Upload
nailah-apandi
View
233
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER SATU
(AMBILAN JANUARI 2013)
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NA’ILAH BINTI AHMAD APANDI
NO. KAD MATRIK 2013340062
NO. KAD PENGENALAN 930920 – 01 – 6752
KUMPULAN PISMP 1 C
NAMA PENSYARAH PUAN NORIHAH BINTI BACHOK
TARIKH HANTAR 8 APRIL 2013
1
KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
Soalan 1 : Berdasarkan penyataan di atas, FPK dan FPG perlu difahami oleh semua warga pendidik di sekolah. Bincangkan secara ilmiah dan terperinci kandungan FPK dan FPG.
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KONSEP FALSAFAH 4
2.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 5 – 12
2.1.1 HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 13 – 15
Soalan 2 : Gambarkan keseluruhan tugasan secara berkumpulan dengan membina sebuah portfolio yang mengandungi program –program merealisasikan FPK di sekolah yang anda pilih.
1.0 PENGENALAN16
2.0 PROGRAM-PROGRAM YANG MEREALISASIKAN FPK
DI SEKOLAH
2.1 Sambutan Hari kecemerlangan
2.2 Pertandingan Catur
2.3 Sukan Tahunan
2.4 Sambutan Hari Guru
2.5 Program LINUS
17
18 – 20
21 – 24
25 – 29
30 – 32
33 – 34
3.0 KESIMPULAN 35
Soalan 3: Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.1.0 REFLEKSI 36 – 37
2.0 RUJUKAN 38
2
1.0 PENGENALAN
Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk, yang terdiri daripada berbilang
kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Di antara kaum-kaum ini pula
terdapat penempatan yang berbeza seperti bandar, luar bandar. Jurang perbezaan
kedudukan ekonomi di antara kaum-kaum ini juga amat ketara. Keadaan perbezaan
dan ketidakseimbangan kaum-kaum masyarakat kita dianggap tidak sesuai dan
mungkin menghalang perpaduan antara rakyat.
Atas kesedaran ini, Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970
yang dijadikan dasar pendidikan, kewarnegaraan, pembangunan dan perkembangan
masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip utam iaitu:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Melandaskan kepada Rukun Negara ini, Malaysia berazam untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup
demokrasi dan mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Selain itu, Malaysia juga berazam
untuk mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak serta
membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden.
Semangat keazaman ini telah menjadi dorongan asas untuk merangka
Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dalam
system pendidikan persekolahan Malaysia, dan kedua-kedua kurikulum ini telah
dilaksanakan pada tahun 1980-an. Di samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan ini
pula menjadi pertimbangan asas untuk merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3
2.0 KONSEP FALSAFAH
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal
daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani
dansophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini
membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa
Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab
kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau
pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini
merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka
menggunakan kaedah yang sistematik dan berinsurkan logic akal.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir
sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu
mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara
demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal,
berfikir secara universal dan berfikir secara integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi
sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,
perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan
menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang
terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah
mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan
semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.
4
2.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua
aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak langsung melonjakkan
negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di
negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-
sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang
sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK :
Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan
secara ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan
berkualiti yang baik, seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran
utama untuk mencapai cita-cita Negara .
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan
matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang
baik. Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu :
5
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
6
2.1.1 HURAIAN ELEMEN-ELEMEN DALAM FPK
Elemen pertama dalam FPK ialah “ Pendidikan suatu usaha berterusan”.
Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang
berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini
merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.
Ungkapan “tuntutlah ilmu sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang
sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses
yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal
dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni
dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan
sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di
sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain,
pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu
yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi
matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan
secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Elemen seterusnya ialah “Memperkembang potensi individu”. Mengikut
kajian,
individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani,
emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam
kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu
supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi
tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk
kemajuan negara.
7
Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah
kepada kesihatan tubuh badan individu. Sebagai contohnya ialah memperkembang
tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan
riadah dengan sempurna. Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau manipulatif
dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan
masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi
sumbangan kepada kemajuan negara juga termasuk dalam perkembangan unsure
jasmani.
Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang
sihat dan kuat, iaitu memperoleh tenaga perasaan yang positif dan tingkah laku yang
terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan yang muhibbah,
kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai
keindahan dan kesenian.
Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat
kejiwaan dan kebatinan, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya
Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan
membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
Dalam elemen “perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu”,
perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka,
untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak
mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di
samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada
pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara
mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.
Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk “insan yang
seimbang dan harmonis”. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan
8
harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak
mulia, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang
tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Di
samping itu, insan yang intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohaninya yang telah
diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum adalah
insan yang seimbang dan harmonis. Selain itu, individu yang memiliki kesedaran dan
keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara akan sentiasa berikhtiar
dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan akan sentiasa
melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi
kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.
Seterusnya, dalam elemen “kepercayaan kepada Tuhan”. Kepercayaan ini
merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri
tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh
itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan
alamnya.
Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu diberi tumpuan seperti
mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh
penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang
ditetapkan oleh Pencipta, menyedari bahawa manusia adalah khalifah yang dijadikan
untuk memajukan alam dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri
sendiri seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan.
Membentuk “rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan” adalah elemen
yang ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini mengatakan bahawa rakyat yang memiliki
sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta berkongsi ilmu yang sedia ada
akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti gemar menelaah
dan mengkaji sesuatu perkara, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan
9
berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta memanfaatkan ilmu
untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.
“Rakyat Malaysia yang berketrampilan” juga adalah elemen yang ditekankan
dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran sentiasa bersedia memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan
cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang
memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan
tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam
perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma.
Seterusnya, elemen “rakyat malaysia yang berakhlak mulia” menyarankan
bahawa rakyat perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin,
bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat
Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang dapat membezakan nilai baik dan
buruk atau menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan mereka. mereka juga
mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai kerohanian
kemanusian serta kewarganegaraan lalu mengamalkan perlakuan baik dan
mengelakkan perbuatan buruk.
Selain itu, “rakyat Malaysia yang bertanggungjawab” juga ditekankan kerana
rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan
negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti
menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa
berusaha meningkatkan daya produktiviti dengan mematuhi peraturan dan undang-
undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara
dan agama.
“Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri” juga
disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi
individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk
10
memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat
Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki
keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup
dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang
sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik. Selain
itu, rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersemangat dan tidak mudah berputus asa
terhadap sesuatu pekerjaan untuk mengelakkan daripada kemiskinan atau kesusahan
daripada terus berleluasa dan sentiasa mensasarkan sesuatu yang perlu dicapai bagi
kesejahteraan diri.
Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah “rakyat Malaysia yang
dapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh
menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara ialah rakyat yang mempunyai keupayaan seperti memupuk
keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah,
tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk
perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan
kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan
Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
dan bersemangat patriotik dan cintakan negara.
Kesimpulannya, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dalam negara ini
boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama, hormat-
menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang
tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam
semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat
dan negara. Selain, itu bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,
pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan
11
dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan
modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.
Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 1
dengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.
Rajah 1: Falsafah Pendidikan yang berpaksikan kepada ketuhanan.
12
3.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Telah digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara. Pernyataan
Falsafah Pendidikan Guru adalah seperti berikut:
Terdapat pelbagai analisis FPG dari perspektif cabang-cabang falsafah. Dari
segi Metafizik (spekulasi, perkaitan sebab/akibat). Perkara ini menjamin perkembangan
individu dan memelihara masyarakat yang bersatu, demokratik, progresif dan
berdisiplin. Oleh itu, guru ditugaskan sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan
yang dinamik dan dalam bidang pendidikan. Epistomologi (ilmu dan kepercayaan).
Perkara ini memerlukan guru berpandangan progresif dan saintifik. Hal ini kerana, ilmu
merupakan sesuatu perkara yang sentiasa berkembang dan tiada pengakhirannya.
Oleh itu, tanggungjawab guru untuk sentiasa mempelajari dan memperolehi ilmu baru
supaya tidak ketinggalan zaman dan dapat mengikut rentak anak murid pada masa kini.
Falsafah Aksiologi (etika dan estetika) mengkehendaki guru yang berperkerti mulia,
menjunjung aspirasi negara dan menyanjung warisan kebudayaan negara. Hal ini
kerana guru merupakan ‘role model’ dan teladan yang baik, bermoral, beretika dan
bersifat professional. Dari segi Logik (penaakulan-membezakan idea dan yang
mengelirukan). Oleh itu, guru perlu mengaplikasikan amalan penaakulan logi dalam
tugas profesional dan rutin harian pengamjaran dan pembelajaran.
Elemen pertama yang terkandung dalam FPG ialah mempunyai guru yang
berpekerti mulia.Seorang guru perlu mempunyai sahsiah yang baik seperti berbudi
bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Ini kerana, setiap tindak tanduk seorang
guru akan diperhatikan oleh setiap anak muridnya. Contohnya, guru yang berpakaian
13
“ guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. ”
kemas akan menjadi ikutan kepada anak muridnya dan mereka akan turut berpakaian
kemas.
Guru yang mempunyai pandangan progresif dan saintifik merupakan elemen
FPG yang kedua. Guru perlu mengikuti peredaran zaman yang kini memberi
penekanan kepada bidang sains dan teknologi. Ini kerana, seorang guru perlu berusaha
dari segala aspek agar tidak ketinggalan dari segi professional. Perkara ini penting
kerana guru perlu menyediakan alat bahan bantu mengajar dalam setiap aktiviti P&P.
Misalnya, penggunakan komputer riba boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar
dalam aktiviti P&P begitu juga akses terus ke internet boleh dijadikan bahan rujukan.
Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan murid akan lebih fokus di dalam kelas.
Selain itu, elemen FPG yang ketiga ialah guru perlu bersedia menjunjung
aspirasi negara. Para guru perlu menghayati aspirasi negara yang dihasratkan dan
berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum kearah pencapaian aspirasi
Negara. Menyumbang idea, mengajar murid-murid mereka dengan penuh komitmen,
terlibat dalam sebarang aktiviti yang dapat membentuk semangat cinta akan negara
serta membentuk murid yang berdaya saing akan dapir melahir modal insane kelas
pertama.
Seterusnya, elemen yang keempat pula ialah menyanjungi warisan kebudayaan
negara. Guru perlu menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini kerana kita
hidup berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. Guru perlu memupuk anak
muridnya agar tahu menyanjung keunikan budaya negara serta menerapkan nilai
patriotisme dan cintakan negara.
Elemen yang kelima dalam FPG ialah dapat menjamin perkembangan individu.
Guru berperanan untuk mengembangkan perkembangan murid secara menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang tedapat dalam model
konseptual pendidikan guru.
14
Ahkir sekali ialah memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin. Guru juga bertindak sebagai penyumbang kepada
pembangunan negara. Oleh itu, tanggungjawab guru bukan hanya tertumpu kepada
murid sahaja malah bertanggungjawab untuk mengubah pemikiran masyarakat
sekeliling agar turut bersama-sama membina dan melahirkan masyarakat kelas
pertama.
Kesimpulanya, guru adalah pendidik dan pengasuh anak bangsa yang menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu kemajuan Negara pada masa hadapan. Dalam bidang
pendidikan, peranan guru bukan sahaja menyebar ilmu malahan segalah tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Maka guru mesti mempunyai sifat
dan kualiti dari segi peribadi, sosial, dan profesional.
Rajah 2: Model konseptual pendidikan guru
15
1.0 PENGENALAN PROGRAM-PROGRAM MEREALISASIKAN FPK DI SEKOLAH
Perubahan sosial yang pesat di kebanyakan negara termasuk Malaysia sejak
tahun 1960-an, telah meningkatkan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap
peranan para guru di sekolah. Keadaan ini telah menjadikan sekolah sebagai institusi
penting yang menawarkan pengalaman indah untuk semua murid daripada pelbagai
keturunan, budaya dan tahap keupayaan fizikal serta intelektual, untuk menimba
sebanyak mungkin ilmu kemahiran. Dalam hal ini tanggungjawab ibu bapa dan juga
masyarakat terhadap anak-anak, seolah-olah telah berpindah kepada guru-guru di
sekolah. Justeru, untuk menangani perubahan ini, pihak sekolah telah merangka
pelbagai pendekatan demi memastikan generasi murid yang dilahirkan adalah
seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.
Mengapakah kita mengatakan sekolah memainkan peranan penting dalam
merealisasikan falsafah pendidikan? Ini disebabkan sekolah telah meliputi beberapa
aspek yang dapat mengembangkan serta banyak membantu dalam proses
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspek-aspek tersebut termasuklah
kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin. Kesemua aspek ini
adalah saling berkaitan dalam proses merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan
dan masing-masing juga memegang watak yang tersendiri untuk memainkan peranan
mereka.
16
2.0 PROGRAM-PROGRAM MEREALISASIKAN FPK DI SEKOLAH
Pada 1 hingga 5 April yang lalu saya telah pergi ke sekolah SK Tebing Tinggi
untuk menjayakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah yang perlu dilalui oleh
semua pelajar PISMP semester. Sewaktu saya menjayakan program ini saya perlu
mencari dan mengkaji program–program yang telah merealisasikan FPK di sekolah.
Berikut merupakan program-program yang saya pilih:
1. Sambutan Hari Kecemerlangan
2. Pertandingan Catur
3. Sukan Tahunan
4. Sambutan Hari Guru
5. Program Linus
17
2.1 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TEBING TINGGI, SEGAMAT
Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 SK Tebing Tinggi yang diadakan pada 8
November 2012 bersamaan hari khamis di Dewan Terbuka SK Tebing Tinggi telah
dirasmikan oleh Tn. Hj. Zakaria bin Md. Juah, Pengurus Kawasan FELCRA Tebing
Tinggi. Hari Anugerah Kecemerlangan ini merupakan program tahunan SK Tebing
Tinggi. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah khas kepada
para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan sepanjang tahun. Selain itu, murid-
murid prasekolah juga telibat dengan penyampaian sijil graduasi mereka. Di dalam
majlis ini akan turut disampaikan Sijil Berhenti Murid Tahun 6, Sijil Nilam, Sijil
Pengawas dan Sijil Pustakawan. Guru-guru dan staf sokongan turut sama terlibat
dalam memeriahkan majlis yang diadakan setahun sekali ini.
Rasionalnya majlis ini dilangsungkan setahun sekali adalah untuk menjadi
perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam
pelajaran. Ini kerana penghargaan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat
pencapaian yang sangat bagus dalam setiap mata pelajaran. Hari anugerah ini juga
dapat menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan
berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Matlamat majlis ini dilangsungkan ialah untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang, berkualiti dan berwawasan. Amalan mencintai imu dalam diri murid-murid
juga dapat dipertingkat. Selain itu, majlis ini dapat melahirkan murid-murid yang
mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang kokurikulum.
Objektif Hari Anugerah Kecemerlangan ialah memberikan penghargaan dan
pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikum serta memberikan pengiktirafan kepada ibubapa yang sentiasa memberikan
komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya terhadap kecemerlangan pendidikan anak-
anak semasa di sekolah dan di rumah.
Hari Anugerah Kecmerlangan ini dilaksanakan untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mengatakan bahawa pendidikan merupakan suatu usaha
yang berterusan. Bagi Hari Anugerah Kecemerlangan ini, semua aspek yang
terkandung dalam JERI terlibat.
18
Program ini sebenarnya dapat menyokong perkembangan jasmani guru-guru
dan murid-murid. Ini kerana, mereka perlu aktif untuk membuat pelbagai persiapan
seperti perhiasan pentas, susunan kerusi, hiasan jamuan dan susunan hadiah. Seperti
yang kita tahu, reka bentuk sekolah pada masa kini mempunyai empat tingkat dan
kebiasaannya bilik guru terletak pada tingkat dua. Guru-guru sememangnya perlu
mempunyai stamina yang kuat untuk berulang alik dari tingkat dua ke dewan untuk
memastikan setiap persiapan berjalan dengan lancar. Murid-murid pula akan
mengeluarkan peluh dan menjadi sihat apabila membentu guru mengangkat pasu
bunga, mengangkat kerusi dan menyusunnya dan menyiapkan persiapan pentas.
Aspek emosi ditekankan melalui bagaimana murid itu mengawal perasaannya
apabila mendapat keputusan yang baik atau kurang baik. Kebiasaannya, murid yang
mendapat keputusan yang baik akan melonjak kegembiraan tanpa memikirkan
perasaan rakan mereka yang lain. Oleh itu, sebagai guru kita seharusnya mendidik
murid-murid dengan emosi yang positif dan sentiasa mengingatkan mereka untuk
menjaga hati dan perasaan orang lain. Murid yang peka terhadap keadaan sekeliling
adalah murid yang sangat cemerlang dalam kesemua aspek.
Bersyukur merupakan perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan
kerohanian seseorang murid itu melalui program ini. Murid yang bersyukur akan
berterima kasih kepada guru-gurunya yang telah mendidiknya, ibubapa yang tidak
putus-putus memberikan sokongan dan dorongan serta rakan-rakan yang ada ketika
susah dan senang. Aspek rohani lain yang kita boleh kita ketengahkan ialah sikap tidak
mudah putus asa. Sebagai seorang pelajar, perkataan putus asa tidak sepatutnya ada
dalam kamus hidup. Kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
Baka kata pepatah Arab, Man Jada Wajada Waman Zaro’a Hasada, yang membawa
maksud siapa yang menanam dia yang akan mendapat hasilnya.
Menggalakkan murid-murid untuk menjadi seorang pemikir yang kreatif dan
kreatis adalah suatu usaha pihak sekolah untuk memperkembangkan intelek mereka.
Ramai murid-murid sekarang masih belum boleh berfikir dari kotak pemikiran dan
menganggap diri mereka kecil dan tidak perlu menimba ilmu yang lebih. Dari segi
intelek juga program ini semestinya dapat menimbulkan semangat daya saing antara
semua pelajar. Secara tidak langsung ia akan dapat mengasah pemikiran mereka
19
dalam menghadapi apa jua cabaran dan semasa membuat keputusan. Oleh itu, guru-
guru perlulah mempunyai intelek yang lebih tinggi daripada murud-murid kerana
mereka perlu menghadapi murid-murid yang suka bertanya dan menmpunyai sifat
inkuiri yang tinggi.
Selain itu, program ini juga merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat
mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai
contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program
akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca
dalam kalangan murid-muridnya. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya
dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama
membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan. Oleh itu,
anugerah ini dapat menggalakkan semangat dan minat murid-murid untuk terus
menimba dan mengasah ilmu yang diperoleh untuk kegunaan diri sendiri dan orang
lain.
20
2.2 PERTANDINGAN CATUR MSSM KAWASAN JEMENTAH, SEGAMAT
Pertandingan catur MSSM ini diadakan di Dewan Terbuka SK Tebing Tinggi
pada 3 April 2012 bersamaan hari selasa pada pukul 7.30 pagi. Sekolah-sekolah yang
terlibat adalah sekolah-sekolah di dalam kawasan Jementah seperti SK Jementah, SK
Tebing Tinggi, SK Paya Jakas, SJKC Jementah 1 dan SJKC Jementah 2. Sasaran
pelajar dalam pertandingan ini ialah murid-murid lelaki dan perempuan yang berada di
Tahap 1 dan 2. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid-murid dalam menguasai teknik-teknik permainan catur di samping
menjana minat mereka terhadap sukan ini. Pertandingan ini dapat memberi peluang
kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menguasai kemahiran permainan catur
dengan baik. Permainan ini banyak melibatkan penggunaan tenaga pemikiran yang
dapat melatih pelajar-pelajar untuk menggunakan daya pemikiran mereka dengan lebih
berkesan dan efektif. Disamping itu, pertandingan ini merupakan satu ruang yang baik
untuk pelajar-pelajar merehatkan otak mereka iaitu dengan cara rekreasi yang sihat.
Matlamat permainan catur ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk member
pendedahan kepada murid tentang teknik permainan catur di samping dapat mengisi
masa lapang.
Objektif yang dapat dihasilkan daripada pertandingan ini ialah murid dapat
menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai teknik-teknik
permainan catur. Pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid
tentang situasi perlawanan catur sepertimana yang diadakan di luar peringkat sekolah.
Sebagai medium untuk memilih murid-murid yang layak mewakili sekolah dalam
pertandingan catur peringkat kelompok, daerah dan sebagainya pada masa akan
datang. Selain itu, pertandingan ini dapat membina jati diri di kalangan murid dan
membantu meningkatkan program akedemik dan kokurikulum sertab membina sahsiah
dan disiplin murid.
Elemen FPK yang terkandung dalam program yang dijalankan oleh SK Tebing
Tinggi ini ialah memperkembang potensi individu dan melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis. Melaui pertandingan catur ini guru dapat mencungkil bakat terpendam
murid dan seterusnya dapat mengasah dan memperkembangkan potensi tersebut
21
untuk dijadikan sebagai satu produk yang berkualiti. Murid yang terlibat dengan
pertandingan catur ini sebenarnya seorang murid yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Jasmani murid dapat dipertingkat dalam pertandingan ini adalah melalui
perkembangan koordinasi jari dan tangan murid tersebut. Kebiasaannya, murid-murid
Tahap 1 tidak mempunyai kemahiran koordinasi mata dan tangan yang baik kerana
tidak dilatih dengan kerap. Ini dapat dibuktikan dengan dengan mereka kurang mahir
dalam penggunaan gunting, tulisan tidak cantik dan terkeluar daripada apabila
mewarna. Oleh itu, pertandingan catur ini sememangnya dapat membantu murid untuk
menjadi lebih mahir terhadap pekerjaan yang melibatkan jari seperti melukis, mewarna
dan kemahiran tulisan akan dapat dipertingkat.
Pengawalan emosi yang baik dapat dipupuk melalui pertandingan ini. Di dalam
pertandingan catur ini, murid sepatutnya sentiasa tenang dan berhati-hati untuk
menghadapi pihak lawan. Ini kerana, apabila murid tenang dan tidak gemuruh, mereka
boleh lebih mengenali pihak lawan dengan lebih dekat dan mengetahui teknik-teknik
yang digunakan pihak lawan. Selain, itu murid perlulah tidak menunjukkan protes
apabila tidak mendapat tempat dalam pertandingan kerana itu semua adalah dugaan
dan cabaran yang perlu dilaui untuk menjadi seorang yang cemerlang.
Aspek rohani dapat dilihat melalui pemupukan semangat silaturrahim antara
murid-murid sekolah lain yang menyertai pertandingan ini. Aspek disiplin yang ada
dinyatakan dalam objektif pertandingan catur ini juga turut sama pentingnya bagi
merealisasikan hasrat FPK. Sekolah merupakan institusi terpenting dalam membentuk
disiplin murid-murid. Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih lancar,
mudah dan menarik seandainya masalah disiplin adalah sifar di sekolah. Ini kerana,
masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran.
Dari segi intelek pula, murid itu dapat mempertingkat kemahiran berfikir dan
merancang untuk membuat keputusan dalam masa-masa terdesak dan tertekan. Murid
yang tidak seimbang dalam aspek JERI ini akan menggelabah dan membuat keputusan
yang silap dan akhirnya membawa kekalahan kepada diri sendiri. Pertandingan catur ini
sebenarnya melatih murid untuk merancang dan melihat kesan dan akibat apabila kita
bergerak untuk melakukan sesuatu. Konsep yang sama dapat dilihat melaui
22
pertandingan ini. Dalam permainan individu ini murid dapat dididik dan mendidik diri
mereka sendiri.
Kesimpulannya, pertandingan ini dapat memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dari kesemua aspek. Guru dapat menyampai proses pembelajaran
dengan mudah dan berkesan apabila murid cepat faham apa yang disampaikan dan
mengaplikasikannya dalam keadaan yang lain. Sikap dan murid akan data dikawal
apabila mereka mempunyai disiplin dan akhlak yang mulia dalam proses menuntut ilmu.
Untuk mengawal disiplin setiap murid bukanlah tugas guru dan sekolah semata-mata.
Namun, ibu bapa seharusnya memainkan peranan, contohnya melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG).
23
24
2.3 SUKAN TAHUNAN SK TEBING TINGGI, SEGAMAT
Temasya Sukan Tahunan Kali ke 30 SK Tebing Tinggi diadakan pada 5 Oktober
2012 pada jam 2.30 petang di Padang SK Tebing Tinggi dan disempurnakan oleh En.
Sulaiman bin Baharom, Penyelia Kanan Unit Sukan PPD Segamat. Semua pelajar
diwajibkan untuk menyertai temasya sukan ini. Temasya sukan ini adalah salah satu
aktiviti yang dianjurkan oleh SK Tebing Tinggi bagi melahirkan warga sekolah
khususnya murid-murid dalam menjana pembentukan insan Rabbani yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ( JERI ) selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara. Selain itu, temasya sukan tahunan ini adalah sebahagian daripada
wadah untuk melengkapkan proses pentarbiyahan pelajar-pelajar secara bersepadu
dan seterusnya melahirkan modal insan yang sentiasa cergas, cekap, aktif, berdisiplin,
berdaya maju dan berdaya tahan selaras dengan matlamat kerajaan. Justeru itu,
diharapkan agar temasya sukan tahunan ini akan memberi input yang rasional kepada
pelajar-pelajar khususnya murid-murid untuk mengorak langkah dengan lebih maju dan
dapat membentuk keperibadian yang lebih unggul.
Matlamat sukan tahunan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada
setiap pelajar mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Memberi
pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan dengan acara olahraga dan acara
padang serta menanamkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan. Selain
itu, sukan tahunan ini jiga dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru ke
arah kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang olahraga agar mereka dapat
menonjolkan diri di peringkat Daerah,Negeri dan Negara.
Objektif daripada aktiviti sukan tahunnan ini ialah pelajar dapat menyertai acara-
acara yang dipertandingkan dengan prestasi yang baik. Pelajar dapat mewakili sekolah
di dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi dengan
prestasi yang memuaskan serta meningkatkan martabat sukan sekolah di peringkat
daerah, negeri dan negara. Di samping itu, sukan tahunan ini dapat melatih pelajar
supaya mempunyai semangat kesukanan yang tinggi serta menanam corak atau gaya
hidup sihat dengan sukan. Sukan tahunan ini juga dapat menanamkan semangat
25
perjuangan dalam diri pelajar dan semangat kita boleh dan member pengalaman
kepada guru mengendalikan pengurusan sukan.
Elemen FPK yang terkandung dalam aktiviti sukan tahunan yang diadakan oleh SK
Tebing Tinggi ini ialahperkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta
murid-murid dapat memberi sumbangan untuk mengharumkan nama sekolah. Pihak
sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan
peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap individu telah diberkati
Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru
haruslah mewujudkan peluang untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk
potensi dan kebolehan mereka. Pada masa yang sama, pendidikan seharusnya
memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan agar
menjamin perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan
dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, jasmani
dan emosi. Maka, bakat, potensi dan kebolehan ini tidak boleh dikembangkan secara
berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan
antara satu sama lain. Temasya hari sukan ini merangkumi aktiviti kokurikulum di
sekolah.
Jika kita lihat dari unsur jasmani, kokurikulum dapat menyedarkan murid tentang
kepentingan kesihatan. Kebiasannya, hari sukan sekolah mempunyai perarakan
perbarisan yang mengambil masa yang lama di bawah matahari yang terik. Oleh itu,
murid perlulah mempunyai stamina yang tinggi dan bersiap sedia dengan kesihatan
yang baik sebelum menyertai aktiviti. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan
menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak ketika sarapan malahan
juga waktu lain. Melalui aktiviti ini murid dapat menzahirkan bakat mereka yang
terpendam dalam aktiviti sukan dan mereka akan menjadi seorang yang aktif dan
produktif. Murid yang aktif sangat diperlukan untuk membawa nama sekolah ke
peringkat yang lebih tinggi tidak mustahi di mata dunia. Bagi murid-murid yang
menyertai acara-acara sukan mereka perlulah mempunyai tubuh badan yang sihat dan
cergas bagi memastikan mereka tidak berisiko untuk sakit kelak.
Emosi murid-murid dan guru-guru perlu dikawal ketika berlangsungnya temasya
ini. Ini kerana, dalam program yang besar banyak masalah boleh timbul seperti
26
kekeliruan pemenang, penukaran hadiah, murid tidak hadir untu mendaftarkan diri dan
lain-lain lagi. Sebenarnya, tujuan hari sukan ini diadakan adalah untuk mengalih
tumpuan murid daripada buku dan pensil kepada larian dan padang. Emosi murid-murid
boleh menjadi tidak stabil apabila mereka hanya duduk di dalam kelas sahaja. Maka
hari sukan ini dapat menstabilkan emosi dan jiwa murid yang sememangnya ingninkan
keseronokan dan kebebasan.
Aspek kerohanian dan nilai dari aktiviti kokurikulum ini boleh membentuk pelajar
sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Malahannya, aktiviti ini dapat melahirkan murid
yang berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari
murid agar berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip-prinsip hidup.
Melalui hari sukan, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi,
kekitaan, hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan
besar yang merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat
tersebut, mereka dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan
maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan
untuk mencapai kesejahteraan diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental
yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti ini. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk
mengharungi liku-liku hidup.
Dari segi intelek guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan
melalui ko-kurikulum kerana biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran
murid. Melalui latihan dan ujian, mereka dapat menguasai kemahiran asas dan
mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dijumpai dalam buku. Selain itu,
banyak teknik-teknik yang dapat para peserta peroleh daripada guru-guru yang
berpengalaman dalam bidang sukan seperti cara untuk mengelakkan kaki kejang
selepas membuat larian, teknik untuk mendapatkan lompatan yang tinggi dan lain-lain.
Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai
fikiran yang luas dan terbuka.
Kesimpulannya, guru-guru perlu sentiasa mengadakan aktiviti yang dapat
menimbulkan kesoronakan murid-murid dan tidak hanya membiarkan mereka duduk di
dalam sepanjang waktu persekolahan. Selain itu, para pelajar perlu menghargai
27
kesihatan tubuh badan dengan sentiasa bersenam dan beriadah untuk meningkatkan
metabolisma badan dan kecekapan otak ketika belajar. Temasya hari sukan ini
sememangnya aktivit yang berfaedah dalam membina modal insan yang kaya dengan
aspek JERI.
28
29
2.4 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK TEBING TINGGI, SEGAMAT
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report
of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen
tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Majlis Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat SK
Tebing Tinggi diadakan pada 16 Mei 2012 bersamaan hari rabu pada jam 7.30 pagi di
Dewan Terbuka SKTT. Semua guru dan murid terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Objektif Hari Guru ini disambut adalah untuk menitikberatkan peranan guru
dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan
negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibubapa, murid dan
orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Selain
itu, memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru dan
meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Sambutan Hari Guru ini juga
memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru serta menilai
secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Salah satu aktiviti di dalam tentatif sambutan hari guru ialah sukaneka. Sukaneka
ini dapat memberi peluang kepada guru-guru menggerakkan otot-otot dan menunjukkan
bakat yang terpendam. Aktiviti sukaneka ini sebenarnya aktiviti yang dinanti oleh murid-
murid untuk melihat guru mereka beraksi. Untuk merealisasikan FPK guru perlulah sihat
dan cergas tubuh badan kerana kecerdasan intelek dipengaruhi oleh kesihatan fizikal.
Sebenarnya, para guru tidak pernah mengharapkan hadiah atau apa jua balasan
daripada anak muridnya. Mereka hanya mengharapkan anak murid yang dididik berjaya
dengan cemerlang di dunia dan di akhirat. Mereka akan gembira apabila anak muridnya
menjadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan perdana menteri. Kesedihan mereka
dipendam apabila anak didik menjadi penganggur, penagih dadah atau meringkuk di
penjara.
30
Dalam aspek rohani seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab
terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah
memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Seseorang guru
haruslah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru adalah bertanggungjawab dalam
memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang baik.
Intelek murid-murid dapat dirangsang apabila mereka diberi tanggunggjawab
untuk mengendali sambutan hari guru. Mereka akan berfikir dan berbincang tentang
kejutan, persembahan dan pertandingan yang akan dilakukan sepanjang sambutan hari
guru tersebut. Di sini, guru dapat menilai kekreatifan dan kekritisan anak-anak didik
mereka dalam menguruskan sesebuah majlis.
Kesimpulannya, penghargaan yang besar patut diberikan kepada guru kerana
merekalah asalnya saintis, angkasawan dan professor. Sambutan ini dapat memberi
kesan yang mendalam kepada guru kerana pada hari tersebut mereka dapat
merasakan apa yang mereka lakukan selama ini adalah untuk mendidik seorang insan
bernama manusia. Sambutan ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid
mengucapkan terima kasih kepada gurunya dan menghargai didikan mereka.
31
32
2.5PROGRAM LINUS SK TEBING TINGGI
LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and
Numeracy Screening). LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk
memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi
di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. LINUS disasarkan kepada
murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas, kurikulum, di sekolah
biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran yang mudah atau objektif
jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau rendah. Ciri-
ciri murid Linus adalah mempunyai pencapaian pelajaran dan akademik berbeza,
pendiam, tidak aktif, banyak cakap, sukar menerima arahan, tidak dapat berkomunikasi
seperti murid biasa, menyebut huruf yang tidak tepat dan sering bertukar-tukar,
meninggalkan huruf dan suku kata serta perkataan semasa, membaca dan menulis,
tulisan terlalu buruk, kekerapan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan dan huruf
terbalik.
Matlamat program LINUS SKTT 2011 ini adalah untuk memastikan semua murid
Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi
menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas. Program ini merupakan usaha
mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. Komitmen
semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan
sasaran NKRA.
Banyak elemen FPK yang terkandung dalam program ini, antaranya ialah
pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan dan melahirkan rakyat Malaysia
yang berpengatahuan. Aspek jasmani dari program LINUS ini ialah guru tidak akan
mengajar numerasi di dalam kelas sahaja. Beliau boleh mengajak murid-murid LINUS
ini untuk mengira jumlah kereta guru di luar, mengira jumlah tangga yang terdapat di
sekolah dan mengira jumlah pintu. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan koordinasi
mata, otak dan mulut mereka untuk mengira.
Kebiasaannya emosi murid akan terganggu apabila mereka mengetahu mereka
LINUS. Maka, itu adalah tanggunggjawab seorang guru untuk memastikan anak murid
33
mereka sentiasa dalam keadaan semangat untuk menimba ilmu sama seperti rakan-
rakan yang lain. Program ini dapat memberi keyakinan kepada diri mereka supaya
mereka tidak rasa diri mereka bodoh dan boleh diperkecilkan oleh rakan sebaya.
Rohani dan nilai murid-murid dapat dipupuk melalui program ini. Rakan-rakan
normal yang lain akan berbesar hati untuk membantu rakan-rakan yang LINUS dalam
memahami seseuatu pembelajaran. Di sini, kesabaran boleh diuji untuk memastikan
adakah mereka faham apa yang disampaikan oleh guru dan rakan sebaya. Sesetengah
pelajar di dalam program LINUS ini tidak mengetahui pun sebenarnya guru itu sedang
memarahinya dan menganggap itu adalah biasa.
Intelek sememangnya dapat dikembangkan apabila murid yang lemah dalam
pembelajaran mengikuti program LINUS ini. Walaupun hasilnya tidak
memberangsangkan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu murid-murid tersebut
untuk mengenal huruf dan nombor. Guru yang menjayakan program ini tidak akan
berputus asa untuk terus menghasilkan murid-murid LINUS yang celik minda dan
fikiran.
Kesimpulannya, tanggunggjawab untuk mendidik anak bangsa ini bukan hanya
terletak pada bahu seorang guru sahaja. Apabila di rumah, ibu bapa perlu mendidik
anak mereka sepertimana seorang guru mendidik anak murid. Ingatlah bahawa jika
kanak-kanak hidup bertolak ansur, mereka akan belajar menjadi penyabar. Jika kanak-
kanak hidup selalu diberi dorongan, mereka akan belajar menjadi seorang yang
berkeyakinan.
34
3.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem
pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi
memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai.
Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis
panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas
pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik
harus berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab professional mereka. Dengan itu, barulah profession mereka
sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan dan setiap tugasan yang dijalankan
adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, mereka juga
akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka
gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan
pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid.
Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu
kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan tanggngjawab kita semua.
35
1.0 REFLEKSI
Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan
tugasan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia pada tarikh yang ditetapkan. Kami
menerima tugasan daripada pensyarah, Puan Norihah binti Bachok yang menginginkan
kami melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Tugasan ini perlu dilaksanakan secara
individu. Saya berbesar untuk menghasilkan satu tugasan yang memuaskan hati semua
pihak.
Pada awalnya, saya kurang faham akan kehendak soalan, tetapi setelah
diterangkan oleh pensyarah,saya sudah mula memahami dan merangka tugas yang
perlu dilaksanakan. Terdapat tiga soalan di dalam tugasan kali ini. Oleh itu, saya
terpaksa memulakan langkah awal dengan mencari bahan-bahan rujukan di pusat
sumber, internet dan buku-buku yang tersedia bagi mengelakkan tertangguh dan
menyebabkan saya kelam kabut untuk menyiapkan ketiga-tiga soalan tersebut.
FPK dan FPG merupakan suatu benda yang baharu bagi saya. Oleh itu, untuk
memahaminya saya telah menelaah buku-buku, pergi ke perpustakaan, melayari
internet untuk mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam apa itu konsep FPK
dan FPG, implikasi FPK dan FPG kepada pendidikan negara dan peranan guru dalam
menjayakan FPK dan FPG. Setelah memahaminya, kesedaran mula timbul dalam diri
saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai kriteria seperti yang dinyatakan
dalam FPG iaitu seorang haruslah mempunyai sifat dan kualiti dari segi peribadi, sosial,
dan profesional.
Di samping itu, tugasan ini sebenarnya berkaitan dengan Pengalaman
Berasaskan Sekolah yang dijalankan seminggu sebelum tugasan ini dihantar. Sebelum
saya ke sekolah, saya hanya mengenali dan berjinak-jinak dengan FPK dan FPG ini
hanya melalui buku dan mendengar penerangannya daripada pensyarah tanpa dapat
membayangkan pelaksanaannya di sekolah. Setelah saya menjejakkan kaki ke sekolah
saya dapat melihat sendiri bagaimana FPK ini dilaksanakan di sekolah. Setiap aktiviti di
sekolah adalah berdasarkan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK seperti
memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Ini dapat
36
dibuktikan dengan pendidikan di sekolah tidak hanya mementingkan kukurikulum malah
aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti wajib yang disertai oleh semua murid. Langkah
awal pelaksanaannya dapat dilihat dengan murid diwajibkan untuk memakai baju unit
beruniform pada setiap hari rabu. Seperti yang diketahui umum, unit beruniform
mempunyai disiplin dan etikanya tersendiri. Sebagai contoh murid akan lebih berdisiplin
dan malu untuk melanggar peraturan sekolah apabila dia sedang menyarungkan
uniform kadet polis atau kadet bomba. Pelaksanaan ini memberi impak yang besar
dalam sistem pendidikan di sekolah. Selepas saya menyelesaikan Pengalaman
Berasaskan Sekolah ini saya berasa bersemangat dan tidak sabar untuk
mengaplikasikan FPK dan FPG dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya
kelak. Saya tidak hanya akan memfokuskan tahap intelak murid-murid malah saya akan
memberi perhatian dalam pebagai aspek lain seperti jasmani, emosi dan rohani untuk
memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
Selain itu, saya berasa sangat seronok menyiapkan tugasan ini kerana saya
dapat mempelajari sifat sebenar yang perlu ada dalam diri seorang guru dan ini
merupakan pembelajaran yang sangat berguna kepada saya kerana saya akan keluar
menjadi seorang guru kelak. Ini kerana saya telah diberi peluang untuk mengajar dan
mengawal kelas prasekolah ketika saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
di SK Tebing Tinggi.
Walaupun terdapat beberapa halangan sewaktu saya menyiapkan tugasan ini,
itu tidak sedikit pun mematahkan semangat saya. Halangan yang saya terima ialah
saya terpaksa membina ayat dari sumber rujukan yang saya peroleh. Ini kerana, saya
agak lemah dalam proses membina ayat dan saya perlu memastikan ayat itu membawa
makna yang sebenar dan difahami oleh semua orang. Perkara ini membuatkan saya
ingin ingin terus mencuba sehingga menghasilkan satu hasil yang baik.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami,
Puan Norihah binti Bachok yang tidak jemu-jemu mendidik dan membimbing kami
sepanjang tugasan ini berlangsung. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-
rakan yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini.
37
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman.(2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Tanjong Malim: Quantum Books.
Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa.(1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan Amalan dalam Profesion
Keguruan. http://www.slideshare.net/mdnorihk/falsafah-pendidikan-guru
Falsafah Pendidikan Guru. http://www.scribd.com/doc/3828278/Falsafah-
Pendidikan-Guru
Mok Soon Sang. (2001). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan
Semester 2 Edisi Kelapan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya,Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1998). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan Edisi
Keenam. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Nordin.(2012).
Falsafah& Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar.
38