongan pemerintah ) terhadap

massa dari sudut minda dan fizikal dalam usaha mendapatkan sokongan dan

kepatuhan ( Muhamad Nadzri : 2009 ). Sehubungan dengan itu, ia akan

menggunakan agen hegemoni secara halus atau kasar atau gabungan kedua-

duanya sekali demi untuk menjana kerelaan dan keterpaksaan agar rakyat

bertindak serta berfikir mengikut rentak seperti yang dikehendaki. Pengasas

kaedah ini iaitu Antonio Gramsci (1971) pula menyatakan, melalui hegemoni

keakuran mampu diperolehi secara sukarela berbanding penggunaan kekerasan

sebuah kumpulan atau kelas terhadap kelas yang lain.

Barisan Nasional / Perikatan dikenali sebagai pihak yang

bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan secara diplomasi. Justeru, imej

parti ini sebagai nasionalis serta kewibawaan kepimpinannya amat menonjol dan

seolah-olah terkonstruksi di kalangan masyarakat. Pada masa yang sama,

kedudukan hegemonik parti ini sebenarnya sudah cukup lengkap kerana

mempunyai kekuasaan sebagai kerajaan yang memerintah. Kedua-dua keupayaan

yang dimiliki jelas telah memberikan kelebihan tersendiri. Ini akan meletakkan

mereka. di posisi yang dominan untuk memberikan kepimpinan serta arahan

kepada masyarakat bagi mendapatkan kepatuhan secara rela, atau dalam konteks

tertentu secara paksa untuk mengekalkan satatus quo.

Sehubungan dengan itu, beberapa institusi penting akan bertindak sebagai

agen hegemoni untuk membentuk pandangan dunia dan tindakan masyarakat dan

seterusnya mendapatkan kepatuhan walaupun kandangkala tanpa kerelaan. Untuk

melaksanakan kaedah tersebut, kombinasi secara halus dan kasar akan digunakan

secara serentak yang akan membawa kepada kepatuhan dan ketundukan

masyarakat. Kaedah secara halus melibatkan institusi sosialisasi positif seperti

media dan institusi pendidikan. Manakala secara keras ia melibatkan institusi-

institusi politik negatif seperti penggunaan kuasa negara dan agensi keselamatan (

Muhamad Nadzri : 2009 )

Page 17 of 22

Page 18: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

6.3 Faktor Ekonomi

Selepas tragedi 13 Mei 1969, pemerintah BN di Malaysia telah

mengimplementasikan dasar pembangunan ekonomi bertunjangkan kepada

idelisme pemerintah berorientasikan pembangunan (development state) yang

dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pendekatan pemerintah mempunyai ciri-

ciri asas yang tertentu seperti pemerintah memainkan peranan yang utama dalam

menentukan citra pembangunan ekonomi yang hendak dilaksanakan dan orientasi

pembangunan yang digerakkan oleh pemerintah adalah bersifat kepentingan

nasional (national interest), perlindungan (protection) serta kawalan dasar (policy

control). Sehubungan dengan itu, perkara-perkara seperti membasmi kemiskinan

dan jurang perbezaan kelas di kalangan rakyat Malaysia, di samping agenda

penstrukturan semula masyarakat berdasarkan instrumen pengimbangan ekonomi

begitu dititikbertkan oleh kerajaan yang diterajui oleh BN.

Justeru, peranan pemerintah BN dalam memacu pembangunan ekonomi

negara selepas pelancaran DEB pada tahun 1971 begitu jelas terserlah. Ini

terbukti dengan penubuhan beberapa agensi di peringkat persekutuan yang

menjadi mekanisme pembangunan ekonomi seperti Lembaga Pembangunan

Tanah Persekutuan ( FELDA ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

( FAMA ) dan Lembaga Pembangunan Indusri Pekebun-pekebun Kecil Getah

Malaysia ( RISDA ). Sementara itu, di peringkat negeri pula terdapat institusi-

institusi ekonomi politik yang menjalankan fungsi sebagai sayap ekonomi (the

money making arms) seperti Perbadanan Iktisad atau Perbadanan Ekonomi

Negeri. Dari aspek sosio-ekonomi, kewujudan agensi-agensi berkenaan mampu

menyerap masyarakat terpinggir ( khususnya orang Melayu ) ke dalam ekonomi

kapitalis di samping merapatkan jurang perbezaan kekayaan antara kaum di

Malaysia. Ini secara tidak langsung turut membantu proses mobilisasi masyarakat

di Malaysia supaya lebih berinteraksi di dalam kerangka system pembangunan

ekonomi politik negara.

Walau bagaimanapun, dari sudut politik pihak yang berjaya meraih

keuntungan adalah parti BN sendiri sebagai pemerintah negara. Keterlibatan

Page 18 of 22

Page 19: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

pemerintah Malaysia yang begitu dominan di dalam konteks pembangunan

ekonomi-politik telah memberi ruang politik cukup luas kepada BN selaku

kerajaan sejak 1957 untuk mengkonstruksi suatu bentuk ideologi populis terhadap

rakyat. Dalam konteks ini, BN telah berjaya menanamkan suatu bentuk budaya

politik bahawa hanya parti yang sedia ada sahaja mampu untuk mewujudkan

kestabilan ekonomi-politik di Malaysia. Rancangan-rancangan pembangunan

ekonomi seperti FELDA, FAMA, FELCRA dan juga HICOM telah dijadikan

modal untuk mengawal sebarang bentuk penentangan politik (political resistence)

dan pemulauan sokongan politik (political boycott) daripada majoriti masyarakat.

Pendekatan ini kemudian telah dijadikan strategi dan dimanipulasikan secara

bijaksana oleh BN dalam konteks persaingan politik setiap kali pilihan raya

diadakan.

6.4 Manifesto Parti

Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s (1995), manifesto ialah `` a

usually printed statement of principles and policies made by a leader or a group,

especially a political party, before an election ``. Selain daripada itu, manifesto

juga boleh didefinisikan sebagai `` Satu perisytiharan umum tentang dasar dan

matlamat, terutama dikeluarkan sebelum pilihan raya oleh sesebuah parti politik,

calon, kerajaan dan sebagainya dikeluarkan dan perisytiharan umum mengenai

prinsip,dasar atau hasrat, terutama yang bersifat politik. Namun bagi pemahaman

rakyat biasa, manifesto secara mudah dapat didefinisikan sebagai `` janji-janji

pilihan raya yang dibuat oleh parti-parti politik yang bertanding. Menurut Idris

Aman (2008), manifesto merupakan salah satu wadah ‘ kesampaian’ mesej

bertulis kepada rakyat. Manifesto penting bagi setiap parti politik apabila

menghadapi pilihan raya, selain melalui kempen bersemuka dan sumbangan serta

peranan media massa.

Justeru, kepentingannya boleh dilihat dari dua aspek penting iaitu pertama,

ia adalah janji dan komitmen parti politik yang bertanding mengenai perkara yang

akan mereka lakukan sekiranya dipilih oleh rakyat untuk memerintah. Kedua, ia

Page 19 of 22

Page 20: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

merupakan landasan dan wawasan kepimpinan sesebuah parti untuk membawa

hala tuju negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang jika dipilih menerajui

kepimpinan negara. Walaupun mungkin benar tanggapan sesetengah pihak

bahawa manifesto adalah janji politik, tetapi ia telah didokumenkan yang boleh

dilihat dan dinilai oleh rakyat kemudiannya, sama ada parti yang menang dan

membentuk kerajaan melaksanakan apa yang dijanjikan atau sebaliknya. Ini

selaras dengan pengertiannya dalam bahasa latin iaitu manifestus bermakna bukti

(evidence) dan jelas (clear) yang sekaligus menuntut betapa manifesto itu bukan

hanya sebagai pengumuman mengenai niat tetapi juga lebih dituntut ialah bukti-

buktinya yang jelas.

Sehubungan dengan itu, BN ternyata bijak memanipulasi peranan

manifesto dalam konteks kesampaian wacana parti politik kepada khalayak

pengundi dalam pilihan raya negara. Namun apa yang jelas ialah tiada sebarang

perbezaan ketara penggunaan manifesto BN sejak zaman Perikatan hingga kini.

Sejak dulu lagi, walaupun dengan menggunakan bahasa dan penekanan yang

berbeza, manifesto BN ternyata konsisten terhadap empat isu utama. Inilah

sebenarnya yang menjadi teras kekuatan serta kebijaksanaan strategi BN dalam

menarik perhatian dan seterusnya memenangi hati rakyat. Empat perkara tersebut

ialah perpaduan dan hubungan kaum, permuafakatan serta kerjasama politik

antara kaum, kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara dan akhirnya

mengekalkan kestabilan politik.

Sebagai contoh ketika PRU tahun 2004 di bawah kepimpinan Abdullah

Ahmad Badawi, BN telah menggunakan tema “Ke Arah Malaysia Cemerlang,

Gemilang, Terbilang yang masih lagi berkisar kepada empat teras tersebut.

Ternyata BN telah menang besar dengan menguasai majoriti 90 peratus iaitu 199

kerusi Dewan Rakyat dan sekaligus membuktikan bahawa teras manifesto parti

gabungan ini diterima rakyat sebagai yang terbaik berbanding dengan manifesto

parti lain. Penerimaan inilah yang menyebabkan BN mampu kekal memerintah

hingga kini.

Page 20 of 22

Page 21: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

6.5 Jentera Parti

Secara umumnya jentera parti yang dimiliki oleh BN adalah besar, meluas

dan amat berkuasa. Ini selaras dengan ciri parti tersebut yang merupakan sebuah

parti gabungan (grand coalition – yang terdiri daripada gabungan 13 buah parti ),

di samping kedudukannya sebagai parti yang memerintah negara. Ia bukan sahaja

besar dari segi jumlah kekuatan numerikal, tetapi juga merangkumi pelbagai

kaum dan suku kaum di bandar, luar bandar atau kawasan pendalaman. Namun,

jentera ini tidak hanya melibatkan jentera di dalam parti semata-mata, tetapi juga

dari beberapa sudut melibatkan jentera di luar parti khasnya institusi negara atau

agensi awam ( Muhamad Nadzri : 2009 ). Contohnya penglibatan beberapa

agensi kementerian dalam kempen BN ketika pilihan raya tertentu.

7.0 KESIMPULAN

Barisan Nasional merupakan satu-satunya parti yang memerintah dan telah

memenangi setiap pilihan raya di Malaysia sejak ia mula-mula diadakan pada tahun

1959. Kesan daripada proses modenisasi dan ledakan teknologi maklumat menyebabkan

persepsi masyarakat terhadap isu politik semasa berubah mendadak. Sehubungan dengan

itu, BN pernah tercabar ekoran perubahan world view rakyat dan ia terbukti dengan

keputusan buruk yang diperolehi pada PRU tahun 1999 dan 2008. Namun setiap cabaran

yang diterima dianggap sebagai proses biasa untuk mematangkan parti gabungan ini.

Pada masa yang sama, kedudukan BN tetap kukuh dalam konteks pembangunan

ekonomi-politik Malaysia dan terus mengekalkan status quo sebagai satu-satunya parti

yang dominan di negara ini.

Page 21 of 22

Page 22: Esei Analisis Pilihan Raya(Individu Zainal)

SENARAI RUJUKAN

A.Rashid.1994. Perjalanan Pilihan raya. Kuala Lumpur. Berita Publishing

Abdul Aziz Bari . 2008 . Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Idris Aman.2008. Analisa Wacana Barisan Nasional Dalam PRU ke - 11

Prof. Madya Ghazali Mayudin, Prof. Madya Saliha Hassan, Dr. Junaidi. 2009.

Penghantar Sains Politik. Bangi. Pusat Kembangan Pendidikan UKM

Mohd Affendi Salleh, Mohamad Mustafa Ishak, Wan Ab Rahman Khudzri Wan

Abdullah. 2007. Perlembagaan Malaysia. Sintok. PACE UUM.

Mohd Fuad Mat Jali, Hanapi Dollah, Nidzam Sulaiman, Zaini Othman & Suzanna ISa.

2004. Barisan Nasional dan Hegemoni Dalam Politik Malaysia. Kertas Kerja Persidangan

Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ( ICOSH ). 14 -16 Disember. UKM, Bangi.

Tun Mohd Salleh Abbas. 1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhamad Nadzri Mohamed Noor.2009.Politik Malaysia Di Persimpangan : Praktik

Politik Dalam PRU 2008 dan Kontemporari.Petaling Jaya. SIRD

http://m.s..wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya ( 16.3.2010 )

http://barusegar.blogspot.com/2009/09/konsep-pilihan-raya.html(16.3.2010)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia ( 16.3.2010)

http://minda-kembara.com ( 27.3.2009 )

Page 22 of 22