Upload
anonymous-tsmgjjfswu
View
269
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
10.0
10.1
PANDUAN PENULISAN AKADEMIK
Spesifikasi Teknikal
10.1.1 Jenis dan Saiz Font
Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi mestilahmenggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz font dalam jadual, gambarajah dangrafik mengikut kesesuaian.
Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Manakala nama-nama saintifikdan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam bentuk tulisan condong(italic).
10.1.3 Langkau Baris (Spacing)
Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau 1.5 manakala jarak antaraperenggan mestilah langkau empat. Senarai di bawah mestilah ditaip denganlangkau satu (single spacing) :
(i)(ii)(iii)
(iv)(iv)
petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan.bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/ rujukan).keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang mengandungi lebihdaripada satu baris.lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dantajuk dan subtajuk.
10.1.4 Kriteria Kertas
Hasil PROJEK hendaklah ditaip di atas kertas putih 80 gm dan bersaiz A4 (210
mm x 297 mm).
Manakala kulit depan gunakan kertas warna yang telah
ditetapkan mengikut program masing-masing berpandukan para 10.1.8 (i-xi).
1
10.1.5 Penjilidan
Hasil PROJEK hendaklah dijilid dengan cara tape-binding.
10.1.6 Paparan Muka Surat (Page Layout)
Hasil PROJEK hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali jadualdan gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape.
10.1.7 Penomboran Muka Surat
Semua muka surat hasil PROJEK hendaklah dinomborkan. Nombor muka surathendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah setiap muka surat.Penggunaan kurungan atau sebarang bentuk lain tidak dibenarkan.
10.1.8 Halaman Muka Kulit Depan Kerja Kursus
Maklumat-maklumat berikut perlu diletakkan pada bahagian kulit depan PROJEK:(i) NAMA PELAJAR(ii) ANGKA GILIRAN(iii) KAD PENGENALAN(iv) KUMPULAN/UNIT(v) KOD DAN MATA PELAJARAN(vi) NAMA PENSYARAH PEMBIMBING(vii) TARIKH SERAHAN
2
Sila lihat contoh di Lampiran B.
Kulit depan hasil PROJEK menggunakan kertas polos (plain) 100 gm berwarnaseperti berikut :
(i)(ii)(iii)(iv)(v)
PPGDPLIj-QAF Mod LPBSPISMPPPISMP
-----
Merah Jambu (Pink)Biru MudaHijau TuaKuning TuaKuning Muda
10.2
Format Penulisan Akademik
10.2.1 Halaman Pengakuan
Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian PROJEK. Iahendaklah ditandatangani oleh penulis. Halaman ini tidak dikira sebagai mukasurat tetapi dinomborkan dengan huruf roman
10.2.2 Halaman Judul (Title Page)
Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan. Halaman ini tidak dikirasebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman
10.2.3 Penghargaan
Penghargaan biasanya mengandung kata-kata penghargaan atas tunjuk ajar danbantuan daripada individu dan institusi, tidak dikira sebagai muka surat tetapidinomborkan dengan huruf roman
3
10.2.4 Senarai Kandungan
Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan yang berpadanandengan nombor muka surat yang mengandung semua topik dan subtopik, tidakdikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman
10.2.5 Kerangka Utama Penulisan (Body of Text)
Kerangka utama penulisan PROJEK hendaklah mengandung bahagian-bahagian berikut:
(i)(ii)(iii)
PendahuluanTopik-topik/subtopik yang berkaitanPerbincangan/Rumusan/Cadangan
Perincian kandungan kerangka utama PROJEK perlulah dibincangkan bersama-sama dengan pensyarah pembimbing bagi memenuhi kehendak tugasan.
10.2.6 Tajuk Jadual/Gambarajah/Graf Dalam Teks
Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya hendaklah diletak diatas jadual tersebut (lihat contoh pada muka surat 7). Manakala gambarajahdan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah dan graf tersebut .
10.2.7 Petikan Dalam Teks (Citations)
Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan.Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong(italic). Contoh cara menulis petikan dalam teks :
4
Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau singkatannya COCOMO
menyediakan model empirik bagi menganggar perisisan.
Bagaimanapun,
Boehm (1981) sendiri telah memberi pandangan beliau tentang COCOMO :
Today, a software cost estimation model is doing well if it can estimate softwaredevelopment costs within 20% of actual costs, 70% of the time, and on its ownturf (that is within the class of projects to which it has been calibrated)..Thatis not as precise as we might like, but it is accurate enough to provide a gooddeal of help in software engineering economic analysis and decision making.Boehm, B. (1981). Software Engineering Economics. Prentice-Hall.
10.2.8 Format Penulisan Rujukan
Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkanatau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkandengan senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalamhasilan PROJEK format yang perlu digunakan adalah Sistem APA (AmericanPsychological Association).
10.2.9 Kaedah Menulis Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku
Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atasnama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut :
(i)
Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarangyangdirujuk. Contoh :
Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan gurupendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurangmenerima pengiktirafan.
5
(ii)
(iii)
(iv)
Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskannamadan tahun dalam kurungan. Contoh :
Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan gurupendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurangpengiktirafan (Brown, 2005).
Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh :
Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khashanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-gurupendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa.
Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarangpertama. Contoh :
Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalamprogram percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh
memberi
kesan
pada
pencapaian
akademik murid
adalah
pengiktirafan (Podemsky et al, 1995).
(v)
Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebihpenerbitan oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yangsama. Contoh :Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekanganialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a).
Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraankepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b).
6
10.2.10
(i)
Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain daripada Buku :
Jurnal
Contoh jurnal :
Valesky, T.C. & Hirty, M.A. (1992). Special Education KnowledgeRequirements for school Administrators. Exceptional Children, 58 (5) : 399 406.
Cara menulis dalam teks :
Menurut, Valesky & Hirty (1992)..
11
12
Tesis
Contoh tesis :
Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu UntukPemahaman Komputer, Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ph.D.
Cara menulis dalam teks :
Ahmad Zaki (1998), mengatakan bahawa .
Bahan dari halaman web
Contoh web :
Autor, Y. 1999. Title of the article or information.http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.
Cara menulis dalam teks :
.. (Autor, 1999).
7
10.2
Format Penulisan Bibliografi
Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut :
(i)
(ii)
(iii)
mengikut turutan abjad
mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun
terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit
baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)
Cara penulisan tersebut dijelaskan seperti dalam contoh-contoh penulisan
bibliografi yang disenaraikan.
(a) Manual
American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition ofthe Publication Manual of the American PsychologicalAssociatoon, 1983; often used in the social sciences andeducation.)
(b) Buku
Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City:Publisher.
(c) Sebahagian daripada buku
Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley,S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-37). City:Publisher.
8
(d) Kertas kerja yang diterbitkan
Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in apublished proceedings. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings ofthe 100th Annual Meeting of the Society of ExperimentalResults (pp. 49-78). City: Publisher.
(e) Kertas kerja yang tidak diterbitkan
Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of anunpublished paper presented at a meeting. Paper presentedat the 103rd annual meeting of the Society of ExperimentalResults, City of Meeting, ST.
(f) Artikel dalam jurnal
Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal ofExperimental Results, 1(3), 1-22.
(g) Artikel dalam majalah
Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article.Magazine of Today, pp. 6-12.
(h) Artikel dalam akhbar
Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaperarticle. The Star, pp. 1, 6-8.
(i) Laporan
Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report(Report No. 90-1428). City : Publisher.
(j)
(k)
Tesis
Miller, G. M. (2005). This is the title of a masters thesis.Unpublished masters thesis, University Malaya, City, ST.
Laman web
9
Autor, Y. M. (1999). This is the title of a Web Page.http://www.webpage.com. Accessed on 14 November2005.
10.4
Lampiran
Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberipenerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan
pembaca.
Bahan-bahan ini termasuk
rajah, jadual, carta, atur cara
perisian, gambar dan lain-lain. Semua bahan-bahan lampiran hendaklah
dilabelkan
dan
dinomborkan.
Penomboran
lampiran
hendaklah
dihitamkan (bold) dan ditulis di sudut atas sebelah kanan.
11.0
PENUTUP
Pelaksanaan PROJEK dilihat sebagai salah satu cara memperkukuhkanpengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan pengalaman danaktiviti pembelajaran dalam pelaksanaan kerja kursus. Dalam kontekspentaksiran, PROJEK memberi maklum balas mengenai perkembanganintelektual pelajar di samping dapat memupuk budaya ilmu melaluiperkongsian ilmu secara pintar di kalangan pelajar, pelajar denganpensyarah dan masyarakat/agensi melalui pelbagai tugasan dan aktiviti
PROJEK.
Kefahaman yang jelas ke atas konsep dan kepentingan
PROJEK membolehkan pelajar mencapai objektif pelaksanaannya.Prosedur pelaksanaan dan sistem yang seragam pula akan menjadikan
hasil PROJEK lebih berkualiti dan mempunyai kesetaraan.
Justeru,
dengan adanya buku panduan ini diharapkan para pelajar dapat
memahami dengan jelas segala kehendak dan prosedur
serta
melaksanakan tugasan dengan penuh tanggungjawab demi mencapaiobjektif PROJEK.
10
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN27200 KUALA LIPISPAHANG DARUL MAKMUR
11TAJUK PROGRAM:PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)NAMA PELAJAR :NO KP:AG:TAJUK KURSUS & KOD :PEMBANGUNAN PATRIOTISME DALAM PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAHTINGKATAN DUA :PERBANDINGAN ANTARA TIGA JENIS SEKOLAHSEMESTER : 4/2013Ambilan Jun 2012TARIKH MULA : 9 MAC 2013TARIKH HANTAR : 6 APRIL 2013JABATAN: JABATAN SAINS SOSIALPENSYARAH: EN YUSRI B GHANI
Contoh Halaman Pengakuan
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
:
:
:
...
12
PEMBANGUNAN PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAHTINGKATAN DUA:PERBANDINGAN ANTARA TIGA JENIS SEKOLAH
JABATAN SAINS SOSIALIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN27200 KUALA LIPISPAHANG DARUL MAKMUR
13
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUANPENGHARGAANSENARAI KANDUNGAN
iiiiii
1.0
2.0
PENDAHULUAN
TOPIK
1
3
2.1
2.2
Sub-Topik2.1.1 Sub-Sub Topik2.1.2 Sub-Sub TopikSub-Topik2.2.1 Sub-Sub Topik2.2.2 Sub-Sub Topik2.2.3
.....
10.011.012.013.0
RUMUSAN
....
BIBLOGRAFILAMPIRANLampiran A Tajuk LampiranLampiran B Tajuk LampiranLampiran C Tajuk Lampiran
14
1.0
PENGENALAN
Mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras kepada pelajar-pelajar
Sekolah Menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1990). Pelaksanaan KBSM mengubah
kedudukan mata pelajaran sejarah. Mata pelajaran sejarah wajib dipelajari oleh
semua pelajar sekolah menengah secara berterusan dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam
konteks pendidikan negara kita dan KBSM khususnya, merupakan satu usaha
positif dalam usaha mengikis amalan pelajar. Mata pelajaran sejarah dalam
KBSM merupakan satu pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar
di sekolah menengah dan dirangka selaras dengan hasrat dan Falsafah
Pendidikan Negara (Omar Hashim, 1992). Terkini, mata pelajaran sejarah
diangkat martabat dengan keputusan lulus dalam peperiksaan SPM.
Mata pelajaran sejarah mengandungi banyak idea yang abstrak serta
konsep yang kadangkala sukar difahami. Konsep ini amat penting untuk
mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. Namun,
pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep jika tidak mengetahui maksud
atau makna perkataan tertentu. Fakta mempunyai kaitan dengan konsep kerana
fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk, membina
dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim,
2000). Memandangkan
pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam
proses berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan
15
pelajar menguasai konsep dalam mata pelajaran sejarah adalah wajar dilakukan
oleh para guru sejarah. Justeru, penggunaan peta konsep dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah satu teknik
pengajaran yang sangat sesuai. Hal ini kerana penggunaan peta konsep akan
dapat membantu pelajar lebih fokus, boleh membuat intepretasi dan lebih mudah
memahami topik yang dipelajari.
Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000)
tentang
penggunaan peta konsep yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar,
membantu mengukuhkan daya ingatan, dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta
penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Oleh yang demikian,
penggunaan peta konsep sebagai satu teknik pengajaran sejarah secara tidak
langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah.
Terdapat tiga soalan yang dijawab dalam kajian ini iaitu; (1) adakah
terdapat perbezaan dari segi min pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca;
(2) bagaimanakah tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata sejarah; dan (3) sejauh
manakah kesan penggunaan peta konsep dalam meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
16
2.0
2.1
KAJIAN LITERATUR
TEORI-TEORI BERKAITAN PETA KONSEP
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa teori. Teori pembelajaran bermakna
adalah satu idea pembelajaran bermakna dibina daripada teori yang diasaskan
oleh Ausubel (1963) dalam Woolfolk (1994). Dalam teori ini, maklumat dalam
bentuk bahasa idea, dan hubungan antara idea-idea tersebut diambil bersama.
Pembelajaran hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna sejak
bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan dengan expository untuk
menunjukkan pembelajaran bermakna lebih baik daripada pembelajaran resepsi.
Ausubel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan segala maklumat yang
dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam
struktur kognitif sedia ada. Struktur kognitif ini merupakan pengetahuan sedia
ada yang terdiri daripada fakta, konsep dan generalisasi pernah dipelajari oleh
para pelajar. Ausubel menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara
bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang
dipelajari secara hafalan Ini adalah selaras dengan pandangan Novak (1993)
yang menyatakan bahawa apabila seseorang pelajar menghafal maklumat,
maklumat itu hanya boleh disimpan untuk jangka masa pendek iaitu ingatan
hanya boleh memegang 7 item sahaja. Seseorang yang pintar hanya boleh
mengingat 7 item sahaja daripada maklumat yang dipelajari.
17
Teori
pembelajaran
konstruktivisme
menekankan
pembinaan
pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri
dalam sesuatu topik yang dipelajari berbanding dengan mendapatkannya
kefahaman yang dipindahkan kepada mereka melalui sumber lain (Eggen dan
Kauchak 2004). Konstruktivisme memberi penekanan kepada pelajar supaya
aktif mengaitkan pengetahuan baru yang diperoleh dengan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada di dalam minda mereka dan mengaplikasikan
pengetahuan
sedia
dan
apa
yang
difahami
kepada
pelbagai
situasi
(Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub 2004).
Teori pembelajaran berasaskan kognitif menekankan bagaimana individu
boleh mengekalkan maklumat dalam ingatan mereka iaitu melalui kemahiran
menggunakan ingatan jangka panjang. Jika individu boleh menggunakan ingatan
jangka panjang, ia dapat membina satu rangkaian pengetahuan yang berhubung
kait dan berstruktur yang mana jika pengetahuan itu diimbas atau diperlukan
(Mat Jamudin 2002). Menurut teori ini, pada peringkat pertama tumpuan pelajar
akan fokus kepada bahan rangsangan. Ingatan di peringkat ini dikenali sebagai
ingatan sensori. Menurut Lefrancois (2000) dalam Mat Jamudin (2002),
ransangan perlu kepada deria untuk menentukan sama ada pelajar memberi
tumpuan terhadap apa yang hendak dibincangkan. Maklumat yang diterima oleh
ingatan ini berada dalam bentuk objek-objek dan peristiwa yang berlaku di
sekitarnya. Keupayaan ingatan ini tidak terhad kepada bilangan maklumat yang
18
boleh disimpan tetapi sekiranya pemprosesan tidak berlaku dengan segera,
maklumat akan cepat hilang (Leahey & Harris 1997).
BIBLOGRAFI
Manual
American Psychological Association (APA) (from the 3rd editionof the Publication Manual of the American PsychologicalAssociatoon, 1983; often used in the social sciences and education.)
Buku
Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City:Publisher.
Sebahagian daripada buku
Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley, S.R. Taft, & M.N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-37). City:Publisher.
Kertas kerja yang diterbitkan
Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a publishedproceedings. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meetingof the Society of Experimental Results (pp. 49-78). City: Publisher.
Kertas kerja yang tidak diterbitkan
Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an unpublishedpaper presented at a meeting. Paper presented at the 103rd annualmeeting of the Society of Experimental Results, City of Meeting, ST.
Artikel dalam jurnal
Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of ExperimentalResults, 1(3), 1-22.
19
Artikel dalam majalah
Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article. Magazine ofToday, pp. 6-12.
Artikel dalam akhbar
Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper article. TheStar, pp. 1, 6-8.
Laporan
Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report (Report No. 90-1428). City : Publisher.
Tesis
Miller, G. M. (2005). This is the title of a masters thesis. Unpublished mastersthesis, University Malaya, City, ST.
Laman web
Autor, Y. M. (1999). This is the title of a Web Page. http://www.webpage.com.Accessed on 14 November 2005.
20
REFLEKSI
21
22