23
1 ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS BAB 1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

  • Upload
    nur-kas

  • View
    1.993

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

1

ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS

BAB 1

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Page 2: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

2

PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN

• Dari sudut bahasa, Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu “salima” yang bermaksud selamat, sentosa dan kedamaian.

• Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Islam berbeza daripada golongan agama lain yang ada di muka bumi kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu, golongan-golongan mahupun tempat-tempat tertentu.

Page 3: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

3

PENGERTIAN ISLAM• Definisi Islam mengikut istilah ialah patuh dan menyerah

diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.

• Islam juga ialah menyerah diri, tunduk dan patuh kepada perintah Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

• Islam juga ialah peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia, menjadi dasar akhlak mulia sebagaimana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Page 4: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

4

Samb..

• Daripada riwayat Bukhari, maksudnya “ Dibina Islam itu di atas lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa Ramadhan”

• Kelima-lima perkara yang disebut dalam hadis tersebut dikenali dengan rukun Islam.

Page 5: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

5

PENGERTIAN IMAN

• Iman didefinisikan sebagai mempercayai dan membenarkan dalam hati, berikrar dengan lidah bahawa Allah SWT adalah tuhan yang sebenar dan berhak disembah dan melaksanakan dengan anggota segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya

• Iman bermaksud percaya kepada Allah• Dengan itu orang yang beriman adalah

ditakrifkan sebagai orang yang percaya(mukmin)

Page 6: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

6

Samb…

• Keimanan kepada Allah bukan sahaja diyakini dalam hati dan diucap dengan lidah tetapi mestilah dilaksanakan dengan amalan dan tindakan

• Rasulullah SAW bersabda “Beriman kepada Allah, Rasul-rasulnya, Hari Akhirat dan takdir baik dan jahat (Qada’ dan Qadar)

Page 7: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

7

PENGERTIAN IHSAN

• Ihsan bermaksud melakukan sesuatu amalan hanya kepada Allah SWT

• Ihsan ialah bahawa “kamu menyembah Alah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”

• “Yakni mengabadikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat kepada-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu.(Riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab)

Page 8: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

8

KONSEP ISLAM SEBAGAI AD-DIN

• Merujuk kepada satu sistem hidup yang lengkap

• Merangkumi hubungan manusia dengan Allah, manusia dan alam

Page 9: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

9

ASAS –ASAS SYARIAT ISLAM

• Aqidah bermaksud ikatan atau simpulan• Iman dan aqidah mempunyai maksud

pengertian yang sama.Asas aqidah adalah tauhid.

• Perkara –perkara yang membatalkan Aqidah ialah:

1. Menghina Islam melalui kata-kata2. Melalui perbuatan3. Melalui I’tiqad(pegangan hati)

Page 10: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

10

Samb…

• Tauhid Rububiyyah- Berasal daripada perkataan Rabb.- -Dari segi istilah syara’, tauhid Rububiyyah

bermaksud mentauhidkan Allah pada yang mencipta alam, mengurus dan mentadbirnya, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan seterusnya dimana terkandung di dalamnya juga beriman dengan Qadar.

Page 11: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

11

• Tauhid Uluhiyyah

-iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah dengan mahabbah(Cinta) kepadaNya, Khauf (takut) kepada Nya, raja’ (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Semuaini dibina dengan ibadah yang ikhlas kerana Allah

-Menerima segala hukum dengan yakin dan redha.

Page 12: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

12

• Tauhid Al- Asma’ was Sifat-Iaitu percaya dan mengaku segala nama dan sifat Allah

SWT secara ijmal dan tafsil-Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama yang

paling baik) dan sifat kesempurnaan Maha Suci daripada segala kekurangan.

Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan ke Islaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.

-Ini kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama Ar Rahman

Page 13: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

13

ASAS-ASAS SYARIAT ISLAM (Samb)

• Syariah ialah apa yang diturunkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad. Mengandungi segala aspek mengenai perturan dan cara hidup.

• Konsep Ibadah terbahagi kepada Umum dan Khusus• Muamalat dari segi bahasa ialah interaksi dengan orang

lain. Dari istilah pula , ia merupakan perhubungan sosial dalam bentuk ekonomi atau bukan

• Munakahat ialah satu sistem kekeluargaan Islam• Janayat membincangkan berkenaan dengan

perundangan Islam

Page 14: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

14

Samb..

• Akhlak iaitu budi pekerti, kelakuan, watak.

• Skop akhlak dalam Islam meangkumi dari sudut :

-Akhlak dengan Allah

-Aklah sesama manusia

-Akhlak sesama masyarakat

Akhlak terhadap makhluk selain manusia

Page 15: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

15

MAQASID AL-SYARIAH

• Ia adalah tujuan-tujuan syariah. Di mana setiap hukum yang ditentukan mempunyai tujuan dan matlamat. Di antaranya ialah untuk memberi maslahah (manfaat) dan menolak mudharat kepada manusia

• Maslahah (manfaat) terbahagi kepada tiga:

-Maslahah Dharuriyat (malahah asasi)

-Maslahah Hajiyat (maslahah keperluan)

-Maslahah Tahsinat atau Kamalat

Page 16: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

16

TASAWWUR ISLAM

• Iaitu keistimewaan dan ciri-ciri khusu yang terdapat pada mana-mana agama lain.

• Rabbani (ketuhanan)• Thabat wa Murunah (tetap dan anjal)• Waqi’ah(realistik)• Tawazun dan wasatiyah• Syumul(menyeluruh)• Alamiyyah (sejagat)

Page 17: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

17

PANDANGAN SEMESTA ISLAM

• Allah mempunyai kekuasaan dan kehendak (Iradah) tanpa paksaan dan arahan daripada seiapapun untuk mencipta manuia dan alam semesta.

• Semua ciptaan (makhluk) terutamanya manusia dan alam ini tertakluk kepada peraturan Allah.

• Allah sebagai pencipta yang mutlak, berhak menentukan sesuatu terhadap kedua-duanya.

• Matlamat akhir manusia adalah kehidupan akhirat

Page 18: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

18

KONSEP ILMU DAN NILAI DALAM ISLAM

• Ilmu ialah pengetahuan , kepandaian

• Semua ilmu adalah milik Allah.

• Wahyu ialah sumber utama ilmu kepada manusia memali perantaraan RasulNya

• Ilham ialah satu tanggapan emisi yang terbit dalam hati. Ia tidak diterima oleh semua orang. Dikenai juga sebagai Ilmu Laduni.

Page 19: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

19

• Intuisi ialah tanggapan akal secara langung tanpa berfikir

• Akal yang membezakan manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain

• Pancaindera• Aksiologi bermaksud teori dan sistem nilai.

Dalam Islam, sistem ini terbahagi kepada lima kategori iaiatu Fardhu atau Wajib, Sunat atau Matlub, Harus atau Mubah, Makhruh dan Haram.

Page 20: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

20

KONSEP JIHAT DALAM ISLAM

• Pengertian Jihad dari sudut bahasa ialah bersungguh-sungguh. Manakala dari sudut istilah, diertikan dengan pelbagai maksud. Firman Allah yang bermaksud (….dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah)(Al-Taubah 41)

• Sejarah Jihat pada zaman Rasullah:-untuk menolak kezaliman-Untuk menghalang kerosakan-untuk bertindak balas-untuk mempertahankan diri

Page 21: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

21

Samb…

• Bahagian Jihad

- Jihad memerangi musuh Allah dari syaitan dan orang kafir

- Jihad Amar Maa’ruf Nahi Mungkar

- Jihad melawan hawa nafsu dengan membersihkan jiwa dan mensucikan hati

Page 22: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

22

Samb..

• Unsur-unsur Jihad

-Hijrah, iaitu perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik

-Perjuangan, berjuang bersungguh-sungguh dengan usaha untuk mencapai matlamat

-Pengorbanan dari segi diri sendiri, masa, tenaga, harta dan sebagainya.

-Syahid.

Page 23: Islam Dan Konsep-konsep Asas-1

23

• TAMAT…AND WILL BE CONTINUED…