Kes study sem_3

Embed Size (px)

Text of Kes study sem_3

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPenulisan Kajian Kes : Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak PintarCerdas Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaPendidikan Khas Semester 3 2010/2011Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Murid-murid Pintar Cerdas KBC 30233 Jam Kredit Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghani D20091034762 1

2. ISI KANDUNGANMS1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdasdan Berbakat1.1 Temperamen Perilaku dan Persekitaran31.2Perkembangan Fizikal 41.3 Perkembangan Emosi dan Sosial 51.3.1 Perfectionist 51.3.2 Super-Sensitivity 61.3.3 Kesukaran Memilih Kawan 62.0 Maklumat Respondent 72.1 Perkembangan Fizikal82.2 Perkembangan Emosi82.2.1 Super-sensitivity 82.2.2 Bersikap Dominan dalam Semua Perkara92.2.3 Perfectionist 92.3 Perkembangan Sosial 103.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas & Berbakat 104.0 Memahami Kanak-Kanak Pintar Cerdas dari Luar dan Dalam124.1 Kaunseling124.2 Intervensi 1 : Memulihkan dan Mengurangkan Masalah yang Responden Hadapi 134.2.1 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak 134.2.2 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak14-164.2.3 Aktiviti untuk menggalakkan komunikasi dan sosial dengan kanak-kanaksebaya16-21Rujukan 22Lampiran 23-242 3. 1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas danBerbakatTahun-tahun awal kehidupan seseorang anak akan memperlihatkan suatu keunikanuntuk menggalakkan perkembangan yang sihat, dan kajian telah menegaskan kepentinganlima tahun pertama yang dialami oleh kanak-kanak termasuklah perkara positif mahupunnegatif dalam membentuk perkembangan kognitif, tingkah laku, sosial dan emosi. Penyataanini sudah cukup menerangkan risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam emosi, sosial,perilaku masalah serta desakan untuk mendapat kelayakan, memberi sumbangan danpengguanaan perhidmatan.1.1 Temperamen Perilaku dan PersekitaranWalaupun temperamen perilaku adalah peting untuk dikenalpasti dan bagaimana ia memberikesan kepada kepada tingkah laku dan sikap terhadap kehidupan dan pembelajaran,teperamen perilaku kanak-kanak tidak semestinya akan menentukan personalitinya.Namun, ciri-ciri awal ini memberi kesan kepada perhubungan dan ia akan menjejaskanperhubungan bagi kedua-dua pihak bukan kepada satu pihak sahaja. Seorang bayi seringkalibelajar untuk menilai bagaimana orang lain memberi tindak balas dan membina gambaranmengenai diri mereka sendiri. Perkara ini merupakan perkembangan pertama dalam konsepdan keyakinan diri.1.1.1 Konsep Kendiri dan Keyakinan DiriKebanyakan pengamal bersetuju bahawa membina konsep kendiri bagi setiap kanak-kanakmerupakan kunci utama dalam proses pembelajaran kerana apabila kanak-kanak berkeyakinanterhadap diri mereka, mereka akan mudah mendapat kawan, menerangkan kepada orang yangdipercayai mengenai keinginan mereka dan bersemangat untuk mempelajari perkara-perkarabaru.Konsep kendiriKonsep kendiri merujuk kepada pandangan sesorang tentang dirinya sendiri. Ia jugamerangkumi tentang apa yang orang lain fikirkan tentang dirinya. Konsep kendiri bolehmenjadi positif atau negatif. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus peka dan berusaha gigih untukmembentuk konsep kendiri yang baik dalam kalangan kanak-kanak. 3 4. Keyakinan DiriKanak-kanak akan membaca reaksi yang diberikan orang lain dan akan cubamengklasifikannya sebagai positif atau negatif. Perkara ini akan memberi pandanganautomatik kepada diri mereka sendiri iaitu Apa yang saya fikirkan tentang diri sayabergantung apa yang orang lain fikirkan tentang diri saya!. Sekali lagi, penilaian kanak-kanak tidak akan tepat. Tetapi disebabkan oleh apa yang mereka lihat adalah betul sepertipengaruh terhadap pandangan tentang diri sendiri dan juga perilaku yng dihasilkan, pengamalakan bekerja keras untuk berinteraksi dengan setiap kanak-kanak di dalam cara yang positif.1.2 Perkembangan FizikalContrasting MilestoneNormal30% maju(bulan)Perkembangan FizikalMengangkat dagu sambil berbaring di lantai1 0.7Berguling 3 2.1Duduk dengan bantuan4 2.8Duduk dengan sendiri7 4.9Berdiri dengan bantuan8 5.6Berdiri dengan sendiri 11 7.7Berjalan sendiri12.58.7Merangkak menaiki tangga 1510.5Berjalan menaiki tangga1812.6Berjalan dengan baik 2416.8Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah)3021.0Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal3625.2Melempar bola4833.6Melompat alternatif kaki 6042.0Perkembangan Motorik HalusBermain dengan permainan3 2.1Memegang objek di antara ibu jari dan jari9 6.3Coretan spontan13 9.1Melukis orang dengan dua bahagian badan4833.6Melukis orang yang dikenali dengan badan 60 42Melukis orang dengan leher, tangan dan baju7250.4 (Christine Macintyre 2008).4 5. 1.3 Perkembangan Emosi dan Sosial1.3.1 PerfectionistDi antara pendidik yang berbakat, hubungan antara bakat dan perfeksionisme jelas ditetapkan.Kecenderungan ke arah kesempurnaan umumnya muncul sebagai item pada skala penilaiandan senarai semak digunakan oleh orang tua dan guru untuk mencalonkan pelajar berpotensidan berbakat. Artikel pada keperluan kaunseling bagi indvidu pintar cerdas dan berbakat secara rutinmenyebutkan kesempurnaan sebagai risiko bagi pelajar berbakat. Ada dua kebimbanganutama tentang kesempurnaan untuk pelajar berbakat: kemunduran dan gejolak emosional.Kecenderungan perfeksionis membuat beberapa pelajar berbakat terdedah kepada bahayayang dihadapi kerana mereka tidak akan menyerahkan kerja kecuali sekiranya kerja merekaitu sempurna.Berikut merupakan tanda-tanda Kesempurnaan yang ditunjukkan oleh individu pintar cerdasdan berbakat : Berasa malu dengan kesalahan yang dilakukan Marah apabila dirinya dikritik oleh orang lain Cemas apabila menyatakan pendapatnya kepada orang lain Risau secara keterlaluan mengenai semua perkara Berasa marah apabila rutinnya terganggu Berdebar-debar apabila semua di sekelilingnya kotor Takut dan cemas pada setiap masa Kepenatan dan tidak mampu untuk berehat Terganggu dengan kebencian yang ada dalam diri Takut akan menjadi individu yang tidak dapat bersaing Takut ditolak oleh sesuatu Malu apabila mempunyai rasa takut Hilang semangat Berasa bersalah jika membuatkan orang lain kecewa dengan dirinya(Thomas S. Greenspon 2002). 5 6. 1.3.2 Super SensitivityKebanyakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat sangat sensitif. Mereka tampaknyamengambil segala sesuatu ke dalam hati dan menjadi sangat marah dengan kata-kata danperbuatan yang kanak-kanak lain boleh mengabaikan atau melupakannya lebih cepat. Kanak-kanak pintar cerdas sering mengalami konflik batin yang terdedah, seringmengutuk diri sendiri, kegelisahan dan perasaan rendah diri. Para doktor dalam perubatansering melihat konflik ini sebagai gejala dan label neurotik orang pintar cerdas dan berbakat.Mereka juga memunyai sistem saraf yang amat sensitif yang membuat mereka mudah membritindakbalas kepada diskriminasi daripada rangsanagn luar serta lebih analitis dan kritisterhadap diri mereka sendiri dan juga orang lain.1.3.3 Kesukaran Memilih KawanSemua orang memerlukan kawan untuk dijadikan teman ketika keluar, bergembira dan tempatkita meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Bukanlah mudah untuk kanak-kanak pintarcerdas dan berbakat bagi mencari kawan yang sesuai dan boleh menerima kelebihan yangmereka ada. Fromm (1957), Sullivan (1953), Erickson (1963) dan Selman (1981) telahmenerangkan beberapa fungsi persahabatan iaitu teman, stimulasi, sokongan fizikal dan ego,kasih sayang, keintiman dan perbandingan sosial. Oleh itu, Judy Galbaraith 1999 telah menggariskan Tiga Petua Persahabatan yangboleh dicuba untuk menggalakkan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat mendapat kawanyang mereka inginkan. Petua pertama ialah mintalah ibu bapa untuk membantu kanak-kanakberhubung dengan kanak-kanak pintar cerdas yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas mungkinboleh berkata kepada guru atau kepada guru program pintar cerdas di sekolah lain. Merekajuga boleh memasuki National Association of Gifted Children (NAGC) ataupun organisasipersekutuan yang lain untuk membantu kanak-kanak ini. Petua kedua ialah carilah rakan menulis surat dan bertukar maklumat. Kanak-kanakboleh mencari alamat dengan menyertai kumpulan rakan menulis surat kebangsaan di dalaminternet. Petua ketiga pula ialah dapatkanlah seorang mentor bagi setiap kanak-kanak pintarcerdas dan berbakat. Mentor mestilah merupakan orang dewasa yang akan memberi panduandan menggalakkan kamu dan bersama kamu untuk menerokai minat kamu.6 7. 2.0 Maklumat RespondenNama:Ayin (bukan nama sebenar)Umur:7 tahunAlamat:Negeri Sembilan.Jantina :PerempuanBangsa:MelayuAgama :IslamStatus Pekerjaan:MuridTangan Dominan:KananSebab-sebab Pemilihan :Pintar Cerdas dalam AkademikKonsep Kendiri:Konsep kendiri merupakan nama yang diberi oleh kanak-kanak kepada gambar yang merekalukis mengenai diri mereka sendiri. Oleh itu, pemerhatian yang saya lakukan kepadaresponden seperti , Saya seorang kanak-kanak perempuan yang cantik dan kecantikan yangsaya miliki semulajadi daripada bayi; saya bersaiz kecil seperti anak patung walaupun telahberumur tujuh tahun; saya suka menonton kartun; saya mampu mendapat markah tertinggidalam ujian; dan sebagainya merujuk kepada konsep kendiri bagi responden.Keyakinan Diri:Sekali pandang, ramai orang akan mengetahui responden merupakan kanak-kanak pintarcerdas dan berbakat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Responden menghargaikelebihan yang dia perolehi dan tidak menganggap kelebihan itu sebagai sesuatu yangmembuat dia berbeza daripada orang lain. Oleh tu, Ayin mengambil langkah untukmenyerlahkan kelebihannya kerana Ayin gemar dipuji. 7 8. 2.1 Perkembangan Fizikal PerkembanganResponden (bulan)Perkembangan Fizikal 0.9Mengangkat dagu sambil berbaring di lantai3Berguling 4Duduk dengan bantuan6Duduk dengan sendiri7Berdiri dengan bantuan10Berdiri dengan sendiri11Berjalan sendiri13Merangkak menaiki tangga16Berjalan menaiki tangga 20Berjalan dengan baik 28.5Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah) 32Menaiki bas