19
KONSEP ASAS MORAL Disediakan oleh:Vivian Wong Shieh Ying Sharon Low Yee Sa Shereen Choo Lih i!an

Konsep Asas Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

moral

Citation preview

KONSEP ASAS MORAL

KONSEP ASAS MORALDisediakan oleh:Vivian Wong Shieh Ying Sharon Low Yee SaShereen Choo Lih JiuanPENGENALANMoral berasal daripada perkataan Bahasa Latin moralis yang beerti tingkah laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat.

Moralis pula bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Pemikiran moral juga boleh dibahagikan kepada 4 bahagian.

KONSEP ASAS MORALALIRAN PEMIKIRAN MORAL:

PEMIKIRAN NATURALISDEFINISI PEMIKIRAN NATURALISNaturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalamEthnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain.Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN NATURALISSecara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.CIRI-CIRI PEMIKIRAN NATURALIS (samb)Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.CONTOH-CONTOHBerikut merupakan contoh-contoh yang menggambarkan seseorang individu/ masyarakat yang berfikiran naturalis:CONTOH 1Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.CONTOH 2Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Rezeki secupak takkan jadi segantang: gambaran kemalasan orang yang merasa cukup-cukup sahaja dengan apa yang ada.Contoh: Apabila orang suddah mendapat secupak beras, mereka akan terima sahaja kerana mereka berpendapat ia tidak akan menjadi segantang.Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 57 tahun yang lalu.*find secupak and segantang de picture*CONTOH 3Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.PEMIKIRAN EMOTIVISDEFINISI PEMIKIRAN EMOTIVISAliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.CIRI-CIRI PEMIKIRAN EMOTIVISMenurut golongan emotivis, individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.CIRI-CIRI PEMIKIRAN EMOTIVIS (samb)Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.CIRI-CIRI PEMIKIRAN EMOTIVIS (samb)Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Hal ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.CONTOH-CONTOHBerikut merupakan contoh-contoh yang menggambarkan seseorang individu/ masyarakat yang berfikiran emotivis:CONTOH 1Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30-an di tempat letak kereta PasarayaGiant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Contoh 2Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.Contoh 3Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!

Contoh-contoh lain

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pemikiran-moral-naturalis-emothttps://www.academia.edu/5066548/TAJUK_1_Konsep_Asas_Moralivis.htmlhttp://amelan2013.blogspot.com/2013/06/aliran-pemikiran-moral.htmlhttp://kuasai-minda.blogspot.com/2013/08/rezeki-secupak.html

SEKIAN, TERIMA KASIH