36
KESALAHAN AYAT

Kesalahan Ayat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesalahan Ayat

KESALAHAN AYAT

Page 2: Kesalahan Ayat

Kesalahan ayat dapat dikenal pasti dari segi:

i.Ayat tergantung

ii.Struktur ayat yang salah

iii.Ayat gabungan

iv.Ayat pancangan

Page 3: Kesalahan Ayat

KESALAHAN AYAT TERGANTUNG

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2. Dalam ayat susunan biasa, subjek terletak di depan dan predikat di belakang.

Cth: Rumah itu agak besar Rumah itu (subjek) - depan agak besar (predikat) – belakang

3. Apabila sesuatu bentuk ujaran (sesuatu yang diucapkan) tidak mempunyai subjek atau predikat, maka bentuk ujaran tersebut disebut ayat tergantung.

.

Page 4: Kesalahan Ayat

vContoh 1:

*Di seluruh taman itu telah meraikan kedatangan beliau. (tidak ada subjek)

Penduduk di seluruh taman itu telah meraikan kedatangan beliau. (subjeknya: Penduduk di seluruh taman itu )

Contoh 2:

* Rumah yang terletak di atas bukit itu. (tidak ada predikat)

Rumah yang terletak di atas bukit itu roboh. (predikatnya: roboh)

Page 5: Kesalahan Ayat

    

Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjek)

Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjek : Negara-negara)

Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjek) Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjek: Seluruh kawasan)  

Page 6: Kesalahan Ayat

Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya)

Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (Subjek: Keterangan ini)

Bagi setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (tidak ada subjeknya)

Setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (subjeknya: setiap orang)

Page 7: Kesalahan Ayat

Betulkan ayat-ayat ini.

1.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.

2.Semua pelajar yang sedang berkumpul di dewan sekolah yang baru dibina itu. Semua pelajar sedang berkumpul di dewan sekolah yang baru dibina itu.

3.Industri berat yang akan dimajukan di negara kita. Industri berat akan dimajukan di negara kita.

Page 8: Kesalahan Ayat

KESALAHAN STUKTUR AYAT

Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenai topik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik.

Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat.

Ayat yang salah dari segi strukturnya menyebabkan makna ayat tersebut kabur dan sukar difahami.

Page 9: Kesalahan Ayat

Contoh :

* Encik Kamil menerima daripada pemaju kunci rumah baharunya.

Encik Kamil menerima kunci rumah baharunya daripada pemaju. * Dengan adanya di kampung itu syarikat kerjasama dapat diatasi masalah penindasan oleh orang tengah.

Dengan adanya syarikat kerjasama di kampung itu, masalah penindasan oleh orang tengah dapat diatasi.

Page 10: Kesalahan Ayat

•*Guru pelatih yang dari utara tanah air berasal itu di Johor mengajar.

Guru pelatih yang berasal dari utara tanah air itu mengajar di Johor.

*Lebuh raya itu akan pada tahun depan dibuka laluannya. Lebuh raya itu akan dibuka laluannya pada tahun depan.

*Mereka dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kerja itu. Mereka dikehendaki menyiapkan kerja itu dalam masa seminggu.

Page 11: Kesalahan Ayat

KESALAHAN AYAT MAJMUK GABUNGAN

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:Nani dan Nora ke perpustakaan.Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.·         Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila:i ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Ii menggugurkan kata sendi pada unsur yang kedua 

Page 12: Kesalahan Ayat

Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.Nazrul bangun lalu memberikan jawapan

Budak itu cantik kecuali sombong.Budak itu cantik tetapi sombong.

Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.Budin akan tidur di rumah Seha atau di hotel.

Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.Jika segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.

Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.Walaupun merokok membahayakan kesihatan, namun banyak orang yang tidak peduli.

Page 13: Kesalahan Ayat

Contoh:*Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?

*Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

*Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya.

Page 14: Kesalahan Ayat

KESALAHAN AYAT MAJMUK PANCANGAN

Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:a. Kereta Pak Leh itu terbabas.b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.

Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:i.  Kereta itu terbabas.ii. Kereta itu kereta Pak Leh.

Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:i. Keluarga Mak Piah miskinii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Page 15: Kesalahan Ayat

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:

SALAH BETULRumah itu yang terletak di atas bukit tidak ada penghuninya.

Rumah yang terletak di atas bukit itu tidak ada penghuninya.

Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.

Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Page 16: Kesalahan Ayat

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan (yang, agar, bahawa, dll) yang menghubungkan antara ayat kecil dengan ayat induk.Contoh:

SALAH BETUL

Kami berdoa kamu berjaya.

Kami berdoa agar kamu berjaya.

Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.

Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

Page 17: Kesalahan Ayat

1. Pihak polis telah pergi ke tempat di mana bas itu terbabas. Pihak polis telah pergi ke tempat bas itu terbabas.

2. Dia tinggal di kawasan di mana dia bekerja. Dia tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerjanya.

3.Saya memegang watak sedih di mana saya memerlukan penghayatan yang bersungguh- sungguh. Saya memegang watak sedih yang memerlukan penghayatan yang bersungguh-sungguh.

CONTOH KESALAHAN AYAT

Page 18: Kesalahan Ayat

1. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat”.

Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat”.

Page 19: Kesalahan Ayat

Hal ini kerana masalah itu masih belum dapat diselesaikan.

Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu masih belum dapat diselesaikan.

Hal ini terjadi kerana masalah itu masih belum dapat diselesaikan.

Hal ini berlaku kerana masalah itu masih belum dapat diselesaikan.

Page 20: Kesalahan Ayat

Untuk menyiapkan kerja-kerja itu, memerlukan perbelanjaan yang besar.

Untuk menyiapkan kerja-kerja itu, kita memerlukan perbelanjaan yang besar.(Ayat susunan songsang)

Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyiapkan kerja-kerja itu.

Kita memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyiapkan kerja-kerja itu.(Ayat susunan biasa)

Page 21: Kesalahan Ayat

Jika ada perhubungan yang sedemikian rupa dan sikap pihak berkuasa yang hanya memandang perkara itu dengan sebelah mata terhadap perkara ini akan menyebabkan kegiatan cetak rompak terus berleluasa.

Jika ada perhubungan yang sedemikian rupa dan sikap pihak berkuasa yang hanya memandang perkara itu dengan sebelah mata terhadap perkara ini, kegiatan cetak rompak akan terus berleluasa.

Page 22: Kesalahan Ayat

Bak kata pepatah, “kalau hendak melenturbuluh biarlah dari rebungnya.”

Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejakkecil bak kata pepatah, “kalau hendakmelentur buluh biarlah daripada rebungnya.”

Semoga saudara berada dalam keadaansihat walafiat.

Saya berharap semoga saudara beradadalam keadaan sihat walafiat..

Page 23: Kesalahan Ayat

1. Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

AYAT YANG MANA BETUL

2. Kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

3. Belakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

4. Sejak akhir-akhir ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

Page 24: Kesalahan Ayat

1. Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( X )

AYAT YANG MANA BETUL

2. Kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( / )

3. Belakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( / )

4. Sejak akhir-akhir ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( / )

Page 25: Kesalahan Ayat

- Sejak akhir-akhir ini- Sejak masa-masa yang kemudian ini

- Kebelakangan ini - Belakangan ini =Sejak kebelakangan ini = - Sejak sejak akhir-akhir ini ini- Sejak sejak masa-masa yang kemudian ini ini

1 a. Kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

1b. Belakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

1c. Akhir-akhir ini , kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

1d. Sejak masa-masa yang kemudian ini , kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

Page 26: Kesalahan Ayat

Dan atau dengan, dalam atau untuk?

Kerjasama antara guru dan murid amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang.Ayat tersebut salah.

1. Penggunaan kata hubung gabungan dan tidak tepat. Yang

tepatnya ialah kata sendi nama dengan. Kata sendi nama

antara hendaklah berpasangan dengan kata sendi nama

dengan.

2. Kata kerja membentuk juga tidak tepat penggunaannya.

Kata kerja membentuk hendaklah didahului dengan kata

hubung untuk. Kata sendi nama hendaklah diikuti oleh kata

nama seperti dalam pembentukan.

3.Penggunaan kata sendi nama dalam juga tidak tepat. Kata

yang sepatutnya ialah kata hubung untuk yang membawa

maksud tujuan.

Page 27: Kesalahan Ayat

Betulkah ayat ini?

Salah satu daripada punca murid ponteng sekolahialah mereka bosan berada di sekolah.( X )

Satu daripada punca murid ponteng sekolahialah mereka malas belajar atau bosan berada disekolah.

Satu satu punca murid ponteng sekolahialah mereka malas belajar atau bosan berada disekolah.

Page 28: Kesalahan Ayat

Salah satu daripada, satu daripada

 

Menurut Kamus Dewan, salah satu (sebuah, seorang) bermaksud satu antara dua atau banyak (orang, buah, dan lain-lain). Lihat penggunaan rangkai kata tersebut dalam ayat yang di bawah ini: 1. Salah satu punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah.

2. Salah seorang murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

3. Salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah terbakar.

Page 29: Kesalahan Ayat

Soalan:Bagaimanakah perkataan `marcapada’ digunakan dalam penulisan karangan?Jawapan:Marcapada bermaksud dunia sekarang ini.

Contoh ayat:1.Dalam marcapada yang penuh dengan cabaran, kita terpaksa menghadapi krisis kenaikan harga minyak.

2.Dalam marcapada ini, negara kita sering menjadi tumpuan warga asing.  Sebenarnya, penggunaan ungkapan “Dalam marcapada ini” dianggap lewah dalam bahasa Melayu. makna. Oleh sebab `marcapada’ bermaksud `dunia sekarang ini’, ungkapan tersebut akan menjadi `Dalam dunia sekarang ini ini’ apabila digantikan dengan maksud tersebut.

MARCAPADA

Page 30: Kesalahan Ayat

Pada masa iniPada masa kini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Kini bermaksud pada masa ini atau sekarang. Terdapat unsur kelewahan bahasa dalam rangkai kata tersebut. Lihat ayat di bawah ini:

*Pada masa pada masa ini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

*Sekarang sekarang, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

 

Page 31: Kesalahan Ayat

Oleh hal yang demikian, ayat yang betul ialah:

Pada masa ini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Sekarang, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Kini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Page 32: Kesalahan Ayat

Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia sekiranya tidak dicegah dari awal.

 

 

Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia sekiranya tidak dicegah daripada awal.

1. Kesalahan ejaan : selsema - selesema

2. Kesalahan imbuhan:merbahaya-berbahaya

3. Kesalahan kata sendi nama: daripada - dari

Page 33: Kesalahan Ayat

Pengusaha gerai satay itu telah memperisteri anak lelakinya dengan anak pengusaha Azizah Restoren. 

Pengusaha gerai satay itu telah memperisteri anak lelakinya dengan anak pengusaha Azizah Restoren. 

1. Kesalahan ejaan : satay – sate

2. Kesalahan imbuhan:memperisteri– memperisterikan

3. Kesalahan hukum D-M: Azizah Restoran -Restoran

Azizah

Page 34: Kesalahan Ayat

Kehebatan pasukan bola sepak China yang selalu diwar-warkan oleh media telah dibukti bila mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Malaysia.

Kehebatan pasukan bola sepak China yang selalu diwar-warkan oleh media telah dibukti bila mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Malaysia.

Kesalahan ejaan : diwar-warkan– diuar-uarkan

Kesalahan imbuhan : dibukti – dibuktikan

Kesalahan kata hubung: bila - apabila

Page 35: Kesalahan Ayat

Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang.

Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang.

Kesalahan penggunaan kata : mengata-ngata – menyebut-nyebutKesalahan kata sendi : rindukan – rindu akan

Page 36: Kesalahan Ayat

Hakim mengenakan hukuman penjara selama lima tahun terhadap banduan itu di atas kesalahannya memukul Wak Jani.

Hakim mengenakan hukuman penjara selama lima tahun terhadap banduan itu di atas kesalahannya memukul Wak Jani.

Kesalahan penggunaan kata: mengenakan – menjatuhkan

Kesalahan kata sendi : di atas - atas