Gejala Vandalisme.doc EseiA

Embed Size (px)

Text of Gejala Vandalisme.doc EseiA

Gejala Vandalisme : Faktor Menyebabkan Berlakunya Gejala Ini 1.0 Pengenalan Gejala vandalisme bukanlah suatu isu yang asing lagi buat masyarakat di Malaysia. Tidak kira sama ada di kaki lima, tembok-tembok, tandas awam, pondok telefon, papan-papan kenyataan di lebuhraya dan di bangunan sekolah semuanya telah tercemar teruk ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh segelintir masyarakat yang tidak kenal maksud apa itu istilah bersyukur. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai kemudahan yang telah disediakan, tetapi sebaliknya golongan ini tegar merosakkan dan mencemarkan kemudahan tersebut dengan menconteng dan melukis dengan lukisan-lukisan lucah yang amat memalukan kepada sesiapa yang melihatnya. Seperti kata pepatah madu diberi, tuba yang dibalas. Malah, paling malang sekali apabila kemudahan awam seperti tandas dan telefon awam langsung tidak boleh digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, vandalisme bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Lazimnya, gejala vandalisme ini dikaitkan dengan golongan muda seperti remaja, pelajar-pelajar sekolah dan penganggur yang maklumnya, banyak menghabiskan masa dengan melepak di pusat membeli belah, berkumpul pada waktu malam di tempat-tempat yang sunyi seperti di kedai-kedai lama dan membuat bising di kaki lima dengan mengganggu sesiapa yang melalui kawasan mereka. Malah, saban tahun laporan akan kegiatan vandalisme kian meningkat bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ini dapat dibuktikan dengan perangkaan statistik bagi pelajar sekolah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 jumlah terus meningkat kepada 2,736 pelajar. Menurut Mohd Zin Sham (1996) dalam tesis 1

Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, ternyata isu vandalisme di Malaysia kian sukar dibendung walaupun sejak tahun 1968 lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, dengan mengedarkan surat pekeliling yang di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah gejala vandalisme ini. Antaranya ialah faktor keluarga, rakan sebaya, sosioekonomi, sekolah, media massa, konsep kendiri dan sikap apati (tidak peduli), individualistik dan materialistik masyarakat. 2.0 Ibu Bapa dan Keluarga Antara penyebab penularan gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat kita adalah disebabkan kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga. Menurut takrifan Gerrard dan Graham (1984), dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, keluarga secara asasnya terdiri daripada ibu, bapa dan anakanak. Menurut Mudrock (1965) pula, dalam tesis yang sama, keluarga boleh ditakrifkan sebagi satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan anak-anak. Bak kata pepatah anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Ibu bapa harus menjadi role model kepada anak-anak dengan menunjukkan teladan yang baik dari segi sikap dan perbuatan. Nilai-nilai murni haruslah diterapkan dalam diri anak-anak demi mengelakkan penyimpangan daripada berlaku. Sifat vandalisme dapat diwujudkan secara tidak langsung dalam jiwa anak-anak melalui perlakuan tidak baik ibu bapa. Contohnya, ketika berkelah ibu bapa membuang sampah seperti bungkusan makanan ringan, botol-botol kosong dan lain-lain tanpa menghiraukan papan tanda dan keselesaan pengunjung

2

sekeliling. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan anak-anak mereka seorang yang tidak bertanggungjawab apabila dewasa nanti. Dalam pada itu, keluargalah yang akan mencorakkan masa depan individu sama ada menjadi anggota masyarakat yang berjaya atau sebaliknya. Dalam mendidik dan membentuk perwatakan anak-anak, sokongan padu, kasih sayang, perhatian, kawalan serta penyebaran nilai yang dilakukan oleh ibu bapa dianggap amat penting. Keluarga berfungsi sebagai agen sosialisasi khususnya dari segi kawalan dan sokongan terhadap anak. Asuhan dan didikan yang baik yang diterima daripada ibu bapa atau keluarga akan berjaya melahirkan anak yang baik tidak kira dari segi dalaman mahupun luaran. Dengan itu, nilai-nilai murni, kerohanian dan ketahanan moral dapat dipupuk dalam diri anak-anak. Malah, sosialisasi keluarga dengan pelbagai nilai murni akan dapat membantu perkembangan diri yang baik dan membebaskan mereka daripada pengaruh buruk yang tidak diingini. Contohnya, anak-anak ini tidak akan mudah melibatkan diri dalam sebarang gejala vandalisme seperti menconteng dinding sekolah, kerana mereka tahu harta benda sekolah adalah milik kerajaan dan adalah satu perkara yang salah dan tidak boleh dimaafkan sekiranya sengaja melakukan kerosakan, tanpa mempunyai sebarang perasaan bersalah. Ibu bapa yang perihatin juga sudah pasti akan memantau dengan siapa anak mereka berkawan, keluar dengan siapa dan destinasi yang dituju oleh anak mereka demi mengelakkan anak mereka terlibat dengan kumpulan yang tidak sihat. Sekiranya ibu bapa bersikap seperti kata pepatah hanya melepaskan batuk di tangga, natijahnya anak-anak tersebut cenderung untuk berlaku bebas dan melakukan perkara yang diluar nilai etika. Justeru, kerutuhan institusi keluarga akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan rohani, emosi dan tingkah laku anak-anak mereka. Menurut kajian Glueck dan Glueck dalam Conger & Miller (1975), dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku

3

Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, remaja yang nakal adalah remaja yang tidak mendapat layanan yang baik daripada ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang baik akhlaknya, yakni mereka mendapat kasih sayang yang sempurna. Perkara ini disokong oleh Haimowitz dalam Hurlock (1967) dalam tesis yang sama, yang menyatakan pengabaian kasih sayang oleh ibu bapa menjurus ke arah kenakalan yang menyebabkan remaja bertingkah laku devian. Kajian ini telah membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dan keluarga dalam pembentukan personaliti anak-anak. Institusi keluarga yang lemah menyebabkan anak-anak tersilap memilih rakan sebaya di mana akan menambahkan lagi potensi mereka untuk terjebak dalam kancah gejala tidak sihat. Ibu bapa yang alpa mencari kekayaan dunia secara tidak sedar telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membimbing anak-anak. Keruntuhan institusi keluarga berpunca daripada beberapa sebab seperti perceraian, krisis moral dan keluarga. Selain itu, kurangnya pemerhatian, kawalan, bimbingan dan pendidikan serta nilai agama yang cukup daripada ibu bapa telah mendorong anak-anak untuk bertindak liar dan diluar kawalan seperti terlibat dengan tingkah laku devian atau anti-sosial. Anak-anak akan mula berasa bosan duduk di rumah dan tidak akan teragak-agak untuk sering keluar bersama rakan-rakan untuk mencari keseronokan dan menghilangkan tekanan. Lebih malang lagi apabila terdapat sesetengah remaja kini tekad untuk lari dari rumah kerana tidak tahan dengan keluarganya sendiri. Sikap mengambil keputusan secara drastik tanpa berfikir panjang akan mana baik dan yang mana buruknya membuktikan betapa lemahnya peranan institusi keluarga di sini sehingga menjadikan anak-anak ini gemar untuk terjun ke dalam gejala tidak sihat seperti vandalisme. Tuntasnya, ibu bapa perlu sedar bahawa merekalah golongan yang paling hampir dengan anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memberikan contoh teladan yang baik, maka tidak hairanlah sekiranya anak-anak mereka rosak dan kurangnya nilai-nilai murni dalam sesebuah

4

bertindak diluar kawalan. Kemesraan yang terjalin dalam perhubungan untuk sesebuah institusi keluarga amatlah penting untuk menyekat anak-anak daripada unsur-unsur tidak baik. Anak-anak memerlukan keluarga sebagai tempat mengadu masalah. Sekiranya keluarga mereka sendiri tidak ambil peduli akan prihal anak-anak mereka, maka janganlah pula mereka terkajut apabila anakanak ini meningkat dewasa sudah tidak mengenal lagi erti nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Keluarga yang bahagia adalah kunci utama untuk melahirkan individu yang berakhlak mulia. 3.0 Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya juga antara faktor utama berlakunya gejala vandalisme dalam masyarakat kita. Menurut Cole dan Hale (1970), dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, rakan sebaya merupakan unit bagi golongan remaja malah mereka sering berarah kepada persamaan dalam pelbagai bidang, corak hidup, sekolah dan taraf sosioekonomi. Selain itu, tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Umumnya, rakan sebaya adalah teman di mana remaja bertindakbalas, berinteraksi dan mendapat hubungan serta memerlukan kerjasama yang erat antara satu sama lain. Golongan remaja lazimnya mudah terdorong untuk melakukan gejala vandalisme apabila bersama rakan-rakan. Menurut Differential Association Theory oleh Hirchi dan Selvin (1973) dalam tesis yang sama, seorang remaja tidak berminat atau tidak berhasrat untuk melakukan sesuatu aktiviti sebelum dia menggabungkan diri dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan berita yang terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan bahawa kebanyakan kejadian salah laku melibatkan beberapa kumpulan pelajar. Justeru itu, ramai remaja didapati menghabiskan sebahagian besar masa mereka bersama rakan sebaya sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.

5

Sebaik sahaja remaja meluangkan masa bersama-sama, mereka banyak mempelajari hal-hal berkaitan kehidupan harian, berkongsi pengalaman dan