33
AMALAN KEPIMPINAN KARISMATIK PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH TAMAN UNIVERSITI 2 JOHOR BAHRU Tumirah Binti Jemon ([email protected]) Tuan Rafingah Bt Tuan Soh([email protected]) Shaliha Bt Shafie([email protected]) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991;Edmonds, 1979; Mortimore, 1988; dan Shahrir, 1997). Walau bagaimanapun, Lambert (1998) berpendapat pengujudan sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada penyertaan yang berterusan daripada guru-guru yang kompeten. Kompeten yang dimaksudkan ialah berkemahiran dalam kerja kepimpinan, peranan dan tanggungjawab,menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta menjadi “inquiry base”untuk membuat keputusan sekolah serta bilik darjah dan fokus yang akhirnya membawa kepada pencapaian pelajar yang cemerlang dalam akademik, bukan akademik dan disiplin. Justeru, kajian ini bertujuan melihat amalan kepimpinan karismatik pengetua di SMK Taman Universiti 2. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada guru-guru yang sedang berkhidmat di SMK Taman Universiti 2 Johor Bahru, Johor seramai 76 orang. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) dan dapatan dilaporkan 1

kepimpinan karismatik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kepimpinan karismatik

AMALAN KEPIMPINAN KARISMATIK PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH TAMAN UNIVERSITI 2 JOHOR BAHRU

Tumirah Binti Jemon ([email protected])Tuan Rafingah Bt Tuan Soh([email protected])

Shaliha Bt Shafie([email protected])Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha

penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991;Edmonds, 1979; Mortimore,

1988; dan Shahrir, 1997). Walau bagaimanapun, Lambert (1998) berpendapat pengujudan

sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada penyertaan yang berterusan daripada

guru-guru yang kompeten. Kompeten yang dimaksudkan ialah berkemahiran dalam kerja

kepimpinan, peranan dan tanggungjawab,menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta

menjadi “inquiry base”untuk membuat keputusan sekolah serta bilik darjah dan fokus yang

akhirnya membawa kepada pencapaian pelajar yang cemerlang dalam akademik, bukan

akademik dan disiplin. Justeru, kajian ini bertujuan melihat amalan kepimpinan karismatik

pengetua di SMK Taman Universiti 2. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik

telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada

guru-guru yang sedang berkhidmat di SMK Taman Universiti 2 Johor Bahru, Johor seramai

76 orang. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan “Statistical Packages For Social

Sciences” (SPSS) dan dapatan dilaporkan dalam bentuk diskritif (peratusan dan min). Hasil

dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan karismatik pengetua di sekolah kajian

adalah tinggi.

___________________________________________________________________________

PENGENALAN

Pemimpin merupakan agen perubahan dalam sesebuah organisasi (Conger & Kanungo,

1988). Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan organisasi,

pemimpin turut berperanan merangka serta menjalankan pelan pembangunan. Malahan

peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai kolaborasi antara

ahli-ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam organisasi

1

Page 2: kepimpinan karismatik

(Najjar,1999). Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana

mereka merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan pengurusan organisasi

(Najjar, 1999). Justeru pemimpin yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk

mencapai sesuatu matlamat dan wawasan organisasi.

Kepemimpinan sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawab merealisasikan

matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang secara

holistik. Dalam hal ini, pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player

dalam usaha penambahbaikan sekolah serta melestarikannya (Weber, 1991; Edmonds, 1979;

Mortimore, 1989; Shahrir, 1997).

Kepemimpinan Karismatik

KARISMATIK - dalam Bahasa Greek bermaksud ‘gift from the gods’ @ anugerah, iaitu

kombinasi ‘charm’ dan ‘personal magnetism’. Ia merupakan lanjutan daripada Teori ‘Great

Man’ dan Teori Trait kerana para pengkaji Teori Trait gagal mengaitkan keberkesanan

kepimpinan. Pelopor Teori Karismatik ialah Max Weber ( 1924 – 1947 ). House (1971)

menyatakan pemimpin karismatik mempunyai ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi,

berpengaruh dan ada kesungguhan. Bennis dan Nanus(1985) mendapati pemimpin

berkarisma mempunyai empat ciri penting:

Berwawasan jelas dan menarik serta ada naluri perjuangan,

Boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka kepada guru-guru,

Menunjukkan konsistensi dan penumpuan,

Mengenali kekuatan itu sepenuhnya.

Stephan P. Robbin ( 2000 ), menyimpulkan bahawa ciri-ciri Pemimpin Karismatik adalah

seperti berikut:

Yakin diri :

Mereka mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang dibuat

serta keupayaan diri mereka sendiri.

2

Page 3: kepimpinan karismatik

Satu Visi :

Mereka komited kepada visi dan sanggup mengambil risiko demi mencapai visi

tersebut. Ini merupakan satu objektif yang ideal yang bertujuan untuk memperbaiki

keadaan di masa hadapan berbanding keadaan semasa.

Keupayaan untuk menyampai visi tersebut:

Mereka boleh menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang

mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini menunjukkan bahawa

pemimpin tersebut sedar akan keperluan para pekerja. Ini boleh dijadikan suatu faktor

motivasi.

Penegasan terhadap visi tersebut :

Para pemimpin berkarisma dianggap sangat komited, sanggup menghadapi risiko diri

yang tinggi, sanggup membelanjakan kos yang tinggi serta melakukan pelbagai

pengorbanan untuk mencapai visi tersebut.

Gelagat luar biasa:

Mereka yang berkarisma mempunyai gelagat yang dianggap oleh orang ramai sebagai

sesuatu yang baru, tidak konvensional, serta menentang kebiasaan. Bila pemimpin-

pemimpin tersebut telah mengecapi kejayaan, kelakuan tersebut akan menimbulkan

kejutan dan seterusnya dipuji oleh para pengikutnya.

Dianggap sebagai agen perubahan:

Para pemimpin yang berkarisma dianggap sebagai agen perubahan radikal dan

bukannya penjaga “status quo” semata-mata.

Sensitif terhadap persekitaran:

Para pemimpin ini berupaya melakukan penilian realistik berkenaan konstrain

persekitaran dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melakukan perubahan

tersebut.

Menyelesaikan masalah secara luar norma ( tidak konvensional).

Pemimpin Karismatik menyelesaikan masalah tidak mengikut norma tetap masih

berkesan.

3

Page 4: kepimpinan karismatik

Latarbelakang Masalah

Pengetua merupakan orang yang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah

kerana mereka bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya.

Kepimpinan Pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana pembelajaran, tahap

profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru. Kawalan kehidupan seharian

sekolah terletak di bahu Pengetua (Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob,

1992). Gaya kepimpinan Pengetua mempunyai kaitan yang positif dengan iklim sekolah dan

iklim sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru-guru (Wan

Rafaei Abdul Rahman dan Kee, 1987). Tingkah laku Pengetua yang mengambil berat

tentang kepentingan staf didapati mempunyai kaitan yang positif dengan iklim sekolah

(Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, 1992).

Pada peringkat awal teori kepimpinan karismatik adalah berasaskan karisma

seseorang. Teori ini pada suatu masa dahulu diterima ramai kerana dilihat sebagai munasabah

apabila didapati ramai pemimpin besar dunia mempunyai sifat peribadi dan kebolehan

istimewa yang boleh menarik ramai pengikut mereka. Kepimpinan karismatik mempunyai

kaitan positif dengan prestasi kerja iaitu semakin tinggi karisma seseorang pemimpin maka

semakin tinggi prestasi kerja orang bawahannya. Ini akan menghasikan kesan-kesan yang

menguntungkan baik kepada pemimpin orang bawahannya ataupun seluruh organisasi.

Karisma adalah kredibiliti yang amat tinggi desebabkan sebahagian unsur yang

sepadan dengan keilmuan dan kepakaran, ketelusan dan imej. Gaya kepimpinan ini sangat

dipengaruhi oleh reaksi-reaksi para pengikut kepada ciri-ciri peribadi pemimpin. Contohnya

pemimpin akan dihormati, dipatuhi, setia, dan dikagumi oleh pengikutnya.

Objektif Kajian

1 Meninjau aspek “kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan” pengetua dalam

tingkahlaku kepimpinan di sekolah.

2 Meninjau sejauh mana visi pengetua difahami oleh warga sekolah.

4

Page 5: kepimpinan karismatik

3 Meninjau persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah.

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji akan mengemukakan tiga soalan iaitu:

1 Sejauh manakah aspek “kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan” pengetua dalam

tingkahlaku kepimpinan di sekolah?.

2 Adakah visi pengetua difahami oleh warga sekolah?

3 Sejauh manakah persepi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di

sekolah?

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif kuantatif kerana kaedah ini dapat memudahkan

penyelidik membuat pengumpulan data statistik. Dari data statistik ia dapat melihat dan

mengukur amalan kepimpinan karismatik pengetua di SMK Taman Universiti 2 yang

merangkumi aspek keyakinan, perkongsian visi dan peranan pengetua sebagai ejen

perubahan. Tiga faktor ini adalah pembolehubah bebas dan perkara yang diletakkan nilai

untuk tujuan analisis dan tujuan penyelidikan. Nilai ini boleh berubah-ubah (Mohamad Najib

2001).

Populasi Dan Sampel Kajian

Mohd Najib (1999), berpendapat sampel merupakan sumber yang diambil daripada

populasi yang telah ditentukan sebelumnya. Ia bertujuan untuk mendapatkan data.

Penentuan populasi dalam kajian adalah penting dalam sesuatu penyelidikan pendidikan

kerana populasi menentukan bidang masalah yang perlu dikaji dan juga sejauh mana atau

sebanyak mana data serta maklumat yang perlu dikumpul dan dianalisis (Mohd. Majid,

2005).

Populasi kajian terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat di SMK Taman Universiti

2, Johor Bahru. Sampel kajian akan dipilih dengan menggunakan teknik ‘persampelan rawak

bebas’ kerana populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih menjadi

5

Page 6: kepimpinan karismatik

responden. Mohd Majid (2005), mengatakan kaedah persampelan rawak ini merupakan

kaedah yang paling mudah untuk memilih unit atau responden dan ia merupakan asas kepada

persampelan yang lain.

Jumlah populasi guru di SMK Taman Universiti 2 adalah seramai 95 orang.

Mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan (1970), dalam Chua Yan Piaw, (2006),

untuk populasi yang bersaiz 95 orang, saiz sampel yang diperlukan adalah 76 orang.

Terdapat dua faktor diperlukan bagi memastikan jumlah populasi dan sampel yang

dipertimbangkan. Faktor pertama, pengkaji perlu memilih sampel kajian dengan jelas dan

batasannya adalah menepati dalam populasi. Manakala yang kedua ialah mengenai pengkaji

tidak memihak kepada sampel kajian tetapi memilih sampel yang mantap.

Dapatan dan Perbincangan

Analisis kajian ini dibuat mengikut hasil dapatan dan jawapan yang diberikan oleh

responden dalam soal selidik ini. Analisis Bahagian A adalah berkaitan maklumat diri

responden manakala Bahagian B adalah jawapan yang perlu dianalisis untuk menjawab

persoalan-persoalan kajian. Data kajian adalah berbentuk deskriptif dan inferensi yang

menganalisis perbezaan min setiap aspek kepimpinan pengetua. Penganalisaan data

dilakukan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 11.0.

Jumlah responden yang dikaji ialah sebanyak 76 orang yang terdiri daripada guru-guru di

SMK Taman Universiti 2, daerah Johor Bahru. Kesemua data mentah yang telah dikumpul

daripada responden dianalisis. Sebanyak 90 borang selidik diedarkan, borang yang

diperolehi semula sebanyak 76 sahaja.

Analisis Bahagian A - Demografi Guru

Analisis bahagian demografi responden yang dikaji adalah terdiri daripada jantina,

bangsa, umur, kelayakan akademik tertinggi, gred jawatan dan pengalaman mengajar. Data

yang diperoleh di analisis dan di ringkaskan dalam bentuk jadual yang mengandungi

maklumat mengenai bilangan dan peratus responden.

Jantina

6

Page 7: kepimpinan karismatik

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati bahawa taburan responden yang terdiri daripada

populasi keseluruhan guru adalah didominasi oleh responden perempuan seramai 66 orang

(87%) berbanding responden lelaki iaitu seramai 10 orang (13%).

Jadual 4.1 : Statistik Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus (%)

Lelaki 10 13

Perempuan 66 87

Jumlah 76 100

Bangsa

Daripada data yang ditunjukkan dalan Jadual 4.2, responden terdiri daripada 51 orang

guru Melayu iaitu 67% , sementara guru bangsa Cina seramai 15 orang, mewakili 20% .

Responden dari guru India 10 orang iaitu mewakili 13% orang.

Jadual 4.2 : Statistik Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Bilangan Peratus (%)

Melayu 51 67

Cina 15 20

India 10 13

Jumlah 76 100

Umur

Merujuk kepada Jadual 4.3 di bawah, seramai 83 orang (45.4%) majoriti responden

berumur kurang dariada 31 tahun, diikuti dengan responden berumur 31 hingga 35 tahun

seramai 30 orang iaitu 16.4%, 8 orang yang berusia antara 36 hingga 40 tahun iaitu 10.9%, 10

7

Page 8: kepimpinan karismatik

responden terdiri daripada guru yang berumur antara 41 hingga 45 tahun iaitu 13.1% dan 12

responden yang berusia 45 tahun ke atas atau 14.2%

Jadual 4.3 : Statistik Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus (%)

< 31 tahun 34 45.4

31 – 35 tahun 12 16.4

36 – 40 tahun 8 10.9

41 – 45 tahun 10 13.1

> 45 tahun 12 14.2

Jumlah 76 100

Kelayakan Akademik Tertinggi

Merujuk Jadual 4.4 maklumat mengenai kelayakan akademik responden

menunjukkan 2 orang (2.5%) guru memiliki Sarjana, Ijazah Sarjana Muda seramai 70 orang

(92%), STPM seramai 1 orang (1.5%) manakala pemegang SPM/MCE pula merupakan

majoriti iaitu seramai 3 orang atau 4%.

Jadual 4.4 : Statistik Responden Mengikut Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik Bilangan Peratus (%)

Ijazah Sarjana 2 2.5

Ijazah Sarjana Muda 70 92

8

Page 9: kepimpinan karismatik

STPM 1 1.5

SPM/MCE 3 4

Jumlah 76 100

Gred Jawatan

Dari segi gred jawatan pula Jadual 4.5 menunjukkan seramai 4 orang responden

dalam gred DGA32 (5.5), 64 orang (84%) di dalam gred DG41, 8 orang (10.5%) dalam gred

DG44.

Jadual 4.5 : Statistik Responden Mengikut Gred Jawatan

Gred Jawatan Bilangan Peratus (%)

DGA 32 4 5.5

DG 41 64 84

DG 44 8 10.5

Jumlah 76 100

Pengalaman Mengajar

Daripada Jadual 4.6, majoriti responden berkhidmat sebagai guru di sekolah kurang

dari tujuh tahun, iaitu mencakupi 58 orang atau 76 %, 14 orang (18 %) berkhidmat selama

lapan hingga limabelas tahun dan 2 orang responden (3%) berkhidmat antara 16 hingga 23

tahun. Seramai 2 orang dari responden kajian dengan 3 % mempunyai pengalaman

berkhidmat di sekolah selama 24 hingga 30 tahun, tiada guru yang berkhidmat melebihi 31

tahun.

Jadual 4.6 Statistik Deksriptif Mengikut Pengalaman Mengajar

9

Page 10: kepimpinan karismatik

Tahun Mengajar Bilangan Peratus (%)

<7 58 76

8 – 15 14 18

16 – 23 2 3

24 - 30 2 3

> 31 0 0

Jumlah 76 100

Analisis Bahagian B – Ciri-ciri Kepimpinan Karismatik Pengetua

Analisis bahagian B merupakan analisis deskriptif yang akan menjawab persoalan

kajian iaitu sejauh mana ciri-ciri kepimpinan karismatik diamalkan oleh pengetua dalam

tingkah laku kepimpinan di sekolah. Ciri-ciri kepimpinan pengetua dibahagikan kepada tiga

aspek iaitu:

i. Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan

ii. Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah

iii. Pengetua sebagai agen perubahan

Ciri-ciri kepimpinan Pengetua dianalisis untuk mengetahui skor min dan sisihan

piawai. Tahap kecenderungan yang ditentukan dalam analisis skor min merujuk kepada

Jadual 3.7 iaitu Jadual Interpretasi Skor Min.

Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan

Pernyataan yang paling dominan bagi aspek kebolehan mempengaruhi dan

meyakinkan adalah item Q4 yang menyatakan responden bersetuju bahawa Pengetua sering

bertanya khabar atau berbual dengan guru dengan skor min 4.04. Sementara Q3 merupakan

10

Page 11: kepimpinan karismatik

item yang mempunyai nilai skor min yang paling rendah iaitu 3.45. Ini menggambarkan tidak

semua responden bersetuju bahawa Pengetua sering membantu guru menyelesaikan masalah

peribadi. Walau bagaimanapun skor min yang diperolehi masih berada di tahap sederhana.

Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah 0.877. Berdasarkan Jadual 4.7, skor min

keseluruhan bagi aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan adalah 3.85. Ini

menunjukkan aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan berada pada tahap yang

tinggi iaitu sangat bersetuju pada pernyataan yang mengandungi item – item tersebut.

Jadual 4.7 : Skor Min Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan

Bil ItemSkor Min

Sisihan Piawai

Tahap Kecenderungan

Q1 memberi layanan secara peribadi kepada guru-guru

3.51 0.919 Sederhana

Q2 sentiasa membantu guru-guru. 4.01 0.812 Tinggi

Q3 sering membantu guru menyelesaikan masalah peribadi

3.45 1.014 Sederhana

Q4 bertanya khabar atau berbual dengan guru. 4.04 0.766 Tinggi

Q5 peka terhadap kebajikan guru-guru. 3.96 0.940 Tinggi

Q6 seorang yang mudah didekati dan mesra dengan semua guru

3.94 0.915Tinggi

Q7 bertanggungjawab di atas segala tindakan guru

4.03 0.773 Tinggi

Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah

Item yang mempunyai nilai min tertinggi bagi aspek visi pengetua yang difahami oleh warga

sekolah ialah Q13 dengan nilai 4.40. Ini menunjukkan Pengetua sering mengendalikan

perjumpaan guru samada mesyuarat, seminar dan kursus. Manakala item yang mempunyai

skor min terendah ialah item Q9 dengan nilai skor min 4.01 di mana tidak semua responden

bersetuju bahawa Pengetua sering bersama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru .

Sisihan piawai bagi keseluruhan item adalah 0.568. Nilai min bagi aspek visi pengetua yang

11

Page 12: kepimpinan karismatik

difahami oleh warga sekolah secara keseluruhan ialah 4.18 iaitu berada pada tahap yang

tinggi. Rujuk Jadual 4.8

Jadual 4.8 : Skor Min Visi pengetua yang difahami oleh warga sekolah

Q8 memberi penjelasan sebelum melaksanakan program sekolah.

4.12 0.693 Tinggi

Q9 sering bersama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru

4.01 0.788Tinggi

Q10 sering menjelaskan apa yang diharapkan daripada guru-guru

4.09 0.754Tinggi

Q11 memastikan guru-guru menjalankan tugas dengan penuh keupayaan

4.28 0.692Tinggi

Q12 melakukan pencerapan dan pemantauan P & P

4.17 0.613Tinggi

Q13 mengendalikan perjumpaan guru - mesyuarat, seminar dan kursus

4.40 0.564Tinggi

Persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan sekolah

Kebanyakan responden sangat bersetuju bahawa Pengetua sangat bersedia semasa

berucap dalam setiap majlis yang dianjurkan sekolah iaitu Q19. Item tersebut mempunyai

min tertinggi dengan nilai 4.42. Manakala item yang mempunyai skor min terendah ialah

item Q20 dengan skor min 3.71. Ini menggambarkan bahawa langkah Pengetua menetapkan

peraturan yang masih dipersoalkan oleh guru . Walau bagaimanapun skor min yang

diperolehi masih berada di tahap yang tinggi iaitu 4.07. Sisihan piawai bagi keseluruhan item

adalah dalam lingkungan 0.613 hingga 0.880. Rujuk jadual 4.9

Jadual 4.9 : Skor Min Persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen

perubahan sekolah

12

Page 13: kepimpinan karismatik

Q14 menjadikan guru-guru di sekolah ini bersemangat tinggi.

4.08 .880Tinggi

Q15 memberikan kritikan yang membina. 3.96 .844 Tinggi

Q16 seorang yang mudah dihubungi apabila diperlukan

3.95 0.903 Tinggi

Q17 sedia melakukan perubahan sekiranya diperlukan.

4.10 .792 Tinggi

Q18 memberi tahu guru-guru idea baru yang terlintas dalam fikirannya demi kemajuan orgnanisasi 4.30 0.673

Tinggi

Q19 amat bersedia semasa berucap dalam majlis di sekolah

4.42 .648Tinggi

Q20 menetapkan peraturan yang jarang dipersoalkan oleh guru

3.70 0.834Sederhana

13

Page 14: kepimpinan karismatik

Perbincangan dan Kesimpulan

Perbincangan

Bahagian ini membincangkan secara terperinci tentang keputusan yang diperoleh

daripada hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian tersebut. Berikut merupakan

persoalan kajian yang telah dinyatakan.

(i) Sejauh manakah aspek kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan pengetua

dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah?

(ii) Adakah visi pengetua difahami oleh warga sekolah?

(iii) Sejauh manakah persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen

perubahan di sekolah?

Kepimpinan Pengetua

Pengetua merupakan orang yang berada pada kedudukan yang paling strategik dalam

pembangunan dan perubahan sekolah. Mereka merupakan tonggak dan CEO bagi sesebuah

sekolah. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih mentafsirkan

Pengetua sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang dilantik oleh Ketua

Pengarah Pelajaran yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah

sekolah. Oleh itu Pengetua memerlukan tahap kompetensi yang tinggi untuk mentadbir dan

mengurus sekolahnya. Ishak Sin (2004) mengatakan, kompetensi memerlukan pemimpin

yang berupaya melaksanakan tugas seharian dengan menepati kepiawaian yang ditetapkan,

berkebolehan melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciri-

ciri peribadi dan tingkahlaku yang meliputi sikap dan nilai kendiri yang sesuai dengan

jawatan yang sedang disandang, mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

menjalankan tugas dan tanggungjawab serta mempunyai kemahiran menjalankan tugas secara

praktik. Fawziah Kassim (2008) berpendapat, Pengetua adalah seorang pemimpin yang

14

Page 15: kepimpinan karismatik

berkeupayaan, bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana pengetahuan,

berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap

dan berkesan. Penguasaan elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

membezakan tahap kecekapan seseorang Pengetua. Oleh kerana pemimpin berbeza dari segi

latar belakang, nilai dan prinsip, minat dan kecenderungan, maka tingkah laku kepimpinan

yang ditunjukkan dalam proses mentadbir dan memimpin juga adalah berbeza.

Kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memilih aspek kebolehan

mempengaruhi dan meyakinkan Pengetua dalam tingkah laku kepimpinan di sekolah sebagai

aspek ketiga dalam ciri-ciri karismatik pengetua. Skor min yang tertinggi ialah pada

pernyataan Pengetua sering bertanya khabar atau berbual apabila bertemu dengan guru-guru.

Ini menunjukkan Pengetua seorang yang ramah, mesra dengan pengikut dan cuba

mengurangkan jurang antara pemimpin dan pengikut. Beliau mengharapkan guru-guru

merasa selesa berkomunikasi seolah-olah sebagai satu keluarga. Dalam hal sebegini Pengetua

lebih suka bersemuka dalam suasana tidak formal. Hubungan yang sebegini akan

mewujudkan satu proses interaksi antara Pengetua dengan guru seperti memberi salam,

bertegur sapa, bertanya khabar dan makan bersama. Pengetua juga akan melayan pertanyaan

atau memberi maklumbalas sewaktu mesyuarat berlangsung. Dapatan ini bertentangan

dengan pendapat Halpin dan Croft (1966) dan Mohd Ali Rashidi (1998) yang mengatakan

tingkah laku Pengetua ialah formal dan impersonal di mana segala tindakan adalah mengikut

arahan, lebih terikat kepada peraturan dan polisi daripada berbincang secara bersemuka.

Ishak Bin Sin (2002) menyatakan seorang pemimpin perlulah sanggup menanggung

risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi kepala dalam misi yang berbahaya

dan sama-sama merasa kepayahan yang dialami orang-orang bawahan. Ini selari dengan

Karen Otazo, (2007), yang mengatakan pemimpin yang prihatin akan melayan ahli dalam

organisasi sama seperti mereka melayan keluarga, mesra, prihatin dan sentiasa berhubung

antara satu sama lain. Berinteraksi seberapa kerap yang boleh, memberi dan menerima

maklumat, berkongsi strategi, menerima dan memberi cadangan serta maklumbalas. Melalui

pertemuan yang kerap diadakan samada secara formal atau tidak, akan menjadikan pemimpin

dan pengikut menjadi rapat, mesra dan tiada jurang pemisah yang besar. Apabila ini berlaku,

15

Page 16: kepimpinan karismatik

komunikasi di dalam organisasi itu menjadi baik dan berkesan. Antara elemen yang dimiliki

oleh Pengetua dengan ciri-ciri karismatik ialah mempunyai kualiti dan perhubungan

personal. Mereka sentiasa menggunakan. kemahiran interpersonal disamping disegani dan

dihormati oleh guru-guru. Mereka selalu menunjukkan minat apa yang orang lain lakukan.

Pengetua bersikap empati dan selalu mendengar walaupun sejenak apabila diperlukan. Ini

menyebabkan setiap motif dan tindakannya dipercayai oleh guru-guru.

Warren Bennis, Gretchen M. Spreitzer dan Thomas G. Cumming (2001) mengatakan,

kepimpinan adalah perhubungan, tidak kira perhubungan dengan orang ramai atau

perseorangan. Perhubungan melibatkan mereka yang berkebolehan memimpin dan mereka

yang menjadi pengikut. Dalam konteks kepimpinan di sekolah, Pengetua merupakan

pemimpin dan guru-guru merupakan pengikut yang saling berhubung di antara satu dengan

lain. Oleh yang demikian, Pengetua perlu memiliki beberapa kualiti dan kemahiran tertentu

seperti pendengar yang aktif, menggalakkan perbincangan terbuka atau perundingan,

berupaya menggerakkan semangat kerja berkumpulan, bijak menguruskan mesyuarat,

berkeupayaan menganalisis dan menyelesaikan masalah dan bersedia menangani perubahan.

Sebagai seorang pemimpin, Pengetua hendaklah dapat meyakinkan pengikut, tenang,

bersemangat positif, sentiasa bermotivasi, dapat mengawal perasaan marah atau kecewa

walaupun dalam keadaan yang sangat kritikal.

Salleh Lebar (2000) berpendapat, pemimpin yang mempunyai kesedaran motivasi

yang tinggi akan menjadikan guru-guru di sekolah mempunyai semangat yang tinggi dalam

melaksanakan tugas. Pemimpin sedemikian juga memfokuskan kepada peringkat moral dan

motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Kepimpinan jenis ini

memerlukan seorang yang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak

dan tidak mencemburui kakitangannya. Pemimpin akan sedaya upaya menonjolkan potensi

dan kehebatan organisasi di bawah pentadbirannya, menumpukan kepada kebolehan setiap

individu, sentiasa memberi motivasi yang berinspirasi dan merangsang secara intelek.

Pengetua menjadikan guru-guru di sekolah bersemangat tinggi. Semangat tinggi yang

dipunyai oleh guru-guru adalah berpunca dari sifat kepimpinan Pengetua yang bermotivasi

tinggi. Motivasi merupakan elemen kecerdasan emosi yang membantu individu dalam

membina inisiatif dan kemahuan bagi memperbaiki kendiri.

Meninjau sejauh mana visi difahami oleh guru

16

Page 17: kepimpinan karismatik

Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad (2008) menjelaskan Pengetua yang

mempunyai aspirasi yang baik adalah mereka yang memiliki agenda jangka panjang. Mereka

menetapkan visi yang mampu dicapai lebih daripada matlamat jangka pendek. Pengetua

dalam kategori ini selalu mencari kepentingan dan peningkatan untuk berubah tetapi dalam

masa yang sama menyedari bebanan yang akan ditanggung pengikutnya. Namun ini tidak

menghalang mereka untuk menjadi tegas apabila perlu. Lantaran itu Pengetua berkenaan

harus mempunyai kemampuan komunikasi yang berkesan untuk disampaikan kepada

pimpinannya setelah mendapat “gambaran” untuk meningkatkan keupayaan sekolahnya.

Mereka menggunakan pelbagai medium komunikasi seperti perhimpunan staf, buletin,

pengumuman, pengiktirafan, penganugerahan, surat, pendekatan personel dan lawatan ke

kelas-kelas. Mereka mencipta iklim sekolah dengan positif dengan ekspektasi dan kejayaan.

Steven Covey (2007) menjelaskan terdapat empat ciri peribadi seorang pemimpin

iaitu sebagai role-model, disiplin (mensejajarkan), wawasan (mencari arah), dan semangat

(memberi kuasa) yang dapat dikenali dengan jelas dalam sesebuah organisasi. Disiplin dalam

konteks ini bermakna pemimpin menubuhkan dan menguruskan sistem dalam organisasinya

untuk sentiasa menuju ke arah yang telah dikenalpasti. Dalam aspek ini Pengetua dilihat

sebagai seorang yang banyak menentukan perjalanan sekolah, menentukan peraturan-

peraturan yang harus dipatuhi oleh seluruh warga sekolah sebagai usaha untuk menetapkan

hala tuju yang dibawa

Meninjau persepsi guru terhadap peranan pengetua sebagai agen perubahan di

sekolah.

Mohd Zahri Jaafar & Nazni Hani Arshad. (2008), mendapati tiga pendekatan yang

memperlihatkan tindakan pengetua yang cenderung kepada inovasi sebagai agen perubahan

di sekolah. Pertama, Pengetua berkenaan adalah seorang yang kreatif dalam menggunakan

kuasa dan perundangan dalam pengurusannya. Kedua, mereka mempamerkan ciri-ciri orang

yang suka bereksperimen dan seorang yang berani mengambil risiko. Individu yang

mempunyai ciri-ciri ini juga dikatakan suka kepada pembaharuan, pragmatik dan suka kepada

aktiviti menyelesai masalah. Ketiga, mereka membuat keputusan dan mengaplikasi polisi

serta prosedur dengan tegas, fleksibel dan konsisten.

17

Page 18: kepimpinan karismatik

Karen Otazo (2007) berpendapat, seorang pemimpin mestilah sentiasa ‘bersedia’

walau dalam apa keadaan sekali pun. Dalam kontek sekolah yang dianggap sebagai sebuah

organisasi yang sering mengalami ketidak tentuan keadaan, kesediaan yang dimaksudkan

ialah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ada ketikanya mendapat arahan yang datang

mengejut dari stake holder, atau berlaku situasi kecemasan yang melibatkan guru atau murid,

semestinya ini menuntut kesediaan minda dan kesabaran yang tinggi. Untuk menghadapi

‘uncertain moment’ sedemikian, kecerdasan emosi dan ketahanan mental amat penting.

Kecerdasan emosi sebenarnya membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan sekaligus

memudahkan proses penyelesaian masalah manakala ketahanan mental pula kemampuan

individu dalam mengawal diri, perasaan dan keinginannya sebelum melakukan sesuatu iaitu

bagaimana seseorang mempunyai kemahiran daya kesabaran dan mengelakkan diri daripada

konfrontasi.

Pengetua mempamerkan usaha-usaha untuk menggerakkan organisasi dengan baik,

sentiasa cuba untuk memotivasikan guru-guru dengan menjadikan dirinya sebagai teladan.

Beliau akan memastikan setiap guru melaksanakan tugasan yang diberi. Perhubungan sosial

dan kebajikan antara guru dipelihara. Pengetua mudah didekati dan berlaku komunikasi dua

hala antara ahli-ahli. Guru-guru bebas melahirkan buah fikiran dalam perbincangan atau

mesyuarat dan keputusan dibuat bersama. Guru-guru berpuashati dengan penghasilan kerja

dan tiada rungutan yang timbul. Pengetua dalam dimensi ini meletakkan nilai yang tinggi ke

atas pembelajaran guru dan pembangunan staf sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Mereka merelakan pimpinannya terlibat di dalam pembangunan profesional. Pengetua jenis

ini ibarat melaburkan kewangan sekolah dengan pembelajaran profesional guru dan staf

sekolah. Mereka mengalakkan, menyokong dan memperkuatkan pimpinannya untuk menjadi

pelajar sepanjang hayat. Ini dapat memperkenalkan dan merangsang nilai-nilai kepimpinan

kepada guru dan staf. Dengan pembelajaran ini, semua warga sekolah dapat meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran serta aras keyakinan untuk menggunakan pendekatan

pengajaran, pentadbiran dan juga kepimpinan. Melalui pendekatan menghormati kapasiti dan

bakat orang lain, semua ekspektasi dan peluang dapat dimanipulasi dengan maksimum

Item yang mendapat skor min paling tinggi dalam aspek ini ialah Pengetua amat

bersedia untuk berucap di dalam majlis di sekolah. Keupayaan Pengetua semasa

menyampaikan ucapan, gaya persembahan dan penampilan diri, personaliti yang menarik,

kemampuan mengawal majlis melalui setiap patah perkataan yang dituturkan, kebolehan

memukau audien dengan mesej yang dibawa dan ekspresi wajah dan ketrampilan diri semasa

18

Page 19: kepimpinan karismatik

menyampaikan ucapan menjadikan responden memilih elemen tersebut sebagai kekuatan

Pengetua semasa menjalankan tugas. Dalam keadaan sebegini Pengetua perlulah kelihatan

tenang mengawal perasaan, menguasai majlis dengan caranya dan imej atau penampilan diri

yang sesuai sebagai pemimpin . Cara berpakaian dan berjalan hendaklah selangkah lebih ke

hadapan berbanding guru biasa. Begitu juga pengetahuan dan kepakaran hendaklah lebih

tinggi daripada subordinat. Nada suara, lenggok bahasa, gerak geri tubuh dan teknik

penyampaian hendaklah sentiasa mantap dan bersemangat sejajar sebagai pemimpin

pendidikan di alaf baru yang sepatutnya mempunyai ciri beriltizam iaitu keterlibatan diri

secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam setiap perlaksanaan

tugasnya sebagai agen perubahan di sekolah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, daripada hasil dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa Pengetua

SMK Taman Universiti 2 mengamalkan ciri-ciri kepimpinan karismatik di dalam amalannya

memimpin sekolah. Guru selesa dengan corak tingkah laku yang diamalkan Pengetua yang

sentiasa memberi kepercayaan dan memandu mereka mencapai aspirasi sekolah. Mereka

dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan bermotivasi. Sikap Pengetua

yang sentiasa memastikan guru-guru menjalankan tugasan dengan penuh keupayaan dan

‘kehadiran’semangatnya dalam organisasi menjadi pembakar semangat kepada guru untuk

terus bekerja demi kecemerlangan organisasi.

Menurut Ab. Aziz (2000), antara faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja ialah

keadilan dalam pemberian ganjaran dan sokongan terhadap suasana pekerjaan oleh

pemimpin. Peranan yang dimainkan oleh Pengetua dapat meningkatkan kepuasan kerja guru

yang mana mereka akan merasakan diri mereka tidak akan terbeban dengan tanggungjawab

yang diberi oleh Pengetua dan sentiasa mendapat peluang untuk menunjukkan prestasi kerja

yang baik dari semasa ke semasa. Pengetua juga sanggup memuaskan pekerja supaya dapat

meningkatkan produktiviti organisasi melalui berbagai strategi. Mereka juga rajin,

bertoleransi dan adil dalam melakukan sesuatu pencapaian seperti membuat perancangan dan

belanjawan. Guru merasa gembira kerana dapat mencapai sasaran kerja yang diberi (SKT),

dan merasa seronok melaksanakan tugas bersama rakan seperjuangan walaupun penuh

dengan cabaran selain penghargaan di atas hasil usaha yang telah dilakukan.

19

Page 20: kepimpinan karismatik

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2000). “Pengurusan dan Gelagat Organisasi di abad ke 21.” Prentice

Hall. 32-37.

Ab Aziz Yusof (2006). “Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu Dan Pelaksanaan Edisi Ketiga.” Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall. m.s.70-88.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). “Profesionalisme Keguruan: Prospek Dan Cabaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. m.s.141-164.

Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1988). “Pengenalan Pentadbiran Pendidikan.” Selangor: Malindo Printers Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Abdullah (2004). “Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan

Cemerlang.” Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. m.s.26,32

Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). “Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran.” Jurnal Pendidikan .31. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Avolio, B. J., & Bass, B. M. (1991). “The Full Range of Leadership Development: Basic and Advanced Manuals.” Binghamton, NY: Bass, Avolio and Associates.

Ayob Jantan. (2004). “Pengetua Sekolah Yang Effektif.” Bentong: PTS Publications & Distributers Sdn Bhd. m.s 36-39, 5, 85, 89

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Babbie, E. (2005). “The Basics of Social Research.” 3rd ed .Canada : Thomson

Wadsworth. 67-73.

Barbuto, J. E. and Moss, J. A. (2006). “Dispositional Effects in Intra-Organizational

Influence Tactics: A Meta-Analytic Review.” Journal of Leadership and Organizational Studies. 12,3.

Bass, B. M. (1997). “Does the Transactional–transformational Paradigm Transcend Organizational and National Boundaries?” American Psychologist, 52, 130–139.

Bennis, Warren G., Spreitzer, Greten M. & Cummings, Thomas G.(2001). “The Future of Leadership.” San Francisco: Jossey Bass

20

Page 21: kepimpinan karismatik

Brayfield, A. H. dan Rothe, A. F.(1951). “An Index of Job Satisfaction.” Journal of Cross Cultural Psychology. 35. 307 – 311

Cambell, R.F. terjemahan Abd Rahman Md Aroff (1998). “Pengenalan Pentadbiran Pendidikan.” Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Pertania

Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur

Conger, J.A. dan Kanungo, R.N. (1998). “Çharimastic Leadership In Organization.’’ California: Sage

Covey, Steven R (2007). “Tabiat ke 8.” terjemahan Mohammad Radzi Zainal. Selangor:

Cresent News (KL)

Davidson, E.J. (2005). “Evaluation Methodology Basics.” London : Sage Publications

Ltd. 3, 16

Greenberg, J. dan Baron R. A. (1993). “Behaviour in Organizations.” 4th Ed. Boston: Allyn and Bacon.

Hussein Ahmad (1993). “Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa

Halpin, A.W. & Croft D.B. (1963). “The Organizational Climate of School.” Chicago: Midwest Administration Center, University of Chicago.

Halpin, A.W. & Croft D.B. (1966). “The Organizational Climate of School: Theory and

Research in Administration.” New York: Mc Millan Publishing.

Harland, L., Harrison, W., Jones, J. R. and Reiter-Palmon, R. (2005). “Leadership

Behaviors and Subordinate Resilience.” Journal of Leadership and

Organizational Studies. 2.11.

Hersey, P. and Blancahard K. H. (1982). “Management of Organisation Behaviour.

Utilizing Human Resources.” 4th ed. Englewood Cliffs. NJ: Prentice

Hall. 33-36.

21

Page 22: kepimpinan karismatik

Herzberg, F. B. (1968). “Motivation to Work.” New York: John Wiley and Son Inc. 34-

45.

Howard, E.R. (1974). “School Climate Improvement ” Education Digest 39 (8): 333-336.

Ibrahim Mamat (1993). “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ishak bin Sin (2002), “Gaya Kepimpinan Yang Digemari: Satu Kajian Kes-Kes

Hipotetikal.” Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan kali ke-XI, pada 17-19 Disember 2002, di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur International Airport, Sepang.

Ishak bin Sin (2004). “ Apakah Yang Tertulis Dalam Khazanah Tulisan Ilmiah Tentang Tret, Tingkahlaku dan Tindakan Yang Diperlakukan Untuk Menjadi Seorang Pengetua Yang Berkesan?” Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Ishak bin Sin (2006). “Memperkasakan Kepimpinan Sekolah: Teori Manakah Yang Perlu Digunapakai Oleh Pengetua.” Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 13. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

James, L. R.,Joyce, W. dan Slocum, J. W.(1988). “Comment: Organizations Do Not Recognize.” Academy of Management Review, 13.

Leithwood, K., Tomlinson, D., dan Genge, M. (1997). “Transformational School Leadership”. Dalam Leithwood, K. et al. (ed.). “International Handbook of Educational Leadership and Administration”. Netherlands: Kluwer Academic Publishers, 785–840.

22

Page 23: kepimpinan karismatik

Jui-Chen Chen & Silverthorne, S. (2005). “Leadership Effectiveness, Leadership Style and Employee Readiness”. Leadership & Organization Development Journal. 26 (4). 280-288

Krejcie, R.V. & D.W. Morgan (1970). “Determining Size for Research Activities.”

Educational and Psychological Measurement 30 : 607-610.

Law Huong Mei (2004). “Hubungan Gaya Komunikasi Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru.” Jurnal Pendidikan 29 . Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 69-70, 184.

Mohd. Majid Konting (2005). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” 7th. ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 156-183

Mohd Salleh Lebar (2000). “Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia.” Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.

Mohd Majid Konting (1990). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka

Mohd. Majid Konting (2004) “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mortimore, P (1995). “Key Characteristics of Effective Schools.” Seminar Sekolah Efektif. Anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut Aminudin Baki.

Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). “Kepuasan Kerja Guru di Dua Jenis Sekolah.” Jurnal Psikologi Malaysia bil.6. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Otazo, Karen L. (2007). “The Truth About Being A Leader.” New Jersey: FT Press Pearson Education Inc

Razali Othman. (1990). “Satu Kajian Mengenai Iklim Sekolah Menengah di Daerah Temerloh.” Universiti Malaya : Tesis Sarjana tidak diterbitkan.

Reeves, D. B. (2004). “Assessing Educational Leaders.” Thousand Oaks,CA: Corwin

23

Page 24: kepimpinan karismatik

Press. 87-90.

Rinke, W. J. (2004), “Tips for Effective Leadership: Do Not Have Goals and Objectives”.

Retrieved September 10, 2008 dari http://www.leadervalues.com/Content/detail.asp?ContentDetailID=306

Salkind, N.J. (2000). “Exploring Research.” 4th. ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. 109, 132-133

Sargent, J. C. (1977). “Organization Climate Of High School.” Research Monograph. Minneaollis: Education Reaserch and Development Council, University of Minnesota.

Weber, G (1971). “Inner-city Children Can Be Taught to Read: For Successful Schools.”

Washington, D.C.: Council for Basic Education

Wiersma, W. (1995). ”Research Method In Education: An Introduction.” Masssachusetts: Simon and Schuster Company.

Yukl, G., Gordon, A. and Taber, T (2002). “A Hierachical Taxonomy of Leadership

Behavior: Integrating a Half Century of Behavior Research.” Journal of Leadership and Organizational Studies.1 .9.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). “Pentadbiran Pendidikan.” Siri Pendidikan Fajar Bakti. Serdang: Fajar Bakti.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Sharifah Md. Nor. (1993). “A Survey of Job

Satisfaction of Commerce and Entrepreneurship Teachers in Malaysia.” Jurnal Pendidikan 18. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zhu, W., May, D. R. and Avolio, B. J.(2004). “The Impact of Ethical Leadership

Behaviour on Employee Outcomes: The Roles of Psychological Empowerment and Authenticity.” Journal of Leadership and Organizational Studies. 1. 11.

24

Page 25: kepimpinan karismatik

sila semak dan betulkan apa yang dah saya siapkan dari awal. ada perkara-perkara yang tak berapa puas hati. rujukan banyak yang belum ada, yg ada pun blm delete, tak sihat sangat. malam tadi siap pukul 1.30.

[email protected];

kepimpinan karismatik

25