24
KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH ZAHARAH BINTI OSMAN KOD PENYELIDIKAN UPSI: 03-18-0027-08 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

ZAHARAH BINTI OSMAN

KOD PENYELIDIKAN UPSI: 03-18-0027-08

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

ZAHARAH BINTI OSMAN (03-18-0027-08)

Page 3: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

iii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya telah beijaya menghasilkan Penyelidikan Pensyarah Muda (SKIM DAPENA) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana memberi kelulusan untuk menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak termasuk guru prasekolah dan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI yang sudi memberi keijasama dalam menjayakan penyelidikan ini.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Dr. Aziz, En Loy, Cik Amelia, Puan Hazalizah dan Puan Mazlina yang memberi bantuan dan sokongan dalam penyelidikan ini.

Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa bersabar dan memberi dorongan.

Semoga penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang prihatin dengan pendidikan prasekolah.

Page 4: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

iv

ABSTRAK

Penilaian merupakan satu tugas profesional yang paling penting kepada guru prasekolah. Guru-guru menjalankan penilaian dalam kelas untuk mengetahui pencapaian dan objektif yang ditetapkan dapat dikuasai oleh kanak-kanak. Penyelidikan ini dilaksanakan untuk melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian dalam pendidikan prasekolah. Responden kajian terdiri daripada 100 orang guru prasekolah dari Kementerian Pelajaran Malaysia, KEMAS dan PERPADUAN di daerah Batang Padang. Data-data penyelidikan diperolehi melalui soal selidik dan keputusan penyelidikan menunjukkan guru prasekolah mempunyai kepercayaan yang tinggi tentang penilaian dalam aspek tujuan, teknik, penggunaan dan keperluan latihan dan perkembangan keperluan profesional.

Page 5: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

V

ABSTRACT

Evaluation is a profesional task which is very important to preschool teacher. Teachers undertake the evaluation in class to find out children's accomplishment and achievement. The purpose of the study is to focus on teacher's belief on evaluation in preschool education. 100 preschool teachers were selected from the Ministry of Education (KPM), KEMAS and PERPADUAN from Batang Padang area. The research data were collected through questionnaires and the result showed that preschool teachers have strong belief about evaluation in purpose, techniques, utilization and training needs and professional development needs.

Page 6: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

vi

Page 7: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

vii

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 19 4.2 Maklumat am responden 20

4.2.1 Jenis prasekolah 20 4.2.2 Jantina 21 4.2.3 Tahap pendidikan tertinggi 21 4.2.4 Latar belakang dalam pendidikan prasekolah 22 4.2.5 Pengalaman mengajar sebagai guru prasekolah 23 4.2.6 Latihan dalam pendidikan prasekolah 24 4.2.7 Kali terakhir menyertai kursus 25 4.2.8 Kursus yang pemah dihadiri dalam pendidikan

prasekolah 4.2.8.1 Latihan dan orientasi am dalam

pendidikan awal kanak-kanak 26 4.2.8.2 Kaedah mengajar kanak-kanak 27 4.2.8.3 Perkembangan kurikulum 28 4.2.8.4 Penilaian kelas 28 4.2.8.5 Psikologi kanak-kanak 29 4.2.8.6 Perkembangan kanak-kanak 30 4.2.8.7 Penapisan deria, tingkahlaku dan

perkembangan 30 4.3 Kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian

kanak-kanak. 4.3.1 Kepercayaan guru prasekolah tentang

penilaian kanak-kanak secara keseluruhan 31 4.3.2 Kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian

kanak-kanak dari aspek tujuan 32 4.3.3 Kepercayaan guru parsekolah tentang penilaian

kanak-kanak dari aspek teknik penilaian 35 4.3.4 Kepercayaan guru prsekolah tentang penilaian

kanak-kanak dari aspek penggunaan penilaian 39 4.3.5 Kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian

kanak-kanak dari aspek latihan guru dan perkembangan keperluan profesional 42

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 45

5.2 Perbincangan

5.2.1 Kepercayaan guru prasekolah terhadap penilaian secara keseluruhan 46

5.2.2 Kepercayaan guru prasekolah terhadap penilaian

Page 8: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

viii

dari aspek tujuan 46 5.2.3 Kepercayaan guru prasekolah terhadap penilaian

dari aspek teknik 47 5.2.4 Kepercayaan guru prasekolah terhadap penilaian

dari aspek penggunaan 48 5.2.5 Kepercayaan guru prasekolah terhadap penilaian

dari aspek latihan guru dan perkembangan keperluan profesional 49

5.3 Kesimpulan dan cadangan 51

RUJUKAN 52

LAMPIRAN Lampiran soal selidik kajian 55 Lampiran keputusan kebolehpercayaan 63 Lampiran keputusan demografi 65 Lampiran keputusan deskriptif untuk tahap kepercayaan dan empat aspek iaitu tujuan, teknik, penggunaan, dan keperluan latihan dan perkembangan profesional 71 Lampiran keputusan deskriptif untuk setiap item dari aspek tujuan 73 Lampiran keputusan deskriptif untuk setiap item dari aspek teknik 77 Lampiran keputusan deskriptif untuk setiap item dari aspek penggunaan 82 Lampiran keputusan deskriptif untuk setiap item dari aspek latihan dan perkembangan keperluan profesional 86

Page 9: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

SENARAIJADUAL

No. Jadual Muka surat

Jadual 3.1 Item-item kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian dalam pendidikan prasekolah dari aspek tujuan, teknik, penggunaan dan latihan perkembangan dan keperluan profesional 16

Jadual 3.2 Nilai Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach , Min dan Sisihan Piawai bagi keseluruhan item dalam soal selidik 17

Jadual 4.1 Jenis Prasekolah 20

Jadual 4.2 Jantina 21

Jadual 4.3 Tahap pendidikan tertinggi 21

Jadual 4.4 Latar belakang dalam pendidikan prasekolah 22

Jadual 4.5 Pengalaman mengajar sebagai guru prasekolah 23

Jadual 4.6 Latihan dalam pendidikan prasekolah 24

Jadual 4.7 Kali terakhir menyertai kursus 25

Jadual 4.8 Latihan dan orientasi am dalam pendidikan awal kanak-kanak 26

Jadual 4.9 Kaedah mengajar kanak-kanak 27

Jadual 4.10 Perkembangan kurikulum 28

Jadual 4.11 Penilaian kelas 28

Jadual 4.12 Psikologi kanak-kanak 29

Jadual 4.13 Perkembangan kanak-kanak 30

Page 10: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

Jadual 4.14 Penapisan deria, tingkahlaku dan perkembangan

Jadual 4.15 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak secara keseluruhan

Jadual 4.16 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek tujuan penilaian

Jadual 4.17 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek penggunaan penilaian mengikut item

Jadual 4.18 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek teknik penilaian

Jadual 4.19 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek teknik penilaian mengikut item

Jadual 4.20 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek penggunaan penilaian

Jadual 4.21 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek penggunaan penilaian mengikut item

Jadual 4.22 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek latihan guru dan perkembangan keperluan profesional

Jadual 4.23 Kekerapan dan peratus responden bagi kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari aspek latihan guru dan perkembangan keperluan profesional mengikut item

Page 11: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

NAEYC National Association For The Education Of Young Children BPPP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pelajaran SRP Sijil Rendah Pelajaran PMR Penilaian Menengah Rendah SPM Sijil Pelajaran Malaysia SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional MCE Malaysia Certificate Education STPM Sijil Tinggi Persekolahan HSC Higher School Certificate N Jumlah % Peratus Min Purata

Page 12: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah berlandaskan prinsip Rukun Negara yang

mendokong matlamat dan wawasan negara. Pandangan dan falsafah serta teori

pendidikan awal kanak-kanak, psikologi pendidikan dan peringkat perkembangan kanak-

kanak turut diambil kira. Penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berasaskan

empat prinsip utama iaitu perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu,

pembelajaran yang menggembirakan, pengalaman pembelajaran yang bermakna dan

pendidikan sepanjang hayat (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003).

Semua kanak-kanak mengalami pembelajaran dari masa dia dilahirkan sehingga

masuk ke alam persekolahan. Mereka berkembang mengikut tahap tertentu seperti

belajar berjalan, bertutur dan bermain. Perbezaan dalam perkembangan ini harus

dikesan dari awal lagi dan seharusnya dimasukkan ke dalam program intervensi awal

Page 13: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

2

supaya kanak-kanak tersebut diberi kesempatan belajar dan menguasai kemahiran yang

diperlukan (See,2000).

Bailey & Wolery (1984) mengatakan bahawa penilaian harus dijalankan dalam

persekitaran yang selamat. Dalam kelas prasekolah, guru seharusnya menjalankan

penilaian semasa kanak-kanak membuat aktiviti yang disediakan dalam persekitaran yang

selamat.

Penilaian dalam kelas prasekolah diharapkan dapat memberi maklumat yang

berguna kepada guru serta dapat menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-

kanak. Mengikut Meisels et al. (2002), penilaian bilik darjah digunakan sebagai proses

yang berterusan, membentuk pengajaran, menolong guru dan ibu bapa membuat

keputusan tentang cabaran pembelajaran kanak-kanak dan menolong kanak-kanak

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Melalui penilaian, guru prasekolah boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan

menggunakan pendekatan profesional untuk memikirkan tentang amalan masa kini dan

masa depan. Mereka boleh membuat pertimbangan tentang sesuatu situasi, menilai

segala maklumat yang diperolehi, membuat keputusan, menyatakan dan menjelaskan

keputusan kepada pihak lain yang terlibat dengan kanak-kanak yang dinilai seperti ibu

bapa atau guru tahun satu.

1.2 Pernyataan masalah

Dalam pendidikan prasekolah, kesepaduan perlu ada dalam penilaian, kurikulum dan

pengajaran guru. Ini adalah kerana melalui penilaian, maklumat berkaitan dengan kanak-

kanak prasekolah dapat membantu guru prasekolah dalam membuat keputusan yang

penting dan berkesan kepada kanak-kanak prasekolah.

Page 14: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

3

Permasalahannya, sejauhmana kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian

kanak-kanak dari aspek tujuan, teknik, penggunaan dan latihan guru dan perkembangan

keperluan professional.

Oleh itu, kajian ini dijalankan agar dapat memberi gambaran tentang kepercayaan

guru prasekolah terhadap penilaian dalam pendidikan prasekolah dari aspek yang

berkaitan.

1.3 Objektif kajian

Kajian ini ingin melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian dalam

pendidikan prasekolah. Ini adalah kerana guru prasekolah merupakan insan yang paling

hampir dengan kanak-kanak dan mereka dapat melihat penilaian melalui pemerhatian

yang dijalankan semasa kelas prasekolah dijalankan.

Oleh itu, objektif khusus kajian ini ialah:

I. melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak

dari aspek tujuan penilaian.

II. melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak

dari aspek teknik penilaian.

III. melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak

dari aspek penggunaan penilaian.

IV. melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak

dari aspek latihan guru dan keperluan perkembangan professional.

Page 15: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

4

1.4 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini merangkumi:

1. Apakah kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari

aspek tujuan penilaian?

2. Apakah kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari

aspek teknik penilaian?

3. Apakah kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari

aspek penggunaan penilaian?

4. Apakah kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian kanak-kanak dari

aspek latihan guru dan perkembangan keperluan profesional?

1.5 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

(i) memberi maklumat kepada para pendidik awal kanak-kanak mengenai penilaian

dalam pendidikan prasekolah.

(ii) membantu pihak sekolah sebagai pelaksana pendidikan prasekolah ini dalam

pengesanan keberkesanan penilaian dalam pendidikan prasekolah.

(iii) memberi gambaran kepada institusi latihan perguruan agar meneliti dan menilai

keperluan-keperluan kursus dalam program latihan perguruan masa kini berkaitan

penilaian dalam pendidikan prasekolah.

(iv) menjadi asas kepada pengkaji-pengkaji lain untuk membuat kajian yang berkaitan

dengan penilaian dalam pendidikan prasekolah.

Page 16: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

5

1.6 Batasan kajian

Kajian ini terbatas kepada 100 guru prasekolah di daerah Batang Padang, Perak.

Walaubagaimanapun, guru prasekolah yang terlibat sebagai sampel dalam kajian ini

termasuk prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS dan PERPADUAN.

Kajian ini tidak menyeluruh kepada semua guru prasekolah di Malaysia. Penemuan-

penemuan yang diperolehi hanya boleh dibuat generalisasi kepada populasi guru-guru

berkenaan sahaja.

1.7 Definisi istilah

1.7.1 Kepercayaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kepercayaan adalah keyakinan atau akuan

akan benarnya. Dalam kajian ini, kepercayaan guru prasekolah merujuk kepada

pemahaman guru prasekolah tentang penilaian dalam pendidikan prasekolah dari aspek

tujuan, teknik, penggunaan dan keperluan perkembangan latihan perguruan.

1.7.2 Guru prasekolah

Dalam kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mentakrifkan guru sebagai seorang yang

mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh. Bagi kajian ini, guru prasekolah adalah orang

yang mengajar kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun sebelum

mereka memasuki alam persekolahan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah.

1.7.3 Penilaian

Arthur et.al (1996) menyatakan penilaian ialah "...proses mengumpul bukti dan membuat

pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian". Dalam kajian

ini, penilaian merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

secara berterusan dalam kelas prasekolah tentang perkembangan dan kemajuan kanak-

kanak dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Page 17: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

6

1.7.4 Pendidikan prasekolah

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),

pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran

kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau

lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal

Page 18: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

7

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Keijasama UNICEF( 1980-1984),

kanak-kanak yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk

mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah. Pengalaman yang dilalui oleh kanak-

kanak prasekolah dinilai melalui pengetahuan, kemahiran dan pencapaian yang

ditunjukkan oleh kanak-kanak semasa dalam proses pembelajaran. Mengikut NAEYC

(1991), perkembangan kanak-kanak perlu dinilai menerusi apa yang dilakukan oleh

kanak-kanak dan bagaimana mereka melakukannya. Mengikut Hart & Charleworth

(1997), penaksiran dan penilaian adalah sangat penting di peringkat awal, semasa dan

akhir pengajaran.

Mengikut Rohaty (1982), amat berkurangan penyelidikan dan penilaian dalam

pendidikan prasekolah yang mungkin kerana umur masih muda berbanding peringkat

pendidikan lain. Seharusnyalah penyelidikan dan penilaian dalam pendidikan prasekolah

dijalankan supaya ianya dapat membantu mereka yang terlibat dalam pendidikan

prasekolah dapat menggunakan dan memperoleh manfaat darinya.

Page 19: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

8

2.1.1 Penilaian kanak-kanak dari aspek tujuan

Mengikut Siti Rohayah (2003), seseorang guru biasanya merangka objektif dan

kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran

atau tema pada waktu pengajaran. Guru prasekolah perlu merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran mereka agar hasil pembelajaran dapat dicapai oleh kanak-kanak dan

memudahkan mereka untuk menilai kanak-kanak mengikut objektif yang dirancangkan.

Kajian Hussein (1996) menunjukkan program prasekolah yang menekankan

pencapaian akademik kurang sesuai kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak rasa

tertekan, kehilangan minat dan menghadapi masalah pembelajaran. Pendekatan belajar

melalui bermain yang ditekankan dalam kelas prasekolah dapat membantu guru

prasekolah menilai kanak-kanak melalui aktiviti main yang terancang. Main adalah

naluri semulajadi kanak-kanak dan secara tidak langsung jika guru prasekolah kreatif

dengan menggunakan pendekatan tersebut kanak-kanak tidak sedar yang mereka sedang

dinilai.

Tujuan penilaian selalunya adalah untuk menyumbang pada memperbaiki

pengajaran dan pembelajaran (Johnson, 1989 dalam Arthur, 1996). Melalui penilaian,

guru prasekolah dapat merancang, menjalankan dan memperbaiki aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih teratur dan berkesan sesuai dengan perkembangan dan tahap

pencapaian kanak-kanak di bawah pengawasannya.

2.1.2 Penilaian kanak-kanak dari aspek teknik

Penilaian sebenarnya adalah proses menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran yang biasa dijalankan pada peringkat permulaan dan

pengakhiran pengajaran (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006). Pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah menuntut guru merancang sumber yang

Page 20: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

9

sesuai dengan perkembangan kanak-kanak (Lay-Dopyera & Dopyera, 1993). Semua

hasil kerja kanak-kanak yang dikumpul adalah bukti penilaian yang dijalankan terhadap

kanak-kanak.

Menurut Engel (1991) hasil kerja kanak-kanak dapat menyokong perkembangan

kanak-kanak. Kejayaan yang dicapai oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui usaha,

kemajuan dan pencapaian. Pengumpulan hasil kerja yang pelbagai dapat menunjukkan

usaha, aplikasi pengetahuan dan kemahiran. Manakala hasil kerja dalam pelbagai

bentuk media seperti gambar foto dan audio video boleh menunjukkan perkembangan

kanak-kanak dengan lebih jelas.

Guru perlu memilih hasil kerja kanak-kanak untuk disimpan dalam portfolio

(Grondlund, 1998) Pengumpulan hasil kerja kanak-kanak perlu berpandukan objektif

pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak (Arce, 2000).

Prosedur pengumpulan hasil kerja untuk dimuatkan ke dalam portfolio memerlukan

penglibatan aktif kanak-kanak bersama guru (Grace, 1992). Secara tidak langsung,

kanak-kanak boleh menilai sendiri hasil keija mereka dan guru dapat memahami mereka

melalui interaksi tersebut.

Penyertaan kanak-kanak dalam pemilihan portfolio merupakan satu bentuk

perkembangan yang sesuai ditanam dalam diri kanak-kanak untuk melatih mereka

bertanggungjawab ke atas hasil kerja mereka (Meisels, 1995). Teknik penilaian

menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual dapat memberi maklumat lengkap

tentang pola pembelajaran kanak-kanak (Driscoll dan Nagel, 1999). Guru prasekolah

sememangnya perlu menggunakan teknik penilaian yang betul dalam menilai kanak-

kanak.

Page 21: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

10

2.1.3 Penilaian kanak-kanak dari aspek penggunaan

Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada pelajar dapat menguasai objektif yang

telah ditentukan oleh guru (Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Hasil penilaian

membolehkan guru menjalankan tindakan susulan yang efektif dan seterusnya membantu

guru mengembangkan potensi murid ke tahap yang paling optimum (Huraian Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan, 2003).

Kajian Raudenbush (1991) dari aspek penggunaan penilaian, seramai 1,442

kanak-kanak daijah tiga di Thailand mendapat pengalaman pendidikan prasekolah

menunjukkan pencapaian prestasi yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak dari

status sosioekonomi, umur dan jantina yang sama tetapi tidak mendapat pengalaman

pendidikan prasekolah. Selain itu, kajian tersebut juga menunjukkan program pendidikan

prasekolah dapat mengurangkan bilangan kanak-kanak ditempatkan dalam pendidikan

pemulihan dan dihalang dari naik gred. Ini menunjukkan penilaian yang dijalankan dari

semasa kesemasa dalam kelas prasekolah dapat membantu guru mengesan kanak-kanak

yang bermasalah agar dapat meneruskan pembelajaran mereka mengikut tahap

pencapaian mereka dan mampu menguasai kemahiran yang diperlukan.

2.1.4 Penilaian kanak-kanak dari aspek latihan guru dan keperluan

perkembangan profesional

Latihan penilaian adalah perlu dijalankan bukan sahaja untuk guru prasekolah bahkan

guru biasa juga perlu menempuhi latihan penilaian tersebut. Kelayakan akademik juga

penting dan bukan dianggap perkara yang remeh seperti tanggapan segelintir masyarakat

yang mengatakan mengajar kanak-kanak tidak mempunyai cabaran dan tidak

memerlukan pencapaian akademik yang tinggi. Di peringkat universiti banyak kursus

yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Malah Kementerian Pelajaran merancang

meramaikan lagi bilangan guru yang berpendidikan diploma dan ijazah. Menurut Rangka

Page 22: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

11

Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010, pada tahun 2000 negara mempunyai

298,083 guru (peringkat prasekolah hingga menegah). Jumlah ini akan ditambah kepada

369,756 pada tahun 2010 (Utusan Malaysia, 2005). Menjelang tahun 2011, seluruh

Tabika KEMAS akan dikendalikan oleh lebih 4,041 tenaga pengajar lulusan universiti

Pendidikan Sultan Idris dengan kelulusan minimum Diploma, bagi memastikan pelajar-

pelajar prasekolah di Tabika KEMAS menerima pendidikan lebih berkualiti, mempunyai

emosi daya saing lebih tinggi serta memiliki sahsiah diri seimbang dari segi agama dan

cintakan negara (Utusan Malaysia, 2008).

Golongan guru merupakan golongan yang paling penting dalam memanusiakan

manusia supaya melahirkan generasi yang dapat menyumbang kelangsungan peradaban

dan tamadun bangsa dan menjadi rakyat yang benar-benar berguna (Nazimuddin, Mohd

Taib, Marinah & Azita, 2005). Guru prasekolah perlu mengetahui matlamat dalam

segala tindakannya (Azizah, 2004). Melalui latihan sama ada sebelum menjadi guru

prasekolah atau latihan dalam perkhidmatan semasa menjadi guru, guru-guru prasekolah

akan dapat pengetahuan dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menilai dan

membimbing kanak-kanak ke arah mutu pendidikan prasekolah yang lebih baik dan

sempurna.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran dengan kerjasama

UNICEF(1984) telah menjalankan kajian tentang Gaya Pengajaran Guru Tadika di

Malaysia Masakini yang melihat gaya pengajaran guru-guru tadika di bilik daqah dan

kesannya ke atas perlakuan kanak-kanak. Kajian ini mendapati institusi tadika perlu

memberi latihan perguruan peringkat prasekolah yang teratur kepada guru-guru atau

bakal guru. Latihan tersebut hendaklah pelbagai dan salah satu dari aspek latihan

hendaklah menitikberatkan tentang penilaian kanak-kanak.

Oleh itu, sewajarnya penyelidikan tentang penilaian kelas prasekolah dijalankan

supaya guru prasekolah lebih peka untuk membuat penilaian. Antara matlamat penilaian

Page 23: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

12

dan kemajuan kanak-kanak adalah seperti dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

(2003) ialah:

1. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

2. mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

3. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari masa ke

semasa

4. mengesan keberkesanan pengajaran

5. merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajarannya untuk membantu

meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan murid

6. menjalankan tindak susul yang sesuai dengan serta merta

Menerusi latihan yang dirancang berkaitan dengan penilaian kanak-kanak, guru

prasekolah akan terpandu dan berfokus untuk mencapai matlamat penilaian yang

sepatutnya untuk kanak-kanak prasekolah.

2.1.5 Penilaian kanak-kanak secara keseluruhan

Bartkowiak (1996), berdasarkan kajiannya tentang proses penilaian di tahap prasekolah

dan hubungannya dengan kepercayaan, amalan dan stres. Dapatannya mendapati

tentang pentingnya proses penilaian dan stres yang rendah dalam persekitaran membantu

pentadbir, guru dan staf sokongan dalam membuat penilaian. Guru perlu menjalankan

penilaian kanak-kanak dengan sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak asalkan

kanak-kanak yang dinilai benar-benar mendapatkan hak mereka yang sepatutnya dalam

penilaian.

Dalam kajian Fainey (1997) pula tentang perspektif guru, pentadbir dan ibu bapa

terhadap penilaian tadika dan laporan kemajuan bagi tadika. Dapatannya menunjukkan

guru, pentadbir dan ibu bapa bersetuju bahawa penilaian secara keseluruhan kanak-kanak

adalah penting. Kanak-kanak perlu dinilai dalam semua aspek perkembangan sama ada

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Jika kesemua aspek tersebut dinilai

Page 24: KEPERCAYAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENILAIAN

13

oleh guru prasekolah dengan betul, maka kanak-kanak tersebut akan menjadi insan yang

seimbang sebagaimana yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Regena (2005) dalam kajiannya Kesan Kesediaan Persekitaran Terhadap

Pencapaian Kanak-kanak Tadika, menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran di rumah

amat mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak di tadika. Kehadiran di tadika

menunjukkan kesan positif pada pencapaian kanak-kanak dalam bacaan dan matematik.

Guru prasekolah yang mempercayai pentingnya penilaian dalam pendidikan prasekolah

akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak didiknya supaya mereka berjaya

bukan sahaja dalam bacaan dan matematik malah lebih dari itu.

Penilaian kanak-kanak prasekolah seringkali dibuat secara formal dan berbentuk

akademik melalui ujian pensel dan kertas iaitu dengan markah dan gred diberikan sebagai

kemajuan dan perkembangan kanak-kanak (Rohaty, 2003). Penilaian yang dilakukan

begini adalah merupakan mereka yang tidak mempercayai akan penilaian dalam kelas

prasekolah. Ini sepatutnya tidak berlaku seandainya guru mempunyai cukup pengetahuan

dan kepercayaan yang kuat dalam penilaian yang sepatutnya dijalankan' di kelas

prasekolah.

Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan prasekolah

sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah. Oleh itu, sewajarnyalah

penilaian kanak-kanak dalam pendidikan prasekolah dilakukan dengan sebaik mungkin

supaya kanak-kanak lebih bersedia untuk mengikuti alam persekolahan di tahun satu

secara formal dengan lebih berkesan.