25
PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E-FORM KAF 3013 KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI TUGASAN 2 KEPENTINGAN KESIHATAN DAN NUTRISI DI PRASEKOLAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.ID NO.TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

KAF 3013 2.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEPENTINGAN KESIHATAN DAN NUTRISI DI PRASEKOLAH

Citation preview

Page 1: KAF 3013 2.docx

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 12 TUGASAN 23 E-FORM

KAF 3013

KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI

TUGASAN 2

KEPENTINGAN KESIHATAN DAN NUTRISI DI PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.ID NO.TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:TARIKH SERAH:

Page 2: KAF 3013 2.docx

PENDAHULUAN

Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang

sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat

menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang

keletihan. Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bererti individu

tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang posoitif. Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak dan

kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif secara menyeluruh.Kesihatan diri

secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai kecegasan

emosi, mental, agama/rohani dan fizikal.

Makanan adalah keperluan asas bagi setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini. Makanan

yang dimakan perlulah berkualiti dan diambil dengan cara pemakanan yang betul. Menurut

Azimuth (2008) seseorang akan menjadi tidak sihat jika mempunyai tabiat makan yang tidak

sihat. Mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrisi akan membantu

menyihatkan tubuh badan. Bagi memastikan sektor pendidikan negara terus bergerak dan

berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain, salah satu elemen yang penting adalah

keperluan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan produktif bagi memenuhi keperluan

negara. Kualiti pelajar yang lahir pula dipengaruhi oleh amalan pemakanan selain daripada

kemudahan pembelajaran, kesungguhan pelajar sendiri, keberkesanan guru yang mengajar dan

persekitaran yang merangsang pembelajaran.

Kanak-kanak menghabiskan masa hampir satu pertiga waktu dalam sehari di sekolah dan mereka

makan sekurang-kurangnya satu hidangan di kantin. Hal ini berlaku di kebanyakan kawasan

bandar, di mana kedua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan bekalan

makanan untuk anak mereka. Makanan merupakan faktor penting untuk perkembangan dan

kesihatan manusia terutama sekali bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ia bukan hanya

berkhasiat tetapi juga menyihatkan. Ini bermakna kita mesti memastikan hidangan yang

disediakan di sekolah berkhasiat dan menyihatkan.

Page 3: KAF 3013 2.docx

Tabiat makan pelajar sebahagian besarnya dipengaruhi oleh makanan yang didapati di kawasan

persekitaran sekolah. Corak pemakanan menyumbang kepada pengambilan pemakanan dan akan

mempengaruhi perkembangan tabiat makan, corak pertumbuhan dan paras tenaga yang

digunakan. Mengambil makanan yang berkhasiat dan menerapkan gaya hidup sihat akan

membolehkan pelajar membesar dan mengembangkan potensi secara optimum serta membawa

kepada prestasi pendidikan yang lebih baik.

Kebanyakan kantin sekolah masih menjual makanan dan snek yang tidak sihat. Ini diakui oleh

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik dari akhbar pada 15 Ogos berkata

“Pemeriksaan menunjukkan banyak kantin masih menjual makanan bergoreng yang tidak

memenuhi garis panduan kementerian berhubung makanan yang sihat. Kajian terhadap 10,000

kanak-kanak berusia antara enam dan dua belas tahun menunjukkan bahawa 24 peratus daripada

mereka mempunyai berat berlebihan atau obes”.

Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dengan jelas menyatakan gula-gula, jeruk dan snek yang

mengandungi pewarna dan perisa tiruan tidak dibenarkan. Garis panduan itu juga menyatakan

makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan, mi segera, kek, aiskrim,

minuman dengan pewarna tiruan, minuman berperisa, teh, kopi dan minuman ringan tidak

digalakkan. Garis panduan itu juga menyediakan beberapa perkara yang jelas bagi pengendali

makanan kantin bagaimana untuk menyediakan makanan yang kurang gula, garam dan lemak

dan juga kepentingan untuk memasukkan makanan yang kaya dengan serat dalam setiap

hidangan mereka. Tiada alasan untuk pihak pengendali kantin tidak mempedulikannya.

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan seharusnya bertindak dengan lebih tegas

dengan menguatkuasakan garis panduan bagi memastikan pihak kantin sekolah menyediakan

hidangan sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak dan mengenakan hukuman yang tegas ke atas

pengusaha kantin yang enggan untuk bekerjasama. Menyediakan hidangan yang sihat dan

berkhasiat merupakan cara mendidik kanak-kanak mengenai makanan yang sihat dan makanan

yang perlu dielakkan di luar sekolah.

Page 4: KAF 3013 2.docx

LATAR BELAKANG MASALAH

Status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap pembelajaran dan prestasi

pelajar di sekolah. Menurut Govindji et al. (2002), pelajar yang kekurangan nutrien tertentu

dalam dietnya; contohnya, zat besi, iodin dan protein tidak mempunyai potensi yang sama untuk

belajar seperti pelajar yang sihat. Ini kerana makanan yang dimakan memberi kesan terhadap

kesihatan mental dan fizikal individu tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa, diet yang tidak

sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan dan emosi yang tidak

stabil. Walau bagaimanapun, gejala tersebut dapat dihindarkan dengan cara mengamalkan diet

yang sihat.

Pihak sekolah tidak dapat merawat pelajar yang mengalami masalah pemakanan yang tidak sihat,

tetapi pihak sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membantu mencegah ianya

bermula. Ini kerana, persekitaran sekolah dan dinamik sosial kanak-kanak dapat memberi kesan

untuk membentuk amalan pemakanan yang sihat atau yang kurang sihat. Secara tidak langsung,

dengan mengamalkan diet yang sihat, para pelajar akan membesar dengan seimbang dari segi

mental dan fizikal yang seterusnya membantu mereka memberikan penumpuan optimum semasa

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Rosso (1999), menyatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar

sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Beliau turut menyatakan

bahawa gejala kelaparan yang biasa dialami oleh pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi

sebelum ke sekolah boleh menyumbang kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran mereka.

Ini kerana pelajar yang lapar menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dan sukar

melakukan tugasan yang kompleks. Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa sekolah

memainkan peranan penting dalam mengubah diet pelajar. Menurut mereka, sekolah berpeluang

untuk mendidik generasi muda mengenai makanan dan nutrisi. Sekolah juga dapat

mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan dengan

menyediakan pilihan makanan yang sihat di kantin sekolah. Oleh itu, usaha untuk

mempromosikan amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat di kalangan remaja melalui

sistem sekolah adalah keperluan yang kritikal.

Page 5: KAF 3013 2.docx

PENYATAAN MASALAH

Pemakanan merupakan satu faktor yang penting di dalam kehidupan seharian setiap manusia.

Murid-murid yang mendapat cukup zat makanan dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan

berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum. Sebaliknya murid-murid yang mendapat

kurang zat makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan,

kurang penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah.

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pemakanan seimbang di kantin

sekolah melalui tiga aspek iaitu kepelbagaian menu, tahap pengetahuan dan pendedahan

pendidikan kesihatan serta kesannya terhadap konsentrasi pelajar semasa P&P. Perkara yang

dikaji ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, konsistensi pengambilan

makanan, sokongan sekolah, tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar berkaitan pemakanan

yang sihat. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan

temubual sebagai instrument kepada pelajar Prasekolah. Data dianalisis dengan menggunakan

kaedah kuantitatif berdasarkan purata jawapan untuk mendapatkan peratusan kajian.

TUJUAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan meninjau apakah amalan pemakanan yang diamalkan oleh

pelajar Prasekolah dari segi kekerapan pengambilan nutrisi yang selengkapnya dan juga

penjagaan kesihatan yang diamalkan serta pemakanan yang sihat serta sokongan pihak sekolah

dalam meningkatkan pengetahuan, konsentrasi dan amalan pelajar berkaitan pemakanan yang

sihat.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar.

2. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan yang sihat.

3. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan pemakanan yang sihat.

Page 6: KAF 3013 2.docx

4. Mengenalpasti konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar.

5. Mengenalpasti konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

6. Mengenalpasti sokongan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di

kalangan pelajar-pelajarnya.

PERSOALAN KAJIAN

Secara khusus, matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa

persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar?

2. Apakah tahap kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat?

3. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat?

4. Apakah konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar?

5. Apakah tahap konsentrasi pelajar di dalam kelas?

6. Apakah hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam

mengamalkan pemakanan yang sihat?

7. Apakah hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi

pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku?

8. Apakah sokongan pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang

9. sihat di kalangan pelajar sekolah tersebut?

10. Apakah hubungan antara sokongan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan

11. pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat?

HIPOTESIS

1. Tahap pengetahuan pelajar secara signifikan tidak mempengaruhi kesedaran mereka

dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat

2. Pengambilan makanan secara konsisten tidak mempengaruhi konsentrasi pelajar di dalam

kelas

3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan pihak sekolah dengan tahap

pengetahuan pelajar dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

Page 7: KAF 3013 2.docx

KEPENTINGAN KAJIAN

1. Ibu Bapa

Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada ibu bapa agar dapat mendidik dan

menunjukkan anak-anak di rumah tentang cara pengambilan makanan yang berkhasiat serta

seimbang agar dapat melahirkan anak-anak yang sihat dan cerdas. Dengan adanya didikan dari

rumah dapat anak-anak ini mengaplikasikan pemakanan yang betul apabila berada di luar rumah

terutamanya di sekolah.

2. Pelajar

Melalui kajian ini, diharap dapat menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan makanan

sihat yang berkhasiat dan seimbang agar mereka dapat mengamalkan cara pemakanan yang baik

dalam kehidupan seharian.

3. Guru

Kajian ini juga dapat menyedarkan guru-guru tentang kepentingan dalam memberi pendedahan

serta pendidikan kepada pelajar tentang pemakanan seimbang dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya pelajar-pelajar membezakan makanan yang sihat dan berkualiti.

4. Sekolah

Kajian ini juga dapat memberi panduan kepada pihak sekolah mengenai tanggungjawab dalam

menyediakan pengusaha kantin yang berpengetahuan dalam bidang pemakanan agar dapat

menyediakan makanan yang sihat dan berzat kepada pelajar bagi menjamin kebersihan dan

keselamatan makanan di kantin sekolah.

5. Pengusaha kantin sekolah

Kajian yang dijalankan ini juga dapat memberi motivasi kepada pengusaha kantin sekolah

supaya mereka memperbaiki perkhidmatan makanan mereka agar makanan yang disediakan

lebih bermutu dan berkualiti.

Page 8: KAF 3013 2.docx

6. Masyarakat

Memberi panduan kepada masyarakat tentang kepentingan kualiti perkhidmatan makanan di

kantin sekolah agar masyarakat lebih prihatin terhadap pemakanan anakanak mereka.

7. Pihak Kerajaan

Dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

SKOP KAJIAN

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk

perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan

sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam

kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai

masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru

perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid

prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis

nutrien yang diperlukan oleh badan:

a) Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh

manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang

diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu,

laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa

selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan

sepertinya.

b) Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya

boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas

kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Page 9: KAF 3013 2.docx

c) Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan

menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana

merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang

aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga

mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan

manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam

tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu

dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh

mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah

vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam

system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak

membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.

Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.

Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk

perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal

dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang

berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada

peringkat remaja.

Page 10: KAF 3013 2.docx

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan

pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat

semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid

Makanan Malaysia

Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap

tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama

seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada

kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal,

mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium,

iodin.

Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami

kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering

kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang

paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih

kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan,

khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat

badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan

berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu

faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes

dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak

mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri.

Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan

mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan

nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu

lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.

Page 11: KAF 3013 2.docx

KAEDAH KAJIAN

1. Soal Selidik

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik, yang akan

diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumbalas, yang mana ianya merangkumi

beberapa item. Menurut Van Delen (1993), soal selidik merupakan satu cara paling mudah untuk

memperolehi maklumat. Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-

cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat kualitatif dan kuantitatif. Di antaranya

ialah maklumat dan data-data dari responden dapat diperolehi secara terus daripada responden.

Selain itu ianya lebih cepat serta menjimatkan masa dan perbelanjaan.

2. Pemerhatian

Kaedah ini digunakan untuk meninjau dan menilai jenis menu makanan di kantin sekolah yang

dilakukan selama tiga hari. Pemerhatian ini dilakukan bagi menyokong persoalan kajian pertama

bagi melihat kepelbagaian menu seimbang yang disediakan di kantin sekolah.

3. Temubual

Kaedah ini dijalankan ke atas pengusaha kantin untuk mendapatkan butiran dan maklumat

berhubung dengan menu-menu yang dijual dan makanan yang menjadi kesukaan pelajar di

kantin sekolah.

Page 12: KAF 3013 2.docx

DAPATAN

1. Latar Belakang Sampel

Latar belakang sampel pelajar yang diambil dalam kajian ini meliputi jantina untuk mengetahui

corak pemakanan dia antara lelaki dan perempuan, kedudukan sekolah yang terletak di kawasan

perumahan berhampiran Bandar serta faktor-faktor persekitaran dan pemakanan yang disediakan

oleh pihak pengurusan Prasekolah seperti mana yang telah dinyatakan dalam batasan kajian.

Pelajar Prasekolah dijadikan responden kerana menurut teori perkembangan Havighurst (1953),

pada peringkat umur antara 6 hingga 12 tahun kanak-kanak bebas menunjukkan sifat berdikari

dan boleh membuat keputusan bersesuaian pada fikiran mereka. Menurut Shahabudin et al.

(2004), perkembangan kanak-kanak di Malaysia yang berada di Prasekolah sudah berjaya

menguasai kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira serta menyedari kemahiran asas

dalam kehidupan.

2. Data-Data Kajian

Data diperolehi melalui kaedah soal selidik. Menanyakan soalan yang berkaitan dan seterusnya

menandakan jawapan pada borang kaji selidik yang disediakan.

3. Tatacara Penganalisisan Data

Setelah memperolehi data, ia dianalisis dengan menggunakan paratus jawapan yang diberi oleh

pelajar. Berdasarkan peratusan yang diperolehi, pengkaji dapat mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan

mengamalkan diet seimbang serta sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang

pelajar-pelajarnya. Selain itu, pengkaji dapat melihat perhubungan di antara tahap pengetahuan

sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam

mengamalkan pemakanan yang sihat serta untuk melihat hubungan antara tahap pengetahuan

sedia ada pelajar dengan sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk amalan

pemakanan yang sihat di kalangan pelajar

Page 13: KAF 3013 2.docx

PENUTUP

Guru prasekolah perlu sentiasa mengawasi keperluan-keperluan keselamatan. Kanak-kanak

boleh dilatih untuk mengenali punca-punca kemalangan dan bahayanya. Suasana prasekolah

yang selamat dari aspek fizikal dan psikologi, dapat menjamin kanak-kanak dan guru

menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran dan pendidikan seoptimumnya.

Oleh itu, semua guru prasekolah bertanggungjawab dalam memastikan makanan yang disediakan

di prasekolah bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Salah satu peranan guru adalah

memastikan makanan yang disediakan di prasekolah mengandungi semua nutrien yang

diperlukan dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu

mengenal pasti bahawa makanan yang disediakan di prasekolah mencukupi untuk kanak –

kanak. Guru perlu sentiasa bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi memastikan

keperluan pemakanan kanak-kanak di prasekolah terjamin serta menepati kehendak dan

keperluan mereka. Malah, kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak juga perlu bagi

memastikan persekitaran kanak -kanak selamat dan terjamin tahap kebersihannya.

Dengan itu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa semua pihak perlu bekerjasama bagi

memastikan segala keperluan kanak-kanak di sekolah mahupun prasekolah adalah terjamin dan

mampu melahirkan kanak-kanak yang sihat dalam setiap aspek kehidupan.

Page 14: KAF 3013 2.docx

KEPUTUSAN KAJIAN

1)

No Soalan Ya/Tidak Lelaki Perempuan Total

1.Adakah anda suka makan sayur?

Ya 5 10 15

Tidak 5 5 10

2.Adakah anda suka makan buah-buahan?

Ya 9 13 14

Tidak 1 2 3

3.Adakah anda kerap anda beli di kantin sekolah?

Ya 8 13 15

Tidak 2 2 4

4.Adakah makanan yang disediakan oleh pihak sekolah sedap?

Ya 7 10 17

Tidak 3 5 8

Jadual 1: Tahap Pengetahuan Murid

2)

No Soalan Ya/Tidak Lelaki Perempuan Total

1.Adakah anda mengambil sarapan pagi sebelum sesi persekolahan bermula?

Ya 5 10 15

Tidak 5 5 10

2.Adakah anda tahu keburukan akibat daripada pengambilan makanan ringan seperti keropok, air berkarbonat, gula-gula dan aiskrim.

Ya 9 13 14

Tidak 1 2 3

3.Adakah anda tahu pemakanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan.

Ya 8 13 15

Tidak 2 2 4

Jadual 2: Pendedahan Pendidikan Kesihatan

3)

Page 15: KAF 3013 2.docx

Nilai kalori adalah sejumlah tenaga yang dikeluarkan bila satu gramdibakar sepenuhnya

Nilai kalori adalah sejumlah tenaga yang dikeluarkan bila satu gram

dibakar sepenuhnya

1 kalori = 4.2 joule1 kilokalori = 4.2 kilojoule

Kelas makanan Karbohidrat Lemak Protein

Nilai kalori (kJ / g) 16.7 37.6 16.7

Jenis Makanan Nilai kalori per 100g (kJ)

Kuantiti (g) Jum. kalori (kJ)

Roti 1050 50 525

Nasi 1050 200 300

Ayam 800 50 400

Susu 1400 500 7000

Jadual 3: Nilai kalori pelbagai kelas makanan

4)

Page 16: KAF 3013 2.docx

Contoh Makanan dan Kalori

Page 17: KAF 3013 2.docx

RUJUKAN

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Noble, C., et al, (2003). Food choice and secondary school meals: the nutritional implications of

choices based on preference rather than perceived healthiness. International Journal of

Hospitality

Norlaila Hamima Jamaluddin, (2006). “Ibubapa antara penyebab masalah berat badan

berlebihan”. Harian Metro: Artikel.

Pelto, G. H., Santos, I., Gonocalves, H., (2004). “Counseling training changes physician

behavior and improves caregiver knowledge acquisition”. The Journal of Nutrition, 134, 2. 357

362.

Picciano , M. F., McBean, L. D., Stallings, V. A. (1999). “How to grow a healthy child: a

conference report”. Nutrition today, 34, 1. 6-14.

Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan Masyaraka, 5, 90-

91.

Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002). “Persepsi ibu bapa terhadap amalan pemakanan

kanak-kanak prasekolah”. School of Medical Science: Universiti Sains Malaysia. Abstrak.

Rosso, J. M. D. (1999). “School Feeding Programs : Improving effectiveness and increasing the

benefit to education. A Guide for program managers”. The Partnership for Child

Development.Tidak diterbitkan.

Sekaran, U. (1992). “Research methods for business: A skill-building 50 Approach. “Ed.2. (pp.

253). New York: John Wiley & Sons.Inc