Hmef 5103 Qualitative Research Methodology

  • View
    158

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OUM

Text of Hmef 5103 Qualitative Research Methodology

METODOLOGI KAJIAN KUALITATIF

Pengenalan

Mutakhir ini, teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) semakin pesat berkembang dan telah mula mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Dalam bidang pendidikan, pengintegrasian TMK membawa pengalaman pengajaran dan pembelajaran selangkah lebih maju. Anjakan pedagogi dan kaedah mengajar baharu diwujudkan dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Kajian dari penyelidik-penyelidik yang lepas telah membuktikan pengintegrasian teknologi dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan cara penyampaian yang berkesan.

Terdapat pelbagai cara untuk guru mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah seperti menggunakan slaid powerpoint, membuat tayangan video, permainan viseo interaktif dan macam-macam lagi. Di samping menarik minat murid, kaedah ini juga telah terbukti berjaya menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan dan senang difahami oleh murid. Contohnya, guru sains dapat menunjukkan gambar pergerakan atau eksperimen dengan tayangan video agar murid dapat melihat sendiri perkembangan pada setiap langkah dalam eksperimen itu berbanding mengimaginasikannya sahaja.

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbangkepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...( Mahathir Mohamad, 1998 )

Masanya telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan TMK dalam bilik darjah. Guru menggunakan TMK dalam pembelajaran untuk memudahkan mereka berhubung dan mencapai murid mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) memandang serius perkara ini dan mengambil langkah dengan memastikan guru-guru keluaran Institut Pendidikan Guru semuanya telah pun didedahkan dan dilatih dengan baik untuk menggunakan TMK dalam pengajaran harian mereka. KPM juga telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel, latihan, serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan suatu inovasi teknologi itu di sekolah. Walaupun penggunan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lama didedahkan dan juga terbukti memberi kesan yang sangat memberansangkan dalam membantu guru dan murid mencapai objektif pembelajaran, masih ada sesetengah guru yang berasa tidak selesa dan menjadi risau apabila bahan atau alat baharu TMK cuba diperkenalkan kepada mereka. Sikap sebeginilah yang membawa kesan kepada pengintegrasian teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sikap negatif guru adalah salah satu daripada banyak faktor lain lagi yang memberi kesan dalam usaha mengintegrasikan TMK ke dalam bilik darjah ini. Antaranya seperti kurang sumber bahan dan kewangan, tiada sokongan daripada pemimpin sekolah, tiada panduan, kurang latihan dan pelbagai lagi. Masyarakat menganggap bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian TMK akan berlaku secara automatik. Ini kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru itu sendiri.

1.0 Tujuan Kajian

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Objektif utama kajian adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penyelidik juga akan mengkaji kebenaran di sebalik kenyataan yang mengatakan pengintegrasian TMK dalam bilik darjah ini dapat meningkatkan pembelajaran murid.

Teknologi Maklumat ini mungkin sesuatu yang baru kepada sesetengah guru, oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara kekangan-kekangan yang sering dibincangkan adalah :

i) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang Teknologi Maklumat.Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para murid dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh murid-murid dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya. Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan murid.

ii) Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi MaklumatPengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

iii) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak MencukupiProses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan murid lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.

Selain daripada faktor-faktor yang dibincangkan di atas, penyelidik juga akan cuba mengenal pasti faktor-faktor lain yang mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam bilik darjah dan adakah TMK ini dapat meningkatkan pembelajaran murid atau sekadar membebankan guru sahaja. Untuk mengenal pasti faktor-faktor ini, penyelidik telah menemubual tiga orang guru dari latar belakang yang berbeza untuk mendapatkan maklumat faktor yang mempengaruhi mereka untuk menggunapakai TMK di dalam bilik darjah. Kajian literatur turut dijalankan untuk menngenal pasti keputusan bagi kajian-kajian berkaitan yang pernah dijalankan serta mendapatkan isi dan pendapat dari mereka yang berkenaan.

2.0 Kajian Literatur

ICT merupakan ringkasan daripada Information Communication and Technology atau dalam Bahasa Malaysia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ). Teknologi berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud membentuk atau menubuhkan sesuatu teknologi biasanya memppunyai aspek perkakasan ( bahan atau objek fizikal ) dan aspek perisian ( asas informasi untuk perkakasan tersebut ). Teknologi 1. Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dll 2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).Komunikasi pula boleh didefinisikan sebagai alat yang menggerakkan manusia yang membuatkannya berkait rapat dengan komuniti. Hubungan komunikasi adalah ibarat air dengan tebing di mana kedua-duanya salaing bergantung. Komuniti tidak dapat wujud tanpa komunikasi dan begitu juga sebaliknya. Mengikut Kamu